Friday

Harga Minyak dunia...MELAMBUNG LAGI?

salam sejahtera..


alhamdulillah..harini bleh la update lg blog ni..since exam yang sgt menensenkan pun dh habis..just preparation utk several SRC program lepas ni..


ana rasa terpanggil utk memberi pandangan berkenaan isu harga minyak dunia nih..dan jugak ana telah diajukan beberapa persoalan berkenaan "inflasi"..apa effect kpd ekonomi...

apa kaitan pulak dgn harga minyak dunia ni.?
kalau kita lihat secara tuntasnya..harga minyak dunia meningkat setiap tahun..dan hamp
ir2 mustahil harga minyak akan turun..

sebelum tu,jom sama2 tengok,ape benda minyak petrol nih?

Petrol atau gasolin ialah campuran bahan api yang diperolehi daripada petroleum yang terdiri terutamanya daripada hidrokrabon alifatik dan ditambah dengan hidrokarbon aromatik seperti toluena,benzana atau iso-oktana untuk meningkatkan penarafan oktana, digunakan secara meluas sebagai bahan api bagi menggerakkan enjin kenderaan atau mesin. Formula lazim bagi petrol ialah C8H18.

sapa2 penah belajar kimia,dia tau la kut apa benda C=karbon,H=hidrogen dan cmna bleh dapat simbol2 tu :P[saya pelajar akaun,tk penah ambik sains,belaja kimia ngn
ayah jek~]

kat malaysia ni,kita guna 2 jenis minyak petrol.Yang pertama,ialah RON 95 dan ROm 97- Ron97 dah mencecah RM 1.92 setakat ni,dan mungkin akan dinaikkan lagi berikutan kenaikan harga komoditi tersebut di peringkat abntarabangsa.


harini,minyak dunia naik lagi hingga ke paras USD 135 setong disebabkan faktor "bimbang",dari para pengguna2 minyak seluruh dunia.

mari kita lihat story line utk kenaikan harga minyak dunia ;

Dari Wikipedia;


Harga piawai minyak mentah
pada NYMEX ialah di bawah $25/tong pada September 2003, tetapi pada 11 Ogos 2005, ia naik ke atas $60/barrel, dan topped out pada harga rakaman $78.40 tiap barrel pada July 13, 2006. Pakar-pakar menynaraikan beberapa faktor yang membawa kepada kenaikan mendadak harga minyak, termasuk pelancaran peluru berpandu Korea Utara, Krisis antara Israel dan Lebanon, amalan menempah bahaya nuklear Iran, dan laporan-laporan dari jabatan A.S tenaga menunjukkan kekurangan pada simpanan petroleum. Sementara harga-harga minyak considerably tinggi dari setahun yang lalu, harganya masih melebihi sekurang-kurangya $14 daripada harga puncak yang dilaraskan mengikut kadar inflasi semasa krisis harga minyak tahun 1980, apabila harga minyak lebih daripada apa yang setaraf dengan nilai harga $90 setong.


Kalo
kita sama2 mengkaji punca sebenar yang membawa kepada kenaikan harga minyak dunia,seribu satu alasan "pakar2" ekonomi dunia,dalam negara dan sewaktu dengannya akan cuba menyakinkan bahawa sebenarnya faktor2 luaran yang menyebabkan harga minyak dunia ni naik.permintaan tinggi la,kebimnbangan masyarakat la,perang la dn mcm2 lg.


Walau apa alasan diberikan sekalipun,kenaikan demi kenaikan harga minyak dunia sejak beberapa minggu kebelakangan ni,dari USD 124 setong,naik kepada USD 125,naik lagi ke USD 135 setong harini...itu hanyalah disebabkan satu perkara.


PUNCANYA HANYALAH SATU :-


SISTEM EKONOMI KAPITALIS!!!

Mengapa harga minyak tak dapat dibendung lagi kenaikannya?


Sistem Ekonomi Kapitalisme – sistem yang menjanjikan ketidakstabilan dan kezaliman

Sistem kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang lahir dari aqidah sekularisme; aqidah yang mengenepikan peranan Allah sebagai As-Syari' atau pembuat hukum. Ia merupakan aqidah yang mengagungkan akal sebagai 'arbitrator', sebagai tunjang yang melahirkan segenap pemikiran dan sistem kehidupan manusia. Sistem ekonomi kapitalisme merupakan sistem ekonomi yang hanya mementingkan keperluan materialistik manusia sebagai dasar permasalahannya. Dalam membincangkan permasalahan ini, pendukung sistem ini meletakkan 3 perkara sebagai asas perbincangan mereka.

1. Kelangkaan relatif komoditi dan perkhidmatan di dalam dunia berbanding dengan keperluan manusia yang terus meningkat.

2. Penekanan keatas nilai produk (komoditi atau perkhidmatan) dalam pengkajian mereka.
3. Harga dan peranannya dalam aspek pengeluaran, pengagihan dan penggunaan produk.

Tambahan lagi, motivasi penggerak ekonomi kapitalis adalah manfaat dan hanya manfaat semata-mata. Makalah ini tidak akan membincangkan ketiga-tiga elemen di atas secara mendalam kerana perbincangan seperti ini memerlukan ruangan khusus untuk mengkajinya. Namun begitu, adalah amat penting untuk kita menyedari bahawa banyak peristiwa-peristiwa yang berlaku sejak kebelakangan ini, yang bersangkutan dengan masalah ekonomi dunia, berkait rapat dengan falsafah ekonomi kapitalis yang berkisar di sekitar tiga asas seperti yang disebutkan di atas.

Banyak contoh yang boleh digunakan dalam membincangkan kepincangan sistem ini dalam konteks asas perbincangan yang disebutkan tadi. Kenaikan harga minyak yang berlaku baru-baru ini merupakan kes yang baik untuk diperhatikan dalam melihat kepincangan ini. Falsafah meletakkan harga sebagai mekanisma pengeluaran, pengagihan dan penggunaan, sebagai contoh, telah dengan sendirinya menyebabkan mereka yang tidak berkemampuan dianggap sebagai orang yang'tidak layak' mendapat bahagian dalam 'pengedaran' bahanapi ini.


Pada hakikatnya, kerajaan tidaklah perlu menyarankan perubahan cara hidup kerana bebanan kenaikan harga minyak ini dengan sendirinya memaksa rakyat yang tidak berkemampuan untuk merendahkan lagi taraf hidup mereka yang sudah sememangnya berada di tahap yang cukup menyedihkan. Tidak cukup dengan kenaikan harga minyak, harga barangan keperluan juga turut naik. Kenaikan kadar inflasi (kini kadar inflasi Malaysia adalah lebih kurang 3.2%), salah satu dari fenomena tabi'i sistem kapitalis akan memburukkan lagi keadaan masyarakat yang dipaksa hidup di dalam sistem ini. Yang kaya terus mampu untuk mendapatkan komoditi yang tinggi harganya dan berkemungkinan meraih keuntungan yang lebih dari akses kepada komoditi tersebut.

Yang kurang berkemampuan pula terpaksa berjimat dan tidak mendapat akses sepenuhnya kepada komoditi tersebut dan kemungkinan untuk memperbaiki taraf kehidupan, bagi mereka ini, adalah amat tipis. Sesungguhnya, meletakkan harga sebagai mekanisma pengagihan, seperti yang dilakukan oleh sistem kapitalisme, merupakan suatu yang amat menjijikkan dan hanya membawa kepada lebih banyak kezaliman. Falsafah inilah yang merupakan salah sebab utama bertambahnya jurang antara yang kaya dan miskin.

Melihat fenomena kenaikan harga minyak ini dalam konteks yang berbeza, kesengsaraan yang dihadapi oleh rakyat akibat dari kenaikan ini, bagi sebuah negara pengeluar minyak, adalah merupakan suatu yang amat menghairankan. Kapitalisme merupakan sistem yang muncul dari aqidah sekularisme yang meletakkan kebebasan sebagai asas utamanya. Kebebasan kepemilikan merupakan aspek yang membentuk sistem kapitalisme.

Dengan kebebasan ini, kapitalisme pada hakikatnya tidak pernah meletakkan sebarang halangan bagi sesiapa untuk memiliki apa sahaja yang mereka inginkan. Begitulah halnya dengan khazanah minyak kurniaan Allah. Bagi pendokong kapitalis, minyak bukanlah hak milik umum, sedangkan hukum Allah secara eksplisit meletakkan komoditi seperti minyak dan galian lainnya dengan status kepemilikan umum. Kita tidak perlu mendalami mekanisma pusingan keuntungan minyak untuk sampai kepada rumusan bahawa keuntungan ini pada hakikatnya tidak sampai kepada masyarakat umum sepenuhnya. Malah, bagi masyarakat di Malaysia, kenaikan harga minyak sepatutnya menjadi rahmat kepada masyarakat; namun yang terjadi adalah rahmat ini berubah menjadi sumpahan ke atas mereka!


Dalam konteks yang sama, adalah merupakan suatu hakikat bahawa sebahagian besar khazanah minyak dunia berada di tangan kaum Muslimin. Namun hakikat yang diperhatikan adalah suatu yang amat menghairankan. Kemiskinan dan kehinaan yang menimpa kaum Muslimin hari ini langsung tidak menggambarkan kekayaan negara-negara umat Islam hari ini. Inilah, secara umumnya, kesan yang amat menyedihkan akibat dari penerapan sistem kapitalisme dalam dunia Islam.

Minyak yang sepatutnya menjadi milik umum kaum Muslimin kini dimiliki oleh individu-individu, konglomerat dan syarikat-syarikat besar yang berjalan atas prinsip kapitalisme – manfaat dan keuntungan. Bagi mereka, harga adalah mekanisma pengagihan; oleh itu, selayaknya, hanya mereka yang berkemampuan boleh mendapatkan minyak. Oleh itu, hanya negara-negara Barat dan negara-negara industri yang mampu sahaja dapat membeli minyak dengan harga yang tinggi; meninggalkan negara-negara miskin menjadi semakin miskin dan semakin tersisih dari aktiviti ekonomi global. Yang lebih menyedihkan adalah banyak di antara negara-negara ini adalah negara kaum Muslimin.


Keadilan Ekonomi???

Sistem kapitalisme sebenarnya baru sahaja diimplementasi di dunia hari ini. Dominasi Barat ke atas dunia baru berumur dua abad dan selama dominasi tersebut, fakta sejarah dan realiti hari ini membuktikan bahawa sistem kapitalisme yang diterapkan di majoriti negara di dalam dunia lebih banyak menyebabkan kerosakan dan kenistaan berbanding kebaikan. Perlu diingatkan di sini bahawa dalam membincangkan kegagalan atau kejayaan sesebuah ideologi, seperti kapitalisme, penilaian perlulah dilakukan ke atas kesan penerapannya di seluruh dunia dan bukannya di tempat-tempat tertentu sahaja. Pandangan ini memberikan gambaran yang lebih global dalam memahami kegagalan atau kejayaan ideologi tersebut.

Adakah benar sistem kapitalisme, sekiranya diterapkan boleh menjanjikan keadilan? Adakah Pak Lah akan dapat mengotakan janjinya untuk memberikan keadilan kepada masyarakat Malaysia dalam pemerintahannya, sedangkan sistem yang diterapkannya adalah sistem kapitalisme? Untuk menjawab soalan ini secara tuntas marilah kita sama-sama melihat 'track-record' kapitalisme dalam memberikan 'keadilan' kepada masyarakat dunia.


Secara global, jurang antara yang kaya dan miskin amat ketara. Banyak statistik yang memanifestasikannya. Namun untuk memperkuatkan lagi hujah yang menunjukkan dengan jelas kenistaan yang disebabkan oleh sistem ini, kami bawakan sedikit sebanyak statistik di bumi kapitalisme sendiri, USA. Secara puratanya, golongan miskin di Amerika mencecah 30 juta orang. Pada masa yang sama GNP AS meningkat dari USD400 bilion kepada USD10 trilion dari tahun 1959 hingga 2000. Peningkatan GNP ini tidak pula membantu dalam mengurangkan kemiskinan di sana [US Census Bureau 2001].


Malahan, AS sebagai negara yang menempatkan jumlah jutawan terbesar di dunia masih lagi menghadapi masalah kebuluran. Menurut The Physician Task Force on Hunger in America, kebuluran masih berleluasa di Amerika dan akibat polisi-polisi kerajaan Amerika, masalah ini menjadi semakin buruk. Mungkin perkara ini tidak pernah didedahkan secara meluas dan ramai antara kita yang tidak sedar akan perkara ini; namun, sekiranya kita masih ingat peristiwa yang menimpa Amerika baru-baru ini, peristiwa Taufan Katrina, kita dapat melihat dengan jelas jurang perbezaan antara masyarakat kaya dan miskin yang begitu ketara didedahkan melalui peristiwa-peristiwa diskriminasi dan jenayah yang berlaku di New Orleans. Nampaknya Amerika, sebagai bapa kapitalisme masih tidak berjaya menghapuskan masalah kemiskinan dan kebuluran. Sesungguhnya kegagalam AS dalam menangani masalah ini adalah sesuatu yang tidak menghairankan. Kemiskinan merupakan masalah yang hanya boleh di atasi secara sistemik. Kapitalisme dicipta bukan untuk mengatasi masalah ini bahkan ia berfungsi untuk mempertingkatkannya!

Malahan,seperti yang kita ketahui,minyak adalah "real economy",iaitu sesuatu yang padanya mempunyai nilai Komoditi.Minyak juga adalah asset penting yang sangat berharga dan diperlukan setiap masa.Apabila harga minyak dunia dipadankan atau diukur dengan matawang kertas,atau dalam bahasa ekonominya,boleh dipanggil Fiat money[wang cetak],sudah pasti harga minyak akan naik selama2nya.


MENGAPA INI BERLAKU?


org belajar ekonomi sepatutnya dia tahu benda ni.Fiat money adalah sejenis duit cetak atau bahan pertukaran yang tidak mempunyai apa2 nilai,melainkan nilai yang dicetak atas kertas tersebut.Nilai fiat money ditentukan berdasarkan "gurantee" daripada kerajaan yang memerintah sesuatu tempat tersebut.Tetapi,apabila kerajaan tersebut,hancur,atau musnah ditakluk,wang kerta stersebut tidak lagi bernilai.Sebagai contoh,"duit pisang" yang digunapakai di Malaysia dulu,ketika era penjajahan Jepun.Setelah Jepun dihalau keluar,duit itu hanyalah kertas biasa yang tiada nilai.

jadi,apabila sesuatu yang mempunyai nilai komoditi yang tinggi,dipadankan dgn sesuatu yang tak ubah seperti tisu jamban/fiat money/ USDollar,fiat money akan melalui proses penyusutan nilai,dan harga minyak akan naik.Adakah bermakna minyak menjadi lebih berharga daripada sebelum?atau ada apa2 perubahan pada struktur minyak tersebut?tidakk..!,harga minyak naik sebab value/nilai duit kertas USdollar yang menyusut,menyebabkan utk mendpt certain amount minyak,memerlukan lebih banyak dollar berbanding sebelum.Kenapa masyarakat dunia,especially negara2 pengeluar minyak,yang MERUPAKAN NEGARA2 ISLAM,tidak menggunakan kaedah sebenarnya,kaedah ekonomi islam utk mengawal hrga minyak ini.

mari kita lihat harga minyak dunia berdasarkan graf di bawah ;




Graf di atas menunjukkan kejatuhan dollar/fiat money utk mendapatkan minyak per barrel-membuktikan wang kertas tahap tisu jamban itu mustahil mampu utk menyimpan value yang lebih tinggi dari nilai minyak itu sendiri.Buatlah apa cara sekalipun,minyak tetap minyak,KERTAS TETAP KERTAS.Penggunaan kertas utk jadik duit ni,mempunyai isu yang besar,yang merupakan antara PROTOKOL OF ZION,atau protokol YAHUDI/Jews utk mengawal dunia.Merekalah dalang utama kepada sistem kapitalis,dan juga segala mcm sistem yang merosakkan ummat dunia.

Begitu juga,sistem kapitalis,dan jugak sistem ekonomi yang bukan dr Islam ni,menyebabkan wujudnya satu term iaitu "INFLATION".Apa tu inflasi?

inflasi adalah "increasing of general price level in the economy" atau,satu keadaan di mana berlakunya kenaikan secara umum harga2 barang2 dan perkhidmatan dalam ekonomi.Pada masa inflasi,harga barang2 dunia akan mengalami kenaikan dan ini akan mempengaruhi rantaian ekonomi,dan menyebabkan harga2 semua naik.

Bagi lah banyak mana subsidi sekalipun,kesan inflasi tetap akan terasa.Kerana siap[a yang mengawalnya?YAHUDI.Merekalah dalang segala2nya.merekalah yang mencipta situasi inflasi.

ketika inflasi,supply of money,dalam pasaran banyak,menyebabkan kejatuhan general purchasing power-reflect dari kenaikan harga barang.Dulu RM10 boleh beli 5 atau 6 jenis barang dari pasar.tapi sekarang,bagi RM10 bleh beli 2 atau 3 barang.Apa maksudnya?nilai duit kita menyusut.Inilah yang terjadi bila inflasi.

dan lawan kepada inflasi,adalah recession[tktau bahasa melayu die apo,maybe resessi :P].Recession berlaku pulak apabila supply of money dalam pasaran sedikit,menyebabkan kurangnya permintaan,dan kurangnya pengeluaran.Apabila kurangnya pengeluaran,menyebabkan company2 mengurangkan jumlah pekerja akibat dari kekurangan untung.Recession akan menyebabkan kadar unemployment,atau kadar pengangguran meningkat,dan ini jugak adalah indicator kepada kelemahan ekonomi.

Dan apabila berlaku keadaan di atas,antara cara yang digunakan oleh Bank Negara,utk stabilkan ekonomi,antaranya melalui "fiscal policy" atau monetary policy".Melalui monetary policy,central bank akan mengawal "interest rate" atau KADAR FAEDAH..ATAU bahasa lebih tepat KADAR RIBA.Dan k\mcm kita tahu,riba secara total dan clear di sisi Islam adalah HARAM JELAS DAN NYATA.Mana mungkin sistem berasakan benda2 haram ni akan memberi keadilan kepada manusia..


Msalah kenaikan harga minyak yang kita lalui hari ini adalah suatu yang pasti berlaku dan akan terus berlaku selama mana sistem kapitalisme ini menjadi asas kepada kehidupan kita. Sebarang 'penyelesaian', selama mana ia tetap diasaskan kepada idea-idea kapitalisme, tidaklah ia layak digelar penyelesaian. Kita sebenarnya telahpun terperangkap di dalam lubang kapitalisme yang akan terus mewujudkan ketidakstabilan dan kenistaan di dalam kehidupan kita. Satu-satunya jalan keluar hanyalah dengan mengembalikan sistem Islam melalui penegakkan semula entiti politik Islam yang universal, yakni, Al-Khilafah.

Keadilan sistem kehidupan Islam telah terbukti secara empirik – dan tiada siapa yang mampu menolaknya – melalui penerapan Deen Al-Islam selama lebih 1300 tahun. Dalam aspek ekonomi, Islam meletakkan masalah pengagihan kekayaan sebagai masalah utama yang perlu diselesaikan. Islam juga memastikan kepemilikan kekayaan diperhatikan dengan hukum-hukum yang khusus. Sebagai contoh, kepemilikan dibahagikan kepada 3 jenis; kepemilikan individu, kepemilikan umum dan kepemilikan negara. Minyak, yang banyak menimbulkan pelbagai persoalan sejak kebelakangan ini diletakkan di bawah kepemilikan umum di mana segala kekayaan yang berkaitan dengan kepemilikan ini adalah milik rakyat, bukannya syarikat atau individu. Syarikat dan individu boleh dikontrak untuk membantu proses carigali, pemprosesan dan pengagihan hanya sebagai 'pekerja' dan bukan 'pemilik' kekayaan ini. Dalam masalah kewangan, Islam mengasaskan wangnya kepada emas dan perak. Ini pasti akan mencipta suasana kewangan yang stabil dan menghapuskan inflasi. Kekayaan diukur dalam nilainya yang sebenar. Tiada lagi kekayaan yang boleh hilang dalam sekelip mata.


Inilah sistem Islam. Sistem yang mewajibkan manfaat dan kemaslahatan ditumpahkan ke atas setiap individu yang hidup di bawah naungannya. Sistem yang menjanjikan kestabilan, kesenangan dan kerahmatan Allah Subhanahu wa Ta'ala…

'Dan tidaklah kami mengutuskan engkau kecuali sebagai rahmat bagi sekelian alam'

[TMQ AL-Anbiya':107]


antara sumber tambahan :


www.mykhilafah.com






Bantulah..KEMPEN DERMA UTK MANGSA TAUFAN NARGIS~[SRC]






Students' Representative Council 07/08

Cyclone Nargis

On May 2, 2008, Myanmar (also known as Burma) was hit by a tropical cyclone. The cyclone was later christened Nargis.



Entire towns have been destroyed and almost a million people left injured and homeless while suffering the lost of loved ones. Cyclone Nargis has, at the time of writing, caused at least 78,000 deaths with nearly 56,000 people missing.


However, the numbers may not be entirely accurate as Labutta Township alone was reported to have suffered 80,000 fatalities. Some have estimated that the death toll may well be over 100,000.


Sichuan Earthquake

Ten days later, the world was shocked by another tragedy which happened in the Sichuan Province of China. The province had suffered a major earthquake (Sichuan) which measured 7.9 on the Richter scale.



As of May 17, official figures state that 28,920 are confirmed dead, including 28,389 in Sichuan province, and 198,347 injured. Tens of thousands are missing, approximately 14,000 of them buried, and eight provinces were affected.


Our role

The Students' Representative Council in collaboration with the Student Affairs Division (STAD) will be leading the effort to collect as much donations as possible to be sent to be these affected nations. In line with this commitment, we will be placing donation boxes in major exam venues in the campus in the hope that all students would be able to make a minimum contribution of RM1. Apart from this, we would also be actively seeking for donations from the academicians and staff of the university.

A donation box has also been placed inside the SRC room. If you feel like donating, you may do so there. Other methods of collecting funds will be devised soon. Any updates or announcements will be made through MMU Bulletin Board and this blog.

All around the world, disasters strike without even a moment's notice bringing about deaths totalling hundreds of thousands, if not millions, in its wake. We, Malaysians, should be grateful for not having to endure such tragedies.

Let us be thankful for living in a country which is peaceful and not vulnerable to such disasters. Let us reach out to those affected souls in this their time of need. No amount of contribution is small or big enough. Help us, help them.

Brought to you by,

Students' Representative Council 07/08
Sri Perdana
Multimedia University
Melaka Campus

http://srcmalacca.blogspot.com

Monday

Al-Tantuya,Mongolia & Malaysia...

salam semua..

pg ni bila belek2 paper secara online[ana bca sume paper,utusan,berita hairan,detikdily,harakah,klpos.com,malaysiakini,dan sume yg bleh dpt info]....terdetik nk masukkan isu altantuya al-mongolia kalini..

mcm sebelum ni ana dh post kan berkenaan isu2 yang belum selesai..antara yang "hot" adalah kes pembunuhan berprofil tinggi altantuya shaaribu..dr awal2 kes ni dibwa ke mahkamah,ana sendiri dah rasa,kes ni akan mengambil mnasa yang sure dan pasti,sgt lama.paling kurang 3 tahun.kwn2 ana pun bila ditanya pendpt..[dr budak2 law]...kebnykannya bg respon..yg lebih kurang jugak.Hari demi hari,perbicaraan demi perbicaraan...keputusan tk dpt dicapai lagi.Bukti2 still mcm samar2.laporan media2 tunggangan plak kebanyakannya hanya memasukkan kandungan2 nonsense,and stupid.Dalam kes PEMBUNUHAN,dosa besar tu,bleh plak pi report pasal si tertuduh,si A ni kuat bersedekah..si R ni suke senyum..si B plak suka solat..dn mcm2 benda nonsense.Kadang2 kelakar tgk,kenapa ambik masa yang sgt lama,dan sampai tahap kerajaan Mongolia memberi amaran untuk memutuskan hibungan diplomatik,jika kes ni tk diselesaikan seadilnya.Kalaulah kes ni berkaitan rakyat biasa yang "tak empunya jwtn kuasa atau pengaruh"..mana mungkin kerajaan Mongolia mengambil serius hal ni.Mungkin ramai antara kita masih tk tahu,siapakah identiti sebenar altantuya?

Mengikut logiknya pun,penggunaan Bom C4 bukanlah satu perkara yang mudah bagi org2 bwhn mcm 3 org tertuduh tu utk menggunakannya,kerana ia memerlukan kelulusan dr pihak "atasan".Kenapa pihak polis dan org2 berkaitan tidak siasat hingga ke akar umbi,bagaimana bom tu boleh digunakan?sapa meluluskannya?kenapa dalm isu ni,perjalanannya dilihat begitu lembab?tapi dalam isu2 lain yang remeh temeh,dilihat begitu cepat pihak2 berkuasa ambik tindakan?dalam isu anwar ibrahim begitu pantas polis ambik tindakan,hukuman dgn mudah.Ini satu keadaan misteri,pelik tapi benar.Mastika patut keluarkan isu ni sbnrnya=)

Oleh itu,suka ana attach bersama dlm postng ni,pendpt dr ustz haron Din,bekas pensyarah UKM,dan pakar perubatan Islam berkenaan Isu Altantuya al-mongolia nih :



di adapt dr : www.detikdaily.net



KUALA LUMPUR : Pengendalian kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaaribu membabitkan Penganalisis Politik, Abdul Razak Baginda oleh mahkamah di negara ini sekali lagi dipertikai ketelusannya kerana dibimbangi ada campur tangan oleh kerajaan Umno/Barisan Nasional (BN).

Kali ini bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dato' Dr Haron Din pula mempertikai jaminan berupa bon dan akhirnya wang tunai bernilai RM1 juta yang diputuskan Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap Abdul Razak.

"Dalam kes Altantuya ini bila Razak diberi ikat jamin, ini satu yang pelik, ini juga mendapat bantahan dari pihak Mongolia dan Peguam Pemerhati, Karpal Singh.Ini tanda awal kerajaan campur tangan," katanya.
Dalam kes pembunuhan seperti ini biasanya tertuduh tidak akan dibenarkan untuk diikat jamin lebih-lebih lagi tertuduh adalah individu yang berprofil tinggi dan terbabit dengan pemimpin kerajaan, katanya.

Bagi Timbalan Mursyidul Am PAS itu, tertuduh mungkin sekali dalam masa dibebaskan dengan jaminan boleh melakukan sesuatu ke atas saksi-saksi dengan menggunakan kedudukan mereka atau kemewahan untuk memesongkan saksi dari fakta sebenar.

Sebagai contoh kes yang membabitkan mantan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan meliwat Sukma Dermawan, Anwar tidak dibebaskan oleh mahkamah ketika itu, katanya.

Akhirnya pada tahun 2004, Anwar dibebaskan dari tuduhan dan didapati tidak bersalah, katanya.

Ketika itupun dunia dan kerajaan luar telah mengutuk tindakan Malaysia yang dikatakan mengadakan campur tangan politik ke atas kes Anwar itu, katanya.

Beliau menyifatkan jaminan yang diberi ke atas Abdul Razak itu adalah sikap 'double standard' yang ditunjukkan kerajaan melalui badan kehakiman atas sebab tertentu.

"Saya tambah fakta jika tak berlaku sesuatu yang boleh dilihat sebagai campur tangan atau senario tersembunyi itu mana mungkin kerajaan Mongolia kata jangan campur, tentau ada sesuatu yang besar,"katanya ketika ditemuramah di rumahnya di Bandar Baru Bangi 18 Disember lalu.

Selain itu katanya tindakan meminda pertuduhan awalyang berat ke atas Abdul Razak kepada yang lebih ringan juga menimbulkan tanda tanya, kerana dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) yang dikatakan terbabit dalam kes ini masih dikekalkan pertuduhan, malah tidak dibenar diikat jamin.

"Saya bimbang dengan kekalutan ini yang mungkin untuk menyelamatkan pihak tertentu hanya akan ditertawakan oleh mahkamah-mahkamah lain di negara luar," katanya lagi.

Justeru beliau menyeru kerajaan agar mengambil iktibar yangpenting dalam pengendalian kes Altantuya ini supaya sesekali tidak dilihat oleh masyarakat dunia bahawa amalan demokrasi Malaysia sangat buruk.

Terdahulu sebelum ini Abdul Razak dituduh bersubahat dengan Cif Inspektor Azilah Hadri, 30, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 35, melakukan pembunuhan yang berakhir dengan mayat Altantuya diletupkan dengan bahan letupan.


Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang, di antara jam 9.54 pagi dan 11.05 pagi 18 Oktober lalu. Alamat itu adalah alamat rasmi Malaysian Strategic Research Centre (MSRC) yang dipengerusikan Razak sendiri.

Azilah dan Sirul Azhar, kedua-duanya daripada Unit Tindakan Khas (UTK) polis Bukit Aman dituduh membunuh Altantuya di lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Selangor antara jam 10.00 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober lalu.

Pembunuhan Altantuya terbongkar apabila cebisan daging dan pakaiannya ditemui di kawasan hutan di Puncak Alam pada 7 November lalu.

Pada 23 November lalu, Abdul Razak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tuduhan bersubahat dengan Azilah dan Sirul Azhar membunuh Altantuya. Kes itu kemudian dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Abdul Razak dituduh mengikut Seksyen 149 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 kanun sama yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.

Begitupun Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Abdul Razak sekali lagi dengan memberi syarat tambahan supaya Abdul Razak mendepositkan wang jaminan pada hari sebutan kes pada 14 Disember lalu.

Saturday

Sakaratul-Maut...mengingati kematian~...


Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kamu tangisi boleh berbicara sekejap, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kamu, nescaya kamu akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kamu sendiri”. (Imam Ghazali mengutip atsar Al-Hasan).


Beberapa Dalil Naqli Datangnya Kematian Menurut Al Qur’an :

1. Kematian bersifat memaksa dan akan menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindari risiko kematian.

Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh". Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)

2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kukuh atau berlindung di sebalik teknologi kedoktoran yang canggih serta ratusan doktor terbaik yang ada di muka bumi ini.


Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kukuh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: "Ini adalah dari sisi Allah", dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: "Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)". Katakanlah: "Semuanya (datang) dari sisi Allah". Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:78)

3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari untuk menghindarinya.

Katakanlah: "Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan". (QS al-Jumu’ah, 62:8)

4. Kematian datang secara tiba-tiba.


Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya esok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)

5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat

Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11)


Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut

Sabda Rasulullah SAW : “Sakaratul maut itu sakitnya sama dengan tusukan tiga ratus pedang” (HR Tirmidzi)
Sabda Rasulullah SAW : “Kematian yang paling ringan ibarat sebatang pohon penuh duri yang menancap di selembar kain sutera. Apakah batang pohon duri itu dapat diambil tanpa membawa serta bagian kain sutera yang tersobek ?” (HR Bukhari)

Atsar (pendapat) para sahabat Rasulullah SAW .
Ka’b al-Ahbar berpendapat : “Sakaratul maut ibarat sebatang pohon berduri yang dimasukkan kedalam perut seseorang. Lalu, seorang lelaki menariknya dengan sekuat-kuatnya sehingga ranting itupun membawa semua bagian tubuh yang menyangkut padanya dan meninggalkan yang tersisa”.

Imam Ghazali berpendapat : “Rasa sakit yang dirasakan selama sakaratul maut menghujam jiwa dan menyebar ke seluruh anggota tubuh sehingga bahagian orang yang sedang sakarat merasakan dirinya ditarik-tarik dari setiap urat nadi, urat saraf, persendian, dari setiap akar rambut dan kulit kepala hingga kaki”.

Imam Ghazali juga mengutip suatu riwayat ketika sekelompok Bani Israel yang sedang melalui sebuah pekuburan berdoa pada Allah SWT agar Ia menghidupkan satu mayat dari pekuburan itu sehingga mereka dapat mengetahui gambaran sakaratul maut. Dengan izin Allah melalui suatu cara tiba-tiba mereka dihadapkan pada seorang pria yang muncul dari salah satu kuburan. “Wahai manusia !”, kata lelaki tersebut. “Apa yang kamu kehendaki dariku? Lima puluh tahun yang lalu aku mengalami kematian, namun hingga kini rasa perit bekas sakaratul maut itu belum juga hilang dariku.”

Proses sakaratul maut akan memakan waktu yang berbeza untuk setiap orang, dan tidak dapat dihitung dalam ukuran detik seperti hitungan waktu dunia ketika kita menyaksikan detik-detik terakhir kematian seseorang. Mustafa Kamal Attaturk, bapa modernisasi (sekularisasi) Turki, yang mengganti Turki dari negara bersyariat Islam menjadi negara sekular, mengalami proses sakaratul maut selama 6 bulan (walau nampak hanya beberapa detik), seperti dilaporkan oleh salah satu keturunannya melalui sebuah mimpi.

Rasa sakit sakaratul maut dialami setiap manusia, dengan berbagai macam tingkat rasa sakit, ini tidak terkait dengan tingkat keimanan atau kezaliman seseorang selama ia hidup. Sebuah riwayat bahkan mengatakan bahwa rasa sakit sakaratul maut merupakan suatu proses pengurangan kadar siksaan akhirat kita kelak.

. Wallahu a’lam bis shawab.


Sakaratul Maut bagi Orang-orang yang Zhalim

Imam Ghazali mengutip sebuah riwayat yang menceritakan tentang keinginan Ibrahim as untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika mencabut nyawa orang zhalim. Allah SWT pun memperlihatkan gambaran perupaan Malaikatul Maut sebagai seorang lelaki besar berkulit legam, rambut berdiri, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam, sangat menakutkan, dari mulutnya keluar jilatan api, ketika melihatnya Ibrahim as pun pengsan tak sedarkan diri. Setelah sedar Ibrahim as pun berkata bahawa dengan memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang pelaku kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya, padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari itu.

Kisah ini menggambarkan bahawa melihat wajah Malakatul Maut saja sudah menakutkan apalagi ketika Malaikat mulai menyentuh tubuh kita, menarik roh dari tubuh kita, kemudian mulai menghentak-hentak tubuh kita agar roh (yang masih cinta dunia dan enggan meninggalkan dunia) lepas dari tubuh kita ibarat melepas akar tunjang dan akar serabut yang tertanam sangat dalam di tanah yang terbuat dari timah keras.

Itulah wajah Malaikatul Maut yang akan mendatangi kita kelak dan memisahkan roh dari tubuh kita. Itulah wajah yang seandainya kita melihatnya dalam mimpi sekalipun maka kita tidak akan pernah lagi mampu tertawa dan merasakan kegembiraan sepanjang sisa hidup kita.

Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratulmaut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu". Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya. (QS Al-An’am 6:93)


(Yaitu) orang-orang yang dimatikan oleh para malaikat dalam keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata); "Kami sekali-kali tidak mengerjakan sesuatu kejahatan pun". (Malaikat menjawab): "Ada, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah kamu kerjakan". Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahanam, kamu kekal di dalamnya. Maka amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu. (QS, An-Nahl, 16 : 28-29)

Di akhir sakaratul maut, seorang manusia akan diperlihatkan padanya wajah dua Malaikat Pencatat Amal. Kepada orang zhalim, si malaikat akan berkata, “Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik, engkaulah yang membuat kami terpaksa hadir kami ke tengah-tengah perbuatan kejimu, dan membuat kami hadir menyaksikan perbuatan burukmu, memaksa kami mendengar ucapan-ucapan burukmu. Semoga Allah tidak memberimu balasan yang baik ! “ Ketika itulah orang yang dalam sakarat itu menatap lesu ke arah kedua malaikat itu.

Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah saatnya Malaikatul Maut menggambarkan padanya rumahnya kelak di akhirat.


Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Tak seorangpun diantara kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di surga atau di neraka”.
Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang zhalim di neraka, “Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak, bersiaplah engkau merasakan siksa neraka”.


Sakaratul Maut Orang-orang Yang Bertaqwa =)

Sebaliknya Imam Ghazali mengatakan bahwa orang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum.

Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: "Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?" Mereka menjawab: "(Allah telah menurunkan) kebaikan". Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Assalamu alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan". (QS, An-Nahl, 16 : 30-31-32)

Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikatpun akan menunjukkan syurga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkata padanya, “Bergembiaralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”.

Wallahu a’lam bish-shawab.

Semoga kita yang masih hidup dapat selalu dikurniakan hidayah-Nya, berada dalam jalan yang benar, selalu istiqomah dalam keimanan, dan termasuk umat yang dimudahkan-Nya, selama hidup di dunia, di akhir hidup, ketika sakaratul maut, di alam barzakh, di Padang Mahsyar, di jambatan Sirath-al mustaqim, dan seterusnya.
Amin !

Friday

Pemergian nenekku harini...al-fatihah..

assalamualaikum..

kepada semua pengunjung blog ini..

just ana nak maklumkan..pagi ni dapat urgent call dr kampung halaman..menyampaikan berita mengenai kematian nenek ku di Ipoh..

Innalillah..wainna ilaihiraji'un..

Harap antum semua dapat lah kiranya sedeqah kpd beliau surah al-Fatihah..moga2 beliau akan mendapat manfaat darinya..

sedikit peringatan yang ana nak kongsi bersama semua..beberapa ayat2 suci Allah..mengenai KEMATIAN/ajal/peringatan Allah kepada kita sebelum kita kembali kepadaNya ....moga2 ..sama2 kita mendapat keinsafan..dan kebaikan...serta memotivasikan diri kita untuk membina kehidupan akhirat yang lebih cemerlang gemilang terbilang tanpa rasuah..

Berfirman Allah dalam kitabNya yang mulia..

4. 18. Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang di antara mereka, (barulah) ia mengatakan : "Sesungguhnya saya bertaubat sekarang". Dan tidak (pula diterima taubat) orang-orang yang mati sedang mereka di dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu telah Kami sediakan siksa yang pedih.


FirmanNya lagi..

6. 2. Dialah Yang menciptakan kamu dari tanah, sesudah itu ditentukannya (kematianmu), dan ada lagi suatu ajal yang ada pada sisi-Nya (yang Dia sendirilah mengetahuinya), kemudian kamu masih ragu-ragu (tentang berbangkit itu).

Firman Allah lagi secara spesifik berkenaan keadaan Ajal..atau lebih tepat janji Allah mengenai ajal..

5. 99. dan sembahlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal).

(dlm ayat ni,kata syeikh abdul qadir jailani bagitau,"keyakinan" sebenar adalah apabila dtgnya kematian,dan kita nampak segala perkara yang terhijab semasa hidup..)

juga firman Allah seterusnya...

35. 45. Dan kalau sekiranya Allah menyiksa manusia disebabkan usahanya, nis- caya Dia tidak akan meninggalkan di atas permukaan bumi suatu mahluk yang melatapun [*] akan tetapi Allah menangguhkan (penyiksaan) me- reka, sampai waktu yang tertentu; maka apabila datang ajal mereka, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Melihat (keadaan) hamba-hamba-Nya.

"perkataan Daabbah" artinya ialah makhluk yang melata. Tetapi yang dimaksud di sini ialah manusia.

*
*sikit tambahan info kpd sume,kalo dalam kitab usul fiqh.ta'rif/maksud kepada manusia/al-insan,disebut dalamnya = haiwan natiq yang bermaksud haiwan yang berckp**

dan jelas Allah lagi..
40. 67. Dia-lah yang menciptakan kamu dari tanah kemudian dari setetes mani, sesudah itu dari segumpal darah, kemudian dilahirkannya kamu sebagai seorang anak, kemudian (kamu dibiarkan hidup) supaya kamu sampai kepada masa (dewasa), kemudian (dibiarkan kamu hidup lagi) sampai tua, di antara kamu ada yang diwafatkan sebelum itu. (Kami perbuat demikian) supaya kamu sampai kepada ajal yang ditentukan dan supaya kamu memahami(nya).


[** nombor yang terdpt sblm ayat itu menunjukkan no. surah dan ayatnya.Cthnya,ayat terakhir ni- 40.67.bermaksud surah ke 40 dlm al-quran iaitu surah Al-Ghafir,dan ayat ke 67.]



InsyaAllah,harap2,lepas melihat dalil2 al-qur'an mengenai Kematian..yakinlah...wahai Manusia...bahawa pasti dan pasti..sangat pasti..


kita PASTI merasai dan melalui KEMATIAN...

malah azabnya lebih dasyat dari duduk dlm final exam dlm keadaan tk bleh jwb soalan2..

maka apakah perasaan kita jika..berada dalam first exam lepas mati..iaitu..KUBUR..alam barzakh..

adakah kita mampu menjwb2 soalan2 dr Munkar dn Nakir..adakah kita mampu berdepan dengan shujja'ul 'aqra'...adakah kita mampu berdepan dengan kedasyatan azab kubur..adakah kita mampu menggunakan segala ilmu pertahanan diri untuk "defense" diri kita..KALAU MAMPU..cubalah..langgarlah perintah Allah sebanyak2nya..JIKA ANDA MAMPU....di ulangi..JIKA ANDA MAMPU...kalau tau tk mampu..maka...TAUBAT ALLAH SENTIASA TERBUKA..SEBELUM 2 KEADAAN.

1- SEBELUM KIAMAT[KIAMAT BETUL]
2- SEBELUM KIAMAT diri sendiri-[MATI/NYAWA DI TENGGOROK]..

marilah sama2..kembali kepadanya..sebelum terlambat..

anda masih ada masa..sebelum saat2 terakhir..

ucaplah LAILAHAILLALLAH...MUHAMMADURASULULLAH..

dan akuilah..bahawa...kita..hambaNya yang lemah..





Sunday

Ahadku yang cerah-~ =)- di pagi hari ibu~


Salam..

Kepada pelayar blog khallys ni....sini ana nak kongsikan sikit..beberapa perkara baik yang baru didapati..

Alhamdulillah…ana masih hidup lg harini…azan subuh berkumandang…ana masih di bilik air..iskisk.alahai…yg ana tau kalo setan dengar azan ni mau lari lintang pukang,masuk dlm tandas..aduh..mau di kencing2nya ana nanti.lekas2 le keluar..capai kain..siap2..trus ke surau taman faridah[surau tmn bunga raya]…

Alhamdulillah..org tk start solat lagik.smpai2 surau tu..ada la dlm lebih kurang 5 orang..pakcik2..tk lama pastu abg halim FMD pun tiba bersama anaknya..ni dh jd mcm trend la..kalo “org2” ni tk smpai..pakcik2 ni pun akn tggu…dan solat berjemaah..

Selesai solat subuh,abg halim mengadakan sesi tazkirah..dgn kitab fadha’il ‘amal,karangan Maulana Zakariyya (rah)…dalam keadaan mengantuk2..terhangguk2 tu..:p alhamdulillah ana dpt “tangkap”…beberapa point penting..antaranya adalah kelebihan orang yang berzikir..dan juga ganjarannya..lebih kurg cmnila[yang mna ingat je la nih :p] ;

Dalam surah Al-an’am,ayat 160 :

مَن جَآءَ بِٱلۡحَسَنَةِ فَلَهُ ۥ عَشۡرُ أَمۡثَالِهَا‌ۖ وَمَن جَآءَ بِٱلسَّيِّئَةِ فَلَا يُجۡزَىٰٓ إِلَّا مِثۡلَهَا وَهُمۡ لَا يُظۡلَمُونَ (١٦٠)

Mafhumnya :

Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), maka baginya (balasan) sepuluh kali ganda (dari kebaikan) yang sama dengannya dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun). (160)

Daripada dalil di atas,Maulana zakariyya mengingatkan tentang betapa Maha Pemurahnya Allah,walaupun kita buat jahat,Allah hanya akan membalasnya setimpal dengan kejahatan yang dilakukan.

Tetapi,jika kebaikan dilakukan,Allah akan menggandakan balasannya kepada 10 kali ganda.Masya-Allah,inilah sifat Pemurah Allah yang tiada tolok bandingnya,dan mengapa kita masih rasa kikir untuk melakukan kebajikan,hatta menyebut-SubhanAllah..

Di sambung lagi penjelasan beliau,bahawa setiap hari kita sebagai manusia,tidak akan terlepas dari ancaman dan gangguan syaitan laknatullah,yang akan berusaha sedaya upaya untuk menyesatkan anak Adam ini.Jadi,kita perlulah sentiasa meningkatkan amalan ibadah/kebaikan,untuk menampung segala kejahatan/kemaksiatan atau dosa yang dilakukan pada hari itu,samada sengaja atau tidak.

Ana membayangkan,perumpamaan itu boleh di analogikan sebagai,balance debit and credit[since accounting student,ckp psl account la kan :P] .Tggjwb utama sebagai auditor,adalah untuk pastikan akaun tersebut balance,dan “show true and fair view of presentation.Sama jugak kalau diaplikasikan dalam hidup kita,debit tu boleh kata cam pahala la,credit tu cm dosa la.kalo asik2 kredit memanjang..berhutang je banyak..tiap2 hari tambah hutang..tambah hutang..tapi debit amalan2 tu tak cukup nak cover credit yang menimbun tu..ha…apa akibatnya? Kita tktau bagaimana keadaan ketika hari penghisaban nanti..apa akan jadi di saat “mizan”…proses timbangan ‘amalan kita..adakah berat ke arah kebaikan,atau berat kea rah kejahatan..

Jadi,berdasarkan dalil surah al-an’am di atas,Maulana Zakariyya memberi contoh mudah untuk menambahkan Debit amalan kita dalam akaun akhirat..

Setiap amalan baik,Allah gandakan 10 kali ganda :

Jadi,beliau mengsyorkan,kita berzikir,


”SUBHANALLAH..WALHAMDULILLAH..WALAILAHAILLALLAH..ALLAHUAKBAR..”..sekurang2nya 10 kali..setiap kali lepas solat..

Jadi jumlahnya adalah :

10 kali zikir x 10 kali ganda kebaikan x 5 kali solat = 500 Pahala.

Dan beliau mencdgkan lagi, utk diamalkan Zikir Fatimah setiap kali sebelum tidur ;

33 kali Subhanallah,33 kali Alhamdulillah,34 kali Allah akbar : Jumlahnya 100

100 kali x 10 kali ganda = 1000 pahala.

Jadi,sekurang2nya,kita dah ada 1500 pahala =) **ini adalah minimum,kalo buat lebih lg bagus.

Nampak tak betapa mudahnya nak dpt pahala,tapi benda ni la paling susah nak diamalkan..melainkan orang2 yang benar2 BerIman..

Jadi,kata kan la..sehari tu..kita ada sekurang2nya 2000 maksiat atau 2000 dosa[banyak tuuu]…jadi kebaikan kita mesti dilakukan lebih dr 2000 tersebut..[assume yang fardhu tak tinggal la]..

Kalo tgk formula di atas..tambah baca qur’an sikit..pi tlg kawan ke..pi dgr majlis ilmu ke..InsyaAllah…jika diamalkan setiap hari..kita boleh balancekan “hutang” akhirat kita..

Firman Allah : (maksudnya) Maka Sesungguhnya Kami (Allah) akan menyoal umat-umat yang telah diutuskan (Rasul-rasul) kepada mereka, dan Sesungguhnya Kami akan menyoal juga rasul-rasul itu. Kemudian Sesungguhnya Kami akan ceritakan kepada mereka (para rasul dan umat mereka), dengan ilmu (berdasarkan pengetahuan yang meliputi akan apa yang mereka lakukan), dan sememangnya Kami (Allah) tidak sekali-kali ghaib (maksudnya sentiasa mengetahui akan hal ehwal mereka).

Dan timbangan amal pada hari itu adalah benar; maka sesiapa yang berat timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang berjaya. Dan sesiapa yang ringan timbangan amalnya (yang baik), maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka berlaku zalim terhadap ayat-ayat Kami (dengan meletakkannya pada bukan tempatnya). (Surah al-‘Araf ayat 6-9).

Tapi..semua amalan2 kita..dinilai berdasarkan niat..angka2 di atas..just untuk memudahkan kita faham…kenapa Allah bagitau dalam qur’an dlm bentuk angka,iaitu 10,supaya kita boleh transfer utk lebih mudah nampak..betapa Pemurahnya Allah..

Lepas tazkirah subuh..ana pun mengorak langkah ke 7 eleven yang terdekat,memula g cari sabun basuh baju-sabun dh habis:P pastu beli benda2 lain yang berkaitan..tetibe perut cam lapo plak.

Pi pekena nasik lemak best gak nih :P

Ana pun g la kedai infasha maju[infasha baru]..utk sarapan..pekena kopi tarik + nasik lemak takmau kacang..:D

Tengah2 khusyuk makan..tetibe datang la sorang pakcik ni..dengan selamba dtg kat meja ana,duduk depan sambil sengih2 :p..dan menyapa ana mcm dah kawan 10 tahun..

Berikut perbualan ana dgn pakcik tuh :

hamdan : glukglukgluk (bunyi tgh makan)

Pakcik misteri : asalamualaikum..saya izhar..nama apa?

Hamdan : w’salam..saya Hamdan..(sambil membalas sengih2 dgn nasik lemak telan tk abis dlm mulut lg) :p

Hamdan : ha..pakcik apa kbr,mai dari mana ni.

Pakcik Izhar : nu..dari taman cendana tu..depan hospital pantai..saja ja dtg sarapan sini..takpa kut..duk sekali..takde kawan nak sembang.

(oo…dia pun lone ranger jugak,sbb bini dia pi rumah adik dia)

Pakcik Izhar : ni..hamdan ek,umo berapa nih,kerja mana.

Hamdan : haa,hamdan,(eh,dh ckp td tnye lg :P )..umo 22..tak kerja aih..belajo sepenuh masa.

Pakcik izhar : oo..muda dr anak pakcik yang sulung tu..ingatkan sama baya je

Hamdan :..o..anak pakcik sulung umo berapa?

Pakcik Izhar : dalam 26 thn..

(aaa…ade ke dia ckp aku cm anak dia,26 thn tuuuu..)

hamdan : sengih2,awat pakcik nampak sya umo berapa?

Pakcik izhar :..dalam 25,26 cmtu la..

(cis pakcik nih,org muda lg ler)

(yang bestnya..memula cm sembang skit2 je..yela..tekejut..tetibe je dtg..pagi2 buta lak tu.haha..ntah cmna tgh2 sembang…masuk bab yang p[aling best :p

Pakzik Izhar : MMU ni..tak berapa buat profit sgt ek.Mcm Limkokwing sume tu..mahal2 pun ada org masuk lagi.

Hamdan : ha’a..tapi MMU ni dr segi cash flow bagus..dr segi depreciation je la..agak tinggi.Tapi 2 fasa baru ci cyberjaya..tk guna loan..itu yang MMu bnyk cover..

Pakcik Izhar : owh..ni di KYM tu..memang buat duit tu..dulu masa Dato’*** pegang..dia shareholder ekuiti 40%..kerajaan Melaka 60%..ha..masa tu KYM naik..profit tinggi..students ramai..dato’ tu adalah org yang run KYM tu la…tk lama lepastu,banyak syarikat2 bwh kerajaan Negeri Melaka….kebanyakannya rugi..x lama lepastu,kerjaan negeri sack out Dato’** tersebut[dgn cara beli saham]..dan ambik alih KYM sepenuhnya…(pakcik tu ckp bb focus utk conquer profit tuh,sbb tu dato’* tu kena sack)melayu oh melayu..

Hamdan :..huhu..kesiannya dato; tu.

Pakcik Izhar :. Itula..org2 atas ni..buat2 projek ke..ape ke..sume tu gimik je..padahal sume ada interest masing2..kalo takdak benda tu..jgn harap la..Melaka ni berhutang 400 juta lg ngn dato’ tu. Antara negeri paling tinggi hutang,Melaka la.

Hamdan : pergh.hu..itula..[x sangka jumpak pembangkang jugak]:p

Pakcik Izhar : Kerajaan kita ni pun..saya ckp ni bukan nak kutuk sapa2..tp kamu tgk..kalo bab cukai..cepat je..mintak bayar..lambat saman..tapi kenapa hak rakyat tak betul2 di jaga..di Kelantan..rakyat dia bayar cukai jugak,tapi pembangunan di sana,di sekat..kena “kerajaan” je pegang,baru buat.Tak adil la cmtu…kalo nak buat cmtu,rakyat kelantan tak payah bayar tax la..

Hamdan : betui2..ni tgk la negeri2 yang baru diambik alih ni..ha..jenuh nak setelkan hutang2 lapuk..50 tahun sblm tu..hehe..

Pakcik Izhar : Cuba tgk..sekrang ni..tak payah ckp soal Melayu dah..sampai bila kita nak bergantung pada “bangsa”…buat orang makin benci adala.Ingat MIC,MCA tu betui2 sokong dasar melayu2 ni ke..diorg pun sbb ada interest je dlm kerajaan..kalo tak..habis ler..sepatutnya kita kena bersatu bwh Islam..baru betul..

Hamdan : betui2 pakcik..contoh golongan yang gagal,kalo pegang pada bangsa ni..mcm bangsa Rom,hancur..bangsa Parsi..hancur..Russia…sbb pgg pada bangsa..memang tk lama la..

Pakcik Izhar : kamu tgk bangsa arab..sbb apa dulu diorg adalah bangsa yang menakluk dunia,sebab pegang dan bergerak bwh Agama..bwh Islam..tapi bila dh kembali semangat berbangsa tu datang..tu yang smpai sekrg..bangsa arab ni asik kene cucuk idung ngn amerika jek..kenapa Kelantan smpai skrg tk jatuh?sbb diorg bersatu bwh Agama..

(perbualan diteruskan dgn isu2 semasa..)

hu….x sngka..ramai org skrg dah mula sedar..dan kesedaran terhadap Islam dah mula bercambah dalam diri rakyat Malaysia..harap2..semuanya akan sedar..

dan Alhamdulillah..rezeki murah pagi2 ni…pakcik tu pun mengakhiri perbualannya dgn ana..lebih kurang pukul 8 pg..dan yang paling best..”takpelah,pakcik belanja pagi ni.bila2 jumpak tegur la”

=) hehe..alhamdulillah..sarapan di sponsor..

sekian..cerita di pagi hari..