Thursday

UmNo dalam GeRhaNa~

assalamualaikum..

beberapa update tentang isu terkini yang berlaku di Malaysia..



kepada semua pembaca boleh judge sendiri,dan fikirkan apa sebenarnya punca kepada semua ketidakstabilan ini

baru-baru ni,Lembaga Disiplin UMNO dengan sepenuh hati,di bawah pimpinan ketua lembaga tersebut,Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hukuman serta tindakan tatatertib yang perlu dilaksanakan kepada calon-calon yang hendak bertanding pemilihan UMNO akhir bulan ini yang didapati bersalah mengamalkan politik wang(Islamic term : rasuah).

sangat mengejutkan,even saya sendiri apabila mendengar desas desus Ketua Menteri Melaka,negeri di tempat ku belajar sekarang akan disabitkan kesalahan tersebut.

Hakikatnya,benar sama sekali,bukan beliau sahaja,malah beberapa lagi "public figure yang turut dikaitkan kesalahan merasuah.

Boleh layari di utusan , The star , berita hairan

Antaranya :

Ali rustam -Hukuman tidak dibenarkan menyertai pertandingan merebut jwtn Timb.Pres.

Khairy Jamaluddin - DIDAPATI bersalah,tetapi hanya dikenakan amaran

Khir Toyo - bersalah tapi didapati tak bersalah.

termasuklah 14 lagi ahli Umno yang didapati bersalah di bawah Perlembagaan dan Tataetika Ahli Umno.



Tahniah! kepada jawatankuasa lembaga disiplin UMNO,atas saranan TPM,Najib razak jugak bersungguh-sungguh ingin UMNO dibersihkan dari para perasuah dan gejala politik wang yang diamalkan selama ini,yang sangat menjadi dendam kepada masyarakat.

Tetapi,sekali lagi UMNO melakukan sesuatu perkara yang membuktikan tiada keikhlasan dalam memerangi rasuah.

Sebelum saya mengulas lanjut,mari kita sama-sama singkap,apa itu rasuah,atau dalam bahasa UMNOnya,politik wang.sebenarnya benda yang sama.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.

Apa firman Allah dan Rasul mengenai Rasuah?


Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :

“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.


Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:


“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)


Dalam hadis lain diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud:


“Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya”.


Sebagai seorang Islam..seorang Muslim..mari kita lihat..betapa kerasnya amaran Allah,dan ALlah memberikan dengan dalil yang qat'ie,nas yang jelas (sarih) dan jarih, menunjukkan amalan rasuah adalah amalan yang sangat keji,dan confirm tempat mereka yang melakukannya adalah di NERAKA Jahannam ( kalau tk bertaubat).Bukan sahaja mereka yang memberi dan menerima rasuah,orang yang MEMBERI jalan kepada kedua2 juga adalah bersabit kesalahan rasuah.Mengekalkan seseorang dalam jawatan yang mudah untuknya melakukan RASUAH JUGA ADALAH SATU KESALAHAN!


Dan rasuah ni,dah haram yang jelas,duit hasil rasuah..haram jugak.bagi makan anak bini..masyaAllah..

Firman Rasulullah :

"kullu lahmin nabata minal haram,fannar Awla bih"

Setiap Daging yang tumbuh dari hasil yang haram,maka Neraka lah yang lebih layak baginya"

Tuan-tuan..

Perkara ini sangat dasyat untuk diulaskan.

Tapi kita lihat sendiri..bagaimana manusia mengkotak katik kan amaran Allah dan Rasul..

1- Perasuah boleh meminta rayuan walaupun terang2 bersalah.Lihat di sini

2- TPM,Dato' Sri Najib sendiri dalam ulasannya mengenai isu ini,tidak bersungguh-sungguh menyatakan rasuah adalah sesuatu yang sangat keji.mari lihat apa kata beliau :

"Anda harus membuat keputusan, apakah anda mahu Umno dilihat sebagai sebuah parti yang bersih? "Kita sedar ada risiko datang bersamanya (keputusan tersebut), tetapi risiko terbesar adalah Umno ditolak oleh orang ramai," katanya. "Kita tidak boleh menanggung keadaan itu. Setiap orang harus berkorban demi (kebaikan) parti."

Bagaimanapun, kata Najib, Mohd Ali Rustam masih kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.

kelakar tak?

Dato' Sri memang dah tahu,ada risiko mengambil tindakan kpd org yang bersalah,tapi sebab ambil tindakan itu adalah kerana "takut UMNO ditolak oleh orang ramai".Bukan kerana Allah ke?Bukan ke jelas Allah dan Rasul melarang?oo..jadi kalau org ramai terima UMNO jadi halal la politik wang/ rasuah ni?MasyaAllah...dah lebih 50 tahun rupanya amalan ni..

dalam masa yang sama..boleh pegang jawatan KM Melaka lg?hebat sungguh mereka ni mengatasi Undang-undang ye..

kata beliau lagi :

Saya percaya Datuk Ali Rustam sebagai seorang ahli parti yang setia kepada UMNO akan terima (keputusan) dengan hati yang terbuka dan terus memberi sumbangan kepada pentadbiran serta perjuangan parti," katanya.

Saya percaya dia setia..patut la..

walaupun dah jelas bersalah dalam rasuah,Dato' najib still mengharapkan Dato' Ali untuk memberi sumbangan dan memegang jawatan KM Melaka..

apa maksudnya?Rasuah adalah Halal dalam Umno..inilah hakikatnya..

maka Dato' Ali pun dibenarkan merayu di mahkamah UMNO,yang lebih tinggi dari mahkamah Tinggi Malaysia mahupun mahkamah hukum Allah.lihat di sini


Mari kita lihat wawancara bersama Dato' ALi..disini, jelas kenyataannya yang memutarbelit menunjukkan beliau tidak rasa bersalah utk merasuah.Jadi,masih lagi ingin mengangkat pemimpin sebegini?



masih tersenyum...saya tidak bersalah +)

3 - Ahli2 UMNO apabila mendapat berita ini,.bertindak seolah2 mereka tidak mengiktiraf rasuah adalah haram di sisi Islam,dosa besar.Mari kita lihat apa reaksi ahli2 UMNO.

Amat menarik untuk diteliti telatah ungkapan daripada salah seorang penyokong kuat Ali Rustam, yang telah dinafikan oleh Lembaga Disiplin UMNO untuk bertanding atas jawatan Timbalan Presiden Parti bulan hadapan.

Ketua kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Amran Ahmad, ketika bercakap kepada pihak media berkata “kalau nak bersih, bersihkan semua sekali”.

“Kalau nak telus, semuanya kena telus,” katanya. Mereka berkumpul selama lima minit.

credit to : http://khairolkhalid.wordpress.com/

apa maksud kata2 beliau?Anda fahamilah dan fikir2kan.

Lihat apa reaksi
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein :

"Sejarah telah buktikan dalam kes sebegini akhirnya parti jadi keutamaan dan akhirnya bila rapatkan barisan pejuang parti yang tulen, ikhlas akan terus bersama parti," katanya.

memang lepas ni UMNo akan jadi bahan sejarah la..apabila kesalahan besar rasuah dipandang remeh,dgn alasan PARTI jadi keutamaan.Bukan Islam?cmni ke ikhlas dgn parti?

kata beliau lagi :

"Saya harap semua termasuk diri saya sendiri perlu disiasat. Dengan syarat bahawa siasatan itu adil dan tidak ada syak wasangka bahawa calon tertentu sahaja disiasat," katanya.

eh..ada yang belum disiasat ke?ooo..ramai lg rupanya...ha..kantoi..

Kita lihat...apa ulasan mantan PM kita,Tun Mahathir : di sini

Katanya, sebarang rayuan untuk membolehkan mereka yang dihukum bertanding semula tidak perlu dilayan.

''Memang orang bersalah ada hak untuk merayu tetapi semua pihak tahu yang dia ini bersalah. Sekiranya dengan tiba-tiba orang seperti ini diberi kelonggaran, ia akan menyebabkan kredibiliti UMNO dan jawatankuasa disiplin hancur sama sekali.

''Jangan ganggu keputusan ini. Jika Majlis Tertinggi (MT) kata lain, tidak ada gunanya wujud jawatankuasa disiplin,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Apa lagi?

apa lagi yang kita nak harapkan kepada pemimpin2 kerajaan sekarang?

apa kata Tengku Razaleigh Hamzah :di sini

Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, Lembaga Disiplin parti patut bertindak adil dan tidak membezakan hukuman ke atas para pengamal politik wang sekalipun mereka memegang jawatan berlainan dalam parti.

"Kalau benar bersalah patut dihukum, tidak boleh diberi amaran saja. Jangan pilih 'ikan bilis' saja, 'jerung' lepas," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Sama2 kita ambik iktibar..



alkandahlawi

Sigma Lab


5 comments:

Anonymous said...

MasyaAllah ... pemerintah zaman sekrang.. mcm2..

semoga kit atidak tergolobg didalam golongan yang menghampiri atau melibatkan diri dalam rasuah.. ameen

Anonymous said...

salam ziarah..
apa yg perlu di lakukan?
adakah hanya berdiam diri apabila pemimpin lari dari ajaran al-quran?
ataupun sekadar bercakap tanpa bertindak.?
wallahualam

hamdan al-kandahlawi said...

kpd cik anon..

perkara terbaik adalah menegur pemimpin yang zalim.

rasa-rasa cik anon..kita2 ni sempat ke nak g jumpe diorg di atas sana nk bgtau hal ni?anda bole buat dan ada kabel utk bgtau kt org2 mcm tu?kalo boleh,silakan,wa tafadhhal mamdhuhah.sedangkan sekeliling kita juga berlaku jahiliyyah yang ketara..adakah kita buta?


kita bertindak biarlah dari akar nya..jgnlah bertindak hanya sekadar nak menunjukkan "wah..kita dah buat tindakan".lihat kami ada demo sana sini,menunjukkan kami bertindak.

bertindak memperbaiki diri,yang pertama,yang kedua baikilah shbt2..sekeliling..baikilah masyarakat..dan secara tak langsung..sifat2 pemimpin mcm di atas akan lenyap sikit demi sikit.

sikap berdiam diri adalah sesuatu yang salah,bukankah memberi makluman ini satu tindakan?sebarkan..bgtahu org ramai..ini satu perkara yang salah..bgtau,apa reasonnya..mana dalilnya..lakukan sekadar yang kamu mampu,jgn baca saja

dan lakukan kerja kamu sebagai dai'e!Rasulullah datang tidak datangnya hanya dengan mengubah "politik" org2 quraisy..tapi mengubah keseluruhan sistem dari akarnya..

so harap anon di atas faham apa yang ana maksudkan.

by the way,sila kenalkan diri anda,itu sebaik2 cara :)

~ZuLhAiRi~ said...

assalamu'alaikum...

najib dengan caranya, ali dengan caranya

bila si perompak menasihati si penyangak...hehehe...

hamdan al-kandahlawi said...

benar zul benar..perumpamaan yg baik.bila perompak menasihati penyangak.

dan bak kata saiful apek,bila penyanyi jadi pelawak,jadilah Penyawak.haha..:p