Sunday

Kain Kecil Diwajahmu~

di ambil dari : srikandiumar (sila kemuka sebarang komen..;) )

Kain Kecil Di Wajahmu (1)

Ape yang kau runsingkan tu, Man?”

“ Takda apa lah..” Salman menjawab acuh tak acuh. Dibalik-balikkan badannya di katil. Sekejap kanan. Sekejap mengiring ke kiri. Abu pun kembali menghadap bukunya. Dua minggu lagi menjelangnya final exam.

Man masih lagi bergerak-gerak di katilnya. Setengah jam Abu cuba tumpu betul-betul pada bacaannya.

“ Ah, runsinglah aku, kau ni..Tak da ape nya? Macam tak senang je gaya kau. Aku nak study pun susah. HeiMan. Bangun sekarang. Duduk.” Abu dah hilang fokus pada pelajarannya. Meja belajarnya yang terletak bersebelahan katil sahabat baiknya, Salman, membuatkan dia hilang tumpuan.

Salman akur. “Ish.., aku tengah runsing nih”

“ Weh, aku nak tanya kau. Ape kain kecik yang budak pompuan pakai kat muka tu? Apa namanya?”

“ Kain kecik?” Berkerut-kerut dahi Abu memikirkan.

“ Alahai, kain kecik yang Reen pun dah pakai tu. Yang nampak mata tu je. Warnanya sama macam kain tudung yang diorang pakai. Kalau warna pink tudung, kain kecik tu pon sama colour la, ape ke orang panggil menda tu” Man menjelaskan panjang lebar.

“Owh..purdah ya?”

“ Aha..Betul lah tu..Apesal ek? Menyampah aku. Habis camne aku nak tengok muka Reen weh?”

“ Hahaha..padan muka kau. Apa lagi..kahwinlah ngan dia..”

“ Amboi kau, cakap senang eh..kau nak bayarkan hantarannye ke?”

“ eheh.. Bayar la sendiri..kau kan dah ada duit wat part time..”

“ Mana cukup lagi..Abu, aku tak paham ni..Apesal dia pakai kain tuh…?Macam mana ni..?”

“ Apa masalah kau? Kan Islam ada syorkan pakai purdah untuk elak fitnah. Tak mustahil lah, Reen tu kan baik budaknya…Dia kan selalu ikut usrah kat masjid. Mungkin dia dah didedahkan pasal purdah ni. Aku tengok ramai muslimat senior dah pakai purdah di kolej semenjak-dua menjak ni..kan..Dari sem lepas. Kau patut bersyukur yang Reen pun dipilih Allah untuk mendapat hidayah dan taufiq dari Allah untuk memakainya. Bukan senang kita nak terbuka hati untuk perkara-perkara kebaikan. Apatah lagi yang bertentangan dari suasana sekular sekarang ni” Abu menjelaskan.

“ Tapi kan tak wajib? Macam baik sangat je Reen nak pakai benda tu. Lelebih la Reen nih..ni aku nak marah dia ni. Mudah sangat terpengaruh. Aku rasa aku nak putuskanlah pertunangan kitorang.”

“ Ko jangan buat keja gila Man..entah apa-apa lah kau ni…sebab purdah kau nak putus tunang dengan dia?..huh..kau suka pada dia kerana kecantikankah? Atau kerna agamanya?” Abu membela Reen. Abu merupakan pelajar jurusan Diploma Usuluddin semester tiga. Dia tahu hukum purdah itu wajib, dan ada sesetengah hujah yang mengharuskan wanita memperlihatkan wajah dan tapak tangan. Namun, dia yakin pada tindakan sahabiah-sahabiah berpurdah. Mereka bergerak dalam organisasi dan sentiasa terdedah kepada keadaan yang boleh menimbulkan fitnah. Benarlah tindakan mereka. Sesuai menurut fitrah.

“ Bukan apa. Itu yang aku runsing ni. Dari bulan lepas lagi. Ko bukan tak tahu orang kampung. Mak ayah aku. Macam diorang boleh terima je Reen tu. Macam mana nanti reaksi keluarga aku.”

“Kau jangan buat keputusan terburu-buru, Man” Abu menasihati sahabatnya.

“ Aku rasa aku nak tangguh kawenlah” Man yang telah memaklumkan Reen untuk bernikah pada hujung tahun depan, akhirnya merancang untuk menangguhkan.

“ Kak Ikah!!”

Azreen meluru masuk ke bilik Syafikah. Dia menangis teresak-esak.

“ Kak..sob..sob..” Reen terus memeluk kakak naqibah kesayangannya yang baru selesai menunaikan solat Zohor. Dia menarik purdahnya yang dah lencun dengan air mata. Bahu Syafikah dijadikan tempat dia menongkat dagu.

“ Ngape ni, dik..Allah..sape wat Reen ni..” Ikah cuba mengangkat muka adik usrahnya untuk ditatap. Reen mengelak..Tangisannya berterusan. Reen melayan murahnya air mata. Deras sungai air matanya mengalir, bagaikan tiada muaranya.

“ Bawa bertenang dik..istighfar banyak-banyak” Ikah menenangkan adiknya. Dibiarkan dia menangis. Ikah menyambung zikirnya dan kemudian berdoa. Ikah terus mencapai ma’thurat yang berada di meja berhampiran. Ada sehelai kertas Doa Penenang Hati diselitkan di dalamnya. Tanzim Usrah Kelab Masjid dah mewajibkan semua naqibah menghafal ma’thurat. Ikah membaca doa itu kepada adiknya. Dia mengusap kepala Reen sambil berdoa.

Selepas beberapa ketika, tangisan Reen semakin reda. Ikah menyarankan kepada Reen agar berwudhuk dan bersolat di biliknya. Reen akur.

Selesai solat, Reen berdoa banyak-banyak pada Allah. Lama sangat dia sujud. Ikah tahu dia menyambung tangisannya. Ikah mendoakan agar adiknya diberi kekuatan dan ditenangkan hati menerima musibah yang dihadapinya. Reen bukanlah asing bagi Ikah. Dah setahun lebih Reen istiqamah mengikuti usrah di masjid kolej. Antara ramai-ramai adik usrahnya, Ikah dapati Reen mudah dibentuk dan senang dididik. Dia cepat tangkap dan hatinya bersih. Reen jinak menerima hidayah Allah dan dia selalu menyambut hidayah-Nya tanpa ragu-ragu, bimbang

kehilangannya.

Reen dulunya agak liat untuk berubah. Dia suka berjumpa dengan tunangnya. Mereka berbual dan berjumpa selalu. Habis kredit Reen dengan tunangnya. Waktu tu mereka belum bertunang lagi. Semenjak pertengahan tahun lepas, Reen banyak berubah. Dia belajar untuk mengawal rindu pada tunangnya. Ikahlah yang bersabar mengajaknya pada kebenaran. Reen seorang yang mudah cemburu pada kebaikan. Dia akan rasa tercabar dan ingin menjadi baik seperti orang yang dicemburuinya.

Ikah adalah kakak naqibah yang beramal dengan ilmu yang disampaikan. Reen suka menyemak telefon bimbit Ikah. Dia tidak percaya yang Ikah tidak ada kekasih. Bagi Reen, semua orang mestilah ada kekasih. Tidak kiralah dia baik atau tidak. Cuma cara mengawalnya yang lain. Bagi Reen, kalau orang tu baik. Dia tidak akan jumpa dengan kekasihnya atau berdating di sana-sini. Tapi, mereka akan selalu memberikan kata-kata nasihat dan saling mengenal melalui message. Manakala, yang buruk akhlaknya, tak akan malu untuk berdating di sana-sini dan bergayut di telefon tanpa segan-silunya. Bagi Reen, semua orang bercinta ketika remaja. Itu fitrah. Manusia tidak boleh hidup tanpa cinta pada lawan jenis. Ikahlah yang menasihati Reen dengan penuh hikmahnya.

Ikah menjelaskan cinta sebenar adalah selepas bernikah. Beruntunglah mereka yang mengawal diri dari bercinta dengan cinta murahan sebelum berkahwin. Bukankah tidak ada kepastian lagi, bahawa kekasih itu akan menjadi suaminya? Ikah juga menjadi role model terbaik bagi hujahnya. Reen beriya-iya ingin menyemak telefon bimbit Ikah. Dia tahu yang Ikah belum berkahwin. Dia pun tak tahu sama ada Ikah sudah bertunang atau belum. Ikah merahsiakan. Reen merampas telefon bimbit Ikah pada awal tahun lepas selepas usrah untuk membuktikan benarnya teorinya bahawa semua remaja bercinta. Dia menuduh ikah tentu terlibat dalam apa yang dikatakan sebagai `cinta islamik’. Reen kecewa bila telefon Ikah berjaya dirampasnya, dan tidak ada satu pun message dari lelaki. Reen marah Ikah dan beredar pergi.

Sebenarnya, Reen malu dengan tindakannya. Dia marahkan dirinya yang merampas telefon kakak naqibahnya. Malah, dia lagi bengang bila kakak naqibahnya tidak marah apatah lagi tidak meminta telefon bimbitnya pula. Ikah pada waktu itu hanya diam dan bersabar. Reen menyemak setiap kekunci dalam telefon bimbitnya. Reen kecewa, apa yang ada hanyalah message meeting pada pukul berapa dan message tentang data kursus kepimpinan. Telefonnya penuh dengan message kalam taujihad dari sahabiah-sahabiah teman seperjuangannya.

Reen tidak puas hati. Dia bertanya perihal Ikah pada kakak-kakak naqibah yang lain. Mereka pun tidak tahu. Apa yang dia dapat tahu, Ikah sudah dipinang dan telah menerimanya. Kiranya, Ikah sudah bertunang. Itupun kawan baik Ikah memberitahu. Tersilap dalam berbicara. Disangkanya Reen sudah tahu. Reen lagi geram. Waktu tu juga Reen berjumpa Ikah dan menangis. Dia mempersoalkan tindakan Ikah yang baginya melawan fitrah. Mana mungkin Ikah begitu kuat untuk berdiam sahaja dan hanya menunggu masa dinikahkan dengan tunangnya. Reen mempersoalkan kesetiaan dan kemungkinan untuk tunang Ikah curang padanya. Ikah diam. Reen adalah ujian hebat baginya pada waktu itu. Ikah menjelaskan bahawa apa yang ramai orang lakukan dan dianggap biasa dalam masyarakat belum tentu adalah yang benar dan betul pada pandangan Allah. Ikah menjelaskan bahawa jika tunangnya mengkhianatinya di belakangnya, tentulah Allah tidak akan menjodohkannya dengan tunangnya. Ikah hanya meletakkan sepenuh harapan dan bertawakkal pada Allah. Taklifan sebagai naqibah usrah diterimanya dengan hati terbuka. Reen telah mematangkannya dalam dakwah dan tarbiyah. Biarpun, dia agak terluka dengan tindakan adik usrahnya, namun Ikah tetap sabar melayan karenahnya. Ikah memaafkan Reen. Dia juga melalui proses tarbiyah yang getir semasa di ma’had dulu. Ikah faham tindakan Reen. Lebih kurang sama emosinya semasa dia mula berjinak dengan ilmu agama semasa dipindahkan ke ma’had ketika tingkatan empat dulu. Ikah akui tarbiyah kakak senior sangat berguna buat dirinya. Kesabaran merekalah yang cuba dibentuk dalam dirinya ketika berhadapan dengan mad’u seperti Reen.

Semenjak berdiskusi hampir dua jam dengan Ikah tentang cinta, Reen semakin rapat dengan Ikah. Dia menjadikan Ikah tempat mengadunya. Dia belajar untuk berubah sedikit demi sedikit dari kebiasaannya. Dia tidak lagi berjumpa kerap dengan tunangnya dan tidak lagi bergayut dengan tunangnya di telefon. Ikah mentarbiyah dengan penuh sabar. Dia cuba untuk memilih seringan-ringan yang mampu dilakukan oleh Reen dalam usaha awalnya untuk berubah. Reen pun dah mula tidak menghantar message pada tunangnya semenjak tiga bulan yang lalu. Setiap kali rindu, Reen akan call Ikah dan berbual dengannya. Kadang-kadang Reen message pada Ikah apa yang dia nak sampaikan pada tunangnya. Ikah dah masak dengan perangai Reen. Dulu, kawannya Salwa pernah buat begitu padanya. Tiba hari ulang tahun kelahiran lelaki yang disukainya, Ikah yang mendapat ucapan selamat. Ikah dah masak dengan tindakan sebegini. Rasa rindu pada lawan jenis, disalurkan pada sahabiah-sahabiah seperjuangan. Begitulah lumrahnya. Kesibukan organisasi juga banyak membantu. Ikah jadi sibuk dan tidak berapa merunsingkan jodohnya.

“ Reen” Ikah memanggil adiknya. Lama sangat sujudnya. Tangisannya dah berhenti. Ikah mendapatkan Reen. “ Oh, tidur rupanya.” Ikah mengejutkannya untuk tidur di katilnya. Reen menanggalkan telekungnya. Dia terus mendapatkan katil Ikah dan terus lelap. Ikah membiarkannya. Lagipun, Ikah ada mesyuarat pada pukul tiga.

“ Kakak, doakan Reen ya…Man marahkan Reen sebab pakai purdah…”Kedengaran suara Reen sayup-sayup di sebalik bantal. “Nanti Reen cerita pada akak ye.” Reen menyambung sebelum Ikah sempat memberi responnya. “ Takpelah, Reen rehat ya. Kak, ada meeting jap lagi. Kak dah set alarm handphone Reen untuk kejutkan Asar nanti ya. Usah fikir sangat. Istighfar dan doa banyak pada Allah, ye dik..” Pesan Ikah pada Reen sambil bersiap. “ Baik kak, terima kasih kak” Reen menjawab. Bilik sunyi sepi.

“ Aku dah jumpa tesis pasal purdah” kata Abu pada Man sewaktu mereka pekena nasi lemak di Restoran Delima seminggu selepas Man bertanya Abu tentang purdah.

Man tersedak. “ Huk..huk..apa?” “ Purdah? Tesis?”

Abu mengangguk. “Kan ada banyak tesis di library. Aku carilah yang tajuknya berkaitan purdah ”

“ Apa hukumnya?” Man bertanya tidak sabar.

“ Hukumnya ada banyak khilaf. Tapi, sebab kan khilaf antara wajib dan kebenaran membuka. Jadi, aku rasa ia lebih kepada wajib kerana, kita tidak tahu yang mana hukum yang sebenar. Cuma, bagi yang dalam keadaan dhorurat terpaksalah menggunakan hukum keharusan membuka tabir wajah. Seperti dalam berubat ke, di jabatan imegresen ke, atau jika di luar negara bagi sesetengah negara, bus pass atau di dewan exam. Sebab kita sekarang kan di zaman penuh najis sekular. Jadi, ada keadaan yang terpaksa buka tabir tu. Tapi, untuk keadaan yang biasa dan tiada halangan berat memakainya, tentulah aku berpegang pada yang lebih warak iaitu wajib memakainya. Ia mengelakkan fitnah kepada kaum wanita.” Terang Abu pada Man dengan yakinnya. Abu dah belajar dari sekolah pondok lagi. Cuma hujahnya dia dah tak berapa ingat. Yang dia tahu, ustaz-ustaz sangat memberati kepentingan purdah ketika dia menuntut ilmu di sekolah pondok dulu. Pelajar perempuan pun memang pakai purdah di sekolahnya. Wajib.

“ Kalau kau tanya aku, aku kata aku nak isteri yang berpurdah. Tak kiralah, keluarga aku boleh terima atau tidak. Aku yang nak bina rumah tangga dan aku akan pilih organisasi yang baik untuk melayari bahtera rumah tangga yang bahagia. Bukan aku harapkan pujian dan sanjungan ibu bapa aku, tapi aku pentingkan pandangan, rahmat dan keberkatan Allah dalam rumah tangga yang akan aku bina. Aku nak isteri yang solehah. Tentulah, kerana di rahimnya akan bercambah benih zuriat aku. Keturunan yang soleh datang dari ibu bapa yang soleh dan solehah. Jika baik benihnya, dari pokok yang baik, tentu akan mencambahkan pokok yang baik juga. Seorang wanita yang solehah sentiasa memperhatikan amalan dan ibadahnya. Bagaimana dia tidak meremehkan hukum Tuhan, begitulah dia tidak meremehkn ibadah dan rumah tangganya. Bagaimana dia sanggup berdepan cabaran zaman dalam menongkah arus fananya dunia, begitulah kesabarannya terdidik untuk menjadi isteri yang tetap taat pada suami dan tabah dalam mengasuh anak-anaknya” jelas Abu tentang prinsipnya. Itu telah menjadi prinsipnya sejak dulu. Dia bertambah yakin bila dilihatnya, ramai wanita yang berpurdah sekarang ni. Dia yakin ibu dan bapanya akan terbuka hati menerima pilihannya. Walaupun calonnya belum ada, namun, itulah garis panduannya.

“ Bukan senang kita nak keluarga boleh terima calon isteri yang berpurdah” Man membantah.

“ Itu mungkin kau. Sebagai orang yang kurang motivasi. Aku, pada aku, apa yang aku buat aku dah rancang dengan baik. Ikut step lah, Man. Keluarga perlulah diberi pendedahan agama dari sekarang. Bila ilmu agama bertambah dalam diri seseorang, mudahlah hatinya terpaut pada fitrah islam dan hukum yang disyariatkan-Nya kepada kita. Kadang-kadang kita je sangka yang bukan-bukan. Sebenarnya, kain kecil atau purdah tu tak banyak bezanya. Kita pandang hina kerana zaman-berzaman hukum Islam sentiasa dipandang enteng dan dihinakan. Apatah lagi, orang macam Reen tu. Pandai bawa diri. Malu pada tempatnya. Aku sekarang kan rakan sejawatnya dalam Kelab Amar Ma’ruf, aku tahu dia macam mana budaknya. Batas dengan aku dijaganya. Tapi, ketika memberi pendapat, dia berhujah dengan kemampuannya. Dia tiada masalah dalam komunikasi dengan aku dan antara rakan-rakan yang lain yang tidak berpurdah. Mereka masih seperti dulu. Purdah tidak menyekat dakwah mereka. Aku yakin keluarga kau boleh terima dia. Mak kau kan berkenan pada dia. Insya Allah, Man..Kau kena yakin. Macam mana nak kahwin ni kalau tak yakin pada pilihan sendiri. Cinta apa kalau tak dapat menerima seadanya. Kau lagi patut syukur banyak pada Allah sebab bagi isteri yang dah dibentuk dengan acuan Islam. Tak perlu banyak mengajarnya lagi. Dia sudah pandai dalam agamanya. Satu tanggungjawab kau pada isteri dah beres. Tinggal lagi nak mendidik mana yang kurang sana-sini sebagai wanita yang memang lemah fitrahnya. Kau patut syukur banyak, Man. Kawan aku, jenuh tau mendidik isterinya, bukan nak disuruh pakai purdah, tudung pun selempang lagi. Rambut pun keluar lagi, jambul di dahi..Huh..susah Man..Akhirat sok macam mana nak jawab dengan Allah, jika tak mampu didik isteri dengan agama. Sebab tu, pemilihan calon isteri penting sangat.” Abu menasihati kawannya tentang perkara yang dia terlepas pandang.

Syukur. “ Ya, syukur. Apesal aku tak fikir..Tau nak bengang je ngan dia. Mungkin pasal dia dah lama tak hantar message pada aku…ish..Abu..terimas ye ingatkan aku..” Man tersengih.

“ Ni aku nak cerita kat kau. Kau pun tahu, kan tujuan kita hidup kat dunia ni, nak beribadah kepada Allah. Kau ingat kan firman Allah yang mengatakan kita tidak diciptakan melainkan untuk beribadah kepada-Nya. Dan semua yang Allah wajibkan kepada kita sebagai hamba-Nya pasti akan membawa keselamatan bagi orang-orang yang mengamalkannya, baik di dunia mahupun akhirat. Sebaliknya, bagi orang yang tidak mahu mengamalkan apa yang diwajibkan oleh Allah kepadanya, tentu akan mendapat kecelakaan di dunia dan akan diseksa di akhirat kelak.”

Abu menyambung lagi. “Begitulah purdah. Berpurdah atau berhijab menutupi seluruh badan termasuk wajah bagi kaum wanita muslimah yang sudah baligh, adalah wajib hukumnya menurut syariat islam yang diturunkan Allah kepada nabi-Nya untuk diamalkan oleh segenap wanita muslimah sebagai salah satu kewajipan yang dibebankan kepada umat manusia, di samping kewajipan-kewajipan yang lain yang mesti diamalkan.”

“ Memang kita dah cukup gembira dan berpuas hati bahawa sekarang ni di kebanyakan negara yang majoritinya umat islam, kaum wanitaya telah banyak memakai jilbab atau tudung. Akan tetapi, jilbab yang mereka pakai tidak menutupi wajah. Berkemungkinan mereka yang tidak menutup wajah itu tidak merasa berkewajipan menutupnya, sebab mungkin mereka tidak tahu mengenai dalil-dalil yang menghukumnya wajib atau bertanggapan bahawa dia tidak berdosa jika wajah tetap terbuka.” Abu menyambung setelah mendapatkan beberapa teguk air bagi membasahkan tekaknya.

“ Ada 26 hujah yang mengatakan hukum berpurdah ini wajib bagi wanita menurut pendapat para ulama’ dan mereka yang ahli dalam bidang ini. Antara ulama’ yang berpendapat bahawa purdah itu wajib ialah Syeikh Abdullah bin Jarullah bin ibrahim Al-Jarullah, Syeikh Muhammad bin Salih bin Usyaimin dan Syeikh Muhammad Al-Shinqithi, Syaikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Bakar Abu Zaid, Syeikh Musthafa Al-Adhawi, Syeikh Abdul Aziz al-Khalaf, Syeikh Hamud bin Abdullah Al-Tuwaijiri, Syeikh Wahbi Sulaiman Ghawaji Al-Albani, Syeikh Muhammad bin Ali as-Sabuni, Doktor Muhammad Hasan al-Buwaiji dan Doktor Salih bin Fauzan al-Fauzan.”

“ Oh..ye ke? Ramai betul ya? Apa hujahnya? “ tanya Man tidak sabar lagi.

“ Nanti aku terang pada kau dua-dua hujah. Yang wajib dan yang tidak mewajibkan. Tapi kena ingat, tiada yang mengharamkannya. Nanti aku copy untuk kau sekali hujah tu, senang bila terangkan pada kau nanti. Aku ada meeting pagi ni, lain kali ya. Malam nanti ke, insya Allah. K, Man, thanks belanja aku pagi ni. Aku gi dulu ye, assalamualaikum!” Abu bersalaman dengan Man dan bergegas pergi.

Man memandang kelibat sahabatnya sampai hilang dari pandangan. Alhamdulillah.


bersambung~..........................

7 comments:

.... said...

Tersimpan lagi ha beberapa keping kain niqob saya... my saudi best friend belikan...tapi bebrapa tahun sebelum tu dibuat sendiri.. tapi terlarang oleh keluarga.. .bila la nak dapat pakai lagi... sebelum ni rasa amat tertekan mengenai ini..

Anonymous said...

kpd akh hamdan..
izinkan ana berkongsi dgn uhkti ashila di ruangan ini..syukran.:)
perbetulkan ana sekiranya ade kekurangan..

kpd ukhti ashila waheeda...

ana pernah mndgr kesah mcm ni dr seorng sahabat (alhamdulillah.. sekarang ini suaminya mengizinkan beliau utk istiqomah memakainya..)... sblm tu..beliau mmng tlh berjinak-jinak utk memakai niqob tersebut.. dn x beberapa memakainya di hadapan keluarga.. krn hal2 tertntu..

berkat kesungguhan beliau berdoa.. bertahajud..membuat persediaan sblm berniqob dn istikharah agar di beri petunjuk yg terbaik sama ada perlu berniqob atau tidak... Allah telah mnjodohkan beliau dgn seorg yg sgt2 memberi galakan kpd beliau utk memakainya tetapi tidak memaksa...

mungkin.. niat suci ukhti ashila utk memakainya adalah bukan sekrng tetapi akan dtg..sentiasalah memanjatkan doa kpd Allah agar dipermudahkanlah segala urusan akhwat diluar sana juga yg ingin berpurdah..

smoga niat berpurdha / berniqob.. biarlah ikhlas dn bukan krn lain..

wallahu'alam..

p/s: masih mengumpul kekuatan.. yuk!. sama2 berdoa agar sgla usaha diberkati Allah.. :) bukan mudah melakukan perkara yg baik sekiranya bukan kebiasaan kita.. tp tidak mustahil!!.. =)


-niqobi-

mohamad said...

salam..akhi hamdan,

erm..novel...khayal..
hehehe..

p/s:paku dulang paku serpih,kate orng, die yg lebih..hehehhe..

hamdan al-kandahlawi said...

oit..

ni bukan khayal ek..tlg skit.bukan cm citer bila cinta bertasbih tu :P

ada ke cinta lak bertasbih.ntah hapo2..lagi la khayal~

Anonymous said...

mau bcer sambungan..
plz3..
im interested 2 read it more..
mekaseh:D

Sejadah_Usang said...

salam

Alhamdulillah, satu kisah yang menarik dan boleh bagi pengetahuan pada saya :) tahniah. Umat sekarang jarang terdedah dgn purdah. Alhamdulillah saya berpurdah, muga niat krn ALLAH. bila keluar atas keperluan saya menjadi tumpuan orang. kadang2 timbul rasa tak selesa, seolah2 wanita berpurdah tu terlalu pelik. semuga mereka mendapat hidayah dan semuga saya istiqamah. amin

buat ashila waheeda,
ketika saya remaja, saya pernah berpurdah sekejap tetapi saya buka balik kerana famili kurang boleh terima. Alhamdulillah, bila saya berkahwin, suami yang menyuruh saya memakai kembali purdah. semuga ukhti ashila mendapat suami yang soleh...amin ya rabb

Anonymous said...

I really like when people are expressing their opinion and thought. So I like the way you are writing