Thursday

Detik-detik yang tak dapat dilupakan...



assalamualaikum semua..

Ingin saya paparkan satu perkongsian yang sangat menarik untuk kita semua..yang merupakan warga Nabi Muhammad di akhir zaman,yang sangat dicemburui oleh para Nabi sebelum kita..sedangkan Nabi Ibrahim dan Nabi Isa berdoa untuk menjadi Ummat Muhammad..ummat akhir zaman..dek kelebihan dan seribu satu ganjaran yang luar biasa dianugerahkan..serta dimuliakan..



bagi sesiapa antara ummat akhir zaman ini,dapat berpegang teguh kepada Sunnah Rasulullah..maka tak dapat diucapkan dengan kata-kata..betapa besarnya ganjarannya...sehingga solat 2 rakaat Ummat akhir zaman bersamaan solat ratusan rakaat ummat Nabi Musa..(satu kesah)

Ya Nabi Allah..sesungguhnya tanpa lahirnya dirimu yang mulia di muka bumi ini,nescayalah sia-sialah seluruh kehidupan kami..jika tanpa dirimu di dunia ini,nescaya tidak bermanfaat lah dijadikan seluruh alam ini...tanpa kehadiran dirimu...nescaya tidak akan Allah ciptakan bumi dan seisinya..

Masakan Allah akan mengurniakan ganjaran yang sangat hebat bagi mereka yang berselawat dan menyintai Rasulullah..Habiballah..(Kekasih Allah)..melainkan Rasulullah yang sanggup bersusah payah menempuh ujian yang maha hebat itu,benar-benar dicintai Allah..

Ujian yang dihadapinya..adalah ujian yang kita tidak mungkin sanggup melaluinya..apa sangat nak dibandingkan usaha dakwah yang kita sering rungutkan..susah..tk cukup masa dan sebagainya..jika dibandingkan ujian kesusahan Rasulullah yang tidak pernah benar-benar kenyang makan seumur hidupnya..juga bersenang lenang walaupun telah berjaya mewujudkan sebuah kerajaan terhebat di dunia ini..tidak pernah melupakan nasib ummat akhir zaman..nasib kita sekarang ini..

Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:

· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.

· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.

manusia mulia bernama Muhammad Ibnu Abdullah ini..juga tidak pernah putus doanya kepada seluruh ummat..kepada kita semua..bahkan insan yang sama juga meminta supaya dipindahkan keseluruhan sakitnya sakaratul maut yang akan dihadapi ummatnya kelak kepada baginda seorang..betapa cintanya Rasululllah kepada kita.betapa risaunya Rasulullah terhadap ummatnya..dan setiap masa berfikir bagaimana menyelamatkan ummat dari balasan azab dan Neraka Allah..

Tapi lihatlah diri kita sekarang..adakah kita mengingati Rasulullah dalam setiap perbuatan kita?adakah kita mengingati Rasulullah sebenar-benarnya dan dizahirkan dengan amalan dan selawat?adakah kita ingat dan mengetahui..serta benar-benar kenal..siapa Rasulullah yang acapkali disebut-sebut ketika majlis sambutan maulidurrasul..atau ia hanyalah menjadi satu adat turun temurun yang tidak memberi kesan dan impak kepada diri yang termasuk dalam golongan UMMAT Akhir Zaman ini?

hadirkan jiwa kita bersama semangat Rasulullah..hadirkan jiwa kita bersama kekuatan azam dan dakwah yang ditanamkan oleh baginda ke dalam jiwa para sahabat..kembalilah kepadaNya..

mari sama-sama berselawat tanda cinta kita kepada Rasulullah..

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa, "Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail A.S. telah berkata kepadaku.

Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Berkata pula Mikail A.S. : "Mereka yang berselawat ke atas kamu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu."
Berkata pula Israfil A.S. : "Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."

Dalam hadis yang lain juga ada disebut kelebihan berselawat mafhumnya :

Sesiapa yang berselawat kepada Nabi,maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali..

yang bermaksud Rahmat Allah akan turun ke atasnya berganda-ganda..

Ya Rasulullah..

mari sama-sama hayati..detik pemergian Insan yang sangat dicintai Allah...dan juga seluruh makhluk..saksikan




dan satu gambar menarik untuk dikongsi bersama.

mari sama2 berdoa..:)




al-kandahlawi
Sigma Lab

www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com

3 comments:

khaulah said...

subhanaAllah..
Allahummasolli'ala saidina Muhammad..
mari jadikan amalan2 sunat dn selawat buat junjungan besar kita Nabi Muhammad setiap hari.. bukan pd 12 rabiulawal shj nak mengingati dn membuktikan cinta kita kepada Baginda;)

ameen..

niqobi said...

"Jiak tidak diutuskan dirimu ya Rasulullah,

Mana mungkin dapat ku kecapi Islam kini,

Kasih sayangmu pada kami melebihi kasih sayangmu pada dirimnu sendiri,

Ampunkanlah kami ya Rasul andai kami alpa dalam mengingatimu,

Lalai dalam mengamalkan sunnahmu,

Pincang dalam melaksanakan ajaranmu,

Namun sejarah kelahiranmu tetap sentiasa kami ingati".

segelasair said...

xbley tgk video tu..huhu

p/s: smpat lg mencelah cri jodoh ye..hoho