Tuesday

Usrah is the nucleus of dakwah?(part 1)

Rahmat pertama kali menjejakkan kaki ke universiti..

melihatkan keadaan di univ. membuatkan rahmat kaku seketika..

panas,rimas,serba serbi gundah gulana apabila berada dalam hiruk pikuk manusia..yang sangat asing bagi dirinya..

bermacam-macam ragam,ada yang rambut berwarna warni,ada pula yang bertudung labuh..ada pula yang ahli masjid..tetapi..mempunyai ragam yang lain pula..

ada pula happy go lucky..tak kisah mana-mana pun..datang univ...hepi saja..enjoy..

berada pula serumah dengan abang-abang super senios citizen (senior yg teramat),sedikit sebanyak mendedahkan rahmat kepada budaya sosial yang melebihi batas..

malam itu..

panas,rimas,serba salah...rahmat memikirkan lagi arus kehidupan apakah yang melanda dirinya..apa telah jadi kepada diriku..di mana kah kekuatan Iman dan amal ketika di sekolah dulu..

*****

setahun yang lalu...

"Adik-adik sekalian,abang nasihatkan kamu semua jangan sekali-kali tinggalkan usrah,dan fahamilah rukun-rukun usrah yang sebenar,usrah adalah nukleus kepada dakwah,usrah adalah keluarga..." jelas rahmat bersemangat.

"adik-adik..ingatlah...al-insanul insan...manusia itu tetap manusia..pasti ada masa dan ruang kita akan tertewas atau lari dari jalan sebenar..kerana itulah,sentiasa manusia itu mempunyai ruang untuk memperbaiki dirinya..dan pulang ke jalan yang asal..kerana itulah,perlunya ada satu ikatan mahabbah,hablun ila Allah..melalui perantaraan Usrah..sepertimana yang diasaskan Rasulullah sendiri,yang pertama kali di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam.."

" tapi bagaimana dalam keadaan adik-adik yang akan berjauhan dengan keluarga,rakan-rakan seusrah,dan juga cikgu-cikgu kalian?di sinilah usrah memainkan peranan"

"usrah yang sebenar adalah usrah yang berterusan,usrah adalah satu benda yang diperlukan untuk kamu bernafas dalam Islam,sentiasa menyedarkan roh dan jiwa kamu semua yang akan menghadapi masa-masa lesu"

bangun Fazakual kebingungan,dan bertanya : bang,nanti kami masuk U,sapa kami perlu berusrah,dan bagaimana nak tahu usrah itu mengikut apa yang dinyatakan Hassan Al-Banna sebenar-benarnya?

rahmat terdiam,di dalam majlis perpisahan tahun akhir pelajar Tingkatan 6,suasana yang sebelumnya tenang bertukar kepada bisik-bisikan dari para pendengar,terdiri dari adik-adik Form 1- form 5.rahmat selaku Ketua Biro Dakwah dalam Badan Dakwah dan Kebajikan,membisu seketika.

"erm..dalam hal tu.."

kepalanya masih ligat mencari-cari jawapan,dan cuba berimaginasi,apakah jawapan terbaik untuk soalan yang tak disangka-sangka itu,bak peluru roket al-qassam menembusi kotak pemikirannya.

"itu,abang tak dapat jawab sekarang..yang pasti akan ada mereka yang menjaga dan membawa kamu pada usrah nanti"

Fazakual seolah tidak berpuas hati dengan jawapan rahmat,dengan spontan bertanya lagi "abang siapa yang menjaga kami itu?kata tadi usrah akan berterusan,tapi abang sendiri tak boleh bagi keputusan yang jelas ke mana hala tuju kami dalam usrah selepas kami tamat zaman sekolah nanti.bagaimana melihat usrah yang sebenar ini?"

persoalan yang dihamburkan oleh fazakual,Tingkatan 5 Al-Ranteessi,membuatkan rahmat terkedu sebentar.berada 5 tahun dalam perjalanan dakwah,baru kali pertama perkara ini terjadi.

Bingung.Mungkin kerana akan tamat persekolahan,menyebabkan soalan seperti ini terhambur keluar.Sebelum ini,rahmat sendiri belum pernah terfikir untuk mengajukan soalan ini kepada abang-abang usrah sebelumnya..

"zack..begini...biasanya di institusi pengajian tinggi,sudah bertapak persatuan Islam....zack boleh menyertainya..."

Zack bingkas bangun.dengan tenang dia bertanya : benarkah dengan menyertainya..saya akan terus berada dalam usrah?ke mana hala tuju sebenar usrah yang telah saya ikuti 5 tahun lepas?bagaimana kalau ini...dan mengapa itu..***

**********

jam menunjukkan 3.40 pagi..

masih terngiang-ngiang di telinga soalan-soalan fazakual yang pedih menusuk kalbu.Dalam keadaan rahmat sekarang,soalan-soalan itu adalah realiti,yang dia tak mampu menjawab,dan dia menghadapi keadaan itu sekarang.

"aku mesti lakukan sesuatu!" diam-diam rahmat membisikkan kepada dirinya

bersambung~ :p




al-kandahlawi
8.17am
teratak An-Nushrah

Monday

Palestin...semangatmu di dalam hatiku!

mari sama2 menghayati...semangat Jihad..saudara2 seIslam kita di Palestin..

harini kita pergi ke kelas dengan tenang..anak palestin ke kelas diiringi dentuman Bom dan mortar..

harini kita makan sepinggan nasi yang sedap dengan lauk pauk..anak palestin hanya berbekalkan sebiji tomato sehari..sudah cukup enak bagi mereka..

harini kita pergi solat di masjid tanpa gangguan..anak palestin pergi solat berjemaah..dan mungkin tak pulang ke rumah lagi selama2nya..

harini kita susah hati memikirkan perkara2 dunia yang lain..bergembira..huha huha sana sini..anak palestin sedang memikirkan strategi pertahanan dan peperangan..demi menyelamatkan nyawa2 yang tak berdosa..

harini kita rasa sangat malas utk mengambil tahu hal saudara kita di Pelstin..maka tanyalah diri kamu..adakah kamu seorang Islam,yang beriman,dan pengikut RASULULLAH?

maka berimanlah dengan sabdanya :

man la yahtammu bi umuril muslimin,falaisa minhum

barangsiapa yang tidak mementingkan(tidak ambil peduli) urusan muslimin yang lain,bukanlah dari kalangan mereka

maka..apa lagi alasan kita harini?

mari sama2 hayati lagu ini..dan nyanyi bersama2..:D dari nyanyi lagu2 lain kan..baek lagu ni..lg bagus




bahasa arab?susah nak fhm?sini saya dh sertakan detail,..moh sama2 nyanyikan lagu~


hoh hoh ho..hohohoho..hoh hoh ho...hohohoho...

Islami ya qudsu innalil fida'-sejahterakah engkau wahai al-quds,sesungguhnya utk pengorbanan

zi yadii in maaddatid-dunya yada - kami mempunyai kekuatan,jika dunia mengerahkan kekuatan

Abadan lan tastakiini abada - Selamanya,kami tak kan menyerah,selamanya

Innani arju ma'a yau mi ghada- sesgguhnya aku berhdp bersama hari ini ada hari esok

ulang rangkap atas sekali lg

Huwa ma'ie qalbi wa 'azmi lil jihad-Bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad

la amiilu la amallu la aliin- Aku takkan melencong,takkan jemu,takkan melunak

ulang rangkap atas sekali lg

Laki ya..qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii- Untukmu,wahai quds kesejahteraan,wahai negeriku

In rama...baghyus-sihaama...- Jika penjahat menembakkan anak peluru

attaqiiha bi fuaadii - Aku menjaganya dengan hatiku (aku akan menahannya dgn dadaku)

waslamii fi kulli hiin (2X) - dan Sejahteralah engkau sepanjang masa

Muslimun ana..banani man bana - Musliminku,jemariku adalah yang membangun

Masjidal aqsal-lazi ayantana - Masjidil Aqsa yang telah engkau tentukan

waqfatus-sokhrati fiima bainana - Berdirinya sakhrha di tengah2 kami

bi wuqufid-dahri waqfati ana - sepanjang masa,tempat aku berdiri

ulang rangkap atas sekali lagi

lilkifaahi wal jihadi lil bilad - untuk perjuangan dan jihad membela negeri

la amiilu la amallu la aliin- Aku takkan melencong,takkan jemu,takkan melunak

ulang rgkap atas skali lg

Laki ya..qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii- Untukmu,wahai quds kesejahteraan,wahai negeriku

In rama...baghyus-sihaama...- Jika penjahat menembakkan anak peluru

attaqiiha bi fuaadii - Aku menjaganya dengan hatiku (aku akan menahannya

waslamii fi kulli hiin (2x) - dan Sejahteralah engkau sepanjang masa


hoho..hohohhoo..hohoho ho ho ho hoo..hohoho..ho ho ho ho..

Islami ya qudsu innalil fida'-sejahterakah engkau wahai al-quds,sesungguhnya utk pengorbanan

zi yadii in maaddatid-dunya yada - kami mempunyai kekuatan,jika dunia mengerahkan kekuatan

Abadan lan tastakiini abada - Selamanya,kami tak kan menyerah,selamanya

Innani arju ma'a yau mi ghada- sesgguhnya aku berhdp bersama hari ini ada hari esok

Huwa ma'ie qalbi wa 'azmi lil jihad-Bersatu hatiku dan tekadku untuk berjihad

la amiilu la amallu la aliin- Aku takkan melencong,takkan jemu,takkan melunak

Laki ya..qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii- Untukmu,wahai quds kesejahteraan,wahai negeriku

In rama...baghyus-sihaama...- Jika penjahat menembakkan anak peluru

attaqiiha bi fuaadii - Aku menjaganya dengan hatiku (aku akan menahannya dgn dadaku)

waslamii fi kulli hiin (2X) - dan Sejahteralah engkau sepanjang masa


Lil ilaa abna al-qudsi lil ulaa - demi kemuliaan,wahai putera puteri Quds,Demi Kemuliaan

wa bil qudsi syarri fil-mustqbala - dengan Qudsku jayakanlah masa depan

wa fidalli qudsi lid-dunya falaa - Tebusan untuk Quds bukan untuk dunia

Ado'ul islami lillah awwala-Aku letakkan Islam hanya untuk Allah

ulang rangkap atas sekali lg

janibal aisaaru qalbuhul fu'aad - Di samping kiri adalah jantung hatinya

wa biladi hiya bi janbil-yamin - Dan negeriku berada di samping kanannya

Laki ya..qudsu salaama wa salaaman ya bilaadii- Untukmu,wahai quds kesejahteraan,wahai negeriku

In rama...baghyus-sihaama...- Jika penjahat menembakkan anak peluru



-alkandahlawi-
teratak an-nushrah

Sunday

Kain Kecil Di Wajahmu (2)

Pembaca sekalia sila baca episod (1) di bawah sebelum membaca yang ke-2 ..:)

Kopi Radix dinikmati dalam tenang. Sumayyah suka begitu. Kalau dapat Radix, dia cukup bahagia. Lambat dia meminumnya kerana sayang nak dihabiskan.

“ Habis, Ikah kata apa pada Reen?”

Kak Su, itulah sebabnya tujuan Ikah datang ni. Reen kak, kak pun faham dia, kan. Tau jelah..Ya ALLAH, kumohon Kau beriku kekuatan” Ikah menghela nafas dengan beratnya. Sabar. Ya, iman membentuk kesabaran.

“Dah tak pakai purdah lah tu?”soal Sumayyah minta kepastian.

“ Entahlah..susah nak cakap. Sayang sangat pada Man. Sanggup tanggalkan purdah kerana Man.” Ikah menerangkan.

“Ikah yang akak kenal tak akan berburuk sangka kan?” Sumayyah membela.

“Kakakku sayang, Reen sendiri yang bagitahu dia dah tak nak pakai purdah.” Ikah menjelaskan buat kesekian kalinya, untuk meyakinkan Sumayyah. Dalam banyak hal, Ikah suka meminta pandangan Sumayyah, yang merupakan penasihat Kelab Masjid. Ikah tidak akan menyebarkan keburukan orang tetapi hanya berbincang dengan insan yang dipercayainya untuk menyelesaikan masalah. Reen baru telefonnya pagi tadi. Kisah dirinya dimarahi Man tak sempat diceritakan tempoh hari.

“ Ikah pakai purdah kenapa?” Sumayyah bersuara setelah lama bertafakur memandang jambangan Ros di meja.

“ Kenapa kak tanya macam tu?” Ikah bereaksi spontan.

“ Bukan apa, bila kita mengamalkan sesuatu, mestilah kerana kita mengikut panduan al-Qur’an dan as-Sunnah, betul tak?” Sumayyah menguji adik yang dikasihinya.

“ Ya, Ikah tahu kak. Masakan Ikah beramal tanpa ilmu. Ikah berpegang pada wajibnya purdah seperti hukum sebenar mazhab Syafie.” Ikah menjelaskan sejujurnya.

Sumayyah mengangguk. Ikah antara penyuntik minatnya pada purdah dulu. Entah kenapa hati kecilnya selalu memikirkan kain yang menabiri wajah sahabatnya sekian lama. Tapi, dulu dia bertanggapan bahawa dia di pihak yang benar. Berpurdah tidak perlu untuk berdakwah. Sekarang baru Sumayyah menyesal kerana lambat berpurdah. Taufik dan hidayah Allah disambut penuh kesyukuran. Tidak putus syukurnya pada Allah dan berterima kasih pada sahabat-sahabatnya yang mula-mula berpurdah dahulu.

“Tapi, Ikah akui tak sekuat akak. Akak sudah berani berpurdah di hadapan saudara-mara. Tapi, Ikah belum bersedia lagi. Ikah tahu, Ikah pakai purdah dulu sebelum akak, tapi Ikah respect kak sebab istiqamah.” Ikah menyatakan sesalnya.

Raya baru ni, Pak Andak datang ke rumah. Ikah ingat lagi. Dalam kereta balik rumah, Ikah berkira-kira.

“Kalau tak tanggal purdah, nanti Pak Andak nampak. Bang Syafik dengan Kak Ida pun ada. Nanti apa pula kata mereka” Ikah mencongak-congak sendiri. Sudah hampir tiga tahun memakai purdah, tapi masih tak istiqamah lagi. Semuanya gara-gara dihinakan dulu. Ikah cukup menyesal. Sampai sekarang dia masih mengadu pada Kak Sumayyahnya kerana gagal istiqamah di kampung. Mana-mana kakinya melangkah, purdah itu sentiasa menjadi penabir wajahnya. Tapi, bila balik rumah nenek atau saudara-mara yang rapat, Ikah masih tidak mampu lagi menjaga istiqamahnya. Sukar sekali baginya.

“ Ish, mana boleh..Mamat balik kampung dengan rambut yang di`dye’ nya, tak malu pun? Kenapa aku memakai purdah harus malu? Allah..kuatkan aku,” Ikah berbisik sendiri. Kalam Kak Sumayyah bagai bergema di mindanya. Setiap e-mail Kak Sumayyah berkaitan kajian purdahnya bagai telah dihafalnya. Bukan sekali e-mail itu dibaca, tetapi berkali-kali. “ Kenapa Kak Su boleh, kenapa aku tak boleh?” Ikah bermonolog sendiri.

“ Bolehkah kita kata hukum Tuhan adalah untuk yang kuat sahaja, bagaimana dengan yang lemah? Tidak perlu mengamalkankah?” Hujah Kak Su satu masa dulu ibarat menampar nafsunya.

“ Akak berpurdah dengan mudahkah, Ikah? Dengan senyuman dan gelak tawa kah? Atau dengan air mata dan duka? Apakah akak tidak punyai hati sepertimu, duhai adikku sayang? Akak juga punya hati dan perasaan. Akak membentuk kesabaran dik. Akak membina kekuatan. Ikah ingat kekuatan itu sudah bersama akak sejak lahir, kah?” Lafaz suci Kak Sumayyah tulus dari hati lama dahulu kini menjadi pembakar obor mujahidahnya. Memang begitulah Kak Sumayyahnya. Berani dan degilnya nombor satu untuk Islam! Bukan gurauan, bukan bernafsu. Tapi, diuji, dicerca, imannya membela yang hak. Ilmunya diamalkan bukannya di’tong sampahkan’..

****************************************************

“Ikah, kata Ikah hukum purdah ni wajib, ye? Kenapa ya?” Sumayyah mula mempersoalkan lagi.

“Yelah kak..Kan Mazhab Syafi’e kata gitu, kan? Mazhab Syafi’e kan mazhab kita, jadi kita berpandu ikut mazhab kitalah kak, kan?” Ikah mempersoalkan kembali pada Sumayyah.

“Bila mazhab kita kata wajib? Dalam buku Fiqh yang akak belajar, tak bagitahu pun. Bukankah aurat wanita ni seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan?” kata Sumayyah sambil dahinya berkerut. Kuih Bahulu kegemaran menjadi santapannya. Sebahagian disuapkan pada Ikah, dan sebahagian dimakannya.

“Memanglah tak ada,” kata Ikah kemudian dia berhenti dahulu untuk mengunyah. “Banyak khilaf lah, kakakku sayang. Buku Fiqh yang sukatan kita belajar tu adalah kitab baru. Kita jika nak beramal dan faham betul-betul sesuatu hukum perlu balik pada kitab lama yang ulama’ dulu tulis. Sekarang banyak pendapat, Qassim Amin kak, jangan lupa nama tu.”

“Kenapa takda,Ikah?” Sumayyah masih berpura-pura.

“Akak ni…saje je..ni malas nak layan nih..” Ikah geram.

“ Baiklah kakakku sayang.. Konon nak menguji Ikah ya? Kak jangan lupa yang Ikah ni anak didik akak…Apa yang akak sampaikan dulu tu, Ikah dah buatlah..” Ikah mencekik kakaknya yang tak tahan geli. Menjerit-jerit Sumayyah dibuat adiknya. Habis digeleteknya Sumayyah. Syafikah ingat lagi pesanan Sumayyah supaya beramal dengan ilmu dan bukan taqlid (membabi buta) semata-mata.

“Aaaa….!!! Ikaahhh………taknak lah…” Wajah Sumayyah merona merah. Dia memang pantang disentuh. Dia menjerit. “ Ikah, tak baik tau..wat akak…” adu Sumayyah setelah mereka bergelak tawa. Geram Sumayyah. Digenggam eratnya tangan Syafikah supaya tidak bebas menggeleteknya lagi. Riuh rumah sewa Exco Kelab Masjid dengan suara mereka.

“Ikah beramal dengan ilmu lah, kakak..”

“Tidak diterima hujah tanpa evidence yang kukuh dari nas al-Qur’an dan Hadis” Sumayyah membela prinsip Islam yang mendarah daging dalam dirinya.

“Yes, I know that my dear sis, ok, kakak nak dalil dari sumber apa ye?” Ikah menghirup Radix yang dihidangkan untuknya. Dia membetulkan duduknya, menghadapi keadaan yang semakin tegang. Sumayyah kelihatan serius.

“Any evidence, please, I don’t mind…Tell me all about it, my dear..all that you know about ‘purdah’ or veil ..Just tell me..” Sumayyah menjelaskan permintaannya.

“Hukumnya wajib. Ini adalah berdasarkan banyak sangat hujah. Tapi Ikah bawa beberapa je yang Ikah ingat, ok, kakak? Akak bantu betulkan Ikah ya?”

“ Teruskan, Yang Berhormat..dipersilakan” Sumayyah memandang tepat ke mata Syafikah. “Tapi, adakah hukumnya wajib? Hukumnya ada banyak khilaf. Sekarang Ikah nak terangkan yang wajib ya?” Sumayyah membetulkan kenyataan adiknya.

“ Meh tolong pass kan al-Qur’an tu kak, Ikah pinjam Qur’an Tafsir akak ye. Ehem..ehem..Okay, mula-mula sekali Ustazah Sumayyah, ana akan bawakan dalil dari al-Qur’an. Mari kita lihat tafsir Surah an-Nur. Ayat ke-31 ye ustazah…” Ikah memulakan pembentangan hujahnya.

“ Bacakan ayat tu dan maksudnya sekali, dik,” Sumayyah mengesyorkan.

Ikah membacakan ayat ke-31 dengan bertartil. Kemudian, Ikah membacakan maksudnya:

“katakanlah kepada wanita yang beriman. “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka atau saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka atau wanita-wanita Islam atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.”

(Surah an-Nur 24: 31)

Kak, kita sedia maklum bahawa ada dua ayat dalam al-Qur’an yang menjelaskan mengenai aurat wanita secara terperinci. Ayat 31 Surah an-Nur yang Ikah bacakan tadi dan ayat ke-59 Surah al-Ahzab. Ya, banyak ayat berkaitan aurat, tapi dua ayat ni ada banyak khilaf, iaitu ulama’ berbeza pendapat dalam penetapan hukum menutup wajah itu wajib atau tidak,” mukaddimah hujah Ikah cukup jelas.

“ Wow, bincang apa ni?” Zahrah menarik kerusi dan membelek bahagian al-Qur’an yang ditatap Ikah.

“Purdah,” Sumayyah menjawab.

“Nak join, …boleh?” Mereka mengangguk serentak.

“ Baiklah, dalam ayat ni, Allah telah memerintahkan muslimah (wanita muslim) untuk melindungi kemaluan mereka dan perintah ini (melindungi kemaluan) bukan hanya terhad kepada kemaluan tetapi juga termasuk segala aspek yang membawa kepada kemaluan yang tiada orang berakal dapat meragui bahawa dari kalangan perkara-perkara yang membawa kepada perlindungan kemaluan ialah menutup muka kerana terdedahnya muka membawa kepada jelingan dan merenung kepada kecantikannya untuk mendapatkan keseronokan. Maka satu hubungan terhasil (di antara lelaki dan perempuan). Na’uzubillah…” Ikah tunduk. Dia tak tahan dengan hujah ni. Malu rasanya bila ulama’ yang merupakan seorang lelaki berkata begini. “Entah siapa dan berapa ramai entah yang dah meratah wajahku sebelum ni” bisik Ikah sendiri dalam hati. “Allah..kuatkan kami. Ini adalah menurut pendapat Syeikh Muhammad bin Saleh bin Uthaimin,” Ikah menjelaskan.

“ Di awal ayat tadi “…dan hendaklah mereka menutup (melabuhkan tudung mereka ) ke belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

…perkataan ’ khumur’ iaitu kata asal bagi ’khimar’ yang terdapat dalam ayat itu sebenarnya digunakan bagi sesuatu jenis pakaian, yang kaum wanita gunakan untuk menutup muka dan kepala mereka. Ia adalah seperti kain tutup kepala (yang digunakan untuk menutup kepala). Jadi, apabila kaum wanita diperintahkan untuk melabuhkan tudung ke dadanya, ia akan menjadi sebagai satu hasil langsung bagi di atas, atau kerana analogi yang benar diperintah untuk menutup mukanya. Kesannya, apabila ia wajib untuk menutup dadanya, maka, jelaslah kewajipan menutup wajah pasti lebih ditekankan kerana wajah merupakan pusat kecantikan dan rangsangan,” jelas Ikah panjang lebar.

“Ya, cuba kita fikir, apabila seseorang yang cantik ditanya berkenaan kecantikannya, pastilah wajah yang menjadi ukuran kecantikan. Jika wajahnya cantik, kita tidak mengendahkan sangat kepentingan bahagian badan yang lain. Atas alasan ini, jika seseorang ’ perempuan itu cantik’ seseorang hanya akan memahami bahawa ia mempunyai wajah yang cantik. Maka, jelas bahawa wajah sebenarnya merupakan tempat kecantikan samada ia berkenaan soalan tentang kecantikan atau memberi maklumat,” Zahrah menambah.

“ Bagaimana pula dengan wanita yang tidak cantik? Apakah berpurdah ini untuk wanita yang cantik sahaja?” Sumayyah membidas.

“ Kecantikan itu subjektif, kakak….Cuba kakak tanya orang. Akak buat kajian. Seseorang itu menilai kecantikan pada pandangan matanya. Tidak kiralah orang atau barang. Seorang wanita berkemungkinan dikatakan cantik oleh seorang lelaki. Tetapi, jika kita bertanya pada lelaki lain perihal wanita yang sama, ada yang akan menjawab bahawa dia kurang cantik atau malah, ada yang mengatakan baginya tidak cantik tetapi hanya comel sahaja. Maka, hujah tadi adalah diterima pakai untuk semua muslimah. Tidak kira hidungnya pesek, matanya bulat, atau giginya jarang, atau keningnya tebal…semuanya punya kecantikan tersendiri. Pengiktirafan kecantikannya adalah dari kaca mata manusia yang berbeza,” terang Ikah menjelaskan. Dia sudah biasa dihujani persoalan yang sama ke mana sahaja kakinya melangkah.

“ Ya, menutup wajah adalah lebih wajib kerana wajah adalah tempat kecantikan dan godaan. Bagaimana mungkin agama yg bijaksana ini memerintahkan menutup dada dan leher tetapi membiarkan wajah terbuka? Fikirkanlah, memang wajah itu sumber fitnah. Ada seseorang bertanyakan saya berkaitan fitnah wajah. Katanya, “ takkanlah wajah itu difitnah” dan saya jelaskan padanya bahawa ‘ fitnah’ di sini bermaksud kecenderungan seseorang lelaki untuk menyukai seseorang wanita,” Zahrah menjelaskan huraian ulama’ berkaitan ayat yang sama.

Ikah menjelaskan lagi “Ya, fitnah pada hati seorang lelaki. Yang membuatkan ia tidak tidur malam kerana merindui wajah seorang wanita cantik. Malah juga kecantikan itu bisa meransang nafsu syahwatnya dan membuatkan ia sukar untuk khusyuk dalam ibadahnya. Semuanya berpunca dari pandangan. Sebab itu ada hadis yang mengatakan bahawa pandangan itu ialah panahan syaitan,” “ Kita tidak dapat menafikannya. Ia jelas pada kita. Jatuh cintanya pada seseorang adalah kerana wajahnya. Memang benar, akhlak juga berperanan, tapi wajah juga punya peratusan tersendiri. Gambar seseorang wanita ditatap sekian lama. Cintakan seseorang kerana kecantikannya, bukankah itu lumrah? Pendedahan wajah menyebabkan timbulnya pandangan dan angan-angan buruk daripada kaum lelaki terhadap keindahan dan kecantikan wajah yang dipandangnya. Keadaan ini akhirnya selalu mengakibatkan berlakunya perbuatan tanpa moral bahkan kriminal dan jenayah. Usah menafikan fitrah, wahai ukhti muslimahku, wahai perajurit agama, pemuda harapan agama.” Ikah mengeluh sendiri. Dia berazam akan memakai purdah di kampung nanti.

“ Hmm..bagaimana pula bahagian ayat ..“ dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir (biasa nampak) daripadanya; ”..dari bahagian awal ayat tadi?” Sumayyah meminta penjelasan.

“ Ya, di sini juga terdapat perbezaan pendapat ulama’. Ada yang berpendapat bahawa `yang zahir ’ adalah muka dan tapak tangan. Manakala, banyak juga pendapat yang mengatakan baju luar iaitu pakaian.Ibnu Mas’ud berkata bahwa apa yang zahir daripada mereka ialah pakaian. Ia disahihkan oleh Syaikh Mustafa Al-Adawi dlm kitab Jami’ Ahkamin Nisa‘. Ini bermaksud wanita itu wajib menutup mukanya sekali. Perhiasan di sini terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, pakaian yang cantik, perhiasan dan solekan. Ketiga-tiga perkara tersebut adalah perhiasan yang diperintahkan Allah kepada kaum wanita supaya tidak menunjukkannya kepada kaum lelaki, kecuali barang yang dikecualikan oleh Allah,

iaitu “ melainkan yang (biasa) nampak daripadanya” maksudnya bahagian yang zahir dan tidak mungkin menyembunyikannya daripada pandangan orang lain, seperti bahagian luar pakaian atau yang sepertinya iaitu kelihatan tanpa disengaja dan diusahakan. Semua itulah yang dimaksudkan dalam ayat tadi, iaitu tidak boleh bagi kaum wanita sengaja menampakkan perhiasan tersebut seperti yang dijelaskan dalam kitab Tafsir Surah an-Nur oleh Maududi di halaman 157,”

jelas Ikah sambil menyemak diarinya.

Dalam buku ini, yang ditulis oleh Syeikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim al-Jarullah dan as-Syeikh Muhammad bin Saleh bin Uthaimin yang berjudul `Wanita Wajib Berpurdah: Muka dan Tangan Wanita Adalah Aurat Di Hadapan Lelaki Ajnabi’ ada menjelaskan terperinci berkaitan purdah. Dalam buku ni menjelaskan bahawa Qurtubi berpendapat bahawa perhiasan itu (zinah) terbahagi kepada dua iaitu perhiasan yang semula jadi dan perhiasan yang diusahakan. Perhiasan semula jadi ialah keelokan wajah dan bentuk badan. Ini banyak manfaat dan jalan-jalan ilmu pengetahuan. Sementara perhiasan yang diusahakan ialah usaha perempuan mengubah dan mencantikkan keadaan dirinya, seperti pakaian, perhiasan daripada emas dan lain-lain. Semua ini termasuk ke dalam apa yang dilarang oleh Allah s.w.t menampakkannya pada ayat yang telah lalu. ` Dan hendaklah mereka tidak menampakkan perhiasannya’” terang Zahrah panjang lebar setelah buku itu diambilnya dari bilik.

Sumayyah mengangguk bersetuju. Bagaimana pula dengan firman Allah dalam surah yang sama pada ayat 60? Ayat ni bermaksud “ Dan wanita-wanita tua yang telah berhenti (haid dan mengandung) yang tidak ada keinginan untuk berkahwin (lagi), tidak ada ke atas mereka dosa menanggalkan pakaian (luar) mereka dengan tidak (bermaksud) menampakkan perhiasan; dan berlaku sopan adalah lebih utama bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui. ” Bagaimana pula penjelasannya, Ustazah Syafikah? ”

*****************************************************

“Manakala bagi ayat ke-60 Surah an-Nur, terdapat penjelasan baginya. Ulama’ seperti Syeikh Muhammad bin Saleh bin Uthaimin yang aku sebut tadi sependapat dengan Syeikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim al-Jarullah. Mereka berpendapat bahawa ayat al-Qur’an tersebut menunjukkan bahawa Allah s.w.t menafikan dosa daripada wanita-wanita tua yang telah berhenti haid dan tidak mempunyai keinginan untuk berkahwin menanggalkan pakaian luar mereka dengan syarat tidak bermaksud menampakkan perhiasannya,” Terang Abu kepada Man yang setia mendengar.

“ Owh..orang tua boleh buka aurat ya? Begitu ke? ” man gelak spontan dengan soalannya yang baginya agak kebodohan.

“ Bukan begitu. Dengarlah dulu, kering tekak aku ni. Man, kau tolong bancuh Radix, Man. ” ” Eh, jap, dengar dulu yang tadi ni,” Abu membetulkan susunan helaian kertasnya.

“Okay, teruskan” Man tidak jadi bangun. Dia menggosok kepalanya yang tidak gatal. Terfikir juga dia menyusahkan kawannya, pula tu tidak menyediakan air untuknya.

“ Baiklah, tadi ulama’ ni kata orang tua boleh menanggalkan pakaian luar mereka, kan? Maksudnya, seperti yang dijelaskan di sini, wanita-wanita tua dibolehkan menanggalkan pakaiannya tetapi bukan secara berlebihan sampai membuka aurat (kemaluan), tetapi, yang dimaksudkan di sini adalah membuka wajah dan kedua-dua telapak tangan.”

“Ini adalah kerana, jenis pakaian yang dipakai oleh wanita Muslimah adalah jenis pakaian yang menutupi seluruh bahagian tubuh wanita; dan dibolehkannya wanita-wanita tua itu membuka wajah dan telapak tangan berbeza daripada wanita-wanita yang masih muda dan masih mempunyai keinginan untuk berkahwin yang diwajibkan bagi mereka untuk menutup seluruh anggota tubuhnya. Kau tengok ya, bila hukum dibolehkannya membuka pakaian luar bagi setiap wanita tanpa terkecuali, maka hukum dibolehkannya wanita tua membuka pakaian luar tidak ada faedahnya, kerana hal itu hanya khusus untuk wanita tua yang tidak mempunyai keinginan lagi untuk berkahwin. Jelas perintah kewajipan menutup wajah dan tangan bagi wanita muda yang masih punya keinginan untuk berkahwin, nampak tak? Kau nampak tak apa yang aku nampak ni..whoosh..ideal sungguh susunan Allah. Padanlah berat kepada wajib. Kau tengok ayat tadi ni. Kalaulah maksudnya pakaian luar, tentulah wanita muda yang tidak tersenrai dalam ayat ni kena tutup wajah dan tapak tangan, kan? Faham tak ni, Man? ” Abu menjelaskan sambil mengekor Man yang sedang membancuh kopi Radix untuk mereka berdua.

Man kemudian kembali bersila dan mengambil salinan hujah yang diberikan satu set padanya tadi oleh Abu. Man meneliti dengan penuh minat. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya. “Apasal tak ramai Muslimah yang memakai purdah di luar sana? Jika ayatnya sudah jelas begini. Banyak yang kau huraikan pada aku tadi, betul tak? ” Man mempersoalkan.

“ Kau nak tahu sebab apa? Gerakan Pembebasan Wanita oleh Qassim Amin antara penyumbang wanita menanggalkan hijab mereka.” Abu memejamkan matanya. Marah. Kalau sebut nama ni, memang kita semua marah. Kakaknya yang baru kembali dari Mesir telah banyak menjelaskan segalanya. Bukan di Malaysia sahaja kurangnya wanita berpurdah, malah, di tanah Arab dan di Mesir sendiri, agak sukar melihat wanita berpurdah.

“Qassim Amin?..Hmmm…aku tak pernah dengar nama tu…boleh kau cita sikit pada aku, Abu?”

“Nanti dulu, aku nak habiskan huraian aku mengenai hujah yang menyokong kepada wajibnya berpurdah ni. Baik, dalil tadi , ayat ke-60 Surah an-Nur tadi, di hujungnya ‘ tidak bermaksud menampakkan perhiasan’ pun ada huraiannya. Ini merupakan penjelasan kewajipan berhijab bagi wanita muda. Terdapat dalil lain yang mewajibkan berhijab bagi wanita-wanita muda yang masih mempunyai keinginan untuk berkahwin. Nak tau sebab apa? Kerana pada umumnya, kaum wanita yang masih muda, apabila mereka membuka wajahnya, maka mereka mempunyai keinginan menampakkan perhiasan dan memperlihatkan kecantikannya kepada kaum lelaki serta mengharapkan sanjungan dan pujian daripada mereka. Beruntunglah mereka yang berpurdah, kerana hilangnya perasaan ingin mempertontonkan kecantikan wajahnya kepada kaum lelaki, bukankah mereka itu pilihan Allah? Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala isi hati” Abu menjelaskan dengan teliti.

******************************************************

Ada lagi satu hujah lah Ikah, Surah al-Ahzab kan? ” Wani menegur dari belakang. Dia bertugas memasak pada hari ini. Sumayyah membantunya mencedok lauk ke kedua-dua talam.


bersambung lagi~... ;)

Thursday

Ku renung sendirian...





ku duduk,ku berdiri..ku renung sendirian..

teringatku pada zaman silam..

zaman silam yang penuh suka duka..

zaman silam yang penuh warna warni dan rasa..

zaman silam apabila dihalang oleh cikgu sendiri utk mengambil jurusan aliran sains di sekolah..no choice..terpksa ambik kelas akaun...

zaman silam apabila memenangi perlawanan perahu panjang selama 2 thn berturut2..juga selepas kenangan pahit kalah 2 tahun berturut2 sebelumnya..

zaman silam melihat kegembiraan ibubapa,apabila menerima anugerah King Scout dari Sultan kedah..dan anugerah aliran sastera ikhtisas dari Sultanah Kedah..ada hikmah apa yg berlaku sebelumnya..

wif sultan kedah~...

zaman silam yang tercatat bahawa aku x de rezeki untuk bersama sahabat2ku menyambung pengajian ke Al-azhar,cairo..

zaman silam yang telah tertulis sejarahku akan berada di MMU Melaka..bachelor of accounting..

bermulanya...

zaman alpha dgn penuh innocent..mula menyertai IU..join election SRC...mula mengenali apa itu dunia universiti..

SRC election 04/05..

antara senior terawal yg ku kenali,nizamsyamil ( skrg jaga pak arab kt MMU :p)..berjiran dgn org2 iu depan rumah sewa..mengenali team2 Bagaiz....dan PRM..


Convo carnival appr.dinner....05..


sgt bermakna utk diriku....starting point..desa tercinta 2004-batu pahat...


dt 04..batu pahat..

....club registration..2004........

.....wif senior2..Iu dinner '05...

zaman beta yang ter sangat sibuk..dengan 1001 program...komitmen bertambah..IU,SRC & silat gaYong..di tambah dengan jurusan akaun yang tough...mcm nak pecah pale..juga diwarnai dengan insiden "war" di dalam pemilihan pimpinan src..


Final-Tornament silat kebangsaan..kontinjen Melaka..

berada di tampuk atasan utk memimpin bnyk meneggelamkan aku dalam memahami erti kehidupan..terasa jiwa makin lesu..

zaman gamma yang penuh dugaan yang mencoretkan sesuatu dalam proses pembentukan jiwa yang lemah ini..menerima tggjwb memimpin sebuah persatuan..yang sgt berat..sungguh sehingga sekarang masih terasa kesan menanggungnya..

muktamar iu 05/06..

terus..

zaman delta..diberi amanah yang lebih besar lagi..aku tak mampu..aku tk mampu..tapi apakan daya..Allah takkan membebankan hamba2Nya dengan sesuatu yang di luar kemampuan..



SRC election 06/07..



diuji dengan subjek2 Killer...di uji juga dengan cabaran di dalam orientation committee yang penuh kontroversi..

ku renung lagi..

terus..

zaman Epsilon..practical training..zmn yang banyak mengajar aku erti kehidupan..sukarnya mencari rezeki..dan betapa sukarnya mendapat masa yang berharga...6 bulan di KPMG,cukup menyedarkanku..dan menemukan aku dengan erti ber usrah..siapakah yang akan membimbing kita apabila berada di alam pekerjaan kelak..

satu permulaan kepada hijrah yang besar..KPMG!

dan sekarang...

aku masih di sini...

MMU melaka..

bersama kawan2..



yang dah expired..

menunggu masa utk pencen dari mmu..

lebih kurang 3 bulan lagi..

ku renung sedalam-dalamnya...

teringat kata2 naqib usrahku..abg khair..berkali2 berpesan..

"kullukum ra'in wa kullukum mas'ulun 'an ra'iyyatihi"..

Hadis dari Rasulullah yang cukup bererti..

setiap dari kamu adalah pemimpin...dan kamu akan dipertangunggjawabkan..ke atas pimpinan kamu..

adakah aku sudah menepati hadis ni...atau..segala2nya akan ditanya di akhirat nanti..ke atas aku..aku berseorangan...satu demi satu menerjah fikiran..kesilapan ketika memimpin..kesalahan ketika memberi arahan..kedangkalan ketika berfikir dan menerima pendapat serta ideologi..kegelapan dalam menerima cahaya..

segalanya sudah berlalu..yang penting hanyalah pengajaran yang boleh diambil..

sepanjang 5 tahun di MMU..apa yang telah aku sumbangkan?utk diriku,agamaku,bangsaku...terasa diri ini sangat muflis..

terus...

merenung...




al-kandahlawi
Penta Lab




Tuesday

Peristiwa Gempar 15 Februari!

salam sejahtera...

nun jauh di Pearl Maternity Hospital,Penang..

telah berlaku satu lagi sejarah menggemparkan dunia..

tanggal 15 haribulan Februari 2009..jam 5.19pm..

maka dengan rasminya saya dah mempunyai seorang anak buah lelaki..

dengan berat 3.25kg, dan 46 cm tinggi..

seorang ahli baru telah wujud dalam keluarga saya di dunia ni..

seorang yang tanpa dosa dan noda..yang akan dicorakkan oleh ibubapanya,yakni abg dan kak ipar saya..

utk menjadi seorang manusia..yang beriman dan berguna kepada manusia..

demi menggalas tanggungjawab sebagai seorang khalifah..

inilah dia..seorang lagi Khalifah Allah...




dengan nama amirul hamdan abd rahmanirrahim bin mohd hafizurrahman..

mungkin inikah manusia yang akan menggegarkan dunia dengan sejarah baru yang akan dicipta?atau hanya akan menjadi salah satu dari bahan di dalam lipatan sejarah..

Maka Islam lah yang menentukan segala2nya...

dalam kita bergembira menyambut kelahiran..dan si bayi menangis menerjah dunia..

mari kita singkap Firman Yang Maha Agung...berkenaan kelahiran manusia2 di muka bumi..

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50).

Allah mewajibkan juga untuk menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT.

Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri.

Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”.
(al-Furqan: 74).

Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka...

Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 3. “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (Maryam: 5-6).

Lahirnya seorang bayi di muka bumi...maka datangnya dengan sebuah tanggungjawab yang besar kepada ibubapanya..sebuah amanah Allah untuk membesarkannya dalam suasana Islam,dan juga suasana ketaatan kepada Allah..sebagai HambaNya..

Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”. (ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak.

Rasulullah SAW bersabda, “.... dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”.

Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami).

Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi).

Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu mesti diberi kepada anak-anak. Ini hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan rabbani. Akhlaq Hussain menulis, “Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka?”.

Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmanya, “Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”. (at-Tahrim: 6).

kepada abg dn kaka ipar,tahniah diucapkan..dan moga anak itu menjadi seorang yang mampu memberi sumbangan kepada dunia Islam,dan mampu mengubah masyarakat dan sejarah..


p/s : jmpe dak tu nak picit pipi dia kuat2,lepas tu buat sambal tumis atau masak kicap.nyum2 :D


-al-kandahlawi
6.58pm
SRC Room





Monday

Muhasabah diri~.....

Bismillah hirrahman nirrahim...

Ya Allah Ya Latif...
Jauhkanlah hati kami diliputi titik-titik maksiat..
Selamatkanlah maruah kami dari bibir-bibir fitnah..
Lindungilah ketidaksamaan kami dari mata-mata nafsu..
Letakkanlah dunia ditangan kami..
Bukan dihati kami...

Ameen.. Ya Robbal'alamin..


Sunday

Perasaan bercampur baur!



video yang membuat air mata setiap yang menontonnya mengalir..
pedih, sedih dan malu perasaan bercampur-campur...
menonton video kezaliman yang dirakamkan oleh Malaysiakini di atas...
Saksikan bagaimana kurang ajarnya mereka...
Wanita berperisaikan jubah dirempuh dengan rifle tanpa belas...
Anak kecil tidak berkecuali jadi mangsa. Bukan zioniskah itu?
Di manakah hak mereka untuk menuntuk keadilan.. memperjuangkan kebenaran??!!

marhaen dizalimi
lelaki, wanita dan kanak-kanak
tanpa belas

tembakan gas bertalu-talu
mengalir air mata pedih
sampai ke ulu hati

berperisaikan laungan Lailahaillallah
sesekali dari tangan marah
terlepas batu kecil

melenting mereka
terserlah wajab biadap
sepak terajang ke muka rakyat

aku dan kamu merasa ‘deja vu’?
bezanya itu bukan Palestin
pelakunya pula bukan bangsa Yahudi

angkara Melayu berjiwa zionis bernafsu syaitan
kerajaan rakyat jadi nisan
rakyat berajakan zionis dan syaitan!


credit to: tokmudin

KEBETULAN & KEMANISAN IMAN

YaAllah...
telah Kau tunjukkan kami..
suatu KEBETULAN.. kebetulan yg sememangnya kami harapkan...
suatu KEBETULAN ..yang menganugerhakan kami kepada sebuah kemanisan iman..
sebuah perubahan yang sememangnya kami harapkan..
suatu kekuatan yang kami impikan..
cuma sebelum ini..
hati dan diri kami lemah untuk mengatakannya..
degil dan ego untuk melakukannya..
Subhanallah..
sekarang ianya sebagai suatu anugerah terindah buat kami..
agar lebih taat kepadaMu Ya Allah...
menyedarkan kami agar lebih fokus kepada matlamat hidup sebenar
yakni matlamat sebagai hambaMu...

YaAllah...
sememangnya.. keputusan itu..
keputusan yang tepat buat diri kami pada masa sekarang...
walaupun ianya suatu keputusan yang berat untuk kami..
sekiranya suatu hari nanti ianya tetap milik kami..
Kau tunjuki lah ia kpd kami YaAllah..
sinarilah hati-hati kami dgn cahayaMu...
bersihkanlah hati-hati kami dengan Iman dan taqwa..
hidupkanlah roh-roh kami dengan amalan Qiammulalil, alunan al-quran dan zikurllah,
sucikanlah akal kami dengan tanaman ilmu dan fikrah..

YaAllah..
Syukur..alhamdulillah.. Kau telah mengurniakan kami..
Suatu KEBETULAN ke arah kebaikan yang sama-sama kami impikan...
KEBETULAN dalam melakukan perubahan dalam diri..
Semoga Engkau berkati keputusan itu Ya Allah..
lindungilah kami agar sentiasa berada di bawah lembahyung rahmat Mu yang Maha Agung...
Subhanallah.. wal alhamdulillah.. walaillahaillah.. Allhuakhbar!


-nukilan sendri buat perkongsian semua...besar makna sebuah KEBETULAN-

p/s: tiada kaitan antara yang hidup atau yang telah pergi.. =)

Kain Kecil Diwajahmu~

di ambil dari : srikandiumar (sila kemuka sebarang komen..;) )

Kain Kecil Di Wajahmu (1)

Ape yang kau runsingkan tu, Man?”

“ Takda apa lah..” Salman menjawab acuh tak acuh. Dibalik-balikkan badannya di katil. Sekejap kanan. Sekejap mengiring ke kiri. Abu pun kembali menghadap bukunya. Dua minggu lagi menjelangnya final exam.

Man masih lagi bergerak-gerak di katilnya. Setengah jam Abu cuba tumpu betul-betul pada bacaannya.

“ Ah, runsinglah aku, kau ni..Tak da ape nya? Macam tak senang je gaya kau. Aku nak study pun susah. HeiMan. Bangun sekarang. Duduk.” Abu dah hilang fokus pada pelajarannya. Meja belajarnya yang terletak bersebelahan katil sahabat baiknya, Salman, membuatkan dia hilang tumpuan.

Salman akur. “Ish.., aku tengah runsing nih”

“ Weh, aku nak tanya kau. Ape kain kecik yang budak pompuan pakai kat muka tu? Apa namanya?”

“ Kain kecik?” Berkerut-kerut dahi Abu memikirkan.

“ Alahai, kain kecik yang Reen pun dah pakai tu. Yang nampak mata tu je. Warnanya sama macam kain tudung yang diorang pakai. Kalau warna pink tudung, kain kecik tu pon sama colour la, ape ke orang panggil menda tu” Man menjelaskan panjang lebar.

“Owh..purdah ya?”

“ Aha..Betul lah tu..Apesal ek? Menyampah aku. Habis camne aku nak tengok muka Reen weh?”

“ Hahaha..padan muka kau. Apa lagi..kahwinlah ngan dia..”

“ Amboi kau, cakap senang eh..kau nak bayarkan hantarannye ke?”

“ eheh.. Bayar la sendiri..kau kan dah ada duit wat part time..”

“ Mana cukup lagi..Abu, aku tak paham ni..Apesal dia pakai kain tuh…?Macam mana ni..?”

“ Apa masalah kau? Kan Islam ada syorkan pakai purdah untuk elak fitnah. Tak mustahil lah, Reen tu kan baik budaknya…Dia kan selalu ikut usrah kat masjid. Mungkin dia dah didedahkan pasal purdah ni. Aku tengok ramai muslimat senior dah pakai purdah di kolej semenjak-dua menjak ni..kan..Dari sem lepas. Kau patut bersyukur yang Reen pun dipilih Allah untuk mendapat hidayah dan taufiq dari Allah untuk memakainya. Bukan senang kita nak terbuka hati untuk perkara-perkara kebaikan. Apatah lagi yang bertentangan dari suasana sekular sekarang ni” Abu menjelaskan.

“ Tapi kan tak wajib? Macam baik sangat je Reen nak pakai benda tu. Lelebih la Reen nih..ni aku nak marah dia ni. Mudah sangat terpengaruh. Aku rasa aku nak putuskanlah pertunangan kitorang.”

“ Ko jangan buat keja gila Man..entah apa-apa lah kau ni…sebab purdah kau nak putus tunang dengan dia?..huh..kau suka pada dia kerana kecantikankah? Atau kerna agamanya?” Abu membela Reen. Abu merupakan pelajar jurusan Diploma Usuluddin semester tiga. Dia tahu hukum purdah itu wajib, dan ada sesetengah hujah yang mengharuskan wanita memperlihatkan wajah dan tapak tangan. Namun, dia yakin pada tindakan sahabiah-sahabiah berpurdah. Mereka bergerak dalam organisasi dan sentiasa terdedah kepada keadaan yang boleh menimbulkan fitnah. Benarlah tindakan mereka. Sesuai menurut fitrah.

“ Bukan apa. Itu yang aku runsing ni. Dari bulan lepas lagi. Ko bukan tak tahu orang kampung. Mak ayah aku. Macam diorang boleh terima je Reen tu. Macam mana nanti reaksi keluarga aku.”

“Kau jangan buat keputusan terburu-buru, Man” Abu menasihati sahabatnya.

“ Aku rasa aku nak tangguh kawenlah” Man yang telah memaklumkan Reen untuk bernikah pada hujung tahun depan, akhirnya merancang untuk menangguhkan.

“ Kak Ikah!!”

Azreen meluru masuk ke bilik Syafikah. Dia menangis teresak-esak.

“ Kak..sob..sob..” Reen terus memeluk kakak naqibah kesayangannya yang baru selesai menunaikan solat Zohor. Dia menarik purdahnya yang dah lencun dengan air mata. Bahu Syafikah dijadikan tempat dia menongkat dagu.

“ Ngape ni, dik..Allah..sape wat Reen ni..” Ikah cuba mengangkat muka adik usrahnya untuk ditatap. Reen mengelak..Tangisannya berterusan. Reen melayan murahnya air mata. Deras sungai air matanya mengalir, bagaikan tiada muaranya.

“ Bawa bertenang dik..istighfar banyak-banyak” Ikah menenangkan adiknya. Dibiarkan dia menangis. Ikah menyambung zikirnya dan kemudian berdoa. Ikah terus mencapai ma’thurat yang berada di meja berhampiran. Ada sehelai kertas Doa Penenang Hati diselitkan di dalamnya. Tanzim Usrah Kelab Masjid dah mewajibkan semua naqibah menghafal ma’thurat. Ikah membaca doa itu kepada adiknya. Dia mengusap kepala Reen sambil berdoa.

Selepas beberapa ketika, tangisan Reen semakin reda. Ikah menyarankan kepada Reen agar berwudhuk dan bersolat di biliknya. Reen akur.

Selesai solat, Reen berdoa banyak-banyak pada Allah. Lama sangat dia sujud. Ikah tahu dia menyambung tangisannya. Ikah mendoakan agar adiknya diberi kekuatan dan ditenangkan hati menerima musibah yang dihadapinya. Reen bukanlah asing bagi Ikah. Dah setahun lebih Reen istiqamah mengikuti usrah di masjid kolej. Antara ramai-ramai adik usrahnya, Ikah dapati Reen mudah dibentuk dan senang dididik. Dia cepat tangkap dan hatinya bersih. Reen jinak menerima hidayah Allah dan dia selalu menyambut hidayah-Nya tanpa ragu-ragu, bimbang

kehilangannya.

Reen dulunya agak liat untuk berubah. Dia suka berjumpa dengan tunangnya. Mereka berbual dan berjumpa selalu. Habis kredit Reen dengan tunangnya. Waktu tu mereka belum bertunang lagi. Semenjak pertengahan tahun lepas, Reen banyak berubah. Dia belajar untuk mengawal rindu pada tunangnya. Ikahlah yang bersabar mengajaknya pada kebenaran. Reen seorang yang mudah cemburu pada kebaikan. Dia akan rasa tercabar dan ingin menjadi baik seperti orang yang dicemburuinya.

Ikah adalah kakak naqibah yang beramal dengan ilmu yang disampaikan. Reen suka menyemak telefon bimbit Ikah. Dia tidak percaya yang Ikah tidak ada kekasih. Bagi Reen, semua orang mestilah ada kekasih. Tidak kiralah dia baik atau tidak. Cuma cara mengawalnya yang lain. Bagi Reen, kalau orang tu baik. Dia tidak akan jumpa dengan kekasihnya atau berdating di sana-sini. Tapi, mereka akan selalu memberikan kata-kata nasihat dan saling mengenal melalui message. Manakala, yang buruk akhlaknya, tak akan malu untuk berdating di sana-sini dan bergayut di telefon tanpa segan-silunya. Bagi Reen, semua orang bercinta ketika remaja. Itu fitrah. Manusia tidak boleh hidup tanpa cinta pada lawan jenis. Ikahlah yang menasihati Reen dengan penuh hikmahnya.

Ikah menjelaskan cinta sebenar adalah selepas bernikah. Beruntunglah mereka yang mengawal diri dari bercinta dengan cinta murahan sebelum berkahwin. Bukankah tidak ada kepastian lagi, bahawa kekasih itu akan menjadi suaminya? Ikah juga menjadi role model terbaik bagi hujahnya. Reen beriya-iya ingin menyemak telefon bimbit Ikah. Dia tahu yang Ikah belum berkahwin. Dia pun tak tahu sama ada Ikah sudah bertunang atau belum. Ikah merahsiakan. Reen merampas telefon bimbit Ikah pada awal tahun lepas selepas usrah untuk membuktikan benarnya teorinya bahawa semua remaja bercinta. Dia menuduh ikah tentu terlibat dalam apa yang dikatakan sebagai `cinta islamik’. Reen kecewa bila telefon Ikah berjaya dirampasnya, dan tidak ada satu pun message dari lelaki. Reen marah Ikah dan beredar pergi.

Sebenarnya, Reen malu dengan tindakannya. Dia marahkan dirinya yang merampas telefon kakak naqibahnya. Malah, dia lagi bengang bila kakak naqibahnya tidak marah apatah lagi tidak meminta telefon bimbitnya pula. Ikah pada waktu itu hanya diam dan bersabar. Reen menyemak setiap kekunci dalam telefon bimbitnya. Reen kecewa, apa yang ada hanyalah message meeting pada pukul berapa dan message tentang data kursus kepimpinan. Telefonnya penuh dengan message kalam taujihad dari sahabiah-sahabiah teman seperjuangannya.

Reen tidak puas hati. Dia bertanya perihal Ikah pada kakak-kakak naqibah yang lain. Mereka pun tidak tahu. Apa yang dia dapat tahu, Ikah sudah dipinang dan telah menerimanya. Kiranya, Ikah sudah bertunang. Itupun kawan baik Ikah memberitahu. Tersilap dalam berbicara. Disangkanya Reen sudah tahu. Reen lagi geram. Waktu tu juga Reen berjumpa Ikah dan menangis. Dia mempersoalkan tindakan Ikah yang baginya melawan fitrah. Mana mungkin Ikah begitu kuat untuk berdiam sahaja dan hanya menunggu masa dinikahkan dengan tunangnya. Reen mempersoalkan kesetiaan dan kemungkinan untuk tunang Ikah curang padanya. Ikah diam. Reen adalah ujian hebat baginya pada waktu itu. Ikah menjelaskan bahawa apa yang ramai orang lakukan dan dianggap biasa dalam masyarakat belum tentu adalah yang benar dan betul pada pandangan Allah. Ikah menjelaskan bahawa jika tunangnya mengkhianatinya di belakangnya, tentulah Allah tidak akan menjodohkannya dengan tunangnya. Ikah hanya meletakkan sepenuh harapan dan bertawakkal pada Allah. Taklifan sebagai naqibah usrah diterimanya dengan hati terbuka. Reen telah mematangkannya dalam dakwah dan tarbiyah. Biarpun, dia agak terluka dengan tindakan adik usrahnya, namun Ikah tetap sabar melayan karenahnya. Ikah memaafkan Reen. Dia juga melalui proses tarbiyah yang getir semasa di ma’had dulu. Ikah faham tindakan Reen. Lebih kurang sama emosinya semasa dia mula berjinak dengan ilmu agama semasa dipindahkan ke ma’had ketika tingkatan empat dulu. Ikah akui tarbiyah kakak senior sangat berguna buat dirinya. Kesabaran merekalah yang cuba dibentuk dalam dirinya ketika berhadapan dengan mad’u seperti Reen.

Semenjak berdiskusi hampir dua jam dengan Ikah tentang cinta, Reen semakin rapat dengan Ikah. Dia menjadikan Ikah tempat mengadunya. Dia belajar untuk berubah sedikit demi sedikit dari kebiasaannya. Dia tidak lagi berjumpa kerap dengan tunangnya dan tidak lagi bergayut dengan tunangnya di telefon. Ikah mentarbiyah dengan penuh sabar. Dia cuba untuk memilih seringan-ringan yang mampu dilakukan oleh Reen dalam usaha awalnya untuk berubah. Reen pun dah mula tidak menghantar message pada tunangnya semenjak tiga bulan yang lalu. Setiap kali rindu, Reen akan call Ikah dan berbual dengannya. Kadang-kadang Reen message pada Ikah apa yang dia nak sampaikan pada tunangnya. Ikah dah masak dengan perangai Reen. Dulu, kawannya Salwa pernah buat begitu padanya. Tiba hari ulang tahun kelahiran lelaki yang disukainya, Ikah yang mendapat ucapan selamat. Ikah dah masak dengan tindakan sebegini. Rasa rindu pada lawan jenis, disalurkan pada sahabiah-sahabiah seperjuangan. Begitulah lumrahnya. Kesibukan organisasi juga banyak membantu. Ikah jadi sibuk dan tidak berapa merunsingkan jodohnya.

“ Reen” Ikah memanggil adiknya. Lama sangat sujudnya. Tangisannya dah berhenti. Ikah mendapatkan Reen. “ Oh, tidur rupanya.” Ikah mengejutkannya untuk tidur di katilnya. Reen menanggalkan telekungnya. Dia terus mendapatkan katil Ikah dan terus lelap. Ikah membiarkannya. Lagipun, Ikah ada mesyuarat pada pukul tiga.

“ Kakak, doakan Reen ya…Man marahkan Reen sebab pakai purdah…”Kedengaran suara Reen sayup-sayup di sebalik bantal. “Nanti Reen cerita pada akak ye.” Reen menyambung sebelum Ikah sempat memberi responnya. “ Takpelah, Reen rehat ya. Kak, ada meeting jap lagi. Kak dah set alarm handphone Reen untuk kejutkan Asar nanti ya. Usah fikir sangat. Istighfar dan doa banyak pada Allah, ye dik..” Pesan Ikah pada Reen sambil bersiap. “ Baik kak, terima kasih kak” Reen menjawab. Bilik sunyi sepi.

“ Aku dah jumpa tesis pasal purdah” kata Abu pada Man sewaktu mereka pekena nasi lemak di Restoran Delima seminggu selepas Man bertanya Abu tentang purdah.

Man tersedak. “ Huk..huk..apa?” “ Purdah? Tesis?”

Abu mengangguk. “Kan ada banyak tesis di library. Aku carilah yang tajuknya berkaitan purdah ”

“ Apa hukumnya?” Man bertanya tidak sabar.

“ Hukumnya ada banyak khilaf. Tapi, sebab kan khilaf antara wajib dan kebenaran membuka. Jadi, aku rasa ia lebih kepada wajib kerana, kita tidak tahu yang mana hukum yang sebenar. Cuma, bagi yang dalam keadaan dhorurat terpaksalah menggunakan hukum keharusan membuka tabir wajah. Seperti dalam berubat ke, di jabatan imegresen ke, atau jika di luar negara bagi sesetengah negara, bus pass atau di dewan exam. Sebab kita sekarang kan di zaman penuh najis sekular. Jadi, ada keadaan yang terpaksa buka tabir tu. Tapi, untuk keadaan yang biasa dan tiada halangan berat memakainya, tentulah aku berpegang pada yang lebih warak iaitu wajib memakainya. Ia mengelakkan fitnah kepada kaum wanita.” Terang Abu pada Man dengan yakinnya. Abu dah belajar dari sekolah pondok lagi. Cuma hujahnya dia dah tak berapa ingat. Yang dia tahu, ustaz-ustaz sangat memberati kepentingan purdah ketika dia menuntut ilmu di sekolah pondok dulu. Pelajar perempuan pun memang pakai purdah di sekolahnya. Wajib.

“ Kalau kau tanya aku, aku kata aku nak isteri yang berpurdah. Tak kiralah, keluarga aku boleh terima atau tidak. Aku yang nak bina rumah tangga dan aku akan pilih organisasi yang baik untuk melayari bahtera rumah tangga yang bahagia. Bukan aku harapkan pujian dan sanjungan ibu bapa aku, tapi aku pentingkan pandangan, rahmat dan keberkatan Allah dalam rumah tangga yang akan aku bina. Aku nak isteri yang solehah. Tentulah, kerana di rahimnya akan bercambah benih zuriat aku. Keturunan yang soleh datang dari ibu bapa yang soleh dan solehah. Jika baik benihnya, dari pokok yang baik, tentu akan mencambahkan pokok yang baik juga. Seorang wanita yang solehah sentiasa memperhatikan amalan dan ibadahnya. Bagaimana dia tidak meremehkan hukum Tuhan, begitulah dia tidak meremehkn ibadah dan rumah tangganya. Bagaimana dia sanggup berdepan cabaran zaman dalam menongkah arus fananya dunia, begitulah kesabarannya terdidik untuk menjadi isteri yang tetap taat pada suami dan tabah dalam mengasuh anak-anaknya” jelas Abu tentang prinsipnya. Itu telah menjadi prinsipnya sejak dulu. Dia bertambah yakin bila dilihatnya, ramai wanita yang berpurdah sekarang ni. Dia yakin ibu dan bapanya akan terbuka hati menerima pilihannya. Walaupun calonnya belum ada, namun, itulah garis panduannya.

“ Bukan senang kita nak keluarga boleh terima calon isteri yang berpurdah” Man membantah.

“ Itu mungkin kau. Sebagai orang yang kurang motivasi. Aku, pada aku, apa yang aku buat aku dah rancang dengan baik. Ikut step lah, Man. Keluarga perlulah diberi pendedahan agama dari sekarang. Bila ilmu agama bertambah dalam diri seseorang, mudahlah hatinya terpaut pada fitrah islam dan hukum yang disyariatkan-Nya kepada kita. Kadang-kadang kita je sangka yang bukan-bukan. Sebenarnya, kain kecil atau purdah tu tak banyak bezanya. Kita pandang hina kerana zaman-berzaman hukum Islam sentiasa dipandang enteng dan dihinakan. Apatah lagi, orang macam Reen tu. Pandai bawa diri. Malu pada tempatnya. Aku sekarang kan rakan sejawatnya dalam Kelab Amar Ma’ruf, aku tahu dia macam mana budaknya. Batas dengan aku dijaganya. Tapi, ketika memberi pendapat, dia berhujah dengan kemampuannya. Dia tiada masalah dalam komunikasi dengan aku dan antara rakan-rakan yang lain yang tidak berpurdah. Mereka masih seperti dulu. Purdah tidak menyekat dakwah mereka. Aku yakin keluarga kau boleh terima dia. Mak kau kan berkenan pada dia. Insya Allah, Man..Kau kena yakin. Macam mana nak kahwin ni kalau tak yakin pada pilihan sendiri. Cinta apa kalau tak dapat menerima seadanya. Kau lagi patut syukur banyak pada Allah sebab bagi isteri yang dah dibentuk dengan acuan Islam. Tak perlu banyak mengajarnya lagi. Dia sudah pandai dalam agamanya. Satu tanggungjawab kau pada isteri dah beres. Tinggal lagi nak mendidik mana yang kurang sana-sini sebagai wanita yang memang lemah fitrahnya. Kau patut syukur banyak, Man. Kawan aku, jenuh tau mendidik isterinya, bukan nak disuruh pakai purdah, tudung pun selempang lagi. Rambut pun keluar lagi, jambul di dahi..Huh..susah Man..Akhirat sok macam mana nak jawab dengan Allah, jika tak mampu didik isteri dengan agama. Sebab tu, pemilihan calon isteri penting sangat.” Abu menasihati kawannya tentang perkara yang dia terlepas pandang.

Syukur. “ Ya, syukur. Apesal aku tak fikir..Tau nak bengang je ngan dia. Mungkin pasal dia dah lama tak hantar message pada aku…ish..Abu..terimas ye ingatkan aku..” Man tersengih.

“ Ni aku nak cerita kat kau. Kau pun tahu, kan tujuan kita hidup kat dunia ni, nak beribadah kepada Allah. Kau ingat kan firman Allah yang mengatakan kita tidak diciptakan melainkan untuk beribadah kepada-Nya. Dan semua yang Allah wajibkan kepada kita sebagai hamba-Nya pasti akan membawa keselamatan bagi orang-orang yang mengamalkannya, baik di dunia mahupun akhirat. Sebaliknya, bagi orang yang tidak mahu mengamalkan apa yang diwajibkan oleh Allah kepadanya, tentu akan mendapat kecelakaan di dunia dan akan diseksa di akhirat kelak.”

Abu menyambung lagi. “Begitulah purdah. Berpurdah atau berhijab menutupi seluruh badan termasuk wajah bagi kaum wanita muslimah yang sudah baligh, adalah wajib hukumnya menurut syariat islam yang diturunkan Allah kepada nabi-Nya untuk diamalkan oleh segenap wanita muslimah sebagai salah satu kewajipan yang dibebankan kepada umat manusia, di samping kewajipan-kewajipan yang lain yang mesti diamalkan.”

“ Memang kita dah cukup gembira dan berpuas hati bahawa sekarang ni di kebanyakan negara yang majoritinya umat islam, kaum wanitaya telah banyak memakai jilbab atau tudung. Akan tetapi, jilbab yang mereka pakai tidak menutupi wajah. Berkemungkinan mereka yang tidak menutup wajah itu tidak merasa berkewajipan menutupnya, sebab mungkin mereka tidak tahu mengenai dalil-dalil yang menghukumnya wajib atau bertanggapan bahawa dia tidak berdosa jika wajah tetap terbuka.” Abu menyambung setelah mendapatkan beberapa teguk air bagi membasahkan tekaknya.

“ Ada 26 hujah yang mengatakan hukum berpurdah ini wajib bagi wanita menurut pendapat para ulama’ dan mereka yang ahli dalam bidang ini. Antara ulama’ yang berpendapat bahawa purdah itu wajib ialah Syeikh Abdullah bin Jarullah bin ibrahim Al-Jarullah, Syeikh Muhammad bin Salih bin Usyaimin dan Syeikh Muhammad Al-Shinqithi, Syaikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Bakar Abu Zaid, Syeikh Musthafa Al-Adhawi, Syeikh Abdul Aziz al-Khalaf, Syeikh Hamud bin Abdullah Al-Tuwaijiri, Syeikh Wahbi Sulaiman Ghawaji Al-Albani, Syeikh Muhammad bin Ali as-Sabuni, Doktor Muhammad Hasan al-Buwaiji dan Doktor Salih bin Fauzan al-Fauzan.”

“ Oh..ye ke? Ramai betul ya? Apa hujahnya? “ tanya Man tidak sabar lagi.

“ Nanti aku terang pada kau dua-dua hujah. Yang wajib dan yang tidak mewajibkan. Tapi kena ingat, tiada yang mengharamkannya. Nanti aku copy untuk kau sekali hujah tu, senang bila terangkan pada kau nanti. Aku ada meeting pagi ni, lain kali ya. Malam nanti ke, insya Allah. K, Man, thanks belanja aku pagi ni. Aku gi dulu ye, assalamualaikum!” Abu bersalaman dengan Man dan bergegas pergi.

Man memandang kelibat sahabatnya sampai hilang dari pandangan. Alhamdulillah.


bersambung~..........................

Thursday

Perutusan Mursyidul Am PAS-Isu Perak

credit to www.perakdaily.com


RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.


2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”


3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.


4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.


5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.


6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman. Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas. Firman Allah S.W.T. bermaksud : “Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).


Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Mursyidul Am PAS


Saya sertakan Lagu Negeri Perak yang mungkin kena ubah liriknya selepas ni,atas hilangnya kepercayaan rakyat terhadap institusi beraja di Perak.


Dilanjutkan Allah usianya Sultan
Adil dan murah memerintah watan
Ditaati rakyat kiri
dan kanan
Iman yang saleh
Allah kurniakan
Allah berkati Perak Darul Ridzuan
Allah selamatkan Negeri dan Sultan