berita hari ini adalah berkenaan tegurn seorang ulama',iaitu mufti besar Perak,Dato' Harussani - berkenaan perpaduan melayu & laporan polis terhadap tuan guru nik aziz.
Kes 1 - Harussani dikutuk sakan.
Kes 2 - Pemuda UMNO buat laporan polis terhadap Nik Aziz.
saya personally sngatlah respek,dan pernah berjumpa berdepan di kediaman beliau sendiri,di tangga rumahnya,walaupun sakit2 demam panas,beliau tetap nak keluar jumpak rombongan kami yang datang dari Kedah ketika itu,ingin berjumpa Menteri Besar,tanpa ada sebarang appointment. :) seorang ulama' yang disegani & hebat!
kalau suma pihak nak main belasah ulama',sapa lagi nak hormat mereka?ingat.terangkatnya ilmu-ilmu dan kesinambungan usaha kenabian adalah dengan matinya para ulama'.
APA SEBAB SEMUA NI??
"Yang menjadi masalah pada hari ini ialah rakyat dan masyarakat tidak faham siapa itu ulama.Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama sebenarnya.Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab boleh bercakap dan membaca ayat Al Quran"
Umat Islam perlu tahu dan kenal ulama supaya mereka mencintainya dan mendapat didikan serta pimpinan darinya yang wajib mereka perolehi dalam hidup di dunia ini. Umat yang tidak kenal dan tidak cintakan ulama pasti tidak akan bertemu iman dan Islam yang sebenarnya. Mereka tidak akan faham tentang agama anutan mereka. Bahkan mereka tidak akan faham tujuan dan arah hidup yang sedang mereka tempuh ini. Mereka akan hidup dalam kegelapan, tidak nampak apa yang baik dan apa yang buruk, apa yang benar dan apa yang salah.
Ulama seperti manakah yang boleh dan mampu mengajar dan mendidik kita ke arah terbangunnya pembinaan jatidiri muslim dan hidupnya jiwa-jiwa yang lesu? Ulama seperti manakah yang boleh menjadi sumber inspirasi dan sumber rujukan kepada para umara dan rakyat jelata yang terlibat dalam membangunkan masayarakat Islam? Siapakah yang dikatakan ulama itu? Adakah orang yang agak tinggi ilmu Islamnya itu ulama? Apakah pula peranannya?
PENGERTIAN ULAMA YANG SEBENAR
Hadis ada menyebut:
Maksudnya: "Bila ulama dan umara (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik."
Dalam hadis ini, ulama didahulukan kemudian barulah umara. Ulama memberi ilmu dan memberi contoh. Kalau hendak dilaksanakan secara global, ulama tidak mampu sebab dia tidak ada kuasa dan kekuatan. Umara ada kekuatan ekonomi, politik dan negara. Umara boleh menggerakkan rakyat. Oleh itu, umara mesti bergantung kepada ulama. Kemudian dia apply dan dipraktikkan nasihat dan ajaran ulama kepada masyarakat.
Yang menjadi masalah pada hari ini ialah rakyat dan masyarakat tidak faham siapa itu ulama. Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama yang sebenarnya. Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab dia boleh bercakap dan boleh membaca ayat Al Quran. Masyarakat pun mengangap dia ulama.
Sebenarnya ulama itu bukan dia yang melantik dirinya menjadi ulama hanya kerana dia mempunyai sedikit Kemudian buat pula persatuan ulama. Ini tidak pernah dalam sejarah Islam. Title ulama di sisi Tuhan bukan diukur pada degree atau ijazah, ilmu atau jawatan. diri pun tidak boleh mengaku yang dia itu ulama.
Meh sama2 kita tgk,Istilah ulama adalah dari bahasa [lughah] Arab.
Maksudnya disegi bahasa ialah orang-orang alim atau orang-orang pandai. Boleh dikatakan juga para ilmuan dan para cerdik pandai. Pada segi bahasa, ulama itu adalah orang alim dalam apa sahaja bidang ilmu sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat, ilmu baik atau pun ilmu jahat, tidak kira ilmu itu diamalkan atau pun tidak. Orang yang mempunyai ilmu di bidang ekonomi misalnya, digelar ulama. Begitu juga yang mengetahui ilmu usuluddin, dia juga digelar ulama.
Berdasarkan fahaman dan pengertian inilah kita sekarang memberi gelaran ulama kepada seseorang, iaitu sesiapa sahaja yang alim dalam bidang ilmu apa pun, kita panggil dia ulama.
Saya teringat kesah muda2 dlu, :D masa sebelum nak ambik PMR,sahabat2 di sekolah dlu panggil saya ulama' geografi.sebab mmg masa tu minat geografi habis la,hafal habis segala nama tempat,nama awan,jenis lapisan,kesan2 geology dan lain-lain.Mungkin juga terkesan dari ayah la-[ayah saya seorang geologist pada asalnya]
Tapi,pengertian ulama dalam Islam pulak berbeza.
Di samping ilmu, dia perlu ada syarat-syarat yang lain seperti di bawah:
1. Beriman
Ulama itu mestilah dari kalangan orang-orang yang beriman.
Firman Allah: Maksudnya: "Allah mengangkat mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu itu beberapa darjat." (Al Mujadalah: 11)
2. Beramal
Mereka mestilah beramal dengan ilmu mereka.
Seperti kata Abu Darda`: Maksudnya: "Tidak dianggap seseorang itu alim sehinggalah dia beramal dengan ilmunya. "
3. Takutkan Tuhan
Mereka mestilah orang yang takut dengan Tuhan.
Firman Allah: Maksudnya: "Hanya sanya yang takut dengan Tuhan Itu ialah ULAMA. " (Al Fathir: 28)
Di sini ada dua perkara besar. Ada dua perkataan di dalam ayat ini yang menjadi kunci iaitu ulama dan takut. Oleh itu, ulama di sini ialah orang yang ada ilmu, Yakni ada ilmu dunia dan ilmu Akhirat, ada ilmu tentang Tuhan, tentang syariat dan tentang akhlak. Kemudian dia takut dengan Tuhan.
Setelah itu, Tuhan berfirman lagi, kalau ulama itu mem-punyai ilmu dunia dan ilmu Akhirat dan dia takut pula dengan Tuhan, maka Tuhan perintahkan melalui ayat-Nya: Maksudnya: "Hendaklah kamu bertanya (tentang Akhirat, tentang dunia iaitu hal-hal ekonomi, masya-rakat dan lain-lain) kepada ahii zikir jika kamu tidak mengetahui." (An Nahl: 43)
Rupanya, ulama itu ialah ahli zikir. Ahli itu orangnya. Zikir itu sifatnya. Ertinya ulama itu, hatinya terhubung dengan Tuhan dan sentiasa terisi dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Hatinya sentiasa hampir (qarib) dengan Tuhan kerana itulah maksud zikir yang sebenarnya. Zikir bukan setakat memegang biji tasbih dan melafazkan istilah-istilah dan ayat ayat zikir. Itu belum boleh dikatakan zikir kerana hanya dibibfr sahaja. Belum terasa di hati. Zikir itu ialah apa yang dirasakan di hati. Dengan kata-katayang lain, ulama itu setidak-tidaknya bertaraf muqarabbin.
Ertinya lagi, ulama itu ilmunya mendarah daging. Maksudnya dia tidak payah buka kitab. Bila ditanya tentang ilmu Islam, dia boleh terus jawab. Bila dia ditanya tentang masyarakat Islam, pejam-pejam mata sahaja, dia boleh jawab. Kalau perlu buka kitab, itu guru hendak mengajar atau muallim, bukan ulama. Lagipun apa yang ada dalam kitab itu ilmu orang lain bukan ilmu dia. Kalau buka kitab Imam As Syafie, maka itu ilmu Imam As Syafie. Kalau buka kitab Imam Al Ghazali, maka itu ilmu imam Al Ghazali. Dia hanya menyampaikan ilmu orang. Kalau hanya setakat menyampaikan ilmu orang lain, tidak bolehlah dikatakan ulama.
Ulama atau ahli zikir ini, hatinya ibarat gudang. Segala jenis barang ada di dalamnya. Mintalah apa sahaja yang diperlukan, nescaya dia boleh bagi. Hendak minta apa pun, semua ada di dalam gudang itu. Dia tidak rujuk kepada orang. Malahan dia adalah tempat rujuk. Dia tidak merujuk kepada kitab yang ditulis oleh orang. Dia merujuk kepada hatinya yang penuh dengan ilmu. Sebab itulah, bila disuruh bertanya, Allah tidak sebut tanya guru. Tetapi tanyalah ahli zikir.
Oleh itu, kalau kerajaan atau umara, orang besar atau kecil atau rakyat hendak bertanya, tanyalah ulama atau ahli zikir seperti ini. Jangan tanya para ustaz atau muallim. Walau-pun mereka mempunyai ijazah, hakikatnya mereka faham hanya satu-satu bab sahaja dari ilmu Islam.
Pemimpin sebenar (umara) perlu bergantung kepada ulama atau ahli zikir seperti ini. Kemudian dia apply dan praktikkan ilmu dan nasihat ulama tersebut kepada masyarakat. Ulama seperti ini tidak perlu menonjolkan diri. Kalau dia perjuangkan ilmunya, dia akan tertonjol sendiri.
Ulama' & Umara' :: Dua2 tak maksum,dan mesti bole tolak ansur!
kisah teguran ulama' tafsir agung, Sufian al-Thawri terhadap seorang Khalifah dizamannya yang boros membelanjakan harta negara (saya tidak ingat nama khalifah tersebut: seingat saya, beliau ialah Malik bin Marwan, boleh rujuk kitab Akhlaquna al-ijtima'iyyah (akhlaq kita dari sudut sosiologi) oleh al-marhum Mustafa Siba'i.
Diriwayatkan bahawa Sufian al-Thawri dan khalifah ini adalah dua orang sahabat baik sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah beliau menjadi khalifah, beliau menjemput Sufian tinggal berhampiran istananya supaya dapat memberikan khidmat kepada beliau selain dari meneruskan tugasnya sebagai seorang ulama' tafsir di kala itu. Sufian menolak tawaran ini dengan baik dan berkata: andainya aku mendekati engkau dan makan gaji dengan engkau, adalah sukar untuk aku menegur kamu sekiranya kamu melakukan kesilapan.
Beliau melakukan pendekatan yang diajarkan oleh Islam kepadanya iaitu apabila ulama mendampingi umara' (pemerintah-pemerintah) dan duduk di bawah ketiaknya, maka kebinasaan akan muncul kerana ulama' tidak dapat menegur umara' tadi (kerana terhutang budi, segan atau sebagainya) tapi apabila umara' mendampingi ulama' maka negara akan sejahtera kerana umara' tadi mentadbir negara dgn. nasihat dari ulama'.
Khalifah menerima penolakan tawaran Sufian ini dgn. baik. Lalu kedua-duanya meneruskan persahabatan, tapi berlainan tugas: seorang sebagai amir (pemerintah) dan seorang lagi sebagai allamah (ulama' agung).
Tiba pada suatu ketika, Sufian mendapati khalifah telah begitu boros dalam perbelanjaan mentadbir negara. Beliau membina bangunan yang tinggi-tinggi di lereng-lereng gunung dan di puncak bukit sebagai tanda kemakmuran negaranya. Melihat tindakan ini sebagai suatu tindakan yang boros, maka Sufian bertindak untuk menegur khalifah dalam satu khutbah Jumaat yang beliau sampaikan.
Beliau membacakan ayat dalam surah as-Syuara: 128-130 yang bermaksud:
Apakah kamu membina di tanah-tanah tinggi (gunung ataubukit) bangunan yang begitu besar supaya kamu dapat berbangga-bangga dengannya? Dan kamu memahat bukit-bukau untuk kamu bina istana dan kubu seolah-lah kamu akan kekal di dalamnya?Dan apabila kamu menyiksa, kamu menyiksa sebagai seorang yang amat bengis lagi kejam?
Kemudian Sufian menuding jarinya kepada khalifah yang juga berada di dalam masjid tersebut. Beliau berkata yang kurang lebih maksudnya:
Dan kamu wahai khalifah, kamu telah melakukan tindakan ini, kamu seperti kaum Ad yang Allah gambarkan dalam ayat di atas, kamu boros, kamu membelanjakan harta negara untuk bermegah-megah, kamu tidak melakukan ini untuk mendapat keredhaaan Allah. Aku menyelar tindakan kamu ini dan menganggap tindakan ini adalah tindakan yang salah dalam memerintah negara, sedangkan kamu telah diberikan amanah oleh Allah untuk membuat islah kepada rakyat di bawah pimpinan kamu.
Apa yang menarik untuk diulas di sini ialah khalifah yang menerima tempelakan dari ulama' ini menangis teresak-esak dan menginsafi kesilapan yang beliau lakukan dan di akhir solat Jumaat beliau tampil ke hadapan dan memohon maaf dari Sufian, berterima kasih kepadanya kerana memberikan teguran kepadanya, menyedarkan beliau akan keterlanjurannya dan berjanji akan membetulkan kesilapannya itu (sila rujuk kitab tersebut untuk verify maklumat ini).
Untuk makluman sume, ayat ini diturunkan kepada umat nabi Hud a.s. , yang memang terkenal dengan kehebatan seni bangunan yang indah-indah.
Namun, kisah al-Qur'an itu boleh manjadi teladan kepada umat hari ini seperti yang Allah sebut dalam al-Qur'an:
"sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu iktibar bagi mereka yang mahu befikir". Dan inilah yang cuba dilakukan oleh Sufian al-Thawri.
Rumusan yang kita boleh petik dari kisah ini dalam urusan pentadbiran negara kita ialah apabila pihak umara' bersedia untuk mendampingi dan mendengar nasihat dari para ulama', maka insya Allah satu pemerintahan yang amat sejahtera akan berlaku dan kemakmuran negara akan dapat dicapai, insya Allah kerana ia mendapat keredhaan Allah.
Begitu juga untuk menentukan kesetabilan pemerintahan sesebuah negara, ulama' haruslah berani menyatakan kebenaran kerana mereka adalah mutiara yang Allah taburkan di atas muka bumi ini untuk mengajak manusia, termasuk pemerintah sendiri, kepada kebenaran dan meninggalkan kemaksiatan. Ulama' harus ingat bahawa untuk menegakkan kebenaran itu, mereka harus menerima resiko.
Ibn Taimiyyah, umpamanya, yang diberi gelaran mujaddid dan sheikhul Islam kerana usaha beliau membawa semula umat kepada ajaran Islam dan meninggalkan khurafat yang telah berleluasa di zamannya, tidak melalui jalan mudah untuk dianugerahkan gelaran ini. Beliau dipenjara, dicerca dan dicemuh, dicampak ke dalam perigi buta, tidak kurang juga diumpan dengan wang dan harta, namun beliau tetap thabat (tetap pendirian) dalam usaha yang beliau lakukan. Walaupun beliau telah tiada hari ini, tapi pancaran mutiara kebenaran yang beliau bawa masih dimanfaatkan oleh umat Islam hingga ke hari ini dan akan datang,Insya Allah.
Sama2 lah kita mengambil iktibar,dan berusaha juga untuk dibangkitkan kelak bersama para ulama'...:)
al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
3 comments:
betul..betul..betul..(=
Sama2 lah kita mengambil iktibar,dan berusaha juga untuk dibangkitkan kelak bersama para ulama'...:)-- ameen
ulama' yg ada dendam ka?
perjuangan apa mcm tu..
Kerajaan perpaduan yg mahu menyatukan melayu pun ditolak.. mengapa? Semua ni dendam punya pasal,kalau x kena tolak oleh umno masa zaman Tun Razak dulu,"tok Guru" ni mesti org yg lagi disegani.. disegani oleh siapa? oleh orang yg kenal sejarahnya yg tersendiri.. x semua betul~
Ulama' yg disegani semakin kurang..
Wallahua'lam
to anon :
kita tak mampu nak mentafsir pandangan org yang berpengalaman,dan berilmu ni dengan aqal fikiran yg biasa..
rantong : terima kasih
Post a Comment