salam sejahtera,....
nampaknya masih belum ada kesempatan utk perkongsian program kembara dakwah jakim..insyaALlah satu hari nanti :P
insan..hambaMu ini memang lemah..al wajibat aksaru minal awqat... tanggungjawab melebihi masa yang ada..
Kembara Dakwah
balik saja dari program Kembara Dakwah,10 hrbln malam terus ke program julung2 kalinya diwujudkan di MMU : program i-Smart yang mengkhususkan pembinaan generasi Muslim berteraskan kekuatan kefahaman al-quran..esoknya pulak,11 & 12..berada di P.D.utk program isma (family day)..
sampai saja di bilik hari jumaat petang tu,terus cek email..tengok2..ada la email yang memerintahkan lagi mewajibkan saya hadir ke menara TM aras 10 untuk test pada 13 july..dan interview position on 15th July..aduh...mau tk mau..kena gi.sebab scholar YTM..kalo breach..mmg sakit la..
oleh kerana balik dr P.D. pun dah ptg..siap2 barang,,rest sikit..bg ilang leteyh seminggu program berturut sebelumnya,pukul 2 pagi baru gerak ngn hisham ke K.L..singgah cyber hantar syam ke rumah abg hazimin,then terus gerak ke rumah azril(blankurt) atau lebih dikenali dengan "baitul Hikmah,rumah ikhwah2 isma dan juga rumah persinggahan di Shah Alam..sampai2 pun dah dekat Subuh dah..
lepas solat subuh,siap2 ke test yg dijadualkan pada pukul 8.45 pg..dalam 7.15 cmtu..saya ngn azril mula gerak ke destinasi masing2..kami terpaksa melalui federal highway,since itulah jalan paling dekat,mudah, utk sampai ke destinasi masing2..as expected..7.30 pun jalan dah jem.naseb baik la bole cilok2..sampai on time..dalam 8.40 pg cmtu. diadakan briefing,perkenalan kepada staf2 HR,dan dijalankan personality test..more on characteristics..:)
Briefing & Test
memang saiko habis la masa briefing dengan wakil HR (nama dirahsiakan) di TM..antara yang masih terngiang2 : " kamu akan diserapkan dengan title "executive',ini bermaksud,akan ada bos atas,dan ada staf bawah.dan staf bawah ni lah cabaran bagi kamu.sebabnya?nk tau tanya saya :D
tapi yang paling tk pueh hati,dalam email diorg bgtau suwuh bwk certain document saja..tp masa birefing,abg HR yg kelakar tu bgtau kena bawak mcm2 plak..dari surat beranak,sampai le surat finish study..aiya..mau tk mau,saya terpaksa drive balik petang tu ke Melaka,utk ambik dokumen2 lain..naseb baik interview hari rabu.ada gak kwn2 se keleas dan se ytm yang kena hari selasa.sampai melaka dah malam...siap2 dokumen,ada gak yang terpaksa selongkar balik kotak2 cari agreement sume..alhamdulillah semua dokumen lengkap dijumpai dgn selamat :D
pukul 12.30..selasa..drive balik ke K.L..sampai rumah azril petang dah..rehat sat,borak2 ngn housemate dia..lepas isyak g pekena roti nan cheese yang memang umph! :D mantap dan sedap dgn rakan2 osmate azril,dlm kul 11 cmtu blankurt pun join sama since jadik cikgu la plak malam tu :P
malam tu memang borak panjang la sampai pukul1 lebeyh..apa yang diborakkan?rahsia~sempat jugak tengok 'borang'..borang apa?rahsia~haha...
esoknya,subuh di surau al-islah..memang baguih surau tu.sentiasa penuh tk kira pagi petang siang malam.ada jugak ramai budak2 tahfiz quran,semua pakai serban ngn jubah putih,penuh kt belakang setiap waktu (sebab budak2,suma kena duk belakang).jadi bila lepas solat tu,duk kt belakang ke,rasa lain mcm jek..kiri kanan memutih je jubah2.teringat kesah tentera Israel yang lari lintang pukang,bila ditemuramah oleh wartawan,kenapa masa perang darat,mereka tak dapat pergi jauh ke dalam gaza : apa jwpn mereka? : kami lihat tentera Hamas memakai pakaian putih,dan muncul dari tanah dengan bilangan yang sangat ramai.lebih kurang cmtu la..
pagi tu siap2,ngn sarapan pg disiapkan tuan rumah (blankurt ) :p,milo dan roti lebihan menjadi santapan lapik perut.hari kedua travel dari shah alam ke menara TM..kali ni rasa kekok untuk mencilok-cilok di federal highway dah hilang,kemahiran menyelinap di celah2 kenderaan telah dapat dikuasai dengan baik hasil didikan dari blankurt dengan buroq putihnya.haha..suria perkasa hitam yang dipandu berjala sampai ke menara TM dalam 35 minit.yes!,satu rekod yang baik,pada masa akan datang rekod akan diperbaiki :D
sampai saja..sbb sampai terawal,tak boleh naik atas lg,10 minit sebelum interview baru leh naik.hampeh tul..terpaksa la lepak2 kt bawah tu sambil baca the sun,memerhatikan gelagat mereka2 yang berpusu2 utk ke ofis masing2.argh! suasana yang saya memang tak gemar..huhuhu..
Interview
masa untuk interview pun tiba..saya pun trus menuju ke tingkat 10 (HR department),di sana jumpak ramai lagi kawan sekelas(accounting class) yang di bawah scholarship YTM..ada gak kwn2 yang dah kena interview hari selasa.antaranya qistina,meesha,florence,lee hong,sharifah dan lain2.
interview dibahagikan kepada dua bilik,satu utk technical (graduan IT & Engine) dan satu bilik lagi untuk graduan non-technical(accounting & management).dalam setiap bilik ada director2 dan pegawai2 atasan setiap department di TM yang memerlukan tenaga kerja.
budak2 technical (engine & IT) menanti utk ke bilik 'panas'..
interview dijalankan dalam group terdiri dari 5 orang candidates.satu bilik ada lebih kurang 9-11 orang interviewer,terdiri dripada pegawai HR department,dan department2 yang lain.
saya berada dalam group pertama untuk interview bersama classmate yg lain iaitu lee hong,sharifah dan meesha,termasuk sorang candidate dari cyberjaya campus,Nurul Huda.
masuk2 jek bilik interview..tu dia aih..
ada lebih kurang 8 atau 9 orang interviewer terdiri dari department2 di TM..pastu plak,ada sorang je laki yang interview,yang lain suma pompuan..ha..memang sah.Lelaki dah pupus :P
takpa..masuk2,cool kan diri dulu.walaupun dah mcm2 interview sebelum ni saya dah lalui,suasana tu menyebabkan kecut perut gak.tapi biasanya kecut perut ni sekejap jek la:P dah mula berckp habis ar..susah nak berenti la jwbnya:D
yang pasti,medium komunikasi adalah English..
soalan yang pertama diajukan,mcm biasa :
"Assalamualaikum,I won't ask anyone to start,anyone can start first.Please introduce yourself,your background,your non-academic achievement,your family or anything."
tengok sebelah,takdak yang nak start lagi.saya pun start dulu la,bagi menghangatkan suasana.
mula2 cm blur skit,cmna la nak susun point,tapi bantai je la..
lepastu yang lain pun mula intro diri..hebat2 suma candidate ytm kali ni..mantap lah TM.
bila mai kt lee hong,dia bgtau dlu satu SRC ngn saya..keja sama2 suma..ha..baru la interviewer tu tau majority satu kelas dan memang selalu program sama..
pastu salah sorang head tu tanya,"since most of you from the same class and campus,can u tell one good point about your friends".
lee hong start dulu,then baru saya lak start,haha..memang lawak.masing2 promote kawan habis habisan :P memang sehati sejiwa lah.
ada la gak soalan2 selingan yang ditanya,killer2 pun ada gak,anatra yang ditanya direct kt saya."u seems like to meet with people and etc,so how did u apply accounting and finance?any significant?"
alapak,terkedu sebentar.neuron2 otak mula bergerak ke sana ke mari mencri jawapan yang bole diberikan.tup!,dapat.reply : yes,how the accounting been apply depend on the situation,but of course,as my responsibilities is to lead the organisation,financial is directly under my control and monitoring,since every clubs and societies in MMU allocated with some amount of money ranging RM9 k to 20 k,and every program deal with money first in order to run smoothly".pastu ape ntah lg goreng dah lupa:P (tapi mmg betul pun )
masuk sesi yang kedua : soalan untuk the whole group.
"You,become the project Manager" -sambil menunjuk ke arahku, salah seorang dari interviewer yg bnyk tanya tu bersuara.
sambungnya lagi " and all of them will be in your group,your teammate.You need to assign task to them.U'll required to get 1 million profit/revenue from the capital RM500,000."
aduh!..tk pasal2 jadi project manager.nak je tanya,berapa salary project manager?kalo tk sampai 5k letak jawatan la:P haha..
then saya pun terus la buat mcm handle SRC dulu,okeh,dengan tetibe datang idea. : huda will be my assistant director,lee hong wil be finance manager,controlling the financial of the project,mesha will be my Public relation,sales & marketing,sharifah will handle the administrative part,more towards my secretary general.
then,interviewer tu pulak tetibe tanya setiap candidate dengan job yang saya sendiri reka cipta :P. "huda,instead of assisting the project manager,what other task could you perform"(lebih kurg cmtu la dia tanya).dalam hati ni..alamak..saja je main letak je position tuh.tapi seb baik everyone bole goreng dengan baik sekali,dua kali dan tiga kali.:P mai kat part lee hong,ayat2 gorengan dia pun sama jek cm dalam src dlu.haha..memang otak dak MMU ni sepattern jek :P
pastu ada lagi la soalan2 lain..tapi yang pasti memang meriah la.then tetiba salah sorang interviewer tu ckp," okeyh,we go back to reality,to the main part."
" Everyone of you consider okey,very good.so...anyone of you interested in sales and marketing department?"
sampuk sorang lagi " or CAM management?(customer account management)
ha..sudah.
tetiba semua diam sejenak.
maklumlah...suma candidate dlm grup tu accounting students...sepertimana saya jugak,dah pasti matlamat akhir utk jadi professional accountant,jadi chartered accountant,jadi MIA members dan hold ACCA or CPA qualification.
pastu ada la perbincangan..ada yg ckp kalo bole nak yang ada kena mengena ngn akaun..nak tu..nak cmni..saya pun tokok tambah lg..tapi last2..jwpn dari para interviewer :
" Let we make it clear and tell the truth,actually the account/finance department,internal auditor department had no vacancies...already full..'
hu...semua sekali lg terdiam.masing2 mula mencongak2,apa yang patut dibuat.
pastu ada sorang lagi interviewer tawarkan,anyone interested in information system?handling accounting system,related to the info system job?
aduh..pk2..mmg tk sesuai,tak kena ngn jiwa la..tapi lee hong reply dia boleh cuba gak department tu.hoho..sesuai la kut ngn dia.
lepas bncg skit lg..last2 keputusan..memang tak dapat diubah,yang available deprtment2 berkaitan sales,marketing dan AIS.(info system)...tapi kalo ada vacancies baru leh apply internally..
kalo sales tu bukan yg g jual xpax tu :p jaga bhgian account sales la..billing..customer account,credit account,account receivable dan lain2..tp last2 suma cm dah parah..ok je la..
memang yang dipanggil interview,placement dh ada..cuma position nak tentukan d mana..so..pasrah~
ada la riak2 kesedihan d wajah classmate yg lain.haha.tp nak buat cmna,dh ytm sponsor dekat 100 ribu lebeyh...lari TM,mau kena bayar seribu lebeyh sebulan (ikut calculation lee hong)..kalo tnya abg TM yg jaga ipta/ipts,dia kata plg kurg 900 ++..larat nak bayar?dh mcm beli vios sebijik dah tu...uhuhu
tapi apa2pun..syukur la..alhamdulillah..sekurg2nya ada rezeki yg halal bole d cari..tak kesah la.layan je la~
habis jek interview,g lunch di fud court tm aras 3 dengan lee hong..bincang2 gak..since abang lee hong pun kje di TM jugak..ayah dia pun TM..so dia pun nampak gaya org TM la jugk..
dgn lee hong,lepas interview
then lepastu gerak balik melaka,hantar lee hong dlu kt rumah dia di seri kembangan,then shoot ke melaka..malam ada aktiviti lain,diskasyen dan sebagainya.harini,gi area2 pantai pengkalan balak ngn aizam,dan shbt2 se aceh yg lain..survey tmpat utk program binding group komiti aceh pd 25 & 26 july nnti...then ujung mggu ni nk survey tmpt utk explorace PEMBINA di melaka plak..event ni pulak akan berlangsung 1 august..seb baik aizam ada,dia lah yang kena cover suma.
saya lak,rumah di perak dah memanggil2..kena balik secepat mungkin..kemungkinan besar,1 august dah kena start lapor diri,or training dengan TM..7 july,rehearsal convovation ceremony,dan 9 July,bakal menjadi tarikh keramat dalam hidupku.tarikh convo utk menerima segulung ijazah,dengan title graduate Bachelor of Accounting (honours),Multimedia University.
sepatutnya 5 haribulan akan mewakili Malaysia dalam program Bas Belia MABIMS,iaitu program susulan selepas program Kembara Dakwah JAKIM 09(PKD) ,bersama belia2 dari Singapore,Indonesia,Brunei dan Malaysia..5 hrbln hingga 9 haribulan tengahari akan berada di singapore..dan 9 rhbln tghari akan sambung programnya di Malaysia sampai 14 hrbln ogos..mau tak mau,belum ada rezeki untuk sertainya..memandangkan clashing dengan convo,dan juga tarikh lapor diri TM..tentatif dan aktiviti nya sangat2lah menarik..jadi kpd peserta PKD yang terpilih utk ikut program susulan ni,jgn lepaskan peluang keemasan ni..
dan sekarang masa utk mengemas barang2 pulang ke tanahair tercinta,Perak Darul Ridzuan..:P
sekian coretan idup.
"khairunnas,anfa'uhum linnas"
sebaik2 manusia,manusia yg memberi manfaat kpd yg lain"
al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com
10 comments:
alhamulillah....:)
idup org perak! ~^_^~
smg sentiasa mencipta kejayaan dlm kamus hidup~
ameen..jazakillah.
idup perak!ada 2 menteri besar!
ameen..jazakillah.
idup perak!ada 2 menteri besar!
macam kt jusco equine jer bro... ate moh ler ke perak
kat satu tmpt di malaysia la..:P
nak balik perak la ni.demo d mana
dtg TM xhabaq pun..
cmpai ati.
sob3 =p
azril hanafi plis ~
salam...
wah best nyer...
betul jgk...cemerlang dalam akademik belum menjanjikan peluang pekerjaan kepada kita...kalau tak boleh nak bercakap atau menyuarakan idea...
semua tu kena bina dalam diri masing-masing...
apapun, kamu memang busy..kesian kat mak ayah kat kampung sebab anak dia tak reti nak balik rumah huhu...
apapun, all the best semoga sukses selalu...
InsyaALLAH
to azril.
pergh,azril pls..aaa.sempit dada rasanya.blankurt jugak yg serasi,.hahaha
to putri :
org dh nak balik ar ni..apa la :D
Post a Comment