Tuesday

23 tahun di dunia- aku juga ingin membuka ROM TiMur!

salam sejahtera...


hari ini...hari bersejarah..

maka dengan rasminya..

hari ini genaplah 23 tahun jasad ini bernafas di atas bumi Allah nan sementara ini..

kebanyakan mesej yang diterima- usia dah bertambah,dh tua dan sebagainya..tetapi hakikatnya,masa untuk kembali kepada Allah menjadi semakin singkat..

hadis Nabi mafhumnya : umur umatku antara 60 thn ke 70 thn (baina sittin wa sab'in)

kalau berumur lebih dari 70 tahun,bermaksud,itulah bonus yang diberi oleh Allah,masa2 senja untuk menilai kembali amal,dan bertaubat terhadap apa yang telah dilakukan 70 tahun sebelum itu.

bermakna..kemungkinan usiaku berbaki lebih kurang 47 tahun saja lagi..secara logik matematik.Tetapi taqdir Ilahi siapa yang tahu?mungkin lebih mungkin kurang,yang pastinya,kita pasti kembali kepadanya..



sesungguhnya perjalananku masih jauh~


alhamdulillah 'ala kulli hal...jutaan kesyukuran ku panjatkan kepada Allah yang Maha Kuasa,pemegang segala kekuatan dunia,pemutus segala keputusan,yang berhak ke atas setiap sesuatu,yang akan menghisab setiap sesuatu yang dilakukan makhluk2nya di dunia..

acapkali sambutan kelahiran di sambut dengan penuh hepi,tak kurang juga yang melampau2-ke tempat2 yang langsung takkan mengingatkan diri kepada Allah..alhamdulillah ulangthnku kali ni disambut berseorangan di tepian pantai puteri( yg lain suma ada kelas.hehe),sambil menikmati coconut shake yang sejuk,enak,best dan lazat-ditampar lembut angin bayu petang dari laut,dihiasi panorama indah ombak2 yang menghempas pantai berulang2 tanpa henti,berlatarbelakang kan bunyi traktor dan bot silih berganti-yang traktor tu memang spoil la,diorg tengah duk korek pasir pantai tu,buat apa tktau la,kurang pasti.

yang pastinya,sambutanku dlm menghargai diri sendiri pada tahun ini sgtlah bermakna,tahun tanpa kelas dan exam,tahun tanpa perlu berebut dan sakit kepala nak register course,dan beratur di FBL kalo clashing kelas..satu kenikmatan masa lapang yang cukup hebat!

dan kali ni juga smbutan yang penuh dengan xtvt smpai la malam,berakhir dengan futsal besama sahabat2 isma & pembina melaka...sangat bermakna!

juga terima kasih khas kepada adik2 JPA-yang menyampaikan 'wish' dengan mesej provokasi utk kawen cepat.apo da~budak2 zaman skrg ni..iskisk

****

teringatku kepada kesah pejuang-pejuang Islam yang menghabiskan masa muda remaja mereka untuk mengembangkan dakwah Islam...Muhammad Al-Fateh membuka Constantinople pada umur 21 tahun,Muhammad bin qasim membuka utara India juga pada usia muda...Ali bin Abi thalib memeluk Islam,dan menghabiskan usia muda beliau untuk agama..

Rasulullah memberitakan Rom barat dan Rom timur akan dibuka oleh orang Islam..apabila ditanya sahabat,yang mana satukah akan dibuka dulu,maka jawab baginda,Rom Timur-iaitu constantinople dan kwsn2 di sekitarnya-dan janji2 Nabi pasti berlaku-Rom Barat menanti pejuang2 Islam untuk membukanya...


warna oren adalah rom timur,warna merah rom barat


acapkali usaha2 pejuang Islam,antaranya Tariq Bin ZIyad, dan Muhammad Al-Fateh,yang berusaha meluaskan pengembangan Islam,menakluk kwsn2 sehingga ke Italy,apabila tiba saat2 penentuan untuk membuka kwsn2 rom barat,pasti kejadian2 tidak diingini berlaku yang menyebabkan kawasan Rom Timur masih tidak dapat dibuka oleh orang Islam sepenuhnya sehingga ke hari ini.

Antara 2 peristiwa penting yang mesti diketahui oleh semua para dai'e penggerak perjuangan Rasulullah,adalah peperangan Balat As-Syuhada yang berlaku pada 20 ramadhan, dan juga pemergian Muhammad Al-Fateh ke Rahmatullah,ada riwayat mengatakan beliau diracuni oleh orang Yahudi-tapi yang pastinya,kemangkatan beliau menyebabkan usaha untuk membebaskan Rom Timur sepenuhnya terbantut,dan tentera Turki Uthmaniyyah terpaksa berundur.

ingin saya kongsi berkenaan peristiwa ini yang memberi banyak iktibar :

Perang Balat As-Syuhada/The Battle of Tours/Poitiers :

saya yakin,ramai sahabat2 di luar sana yang tak berapa tahu tentang peperangan ini.Di sini saya ceritakan serba sedikit.

Perang ini merupakan penentuan untuk pembukaan Rom barat sepenuhnya,berlangsung pada bulan Oktober 1732M (114H),ketika ini lah syahidnya antara generasi tabi'in yang masih bersisa,iaitu Gabenor Andalusia bernama Abdul Rahman Al-Ghafiqi-yang telah berjaya membebaskan jahiliyyah dari kawasan sekitar Andalusia (Sepanyol) sehingga ke Perancis.Beliau memimpin angkatan tentera Andalusia yang cukup hebat bersenjata dan ramai ketika itu,bagi merempuh dan membuka Perancis.Dengan kekuatan tentera dari pelbagai bangsa dan kawasan,dari yaman,Mesir,Palestin,Lubnan,Syria, dan Turki,beliau memasuki Perancis dari Gaul ke pergunungan Pyrenees,ke Bordeaux dan seterusnya tiba di Tours/Poitiers.Dan di sinilah berlaku pertembungan peperangan yang amat dasyat,yang menjadi penentuan samada Eropah akan menjadi Negara Islam atau tidak.

Tetapi perancangan Allah yang telah ditetapkan,Rom barat akan dibuka satu hari nanti,perang yang dikenali dengan Balat As-Syuhada ini berakhir dengan kekalahan teruk di pihak Islam,dalam keadaan tentera Islam serba ramai berkali2 ganda dan serba lengkap berbanding tentera salib yang dipimpin oleh Charles Martel yang jauh lebih sedikit,dan hampir2 menemui kekalahan.Tetapi medan Tours menyaksikan,darah para syuhada mengalir deras,mayat2 tentera Islam menjadi bahan pijakan di merata2,syahidnya panglima tentera dari kalangan Tabi'in,abdul rahman al-ghafiqi dipanah pihak musuh,dan benar-benar,tentera salib menempa kejayaan dalam menghancurkan Tentera Islam-yang menyebabkan tersekatnya dakwah di benua Eropah.

Mengapa tentera Islam kalah?

kisahnya tak jauh beza dengan apa yang berlaku di medan Uhud-sejarah berulang kembali-maka apabila tentera Islam mula melupakan sejarah mereka,maka kesilapan yang sama berulang,dan hasilnya?andalusia ditakluki kembali selepas hampir kesemua tentera Islam dilanyak,diganyang habis-habisan dalam pertempuran Balat As-Syuhada,sehingga tentera pertahanan di bumi andalusia tak mencukupi untuk menentang kemaraan tentera salib yang bersemangat dan bermotivasi tinggi selepas mengalahkan tentera Islam.Maka tumbanglah kerajaan Islam Andalusia selepas lebih 8 kurun berdiri megah,dengan kewujudan tamadun2 Islam yang masih kekal sehingga hari ini,antaranya Masjid Cordoba dan Istana Al-Hambra ,yang telah dijadikan Muzium-kehebatan tamadun yang bersisa itu tidak dapat disangkal oleh mana-mana pihak







keindahan senibina Masjid Cordoba(skrg muzium)



masjid cordoba


masjid cordoba


istana Al-Hambra di atas bukit



The tower of justice (menara keadilan),dibina oleh Yusuf 1,pd thn 1348.Merupakan pintu masuk asal ke Al-Hambra



Partal,salah satu kwsn di istana al-hambra



the court of the lions - keunikan senibina al-hambra


kalau ada permintaan untuk tahu lebih detail tentang bagaimana kekalahan tentera Islam perang balat syuhada ini,InsyaAllah saya akan buat entry lain.

Janji Rasulullah?

bilakah janji Rasulullah,Rom timur juga akan dibuka?Janji Rasulullah yang disabdakan ketika perang Khandaq bahawa Constantinople akan dibuka :

latuftahannal Qastantiniyyah,falani'mal amir,zalikal Amir,walani'mal jaishu,zalikal jaishu

Mafhum : Constantinople akan dibuka,ketuanya adalah sebaik-baik ketua(panglima tentera) dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

Perkara ini terlaksana selepas 800 tahun,walaupun cubaan demi cubaan untuk membuka Constantinople gagal,yang dilaksanakan bermula zaman Saydina Ali,diikuti Muawiyah abu sufyan ketika Khilafah Umayyah pimpinan Yazid bin Muawaiyah,diikuti lagi dengan cubaan besar-besaran Sultan beyazid,yang hampir menewaskan tentera constantinople,tetapi gagal dan tumbang selepas diserang oleh tentera tartar Mongol (TImurlime),juga usaha itu diteruskan lagi oleh Sultan Murad 2 (bapa Sultan Muhammad) dan akhirnya,anak Sultan Murad (Mehmet 2),Sultan Muhammad Al-Fateh berjaya membukanya.ini cerita Rom Barat.


Masjid Haghia Sophia (asalnya gereja kristian Ortodoks terbesar kerajaan Rom Byzantine,gereja haghia sophia).tapi sekarang dah jadi muzium terkenal di Turki selepas kejatuhan Turki Uthmaniyyah pada 1924 pimpinan Kamal Attaturk.

Bagaimana Rom TImur,siapa yang akan dipilih Allah dan diberi kemuliaan sebagai para syuhada?proses pembinaan manusia seperti Muhammad Al-Fateh ini bukan bermula dalam setahun dua,tetapi bertahun2 lamanya.Jadi,kita juga perlu berusaha menjadi tentera2 Allah,yang bergerak untuk melahirkan manusia-menusia hebat seperti mereka,dan akhirnya,pasti dan pasti janji Rasulullah akan terlaksana.

entry asal dah jadi panjang pulak,cerita punya pasal.


segala puji hanya utkNya..

dari Dia dan kepada Dia aku kembali..:)

terima kasih kepada yang dah menyampaikan buah tgn besday :D dapat in advanced plak tu,2 hari sebelum.dan juga sekalung penghargaan kepada yang wish saya...maaf saya tak tertulis kt sini,ambik masa lama nnti.moga kalian juga akn mendapat kebaikan yang melimpah ruah dari Allah..




nukilan~

al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah

www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com


Justify Full

16 comments:

~mIsS_p00h~ said...

Selamat Hari Lahir~ :)

m0ga pertambahan usia mematangkan pemikiran & brd dlm perlindunganNya selalu InsyaAllah..~ ^_^

p/s- buzzday awk sm dgn staf kt ofis! so, nxtyme klau akk still kt ofis skrg, sng la nk igt 1606_ _! :D

Syazwann Al-Qwantani said...

eh,muda lagi rupenye hehe...

hamdan al-kandahlawi said...

to miss pooh :D

mekasih bebanyak.apo lagi,bagi la peti ais sebijik ke..ape ke :P

to syazwan :

ha'a.mmg muda :D tp org kata matured.haha

^nad!ya^ said...

++selamat hari lahir++
++may allah bless u++
++do ur best n enjoy every single tyme u had++

~nEmo~ said...

permintaan: sila sambung cerita ttg kekalahan tentera islam di Andalusia :p

hamdan al-kandahlawi said...

to nadiya : time kasih :)

to nemo : okeyh.dah ada satu permintaan.ada sapa2 lagi? :D vote2!

Nini Marini said...

Salam,

Yaumil milad (betul ke gini?) buat akhi. semoga terus menjadi sibghah Allah di bumi malaysia yg semstinya jauh lebih hebat dugaan jahiliyyahnya.

Isk, takutnye nak balik msia nih.=(

Btw, insyaAllah kami akan berjaulah ke cordoba-al hambra tahun depan.=)

Sy jg vote utk sambung citer! buleh prepare sebelum jaulah nnti.

Jazakumullah.

Anonymous said...

al kedahlawi,
la ni orang tak naik unta lagi.
la ni orang dok pikiak macam mana pas nak kekal.
la ni kita tak boleh lengah lagi.
azizi abdullah

S.K.K.R said...

Salam Ammu Amdan,

Salam ulang tahun kelahiran.. Muga Allah kurniakan tambahan kekuatan dan ketinggian azam untuk terus membumikan da'wah ilallah..

Muga bertateh kemas menukil lukisan hidup buat tatapan Pembuka Rom Barat kelak..

Salam Keberkatan!
SKKR

hamdan al-kandahlawi said...

to Marini :

bole jugak.tp besa kalo arab sebut sanah helwah~ :)

wa....bestnyaa..duk perancis,sure bole pi tengok medan perang tu.tlg ambik gambo setiap pelusuk tempat tu,kank hantar okeh ?:D

InsyaAllah karat Jahiliyyah di Malaysia memerlukan orang2 seperti kamu untuk mengikisnya.pulanglah..:)

okeh,dah ada 2 vote.lagi lagi lagi..

hamdan al-kandahlawi said...

to anon : a.k.a azizi abdullah..


time kasih utk komen anda :)

ada sebab mengapa saya letakkan gambar unta

sahabat tabi'in dlu naik unta,2/3 dunia dalam genggaman.org skrg naik kapalterbang,bot,kereta bermcm2 jenis,cuba habaq mai bumi Allah yg mana dalam genggaman umat Islam skrg ni,di mana Islam benar2 tertegak?

unta-walaupun perlahan,tapi mempunyai daya ketahanan yang lama,tk minum berhari2 pun masih mampu meneruskan perjalanan atas padang pasir yang serba mencabar.langkahnya kemas,menongkah kepanasan padang pasir,menentang ribut pasir,unta masih mampu terus berjalan hingga ke destinasi.pasti,tetap sampai akhirnya.beginilah usaha dakwah,jgn sekali-kali memandang remeh usaha dakwah yang nampak kecil dan remeh,tetapi impaknya besar,dan nilai tinggi di sisi Allah-DAKWAH BIL ISTIQOMAH :)

dakwah tak semestinya perlu menonjolkan diri dalam percaturan politik demokrasi,baru Allah bg pengiktirafan sbg pendakwah.

biarlah langkah dakwah berjalan,tersusun dengan kemas,membina manusia dengan "nilai" seorang hamba yang beriman,membangunkan jiwa ummah yang lesu-pasti dan pasti,susunan yang sama ,cara yang sama niat yg sama akan membuahkan natijah yang sama.

Baitulmaqdis takkan dapat ditakluki kembali oleh salahuddin,jikalau usaha yang dimulai Imam Al-Ghazali,membina madrasah/kelas pengajian kecil2an kepada anak2 muda msyarakat ketika itu,kerana beliau faham tugas membina manusia dan demi mewujudkan manusia seperti salahuddin dan al-fateh bukan sekadar 50 thn,tetapi ratusan tahun.jadi hasilnya terbukti dengan kelahiran salahuddin,dgn didikan yg baik dari ibubapa yang baik.

sama2 fikir cmne nak kekalkan pas?adakah saudara fikir usaha dakwah fardiyah,umumiyyah yang tak berapa favor dgn arus politik tanahair bermakna tk berbuat apa2 utk pas?saudara tersilap.INGAT!almarhum ustz fadhil noor pernah berpesan tntg tunjang kekuatan pas yang sebenar tarbiyah jiwa muslim itu sendiri.kalau jiwa dia baik,automatik,nak mengundi,daia akan cr pihak yang terbaik.

nnti ada masa saya buat netry khas utk encik azizi abdullah ni.:) persoalan yg baik.harap dapat kongsi ilmu ya~

hamdan al-kandahlawi said...

to S.K.K.R :

jazakallah khair ya akh

terima kasih atas tunjuk ajar serta guide dalam memacu perjalanan diri ini,really aprreciate that.Moga Allah akan menyediakan tempat terbaik di akhirat kelak..ameen..

khaulah said...

akhirnya... baru dpt bc entry ni huuu~.. cepat2 buat smbungan bila tgh2 free ek.. (^_^)

~lari dr entry asal.. tp x pe.. sbb dpt share dgn pembc (= ~



p/s: bestnye coconut shake~..

SaLMy WaTeeN aBDuL LaTiF said...

musim berlalu bagai sungai mengalir bagaikan usia kita.... selamat hari lahir yang ke 23 abah.. ish baru 23 thn rupanya... moga dipanjangkan umo dan dimurahkan rezeki dlm keberkatan...

hamdan al-kandahlawi said...

thnx kak salmi..:)

cikpacat said...

salam...lame x menyinggah...

cik pacat dah jadi inspektor s/p nurul..
lep ni pggil puan nurul aka cikpacat