Friday

YB Nizar - bela kaum tertentu sahaja?

salam sejahtera kpd semua..

pg ni,rasa cm nak post something plak..sepatutnya bercuti mpai habis exam minggu depan.haha...alhamdulillah exam semalam dptku lalui dgn tenang..segalanya dimudahkan Allah..

harini terbaca tentang jasa bekas MB Perak,Hj Nizar untuk membela org2 melayu especially para pelajar madrasah dan pondok di sana..

DI sertakan di sini,bukti surat penghargaan dari Madrasah Addiniah Al-Latifiah di perak,yang sebelum dinafikan hak mereka,beratus2 sekolah agama rakyat dan pondok terpaksa ditutup selepas bantuan kewangan kepada mereka di tarik balik oleh kerajaan,atas alasan2 yang tak munasabah.Blog Madrasah tersebut di sini.



Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini , sini , sini dan sini

Ini adalah antara penganugerahan hak milik tanah,yang diklasifikasikan sebagai "perkauman" dan tidak adil oleh pemimpin kerajaan dan juga media masa yang berat sebelah macam dacing yang sedia senget sebelah.apakah makna adil bagi mereka?Inilah yang dikatakan betapa beratnya berlaku adil,kerana even berlaku adil pun ada yang mengatakannya tidak adil.Mungkin dengan adanya penganugerahan projek kepada kaum kerabat barulah adil namanya.

Sejak balik dr perak haritu,aku lihat ramai sgt even ahli keluarga sendiri yang salah faham isu pemberian tanah kepada org cina di perak.

Fakta pertama,pemberian tanah itu juga melibatkan kebanyakannya org melayu,tapi yang di paparkan di suratkhabar," Kerajaan Perak bagi tanah kpd org cina".

Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli).

Fakta kedua,penipuan media yang mengatakan Hj Nizar dikawal dan dipaksa oleh DAP untuk bagi tanah tu.Sebenarnya salah sama sekali,manifesto pemberian hak tanah ini adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.

Persoalan lain : habis tu,tanah yang cina dapat tu,cmne melayu nak survive.

Jwpn : melayu takkan dapat survive smpai bila2 dengan sikap pemimpin yang masih ada masa sekarang.Tanah yuang di beri kepada kaum cina itu adalah kepada mereka yang memerlukan.Bukan cina yang sudah kaya raya,rumah banglo keta berderet-deret.Tetapi org cina yang dah tinggal berpuluh-puluh tahun,yang dah tua,yang sederhana dalam kehidupan mereka.Mereka pernah dijanjikan untuk diberi hakmilik tanah di bawah kerajaan perak pimpinan Bn sebelum ini.tetapi tak pernah ditunaikan.

Apakah mereka perlu dinafikan hak hanya semata-mata mereka "org cina"? Islam mengajar untuk kita bersama-sama hidup dalam dunia dengan muafakat.Ketika zaman Rasulullah juga,hak-hak orang2 yahudi juga dijaga dengan baik oleh Nabi,even merekalah penentang yang utama.Jadi apa hujah untuk menafikan orang cina untuk mendapat bantuan dari pemimpin kerajaan?adakah ini satu "kezaliman" seperti yang diwarwarkan media?fikirkan sendiri.

Mari kita lihat penjelasan isu tanah,undisclosed explanation yang pasti takkan masuk dalam utusan.Lihat disini.

Apa " keadilan" yang telah dilakukan kerajaan BN di perak sebelum ini?mari kita singkap semula


  1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.

  2. 5,000 ekar di Bruas

  3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)

  4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor

  5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.

  6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tenah rizab melayq di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
isu sekarang semua tanah tu adalah dari jenis 'Simpanan Melayu' yang patut diganti dengan tanah lain yang sama keluasannya.Dan polisi "adil" ini dilaksanakan secara saksama di seluruh Malaysia :)

apa fakta tentang tanah rizab melayu yang kononnya diperjuangkan selama ini?

Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut, hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya tidak diganti, atau mungkin terus lesap.
Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus. Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.



Sekarang ni,Bekas MB Selangor,Khir Toyo pun nak jadi jaguh mempertahankan hak melayu konon2nya di Selangor.Tapi,memang beliau telah melakukan kesilapan besar dengan menuduh pemberian lembu korban sebagai "corrupt".Satu persatu Corruption yang beliau lakukan sebelum ini terbongkar,isu elaun bernilai ratusan ribu dari PKNS,isu lawatan ke luar negara di sana sini,yang kdg2 tak releven sja antaranya London, Beijing, Los Angeles, Dubai, Tokyo, Seoul, Taipei, Paris, Perth, Milan, Venice dan Amsterdam.,kos yang ditanggung kerajaan negeri lebih 300 ribu untuk kos pengangkutan shj,tk termasuk yang lain2..penyalahgunaan dana BALKIS melebihi 1 juta,dan sebagainya.bacaan lanjut disini.

oleh itu..adakah ini yang dinamakan keadilan?

tepuk dada,tanya iman.


-alkandahlawi-
Teratak An-Nushrah





10 comments:

Anonymous said...

Moga-moga ALLAH lindungi YB Nizar.

Anonymous said...

hahahabisla semua kene masuk jail pasni..tupon kalo branila polis na tangkap heh

Anonymous said...

Kamu budak lagi. Jangan lah nak berpolitik. Kamu tak tahu siapa cina DAP. Kamu ingat mereka nak ke Nizar jadi MB. Kamu tak ingat ke Lim Kit Siang nak boikot majlis angkat sumpah Nizar.

Mereka akan cucuk hidong Nizar macam kerbau dan ikut apa yang mereka hendak.

Cina dimalaysia ada dua golungan. Satu yang moderate (MCA/GERAKAN) dan yang satu lagi extremist iaitu DAP.

Orang DAP ini, kalau boleh mereka hendak buang sistem beraja, tidak ada pertolongan kepada melayu langsong, IPTA mesti dengan merit kerana dengan cara ini, 80% pelajar IPTA dari kaum cina, business melayu jangan kacau, agama kena bebas dll.

Mana boleh PAS dengan DAP berkawan. Ideologi pun jauh berbeza. Maruah melayu telah teruk tercemar, sampai masa nya kita semua insaf dan bersatu...

Anonymous said...

wslm kepada pakcik..

apa2 pun,terima kasih atas pandangan pakcik tersebut.

tapi saya secara peribadi kurang bersetuju..

1- saya masih budak?tk boleh berpolitik? adakah politik hanya tertakluk kepada org dewasa,atau org yg dah beruban kepalanya?atau org yg masih berfikiran zaman 50an dulu?adakah Islam mengajar "politik" tk boleh di ambil tahu smpai la besar.dan apa definisi smpai besar,atau had kelayakan utk ambil tahu hal politik?

Saya akui..dari kalangan kwn2 saya pun ada jugk cina yang agak aggressive..yang extreme sikit pemikiran tu...sbnrnya manusia tetap manusia..same jek.melayu pun ada melayu ekstrem,pertubuhan UMNO hanya utk melayu dan lain2.last2,org UMNO jugak nak bukak keahlian kpd non-Bumi.dan last2,collaborate pulak dgn MCA dan MIC.apa bezanya dengan Pakatan Rakyat?sama saja..cuma method yang di bawa dlm PR berbeza la dgn method BN.

Lim kit siang mmg agak extreme..begitu jugak dgn karpal singh..itu DAp dulu..tp di bwh pimpinan Lim Guan Eng,dia dah boleh tolerate..even dia banyak support program2 org melayu di penang..tak percaya,g duk penang baru tau la.sama la jugak mcm MCA,mereka "terpksa " tolerate..kalo tk,mana nak dpt projek2 dgn kedudukan dalam kabinet.tapi skrg ni pun dh mula bersuara,utk fight hak2 cina di malaysia.tak ingat dah ke pakcik?

smpai bila melayu ni asyik2 takut nak bersaing dgn bangsa cina.asyik2 takut kehilangan hak istimewa.asyik2 takut kuota tmpt study dibuka kpd non bumi.asyik2 risau kenapa cina pegang ekonomi malaysia.bukan nak pikir cmne melayu bole bangun bersama Islam dan pegang ekonomi,atas dasar ISLAM.bukan parti politik.

apa takdak maruah ke melayu nak bergantung kepada "pertolongn" org saja,dh lebih 50 thn merdeka,tak bole berdiri dgn kaki sendiri lg ke?ke mmg dilahirkan utk sekadar bergantung kpd org,tktau la pulak.tp sbg org melayu,rasa malu sungguh la dgn sikap cmni.

kalo berterusan cmni..melayu tetap akan layu smpai bila2,malah go backward.believe me

maaf jika terksr dan salah bahasa..sekadar pandangan peribadi.

-alkandahlawi-

Anonymous said...

setuju dengan pandangan alkandahlawi..

Anonymous said...

Pakcik ikut ajaran mana budak tak boleh berpolitik? Ajaran Ayah Pin ker atau Ajaran Kahar ni? Nabi pon benarkan Saidina Ali jadi Jeneral Perang masa dia muda. Kalau pakcik ni Islam baik ngucap balik.

Dok kutuk DAP macamlaa MCA tuu tak cucuk lubang hidung UMNO yang berkerak tu. Tengoklah skrg MCA tgh dok ligat pertikai Mahkamah Syariah. UMNO buat apa? Dok isap nenen kot.. Hahaha.

Sekurang-kurangnya PAS telah Berjaya menunjukkan KEADILAN ISLAM kepada DAP. Sebelum ni mungkin ada di kalangan ahli DAP yang prejudis terhadap PAS, tapi setelah melihat kepimpinan Hj Nizar yang menegakkan keadilan tanpa mengira agama atau rupa kulit, kini mereka semua teguh berdiri bersama Nizar dan PAS. Islam juga yang untung.

Selama ni UMNO lah yang merosakkan agama. Mengutamakan kroni dan zalim kepada bangsa lain. Jadi ada orang bukan Islam ingat mungkin ini ajaran Islam. UMNO lah sebenarnya yang merosakkan agama!

Sudahlah pakcik, tak payah nak tunggu DAP jadi kerajaan. Masa UMNO jadi kerajaan pon Mahathir dah perkenalkan system meritokrasi mengakibatkan banyak orang melayu keciciran. Pakcik dah lupe ker? Kesian.. patutlaa dah jadi pakcik sbb tuu short memory loss. Dan tak payah juga nak tunggu DAP jadi kerajaan untuk hapuskan imuniti raja2 kerana UMNO sendiri sudah menghapuskan imuniti Raja-Raja di bawah pemerintahan Mahathir Kutti. Sudah lupa?

Bila UMNO dah hilang kuasa baru nak sibuk cakap pasal “bersatu”. Kalau tidak, bayang parti pembangkang pon tanak tengok. Sorry, UMNO is not our type!

Al-Keriani

hamdan al-kandahlawi said...

ada benar..ada benar..

ini serius..

kata wonderpet :p

Anonymous said...

pakick ni yg saya tak puas hati dkt masih belajar la..jgn berpolitik laa..

pakcik ni orang tua kutuk.. org tua kutuk adalah SAMPAH MASYARAKAT.

eh..mana pakcik ni? dh p mana?p mampuih ka?


-ketua unit pemberontak divisyen ke 10

:P

hamdan al-kandahlawi said...

wah...tengok.

tu la pakcik..leftenan unit pemberontak ni dah marah.len kali nak ckp tu pk la dlu..

kpd tuan leftenan,takpa,everythings under control.just keep the secret weapon at the last :D

Anonymous said...

perlu menyemak:)