Tuesday

laporan keadaan zulhelmi(mong) terkini ![latest updated]


perkembangan terbaru!sehingga hari Khamis (21/5/09)-4 ptg.

mak mong dan mong dah keluar dr hospital,keadaan makin baik.

-adik mong(maimunah) yang koma,dah makin baik-dah dipindahkan ke wad 5A,Kiambang iaitu wad untuk kanak2,bg mendptkan perhatian glass coma score 9GCS)-iaitu rwtn utk cek tahap kesedaran (bukan kesedaran cm org yg x sedar diri tuh,ni sbb koma :P ).masih perlukan nursing care dan perlukan backup serta kna buat komunikasi secara langsung walau kurang respon (cm dlm citer ayat2 cinta tu).

-bacakanlah ayat2 quran,sedekahkan kpd beliau supaya disembuhkan secepat mungkin..



keadaan adik mong-update untill Tuesday 10.03 am

adik maimunah(adik mong) yg koma tak banyak perubahan-masih tak sedar.

semalam doktor dah buat operation tracheostomy (operation menebuk lubang kt leher dan masukkan saluran pernafasan melalui trakea)-general condition masih stabil.moga dapat sedar dr koma secepat mungkin.

mak mong dn mong dh semakin baik.cabaran utk mong menggunakan tongkat utk melakukan xtvt seharian bermula.moga dimudahkan segalanya.

amin



Update up to : 7.25 am (16/5/09) - Sabtu

Mak mong dah ditempatkan sebilik dengan mong-bilik No. 331-wad teruntum.KMC.Beliau dah berjaya di operate(kemungkinan masuk besi pd tgnnya) pd pukul 7 lebeyh,malam semalam.Sekarang berada dalam keadaan stabil.

adik mong pulak(maimunah) yang sedang koma, telah menunjukkan tanda2 yang semakin positif untuk pulih berdasarkan urine yang terkumpul & test yang dijalankan-hasilnya memberangsangkan.

Pembina d sana juga mengadakan bacaan yasin dn doa selamat buat keluarga mong yang terlibat dalam kemalangan.

semuanya semakin baik-teruskan doa kalian,moga diberi kemudahan dan kekuatan kpd mereka-

berita lanjut menyusul.


latest update **up to 4.13pm, 15/5/09(Jumaat)

Mak mong dah pindah ke Kuantan Medical Centre (KMC) jugak hari ni-beliau kelihatan ceria dan baik.

adik maimunah memberi respon yang bertambah baik,even belu sedar dari koma-cuma keadaannya berkemungkinan akan dpt pulih,InsyaAllah-cuma doc. tk sure berapa lama lagi dia akan koma.

mong dah semakin baik-dah boleh jalan skit2 guna tongkat-alhamdulillah.

doa kalian amat diharapkan lagi-moga segalanya semakin baik,InsyaAllah.

Berita lanjut akan ke udara lagi.

-al-kandahlawi-


*******


fast update **sehingga pukul 4.02pm 14/5/09

mong dh selamat menjalani operation memasukkan besi pd kakinya,semalam after several hours-dlm keadaan stabil

beliau sekarang berada di wad Teruntum,Tingkat 3,bilik 331 -Kuantan Medical Centre(KMC).

adiknya di hospital kuantan,wad tingkat 4 masih belum sedar dari koma-kemungkinan yg dismpaikan adalah kerana gegaran kuat pd kepala-dan kalo dpt sedar pun mungkin akan ada sikit gangguan,dn tk dpt kembali normal seperti biasa(sgt sedeyh.:(

maknya semakin pulih dan baik.

malam ni akan diadakan bacaan yasin di masjid al-irsyad utk beliau,pukul 8 malam.harap ramai2 dpt hadirkan diri..tlg sebarkan semua~

berita lanjut menyusul kemudian


UPDATE tentang mong** terkini latest pukul 3 ptg 13/5/09

Mong dah berjaya di transfer ke Kuantan medical centre(hospital private) semalam-dan alhamdulillah,perjalanannya semua lancar dan baik.

Petang ini kakinya akan dijalankan operation utk masukkan besi sokongan.Urusan lain dibantu dgn kehadiran kakaknya juga.

Ibu beliau masih di hospital kuantan,wad 2A dan dalam keadaan yg stabil dan baik.

manakala keadaan adik perempuannya sorg lagi,Maimunah-masih belum sedar dari koma,dan berada di wad yg sama.

Jadi,mari sama2 doakan semoga operation yg akan dijalankan akan berjalan dgn baik dan selamat,serta adiknya maimunah sedar dari koma..sama2 kita doakan mereka..ini saja yg mampu utk kita lakukan.InsyaALlah.

***************************************************************************
salam..

oleh krn ramai kwn2 bertnya keadaan mong,saya leh nk update skit la tntg rombongan menziarah keluarga mangsa kelmarin.

pd ptg,pukul 5.30 hari ahad,tgh lepak2 minum ngn aizam,tiba2 dpt mesej dari fakiha tntg mong(zulhelmi) yang mengalami eksiden.tk lama lepas tu,dpt berita adik dia telah maut yg disampaikan dari erma yg merupakan shbt mong jugak.maka terus 1 rombongan di susun mewakili pembina melaka,membentuk team utk melawat mong di pahang,dikhabarkan sudah di transfer ke hospital kuantan ketika itu.


mong

4 buah kereta,konvoi bergerak mengambil ayie di rumhnya,di jasin-ayie masih dlm keadaan terkejut,dan menunggu sebuah kereta lg,dipandu amiroso-tiba dlm 8.30,solat isyak di masjid dekat rumah ayie-dn kami teruskan perjalanan ke rumah mong.


mong di kiri gambar,ayie(kwn baiknya) di kanan

smpai di sana dalam pukul 1 lebeyh,dan menginap di rumah kwn2 ayie,since hospital tk membenarkan sesiapa masuk melawat ketika itu.

jadi perjalanan diteruskan keesokan paginya,utk menziarahi majlis pengebumian adik beliau-suria-di kampung mong-kampung langgar.Setinggi2 terima kasih kepada erma & fakiha yang turut serta dalam rombongan kerana bersusah payah untuk mendapatkan alamat kampung mong,tempat pengebumian adik beliau serta menjadi penunjuk jalan sepanjang berada di Kuantan serta berusaha untuk update berita2 terkini tentang keadaan beliau sepanjang perjalanan daripada kakak mong dan adiknya.

Rombongan bertambah dengan kehadiran dari 3 buah kereta yg dipandu fadhil(iu),hafiz maun(src),dan faizol(srm) dan 2 yang lain,menjadikan jumlah rombongan seramai 9 buah kenderaan itu juga dihadiri amir Iu sendiri,saudara hazwan harun dan bekas amir-zulfazlizan serta menyampaikan salam takziah dari seluruh warga IU di MMU.Majlis pengebumian tersebut dijalankan dlm pukul 11 pagi,dgn kehadiran ibu mong,yang meminta izin keluar dr hospital sementara utk melawat anaknya buat kali terakhir.kelihatan ibunya sihat dan baik,cuma tangan kanannya berbalut,akibat patah dalam kejadian.

Ayah beliau mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga pada yang hadir memberi sokongan moral pada mong. Ibunya yang patah tangan kanan, pilu menatap wajah anaknya yang bongsu diiringi tangisan kakak-kakaknya serta 2 lagi adik mong yang tidak terlibat dalam kemalangan.

kemudian solat jenazah dilakukan dan majlis pengebumian diteruskan.

Berita dr seorg pakcik,yang merupakan sepupu sepapat kpd bapak mong(md.nasir),mong dalam perjalanan balik dari melawat adiknya di muadzam.dalam perjalanan,tk jauh dr muadzam,selepas solat zohor,beliau terlelap seketika akibat keletihan-dan kereta kancil yang dipandu terbabas dn terlanggar tiang signboard,berpusing-pusing dan terbalik-menyebabkan adik bongsunya tercampak keluar dan meninggal di tempat kejadian akibat patah tengkuk dn tulang rusuk-adiknya seorg lagi-maimunah- masih koma di hospital kuantan-di wad tingkt 4-dan ibunya patah tgn kanan.mong pula patah paha kanan,dan sikit luka2.

selepas solat jenazah,rombongan berkesempatan utk berbual2 dengan bapanya,pakcik nasir-dan aizam menyampaikan sumbangan kilat dari semua rombongan yang hadir.

sejurus selepas itu,rombongan bertolak ke hospital kuantan utk menziarahi mong di hospital,wad tingkt 5C,kiambang.smpai di sana,kelihatan mong dalam keadaan letih,dan beliau mampu tersenyum dan bersalaman dengan semua ahli rombongan.kakinya sudah dibalut,dan lebam2 kelihatan di badan dan wajahnya.paha sebelah kananya patah,dan kelihatan lebam di situ.suasana agak suram apabila topik berkenaan keadaan adiknya ditnya oleh mong.

sedikit sedutan dari aizam yg juga peserta rombongn :

Teman-teman semua, sewaktu kami menziarahi mong di hospital, kami sedaya yang mungkin untuk tidak mahu bercerita apa-apa berkaitan arwah adiknya. Semua yang hadir menziarah bertanya khabar, bagaimana keadaan sekarang, makan belum dan berbagai lagi soalan yang tidak menyentuh berita sedih itu.



Walaupun mong mampu melontar senyuman dan melayan kami, namun dia tidak dapat sembunyikan kesedihan yang jauh disudut hati yang dia sembunyikan. Dalam keriuhan rakan-rakan yang hadir, mong merapatkan kepala ke arah saya yang sedang mencangkung disisinya dan dia kata pada saya " adik saya meninggal, sorang lagi koma".



Mong tidak dapat menahan sedih hatinya. Cuba ditahan air mata dari menitis, namun kita manusia lemah. Subhanallah, ketika itu rasa seperti hampir menitis air mata. Namun terus kata-kata semangat terus diucapkan padanya. Kemudian Aie tiba, lantas mong mencapai tangan aie dan diucapkan perkara yang sama diucapkan pada saya.



Kami disitu seolah tidak upaya untuk menahan mong dari kesedihannya. Dibiarkan dia melepaskan kesedihan yang jauh disudut hati. Aie memberikan kata-kata ransangan padanya. Mong kembali tenang setelah rakan-rakan yang hadir memberi semnagat padanya.



Saudara yang saya kasihi semua, saya percaya mong yang saya kenal dan kamu juga kenal seorang yang baik, tidak pernah ingin menyakiti hati sesiapa pun. Dia amat disenangi oleh semua yang dikenalinya. Sifatnya yang merendah diri, suka membantu dan rajin telah membuatkan dia seorang yang amat istimewa dihati ramai pelajar MMU.



Ternyata, sehari selepas kejadian, dari MMU sahaja 9 buah kereta telah ke kuantan. Ada yang datang dari melaka, ada yang dari K.L, bentong dan merata tempat. Sejurus kami 9 buah kereta ditambah 3 kereta kawanya dari sekolah lama pulang, 3 lagi trip yang berbeza datang menziarah iaitu trip abg khair dan abg loqman wakil ISMA dan PEMBINA, 1 van MMU ( rezal,ijud,alia dan rakan2) dan juga 1 kereta (anis,piqah dan kwn sekolah lama mereka ).



Mong memang amat disayangi ramai pelajar MMU. Kiriman salam, dan doa tak putus-putus disampaikan pada beliau. Sebelum pulang saya dan hamdan sempat mewudhukan mong, kemudian hamdan memberi sedikit tazkirah ringkas bagi menaikkan semangat dalam dirinya. Diingatkan juga padanya agar jangan sekali tinggal solat dalam keadaan apa pun.


mong semasa program perkhemahan pembina,memakai headben "mati syahid"


dalam selepas zohor,pukul 2 lebeyh,para rombongan disertai sebuah lagi kereta dipandu duang yang turut hadir di hospital,bertolak utk makan tengahari,dan pulang ke melaka.di pertengahan jalan,bertembung pula dengan rombongan dari MMU menaiki van mmu,dalam perjalanan ke hospital kuantan.

berita terbaru dari hospital kuantan,mong sudah ditukar ke wad 5B-dan pihak STAD MMU,sedang berusaha untuk transfer mong ke private hospital memandangkan beliau di bawah scholarship YTM,dan ada insurans HLA.kaki beliau akan dimasukkan besi tk lama lagi.adiknya masih belum sedar-

jika ada update-saya akan inform lagi,insyaALlah.mari sama2 doakan semoga urusan beliau dn keluarga dimudhkan,dan dia ditabahkan hati menghadapi dugaan ini,InsyAllah.

lampiran di sini ialah berita dari utusan tntg tragedi yg menimpa mong.tapi ada sedikit berita yang kurang tepat berkenaan ibu beliau dn beberapa lagi.

Kanak-Kanak Maut Jatuh Gaung

KUANTAN 11 Mei - Seorang kanak-kanak maut manakala kakaknya koma selepas kenderaan yang dinaiki bersama keluarga mereka terbabas lalu terjunam ke dalam gaung di Kilometer 40, Jalan Kuantan-Segamat dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Mohd. Suria Hidayat Mohd. Nasir, 7, dari Sungai Isap Damai di sini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala kakaknya, Maimunah, 9, koma dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.

Ketika kejadian, kedua-dua mangsa bersama dua ahli keluarga mereka dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah ke Kuantan dengan menaiki sebuah kereta yang dipandu abang mangsa, Zulhelmi, 22.

Ketua Polis Daerah Pekan, Supritendan Yahaya Othman berkata, semasa kejadian, abang mangsa yang memandu kereta dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan.

"Kereta itu kemudian melanggar sebatang tiang papan tanda amaran di bahu jalan menyebabkan ia berpusing beberapa kali sebelum terjunam ke dalam gaung," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, Yahaya memberitahu, Zulhelmi patah kaki kanan dan ibu mangsa, Norazizon Saiman, 45, yang duduk di bahagian penumpang depan cedera parah pada bahagian kepala.

Menurutnya, Mohd. Suria Hidayat dan Maimunah duduk di bahagian belakang kereta itu.

Sementara itu, beliau berkata, kesemua yang cedera dikejarkan ke HTAA untuk menerima rawatan dan dilaporkan stabil.


boleh lihat juga laporan di sini :

http://pembinamelaka.com/v1/2009/05/11/takziah-buat-saudara-zulhelmi/




laporan pantas dari

al-kandahlawi
STAD MMU

www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com

18 comments:

umi said...

salam.. sy dpt link blog ni dr ym.. walaupun tak kenal sapa mong, tapi takziah utk adiknye. semoga mong juge cepat sembuh..

jalan segamat-kuantan ni memang slalu eksiden.. januari lepas, arwah makcik sy pun meninggal eksiden kat situ, dekat muadzam shah..

kena lebih berhati2 lepas ni kalu drive kat situ..

Anonymous said...

kan senang, tak yah susah2 aku ym2 org tapi akhirnya kecewa kerana tak mendapat layanan. dengan adanya posting nie, dapat lah aku mengatahui berita tentang apa yang berlaku. teruskan dengan info2 terkini

khaulah said...

syukran update!
smeoga beliau dn keluarga diberika kekuatan menempuhi ujian ini..
semoga Mong, ibu belia dn adiknya cepat sembuh...:)

khaulah said...

syukran update!
smeoga beliau dn keluarga diberika kekuatan menempuhi ujian ini..
semoga Mong, ibu belia dn adiknya cepat sembuh...:)

Amir Ridhwan said...

Assalamu'alaikum

Satu update yang bagus berkenaan Mong, abg Hamdan..saya cuma dpt update dari Duang jer..kalo nk pi lawat skali lg lepas exam,inform sy yer,abg Hamdan..

fain said...

thanks cz update..sy tak berpeluang p melawat mong..hope nant kalu nk menziarahi mong lg bg tau la ek...boelh sy follow

hamdan al-kandahlawi said...

to Umi :

thnx for d info-so lepasni suma kena lebeyh berhati2~

to anon:

kamu kah nazri katimon?:p

to khaulah maulah:

sama2

to amir ridhwan :

insyaAllah,kita g lg nnti.

to fa'in:

insyaAllah,ana bgtau kalo g lg.

Siti Zainal said...

salam.

hamdan. thanks 4 d info.
sgt2 berguna utk taw upd8 pasal mong n family.
salam takziah buat mong and family.
moga mong and family tabah and sabah menempuh dugaan dari ILLAHI.

klo ade rombongan ke sana lagi, hope hamdan dpt inform siti.
nk juga melawat. on da day hafiz n few src-ianz ke kuantan, siti br je jejak kaki di MMU Melaka.

sdh juga xberkesempatan utk join rombongan. pe2 pn sy iringi doa.

salam.

hamdan al-kandahlawi said...

to shiti shorty :

insyaAllah,saya bgtau kalo ada.mari sama2 doakan beliau dn keluarga.smpaiakn fatihah utk adiknya-suria hidayat-dn doa moga adiknya sorg lagi tu sedar dari koma.

arif said...

Semoga mong diberikan kekuatan dan ketabahan dalam hati menghadapi ujian dari Allah.

fahmi said...

salam,

terima kasih atas update yg berkenaan abg hamdan.
salam takziah dan kiriman al-fatihah pada mong. biasa melepak kat umah azmi dan men ES ngan mong, berita ni amat mngejutkan dan melarakan hati saye. walo xkenal mong lame,tpi seronok gak kenal die.
kalau ade pelan ziarah mong lepas exam, memandang kan syaa xbalik kampung halaman di indonesia,saya teringin nak ikut kalo boleh.

salam,

ali fahmi perwira negara

qaz said...

sy kenal mong mase sy kt melaka dulu..kenal cmtu jer..takziah atas ape yg berlaku kepada keluarga die..semoga Allah sentiasa melindungi mereka...ade hikmah disebalik ape yg berlaku...sy berharap semoga mong serta keluarga tabah menghadapi semua ni...

hamdan al-kandahlawi said...

to arif :

sama2 kita doakan..amin..

to fahmi perwira negara :

kamu sememangnya pewira negara,mengambil berat rakan seagama.mari doakan beliau dan keluarganya yg lain..:)

to aqmar :

benar2..time kasih ats doa yg diberikan..

Anonymous said...

salam...ade sorang xmmu, junior pernah masuk election SRC...die kirim salam kat mong, nama die hafidz muhd gharib

khaulah said...

bagus3.... pantas betul update.. :)


p/s:bukan khaulah maulah ye akh :P

hamdan al-kandahlawi said...

to anon :

time kaseh atas penyampaian.

to khau ghau :

musti pants!

Anonymous said...

hopefully klu ade berita psl adik mong cpt2 update yer..huhu xkenal mong tp sme2 kte doakan adik dia cpt2 sembuh n mong n family kuat terima ujian nie..

hamdan al-kandahlawi said...

adiknya masih belum sedar..

dah keluar dr hospital,bwk balik rumah..tp lom sedar jugak..