Tuesday

PeSta ClUB regIstraTiOn MMU kembali laGi!!

salam sejahtera semua..

bermula esok(selasa),rabu & khamis STAD & SRC MMU akan menganjurkan club registration week,atau bahasa kuno melayunya : Minggu Pendaftaran kelab-kelab di MMU :: di mana pesta mempromosi kelab-kelab di MMU bermula :: bertempat di CLC Concourse selama 3 hari.info yang saya dapat,ada lebih kurang 73 kelab yang berdaftar di MMU,dan kemungkinan lebih 70 kelab akan buka booth masing-masing untuk mendapatkan ahli-ahli baru.



suasana club registration,gmbr thn 2005/2006

sedari malam tadi,saya diajukan soalan demi soalan tentang kelab ni oleh adik2 junior,dan yang pasti,jawapan saya standard,sebab soalannya pun standard yg sama pattern jek.

Antara soalan2 standard,dan jawapan peribadi saya sendiri :

Soalan 1 : abg,saya ni jarang join club2 ni,di sekolah dulu pun kena paksa.mesti join kelab ke di MMU ni?
Jwpn SAYA : wajib tu tidaklah,tapi sebagai seorang pelajar MMU,kalo tak join kelab dan aktif di dalamnya,korang akan join benda2 mengarut di luar sana.contohnya : clubbing. :p satu ungkapan arab menyebut :

alwaqtu in lam ta'mal fi khairin,ta'mal fi sharrin

Masa itu jika tidak digunakan pada kebaikan,pasti akan digunakan kepada perkara keburukan (sia-sia)


Soalan 2: abg,banyak la saya tengok kelab-kelab ni,kakak oc artu bgtau banyak kelab.saya nak masuk yg mana ni?

Jwpn SAYA : memang banyak,dh ada 70 lebeyh,tapi pilih la berdasarkan minat,dan apa yang kamu rasa boleh bagi komitmen.apa minat kamu?

kalau minat boling,join la boling club,minat naik gunung,join la outrecs,srm dll yang ada program naik gunung.minat sukan?cr la sukan yang kamu reti main,atau kamu teringin nak belajar.contohnya,archery(memanah) club,vollyeyball dll.minat seni mempertahankan diri?cari la kelab silat (gayong dan cekak),taekwando,fencing,wushu,ninjutsu,capoeira dll.minat belaja bahasa?carila japanese language society,arabic language society.minat kepada aktiviti kemasyarakatan?join la institusi usrah,university peer group, club dll.


Soalan 3 : abg,kena bayar ke kalo nak join kelab2 ni?berapa?saya dah ler ytm pun tk masuk lg duit.

Jawapan SAYA : masuk tandas pun kena bayar la 30 kupang,takkan la masuk kelab tk kena bayar :D .musti kena,tapi tak banyak la smpai muflis.biasa dalam range RM5-Rm20..ada jugak kelab2 yang free..

kalo join IU,byr dlm RM5..UPG pun cmtu jugak..SRm tk pasti-kena usha2 la tengok.kalo silat gayong,RM10..tp biasa bole byr kemudian,kalo outrecs,mahal skit la.tp sesuai la dengan suasana outdoor yang memerlukan perbelanjaan tinggi..biasa Rm10-RM15..tengok dlu kelab tu punya fees berapa.kalo join ENGSOC,free jek.so join,tkde rugi apa2 pun.

gambar di sebelah adalah pelajar mmu bertopengkan fencing-bole teka siapa beliau? :D


Soalan 4 : abg,cuba suggest skit kt saya,kelab apa nak masuk ni?banyak betui tengok lepas kelas tadi.papan2 hitam tu suma kelab-kelab ke?

Jawapan SAYA : oit ,tu bukan papan hitam,tu namanya partition board.aduila~nk masuk?pilih yang berkenan.esok pi pusing 3,4 round,dan buat pilihan.kalo boleh,pi cari kelab bahasa satu,kelab sukan /martial art satu,kelab2 masyarakat/outdoor.more than enough.yang penting,kualiti bukan kuantiti.pilih,dan bagi komitmen.




Soalan 5
: abg dulu masuk kelab apa,bgtau sikit,boleh saya join sama.

Jawapan SAYA : iskisk,ni yang parah ni.kank bagitau,hang masuk tetiba rasa tak suka,aku jugak jadik mangsa. :P masuk je la apa2 kelab pun,jangan clubbing sudah.tapi kalo abang dulu aktif certain club ja,antaranya IU,upg,silat gayong,ada gak join bowling club,ICS,CLS,engsoc tp member je la.join program diorg sikit2.


Soalan 6 : abg,apa kelebihan kelab-kelab tu pulak?yang mana paling ok abg rasa utk saya?

Jawapan SAYA : aiya..parahnya nak jwb soalan hang ni.esok pi tawaf CLC ,hari khamis baru pi register.carila apa kelebihan,apa kekurangan.

Soalan 7 : kalo takdak duit nak register,tapi nak masuk cmne?

Jawapan SAYA : buat loan dari ah long :P pi la negotiate ngn orang yang jaga booth tu nanti.bole punya.cakapla saya datang dari keluarga susah,duit nak makan pun susah.bagila masuk kelab ni free :P lepastu kalau kena jadi tukang cuci pinggan ke ape ke,naseb la

dan mcm2 soalan yang kadang2 pelik2 & kelakar pun ada.


gmbar ni masa saya alpha,kelihatan senior2 :: poksu,aizam,q,kak am,tajul dpn booth iu.azarudin(sama batch) tgh register masa tu


abg ezran,otai volleyball ranger masa tu.


Di Sini saya nak kongsikan sikit tips untuk memilih kelab yang ingin disertai,berdasarkan pengalaman berada dlm kelab2 di MMU selama 5 tahun.
1 - Oleh kerana biasanya kelab-kelab akan mengenakan bayaran permulaan untuk 'registration',so sediakan bajet sekurang2 nya RM15,untuk sertai sekurg2nya 3 kelab.

2- jangan terus sertai kelab apabila di promosi oleh 'tukang promote',sebab biasanya tukang promote akan hold korang utk join.amalkan sikap bersabar,pusing dlu sekurg2nya 60% booth2 di clc tu,then dgn lafaz bismillah,buat pilihan mengikut kemampuan & kesesuaian diri.tk semestinya mesti terus daftar utk hari pertama.[pengalaman ex-tukang promote :P]

3- jangan mudah terpedaya dengan kepetahan promoter2 kelab,pergi tengok bahan2 yang disediakan untuk rujukan,pstikan gambar yang dipamerkan tu tahun bila punya.kadang2 gambar2 tu 3 tahun,4 tahun lepas punya aktiviti.tp 2 tahun kebelakangan ni tak aktif pun kelab tu,saja jek kasi gempak2 macam aktif sgt.jadi jangan tertipu.dapatkan maklumat tambahan dari senior2 kamu,jgn sesekali terpedaya dengan decoration sesuatu booth kelab tu.

4 - kalau kelab2 sukan/martial art,gi tengok pencapaian kelab2 tersebut dalam tournament2/pertandingan2,tengok aktiviti2 kelab tu pada tahun lepas atau 2 tahun lepas.apa penyertaan kelab tu dalam pertandingan terbuka di malaysia ni.bagaimana facilities sukan yang disediakan,dan tarikh2 latihan-adakah ada fixed date,atau ikut suka hati bila nak turun training.

5 - jangan sesekali masuk satu2 kelab sebab kawan2 pun masuk.tu satu cara yang salah sama sekali.masing2 ada kecenderungan tersendiri.

6- amalkan sikap suka BERTANYA.jangan segan.sebab kalau korang silap pilih,korang akan menyesal.nak kongsi sikit,setahun yang lalu,saya pun terpedaya menyertai satu kelab,nama dirahsiakan,tapi orang panggil sife club :p promosi punya la gempak.cakap event international la..apa bala la..sbb dia kelab baru ditubuhkan,saya pun yakin la,mungkin ni satu pembaharuan.bayar la RM5 utk join,pastu gi first gathering kelab tu.present cm bagus je.lepastu,event yang dibuat sekadar sama2 komiti,dan syok sendiri.ahli yang dah bayaran RM5. ni,tak pernah diberitahu apa2,terus blur2.memang tak puas hati sungguh!

jadi,jangan malu,tanya la seribu soalan,dan tengok kejujuran promoter club tersebut.sometime promoter ni kencing je lebeyh,event sekali dua,pastu sembang berapi.sbb nak promote punya pasal.kalo berapi benda betul takpa,ni kadang tak buat pun event tu.event org dulu2,tak perlu diulang.antara soalan yang korang boleh tanya :

a) - bila kelab ni ditubuhkan,dan apa objektif sebenar kelab ni? (cuba tnya promoter lain pulak dari kelab yang sama,kalau jwpn berbeza,sah korang kena kencing manis je lebeyh. :p

b) - apa aktiviti kelab ni tahun lepas,dan apa perancangan aktiviti untuk tahun ni?-kalau jawapan tak smooth tu,atau jwpn dia, sprt ::kami akan cuba,mungkin dan sebagainya,memang korang ada harapan utk kena kencing lg sekali.:D

c) - boleh jugak tanya,apa pencapaian kelab ni selama di MMU?berapa ahli berdaftar sebelum ni?dan ahli-ahli tu semua yang betul2 aktif tak?atau on paper saja?

d) - soalan killer : apa jaminan yang boleh diberi,kalau saya masuk kelab ni,saya akan dapat banyak faedah/manfaat?dan apa hak-hak saya dalam kelab ni?

jadi,ingatlah,kelab apa sekalipun yang disertai,pastikan kamu semua benar-benar jelas apa objektif kelab tersebut,apa perancangan yang dibuat untuk kamu sebagai ahli kelab,dan apa tanggungjawab serta hak2 kamu semua dalam kelab tersebut.seboleh2nya,kalo nampak kelab tu objektif kurang jelas,kadang ntah hapo2 jek,jauhilah.perabis beras jek kalo join pun.

Kelebihan join kelab2 di MMU :

Peningkatan kemahiran berkomunikasi+ramai kawan baru+minda terbuka+mudah nak idup di MMU,bole kenal2 tempat orang lain,belaja teknik2 pengurusan dan teknik berurusan dengan 'manusia',belajar handle a group of people,belajar human resource skill,training motivation skill dan banyaaakkk lagi.yang penting,sila pilih dengan bijaksana.

utk ahli kelab yang aktif menyertai program dan lain2,saps point akan diberikan(bergantung kpd kerajinan komiti kelab tersbeut).saps point ni akan dimasukkan merit dalam bentuk GPA dan CGPA,dan akan disertakan dalam transcript bila graduation nanti.

MMUawards.



Setiap tahun,STAD & SRC MMU akan menganjurkan program penganugerahan anugerah-anugerah kepada individu2 & kelab-kelab yang aktif di MMU dan berjaya mengharumkan nama MMU,atau yang banyak memberi sumbangan kepada MMU :: dikenali sebagai MMU AWARDS.

story tentang Sejarah MMuawards,rasanya ramai tktau ::

MMu awards,lahir pada tahun 2006,ketika aizuddin jayiddin,yang merupakan bosku ketika dalam SRC pd sesi 2005/2006.cadangan ini bermula dari meja makan,masa kitorg tengah minum2 supper :p, idea untuk mewujudkan anugerah kepada kelab-kelab serta individu tercetus selepas berborak berkenaan kewujudan "eclatant awards" yang mendapat pertikaian ramai pihak.Eclatant awards adalah malam anugerah untuk pihak2 tertentu dari kalangan mmu student yang cemerlang dalam akademik dan non-akademik.tapi ianya dijalankan dari pihak pelajar faculty,dan jawatankuasa yang ditubuhkan adalah ad-hoc.ramai yang blur2 dan tk berapa tahu,tiba2 je ada promosi & poster tentang eclatant awards,dan orang2 yang memenanginya juga diragui kewibawaaannya dan kelayakan.

jadi timbul idea dari exco SRC melaka 05/06 untuk mengetengahkan isu ini ke STAD (hal ehwal pelajar),dan selepas berbincang dengan Mr.Syukor (org kuat STAD),beliau bersetuju,dan lantas perkara ni diusulkan dari src melaka,kepada src cyberjaya dan pertemuan utk perbincangan dimulai,dan endingnya,kedua2 pihak bersetuju utk bergabung tenaga bagi menjayakan MMUAwards yang pertama,dan julung kali diadakan.


meeting penubuhan mmuawards kali pertama di ofis src cyberjaya,kelihatan dari kiri,hamdan(deputy),aizuddin(president),nizamsyamil(public relation),azurin(admin officer) : mewakili src melaka - tahun 2006



di pihak SRC cyberjaya,ashraf (vice-pres),ibrahim ( president) dan x ingat nama sorg lg tu :P


bergambar selepas beberapa jam miting & capai persetujuan


sudah pasti,penganjuran kali pertama memang sangat memeritkan-tempat penganjuran di ubah berkali2,tema pun trpksa diubah2, isu2 berkaitan transport,pembahagian tugas,bajet,method,performance,jemputan vvip dan hadirin,fees,sponsor,sangat rumit!

src melaka terpaksa turun naik cyberjaya,dan src cyberjaya pun turun naik ke melaka.duit habis banyak atas jalan jek.pusing punya pusing,akhirnya berjaya dianjurkan dengan jayanya di Puspanita Hall,Putrajaya,dengan bajet sumbangan dari kedua2 SRC,dan bantuan dari STAD.



wakil dr IU,di MMuaward pertama,puspanita hall :::sebahagian ahli tanzim ketika itu :)

dengan high committee ICS-indian cultural society


award dierima masa tu :) dengan blankurt & faruq

dan mmuawards yang diasaskan pada tahun itu,diteruskan kecemerlangannya pada tahun2 seterusnya,sehinggalah tahun ni.dan diharapkan,MMuawards pada masa akan datang akan dapat diperbaiki dengan lebih baik.:)


Di sini,saya sertakan antara kelab2 aktif yang boleh kamu sertai,berdsrkan pengamatan saya,dan insyaAllah akan dapat manfaatnya. :)

1- institusi usrah
2- university peer group
3- sekretariat rakan muda
4-persatuan bahasa melayu & kebudayaan melayu (PBMKM)
5- silat gayong malaysia
6- silat cekak hanafi
7-outrecs
8- pasukan RMC (wataniah)
9-SCC (ghaib sementara :P )
10- accounting club
11- engineering society
12-chinese language society
13-indian cultural society
14-malaysian red crescent society (MRCS)
15- badminton club
16-history society
17-arabic language society
& bnyk lg.

ingin saya ingtkan di sini,buat pilihan yg bijak dan tepat,jgn terburu2.jauhi kelab2 yang lebih kepada entertainment yang melampau2,dan biasanya kelab cmtu tkkan bg benefit sgt pun.mengabih duit lg ada la.


jadi,dengan ini saya sangat2 menyeru kepada semua adik2 baru,mahupun senior2 yang mungkin belum join mana2 persatuan/kelab lagi,untuk bergiat aktif dan balance utk mencapai kemajuan diri dan kemajuan dalam bidang akademik.sesungguhnya manfaatnya terlalu banyak.saya kongsikan bersama semua,ada beberapa gmbr kenangan beraktiviti dalam kelab di MMU,sejak alpha sampai epsilon,dan pelbagai program yang boleh disertai-yang pastinya,hidupmu di MMU akan diwarnai dengan semua ini.:)



desa tercinta batu pahat '04 (anjuran UPG)

PRM team,dt '04- dari kiri ::aizudin,hamdan,abg arif,blankurt,abg afwan,anas,& fahmi (tk boleh panjat naik atas :P)

muzakarah iu mlk-cj 2005-kelihatan blankurt (kiri) dan amir iu cj,kanan.lebeyh kurg cm adik beradik :P zulhelmi d belakang,dan edry samar2 duk berborak d blkg.

lepas tamrin 04/05:: dr kiri ::blankurt,syam,hamdan,rosham,zul,zack & zulhelmi.

camping iu~07/08

taman negara-naik gunung-iu 06/07
jamuan bdt 05/06

kuparoh gathering-cucuk langit teams 05/06

bekok x-challenge ::di hutan simpan bekok-johor

sports fiesta orgnized by src 04/05:: jd director utk event yang pertama di MMU

hari raya celebration by UPG ::cne leh ada gmbr ngn mujahid ni pun tktau la :p mujahid adlh ketua infantri bawah tanah yg bisa menggegarkan bumi MMU beberapa kali :D

delegasi MMU di ASPIRE ::asia-pacific student leadership workshop,di hdpn hotel (x ingt nama) masa mjlis persmian-kedtgn peserta dr jepun,china,hong kong, thailand, indonesia,philiphine ,bangladesh, singapore,mongolia,taiwan,dll ::delegasi MMU di tengah2

rakan muda wawasan desa (rmwd) organzied by SRM

src with prof ghauth jasmon yg disayangi ramai

karnival keluarga bahagia(kkb 07)

program of wishful educational revolution (power) 06


motivational talk-dr asmadi-'06

bukit beruang team :p

operasi khidmat siswa 04(opkis)-iu di ulu kinta
OPKIS (operasi khidmat siswa 04) ::komiti program ni hanyalah 3 orang :P,mujahid,saya & kak ain poad :D memang buat rekod program dgn komiti tersikit dalam sejarah d mmu,tapi very succesfull :)

tour d ipt-iu-06

lepas agm/mktmr..:)

perhimpunan anak2 gayong melaka

kontinjen negeri Melaka-tournament silat kebangsaan 07

menchapub di luar :D bersama pesilat dr UM

jurus wajib :: akhirnya berjaya merangkul naib Johan kbgsaan

bersama otai2 silat

program kebajikan di Aceh,Indonesia ::Peue Aceh 1

di depan kesan tinggalan tsunami :: aceh @ 2007

komiti Peuehaba Aceh 3 '09::depan masjid baiturrahman.pengarah HEP ,
Mr.zamzuri berada di tengah2
(tarikh dlm gmbr terslh setting)

bersama penjaga & penduduk pondok yatim aceh::peuehaba aceh 3 @ 2009

perkhemahan belia MMU@ '09 anjuran bersama PEMBINA Melaka

with Tun Dr Mahathir & MMU chancellor

ACCA Race-accounting club 09

video conferencing with US ambassador-discussing issue related to USA ::SRC '08
Delegation of international tour & research (ditar 08) @ Nanyang Technological Univ.& National Univ. Of Singapore

DiTAR 08 :: Rep. of Student Union Melbourne Univ.

family angkt di sana :: president of malaysian post-graduate student melbourne::Ustz Nushi

Malaysian Hall:: Melbourne,Australia



dah banyak yang dikongsi di sini,saya pasti,kalian di luar sana jugak mempunyai sejarah2 tersendiri di MMU :)

bergiat aktiflah,kamu pasti akan mendapat manfaat yang terbaek,dan masa kalian di MMU pasti dapat digunakan sebaik2nya.jangan biarkan diri kalian menjadi bahan sejarah,bergeraklah,dan ciptalah sejarah diri kalian sendiri!

Selamat mendaftar!





perkongsian santai dr,


al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com












4 comments:

khaulah said...

haa betul3 adik2.. kakak2 .... abang2... selamat mendaftar.. sp yg blm active spnjng bljr di MMu sila2lah regster mengactivekan diri...
sesungguhnya banyak manfaatnya kelak :)


P/s: kot2 lah nanti sejarah bakal tercipta dpt lawan pencapain akh hamdan ke... hehe..

A said...

abg hamdan ,
ape khabar bang ?
name sy AzrilHanafi..
sy sihat alhamdulillah. =D =D

hamdan al-kandahlawi said...

ye dik azril.o azrilhanafi ye :sapa tnya sehat ka tak ni?tk tanya pun~~

bukan nama blank-G ke?

Ain Faisal said...

br baca entri ni..

mujahid tu spupu ana..

good job.
truskan pjuangan.