Thursday

ya qaumun amaliyyun,Tsabatlah dalam perjuanganmu!




satu perkongsian kepada semua para da'ie di medan yang penuh dgn cabaran...


“Sungguh KAMI mengetahui bahawasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu (wahai Muhammad), sungguh mereka itu bukan mendustakan dirimu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat ALLAH. Dan sungguh telah didustakan (pula) Rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka bersabar terhadap pendustaan dan penganiayaan terhadap mereka, sampai datangnya pertolongan ALLAH kepada mereka, tidak ada seorang pun yang dapat mengubah kalimat-kalimat ALLAH, dan sungguh telah datang kepadamu sebahagian dari berita Rasul itu. Dan jika berpaling mereka itu terasa amat berat bagimu, maka jika kamu dapat membuat sebuah lubang di bumi atau tangga ke langit atau kamu dapat mendatangkan mukjizat kepada mereka (maka datangkanlah), seandainya ALLAH menghendaki, pastilah ALLAH menjadikan mereka semua dalam hidayah, oleh sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang jahil.”



Berkata Imam Abu Ja’far: ALLAH berfirman kepada Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam, bahawa sungguh Kami mengetahui perkataan dan tuduhan orang-orang Musyrik itu amat menyedihkan hatimu (iaitu pendustaan mereka, serta tuduhan mereka bahawa Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam penipu)[1].

Kadang-kadang mereka menyebut Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam ‘Sang Penyair’, kadang menyebutnya ‘Sang Spiritual’, sebagiannya menyebut ‘Kurang Waras’, padahal dalam hati mereka mengakui kebenaran ucapan beliau Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam itu[2].

Dengan ini disebutkan dalam hadits : Berkata Abu Jahl pada Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam “Sungguh engkau wahai Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam sungguh adalah penyambung silaturahim, dan amat benar dalam berbicara, maka kami sama sekali tidak mendustakanmu, melainkan mendustakan apa yang engkau bawa, maka ALLAH menurunkan ayat ini[3].”

Demikian beratnya kesedihan hati Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam kerana berpaling kaumnya dari dakwah yang beliau bawa, hingga terlintas di hati beliau Muhammad Salallahu Alaihi Wasallam untuk bunuh-diri, sebagaimana disebutkan dalam beberapa ayat yang lain: “Boleh jadi engkau akan membunuh dirimu (wahai Muhammad) kerana mereka tidak mahu beriman.[4]”,

atau juga ayat: “Maka (apakah) kamu akan membunuh dirimu (wahai Muhammad) kerana bersedih hati setelah mereka berpaling? sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).[5]”

Demikianlah munasabah (kaitan) ayat ini dengan ayat yang lain menurut Imam Ibnu Katsir[6].

Adapun Imam Al-Biqa’iy, mengaitkan ayat ini dengan ayat: “Maka janganlah ucapan mereka menyedihkan hatimu, sesungguhnya Kami mengetahui apa yang mereka rahsiakan dan apa yang mereka nyatakan.[7]”

Komentar Imam Al-Biqa’iy: Janganlah engkau bersedih, kerana engkau mengetahui bahawa ALLAH redha kepada orang yang taat pada-NYA serta murka kepada yang bermaksiat pada-NYA, hingga hendaklah orang yang taat pada-NYA tidaklah bersedih melainkan bergembira dengan dakwahnya[8].

Catatan :

[1] Tafsir At-Thabari, XI/331

[2] Ibid, XI/331

[3] Hadith Riwayat Tirmidzi no. 5058; Al-Hakim, II/315 dan ia berkata: Shahih berdasarkan syarat Syaikhan; juga di-shahih-kan oleh Albani dalam Shahih Sirah Nabawiyyah, I/203

[4] QS Asy-Syu’araa, 26:3

[5] QS Al-Kahfi, 17:6

[6] Tafsir Ibnu Katsir, III/250

[7] QS Yasin, 36:76

[8] Tafsir Al-Biqa’iy, III/43

Suka ana kongsikan segala ini buat diri juga sekalian yang sedang berjuang di Landasan Syariat. Hapuskan kepalsuan yang ada, benteraslah kemaksiatan yang bermeraja lela.

Perjuangan itu tidak memerlukan kumpulan sekiranya kumpulan yang sama memperjuangkan pada awalnya itu telah mencampur adukkan yang mungkar.

Moga salah faham teman-teman yang bertanyakan pada ana sebelum ini terjawab.

Laksanakan Syariat Allah walau di mana pun.. SABAR itulah kekuatan DOA itulah perisai. Sungguh ujian kita di zaman ini sangat besar. Tidak tertimbang beratnya, tidak mampu diukur keluasannya. Teruslah bersandarkan pada Quran dan Sunnah. Insya`allah, moga redha Allah yang kita temui

dikongsi dari : atriza



Gambar yang boleh dikongsi :


try and try and try...bring ISLAM BACk!!








al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah


3 comments:

A said...

as-Soff : 10-11

ini baru la memperjuangkan ekonomi ummah, sheikh.. =D

hamdan al-kandahlawi said...

haha..

butui2...

ekonomi ummah! :D

amani naser said...

http://my.opera.com/bicaraharaki/blog/show.dml/1299185

assalamualaikum...
boleh la try bukak link ni.. :D
bagi kekuatan n kesedaran untuk sumer... insyaAllah..
1st time bkak blog ni.. thru atie's blog...
salam ziarah,..