Friday

Butiran lanjut utk Trip ke Konvensyen di PWTC!

Oleh kerana ramai jugak dak MMu yg tk berapa rajin nak bukak email masing2,saya lampirkan di sini butiran utk ke konvensyen esok.

Assamualaikum

kepada semua peserta Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis (KBAZ) (www.kbaz.net)

DI sini,saya detailkan beberapa perkara penting,moga perjalanan ke konvensyen ini akan menjadi lancar.

Butiran program :

Tempat Konvensyen : Dewan Merdeka,PWTC

Masa : 8.30 pg sehingga 5.30 petang

Tarikh : 9 Mei 2009 (SABTU NI)


Butiran lanjut untuk peserta mewakili MMU.

Berkumpul di roundabout : 6.00pagi

Bas Bertolak : 6.15 pagi

Bertolak pulang dari PWTC : 6.00 petang

Pendaftaran akan dijalankan pada pukul 8 pg hingga 8.30.

Kemudian 8.30 pagi akan bermula pembentangan pertama.Saya sangat-sangat berharap,semua peserta dapat mematuhi masa yang ditetapkan di atas,untuk berkumpul pada pukul 6 pagi.


Pakaian : FORMAL

Lelaki : Kemeja,seluar slack & kasut

Perempuan : Baju kurung dan sewaktu dengannya.


Bersempena Konvensyen yang akan diadakan ini,saya amat menggalakkan untuk semua peserta menghadiri program qiyamullail perdana di masjid MMU-juga sempena final exam- bermalam di Masjid MMU,pagi nya sekurg-kurangnyanya dapat bangun awal,dan bersiap solat Subuh,seterusnya berkumpul di roundabout MMU.Boleh bawak beg siap2 malam ni ke masjid.Ini bagi mengurangkan kemungkinan untuk anda tertinggal program ini.Jika tertinggal,risiko ditanggung sendiri.


Sila sediakan nota kecil dan pen masing-masing,utk persediaan.Peserta yang masih belum membuat sebarang bayaran,boleh berbuat sedemikian di dalam bas nanti.


2 bas akan disediakan kepada semua peserta.

Bas pertama akan diiringi oleh Ustz Mohd Luthfi Hj Bakar & abg khair razlan.

Bas kedua akan diiringi oleh Mohd Hamdan.

Semua peserta perempuan dikehendaki menggunakan bas pertama.

Sebarang keraguan,boleh hubungi :

Ustz Luthfi : 013-6303673

Abg Khair : 013-3930221

Hamdan : 013-6286991

SILA baca lampiran email di bawah-kepada peserta konvensyen harap sama-sama dapat hadirkan diri.tolong sebarkan kepada yang lain.

sedikit hebahan kepada semua pelajar muslim MMU yang dirahmati Allah....

bersempena dengan FInal Examination yang bakal tiba ini

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Melaka, dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar MMU Melaka, Institusi Usrah (IU) Melaka,Jawatankuasa Kolej Pelajar (SCC),Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia,Persatuan Silat Cekak Hanafi,University Peer Group (UPG) serta Persatuan Bahasa Melayu & Kebudayaan Melayu (PBMKM) ,akan mengadakan program bersama seperti berikut :


QIYAMULLAIL PERDANA MMU 2009

Bertempat di : Masjid Al-Irsyad (masjid MMU)

Pada : 8 Mei 2009 (Jumaat malam sabtu ni)


Tentatif :


11.30 malam : Berkumpul di Masjid MMU

11.35 malam : Perkongsian Tips dan kaedah menjawab soalan final

12.00 malam : Tidur/Qiyamullail di masjid

4.40 pagi : Bangun menyiapkan diri

5.00 pagi : Solat Tahajjud & Solat hajat serta Doa bersama

5.55 pagi : Solat Subuh berjemaah & bersurai


al-kandahlawi