Saturday

Perkembangan Terbaru di Gaza



salam sejahtera...

mari sama-sama kita ambil sikap peduli palestin,peduli gaza,peduli nasib umat Islam seluruh dunia..

apa perkembangan saudara-saudara kita di Gaza?apakah amsih terus dibom,dan di serang?

hakikatnya itula perkara yang berterusan berlaku sejak 50 tahun yang lepas.



apakah kucing ini juga mangsa kezaliman?

perkembangan terbaru :

www.utusan.com.my

KAHERAH 20 Mac - Rundingan antara puak-puak Palestin yang bertelagah anjuran Mesir di sini semalam gagal mencapai sebarang persetujuan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan, sekali gus menghalang usaha untuk menyambung semula rundingan damai Israel-Palestin.

Kegagalan rundingan antara Hamas dan Fatah itu juga boleh memburukkan lagi perbezaan di kalangan negara Arab menjelang Persidangan Liga Arab akhir bulan ini di Qatar, selepas pakatan Amerika Syarikat (AS)-Asia Barat termasuk Arab Saudi mengharapkan penyatuan di kalangan parti dalam negara Palestin.

Kegagalan membentuk kerajaan perpaduan itu juga berlaku dua hari selepas rundingan di Kaherah antara pemimpin Hamas di Genting Gaza dengan Israel berhubung pertukaran banduan yang turut mencapai jalan buntu

apa kata menteri luar MESIR yang pro US tu :

Jurucakap Kementerian Luar Mesir, Hossam Zaki berkata, kegagalan rundingan itu disebabkan perpecahan di kalangan negara Arab.

''Amat sukar untuk mencapai perdamaian di Palestin dengan konflik negara-negara Arab yang masih berterusan,'' katanya sambil merujuk kepada Syria dan Iran yang menyokong Hamas. - AP


adakah dengan menyokong orang yang mempertahankan kedaulatan negara ini merupakan sesuatu yang salah?terang lagi bersuluh..umum mengetahui...siapa di pihak benar..siapa di pihak yang salah..

siapa ejen kepada US..siapa ejen kepada rakyat palestin..



kepada rakyat MMU khasnya,saya harap bangkitkan lah isu-isu ini di kalangan sembang2 kosong bersama rakan-rakan anda..kemudian,fikirkan apa yang patut kita buat untuk menjadi "batu-bata" pengubahan..

semoga setiap amal yang ikhlas itu mendapat tempat di sisiNya..



-al-kandahlawi-
Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com

0 comments: