Monday

Gempar!berita hari ini!



Berita hari ini~

Parit Buntar calon Najib, Ali
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1013&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_14.htm

PARIT BUNTAR 12 Okt. - UMNO Bahagian Parit Buntar hari ini mencalonkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan Mac depan.

Bahagian itu yang mencalonkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden langsung tidak mencalonkan nama Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi mana-mana jawatan termasuk Anggota Majlis Tertinggi.

Untuk jawatan Naib Presiden, Parit Buntar mencalonkan Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dua lagi nama yang dicalonkan bagi merebut jawatan Naib Presiden ialah Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Samad Abdul Samad.

Pada mesyuarat sama, Datuk Abdul Raman Suliman menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar.Parit Buntar calon Najib, Ali


apa yg best dgn petikan berita di atas?

sebab ada nama parit buntar tu je :D..

Parit Buntar adalah tempat kelahiran ku,dan tmpt tinggal aku..hehe..

Beberapa keistimewaan parit buntar yg takdak di tmpt2 lain di malaysia,malah di dunia.

1- ianya merupakan dan juga terletak di sempadan 3 negeri,iaitu Kedah,Pulau Pinang dan Perak.Ia merupakan titik pertemuan ketiga2 negeri ini.

2-sempadan dgn kedah dipisahkan dgn sungai kerian,(banyak buaya),dan juga sempdn dgn pulau pinang dipisahkan dgn "jalan sempadan"(nama sebatang jalan)

3-Parit Buntar adalah sebuah bandar yang dibangunkan dgn mempunyai komposisi elemen2 bandar "lengkap",iaitu perindustrian(bnyk kilang2 gak),perumahan,pentadbiran(pejabat2 bnyk gk),pertanian,(banyak bendang,penternakan ikan dll) kwsn tanjung piandang,perhotelan (Hotel Damai),Rekreasi & kemudahan riadhah (pesisiran sg.Kerian) dan juga x jauh dari laut :D

4- Parit buntar antara satu2nya bandar kecil yang ada 2 bandar dalam satu kwsn,kira cm bandar satelit la..satu digelar "pekan lama",yg dh wujud melebihi 40 tahun lampau,dan juga pekan baru.

5. Parit buntar ada kampung yg sgt luas,dipanggil "kampung kedah".

6. parit buntar merupakan bandar penyampung kepada jalan utama utara-selatan.Di antara pulau pinang smpai ke taiping..tanpa parit buntar,maka tk wujudlah lebuhraya antara tol taiping utara dan tol jawi.:P

7.parit buntar antara tempat yg ada menara jam yang antik dan usianya mencecah puluha tahun.

8.Parit Buntar jugak tempat hasan ali menang(pas) dn juga merupakan kwsn MP YB Ustaz Mujahid (pas).yg merupakan bekas advisor utk Institusi Usrah (IU),sebuah kelab islam di MMU :D

so,dari semua kriteria2 di atas,tak dpt dinafikan lagi..parit buntar memang tempat best of the year,dan berjaya menggondol anugerah the best place to live in the world (BPLW) 2005/2006. :D

p/s : sapa2 yg tk penah mai parit buntar,kira tk sah jadik rakyat malaysia.Visit parit buntar,means you visit Malaysia,thailand and also philiphine.:P

4 comments:

Anonymous said...

he he he.. gemparnye berita... :P
betul2.. 1st time nak dtg rs mcm nak dtg lg.. sbb dtg kejap je dulu... g walimah org je.. x jln2.. ha ha.. so nak kene dtg lg nih ...:P

p/s: hari pun ade berita gembira yang laen... :) ameenn..

Mardiana Azhar said...

excuse me, sungai petani pun ada pekan baru dan pekan lama. menara jam di sungai petani adalah yang paling antik dan antara yang tertua di dunia.
parit buntar mempunyai parit yang sangat besar di tengah2 pekannya. :P

Anonymous said...

ceh....
walapupun aku hidup 4 tahun lamanya darik hang di parit buntar...aku tau banyak pemalsuan dalam fAKTA2 karut hang...
hakktuihh

shahril khairi said...

hehe..aku lahir kt tepen, tp dibesarkan di parit buntar (umah aku kt depan balai polis parit buntaq) masa tu kuaters JKR, skang da jd MDK, skang aku dok kt bandaq baharu.. apapon aku tetap sokong, parit buntaq mmg the best. byk nostalgia hehe