Pembaca sekalia sila baca episod (1) di bawah sebelum membaca yang ke-2 ..:)
Kopi Radix dinikmati dalam tenang. Sumayyah suka begitu. Kalau dapat Radix, dia cukup bahagia. Lambat dia meminumnya kerana sayang nak dihabiskan.
“ Habis, Ikah kata apa pada Reen?”
Kak Su, itulah sebabnya tujuan Ikah datang ni. Reen kak, kak pun faham dia, kan. Tau jelah..Ya ALLAH, kumohon Kau beriku kekuatan” Ikah menghela nafas dengan beratnya. Sabar. Ya, iman membentuk kesabaran.
“Dah tak pakai purdah lah tu?”soal Sumayyah minta kepastian.
“ Entahlah..susah nak cakap. Sayang sangat pada Man. Sanggup tanggalkan purdah kerana Man.” Ikah menerangkan.
“Ikah yang akak kenal tak akan berburuk sangka kan?” Sumayyah membela.
“Kakakku sayang, Reen sendiri yang bagitahu dia dah tak nak pakai purdah.” Ikah menjelaskan buat kesekian kalinya, untuk meyakinkan Sumayyah. Dalam banyak hal, Ikah suka meminta pandangan Sumayyah, yang merupakan penasihat Kelab Masjid. Ikah tidak akan menyebarkan keburukan orang tetapi hanya berbincang dengan insan yang dipercayainya untuk menyelesaikan masalah. Reen baru telefonnya pagi tadi. Kisah dirinya dimarahi Man tak sempat diceritakan tempoh hari.
“ Ikah pakai purdah kenapa?” Sumayyah bersuara setelah lama bertafakur memandang jambangan Ros di meja.
“ Kenapa kak tanya macam tu?” Ikah bereaksi spontan.
“ Bukan apa, bila kita mengamalkan sesuatu, mestilah kerana kita mengikut panduan al-Qur’an dan as-Sunnah, betul tak?” Sumayyah menguji adik yang dikasihinya.
“ Ya, Ikah tahu kak. Masakan Ikah beramal tanpa ilmu. Ikah berpegang pada wajibnya purdah seperti hukum sebenar mazhab Syafie.” Ikah menjelaskan sejujurnya.
Sumayyah mengangguk. Ikah antara penyuntik minatnya pada purdah dulu. Entah kenapa hati kecilnya selalu memikirkan kain yang menabiri wajah sahabatnya sekian lama. Tapi, dulu dia bertanggapan bahawa dia di pihak yang benar. Berpurdah tidak perlu untuk berdakwah. Sekarang baru Sumayyah menyesal kerana lambat berpurdah. Taufik dan hidayah Allah disambut penuh kesyukuran. Tidak putus syukurnya pada Allah dan berterima kasih pada sahabat-sahabatnya yang mula-mula berpurdah dahulu.
“Tapi, Ikah akui tak sekuat akak. Akak sudah berani berpurdah di hadapan saudara-mara. Tapi, Ikah belum bersedia lagi. Ikah tahu, Ikah pakai purdah dulu sebelum akak, tapi Ikah respect kak sebab istiqamah.” Ikah menyatakan sesalnya.
Raya baru ni, Pak Andak datang ke rumah. Ikah ingat lagi. Dalam kereta balik rumah, Ikah berkira-kira.
“Kalau tak tanggal purdah, nanti Pak Andak nampak. Bang Syafik dengan Kak Ida pun ada. Nanti apa pula kata mereka” Ikah mencongak-congak sendiri. Sudah hampir tiga tahun memakai purdah, tapi masih tak istiqamah lagi. Semuanya gara-gara dihinakan dulu. Ikah cukup menyesal. Sampai sekarang dia masih mengadu pada Kak Sumayyahnya kerana gagal istiqamah di kampung. Mana-mana kakinya melangkah, purdah itu sentiasa menjadi penabir wajahnya. Tapi, bila balik rumah nenek atau saudara-mara yang rapat, Ikah masih tidak mampu lagi menjaga istiqamahnya. Sukar sekali baginya.
“ Ish, mana boleh..Mamat balik kampung dengan rambut yang di`dye’ nya, tak malu pun? Kenapa aku memakai purdah harus malu? Allah..kuatkan aku,” Ikah berbisik sendiri. Kalam Kak Sumayyah bagai bergema di mindanya. Setiap e-mail Kak Sumayyah berkaitan kajian purdahnya bagai telah dihafalnya. Bukan sekali e-mail itu dibaca, tetapi berkali-kali. “ Kenapa Kak Su boleh, kenapa aku tak boleh?” Ikah bermonolog sendiri.
“ Bolehkah kita kata hukum Tuhan adalah untuk yang kuat sahaja, bagaimana dengan yang lemah? Tidak perlu mengamalkankah?” Hujah Kak Su satu masa dulu ibarat menampar nafsunya.
“ Akak berpurdah dengan mudahkah, Ikah? Dengan senyuman dan gelak tawa kah? Atau dengan air mata dan duka? Apakah akak tidak punyai hati sepertimu, duhai adikku sayang? Akak juga punya hati dan perasaan. Akak membentuk kesabaran dik. Akak membina kekuatan. Ikah ingat kekuatan itu sudah bersama akak sejak lahir, kah?” Lafaz suci Kak Sumayyah tulus dari hati lama dahulu kini menjadi pembakar obor mujahidahnya. Memang begitulah Kak Sumayyahnya. Berani dan degilnya nombor satu untuk Islam! Bukan gurauan, bukan bernafsu. Tapi, diuji, dicerca, imannya membela yang hak. Ilmunya diamalkan bukannya di’tong sampahkan’..
****************************************************
“Ikah, kata Ikah hukum purdah ni wajib, ye? Kenapa ya?” Sumayyah mula mempersoalkan lagi.
“Yelah kak..Kan Mazhab Syafi’e kata gitu, kan? Mazhab Syafi’e kan mazhab kita, jadi kita berpandu ikut mazhab kitalah kak, kan?” Ikah mempersoalkan kembali pada Sumayyah.
“Bila mazhab kita kata wajib? Dalam buku Fiqh yang akak belajar, tak bagitahu pun. Bukankah aurat wanita ni seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan?” kata Sumayyah sambil dahinya berkerut. Kuih Bahulu kegemaran menjadi santapannya. Sebahagian disuapkan pada Ikah, dan sebahagian dimakannya.
“Memanglah tak ada,” kata Ikah kemudian dia berhenti dahulu untuk mengunyah. “Banyak khilaf lah, kakakku sayang. Buku Fiqh yang sukatan kita belajar tu adalah kitab baru. Kita jika nak beramal dan faham betul-betul sesuatu hukum perlu balik pada kitab lama yang ulama’ dulu tulis. Sekarang banyak pendapat, Qassim Amin kak, jangan lupa nama tu.”
“Kenapa takda,Ikah?” Sumayyah masih berpura-pura.
“Akak ni…saje je..ni malas nak layan nih..” Ikah geram.
“ Baiklah kakakku sayang.. Konon nak menguji Ikah ya? Kak jangan lupa yang Ikah ni anak didik akak…Apa yang akak sampaikan dulu tu, Ikah dah buatlah..” Ikah mencekik kakaknya yang tak tahan geli. Menjerit-jerit Sumayyah dibuat adiknya. Habis digeleteknya Sumayyah. Syafikah ingat lagi pesanan Sumayyah supaya beramal dengan ilmu dan bukan taqlid (membabi buta) semata-mata.
“Aaaa….!!! Ikaahhh………taknak lah…” Wajah Sumayyah merona merah. Dia memang pantang disentuh. Dia menjerit. “ Ikah, tak baik tau..wat akak…” adu Sumayyah setelah mereka bergelak tawa. Geram Sumayyah. Digenggam eratnya tangan Syafikah supaya tidak bebas menggeleteknya lagi. Riuh rumah sewa Exco Kelab Masjid dengan suara mereka.
“Ikah beramal dengan ilmu lah, kakak..”
“Tidak diterima hujah tanpa evidence yang kukuh dari nas al-Qur’an dan Hadis” Sumayyah membela prinsip Islam yang mendarah daging dalam dirinya.
“Yes, I know that my dear sis, ok, kakak nak dalil dari sumber apa ye?” Ikah menghirup Radix yang dihidangkan untuknya. Dia membetulkan duduknya, menghadapi keadaan yang semakin tegang. Sumayyah kelihatan serius.
“Any evidence, please, I don’t mind…Tell me all about it, my dear..all that you know about ‘purdah’ or veil ..Just tell me..” Sumayyah menjelaskan permintaannya.
“Hukumnya wajib. Ini adalah berdasarkan banyak sangat hujah. Tapi Ikah bawa beberapa je yang Ikah ingat, ok, kakak? Akak bantu betulkan Ikah ya?”
“ Teruskan, Yang Berhormat..dipersilakan” Sumayyah memandang tepat ke mata Syafikah. “Tapi, adakah hukumnya wajib? Hukumnya ada banyak khilaf. Sekarang Ikah nak terangkan yang wajib ya?” Sumayyah membetulkan kenyataan adiknya.
“ Meh tolong pass kan al-Qur’an tu kak, Ikah pinjam Qur’an Tafsir akak ye. Ehem..ehem..Okay, mula-mula sekali Ustazah Sumayyah, ana akan bawakan dalil dari al-Qur’an. Mari kita lihat tafsir Surah an-Nur. Ayat ke-31 ye ustazah…” Ikah memulakan pembentangan hujahnya.
“ Bacakan ayat tu dan maksudnya sekali, dik,” Sumayyah mengesyorkan.
Ikah membacakan ayat ke-31 dengan bertartil. Kemudian, Ikah membacakan maksudnya:
“katakanlah kepada wanita yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.”
(Surah an-Nur 24: 31)
“Kak, kita sedia maklum bahawa ada dua ayat dalam al-Qur’an yang menjelaskan mengenai aurat wanita secara terperinci. Ayat 31 Surah an-Nur yang Ikah bacakan tadi dan ayat ke-59 Surah al-Ahzab. Ya, banyak ayat berkaitan aurat, tapi dua ayat ni ada banyak khilaf, iaitu ulama’ berbeza pendapat dalam penetapan hukum menutup wajah itu wajib atau tidak,” mukaddimah hujah Ikah cukup jelas.
“ Wow, bincang apa ni?” Zahrah menarik kerusi dan membelek bahagian al-Qur’an yang ditatap Ikah.
“Purdah,” Sumayyah menjawab.
“Nak join, …boleh?” Mereka mengangguk serentak.
“ Baiklah, dalam ayat ni, Allah telah memerintahkan muslimah (wanita muslim) untuk melindungi kemaluan mereka dan perintah ini (melindungi kemaluan) bukan hanya terhad kepada kemaluan tetapi juga termasuk segala aspek yang membawa kepada kemaluan yang tiada orang berakal dapat meragui bahawa dari kalangan perkara-perkara yang membawa kepada perlindungan kemaluan ialah menutup muka kerana terdedahnya muka membawa kepada jelingan dan merenung kepada kecantikannya untuk mendapatkan keseronokan. Maka satu hubungan terhasil (di antara lelaki dan perempuan). Na’uzubillah…” Ikah tunduk. Dia tak tahan dengan hujah ni. Malu rasanya bila ulama’ yang merupakan seorang lelaki berkata begini. “Entah siapa dan berapa ramai entah yang dah meratah wajahku sebelum ni” bisik Ikah sendiri dalam hati. “Allah..kuatkan kami. Ini adalah menurut pendapat Syeikh Muhammad bin Saleh bin Uthaimin,” Ikah menjelaskan.
“ Di awal ayat tadi “…dan hendaklah mereka menutup (melabuhkan tudung mereka ) ke belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”
…perkataan ’ khumur’ iaitu kata asal bagi ’khimar’ yang terdapat dalam ayat itu sebenarnya digunakan bagi sesuatu jenis pakaian, yang kaum wanita gunakan untuk menutup muka dan kepala mereka. Ia adalah seperti kain tutup kepala (yang digunakan untuk menutup kepala). Jadi, apabila kaum wanita diperintahkan untuk melabuhkan tudung ke dadanya, ia akan menjadi sebagai satu hasil langsung bagi di atas, atau kerana analogi yang benar diperintah untuk menutup mukanya. Kesannya, apabila ia wajib untuk menutup dadanya, maka, jelaslah kewajipan menutup wajah pasti lebih ditekankan kerana wajah merupakan pusat kecantikan dan rangsangan,” jelas Ikah panjang lebar.
“Ya, cuba kita fikir, apabila seseorang yang cantik ditanya berkenaan kecantikannya, pastilah wajah yang menjadi ukuran kecantikan. Jika wajahnya cantik, kita tidak mengendahkan sangat kepentingan bahagian badan yang lain. Atas alasan ini, jika seseorang ’ perempuan itu cantik’ seseorang hanya akan memahami bahawa ia mempunyai wajah yang cantik. Maka, jelas bahawa wajah sebenarnya merupakan tempat kecantikan samada ia berkenaan soalan tentang kecantikan atau memberi maklumat,” Zahrah menambah.
“ Bagaimana pula dengan wanita yang tidak cantik? Apakah berpurdah ini untuk wanita yang cantik sahaja?” Sumayyah membidas.
“ Kecantikan itu subjektif, kakak….Cuba kakak tanya orang. Akak buat kajian. Seseorang itu menilai kecantikan pada pandangan matanya. Tidak kiralah orang atau barang. Seorang wanita berkemungkinan dikatakan cantik oleh seorang lelaki. Tetapi, jika kita bertanya pada lelaki lain perihal wanita yang sama, ada yang akan menjawab bahawa dia kurang cantik atau malah, ada yang mengatakan baginya tidak cantik tetapi hanya comel sahaja. Maka, hujah tadi adalah diterima pakai untuk semua muslimah. Tidak kira hidungnya pesek, matanya bulat, atau giginya jarang, atau keningnya tebal…semuanya punya kecantikan tersendiri. Pengiktirafan kecantikannya adalah dari kaca mata manusia yang berbeza,” terang Ikah menjelaskan. Dia sudah biasa dihujani persoalan yang sama ke mana sahaja kakinya melangkah.
“ Ya, menutup wajah adalah lebih wajib kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yg bijaksana ini memerintahkan menutup dada dan leher tetapi membiarkan wajah terbuka? Fikirkanlah, memang wajah itu sumber fitnah. Ada seseorang bertanyakan saya berkaitan fitnah wajah. Katanya, “ takkanlah wajah itu difitnah” dan saya jelaskan padanya bahawa ‘ fitnah’ di sini bermaksud kecenderungan seseorang lelaki untuk menyukai seseorang wanita,” Zahrah menjelaskan huraian ulama’ berkaitan ayat yang sama.
Ikah menjelaskan lagi “Ya, fitnah pada hati seorang lelaki. Yang membuatkan ia tidak tidur malam kerana merindui wajah seorang wanita cantik. Malah juga kecantikan itu bisa meransang nafsu syahwatnya dan membuatkan ia sukar untuk khusyuk dalam ibadahnya. Semuanya berpunca dari pandangan. Sebab itu ada hadis yang mengatakan bahawa pandangan itu ialah panahan syaitan,” “ Kita tidak dapat menafikannya. Ia jelas pada kita. Jatuh cintanya pada seseorang adalah kerana wajahnya. Memang benar, akhlak juga berperanan, tapi wajah juga punya peratusan tersendiri. Gambar seseorang wanita ditatap sekian lama. Cintakan seseorang kerana kecantikannya, bukankah itu lumrah? Pendedahan wajah menyebabkan timbulnya pandangan dan angan-angan buruk daripada kaum lelaki terhadap keindahan dan kecantikan wajah yang dipandangnya. Keadaan ini akhirnya selalu mengakibatkan berlakunya perbuatan tanpa moral bahkan kriminal dan jenayah. Usah menafikan fitrah, wahai ukhti muslimahku, wahai perajurit agama, pemuda harapan agama.” Ikah mengeluh sendiri. Dia berazam akan memakai purdah di kampung nanti.
“ Hmm..bagaimana pula bahagian ayat ..“ dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (biasa nampak) daripadanya; ”..dari bahagian awal ayat tadi?” Sumayyah meminta penjelasan.
“ Ya, di sini juga terdapat perbezaan pendapat ulama’. Ada yang berpendapat bahawa `yang zahir ’ adalah muka dan tapak tangan. Manakala, banyak juga pendapat yang mengatakan baju luar iaitu pakaian.Ibnu Mas’ud berkata bahwa apa yang zahir daripada mereka ialah pakaian. Ia disahihkan oleh Syaikh Mustafa Al-Adawi dlm kitab Jami’ Ahkamin Nisa‘. Ini bermaksud wanita itu wajib menutup mukanya sekali. Perhiasan di sini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, pakaian yang cantik, perhiasan dan solekan. Ketiga-tiga perkara tersebut adalah perhiasan yang diperintahkan Allah kepada kaum wanita supaya tidak menunjukkannya kepada kaum lelaki, kecuali barang yang dikecualikan oleh Allah,
iaitu “ melainkan yang (biasa) nampak daripadanya” maksudnya bahagian yang zahir dan tidak mungkin menyembunyikannya daripada pandangan orang lain, seperti bahagian luar pakaian atau yang sepertinya iaitu kelihatan tanpa disengaja dan diusahakan. Semua itulah yang dimaksudkan dalam ayat tadi, iaitu tidak boleh bagi kaum wanita sengaja menampakkan perhiasan tersebut seperti yang dijelaskan dalam kitab Tafsir Surah an-Nur oleh Maududi di halaman 157,”
jelas Ikah sambil menyemak diarinya.
“ Dalam buku ini, yang ditulis oleh Syeikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim al-Jarullah dan as-Syeikh Muhammad bin Saleh bin Uthaimin yang berjudul `Wanita Wajib Berpurdah: Muka dan Tangan Wanita Adalah Aurat Di Hadapan Lelaki Ajnabi’ ada menjelaskan terperinci berkaitan purdah. Dalam buku ni menjelaskan bahawa Qurtubi berpendapat bahawa perhiasan itu (zinah) terbahagi kepada dua iaitu perhiasan yang semula jadi dan perhiasan yang diusahakan. Perhiasan semula jadi ialah keelokan wajah dan bentuk badan. Ini banyak manfaat dan jalan-jalan ilmu pengetahuan. Sementara perhiasan yang diusahakan ialah usaha perempuan mengubah dan mencantikkan keadaan dirinya, seperti pakaian, perhiasan daripada emas dan lain-lain. Semua ini termasuk ke dalam apa yang dilarang oleh Allah s.w.t menampakkannya pada ayat yang telah lalu. ` Dan hendaklah mereka tidak menampakkan perhiasannya’” terang Zahrah panjang lebar setelah buku itu diambilnya dari bilik.
Sumayyah mengangguk bersetuju. Bagaimana pula dengan firman Allah dalam surah yang sama pada ayat 60? Ayat ni bermaksud “ Dan wanita-wanita tua yang telah berhenti (haid dan mengandung) yang tidak ada keinginan untuk berkahwin (lagi), tidak ada ke atas mereka dosa menanggalkan pakaian (luar) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan; dan berlaku sopan adalah lebih utama bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. ” Bagaimana pula penjelasannya, Ustazah Syafikah? ”
*****************************************************
“Manakala bagi ayat ke-60 Surah an-Nur, terdapat penjelasan baginya. Ulama’ seperti Syeikh Muhammad bin Saleh bin Uthaimin yang aku sebut tadi sependapat dengan Syeikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim al-Jarullah. Mereka berpendapat bahawa ayat al-Qur’an tersebut menunjukkan bahawa Allah s.w.t menafikan dosa daripada wanita-wanita tua yang telah berhenti haid dan tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin menanggalkan pakaian luar mereka dengan syarat tidak bermaksud menampakkan perhiasannya,” Terang Abu kepada Man yang setia mendengar.
“ Owh..orang tua boleh buka aurat ya? Begitu ke? ” man gelak spontan dengan soalannya yang baginya agak kebodohan.
“ Bukan begitu. Dengarlah dulu, kering tekak aku ni. Man, kau tolong bancuh Radix, Man. ” ” Eh, jap, dengar dulu yang tadi ni,” Abu membetulkan susunan helaian kertasnya.
“Okay, teruskan” Man tidak jadi bangun. Dia menggosok kepalanya yang tidak gatal. Terfikir juga dia menyusahkan kawannya, pula tu tidak menyediakan air untuknya.
“ Baiklah, tadi ulama’ ni kata orang tua boleh menanggalkan pakaian luar mereka, kan? Maksudnya, seperti yang dijelaskan di sini, wanita-wanita tua dibolehkan menanggalkan pakaiannya tetapi bukan secara berlebihan sampai membuka aurat (kemaluan), tetapi, yang dimaksudkan di sini adalah membuka wajah dan kedua-dua telapak tangan.”
“Ini adalah kerana, jenis pakaian yang dipakai oleh wanita Muslimah adalah jenis pakaian yang menutupi seluruh bahagian tubuh wanita; dan dibolehkannya wanita-wanita tua itu membuka wajah dan telapak tangan berbeza daripada wanita-wanita yang masih muda dan masih mempunyai keinginan untuk berkahwin yang diwajibkan bagi mereka untuk menutup seluruh anggota tubuhnya. Kau tengok ya, bila hukum dibolehkannya membuka pakaian luar bagi setiap wanita tanpa terkecuali, maka hukum dibolehkannya wanita tua membuka pakaian luar tidak ada faedahnya, kerana hal itu hanya khusus untuk wanita tua yang tidak mempunyai keinginan lagi untuk berkahwin. Jelas perintah kewajipan menutup wajah dan tangan bagi wanita muda yang masih punya keinginan untuk berkahwin, nampak tak? Kau nampak tak apa yang aku nampak ni..whoosh..ideal sungguh susunan Allah. Padanlah berat kepada wajib. Kau tengok ayat tadi ni. Kalaulah maksudnya pakaian luar, tentulah wanita muda yang tidak tersenrai dalam ayat ni kena tutup wajah dan tapak tangan, kan? Faham tak ni, Man? ” Abu menjelaskan sambil mengekor Man yang sedang membancuh kopi Radix untuk mereka berdua.
Man kemudian kembali bersila dan mengambil salinan hujah yang diberikan satu set padanya tadi oleh Abu. Man meneliti dengan penuh minat. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya. “Apasal tak ramai Muslimah yang memakai purdah di luar sana? Jika ayatnya sudah jelas begini. Banyak yang kau huraikan pada aku tadi, betul tak? ” Man mempersoalkan.
“ Kau nak tahu sebab apa? Gerakan Pembebasan Wanita oleh Qassim Amin antara penyumbang wanita menanggalkan hijab mereka.” Abu memejamkan matanya. Marah. Kalau sebut nama ni, memang kita semua marah. Kakaknya yang baru kembali dari Mesir telah banyak menjelaskan segalanya. Bukan di Malaysia sahaja kurangnya wanita berpurdah, malah, di tanah Arab dan di Mesir sendiri, agak sukar melihat wanita berpurdah.
“Qassim Amin?..Hmmm…aku tak pernah dengar nama tu…boleh kau cita sikit pada aku, Abu?”
“Nanti dulu, aku nak habiskan huraian aku mengenai hujah yang menyokong kepada wajibnya berpurdah ni. Baik, dalil tadi , ayat ke-60 Surah an-Nur tadi, di hujungnya ‘ tidak bermaksud menampakkan perhiasan’ pun ada huraiannya. Ini merupakan penjelasan kewajipan berhijab bagi wanita muda. Terdapat dalil lain yang mewajibkan berhijab bagi wanita-wanita muda yang masih mempunyai keinginan untuk berkahwin. Nak tau sebab apa? Kerana pada umumnya, kaum wanita yang masih muda, apabila mereka membuka wajahnya, maka mereka mempunyai keinginan menampakkan perhiasan dan memperlihatkan kecantikannya kepada kaum lelaki serta mengharapkan sanjungan dan pujian daripada mereka. Beruntunglah mereka yang berpurdah, kerana hilangnya perasaan ingin mempertontonkan kecantikan wajahnya kepada kaum lelaki, bukankah mereka itu pilihan Allah? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati” Abu menjelaskan dengan teliti.
******************************************************
” Ada lagi satu hujah lah Ikah, Surah al-Ahzab kan? ” Wani menegur dari belakang. Dia bertugas memasak pada hari ini. Sumayyah membantunya mencedok lauk ke kedua-dua talam.
bersambung lagi~... ;)
1 comments:
artikel yang menarik.jazakallah
Post a Comment