Monday

Diari Sabtu ku~hari yang bermakna...

assalamualaikum..sekadar coretan insan yg lemah...

Alhamdulillah...segala puji bagiMu yg Maha Perkasa,Maha Bijak sana,Maha Gagah,Maha Mengawal Hati2 Manusia..

sekali lg..Allah memberiku peluang untuk sama2 berjemaah Subuh berimamkan Nabil Al-Kumaim di Masjid MMU..=)

lepas2 semayang..nampak abang[clazmate:nama dia Abang hanafiah,bukan abg aku:P] yang
sgt rajin study 24 jam..tgh mamai2 kt saf pertama..haha.kesian~rajin sgt study die nih

:P x mcm aku yg rajin sikit2 la.hehe..pastu g lepak kt blkg masjid jap..sembang2 ngn azrai selaku final year students..menensenkan

diri beliau dgn FYP yg menyerabutkan itu..hehe..seb baik dak accounting tkdak FYp..:P
syukur nikmat..:)

baca ma'thurat skit..[resolusi mukhayyam tarbawi '08 dn juga mukhayyam sblm2 tu :P
hehe]pastu aku menapak ke SRC room..bukak qur'an biru adiah dr seseorg..dibawa khas dr
indonesia. :P Tertarik aku kpd beberapa kalam Allah..


surah At-Taubah ayat 18 :Mafhumnya-

"sesungguhnya,yang memakmurkan masjid hanyalah orang2 yang beriman kepada Allah dan hari kemudian,serta (tetap) melaksanakan solat,dan menunaikan zakat,dan tidak takut (kpd apa pun)kecuali kpd ALlah.Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang yang mendapat petunjuk."

dan juga ayat 19 : mafhumnya-

"Apakah orang2 yang memberi minuman kpd org2 yang mengerjakan haji dan menguruskan MasjidilHaram,kamu samakan dengan org yg beriman kepada Allah dan hari kemudian serta berjihad di jalan Allah?Mereka tidak sama di sisi Allah.Allah tidak memberi petunjuk kpd orang-orang zalim"

juga ayat pengkhususan yang lebih menarik...

iaitu dr surah at-Taubah,ayat 20 :mafhumnya-

"orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah,dengan harta dan jiwa mereka,adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.Mereka itulah orang-orang yg memperoleh kemenangan"


Dari 3 ayat Allah...betapa kita boleh mengambil berjuta manfaat yang tidak ternilai,dan jika kita betul2 mengamati dan mengamalkannya..InsyaAllah..kita termasuk dlm golongan mereka yang diredhai..

Mari perhatikan...

ayat 18 merupakan,satu declaration, Allah m'beritahu kpd hamba2Nya ciri2 org yang mendpt petunjuk serta yang berjaya..dan juga bahawa org2 yang sering memakmurkan rumah2Allah /masjid/surau atau boleh dikatakan tempat manusia beribadat melaksanakan perintah Allah yang Agung,bersolah dan beribadah,Sesiapa yang termasuk dlm golongan tersebut MEMPUNYAI 4 CIRI2 yang mendpt PENGIKTIRAFAN DR ALLah :

1. Mereka adalah golongan yang beriman kepada Allah..serta Hari Akhirat.. ini adalah
antara rukun Iman yang sgt penting..di sini Allah meletakkan keimanan kepadaNya yg

pertama dan seterusnya mereka juga beriman kpd hari akhirat..
satu declaration yg hebat..satu petunjuk utk menilai adakah kita sudah beriman,sdgkan kita jauh dr rumah2 Allah..

2. Allah memberitahu lagi golongan yang mengimarahkan Masjid itu juga adalah golongan
yang menjaga solat mereka (tetap melaksanakan solat ) dan ;

3. Juga menunaikan zakat..dan seterusnya Allah menyambung lagi

4. Mereka juga tidak takut kepada sesuatupun melainkan Allah azza wajalla...


daripada ayat ini juga kita boleh melihat dgn jelas..org2 yang tidak beriman kepada Allah,tidak menunaikan zakat,tidak bersolat,tidak percaya kpd hari akhirat serta takut

selain Allah(takut hantu,takut kt makhluk)..jika terdpt salah satu dr sifat2 yang disebutkan tadi pada diri seseorg itu,sgt sukar dan hampir2 mustahil utk kita melihat mereka ini di rumah2 Allah..atau di tempat2 Ibadat..

selain itu,ayat ini juga menunjukkan peri pentingnya kita melaksanakan solat secara berjemaah..salah satu cara kita mengimarahkan masjid adalah dengan melaksanakan solah..bersama2..[utk lelaki],juga dikukukhkan lg dgn ayat Allah,"war ka'u ma'arrakimin
"-da ruku'lah bersama org2 yang ruku'....[tntg solat berjemaah,ana akan post lepas posting ni,insyaALlah.]



utk lebih praktikal..mari kita melihat perbandingan yg jelas,dan sgt tepat dgn ayat tersebut,dgn keadaan yang berlaku sekarang..

marilah sama2 "observe" rumah2
Allah,Masjid2 tk kira lah masjid apa sekalipun,masjid MMU ke,surau bukit puteri ke..surau BBU ke..masjid al-azim ke..masjid MITC ke..d kampung ke..bandar ke..

siapakah
yg selalu mengimarahkan tmpt2 tersebut?dan cuba buat perbandingan..di tempat2 yang kontra dr rumah2 Allah..iaitu tmpt2 yang banyak kemaksiatan berlaku..di pub2,di kwsn
hopping2 kompleks yg gah di melaka ni,di tmn2 bunga di tepi2 sungai melaka..apa yang anda akan perhatikan dlm dua situasi yang kontra tersebut?

cuba perhatikan sifat2 yang
di bawa oleh penghuni2 dua tempat tersebut?bukankah ianya bertepatan dgn ayat 18 surah at taubah..

Pada ciri ke-4 yg diberitahu dlm ayat 18 ini juga menerangkan tenatg sifat " tidak takut melainkan Allah." Sifat takut hanya pada Allah ini kita boleh lihat secara mudah apa yg ada pada diri para sahabat,ulama2' tabi'in dan tiba'ittabi'in..mereka ini golongan yang tidak takut kpd makhluk,demi menjalankan misi dakwah.MESTI CLEAR.tidak takut melainkan Allah ini bukan tidak takut utk melakukan perkara2 yang diharamkan oleh Allah.

Kita lihat contoh para Sahabat di dalam peperangan2 yang dilalui oleh mereka,Perang Hunain,Perang tabuk,Perang Badar,Perang Uhud,Perang al-Qadisiyyah,dan lain2..

semua Para
Sahabat menunjukkan rasa cinta dan sayangnya kepada Agama,kepada Allah danRasul,melebihi segela2nya yg ada di dunia,dan langsung tidak wujud rasa gentar atau takut kepada musuh2 Allah.

Langsung tidak wujud sekelumit rasa takut untuk meninggalkan
harta benda seperti Mus'ab Umair,yang sblm Islam seorg jutawan yang dikenali,tetapi syahidnya di dlm Islam tidak meninggalkan sesuatu kekayaan pun melainkan dihabiskan utk Agama..

kita lihat keberanian Handzalah (ra) meninggalkan isterinya yang tercinta,yang
baru saja dikahwini,terus menyahut seruan Jihad di medan perang,dan akhirnya Syahid di jalan Allah..kita lihat keberanian Hamzah (ra),Umar al-Khattab(ra),Khalid al-walid (ra),Abu bakar (ra),Usman(ra),Ali (ra) yang mengalahkan panglima perang pada permulaan peperangan ketika dia masih sgt muda belia-satu lwan satu-,

kita lihat keberanian
muhammad bin qasim,yang membuka utara India,mengalahkan tentera Bergajah,

kita lihat
keberanian Salahuddin Al-Ayyubi menawan kota baitul Maqdis,

kita lihat kehebatan
Muhammad Al-Fateh yang muda belia berumur 19 tahun,menawan Kota Istanbul,dengan cara yang tak pernah difikirkan oleh manusia,menghancurkan benteng pertahanan kota istanbul yang dihuni kerajaan Kristian,dengan menggunakan kapal2 perang yang dibawa menyeberangi darat,melalui bukit bukau dan gunung ganang hanya semalaman,

dan bermcm2 kisah
keberanian mereka yang diredhai Allah...tak cukup lagikah contoh2 yang ditunjukkan mereka?inilah mereka yang hanya takut kpd Allah,dan tiada lain hanyalah Allah dan satu2nya yang ditakuti adalah Allah,tiada yang lain melainkan Allah.dan golongan tersebut juga diberi pengiktirafan oleh Allah,bahawasanya mereka inilah yang mendapat petunjuk2 dari Allah..



Timbul persoalan,adakah kita hanya mengimarahkan rumah2 Allah cukup utk mencapai keredhaan Allah? adakah menghidupkan kehidupan harian kita dengan beribadah dan

program2 di masjid cukup utk mendpt pengiktirafan seperti para sahabat radhiallah anhum?apa patut kita buat?ada lagi perkara penting yang mesti dilakukan oleh seorg Muslim,yang lebih2 baik lagi..



mari renungkan ayat 19 surah at-Taubah yang telah dipaparkan di atas~
Di sebut secara jelas di dalam ayat ini,Allah melontarkan satu pertanyaan,kepada kita semua,APAKAH sama mereka yang memberi minuman kpd jemaah haji dan menguruskan masjidilharam,dengan mereka yang beriman kpd Allah dan hari kemudian serta BERJIHAD DI JALAN ALLAH?


Dlm ayat di atas, ada 2 perkara yang sama2 baik dan mengundang keredhaan Allah.

Yang
pertama,memberi minum jemaah haji,dan menguruskan masjidilharam.

Yg kedua,org2 yg
beriman kpd Allah,hari akhirat, dan BERJIHAD di jalan Allah.

memberi minum jemaah haji adalah perkara kebajikan yang tinggi pahalanya.Dengan minuman
yang diberi, para jemaah dapat melakukan haji dengan lebih sempurna,dan pahala membantu
saudara seAgama ini amatlah tinggi ganjarannya,apatah lg utk membuat haji,yg merupakan
kewajipan bagi seorg Muslim yang berupaya.

juga
diberitahu di dalamnya org yang menguruskan MasjidilHaram...bayangkanlah wahai pelayar blog sekalian,betapa besar ganjaran org yg even hanya bersolat di masjidilharam,digandakan sehingga 100,000 kali ganda ganjaran pahala.apatah lg orang yang menguruskan masjid tersebut..


ayat tersebut membandingkan,golongan manakah lebih disukai Allah,antara 2 golongan di atas.Dan kalau kita perhatikan,Allah menambahkan satu lg ciri2 yang hebat,yang perlu dilaksanakan seorg Muslim demi mencapai keredhaan Allah..iaitu " mereka yang beriman kpd Allah dan hari kemudian serta BERJIHAD DI JALAN ALLAH?

kalau
diperhalusi...satu lg ciri2 yang disebut itu adalah Berjihad di jalan Allah...maksud Jihad di jalan Allah ini,jika diperbahaskan,memang mengambil masa yang sgt lama.tp antara jihad yang utama sbg seorg Muslim,adalah mengerjakan Dakwah kepada Allah.Tentang dakwah ini,insyaAllah akan dihuraikan dlm posting akan dtg secara detail.Dari ayat

tersebut,jelas menunjukkan selain beriman,dan meyakini kebenaran Allah dan Hari Akhirat..ada satu lagi perkara penting,yang mesti dilaksanakan oleh seorg Muslim,iaitu jihad di jalan Allah.atau boleh ana simpulkan di sini,dakwah manusia kepada jalan kebenaran seperti yang ditunjukkan oleh Al-qur'an dan Sunnah...


Jadi,mana satukah pilihan kita?mahu menjadi golongan pertama,yang juga membuat kebajikan,tapi lebih menjurus kepada aspek yang kecil/amal infradiyyah,atau pilihan

kedua,yang menjurus kepada satu tanggungjawab yang lebih besar,'amal istima'iyyah,serta
menjadi kewajipan seorg Muslim,iaitu dakwah/jihad fi sabilillah?

jawapannya ada pada ayat ke 20 :

"orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah,dengan harta dan jiwa mereka,adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah.Mereka itulah orang-orang yg memperoleh kemenangan"


Allah menjelaskan..bahawasanya..pilihan kedua itulah yang terbaik,iaitu mereka yang beriman,berhijrah,dan berjihad di jalan Allah,adalah golongan yang lebih tinggi darjatnya.Lebih disukai Allah,dan terbaik utk kita sebagai Muslim.Dan Allah menyebut perkataan "'azhomu darajatan"...kalo ikut lughah arab,perkataan 'azhomu itu boleh dikategorikan sebagai isim tafdhil.sama jugak mcm akbar,dan 'ala, yang menunjukkan sesuatu yang "sangat2".kalo 'ala=sgt2 tinggi. kalo akbar,=sgt2 besar/sebesar2.begitu

jugak apply pada 'azhom=setinggi2/sebesar2.ini menunjukkan betapa besrnya ganjaran mereka
yang berada dalam golongan tersebut..

Tetapi,menariknya ayat ke 20 ini,Allah mengkhususkan lagi bagaimana bentuk jihad yang Dia mahukan,jihad cara mana yang terbaik?


itulah "berjihad di jalan Allah DENGAN HARTA DAN JIWA mereka"...


+

= Darjat Tertinggi...

kalau nak dibahaskan ayat yang pendek ini,tapi mempunyai makna dan praktikal yang sangat2 mendalam..ayat ini membuktikan,dan menyuruh,utk berjihad..utk berdakwah atau apa saja bentuk aktiviti yang mengajak kepada Allah..mestilah disertai 2 perkara;

1.berjihad dgn harta dan;

2.Diri/jiwa

2 perkara ni mesti ada untuk mencapai darjat tertinggi bila berjihad atau konteks yang ana bgtau tadi,dr segi berdakwah.

Tk dapat tidak,kita perlukan harta untuk dibelanjakan,dan banyak ayat2 lain dr quran menjelaskan betapa besar ganjaran Allah kepada mereka yang membelanjakan harta di jalan
Allah,atau menginfakkan harta untuk kebajikan.Begitu jugak,untuk bergerak dalam usaha dakwah,berjihad,kita perlukan sokongan ekonomi.

Cthnya,ketika peperangan,para sahabat
menginfakkan harta masing2 utk digunakan semasa peperengan.Saidina Abu Bakar menginfakkan keseluruhan hartanya,yang ditinggalkan hanyalah Allah dan Rasul utk anak isteri beliau.Kita lihat bagaimana Saidina uthman bin Affan membelanjakan hartanya ketika ummat Islam dlm kesusahan mendptkan air,dengan membeli telaga air dr seorg musyrik di zaman tersebut,kita lihat bagaimana abdrurahman al-auf menginfakkan keseluruhan hartanya utk ummat Islam setiap kali dtgnya rezeki kpd beliau..kita lihat

bagaimana Thalhah Ubaidillah membelanjakan seluruh hartanya utk setiap Muslim yang memerlukan di zmn beliau..menjadi tabiat mereka untuk memberi..memberi..memberi..tanpa
memintanya balik atau org melayu ckp buruk siku :p


Inilah perilaku hebat para sahabat.tetapi,qur'an bagitau belum mencukupi dgn hanya menginfakkan harta.Sesetgh orang,dia mempunyai banyak harta,cthnya di zaman skrg,ramai Ummat islam yang berjaya dan mempunyai kekayaan utk diinfakkan,dikeluarkan zakat.Ada dr
mereka yang tidak lokek utk sedekah kan harta.Bagus!satu tindakan mengumpul saham akhirat yang bijak.tapi utk menjadi golongan terbaik,kita hendaklah menyertakan "DIRI" kita ke dalam jihad tersebut.Bersama2 dalam usaha dakwah.Bukan sekadar infaq kan harta,tapi menggunakan diri kita sebagai senjata ampuh untuk membentengi dan mempertahankan kesucian Islam yang kian dihina dan dipijak2 sekarang.

Ana ambik contoh mudah,dlm kita mengembangkan dakwah,berjihad,hendak memberikansumbangan tidaklah sesukar,memberi jiwa dan raga,malah nyawa kita untuk Agama.

Seperti
Thalhah Ubaidillah,mempertaruhkan keseluruhan hidupnya,serta nyawanya mempertahankan Islam,menjadi benteng ketika Rasulullah diserang di segenap penjuru ketika peperangan Uhudberada di kemuncak pertarungan.Inilah dia contoh manusia yang telah mencapai darjat tertinggi dalam Islam.Tanpa pengorbanan diri,Islam takkan smpai ke Malaysia.Mungkin kita sekarang masih menganut ajaran2 yang sesat.Tp alhamdulillah,disebabkan 2 faktor utama yang disebutkan Allah ini lah,Islam tersebar luas dgn cepat,dan berjaya menakluk 2/3 dunia.

Begitu juga kita dalam melaksanakan usaha dakwah d zmn sekrg,perlukan 2 perkara ini,iaitu
diri kita,memperuntukkan masa dan tenaga kita utk dikorbankan ke Jalan Allah.Juga kitaperlukan memperuntukkan sebahagian dr ezeki yang dikurniakan Allah demi Agama.

Dan jika kita dapat mengamalkannya,semua ciri2 yang saling berkaitan di atas kita dapat ikuti dan fahami dengan sepenuh hati,InsyaAllah...JANJI ALLAH seterusnya dalam ayat ke 20 surah at taubah ini akan menyusul,iaitu "Mereka itulah orang-orang yg memperoleh kemenangan"....
Sebesar2 kemenangan...adalah apabila nama kita dinobatkan sebagai...


"PENGHUNI SYURGA"...




hu..agak panjang tulisan di atas..mengambil masa kira2 hampir 3 jam jugak la..tapi mudah-mudahan sama2 kita dpt amalkan..

hari ni ada Jaulah Ukhuwwah Mahabbah Usrah..bersama2 dgn ipt yg lain di melaka..insyaallah akan bergerak dlm pukul 9 pg..

Lepas sarapan pagi di batu berendam..di kedai roti tampal yang femes tu..terus aku cepat2..pulang dan bersiap2 utk ke Jaulah yang dianjurkan..ke gunung dato',seremban,dan ke putrajaya..

InsyaAllah posting akan datang..akan dikongsi bersama,segala input dan pengisian yang didapati dr Jaulah itu..sgt2 menarik..dan alhamdulillah..memberi satu kekuatan baru utk terus berada bersama2 mereka2 yang menjadi pekerja2 dakwah ila Allah..

[bersambung]...

2 comments:

shuhada said...

Salam... Alhamdulillah... smga akh dpt teruskn berdakwah di alam cyber ni... dpt byng kan 3 jam menaip mcm 1 jam usrah yg akh bwk..huhu... bagus2.. teringt zaman dolu2...=)kali ni blh la ana nak tmbh bhn bacaan ana slain blog2 yg biasa ana ziarah... =D

hamdan said...

amboyh..ade ke sejam?3 jam kut..haha