salam semua..
berita panas yang terbaru adalah berkaitan penahanan 2 orang mahasiswa Universiti Malaya,dan 3 orang lagi dicari termasuk Presiden PMIUM, Shazni Munir Mohd Ithnin.
pada mulanya,baca tajuk posting di malaysiakini.com,'bini puaka seret 2 siswa ke mahkamah.Bila teruskan bacaan,rupanya 2 pelajar UM tersebut,yang merupakan pelajar akademi pengajian Islam ditahan dan di bawa ke mahkamah.
sebagai seorang anak muda,agak tersentak membaca tajuknya sekilas.penahanan mahasiswa yang berlaku terus-terusan,penindasan terhadap mahasiswa berleluasa sejak sekian lama.
adakah mereka lupa mahasiswa inilah,yang akan menyambung kepimpinan negara satu hari nanti.penindasan yang tidak berperikemanusiaan ini hanya melahirkan mahasiswa yang tak mampu menggalas beban kepimpinan negara yang cemerlang satu hari nanti.
tetapi,bila di amati,apakah peristiwa yang berlaku sehingga membawa kepada penahanan mereka,dan saya mula berfikir secara rasional tindakan mereka,dan apa yang menyebabkan mereka ditahan.
mari kita lihat petikan laporan berita berkenaan isu ini dr malaysiakini.com:
isu rosmah mansor menjadi bahan
Gara-gara didakwa menconteng perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Rosmah Mansor, dua pelajar Universiti Malaya dihadapkan ke mahkamah hari ini.
Mohd Izzuddin Hilmi dan Mohd Syahruldeen Ahmad Rosli dituduh bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan bagi kesalahan khianat yang menyebabkan kerosakan sekurang-kurangnya RM25.
Selain menconteng, mereka juga dituduh menyimbah petrol di permaidani merah beberapa jam sebelum dilalui oleh isteri Datuk Seri Najib Razak, pagi Rabu lalu.
Dua pelajar Akademi Pengajian Islam itu juga dituduh bawah Seksyen 436 kanun yang sama iaitu kesalahan khianat dengan api atau benda letupan dengan niat merosakkan harta benda.
Seksyen 427 membawa hukuman dua tahun penjara, sementara Seksyen 436 mengakibatkan maksimum 20 tahun penjara. Kesalahan itu juga boleh didenda, jika disabitkan.
Kedua-duanya mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan hakim Rosbiahanim Arifin.
Seorang pegawai penyiasat memberitahu Malaysiakini petang ini, kedua-dua pelajar itu dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 3 petang tadi.
Tiga suspek dicari
Kesalahan-kesalahan tersebut dipercayai dilakukan oleh lima orang, termasuk dua menconteng, dua mengawasi kawasan sekeliling sewaktu kejadian dan seorang lagi dianggap dalang perbuatan itu, kata pegawai polis tersebut yang enggan dikenali.
olis sedang mencari tiga lagi suspek, termasuk presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) Shazni Munir Mohd Ithnin.
Mohd Izzuddin ditahan 4 pagi Rabu lalu, hari lawatan wanita pertama negara untuk menutup kempen derma 'Power of 10 Sen: Gaza Dibela' bagi anak-anak Palestin di dewan utama Akademi Pengajian Islam (foto: perkataan telah dipadamkan).
Sementara rakannya Mohd Syahruldeen pula ditahan keesokannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur, kata pegawai penyiasat itu lagi.
Kedua-dua pelajar kini ditahan di penjara Sungai Buloh sementara menunggu diikat jamin RM5,000 setiap seorang esok.
Timbalan pendakwaraya Mazelan Jamaludin asalnya meminta jaminan RM10,000 seorang untuk semua pertuduhan, termasuk Seksyen 447 kanun yang sama atau kesalahan menceroboh.
******
sememangnya mahasiswa,iaitu anak muda yang penuh dengan idealisme,kekuatan untuk menentang arus,dan menonjol,menentang sesuatu yang berlawanan dengan idea2 semasa,berani ini merupakan tonggak kekuatan sesebuah negara,mahupun satu2 organisasi.
tetapi perlu diingat,anak2 muda selalu menjerumuskan diri dengan emosi,hawa nafsu,dan kadangkala idealisme yang keterlaluan menyebabkan tenaga mereka yang dicurahkan untuk sesuatu perkara menjadi sia-sia.Di sini perlunya orang2 dewasa yang lebih rasional dan berpengalaman untuk menegur,dan check & balance.
anak muda bersama kumpulannya,akan wujudnya satu semangat luar biasa,semangat inginkan kebebasan,inginkan idea2 mereka didengari,kalau boleh satu pelusuk dunia mahu dinyatakan,begini begini dan begitu lah idea.lihat saja,persidangan-persidangan,konvensyen sana sini,mesyuarat-mesyuarat,dan berbagai lagi.semuanya hasil usaha,"mahasiswa"/anak muda yang mengorak langkah awal dalam mengenali erti kehidupan.
tetapi,jikalau tenaga besar ini tidak didasari dengan akhlak Islam yang sebenar,tidak di susun berlandaskan sunnah Rasulullah,tidak benar-benar dijaga dan dikawal dengan al-quran..maka idea+tenaga tadi akan menghasilkan tindakan mahasiswa yang tidak rasional,dan melampau.
kes terbaru seperti di atas,penahanan mahasiswa itu,sebenarnya menunjukkan satu contoh yang kurang baik untuk diikuti para mahasiswa.kadangkala,mahasiswa merasakan merekalah hero apabila mereka dikenakan tindakan dari pihak atasan/universiti.kadangkala,ada juga yang berbangga,' aku dah banyak kali keluar masuk mahkamah pelajar sebab berdemo',aku dh banyak kali kena panggil dek polis utk soal siasat'. ayat2 sebegini saya dah selalu dengar dari mereka yang melabelkan diri mereka sebagai gerakan mahasiswa.
asalkan membantah,dan menentang,akan dianggap sebagai benar.Perlu diingatkan,tak semua bangkangan,dan penentangan terhadap sesuatu isu itu melambangkan pihak tersebut di pihak yang benar,dan tak semestinya pihak yang menjadi mangsa tentangan itu di pihak yang salah.
dan tak semua cara untuk menyelesaikan sesuatu isu itu hanya melalui penentangan,demonstrasi dan lain2.ya benar!,itu juga adalah salah satu cara,tapi gunakanlah medium,channel dan saluran2 yang boleh disampaikan secara lebih diplomasi untuk menyelesaikan sesuatu ketidakpuashatian dan isu-isu.
pengalaman saya sendiri 3 tahun dalam MPP,mengajar saya melihat sikap tindakan dan akibat bagi sesuatu tindakan.Mengajar saya untuk mengambil jalan diplomasi dari jalan penentangan.Memberi erti kesatuan dan perpaduan dalam konteks masyarakat majmuk,di MMU.seringkali mahasiswa mudah melakukan sesuatu perkara berdasarkan idea,lisme yang telah sekian lama dipupukdalam minda "kemahasiswaan" tindakan2 yang dirasakan benar dan popular ketika zamannya,popular dan patut dilakukannya mengikut pandangan orang2 disekelilingnya,tetapi hakikatnya mungkin berbeza.
jadilah MAHASISWA ISLAM,bukan hanya sekadar mahasiswa.Pelik juga,apabila kejadian "conteng" dan simbah petrol berlaku dari kalangan pelajar akademi "ISLAM",dan kata2 yang diconteng pula belum pasti kebenarannya,juga tempat diconteng itu juga sesuatu yang tak boleh terima dek aqal yang waras.Apatah lagi,sangat memalukan jikalau ianya ada kaitan dengan persatuan mahasiswa yang menonjolkan mereka membawa panji-panji Islam.alangkah seidhnya Rasulullah jikalau melihat Ummatnya yang membawa agama suci murni ini dengan jalan emosi dan nafsu semata.
bukankah tindakan conteng dan sebagainya itu sesuatu tindakan yang zalim? meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya.itulah ZALIM.apa hukum orang yang ZALIM?orang mengaji pengajian Islam lebih tahu untuk menjawabnya,siap dalil 'aqli dan Naqli mampu dihujahkan,berpage2 boleh ditulis,berbuku2 boleh dipersembahkan,berjela2 boleh diulaskan dalam blog.
itu juga dikira merosakkan harta awam,menconteng juga merosakkan dari segi pandangan dan imej.kenapa perlu berkelakuan sebegitu rupa?jika benar2 merasakan ingin menentang pihak2 tertentu,akibat pengaruh isu-isu semasa,kenapa perlu sehingga melakukan sebegitu rupa,yg mana ianya boleh membawa persepsi negatif terhadap 'Islam ' itu sendiri,sedangkan Islam itu datangnya dengan akhlak Rasulullah,Islam datangnya dengan perdamaian.
apatah lagi,contengan tersebut,merupakan tuduhan kepada Rosmah,(isteri najib) yang akan datang merasmikan program PALESTIN.bukannya program tari menari ke ape ke.walau bagaimana kita rasa kejahatan yang dia dah lakukan pun,apa hak kita untuk menuduh sehingga begitu rupa?jangan sibuk2 kerja Tuhan.Allah tahu,dan Dia maha memberi balasan.Tapi yang menuduh ni,dosa dgn Tuhan ke?tak...dosa ngn yang dituduh.sanggup pegi mintak maf kat Rosmah?maka tanggunglah sendiri akibatnya.
biarlah setiap tindakan itu,tindakan yang menonjolkan apa yang disarankan oleh Al-Quran dan Sunanh,jika benar membawa gerakan mahasiswa ISLAM.biarlah rasional dari aqal yang waras.jangan hanya sekadar menonjolkan "we have done something.see what we did.This is what we called action!" "we cannot just sit down,we have to fight for the right".--> ini antara ayat2 yang selalu kedengaran,bunyinya hebat,tetapi kebanyakan tindakan dilakukan dengan semangat "kemahasiswaan",kadangkala akhlak2 Islamiyyah yang menjadi pasak utama,menjadi cair,akibat panasnya darah mahasiswa,darah anak muda.
tindakan itu satu yang bagus,dan perlu.gerakan mahasiswa mesti bangun,dan bangkit dari lena yang panjang.tetapi,biarlah semuanya didasari dengan aqidah dan akhlak Islam,barulah ianya akan membuahkan natijah yang bermanfaat.InsyaAllah
sebuah nukilan utk diri sendiri dan semua MUSLIM.
al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
2 comments:
entry ini sngt mengejutkan.. betul "siput" huhu... lmbt betula na update pasal ni... hoo~...
betul..betul.. betul.. setuju dgn pandangan akh. kdng2 meeka ni terlalu emotional.. ya walau kita rasa pihak terbabit salah.. gunakanlah saluran yg betul.. bukan tindakan yg ZALIM. tunjukkanlah akhlak yg baik nak2 sbg Mahasiswa Islam.
ni bangang namanya...banyak lagi cara lain..kena tangkap pasal benda2 bangang buat malu mahasiswa ja..bagila alasan apa pun..tapi ni perjuangan cara bangang..
Post a Comment