salam sejahtera...
agak lama saya terfikirkan perkara ini,sejak selepas pilihanraya umum ke 12 lagi,saya perhatikan tindakan demi tindakan ahli2 parlimen baru (rata2nya muka baru) di dalam sidang parlimen.
kes terbaru melibatkan penggantungan 7 org wakil rakyat dari Pakatan Rakyat dari menghadiri sidang parlimen,termasuk Datuk Sri Nizar,seorang yang saya secara personally menghormati beliau.
Mereka yang digantung adalah , Mohd Nizar Jamaluddin (Bukit Gantang), Nga Kor Ming (Taiping), Ngeh Koo Ham (Bruas), N Gobalakrishnan (Padang Serai), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Dr Mohd Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Zulkefli Ahmad (Kuala Selangor).
Kekecohan dikhabarkan bermula selepas YB Nizar mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen, kemudian beliau melaungkan bubar Dewan!, dan memakai kain lilit di kepalanya tertulis “Bubar DUN”. Perkra ini menyebabkan Spekaer Dewan,Pendikar Amin Mulia mengarahkan beliau meninggalkan dewan parlimen kerana ianya dikatakan melanggari kod etika berpakaian ahli Dewan. Sebelum Nizar sempat melabuhkan punggung di kerusinya beliau dihalau keluar.
Tetapi tindakan yang diambil oleh mereka kali ini sebenarnya mengundang banyak pertanyaan dan persoalan daripada para pemerhati.Saya secara personal juga tidak bersetuju dengan tindakan beliau,dan jika dikaitkan dengan tindakan2 YB2 sebelum ini,tak kesahla dari pihak mana,kebanyakannya masih bersikap seperti orang yang pertama kali masuk parlimen.tak kurang juga yang terikut-ikut dengan emosi hasil dari pertelagahan politik kepartian di luar dewan.Jarang sekali boleh dilihat sidang parlimen berjalan dengan penuh suasana keharmonian dan hormat menghormati dan benar-benar menghasilkan satu perbincangan yang berilmiah- dan bagaimana kamu2 di dalam dewan itu hendakkan suasana harmoni dan baik dalam kalangan rakyat Malaysia,jika kamu didalam sana diambil sebagai contoh?
kalau ya pun kamu di pihak benar...tak bolehkah bersabar?Rasulullah bersabar dengan kaum Quraisy di Mekah lebih 13 tahun,berhala2 di sekeliling Kaabah tidak diusik pun,hanya dihancurkan selepas peristiwa Fathul Mekah.Lihat betapa Rasulullah,yang pasti lebih mengetahui kebenaran ajaran Islam yang dibawa,dapat bersabar,walaupun dengan kehadiran Umar Al-Khattab,Hamzah,dan pahlawan2 Islam lain yang digeruni ketika itu,Rasulullah tidak sewenang2nya melakukan sesuatu perkara terburu-buru dgn emosi.Kalau nak diikutkan,kekuatan Islam sebenarnya dah mampu untuk hancurkan kemaksiatan di sekeliling mereka ketika itu.Tetapi lihat bagaimana Rasulullah menonjolkan fiqh dakwah yang cemerlang-mengapa ini tidak dapat dicontohi YB@ kita?
Cuba buka kembali youtube dan rakaman2 dari sumber yang lain,tentang sidang Parlimen,juga boleh di cari sidang DUN.Pertikaman lidah seperti perkara biasa.Saya tak hairan kalo melihatkan sidang parlimen di negara bukan islam,ada yang sampai naik atas meja baling kerusi dan lain2.Tapi dalam parlimen malaysia,sekurang2nya masih ramai YB2 MUSLIM,tak kira dari parti mana-sekurang2nya boleh menunjukkan akhlak mulia kerana mereka dipilih mewakili rakyat.Tapi bagi pihak yang menonjolkan Islam,janganlah smpai menjadi fitnah kepada orang lain,melihat perilaku orang yang membawa Islam,dengan idea gagasan Islam-di mana tarbiyyah?adakah tarbiyyah hanya utk Muslim,tetapi dengan Non-Muslim tak muncul tanda2 tarbiyyah tu wujud?sapa2 bole tlg jwb?
lihat apa yang diperkatakan Speaker Dewan :
''Tolong Yang Berhormat (YB), duduk YB dan buka apa yang di atas kepala kerana ini tidak termasuk dalam Peraturan Mesyuarat Dewan. Saya minta semua YB supaya jangan buat Parlimen Malaysia seperti DUN Perak dan tempat-tempat lain.
''Belum pernah berlaku dalam Parlimen Malaysia perkara sebegini dan saya beri amaran kepada semua supaya duduk dan patuh kepada Peraturan Mesyuarat. Sila buka apa yang di atas kepala, kerana ini bukan antara pakaian kita.
''Oleh kerana kedua-dua YB (Kor Ham dan Kor Ming) ingkar, tolong keluar. Bentara jalankan tugas, sila keluar," kata Pandikar Amin.
Beliau kemudian turut mengarahkan Mohammad Nizar keluar.
''Oleh kerana angkara ini dimulakan oleh wakil rakyat baru, dia juga saya minta keluar sekarang." katanya.
''Ok siapa yang pakai itu, oleh kerana mahu keluar, sila keluar. Saya tidak akan mulakan persidangan sehingga arahan saya dituruti," tegas Pandikar Amin.
Ketika itu kedengaran teriakan dari tempat duduk penyokong kerajaan 'samseng, keluar' manakala dari arah tempat duduk pembangkang turut kedengaran laungan 'bodoh' dan 'bubar-bubar.'
Menurut Pandikar Amin, apa yang berlaku di Dewan Rakyat hari ini ialah seperti budak-budak berusia dua tahun yang bertengkar di jalan raya.
''Ahli-ahli YB, banyak perkara lain yang perlu dibincangkan demi kepentingan rakyat termasuk soalan-soalan yang dikemukakan pada sesi soal jawab. Ahli-ahli YB suka sangat bertengkar, ikut kepentingan kamu semua," luahnya dengan nada kecewa.
Mengapa tidak ambil masa yang diperuntukkan untuk membincangkan dan menyelesaikan isu rakyat yang lebih besar dari isu-isu berkenaan kepartian?mereka dibayar gaji menggunakan wang rakyat,bukankah setiap saat didalam sidang itu juga dibayar?apa tanggungjawab mereka yang sebenarnya apabila berada dalam sidang itu?saling tembak menembak,kata mengata dalam sidang?begitu cara dan akhlak Islam?apa kamu semua akan jawab apabila ditanya Allah tentang amanah kamu dalam sidang parlimen?kalau kamu tak gunakan ia dengan baik,apa status elaun yang disediakan utk mereka yang menghadiri sidang parlimen ini,halalan thoyyiba?
saya tujukan ini kepada semua pihak,tapi kejadian terbaru ini septutnya tidak berlaku,dan ianya mencemarkan imej para pelaku itu sendiri,dan apa yang dibawa.Tonjolkanlah akhlak Islam walau berada di hadapan orang yang kamu tak bersetuju.apatah lagi berada dalam sidang parlimen,di mana professionalisma kamu semua wahai YB2?ia benar bagaimana tidak berpuas hati pun,gunakan saluran yang ada.Kalau sebelum ni,mungkin kita kata kan,ah,yb kerajaan memang mcm tu,kurang pemahaman agama.Tapi kenapa yang mempunyai pemahaman agama juga bertindak tak jauh beza dengan yang satu lagi? fikir2kan
peringatan ini untuk diri sendiri,dan juga semua orang yang mempunyai title : MUSLIM :
Perhatikan bagaimana akhlak yang ditunjukkan Rasulullah ketika memasuki Kota Mekah
( Fathul Mekah) yang berjaya dibuka dengan mudah tanpa penentangan hebat dari tentera mekah ketika itu,Rasulullah masih mengekalkan kemuliaan peribadi yang sama sebelum dan selepas.
cuba hayati bagaimana akhlak Saidina Umar ketika membuka Baitulmaqdis buat pertama kalinya,dengan pakaian yang sederhana,dan datang dengan penuh tawadhu;
cuba hayati bagaimana sikap Umar Abd Aziz ketika dilantik menjadi Khalifah Kerajaan Umayyah-penuh dengan rasa rendah diri dan menghormati
kajilah bagaimana sikap yang ditunjukkan Muhammad Al-Fateh selepas menumbangkan kerajaan kebal Byzantine,iaitu Constantinople selepas cubaan yang dilakukan selama 800 tahun.Beliau melangkah masuk ke dalam kota dengan penuh rasa rendah diri dan tawadhu'
Cuba lihat bagaimana sikap Salahuddin Al-Ayyubi melangkah masuk ke Jurusalem (baitulmaqdis) yang dikuasai tentera salib sejak ratusan tahun lamanya,tanpa menumpahkan darah walau sedikit pun.Beliau tetap menghormati penduduk yang menganuti agama yang lain dari islam,walaupun beliau tahu beliau di pihak yang benar-tetapi akhlak Rasulullah yang diikuti menyebabkan beliau menjadi bualan hebat dan dicatat dalam sejarah,tentang keperibadiannya yang mulia.
Cuba hadam bagaimana semangat Zuhud yang ditonjolkan Tariq Bin Ziyad ketika membuka Kota Andalusia,yang akhirnya bertahan lebih 8 kurun.Bagaimana akhlak beliau ketika membukanya?
Maka sesungguhnya akhlak2 inilah cara yang paling afdhal dan "HAQ" dan relevan untuk diaplikasi dalam setiap zaman.
Jadi,marilah sama-sama berusaha mencontohi mereka,berazam untuk diberi kekuatan untuk terus istiqomah mengamalkan sunnah-sunnah Baginda Rasulullah yang mulia.Bukan tujuan saya untuk tujukan entry ini kepada sesiapa,tetapi terimalah semua ini untuk memperbaiki diri dan memberi peringatan,walaupun pasti ada yang terluka.
p/s : Dari Allah & kepada Allah aku kembali..
al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com
6 comments:
betul..betul..betul... sm2lah kita perbaiki diri (=
mmm,pandangan yg bagus..sy stuju
moga dpt iktibar..amin..
slm ziarah.syukran atas artikel ni.skrg baru sy fhm ape sebenarnya berlaku di situ.sy setuju dgn pndgn kamu.
to nurul :
wslm..jazakllah ziarah ke sini :)
just pandangan peribadi saya yang banyak kelemahan ni..
Salam tuan punya blog..
Pemimpin sewajarnya menunjukkan teladan, bukan?
Setuju dengan ayat, "kalau ya pun kamu di pihak benar...tak bolehkah bersabar?"
Harap2 YB dapat belajar dari sikap yang lepas, perbaiki untuk manfaat akan datang..
Bertindaklah di atas saluran yang betul.
Post a Comment