Monday

Selamat tinggal Malaysia,Selamat Datang Aceh!

assalamualaikum..

salam sejahtera..

sebanarnya banyak posting yang masih jd draft,dan x sempat update lg..antaranya posting berkenaan MBPB(mlm penghayatan palestin) anjuran IU,dan beberapa yg lain..tapi,kesuntukan masa,untuk program seterusnya..

Peuehaba Aceh 3


Delegasi Multimedia University, terdiri lebih kurang 21 orang dari kalangan staff,pensyarah IT,dan para pelajar akan mengadakan program bantuan pengajaran modul IT ,pemberian komputer,pengajaran serta latihan kepada para pelatih IT dari kalangan pelajar universiti ,motivasi belajar,dan juga bantuan sumbangan kepada anak-anak yatim mangsa Tsunami di Nanggroe Aceh Darussalam..

Program yang telah berjaya dilaksanakan 2 kali berturut-turut sebelum ini,yang mendapat liputan akhbar dan TV juga..diasaskan oleh saudara Sulaiman Syah,dan alhamdulilah berterusan usaha murni ini dengan bantuan dari Chancellor MMU sendiri,Tun Dr. Siti Hasmah Md.Ali,sudi menaungi program dan tidak putus-putus menghulurkan sumbangan dan bantuan dari segi kewangan,moral dan idea kepada Sekretariat ini.

InsyaAllah..penulis blog ini akan berehat seketika selama seminggu..bagi menjayakan misi kebajikan sekali lagi di Aceh,Indonesia.Kami mengharapkan iringan doa dari kalian,moga segala yang diusahakan ini akan berjalan lancar di sana nanti,dimudahkan Allah,dijauhkan dari segala bala bencana,dan dicatat di sisi Allah sebagai satu amal kebaikan..

sedikit perkongsian..

dr Aceh,Peue Aceh 1,2007



Masjid Rahmatullah yang terletak dekat dengan pantai tempat berlakunya Tsunami,tapi tidak musnah..yang femes masuk paper tu,hanya kerosakan kecil pada tembok pagar dan pintu gerbang..dibaikpulih oleh kerajaan Turki,disekeliling masjid ini dibina penempatan rumah2 baru ditaja oleh Turki




penulis,di hadapan Masjid Baiturrahman,Masjid Banda,Aceh.Juga antara masjid yang dilanda Tsunami,mengikut perkhabaran di sana,di hdpn masjid ni ada sebuah kedai org berbangsa cina,tapi selepas kejadian Tsunami,dia telah memeluk Islam,dikhabarkan beliau melihat sendiri masjid ni seolah-olah diangkat ke atas ketika tsunami melanda dengan ganasnya.Wallahu'alam.



Para delegasi bersama orang Aceh,iaitu "tuan Rumah" yang berkopiah putih sebelah kanan gambar,org malaysia dr kedah,yg menuntut di universiti d sana,yang berada di tmpt kejadian ketika tsunami,belah kiri sekali,berbaju t-shirt kelabu, dan juga anak-anak yatim di RAYMTA(rumah Anak yatim Melaka Tsunami Aceh).Objek di belakang delegasi itu adalah sebuah kapal janakuasa elektrik di tgh lautan Indonesia,telah di angkat ombak Tsunami naik ke darat,dgn jarak lebih 5 km dr pantai,dan menimpa ke atas sebuah Rumah Banglo terbesar di kwsn itu, tiga tingkat,yg didiami oleh keluarga,anak-anak,serta cucu cicit pakcik berkopiah putih tu.Hanya dia yang terselamat,sebab turun ke sawah masa kejadian,yang lain,mayat mereka masih di bawah kapal tersebut.Kapal itu akan dijadikan muzium oleh kerajaan Indonesia,menurut laporan berita baru-baru ini.




antara delegasi mengajar anak-anak yatim menggunakan komputer dalam kelas intensif..



delegasi bersama Mr.Zamzuri (TNC MMU) yang hepi dan anak2 yatim yang keriangan..kebanyakan mereka hilang seluruh family,ada yang terpisah dgn family diambil keluarga angkat yang lain....


Moga selamat pergi dan balik..insyaAllah..

selamat tinggal Malaysia,buat sementara..

Selamat datang Aceh..



p/s : balik jek Aceh,3 assignments menanti,2 exams tersenyum manis menunggu..inilah sem terakhirku..2 bulan cuma..selepas itu,semuanya hanya kenangan~..



coretan rasa,


-al-kandahlawi-

Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com






4 comments:

khaulah said...

salam perjuangan dr bumi bersejarah.. :)
semoga pemergian team phuehaba aceh 3 @ 2009 sentiasa di rahmati dn di permudahkan urusan kalian di sana..
ameen

Anonymous said...

Salam..semoga usaha kalian dikira sebagai amal kebajikan disisiNya dan semoga Allah permudahkan segala urusan..aminn..

p/s:Allah pasti menolong hambaNya jika kita menolong agama Allah...InsyaAllah, kejayaan milik anda

Aizuddin said...

semoga perjalanan berjalan dgn lancar...
dan segala ape yg abg wat di rahmati allah...
bleh berkhidmat smbil berjalan ke negara org...agak best r...
all the best tuk cabaran yg mendtg selepas abis je pengembaraan ke Aceh tu...

hamdan al-kandahlawi said...

jazakumullah..kpd semua yg mendoakan dan menyokong..:)