Salam sejahtera..
heboh dan panas dunia umum kampus2 ipta sekarang ni-musim pilihanraya-dan yang paling panas setiap tahun dah tentu lah universiti yang dibangga2 kan sebagai universiti tertua,terhebat dan sebagainya - UM-universiti Malaya.
bantahan terhadap e-undi : cuba lihat apa yang ditulis-kelakar!:D
Hebatnya UM dulu dan kini amat jauh berbeza,skop2 yang diperdebatkan amatlah menunjukkan jarak kebijaksanaan yang cetek di kalangan mahasiswa.
Pilihanraya di UM semalam berjalan dengan baik,sehinggalah keputusan diumumkan,dimana kemenangan berpihak kepada pihak pro-aspirasi-yang dituduh sebagai pro-Univ/kerajaan.Kekalahan tipis di pihak lawan,iaitu pro-mahasiswa/pembangkang- juga dikait rapat dengan gerakan politik pembangkang di luar.tiada siapa dapat nafikan hal ni.Berada bersama2 arus pergerakan politik suatu ketika cukup memberi gambaran jelas tentang hal ini.
Semalam masa balik kerja,singgah kedai mamak dekat tepi Menara TM,nak basahkan tekak sket.Masa nak byr tu,ada la 2-3 yang saya kira muka-muka "student" dengan pakaian yang mmg cukup senang dikenali-student UM saya kira.Memakai badge tertulis "mahasiswa bantah e-undi".
Hati kecilku tergelak.Terkenang zaman pelajar dulu,yang cukup mudah membuat kerja-kerja kurang bijak mcm tu.Tak apa,asalkan mereka bahagia.Mungkin mereka tak penah pikir,apa yang orang luar fikirkan,apa persepsi rakyat marahaen bila melihat gelagat "pelajar" yang nak "berjuang" ala-ala ahli politik tanah air.Kelakar!
Mari kita lihat laporan ringkas berkenaan tindakan "bijaksana" budak2 ni.:) dr
malaysiakini
Selepas rundingan lebih empat jam hari ini, Universiti Malaya mengambil keputusan untuk menggantung sementara keputusan pilihan raya kampusnya yang diumumkan semalam.
Menurut bekas presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) Mohd Ridzuan Mohammad, keputusan itu dipersetujui bersama oleh naib canselor, Ghauth Jasmon dan kumpulan pro-Mahasiswa (pro-M).
Ghauth juga bersetuju membenarkan kumpulan pro-M untuk melantik perunding bagi menguji sistem e-undi yang didakwa mereka dimanipulasikan.Sekiranya dakwaan berkenaan berasas, Ghauth bersetuju pilihan raya kampus diadakan semula.
Ghauth juga berjanji akan menyiasat dakwaan yang timbalan naib canselor, Azarae Idris menyalah-gunakan kedudukannya dan terbabit memanipulasikan pilihan raya itu.
Selepas pengumuman butiran perbincangan itu, kumpulan pro-M berarak ke Dewan Tunku canselor untuk meraikan keputusan berkenaan.
Kerja "mahasiswa2 nakal"..Melayu ke ni?patut la ketinggalan~~~
dapat pahala kut buat mcm ni
Mereka juga menghempas sebuah komputer sebagai melambangkan bantahan terhadap pengundian e-undi dan membawa komputer itu berarak di seluruh kampus.
Pada masa yang sama, mahasiswa berkenaan turut membakar akhbar Kosmo yang didakwa membuat laporan tidak tepat berhubung jumlah kerusi yang dimenangi mereka.
Sebelum ini, lebih 200 pelajar dari kumpulan pro-M yang tewas semalam mengugut akan mengadakan demonstrasi jalanan jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Antara tuntutan awal mereka ialah supaya pilihan raya kampus diadakan semula dan pembatalan pengundian secara berkomputer atau e-undi.
Suasana tegang menyelubungi kampus UM sejak malam semalam dan pagi tadi apabila ratusan mahasiswanya berarak dari Dewan Tunku Canselor ke pejabat Canselori.
Mereka berang selepas tewas tipis pada pilihan raya kampus yang diadakan semalam dan mendakwa berlakunya penyelewengan.-->(asal kalah je,penyelewengan..skrip sama jek)
Mahasiswa berkenaan memakai lilit kepala putih dengan tertera perkataan 'bantah' dalam tulisan merah.
Mereka berjaya menyerbu serta mengepung pejabat Canselori dan memaksa perjumpaan dengan Ghauth.
Pada awalnya, ketegangan memuncak apabila pelajar mahukan dialog terbuka tetapi ditolak oleh naib canselor.Sebaliknya, Ghauth mencadangkan perjumpaan tertutup dengan sepuluh wakil yang dipilih oleh pelajar berkenaan.
Cadangan itu dipersetujui dan rundingan diadakan sebelum ia ditangguhkan pada jam 1 petang tadi untuk solat Jumaat dan disambung semula selepas itu.
dengan buat mcm ni,adakah menunjukkan mahasiswa melayu kita benar2 "power" & bijak?muslimah oo muslimah...
Turut berada di lokasi adalah kumpulan mahasiswa dari kumpulan pro-Aspirasi (pro-A) yang berjaya menguasai Universiti Malaya dengan menyapu 21 kerusi berbanding 17 yang dimenangi oleh pro-M.
Tiga lagi kerusi dimenangi oleh calon bebas. Dua daripada calon itu kemudiannya menyatakan sokongan kepada kumpulan Aspirasi
*******
kesian tgk mahasiswa ni..ada tak isu lebih besar yang patut diberi perhatian..kalo la isu tu melibatkan kewangan dan nasib pelajar..nasib bangsa..nasib Islam..saya setuju la depa ni nak berdemo ke ape ke..ni demo untuk bantah e-undi,yang saya percaya kebanyakannya tak tau pun sistem apa digunakan,sejauh mana security level sistem tu,efficient ke tak dan sebagainya..
cuba kwn2 bayangkan..kalau la kata pro-M menang..agak2 depa nak buat tak perangai sarkas mcm kt atas tu?tak kut..bila kalah je..1001 alasan akan di buat la..rasanya setiap tahun diorang ni bangkang..ada je yang tak kena.tapi,bila wakil2 yang menang masuk dalam SRC/MPP council tu..suma bersatu hati.jadi 1 Malaysia.hehe..kelakar..event2 mcm biasa diteruskan..isu2 yang sama je..takde beza banyak pun..rasanya orang yg dh duk dlm MPP tu tau la kut
tapi lepas habis belaja kt UM..masuk keja..kerajaan ke..sume tu tutup mulut..sume jadi mandom..ada plak yg nanti join kerajaan even dia la bangkang habis2 kerajaan dlu..[rujuk sejarah malaysia]
mahasiswa mcm ni sifat membara..taqlid je lebih dari fikir..tak caya?cuba buat survey,berapa orang yang berdemo tu,lebih2 lagi yang tendang komputer tu, diorang ni betul2 ke study sistem yang diperkenalkan tu?betul ke tak telus atau tuduhan awal yang mmg hobi puak2 ni?
Tengok cara prof ghauth deal dengan student2 yg tgh naik minyak hilang punca tu..
pastu perangai cm budak2 pun ada.kalau takmo dengan ugut nak buat DEMO JALANAN.aiya..guna ;a aqal ALlah bagi tu..geramkan nyamuk,kelambu dibakar.Ape cer la nak pi kacau jalan2 ni..tak kira la jalan kt mana sekalipun..
saya dah tulis pjg lebar tnttg hak2 jalan sebelum ni,Rasulullah menekankan pentignya jaga hak jalan,sebab jalan tu bukan kepunyaan pihak tertentu semata2..jgn berlaku zalim..bila demo jalan je..terbayang la jem.for sure.kalo buat tepi jalan pun,suma pakat slow,dah jem gilee dah..yela..budak2...layan kan je la..
malas nak komen panjang2.cuma bila tengok je gmba "budak2" ni..no komen.nasihat saya,jangan buat kerja x cukup bijak dan mengikut2.
p/s : ni pandangan saya sendiri...sapa makan cabai,dia la rasa pedas.
al-kandahlawi