Wednesday

Purdah diharamkan?

salam..

antara berita utama pagi ni yang mengejutkan saya"Perancis Haramkan Purdah"



berikut antara laporannya dr utusan:

PARIS 23 Jun - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.

Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai 'tahanan di sebalik tabir'.

Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis - menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.

Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.

Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.

Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang.

Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.

Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.

Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam. - AFP

ulasan saya :

memang nicholas sarkozy ni tk sedar diri,kalau tk kerana Islam,smpai harini perancis akn jd negara mundur.akibat sebahagian dr perancis dah ditawan oleh kerajaan andalusia dan turki uthmaniyyah,berlakunya aliran teknologi dan ilmu pengetahuan ke sana.ketika itu siapa yang membawa itu semua?antaranya mereka2 yang memakai purdah ini juga.

rasa geram teramat! - tunggulah kamu dihancurkan,Islam pasti akan bangkit semula,dan Rom barat akan dibuka!


p/s : sedih dgn org yg suka bukak aurat,walaupun ada kebebasan pakaian d malaysia nih.



al-kandahlawi
Teratak An-Nushur
www.pembinamelaka.com

7 comments:

emir.abu.khalil said...

subhanAllahi wabihamdihi, subahnAllahil 'Azim...

bahkan, dia lupa sejarah dan buta akannya. adakah dia sebenarnya mangsa keadaan atau dia buat-buat tidak tahu? sungguh, eropah seluruuhnya berhutang besar dengan Islam...

salam risalah dari Sydney

مرضيا تي محمد جا ميلي ~ said...

betul. suke ayat p/s tu.

khaulah said...

sedeyh sgt bc berita ini... geram pun ada juga.. huhu(>_<)

p/s: lindungilah kami Ya Allah.. ameen...

hamdan al-kandahlawi said...

to abu khalil :

benar2...salam kembali :)

to atie :

ha'a.memang kan.

to khau :

geram2

Nini Marini said...

salam,

Aduh, terase sungguh pedihnye bile dikaitkan dengan perancis ni.

Nak tau pendapat saya pulak??

Sememangnye pakcik Sarkozy dan mana² orang Perancis, sejak azali lagi dah termaktub yang mereka ni takkan beri muka pada kebebasan orang Islam untuk praktikkan Islam di France.

Kalau nak tahu, tagline negara France ni adelah ; LIBERTY, EQUALITY, FRATERNITY.

Ironi sungguh.diorang ni sangat pentingkan kebebesan dalam sume bnde. kebebasan bersuara,kebebasan express segala bnde.

Disebabkan kebebasan yang menjadi prinsip inilah, dikatekan kat france ni, kalau nak buat ape² pun, orang takkan heran. nak kecoh² gaduh tepi jalan pun boleh,kebebasan melawan cikgu, kebebasan beraksi tak senonoh di khalayak orang tu tak payah cakaplah.dah sebati dengan darah daging.

Dan ayat feveret mereka setiap kali nak buat ape², "we have the rights to bla3..". ataupun, "u know, u have rights."

Tapi bile mai tang orang Islam,terus hilang kebebasan tu.pleaselah,mane kebebasan yang dibangga²kan tu?suka hatilah nak pakai tudung sampai lutut ka, nak pakai purdah tutup mata ka, itu kan kebebasan setiap orang yang duk kat france.

Saya suka ada jawapan seorang sister yang penah berdebat dengan sorang kawan frenchnye. budak french tu kate orang islam ni extremist.

Then sister tu tanya, what do u mean by extremist?

Budak tu jawab, "u pakai tudung labuh², that's extreme.pakai baju besar², to the extreme that it doesnt show an inch of ur body.u solat depan public, u know, so extremist."

Then sister tu jawab,

"Oh, kalau gitu, u pakai baju ketat gile nak mati tu tak extreme? pakai skirts, kalau boleh yang paling pendek sekali, tak extreme? extremelah tu, same je konteksnye. kalau i solat depan public, at least tak kacau orang. yang u all suke sangat buat party menari² buat bising depan public, tak extreme ke? dahle menyusahkan orang pulak tu."

Heh, diam budak tu.


Nampak tak, diorang duk kata Islam ni extreme, islam ni conservatives, tapi diorang sendiri tak paham maksud perkataan² tu. at last lebih memalukan bile dibuktikan yang diorang ni pun 2 kali 5 je dengan perkataan² tu.


Sorry ye bro, teremo kat sini. Tula, sape suh bukak topik pasal perancis ni.terus ngadap depan kompiter, live from france.

hehe.

Salam.

hamdan al-kandahlawi said...

ha...tudia..

bila orang perancis dah komen,jgn ckp apa dah la.sangatlah benar lagi betul kenyataan nini tersebut.

moga nini pun dpt share ngn shbt2 semuslim seluruh dunia tentang hal ni,supaya muslimah2 di malaysia bersyukur kebebasan pakaian yng diberikan..

it's ok.nyatakan pandangan kamu,seantero dunia mengalu2kannya :)

teruskan dalam usahamu

salam dr malaysia. :P

Anonymous said...

Do you have copy writer for so good articles? If so please give me contacts, because this really rocks! :)