Sunday

perGinYa SeBuaH MuTiaRa Ummah...

salam sejahtera...

petang td dapat forward2 mesej berita berkenaan pulangnya Ustz Fathi yakan- penulis buku terkenal dalam manhaj Ikhwan Muslimin yang telah saya kenali sejak 8 tahun yang lepas.satu sedutan dari tulisan berkenaan beliau saya paparkan di sini dari : Khalifah.

Disaat umat Islam seluruh dunia hari ini sibuk dengan urusan masing-masing, kita dikejutkan dengan hilangnya sebutir lagi mutiara berharga bagi gerakan Islam dunia. Website http://www.ikhwan-jor.com/ hari ini melaporkan kematian Al-Fadhil Ust Fathi Yakan , tokoh Ikhwan yang menggerakkan dakwah di beberapa buah Negara Arab seperti Lubnan dan lain-lain pagi tadi.

Ust Fathi Yakan meninggal dunia ketika umurnya mencapai 76 tahun dan separuh dari umurnya dihabiskan dijalan dakwah bersama gerakan Islam Ikhwan Muslimin. Beliau lahir pada tahun 1933. Beliau yang sinonim dengan karya ‘Maza Ya’ni Intima’ lil Islami ?” – Apa Ertinya Saya Menganut Islam ‘ dan Abjadiyah Dalam Gerakan Islam sering dijemput ke pelbagai buah Negara termasuk di Malaysia satu waktu lalu dalam rangka membincangkan perkara-perkara berkait masalah ummah dan perkembangan gerakan Islam.

Al-Fatihah


Biodata ringkas Ust Fathi Yakan..


Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.


‘Maza Ya’ni Intima’ lil Islami ?” – Apa Ertinya Saya Menganut Islam

Mendapat berita berkenaan ini,sedikit sebanyak membuatkan saya terngiang2 kesah2 kehebatan Panglima2 Perang Ummat Islam,Muhammad Al-fateh,Salahuddin Ayyubi,hassan Al-Banna,Sayyid Qutb di mana dengan pemergian mereka ke Rahmatullah menyebabkan para musyrikin yg memusuhi Islam bergembira dan makin bersemangat utk membenam & menghancurkan Islam-tetapi Agama Allah yang mulia ini pasti akan terbela walaupun manusia keseluruhannya menentang Islam..pasti akan ada satu golongan yang mengangkat kembali panji-panji Islam,dengan cara yang benar lagi haq..

salah satu cara Allah mengangkat ilmu2 dari muka bumi adalah dengan mematikan para ulama'..ulama' di sini bukan hanya sekadar ulama' teori-yang mempunyai degree dalam pengajian Islam hanya boleh berceramah-tetapi ulama' yang selari dengan saranan al-qur'an-iaitu golongan manusia yang takutkan Allah

sama-sama kita sedeqahkan al-fatehah kepada beliau,moga segala usahanya dalam meneruskan perjuangan Rasulullah,dan sumbangan beliau dalam penulisan2 yang terus membimbing ummat akhir zaman,dalam mengenali manhaj terbaik utk menghidupkan jiwa2 manusia yang lesu ini kepada kehebatan Islam yang sebenar..


p/s : manhaj itu adlh Qaedah



al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah

www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com

3 comments:

Nini Marini said...

Smga arwah ustaz tenang di sisi Allah.

Lepas ni mesti akan rasa lain sikit bile bace maza yakni.

Brilliant Marjan said...

Innalillahi wainna ilahiroji'un..

Perginya tiada ganti..

Tapi ilmu tetap di hati..

hamdan al-kandahlawi said...

ha'ah..moga2 Ilmunya tetap subur di sanubari setiap penyambung tugas kenabian..