Thursday

s/u politik exco kerajaan Selangor bunuh Diri?

salam sejahtera..

negara makin kalut..kalut sungguh.

berita panas harini sangat merbahaya terhadap keharmonian negara..iaitu dengan terbunuhnya seorang s/u politik exco kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Rakyat..



mayat mendiang terbiar beberapa jam di sini sblm disedari staf sprm..

berita dari malaysiakini seperti di bawah...

Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.

Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)


Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.

Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.

Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.

Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang tentang mayat itu.

Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.

Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia.

"(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini.Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan.

"Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.

Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.

Setakat jam 6 petang ini, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.

Komputer riba Teo dirampas


Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.

SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) and Edward Lee (Bukit Gasing).

SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.

Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.

R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan.

"Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya.


******

ulasan saya :

negara boleh terancam jika SPRM yang berat sebelah ni terus menerus bersikap begini,dan kematian misteri berlaku..prosedur SPRM makin pelik.kata mereka,ini prosedur biasa..sesiapa yang dilaporkan terbabit rasuah,SPRM akan bertindak.dah mula tersebar dr kalangan bloggers kononnya yang kena tahan tu suma bangsa cina.so ada unsur racism di sini.wallahu'alam la kan..tp sekali imbas,orang bole terima jugak.tp 2 kali imbas,mungkin kebetulan.ok fine,yang saya heran tu..si ali rustam terang2 bersalah rasuah(politik wang) dan si khairy jamaludin terang2 amalkan rasuah(politik wang),SPRM tiba2 jadi buta,bisu dan pekak.para penyiasat pun tiba2 jadi mcm OKU,tktau nak buat apa.kena panggil siasatan pun tidak.ini laporan je dah kena,memang la patut diorang buat cmtu,tapi biarlah fair kan?

Prosedur?

sebelum ni pun ada dakwaan orang awam yang dibelasah SPRM..paper semalam tak silap.harini,bunuh diri (kata mereka).tapi jika fikir logik..apa pasai nak pi siasat sampai pukul 3.45 pg tu...siasat apa lagu tu.mana hak dia sebagai seorang manusia,sebagai pegawai kerajaan..dibuat sebegitu rupa..cmna orang tak benci.

ni ke prosedur SPRM selama ni?di mana hak kemanusiaan yang perlu dijaga SPRM?belasah orang sampai pagi?ntah makan pun tk bagi apa.tk patut..tu zalim namanya!

ni baru SPRM.kalau polis cmna la agaknya?

sekarang dia dah mati.kata lah apa pun,terjun bangunan ke,ape ke,yang pastinya,sepatutnya dia kawen esok.sekurng2nya..kalau nak bunuh diri pun,dia mesti akan ingat orang yang tersayang,or inform orang yang terdekat dengannya.tapi itu semua tak berlaku,mengapa?dan gaya laporan bagaimana pegawai di sana boleh jumpa mayat tu juga sangat diragui.berdasarkan pengalaman membaca detektif conan,penyiasat remaja dan menonton CSI,saya rasa ada something wrong somewhere.

Suruhanjaya siasatan perlu ditubuhkan utk menyiasat etika siasatan suruhanjaya pencegah rasuah!




al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com

4 comments:

khaulah said...

setju dengan ulasan al-kandahlawai

Jauzi Jamal said...

salam..

cina,dah tentu la x belajar ilmu agama,x tahu hukum hakam rasuah..mesti r bnyak rasuahnye..diorg rasuah,ape diorg kesah..lain la kalo Nga Kor Ming ajar cina2 dlm PR tu ilmu islam..huhu..

isu racism xleh r sebut kat part2 mcm ni,xkan kita nak tgk org islam lak yg bnyak dlm siasatan sprm..ORG ISLAM..x kesah la PR,BN..ada je org islam kan..yg dituduh rasuah terang2ngan,kita xkan tahu,tetap kita akn sebut Wallahua'lam..sekurang2nya doa la kan umat islam tu jauh dari rasuah,doa yg kes tu x betul..x kisah la parti pembangkang ke or else..nie x,seboleh2 nak tarik umat sendiri semata2 kerana politik..hampehnya..nampak sgt la semua ni x betul..

fahaman kita tu kena betulkan..kena fikir gak semua tu..Org Islam..wallahua'lam

hamdan al-kandahlawi said...

thnx jauzi..

rsanya kena baca betul2 ayat yg saya tulis dlm tu."ada bloggers yg tulis,wujudnya racism"..tp bukan bererti saya tulis pendpt tu org lain tu..saya sokong 100%..baca balik ayat tu.tp kalo sekdr bg pendpt,betui la pendpt kamu tu.

cuma saya queries..org Islam mesti la lagi2 "wajib" dikenakan tindakan kalo buat rasuah ni..bukan maksudnya memihak..sebab dah tau Allah larang..buat lagi.yg jahil tu memang tkleh ckp apa la kan.ikut tingkat azab dari Allah,orgyg tau tp buat jugak,dosa dia lagi berat.

apa maksud jauzi"nie tak,seboleh2nya nak tarik umat sendiri sbb politik?"

maaf..saya tak berminat utk menyokong politik kepartian di malaysia ni.ni sekadar pandangan peribadi saya :)

tp jgn kerana dia org Islam,kita bagi muka.keadilan dalam Islam utk semua

zulfadhly said...

ya, org bukan islam memang tak belajar ilmu agama tapi nak banding dengan org islam dan belajar hukum agama tapi hebat rasuah apa ke jadahnya. ni bukan masalah belajar atau tak belajar hukum agama tapi ni masalah kepala otak dah berkarat degan nafsu dan harta...ulama pun ada yang reti hukum agama sedetail2nya tapi melenjan harta rakyat lebih teruk dari org yg tak reti agama. islam ni adil tapi sesetengah pemimpin beragama islam kepalanya dah mereng sampai tak boleh nak jadi adil bila memerintah, sebab keparat2 macam diorang lah yang mencalarkan imej islam.