Monday

Kesah anak singa yang hilang taringnya >_<




Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut






Zaman satu bangsa yang hina



tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!



Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi



tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:



Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut



dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam



Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan



Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.





(Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim, m.s. 102)




Keterangan



Kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal Rahimahullah membongkar taktik kotor musuh islam (kaum Yahudi dan Kristian) yang mengasuh anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singasinga Islam dari kalangan para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.


Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut musuh islam ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….!


Pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup. Seterusnya mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi. Mereka hapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula.


Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah generasi baru dari putera-putera Islam! Anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.



Perancangan mereka telah berjaya. Apa yang berlaku sekarang, kita dapati terdapat sesetengah orang yang ikhlas lebih cenderung untuk beruzlah, mengasingkan diri dan takut berganding bahu bersama-sama umat Islam..tidak lain melainkan adalah akibat pengaruh daripada kesan pendidikan tersebut. Ini jelas membuktikan keberkesanan perancangan mereka.


Ianya bukanlah suatu yang menghairankan. Kalaulah mereka telah berjaya menjauhkan ramai orang Islam dari Islam sendiri, maka tentu lebih mudah bagi mereka untuk menjauhkan lebih ramai lagi orang Islam dari sebahagian dari Islam. Mereka meyakinkan kebanyakan orang Islam dengan perlunya mengasingkan diri (beruzlah) dan lebih baik berjaga-jaga dari sebarang kerja yang mengundang risiko kepada mereka (jihad dan amal Islam).



Ketika itu berlakulah proses peralihan cepat dari Islam kepada jahiliyyah...!





*Dipetik daripada buku ”Al-Munthalaq” karangan Muhammad Ahmad Ar-Rasyid




al-kandahlawi

Umah hazri

Melaka

Sunday

Ikhtiari zaujah



منذ أن خلق الله آدم، وكتب عليه أن يعيش على الأرض، هو وذريته من بعده، والزواج أمر ضروري لاستمرار الحياة، حيث يشعر الرجل بالحاجة إلى المرأة، وتشعر المرأة بالحاجة إلى الرجل، فكلا هما يحتاج إلى الآخر. فالطعام والشراب، والسكن لا يغني عن الزواج.

وهذا دليل على أهمية الزواج، الذي لا يستغني عنه عاقل.الإسلام يسمو بالزواج عن الحيوانية، ويجعله اتصالا كريما بين الرجل والمرأة، يناسب كرامة الإنسان، وفضله على سائر المخلوقات، ويحقق المعاني الإنسانية المقصودة من الزواج يقول الله تعالى:
(ومن آياته أن خلق لكم من أنفسكم أزواجا لتسكنوا إليها وجعل بينكم مودة ورحمة إن في ذلك لآيات لقوم يتفكرون).

اختيار الزوجة أهم مرحلة قبل الدخول في الحياة الزوجية. ذلك لأن الزواج رابطة وثيقة، وعلاقة إنسانية. وعملية الاختيار تحتاج إلى جهد، للعثور على الشريك المناسب. واختيار الزوج أو الزوجة خطوة من أهم الخطوات التي يتخذها الإنسان في حياته، فإن من يختارها الرجل، لتكون شريكة حياته، ستكون جزءا منه، وأما لأولاده، وربة لبيته.وضع الإسلام قواعد لاختيار الزوج والزوجة الصالحة، فعلى سبيل المثال، فإن أهم صفة للزوجة، أن تكون ذات دين، يدفعها إلى أداء الحقوق التي عليها، ويمنعها من طلب ما ليس لها. وفي وصف المرأة الصالحة، يقول الله جل جلاله: (فالصالحات قانتات حافظات للغيب بما حفظ الله)

[النساء 34].وفيها يقول الرسول - صلوات الله وسلامه عليه - : "تنكح المرأة لأربع: لمالها ولحسبها ولجمالها ولدينها، فاظفر بذات الدين، تربت يداك". وذات الدين يطمئن إليها القلب، ويأمنها المرء على نفسه وماله، وعلى نفسها أيضًا.والمرأة لا ينبغي لها أن تقبل من الأزواج، إلا من هو على خلق ودين. يقول الرسول - صلى الله عليه وسلم - : "إذا أتاكم من ترضون خلقه ودينه فزوجوه، إن لا تفعلوا تكن فتنة في الأرض وفساد عريض


Al-kandahlawi
Menara TM

Wednesday

Pencerahan Isu Niqob/Purdah

salam semua..

mintak maaf kpd readers sekalian..

nampaknya dah sgt lama x berkesempatan utk update,memandangkan training utk HSBB Telekom yang berlangsung selama 3 minggu ini tidak mengizinkan utk mengupdate.di tambah pulak dengan internet connection yang agak bermasalah.

harini ada kesempatan skit utk update berkenaan isu purdah yang dh saya post kan dlm entry sebelum ni,nampaknya mendapat perhatian beberapa orang yang memberi pandangan berbeza,dan menyampaikan isu sebenar yang berlaku.Saya sangat berterima kasih kepada readers2 especially dari Mesir/Al-Azhar yang memberi pandangan dn penjelasan mengenai isu ini,moga Allah merahmati kamu smua..InsyaALlah..

Saya dengan rendah hati memohon ampun kepada Allah,dan memohon maaf kepada semua,jika entry sebelum ini tersalah faham,sebenarnya akibat dari maklumat kurang tepat dari media,dan sumber2 yang lain seperti : kosmo online, mediaumat.com, eramuslim.com.Ini semua akibat kelemahan diri ini jugak,moga dapat diperbaiki masa akan datang,InsyaALlah..

saya sertakan di sini pandangan salah seorang dari seorang readers dari Mesir :(copy paste sebijik2)

anonymous :

salam....ana merupakan sorang pelajar kat cni (i mean mesir). and ana juga merupakan seorang yang memakai niqab di sini. kat sini ana nak nyatakan bahawa tujuan syeikh tantawi mengeluarkan arahan untuk mengharamkan agar pelajar2 yang ingin memasuki kuliah supaya menanggalkan niqab adalah atas sebab2 keselamatan. Keselamatan macam mana ye?

uhmmm...actually, ada rancangan yang dijalankan oleh pihak tertentu untuk mencuri rahsia2 azhar. sbb tu la beliau mengharamkan pemakaian niqab ketika masuk ke kuliah. dalam azhar, bebas tuk keluar masuk pejabat2, and minoriti banat memakai niqab, cuba bayangkan kalau dalam bilangan minoriti tu ada musuh islam yang menyamar sebagai pelajar azhar banat dengan memakai niqab kemudian masuk ke pejabat2 dalam kuliah tu tuk curi maklumat azhar, bukan ke benda tu x elok? and at the same time we don't know her face for she wears niqob. Kalau kita tersilap tangkap orang, x ke naya orang tu? orang lain yang wat salah orang lain yang kena tangkap. macam musang berbulu ayam la contohnya.


And for your information, penguatkuasaan pengharaman niqob di kuliah ini berjalan selaras dengan arahan kepada kami budak2 azhar hanya dibolehkan untuk buat urusan dekat syubbak sahaja (before kami boleh masuk pejabat untuk buat urusan contoh nak dapatkan pengesahan kuliah, kasyfu darajat dan sebagainya.)


lagi satu... tidak ada dalil qat'i (dalil yang sabit) yang mengatakan niqab adalah wajib. yang ada hanyalah dalil2 zanni yang menjadi khilaf para ulamat. Maka, niqob bukanlah satu perkara yang wajib untuk kita pakai. Kalau kita gunakan fiq aulawiyat (fiq priority) kita akan nampak bahawa faktor keselamatan ummah adalah lebih penting untuk kita aulakan berbanding pemakaian niqab yang hukumnya bukanlah wajib tetapi hanyalah harus - kerana tidak ada dalil qat'i yang mengatakan bahawa ianya harus, hanya ada dalil zanni.


Untuk tambahan pulak, niqob hanyalah diharamkan apabila masuk ke universiti sahaja, bila dah langkah kaki keluar pagar nak balik tu, pakai balik lah, bukan susah pun.
kepada sahabat2 sekalian, saya berharap agar korang2 semua bersangka baik dengan ulama'. Mereka sebagai ulama'2 yang muktabar tidak akan mengeluarkan kenyataan untuk menghancurkan Islam. Jika hendak dibandingkan akan perhatian yang mereka berikan kepada islam berbanding dengan kita, mungkin bezanya ibarat langit dengan bumi. Kata-kata yang keluar daripada bibir2 mereka hanyalah untuk kemaslahatan ummah itu sendiri, bukanlah sedap2 mulut jer nak cakap. Lagipun, jika kita sebagai pendakwah, adalah lebih baik jika kita tidak berniqob daripada kita berniqob kerana golongan yang pakai kain x cukup kalau diorang tgk orang yang pakai niqob datang berdakwah, gerenti diorang lari terus, jadi, elok kita pakai jer pakaian yang boleh diterima ramai dan memenuhi syariat islam daripada kita memakai pakaian yang akan menyebabnya tertutup pintu dakwah kita kepada orang2 yang masih lagi

hanyut...that's all...pikir elok2 wahai sahabatku....and last but not the least, i'm wearing niqob for the sake of my health... sini habuk banyak dan bila masuk musim sejuk nnt, mcm2 masalah kesihatan yang akan timbul (pada saya lah)..orang lain saya tak tahu... but i rather encourage princess of islam out there, x payah pakai pun niqob takper, janji korang pakai tudung labuh litup dan jaga maruah korang elok2...ok?

October 28, 2009 11:02 PM


Saya ucapkan terima kasih kepada pembaca yang concern tentang isu ni,dan mungkin pihak lain di luar sana dan kita semua dapat penjelasan dan pencerahan mengenai isu ini :)

Jazakumullah Khairan Kathira




"Tuluslah dengan Tuhan,Teluslah dengan manusia"




al-kandahlawi
Telekom Training Centre (TMTC)
Taiping

http://www.pembinaselangor.com

Friday

Tantawi diGESA Letak Jawatan ! : AP Mesir

Salam sejahtera..

berita harini saya kira adalah impak susulan kepada tindakan Sayed Tantawi yang agak pelik dan janggal,apabila mahu mengharamkan purdah di Mesir.rujuk posting sebelum ni :

dan hari ini,salah seorang ahli parlimen dari Ikhwan Muslimin menempelak beliau,atas tindakannya yang tidak disenangi ramai pihak.Bukan pertama kali ini,banyak kali dah sebelum ni sebenarnya.

Berita seperti berikut :

KAHERAH 8 Okt. – Seorang anggota Parlimen pembangkang mendesak ketua sebuah institusi pengajian agama terkenal dalam dunia Islam, Syeikh Mohammed Sayyed Tantawi supaya meletak jawatan selepas beliau mengarahkan seorang pelajar membuka purdah yang dipakainya.

Desakan tersebut dibuat ketika puluhan pelajar yang memakai purdah atau niqab, mengadakan demonstrasi di hadapan Universiti Kaherah, yang mengharamkan purdah di kawasan kampusnya.

Syeikh Tantawi meminta seorang pelajar perempuan agar membuka niqab yang dipakainya apabila terlihat pelajar itu semasa melawat sebuah sekolah gabungan Universiti Al-Azhar kelmarin, lapor akhbar al-Masry al-Youm minggu ini.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengharamkan niqab di Al-Azhar dan membuat kenyataan yang tidak sedap didengar mengenai penampilan pelajar perempuan itu apabila dia membuka niqab tersebut.

“Dan kamu kelihatan seperti ini; apa yang akan kamu buat sekiranya kamu kelihatan cantik sedikit,” tanya beliau kepada pelajar itu,

“Niqab tidak ada kaitan dengan Islam... saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu,” kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Jurucakap Al-Azhar, Ahmed Tawfiq mengesahkan perkara tersebut, namun menegaskan bahawa Tantawi berbicara dengan baik kepada pelajar itu.

Hamdi Hassan, seorang anggota Parlimen daripada Ikhwanul Muslimin, pembangkang terbesar di Mesir, menegaskan bahawa Tantawi ‘tidak boleh memegang jawatan itu kerana beliau mencalarkan imej Al-Azhar setiap kali beliau bercakap’.<---(betui,betui betui.)

“Saya percaya niqab bukan satu kewajipan tetapi memberikan faedah. Kenapa mengharamkannya di Al-Azhar? Ia institusi agama, bukan akademi tarian gelek,” tambahnya.

Kebanyakan wanita beragama Islam di Mesir memakai tudung atau hijab yang melindungi rambut, tetapi niqab semakin popular di Kaherah kebelakangan ini sehingga menimbulkan kebimbangan kerajaan. – AFP

ambiklah iktibar~







al-kandahlawi
hari terakhir di :
TMpoint Taipan
Subang

Wednesday

Purdah/niqob diharamkan di Al-Azhar?

salam sejahtera

berita yang dipaparkan harini,yang agak menyentak,dan menimbulkan seribu satu persoalan di benak saya.

kalau sebelum ni merata-rata,bersepah-sepah kita dengar,terutamanya di negara -negara barat dan eropah,seperti Perancis yang mahu mengharamkan tudung,tetapi di negara Islam sendiri,di bumi yang digelar Ardhul Kinanah,bumi anbiya' ini muncul isu mahu mengharamkan niqob/ purdah,yang sinonim dengan masyarakat Muslim,utk Muslimah.



Agak tersentak kerana kata2 yang dikeluarkan oleh seorang yang dilabelkan sebagai ulama' atau "imam" kepada universiti yang masyhur,universiti yang mempunyai sangkut paut yang kuat dengan usaha salahuddin al-ayyubi,universiti tertua di dunia yang telah melahirkan jutaan ulama'2 hebat dan besar di merata dunia.

agak sedih apabila orang yang membuat kebaikan dihalang,tetapi kerajaan mesir yang terang2 membuat kejahatan,bersekongkol dengan USA dan Israel utk menyerang al-aqsa,tidak pula kedengaran bantahan umum dari ulama'2 tersebut.hairan!

bukan sedikit orang yang mendedahkan aurat di mesir,bukan sedikit juga orang yang berzina di mesir! mengapa mereka ini tidak di balun habis-habisan oleh ulama'2 mesir ni?mengapa mereka yang membuat kebaikan dengan berpurdah,untuk menjaga diri mereka menjadi fokus utama untuk dihalang?-dengan alasan keselamatan?-apatah lagi alasan ini dikeluarkan oleh seorang bertitle ulama'?

sepintas lalu,saya teringat apa yang ditulis oleh Ust asri,dan juga kaitan dengan tulisan tun mahathir,berkenaan kata-kata ulama' pun tidak boleh diterima bulat-bulat melainkan kata2 Rasulullah yang sure,berlandaskan wahyu dari Allah.

maka,sesiapa di luar sana,yang ada hujah berkenaan hal ni,mohon dikongsi bersama..samada menyokong atau membantah-tetapi dari gaya bahasa sayed tantawi,yang berang dengan pemakaian purdah ini bg saya adalah satu yang menjengkelkan dan sangat PELIK!!


berikut laporan dari utusan malaysia

KAHERAH 6 Okt. - Syeikh Al-Azhar, Mohammed Sayyed Tantawi merancang untuk mengharamkan pelajar perempuan yang memakai purdah daripada memasuki institusi-institusi pendidikan di bawah Universiti al-Azhar.

Seorang pegawai keselamatan semalam berkata, polis telah menerima arahan secara lisan supaya menghalang pelajar perempuan yang berkelubung daripada memasuki institusi-institusi al-Azhar termasuk sekolah menengah dan tinggi, serta asrama beberapa universiti di Kaherah.

Pegawai itu berkata, pengharaman tersebut adalah atas sebab keselamatan.


Langkah itu dipercayai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membendung manifestasi Islam yang dianggap ultrakonservatif di Mesir.

Sungguhpun majoriti wanita Mesir memakai tudung, hanya segelintir yang memakai purdah atau dikenali di sini sebagai niqab yang menutup muka dan lebih kerap ditemui di Arab Saudi yang mengamalkan ajaran Wahhabi.

Kebanyakan ulama berpendapat purdah tidak wajib tetapi hanyalah adat resam yang diamalkan oleh masyarakat Arab Badwi sebelum kedatangan Islam.

Rancangan Tantawi itu diumumkan semasa beliau menyuruh seorang pelajar sekolah menengah di sebuah kelas yang dikunjunginya awal minggu ini, supaya menanggalkan niqabnya.

Syeikh itu melawat sekolah-sekolah al-Azhar pada permulaan tahun akademik untuk memeriksa langkah yang diambil bagi membendung wabak selesema babi, menurut butir-butir lawatan yang disiarkan semalam oleh akhbar bebas, Al-Masry Al-Youm.

Tantawi dengan tegas memberitahu gadis berkenaan bahawa niqab 'tidak ada kena-mengena dengan Islam dan hanya satu adat resam' dan memaksanya menanggalkan niqabnya. (apa punya ulamak ni???)

Beliau kemudian mengumumkan akan mengeluarkan arahan tidak lama lagi bagi mengharamkan pelajar perempuan yang memakai niqab daripada memasuki sekolah-sekolah al-Azhar.

"Niqab tidak ada kaitan dengan Islam...saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu," kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Seorang sarjana di sebuah pusat penyelidikan al-Azhar, Abdel Moati Bayoumi berkata, para sarjana al-Azhar akan menyokong Tantawi jika beliau mengeluarkan arahan tersebut.

Bagaimanapun pengkritik langkah itu berkata, pengharaman niqab tidak akan dilaksanakan.

Arahan sebelum ini oleh Kementerian Wakaf untuk mengharamkan penceramah wanita yang memakai niqab daripada memasuki masjid dibantah keras.

Seorang penyelidik yang dihalang daripada memasuki perpustakaan Universiti Amerika di sini pada 2001 kerana memakai niqab membawa kesnya ke Mahkamah Agung Mesir dan akhirnya menang.

Mahkamah memutuskan pengharaman menyeluruh ke atas niqab menyalahi perlembagaan.


apa sudah jadi dengan dunia sekrg?tanda kiamat semakin hampir....

lihat pandangan lain :

Aurat wanita dihadapan lelaki ajnabi ada dua pendapat ulamak. Pertama sekelian badan melainkan kedua tapak tangan dan wajah manakala pendapat kedua pula sekelian badannya termasuk wajah adalah aurat yang wajib di tutup.

Pendapat pertama adalah ulamak2 mazhab Hanafi dan Maliki dan pendapat kedua pula ialah ulamak2 mazhab Syafie dan Hanbali.

Bagi pendapat yang mengatakan muka dan dua tapak tangan bukan aurat itu tetap mewajibkan wanita memakai hijab yang menutup wajah. Perintah tutup ini bukan kerana wajah adalah aurat tetapi sebab menutup pintu fitnah. Memang kita tak dapat menafikan wajah wanita adalah sebesar2 fitnah yang mengundang berbagai maksiat dan dosa.

Cara terbaik bagi wanita pada zaman sekarang ini tiada lain melainkan memakai hijab yang menutup wajahnya memandangkan kebanyakkan lelaki pada zaman sekarang adalah fasiq dan tidak bermoral.

Jangan kita terkeliru dengan perkataan hijab dan aurat. Hijab adalah jauh berbeza daripada aurat.

Aurat bermaksud suatu yang wajib ditutup sekalipun dari pandangan mahhramnya sendiri manakala hijab adalah suatu yang lebih dari sekadar menutup aurat.

Kepada sesiapa yang mahukan penjelasan dan dalil2 yang terperinci tentang kewajipan berpurdah ini silalah merujuk kitab "Tafsir Ayaatul Ahkam karangan Syeikh 'Ali As-Shobuni juzuk ke 2 muka surat 103-126.

Di sana boleh kita lihat kesemua dalil2 dari Al-Quran & Sunnah dan perkataan Abu 'Ala Al-Maududi tentang kesalahan orang2 yang mengatakan wanita tidak perlu memakai hijab yang menutup wajahnya.





Tuluslah dengan Allah,Teluslah dengan manusia





al-kandahlawi
TMpoint,
Taipan

www.pembinaselangor.com

Virus terbaru!!!! : SIS,JAG,WAO

Salam..

sedikit perkongsian,yang dipetik dari dewanulamakpasperak.blogspot.com

1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak .

2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undang syariah dalam negara ini .

3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .

4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]

5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah .

6. Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil .

7. Sebatan mengikut cara Islam :

a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.
8. Adapun sebatan mengikut kaedah sivil pula :
a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

9. Jika SIS dan JAG terus menerus begini seperti mempunyai dendam terpendam terhadap Mahkamah Syariah dengan mengambil langkah menentang keputusannya malah mengheret persepsi mereka yang separuh masak terhadap Islam , suka saya tegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat sedia berhadapan dengan SIS dan JAG demi memelihara kesucian Islam sekaligus membetulkan tanggapan salah mereka terhadap Islam .

10. Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadhir . Tindakan SIS dan JAG sudah keterlaluan . Saya tidak faham , apa yang mereka mahu ? Nak jaga maruah ? maruah siapa ? maruah apa yang mereka nak jaga ?

11. Kalau dihukum itu menjatuhkan maruah , maknanya minum arak itu tidak menjatuhkan maruah . Jika sebat pesalah dengan 6 rotan menggunakan kaedah cara sebatan Islam [ biarpun jumlah sebatan itu tidak menepati hukuman Islam ] dianggap kejam , maknanya membiarkan orang mabuk lalu mengheret berlakunya pelbagai jenayah ekoran mabuk seperti berzina atau membunuh itu tidak kejam .

12. Persoalannya , kenapa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah syariah dianggap kejam sedang hukuman yang sama diputuskan oleh mahakamah sivil mereka sepi dan membungkam seribu bahasa . Saya nak tanya , apa sebenarnya yang mereka mahu ?

13. Sekali lagi saya cabar Dr. Hamidah Marican Pengarah Eksekutif Sistem In Islam membuka gelanggang debat ilmiyyah dan jemput kami Dewan pemuda PAS Pusat bagi kita membahaskan Benarkah Sebat Kartika satu Kekejaman yang Menjatuhkan Maruah ?

14. Apakah langkah yang diambil oleh SIS dan JAG sebagai tindakan sengaja mahu memberi tekanan ke atas Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama dalam negara ini untuk tidak bertindak ke atas pesalah - pesalah agama ? atau mereka suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama ?

15. Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpretasi yang bersimpang siur dan paling dekat , orang - orang yang beriman dan bertaqwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam amnya dan mahkamah Syariah khasnya .







al-kandahlawi
TMpoint
Taipan,Subang

www.pembinaselangor.com

iftar perdana : BaitulHikmah wa zahrowat~

assalamualaikum..

salam sejahtera semua :D

Pada bulan posa yang lepas telah berlangsung majlis iftar perdana di rumah BaitulHikmah wal Maghfirah,seksyen 7 shah alam-yakni rumahku syurgaku. :D

tgh duk2 kt ofis..tetiba dapat mesej blankurt(azril) suwuh balik cepat utk prepare "majlis iftar" di rumah.blur2,terus balik utk prepare umah.amal dah siap menunggu n blankurt dh siap tido :P di rumah.dlm pukul 5 lebeyh cmtu,gerakan membersihkan rumah bermula~


ruang tamu di kemas2 sehabisnya,kipas dicuci,luar dalam habis clear.memang mantap lah gandingan permbersih rumah :D dapur juga tk terkecuali menerima sentuhan yg sama.






Pemandangan ruang tamu yang eksklusif






sudut yang lain-indah dn permai



bahagian hadapan rumah yang comel :D siap ada pokok ijau dan tabung sumbangan- utk palestin-

hadirin dan tetamu tediri dari shbt2 ikhwah2 kwsn shah alam dan juga adik2 junior dari intec shah alam.

sedari pukul 6.30 hadirin telah tiba dan disambut dengan senyuman para ahlul baitulHikmah-





antara tetamu terawal yang begitu bersemangt utk ber iftar




Tak lama lpas tu,fairol n d gang tiba pulak dengan juadah2 yang lebih berat dan best :D Maka persiapan beriftar pun bermula dengan rancak dan pantas.




sebagai tuan rumah,kami pun melayan la tetamu yang hadir..:D

dari kiri,hamdan,amal,thaqib



otai bancuh air,abg azman monitor anak murid bancuh air,amal asrol. :D



sahabat2 turut membantu,kelihatan hafiz maun,thaqib dan kamarul yg pura2 sibuk :p



antara juadah berat yang disumbgkan~wiiiii..sgt sedap!



ketua masakan rumah,ashraf(seghap) pangkatnya di bwh abg azman.sangat suka buat kopok lekor :D




hadirin mula memeneuhi setiap ruang rumah,dan sama2 beriftar dengan makanan yg agak ringan dalam talam bersama2...



diikuti solat Maghrib berjemaah..dan diteruskan dengan agenda yang lebih berat,iaitu makan berat :D



makanan berat telah siap dihidang,menanti masa untuk dihabiskan..[gambar dari tingkt 1 rumah]



kelihatan org besar kita,yang berbahagia,seghap dan yang sentiasa bahagia,mr.hakim wakil dr audit firm terkenal, KPMG,dijemput Khas.berlatarbelakangkan lampu neon yang bergemerlapan~:P




hidangan tambahan diusahakan lagi,maka blankurt pun pura2 sibuk sama.hahaha :P sori kurt,gaji dh masuk kan~:D



selepas makan,sementara menanti isyak,sesi ta'aruf bersama2 adik2 intec,yang kebanyakannya akan fly ke oversea


Kemudian program diteruskan dengan solat terawikh berjemaah dimamkan oleh syeikh al fadhil sohibussomahah kamarul.

selepas 4 rakaat terawikh,program selingan diadakan,iaitu pengisian ringkas dari kamarul dan diikuti dengan kuiz ramadhan kepada semua hadirin [penyertaan terbuka kepada adik2 intec saja].Soalan2 mencabar minda dikemukakan,dan memang lain dari yang lain.






kelihatan kamarul sedang meng'conduct' kuiz perdana kepada para hadirin.




Dan pemenang kepada kuiz tempat pertama dan kedua pada kali ini ialah :





dan..









tingkt bwh penuh,tingkt atas pun penuh jugak dengan para tetamu. : kelihatan para tetamu sedang khusyuk mendengar pengisian yang disampaikan.



dalam ramai2 tengah khusyuk ada jugak yang khusyuk buat benda lain ;seperti gambar di atas.hakim sedang bz cek email,tktau la email dari zaujah yang tengah on call kut :P



para hadirin juga mengambil kesempatan masa2 lapang yang ada untuk membaca quran dan ibadat2 yang lain




Selepas kuiz perdana selesai,solat terawikh di sambung lagi sehingga 8 rakaat,dan di susuli dengan doa penutup.Seterusnya majlid diteruskan lagi dengan moreh ringkas,donat dan air tea.





kelihatan hakim dan adik2 intec bersama2 meraikan donat yang tinggal seketul :P




kamarul juga tk melepas peluang untuk menikmati donat kepunyaan doremon,iaitu dorayaki :P

Program borak2 diteruskan sampai tengah malam,dan berakhir sekitar pukul 11 lebeyh..

Program mengimarahkan baitulHikmah akan datang lagi..




pndgn keseluruhan Rumahku,Syurgaku..
No.24,Jalan Pualam 3,7/32c.seksyen 7,40 000 Shah Alam,Selangor Indera Kayangan..

jadi bersedialah semua..

dengan program Poklak Raya @t baitulhikmah,pada 10 oktober :D

dijemput datang beramai2..dan juga artis nasyid akan turut sama menyerikan majlis :)

access @t baitulHikmah.com





al-kandahlawi
Kaunter CPE
TM Point
Taipan,Subang


Monday

Ayuh posa 6 pulak!



UMAT Islam sekarang sedang menyambut Syawal selepas berjaya merentasi segala cabaran pada Ramadan al-Mubarak. Mudah-mudahan didikan Ramadan tahun ini dapat membentuk keperibadian kita sebagai umat Islam mulia yang menjadi asas kepada pembinaan masyarakat Islam cemerlang.

Syawal adalah bulan yang kesepuluh mengikut takwim Islam dan ia mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan tersendiri termasuk menziarahi saudara-mara dan kaum keluarga.

Sempena bulan mulia ini kita turut digalak berpuasa enam yang fadilatnya di ibaratkan berpuasa selama setahun. Adalah menjadi amalan sunat mengerjakan puasa enam hari dalam Syawal. Ia boleh dilakukan mulai 2 Syawal hingga 7 Syawal secara berterusan atau mana-mana enam hari dalam bulan itu.

Nabi Muhammad bersabda, "Barang siapa berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada Syawal, maka orang itu seolah-olah berpuasa setahun penuh." (Hadith Riwayat Muslim)

Seperti diketahui semua amalan sunat adalah penampal mana-mana kekurangan dalam amalan fardu. Perlu kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari pada Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki kekurangan dalam ibadat puasa Ramadan.

Bagi kaum perempuan yang tidak dapat berpuasa penuh pada Ramadan kerana kedatangan haid, Syawal ini memberi peluang terbaik untuk membayar puasa qada lebih afdal tidak digabung dengan puasa sunat enam hari Syawal walau pun ada pendapat menyatakan boleh.

Kebiasaan membayar puasa Ramadan pada hari-hari terakhir Ramadan akan datang adalah amalan yang tidak sepatutnya dilakukan. Amalan wajib jika ditinggalkan mestilah disegerakan sebagai menunjukkan sikap pengabdian diri kita terhadap Allah.

Apakah makna dan tujuan kita melambatkan qada puasa wajib? Tidak lain menunjukkan seolah-olah kita keberatan untuk menunaikan kewajipan yang kita tinggalkan. Bukankah Allah tahu apa yang tersirat dalam hati kita?

Natijah daripada amalan puasa ialah takwa dan kasih akan Allah. Tanda kasih akan Allah ialah berkhidmat kepada-Nya. Siapa mencintai Allah dia akan berbahagia di alam akhirat, sebaliknya siapa mencintai dunia dan isinya, ketahuilah dunia akan meninggalkan kita. Kelazatan dunia walaupun bagus, tetapi ia tidak kekal. Ia berakhir sebaik saja kita menemui ajal. Sebaliknya kelazatan akhirat kekal abadi tanpa batasan waktu.

Di antara tanda kita mengasihi Allah ialah mulut sentiasa berzikir (mengingat) Allah, hati tidak lalai mengingati sesuatu selain Allah. Setiap amalan yang dilakukan diperiksa terlebih dulu adakah untuk nafsu atau Allah.

Mana dirasakan untuk Allah diteruskan. Apabila melihat sesuatu hati terus teringat kepada Allah yang menjadikannya. Selain itu, sentiasa mendampingi orang alim (ulama) kerana mereka ialah pewaris nabi. Kita sedar kita adalah bersama orang yang kita cintai di akhirat nanti. Jika hati mencintai nabi dan ulama, InsyaAllah kita bersama mereka di akhirat. Bagaimana pula kalau kecintaan beralih kepada artis dan penyanyi?

Oleh Mohd Zaki Mukhtar



Manfaat Berpuasa 6 hari :)


1. Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.

2. Puasa Syawal dan Sya’ban bagaikan solat sunat rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan fardhu akan disempurnakan (dilengkapi) dengan perbuatan-perbuatan sunat. Sebagaimana keterangan yang datang dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam dalam berbagai riwayat. Puasa fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidak sempurnaan, maka hal itu memerlukan sesuatu yang menutupi dan menyempurnakannya.

3. Membiasakan puasa setelah Ramadan menandakan diterimanya puasa Ramadan, kerana apabila Allah Ta’ala menerima amal seorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebahagian orang bijak mengatakan: “Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya.” Oleh kerana itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama.

Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama.

4. Puasa Ramadan - sebagaimana disebutkan di atas - dapat mendatangkan maghfirah atas dosa-dosa masa lain. Orang yang berpuasa Ramadan akan mendapatkan pahalanya pada hari Raya ‘ldul Fitri yang merupakan hari pemberian hadiah, maka membiasakan puasa setelah ‘Idul Fitri merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat ini. Dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

Oleh kerana itu termasuk sebahagian ungkapan rasa syukur seorang hamba atas pertolongan dan ampunan yang telah dianugerahkan kepadanya adalah dengan berpuasa setelah Ramadan. Tetapi jika ia malah menggantinya dengan perbuatan maksiat maka ia termasuk kelompok orang yang membalas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila ia berniat pada saat melakukan puasa untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka puasanya tidak akan terkabul, ia bagaikan orang yang memdirikan sebuah bangunan megah lantas menghancurkannya kembali. Allah Ta’ala berfirman:

“Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai berai kembali “(An-Nahl: 92)

5. Dan di antara manfaat puasa enam hari bulan Syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadan tidak terputus dengan berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup.


ihsan dari : marjan ibtisam



Fastabiqul Khairat!!


al-kandahlawi

CC,Bgn Serai

www.pembinaselangor.com



Saturday

Perutusan Raya dari Perantauan :)

Salam Perantau





sumber : www.bhairan.com.my






al-kandahlawi
CC bgn serai
www.pembinaselangor.com

Tuesday

Peluang UnTuk beLi sAham!!


saham akhirat ye~


Ibu tunggal saudara baru terlantar perlukan bantuan


ALOR SETAR, 13 Sept: Kunjungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat.



Ini memandangkan dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam kesusahan dan melarat.

Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru.

Menurut Basir Haji Ismail, setiausaha agung Pembela, mereka dimaklumkan oleh pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tentang nasib yang menimpa seorang saudara baru berstatus ibu tunggal yang hidup dalam keadaan yang amat daif.

Kata Basir, berdasarkan maklumat tersebut beberapa wakil Pembela dan aktivis PAS Kubang Pasu telah pergi menemui saudara baru berkenaan malam tadi. Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain kecuali setengah kampit beras.

?Kunjungan kami pada asalnya hanyalah untuk memberi sedikit sumbangan dari dana tabung kemanusiaan Pembela," katanya.

Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada Fatimah yang sedang dalam kesusahan.

Dari maklumat yang diterima dari Fatimah, kehidupannya amat susah sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara 2-8 tahun.

Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya sendiri.

Image(Gambar:Fatimah bersama dua anaknya, hanya nasi puteh tanpa lauk yang sedang di makan oleh anak kecil ini.)

Ketika berkunjung ke rumahnya kami mendapati anak sulung (lelaki) terlantar di katil kerana cedera di bahagian bawah mata akibat terjatuh ketika bermain di luar rumah pada siang hari.

Tidak ada ubat yang mampu diberikan, apa lagi untuk membawanya ke klinik berhampiran. Dua lagi anaknya sedang menjamah makanan iaitu nasi putih yang tidak berlauk, kata Basir.

Lebih malang lagi, anak sulungnya yang berumur lapan tahun tersebut tidak lagi dapat meneruskan pengajian kerana tidak mampu untuk menyara kos persekolahannnya setiap hari.

Fatimah, nama asalnya Lim Yen Thik berkata, "Saya tidak tahu nak buat apa-apa, kecuali menjaga anak-anak yang masih kecil. Nak kerja cari duit, susah, lebih-lebih lagi kalau jauh dari rumah."

"Kalau ada masalah, saya mengadu kepada Haji Ibrahim Lai kerana dia adalah pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis. Keluarga kandung langsung tak mau ambil peduli tentang saya lagi kecuali saya bersetuju balik semula kepada agama asal (Budha)," katanya.

"Rasa perit apabila memeluk agama Islam, keluarga kandung buang saya. Jiran tempat tinggal (Melayu) pun tak mahu berkawan kerana mereka anggap saya bukan orang Islam, tak tahulah apakah ini ujian dari Tuhan kepada saya," katanya.

Sehubungan itu, Basir bagi pihak Pembela ingin merayu kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang berkemampuan supaya dapat menghulurkan sumbangan kepada Fatimah dengan seberapa segera.

Sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadinya atas nama LIM YEAN THIK, nombor akaun Maybank 1521 7003 1022 ataupun menghubunginya di talian 019-514 7892. Keterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail). _