Masjid tertinggi di dunia!
Burj Khalifa,Dubai
"The worlds tallest building opened in a blaze of fireworks, parachute jumps and shooting streams of water from the world's tallest fountain.
At an estimated cost of $1.5 billion, the Burj Khalifa took five years to build, is more than 160 floors high and has comfortably surpassed the previous record holder in Taiwan, the Taipei 101.
More than 12,000 people will occupy its 6 million square feet, zooming up and down in 54 elevators that can reach speeds of 40 miles an hour.
It will have the world's highest mosque, on the 158th floor; the world's highest swimming pool, on the 76th floor; the highest observation deck, on the 124th floor; and the first hotel by the fashion designer Armani. Burj Khalifa also claims to hold several other world records, including: tallest free-standing structure in the world (previously held by Toronto's CN Tower); elevator with the longest travel distance in the world and most number of stories in the world."
tu dia...dasyat betui..
ni yang tertinggi di dunia.Terdapat di negara Islam..bangga tak korang suma?[jwb dlm hati je la ek~]
Tapi satu lagi Masjid yang saya kira sangat best,mantap,menarik,cantik dan sebagainya..
kalo masjid ni bole buat depan rumah,memang tiap hari iktikaf kt masjid ni..
tau masjid apa?
MASJID BESI.
@tau
Masjid Sultan Zainal Abidin
First time sampai memang betui2 membuatku terpegun sejenak,dengan design nya yang indah,kreatif,eco frenly,menenangkan jiwa,dan sudah pasti,mahal.
sebelah malam,sangt indah
Malah lebih selesa di Masjid besi berbanding masjid putrajaya.Tahniah kepada kontraktor bumiputra yang bergandingan dgn designer dari timur tengah,yang berjaya menyiapkan sebuah masjid yang mempunyai 'kelas' nya yang tersendiri.
Mula2 masuk ke dewan solatnya,rasa macam duduk kat angkasa dek design yang berlandaskan konsep futuristik.Dengan kilauan lampu,biasan cahaya yang membentuk corak2 tersendiri,dinding dan tiang yang berwarna putih terserlah keanggunan setiap inci masjid tersebut,di tambah pulak tandasnya yang bersih bersinar,lif yang sangat best dn rasa mcm nak duk lama2,sistem pengudaraan yang sangat baik,sangat sesuai untuk solat Jumaat- benar2 memberi satu inspirasi yang hebat.
Ruang Solat Utama,canggih!
terdapat 3 ruang wudhu' muslimin yang frenly user,dan stylo
Ditambah pula dengan pemandangan luar masjid,yang benar2 mampu menggamit hati setiap pengunjung.Designnya benar2 mampu menyajikan satu angle menarik,pemandangan sebelah kanan masjid berhadapan Jambatan(tktau nama) yang disiapkan zaman mahathir dlu tuh,sebelah kiri pulak jambatan mcm kat new york,sekelilingnya Tasik Putrajaya yang bergelombang kecil ditiup angin bayu di malam hari.
Berikut fakta mengenai Masjid ini :
Mohd Ridzwan berkata, selepas beberapa siri perbincangan, didapati binaan dari struktur keluli dapat memenuhi konsep reka bentuk diinginkan iaitu bangunan yang tidak kelihatan terlalu besar.
Lalu terhasillah sebuah masjid dengan penggunaan 6 ribu tan keluli bersamaan 70 peratus dari keseluruhan binaan manakala selebihnya adalah konkrit.
DINDING Mihrab daripada kaca tersergam indah dengan ukiran ayat suci al-Quran yang kelihatan terapung di udara
Bagaimanapun, keluli hanya menjadi kerangka masjid kerana ia akan dikemaskan dengan material telus cahaya pada setiap tiang dan dinding menggunakan crystalized glass menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh. Apabila malam, cahaya lampu akan menambah keindahan Masjid Besi yang boleh dilihat dari jambatan Seri Saujana.
Ciri istimewa lain masjid yang menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China ini ialah setiap panel dinding luar masjid dipanggil Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau Architectual Wire Mesh yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.
FAKTA: Kemudahan disediakan
# Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
# Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
# 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
# Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
# Dapur
# Bilik VIP
# Bilik penyelenggaraan
# Bilik jenazah
# Pejabat
# Bilik kawalan audio visual
# Ruang letak kereta (bawah tanah)
Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat
Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna
Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang
Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara
FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya
# RM180 juta - Kos pembinaan
# 60,156 - Meter perseti, luas masjid
# 20,000 - Kapasiti jemaah.
BERKONSEPKAN seni bina moden kontemporari, berlatarkan Tasik Putrajaya dengan keindahan alam yang kekal tidak bersentuh di Presint 3, di situlah letaknya binaan sebuah bangunan berkerangka keluli atau digelar Masjid Besi, Putrajaya.
Indahnya binaan dari keluli itu dapat dilihat dengan mata kasar,keunikan masjid yang keseluruhannya berkeluasan 73,795 meter persegi itu amat istimewa. Malah, Masjid Besi ini dikatakan bakal menjadi sebuah mercu tanda baru pusat pentadbiran negara dan kebanggaan komuniti Islam di Putrajaya.
Pembinaan masjid dengan kos RM180 juta itu bermula April 2004 .Dengan keluasannya yang sekali ganda lebih luas berbanding Masjid Putra, Putrajaya ia dijangka mampu menampung 20,000 jemaah pada satu-satu masa.
Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar Perbadanan Putrajaya, Ir Mohd Ridzwan K Othman, berkata cetusan idea untuk membina sebuah masjid baru di Putrajaya wujud sekian lama dulu. Malah, dalam Pelan Induk Putrajaya yang diluluskan kerajaan, ada diperuntukkan dua kawasan untuk dibina masjid di Putrajaya.
Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar Perbadanan Putrajaya, Ir Mohd Ridzwan K Othman, berkata cetusan idea untuk membina sebuah masjid baru di Putrajaya wujud sekian lama dulu. Malah, dalam Pelan Induk Putrajaya yang diluluskan kerajaan, ada diperuntukkan dua kawasan untuk dibina masjid di Putrajaya.
“Hasrat perbadanan adalah menyediakan tempat beribadat yang selesa bagi umat Islam sekali gus menampung keperluan kakitangan kerajaan dan juga penduduk setempat iaitu dari sekitar pusat bandar atau core island di Presint 2, Presint 3, Presint 4 dan Presint 18.
Anggaran kasar, sejumlah kira-kira 23,633 kakitangan akan dijanakan apabila keseluruhan parcel Pejabat Kerajaan dibangunkan kelak. Manakala seramai 28,420 penduduk juga akan mendiami kawasan sekitar apabila kesemua projek pembangunan perumahan siap dibina,” katanya.
Berdasarkan kapasiti jemaah yang ditentukan di dalam Pelan Induk Putrajaya iaitu 20,000 jemaah, pihak perbadanan meminta arkitek bertanggungjawab iaitu Kumpulan Senireka Sdn Bhd mereka bentuk sebuah masjid berkonsep berangin (airy), sederhana (light) dan telus (transparent).
Mohd Ridzwan berkata, selepas beberapa siri perbincangan, didapati binaan dari struktur keluli dapat memenuhi konsep reka bentuk diinginkan iaitu bangunan yang tidak kelihatan terlalu besar.
Lalu terhasillah sebuah masjid dengan penggunaan 6 ribu tan keluli bersamaan 70 peratus dari keseluruhan binaan manakala selebihnya adalah konkrit.
DINDING Mihrab daripada kaca tersergam indah dengan ukiran ayat suci al-Quran yang kelihatan terapung di udara
Bagaimanapun, keluli hanya menjadi kerangka masjid kerana ia akan dikemaskan dengan material telus cahaya pada setiap tiang dan dinding menggunakan crystalized glass menjadikan masjid kelihatan berwarna putih dari jauh. Apabila malam, cahaya lampu akan menambah keindahan Masjid Besi yang boleh dilihat dari jambatan Seri Saujana.
Ciri istimewa lain masjid yang menggabungkan teknologi moden dari Jerman dan China ini ialah setiap panel dinding luar masjid dipanggil Masyrabiah diperbuat daripada anyaman besi tahan karat atau Architectual Wire Mesh yang mempunyai ciri unik iaitu telus cahaya dan angin membuatkan pengunjung selesa dengan hembusan angin segar.
Malah, di sini juga tiada dipasang walau sebuah kipas. Tapi, bagi menjamin keselesaan pengunjung, pihak perbadanan menggunakan sistem pengudaraan udara sejuk atau gas district cooling (GDC) di dalam bangunan masjid bagi menggantikan sistem penghawa dingin.
Anyaman Masyrabiah di Masjid Besi diimport khas dari Jerman dan menjadikan ia satu-satunya bangunan dengan anyaman besi tahan karat yang wujud di negara ini. Kemudian ia dilitupi pula panel bercorak geometri pada bahagian luar, juga dari jenis besi tahan karat.
Mohd Ridzwan berkata, rujukan yang digunakan untuk menggunakan dinding Masyrabiah adalah stadium terkenal milik pasukan Real Madrid iaitu Stadium Bernabeu, perpustakaan negara di Paris yang menggunakan dinding berkonsep sama untuk ruang meletak buku setinggi 20 tingkat dan ruang letak kereta di Barcelona.
Apabila pembinaan Masjid Besi siap nanti, pengunjung yang ingin beribadat atau sekadar berkunjung ke masjid ini bakal disambut dengan seni kaligrafi yang terukir di hampir setiap ruang masjid.
Perjalanan menuju ke masjid melalui sebuah jejantas yang menghubungkan Dataran Putrajaya ke kawasan masjid dipanggil Kiblat Walk seluas 13,639 meter persegi. Kawasan yang menghadap kiblat ini dihiasi dengan kolam air seolah-olah berada di kawasan kota istana purba Al Hambra.
Begitu juga di sekeliling Masjid Biru, ia seolah-olah sebuah pulau dengan dikelilingi binaan konkrit kolam bertingkat. Ia kelihatan seperti mini air terjun yang melimpah ke dalam takungan kolam kedua menjadikan kawasan ini tempat yang sesuai untuk beristirehat sambil menunggu azan berkumandang.
Disambut binaan pintu gerbang konkrit yang dibina menggunakan glass reinforce concrete (GRC), pengunjung akan melalui Iwan Utama menuju ke laman atau Sahn dalam bahasa Arab. Indahnya binaan konkrit putih itu, ia dilatari ukiran Asma Ul Husna yang terkandung 99 nama Allah SWT menggunakan tulisan kaligrafi dari jenis Khat Thuluth.
Pintu utama menuju ke ruang solat utama, terukir ayat suci al-Quran dari surah Al-Israa’ ayat 80.
Menjengah ke ruang solat, mata pasti terpaku melihat dinding Mihrab yang diperbuat daripada panel kaca setinggi kira-kira 13 meter juga diimport khas dari Jerman. Pada cermin itu terukir kerja tangan tempatan iaitu dua baris ayat dari surah Al-Baqarah pada bahagian kanan dan surah Ibrahim di sebelah kiri.
Uniknya cermin itu, ia tidak memantul kesan dari pancaran sebarang cahaya atau lampu menjadikan ukiran kaligrafi ayat suci berwarna keemasan itu kelihatan jelas dan seolah-olah terapung di udara. Dinding Mihrab inilah yang akan menjadi fokus utama ruang solat Masjid Besi Putrajaya itu.
Mohd Ridzwan yang ditemani Timbalan Pengarah Pembangunan Kemudahan Awam, Jabatan Pembangunan Awam Perbadanan Putrajaya, Norhayati Abdullah, pada pertemuan itu berharap umat Islam di negara menggunakan kemudahan itu yang menjadi ikon pada Putrajaya. Walaupun menjadi tumpuan diplomat dan pelancong dari seluruh dunia, umat Islam di negara ini wajar mengimarahkan masjid dan tidak membiarkan ia kosong serta terbiar.
p/s :Diharapkan masjid secantik dan seindah ini,tidaklah hanya kaku ditelan zaman,dan moga2 ianya hidup dengan aktiviti-aktiviti serta dipenuhi dengan hamab2 Allah yang mengabdikan diri kepadaNYa...
FAKTA: Kemudahan disediakan
# Ruang solat (dewan utama, ruang terbuka dan dewan solat muslimat)
# Tiga unit kuaters dua tingkat tiga bilik untuk kakitangan masjid
# 10 unit bazar atau ruang niaga di dalam kawasan masjid
# Bilik pameran mampu memuatkan 250 orang
# Dapur
# Bilik VIP
# Bilik penyelenggaraan
# Bilik jenazah
# Pejabat
# Bilik kawalan audio visual
# Ruang letak kereta (bawah tanah)
Kiblat Walk - Ruang kolam umpama istana Al Hambra yang menghadap kiblat
Iwan Utama - Laluan gerbang utama menuju Sahn yang terukir Asma Ul Husna
Sahn - Kawasan laman menempatkan ruang solat terbuka dan padang
Dinding Mihrab - Kawasan ruang solat utama, ditempatkan cermin kaca dengan ukiran ayat Al Baqarah dan Ibrahim. Kelihatan seolah terapung di udara
FAKTA NOMBOR: Masjid Besi, Putrajaya
# RM180 juta - Kos pembinaan
# 60,156 - Meter perseti, luas masjid
# 20,000 - Kapasiti jemaah.
al-kandahlawi
8 comments:
cantik!
toilet dia x tunjuk ke? =D
salam tuan masjid ni designernya dari Malaysia sendiri bukan timur tengah..
o ye ke,dpt info salah la ni.time kasih betulkan.
tahniah kontraktor n designer dr malaysia.dasyat!
RIndu nak ke sana lagi senadainya ada kesempatan....
thanks kongsi info. =)
*seandainya
sorry typo error:)
masjid mmg dasyat..isinya???
jarak masjid ni dan masjid putra hanyalah beberapa km....
dimana logiknya di situ??
la..orang dah buat..jgn la pikir ke belakang..takkan nak cabut masjid tu plak..
jom sama2 pikir cmna nak penuhkan ia.kan lg bermanfaat dan lloking forward? :D dari buat tokong?better masjid.
haa ana slalu juga pikir ke belakang lah kot.. sbb slalu juga lah asik mengomel sbb binaan msjd ni dn kwsn yg dekat dgn masjid putrajay.... =D
tp bila dah bina... kena lah pulak pikir kedepan...
insyaAllah banyak perkara yang bermanfaat yang boleh dilakukan di sana...
paling x pun.. kita boleh ungkapkan.. Subhanallah kerana binaannya yang menakjubkan.. Allah telah memberikan ilham kepada pereka masjid itu yang kita sbg manusia biasa x sangka ada manusia yg diberikan Allah ilham membuat masjid itu sebegitu indah di Malaysia.
sama-sama bantu utk meriahkan masjid itu yuk! =)
Post a Comment