Sebagai tempat yang diberkati, Tanah Suci Mekah, al-Masya’ir iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina, Miqat serta Tanah Suci Madinah memiliki fadilat tersendiri yang tidak terdapat di tempat lain. Justeru, ruangan pada kali ini bakal memaparkan kemuliaan dan kelebihannya buat renungan bersama.Kelebihan Mekah al-Mukarramah:Mekah adalah paksi bumi dan merupakan penempatan tertua di mana tinggalnya bapa dan ibu sekelian manusia iaitu Nabi Adam a.s. dan isterinya Hawa apabila kedua-duanya dipertemukan semula oleh Allah selepas diturunkan ke bumi dari syurga. Mekah adalah Tanah Haram sebagaimana sabda Rasulullah SAW pada hari Fath Mekah: Sesungguhnya negeri ini telah dijadikan oleh Allah sebagai Tanah Haram pada hari Dia menciptakan langit dan Bumi. Mekah adalah Tanah Haram dengan pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. (riwayat Muslim)Antara kemuliaan dan kelebihan Mekah adalah:
Tempat yang paling disayangi Allah. Ia bertepatan dengan sabda baginda Rasulullah SAW: “Demi Allah! Sesungguhnya engkau (yakni Mekah) adalah sebaik-baik bumi Allah, dan bumi yang paling disayangi-Nya.” (riwayat al-Tirmizi)Betapa beruntungnya jemaah haji kerana dapat menjejakkan kaki di bumi yang penuh berkat ini sebagai tetamu al-Rahman. Sesuai dengan status yang mulia ini, setiap jemaah hendaklah memastikan hati dan diri sentiasa suci agar tidak terjerumus ke dalam kemungkaran dan kezaliman. Renungilah firman Allah: Dan barang siapa yang berniat melakukan di Mekah kejahatan dengan cara yang zalim, nescaya kami akan merasakannya dengan azab yang tidak terperi sakitnya. (al-Hajj: 25)
Rasulullah SAW pula bersabda yang mafhumnya: Antara golongan yang amat dibenci oleh Allah ialah orang yang melakukan kejahatan di Mekah. (riwayat al-Bukhari)Gandaan pahala mengerjakan amal soleh. Beribadat di Mekah menjanjikan pahala dan ganjaran yang berlipat ganda. Jemaah haji sewajarnya mengambil peluang keemasan ini dengan menumpukan sepenuh perhatian dan usaha mereka ke arah melakukan amalan solat fardu dan sunat khususnya ketika beribadat di Masjidil Haram, begitu juga amal soleh yang lain seperti bersedekah. Ibadat tersebut akan digandakan pahalanya sebanyak 100,000 kali.Sabda Rasulullah SAW: “Solat di al-Masjidil Haram lebih afdal daripada 100 kali solat di masjidku ini (iaitu 100,000 kali di masjid lain)”. (riwayat Imam Ahmad).
Al-Hasan al-Basri meriwayatkan: “Sedekah 1 dirham (di Mekah) lebih baik dari 100,000 dirham, dan setiap kebajikan digandakan sebanyak 100,000 kali”.Kaabah & Masjidil Haram.Kelebihan Mekah begitu sinonim dengan kewujudan Kaabah sebagai rumah ibadat pertama dan kiblat umat Islam. Ia dibina daripada bongkah batu Gunung Lubnan, Tur Zaita, Tur Sina, Judi dan Hira’.
Firman Allah: Sesungguhnya rumah ibadat pertama yang didirikan untuk golongan manusia adalah yang terdapat di Mekah yang penuh keberkatan, sebagai petunjuk kepada sekelian alam. (ali-‘Imran: 96)Agar tidak dipersiakan kesempatan ini, jemaah haji wajarlah bersegera ke Masjidil Haram agar dapat mengerjakan tawaf Tahiyatul Bait dan tawaf sunat. Tunaikan solat dan duduk di barisan hadapan agar mereka sentiasa dapat melihat Kaabah. Sabda Rasulullah SAW mafhumnya: “Allah menghapuskan kesalahan orang yang sedang tawaf serta menulis baginya kebajikan”. (riwayat al-Tirmizi). Sabda Baginda lagi: “Sesungguhnya Allah menurunkan 120 rahmat pada setiap hari; diturunkan kepada Kaabah 60 rahmat bagi orang yang mengerjakan tawaf, 40 rahmat bagi orang yang solat dan 20 rahmat bagi orang yang melihatnya. (riwayat al-Tabrani)
Mustajab Doa Antara tempat yang mustajab doa ialah di Multazam dan di bawah Mizab. Sambil merapatkan pipi, dada dan dua t apak tangan ke dinding Kaabah, berdoalah dengan penuh keikhlasan dan pengharapan agar segala permintaan diperkenankan Allah SWT.Tunaikan solat di Hijr Ismail kerana ia juga adalah sebahagian daripada Kaabah. Sekiranya tidak mengganggu jemaah yang sedang tawaf, tunaikan solat dan berdoa di belakang Makam Ibrahim kerana ia juga tempat mustajab doa.
Firman Allah: Dan jadikanlah sebahagian dari Makam Ibrahim sebagai tempat solat. (al-Baqarah: 125)Hajarul AswadIa adalah kepingan batu yang berasal dari syurga. Jemaah lelaki disunatkan mengucup dan mengusapnya, manakala bagi wanita hukumnya hanyalah harus.
Sabda Rasulullah SAW: “Demi Allah! Dia akan membangkitkan Hajarul Aswad pada hari kiamat, baginya sepasang mata untuk melihat dan lidah untuk berkata-kata; menjadi saksi kepada yang telah mengusapnya dengan kebenaran”. (riwayat al-Tirmizi)
Telaga Zam ZamMenurut riwayat, telaga Zam Zam terhasil dari terjahan kaki Nabi Ismail a.s. atau dari kuisan sayap malaikat Jibrail a.s. Ia merupakan sebaik-baik mata air dan penawar yang terdapat di muka bumi. Minumlah secara beradab dan dengan sepuas-puasnya.
Rasulullah SAW bersabda: “Air Zam Zam itu (fadilatnya) mengikut tujuan apa ia diminum”. (riwayat Ahmad) dan Sesungguhnya Air Zamzam merupakan makanan yang berzat dan penawar bagi penyakit. (riwayat Muslim)Bukit Safa & Marwah
Di sini berlakunya perjalanan Hajar mencari manusia untuk membantunya mendapatkan sumber bekalan dan tempat berlindung. Tempat saie ini merupakan syiar Islam sebagaimana firman Allah: Sesungguhnya Safa dan Marwah itu ialah sebahagian daripada syiar agama Allah. (al-Baqarah: 158)Justeru, ketika berada di kaki bukit ini, berdoalah dengan menghadap ke arah Kaabah seraya mengangkat kedua belah tangan, kemudiannya bertakbir dan bertahmid kerana ia juga merupakan tempat mustajab doa.bersambung.
1 comments:
subhanallah... bila rsnya akan dpt ke sana?...
mungkin 2 atau 3 tahun lagi.. => ameen..
p/s: cemburu kpd sp yg dah pegi.. smoga peluang maseh ade.. insyaAllah...
Post a Comment