Monday

Al-Tantuya,Mongolia & Malaysia...

salam semua..

pg ni bila belek2 paper secara online[ana bca sume paper,utusan,berita hairan,detikdily,harakah,klpos.com,malaysiakini,dan sume yg bleh dpt info]....terdetik nk masukkan isu altantuya al-mongolia kalini..

mcm sebelum ni ana dh post kan berkenaan isu2 yang belum selesai..antara yang "hot" adalah kes pembunuhan berprofil tinggi altantuya shaaribu..dr awal2 kes ni dibwa ke mahkamah,ana sendiri dah rasa,kes ni akan mengambil mnasa yang sure dan pasti,sgt lama.paling kurang 3 tahun.kwn2 ana pun bila ditanya pendpt..[dr budak2 law]...kebnykannya bg respon..yg lebih kurang jugak.Hari demi hari,perbicaraan demi perbicaraan...keputusan tk dpt dicapai lagi.Bukti2 still mcm samar2.laporan media2 tunggangan plak kebanyakannya hanya memasukkan kandungan2 nonsense,and stupid.Dalam kes PEMBUNUHAN,dosa besar tu,bleh plak pi report pasal si tertuduh,si A ni kuat bersedekah..si R ni suke senyum..si B plak suka solat..dn mcm2 benda nonsense.Kadang2 kelakar tgk,kenapa ambik masa yang sgt lama,dan sampai tahap kerajaan Mongolia memberi amaran untuk memutuskan hibungan diplomatik,jika kes ni tk diselesaikan seadilnya.Kalaulah kes ni berkaitan rakyat biasa yang "tak empunya jwtn kuasa atau pengaruh"..mana mungkin kerajaan Mongolia mengambil serius hal ni.Mungkin ramai antara kita masih tk tahu,siapakah identiti sebenar altantuya?

Mengikut logiknya pun,penggunaan Bom C4 bukanlah satu perkara yang mudah bagi org2 bwhn mcm 3 org tertuduh tu utk menggunakannya,kerana ia memerlukan kelulusan dr pihak "atasan".Kenapa pihak polis dan org2 berkaitan tidak siasat hingga ke akar umbi,bagaimana bom tu boleh digunakan?sapa meluluskannya?kenapa dalm isu ni,perjalanannya dilihat begitu lembab?tapi dalam isu2 lain yang remeh temeh,dilihat begitu cepat pihak2 berkuasa ambik tindakan?dalam isu anwar ibrahim begitu pantas polis ambik tindakan,hukuman dgn mudah.Ini satu keadaan misteri,pelik tapi benar.Mastika patut keluarkan isu ni sbnrnya=)

Oleh itu,suka ana attach bersama dlm postng ni,pendpt dr ustz haron Din,bekas pensyarah UKM,dan pakar perubatan Islam berkenaan Isu Altantuya al-mongolia nih :



di adapt dr : www.detikdaily.net



KUALA LUMPUR : Pengendalian kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu membabitkan Penganalisis Politik, Abdul Razak Baginda oleh mahkamah di negara ini sekali lagi dipertikai ketelusannya kerana dibimbangi ada campur tangan oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN).

Kali ini bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato' Dr Haron Din pula mempertikai jaminan berupa bon dan akhirnya wang tunai bernilai RM1 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Abdul Razak.

"Dalam kes Altantuya ini bila Razak diberi ikat jamin, ini satu yang pelik, ini juga mendapat bantahan dari pihak Mongolia dan Peguam Pemerhati, Karpal Singh.Ini tanda awal kerajaan campur tangan," katanya.
Dalam kes pembunuhan seperti ini biasanya tertuduh tidak akan dibenarkan untuk diikat jamin lebih-lebih lagi tertuduh adalah individu yang berprofil tinggi dan terbabit dengan pemimpin kerajaan, katanya.

Bagi Timbalan Mursyidul Am PAS itu, tertuduh mungkin sekali dalam masa dibebaskan dengan jaminan boleh melakukan sesuatu ke atas saksi-saksi dengan menggunakan kedudukan mereka atau kemewahan untuk memesongkan saksi dari fakta sebenar.

Sebagai contoh kes yang membabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan meliwat Sukma Dermawan, Anwar tidak dibebaskan oleh mahkamah ketika itu, katanya.

Akhirnya pada tahun 2004, Anwar dibebaskan dari tuduhan dan didapati tidak bersalah, katanya.

Ketika itupun dunia dan kerajaan luar telah mengutuk tindakan Malaysia yang dikatakan mengadakan campur tangan politik ke atas kes Anwar itu, katanya.

Beliau menyifatkan jaminan yang diberi ke atas Abdul Razak itu adalah sikap 'double standard' yang ditunjukkan kerajaan melalui badan kehakiman atas sebab tertentu.

"Saya tambah fakta jika tak berlaku sesuatu yang boleh dilihat sebagai campur tangan atau senario tersembunyi itu mana mungkin kerajaan Mongolia kata jangan campur, tentau ada sesuatu yang besar,"katanya ketika ditemuramah di rumahnya di Bandar Baru Bangi 18 Disember lalu.

Selain itu katanya tindakan meminda pertuduhan awalyang berat ke atas Abdul Razak kepada yang lebih ringan juga menimbulkan tanda tanya, kerana dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dikatakan terbabit dalam kes ini masih dikekalkan pertuduhan, malah tidak dibenar diikat jamin.

"Saya bimbang dengan kekalutan ini yang mungkin untuk menyelamatkan pihak tertentu hanya akan ditertawakan oleh mahkamah-mahkamah lain di negara luar," katanya lagi.

Justeru beliau menyeru kerajaan agar mengambil iktibar yangpenting dalam pengendalian kes Altantuya ini supaya sesekali tidak dilihat oleh masyarakat dunia bahawa amalan demokrasi Malaysia sangat buruk.

Terdahulu sebelum ini Abdul Razak dituduh bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, melakukan pembunuhan yang berakhir dengan mayat Altantuya diletupkan dengan bahan letupan.


Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang, di antara jam 9.54 pagi dan 11.05 pagi 18 Oktober lalu. Alamat itu adalah alamat rasmi Malaysian Strategic Research Centre (MSRC) yang dipengerusikan Razak sendiri.

Azilah dan Sirul Azhar, kedua-duanya daripada Unit Tindakan Khas (UTK) polis Bukit Aman dituduh membunuh Altantuya di lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10.00 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober lalu.

Pembunuhan Altantuya terbongkar apabila cebisan daging dan pakaiannya ditemui di kawasan hutan di Puncak Alam pada 7 November lalu.

Pada 23 November lalu, Abdul Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tuduhan bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar membunuh Altantuya. Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Abdul Razak dituduh mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Begitupun Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak sekali lagi dengan memberi syarat tambahan supaya Abdul Razak mendepositkan wang jaminan pada hari sebutan kes pada 14 Disember lalu.

0 comments: