Tuesday

Mari Mentadabbur qur'an : Juzuk 3


Islam Penyelesai Masalah Ekonomi Dunia: Juzuk 3

Hari ini seluruh dunia menghadapi masalah ekonomi. Kemelesetan ekonomi yang berlaku pertengahan tahun 2008 bukan sahaja melanda ahli-ahli perniagaan tetapi seluruh umat manusia di dunia ini. Sememangnya inilah azab yang Allah swt timpakan untuk hamba-hambanya yang tidak mahu mengikut perintahNya dan tidak mahu meninggalkan laranganNya.

Sesungguhnya telah terang, jelas dan nyata di dalam Al-Quran, beberapa konsep ekonomi Islam yang mampu menyelesaikan masalah umat manusia hari ini. Cuma terpulang kepada kita sama ada ingin mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku ini dan bersama-sama mengaplikasikan konsep ekonomi Islam ini dalam kehidupan kita untuk maslahat umat manusia hari ini, ataupun memilih kehidupan yang hina kerana terjebak di dalam masalah ekonomi hasil ciptaan manusia.

Secara asasnya, Islam sangat-sangat menggalakkan infak dan sedekah. Infak yang bermaksud menyumbangkan harta yang termampu ke jalan Allah adalah unjuran Allah yang teragung buat umat ini. Ia kerana Allah mengaitkannya dengan keimanan di dalam hati manusia dan Allah memberi ganjaran kepada hamba-hambanya yang menginfakkan harta di jalan Allah.

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, seperti sebutir biji benih yang menumbuhka tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui' 2:261

"Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-menyebutny a dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala disisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati' 2:262

Konsep infak dan sedekah dalam Islam sangat luas sehingga mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja, samada muda atau tua, miskin atau kaya, bangsawan atau marhaen dan sebagainya. Ingatlah sabda Nabi saw senyuman itu adalah sedekah dan zikir-zikir juga adalah sedekah. Ini menggambarkan bagaimana Islam meraikan seluruh umatnya dalam memberi sumbangan infak dan sedekah.

Konsep ekonomi yang terbesar dalam Islam ialah mengHALALkan JUAL BELI dan mengHARAMkan RIBA (Interest, Faedah, Bunga). Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah, ayat 275;

"Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...."

Disebabkan keengkaran manusia mematuhi arahan Allah ini maka kita dapat lihat betapa ramainya orang yang telah menjadi GILA. Kemusnahan demi kemusnahan berlaku dan hari ini kita lihat sendiri bagaimana Sistem Kapitalis yang dibangga-banggakan oleh Barat telah musnah hancur di tangan mereka sendiri. Meskipun Allah telah tunjukkan di hadapan mereka kesan akibat dari keengkaran mereka, namun mereka masih cuba menegakkan benang yang basah.

Perdana Menteri Australia Kevin Rudd sendiri mengakui kemelesetan ekonomi hari ini adalah disebabkan kapitalisme yang melampau (extreme capitalisme) . Jadi di manakah kita umat Islam di dalam isu ini? Mahukah kita ke hadapan membantu menyelesaikan masalah dunia dengan menganjurkan konsep ekonomi Islam yang diajar oleh Allah. Ya telah ada usaha ini di seluruh dunia dengan penubuhan bank-bank Islam namun sokongan dari umat Islam sendiri amat sedikit. Kita masih lagi menyimpan dan melabur di syarikat-syarikat dan bank-bank yang dikuasai kapitalis.

Seterusnya Islam menunjukkan keprihatinannya yang terbesar kepada isu Hutang di kalangan manusia. Islam memahami masalah kewangan pasti akan dihadapi oleh semua orang dan ada masanya manusia perlu berhutang. Lantas Allah swt mensyariatkan sistem hutang yang sempurna. Kesungguhan Allah dalam menyampaikan arahan ini telah diperincikan dalam sebuah ayat yang terpanjang di dalam Al-Quran, iaitu ayat 282 surah Al-Baqarah.

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar......"

Cuba kita soal diri kita sebagai seorang yang beriman sudahkah kita melaksanakan perintah-perintah Allah di atas. Sudahkah kita berusaha menginfakkan harta kita di jalan Allah. Banyak manakah sedekah yang telah kita berikan kepada yang memerlukan. Adakah kita teliti dalam berjual-beli dan adakah kita cuba mengelak riba semampu yang kita lakukan.

Soal juga diri kita sama ada kita sudah berusaha untuk berdikari agar tidak mengharapkan orang lain dan berhutang. Dan adakah kita teliti dan memeriksa diri sebanyak mana hutang kita kepada manusia lain dan sudahkah ia dilunasi dengan baik.

Kesemua ini meskipun adalah sebahagian daripada isu-isu muamalah manusia sesama manusia, namun ia terkait dengan iman lantaran ia adalah perintah Allah swt dan juga larangan Allah swt kepada manusia. Justeru, hanya yang benar-benar beriman mampu melakukannya. Melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh adalah mujahadah orang beriman dan ia dikira ibadah kepadaNya.

Wallahua'lam.

Nukilan :

Dr Mohd Ihsanuddin Abbas –ISMA Australia.




al-kandahlawi




4 comments:

reloaded said...

jom abg hamdan..g seminar antarabangsa penjanaan ekonomi melalui wang dinar..free je..berbuka disediakan.. kat ilim...

hamdan al-kandahlawi said...

eh ye ke?bg detail,ana publish dlm ni.InsyaAllah ada kesempatan bleh g

khaulah said...

syukran atas perkongsian ni..
betul sangat.. dalam al-quran telah mengatakan...

eh ada seminar seminar antarabangsa penjanaan ekonomi melalui wang dinar ek.. x pnh lg berkesempatan nak pegi..
tp sangat teringin nak pegi huhu



-mari sama-sama menyokong dan membangunkan ekonomi Islam -

reloaded said...

SEMINAR ANTARABANGSA PENJANAAN EKONOMI MELALUI TRANSAKSI WANG DINAR 2009.

Tarikh: 27/8/2009
Masa: 8.00 pagi sehingga 6 petang
Tempat: Auditorium, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

senarai speaker2...
http://jutawanemas.com/v1/documents/senarai_pembentang.doc