salam sejahtera..
alhamdulillah ada kesempatan sebentar utk menziarahi blog2s.
tertarik dengan satu tulisan Marini,seorg junior masa orientation 05/06 ,4 tahun yang lepas,yang sekrg telah berada di bumi Perancis ,juga berada dlm susunan dakwah yang penuh dgn cabaran ini.Saya ucapkan kepada beliau selamat beristiqomah,dan sama2 memperbaiki diri..
just perkongsian yang saya rasa amat berguna,dan akan menyentuh hati mereka2 yang diberi nikmatNya..
HUJAN
Semakin mendekati musim panas, semakin kerap pula bumi Rouen ni dilitupi awan mendung.
Hujan turun hampir setiap hari.
Langit sangat pekat.
Angin pun kuat amat.
Tapi hujan bukan setakat di luar, kat dalam ni pun hujan lebat.
Semalam, lama sungguh hujan kat dalam ni ambil masa nak berhenti.
Tapi saya rasa bagus juga saya 'ditimpa hujan lebat' ni semalam.
Memang dah lama sangat dah saya tak menangis macamni.
Asyik bergelak ketawa, jarang sekali untuk menangis.
kalau menangis sekalipun, untuk hal² yang kecil dan remeh.
Apatah lagi menangis untuk Allah, dah lama saya tak rasa kemanisan itu.
Menghayati saat² berdua²an dengan Dia yang selalu melihat.
Sedangkan,
Para salafussoleh banyak yang mengungkapkan, betapa nikmatnya yang dirasakan dari airmata yang menitis kerana Allah.
Dari airmata itu, akan turun rasa tenang, kasih sayang Allah, ditulis banyak kebaikan, dan diangkat darjatnya di kalangan manusia.
Sedangkan Rasulullah, manusia yang paling mulia pun, sampai basah janggutnya kerana menangis takutkan Allah.
Saidina Umar menangis dan berkata, "Kalau ditakdirkan semua orang masuk syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu."
Ummu Sulaiman menangis kerana semua anaknya telah syahid di medan perang dan tidak tinggal seorang pun untuk dihantarnya lagi.
Kita menangis kerana apa?
Pernah tak kalian rasa kenikmatan itu?
Kalau belum, sama²lah terus mencari, moga Allah melembutkan hati yang semakin keras, yang sungguh payah untuk menangis.
Sekalipun kalau kena memaksa diri untuk menangis, paksalah juga.
Kerana Malik bin Dinar, seorang tabi'in pun berusaha sehingga memukul² pahanya sendiri, supaya dirinya menangis kerana Allah.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Takkan tersentuh oleh api neraka, seseorang yang menangis kerana takutkan Allah." (HR Tarmidzi)
MATI
Sebenarnya ada 2 sebab yang mencetuskan tangisan saya semalam.
Sebab pertama, terpaksa dirahsiakan. Hanya saya, Allah, dan seorang lagi saja yang tahu.
Dan sebab kedua, bila ditakdirkan saya terbaca ini dalam sebuah buku semalam,
Aduh, pedih sangat.
Kebenaran sememangnya selalunya menyakitkan.
Waktu saya encounter ayat ni, saya pandang tak berkelip².
Lama saya di mukasurat itu. Terkedu.
Inilah yang buatkan hati saya masih sugul sampai sekarang.
Dan inilah juga yang buatkan saya tetap ingin menulis untuk kalian, walaupun hati tidak ceria seperti biasa.
Pembaca² yang disayangi,
Inilah yang dinamakan 'qalbun mayyit'. Kematian hati.
Bila hati di dalam dada ini mati, hilang kepekaan dan sensitivitinya.
Ruh ketaatan hilang dari dirinya.
Derita maksiat pun tak membuatnya gelisah.
Ibaratkan seperti sekujur mayat yang tidak bernyawa.
Apa² yang diperlakukan kepadanya, langsung tak memberi kesan.
Meskipun ditikam, dirobek, diinjak², tetap ia kaku begitu.
Sedikit pun tak merasa sakit.
Kerana ia telah mati.
Maka awaslah kepada kematian hati ini.
Periksalah kembali, samada hati kalian masih hidup atau telah mati.
Kerana hati yang mati itu tak lagi merasa apa² dengan dosa dan maksiat.
Kalaulah kalian ada terasa begini, maka bersedihlah.
Kerana kemungkinan besar hati di dalam dada itu telah mati.
Tapi di sebalik kesedihan itu, panjatkanlah setinggi² kesyukuran pada Allah.
Kerana sekurang²nya, Dia tunjukkan dan sempat sedarkan kita pada kematian yang halus ini.
Sedangkan masih berjuta² yang Allah biarkan terus lalai dan hanyut.
Tak perlu meninjau jauh.
Lihat saja di sekeliling. Berapa ramai yang keliru arah tuju hidupnya.
Dan inilah tugas kita. Sedar atau tidak.
Mahu atau tidak.
WAHAI TUHAN YANG MEMBOLAK-BALIKKAN HATI..
MasyaAllah, ajaibnya seketul daging yang Allah ciptakan ini.
Tak bisa dilihat secara zahir. Malah para doktor pun tak dapat menemuinya dalam tubuh manusia.
Namun ia wujud, di dalam dada.
Kedudukannya dirahsiakan, namun keadaannya mempengaruhi segala²nya kepada pemilik hati itu.
Dan dialah juga yang memegang tampuk kerajaan diri.
Kerana itulah Rasulullah saw bersabda,
Maka terungkailah jawapan buat mereka yang merasakan dirinya tidak cukup baik, yang susah untuk taat dan terus menerus senang dalam kemaksiatan.
Jawapannya ada di dalam dada.
Alangkah indahnya bila hati itu hidup.
Ibarat seekor ikan yang hidup dalam air yang masin.
Meskipun air masin membasahkan dirinya, namun isinya tetap baik dan elok.
Dan ia tidak masin walau hidup dalam air masin.
Akhir sekali,
Seburuk-buruk buta adalah buta hati.
Seburuk-buruk kesesatan adalah kesesatan setelah menerima petunjuk.
Seburuk-buruk permintaan maaf adalah meminta maaf menjelang kematian.
Seburuk-buruk penyesalan adalah penyesalan di hari kiamat.
Wallahu'alam..
blog di : Marini
Mari sama-sama perbetulkan niat dalam melakukan satu perkara,pasakkan benar-benar,tanamkan dalam-dalam,kerana Allah,kerana tanpa pergantungan kepadaNya,kepada siapa lagi kita layak memohon pertolongan?Hanya kepadaNya lah kita kembali,dan Dialah sebaik-baik tempat kembali...
al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com
3 comments:
salam~
entry yg ni ade terkesan dn ada kaitan dgn diri ana dlm tahun ni.. dn dalam minggu ni terutamanya...
BASAH... dn HUJAN walau cuaca di sini PANAS huhuhu....
syukur ALHAMDULILLAH...
salam,
jazakallah khairan ya akhi hamdan.
*terharu*
InsyaAllah, semoge sama² dapat saling beri peringatan,walaupun hanya berwadahkan alam maya.
(51:55)
to marini :
sama2..:) insyaAllah...dtgla lagik dari perancis.haha
to khau : hujan pun kdg2 panas jugsk~
Post a Comment