Tuesday

adakah benar Rasulullah buta huruf?

Salam sejahtera..

sedikit perkongsian tentang isu Rasulullah yg mulia ini seorang yang tk tahu membaca dan lain2..moga2 dengan penjelasan berikut,pemahaman kita yang silap ini dapat diperbetulkan..

DARI kecil, iaitu sejak kita mula mengenal membaca dan menulis telah sering ditekan mengenai sebuah 'ajaran' bahawa junjungan besar Nabi Muhammad SAW seorang yang buta huruf!

Malah kita sanggup mempertahankan ajaran itu apabila ada pihak cuba mengatakan yang sebaliknya, mustahil Nabi Muhammad seorang yang buta huruf!

Adakah ini kerana jika mengatakan baginda sebenarnya tahu membaca dan menulis maka itu tidak memberikan satu pengesahan bahawa baginda seorang Rasul, utusan Allah?

Benar, yang dimaksudkan dengan perkataan ummi' adalah seseorang yang tidak tahu, tidak mempunyai kepandaian dan kemahiran untuk membaca dan menulis, iaitu merujuk kepada perkataan umm bererti ibu.

Iaitu lazimnya keadaan di mana seperti janin atau bayi yang masih dalam kandungan rahim ibunya, bererti tidak tahu apa-apa, apatah lagi membaca dan menulis.

Malah ini sebagaimana telah disebutkan dalam surah al-A'raf ayat 157 bahawa: Nabi Muhammad seorang ummi; iaitu mereka yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAW) Nabi yang ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka".

Ini menyebabkan kita sering kali mengaitkan buta huruf itu dengan kebodohan (jahlun) tetapi Nabi sebenarnya seorang yang amat pintar. Jadi bagaimana kita dapat kaitkan seorang yang ummi itu sedangkan ketika usia mudanya pernah menjalankan perdagangan malah membawa balik keuntungan yang sangat besar.



Surat tulisan tangan Rasulullah kepada Raja Kaisar/Raja Rom,yg disimpan di muzium peninggalan Nabi,di Istanbul,Turki

Kejayaan baginda melakukan transaksi perniagaan ini menjadi satu petunjuk bahawa baginda seorang yang mampu membaca dan menulis.

Malah dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit bahawa Nabi pernah bersabda: "Jika kalian menulis kalimat Bismillahirrahim, maka perjelaskanlah huruf sin di situ".

Ini menunjukkan baginda seorang yang bukan sahaja mengenal huruf tetapi baginda tidak mempunyai masalah dalam aspek tulisan dan penulisan.

Ini seperti gambar yang dipaparkan di ruangan ini antara surat-surat yang ditulis oleh baginda bagi menjayakan misi dakwah terutama kepada pemerintah-pemerintah sesebuah kerajaan.

Jadi, mustahil seorang Rasul seperti baginda seorang yang bodoh. Apatah lagi mengingatkan kepada kita salah satu sifat wajib yang ada bagi seorang Rasul itu adalah fathonah, iaitu cerdas dan pandai.

'Ajaran' Nabi Muhammad seorang yang benar-benar buta huruf dijadikan alasan atau perisai yang menahan baginda dari dituduh, sebagai individu yang menulis al-Quran.

Andai kata baginda tahu menulis membaca, maka kita dikatakan tidak mempunyai sebarang perisai lain yang boleh digunakan bagi menangkis tuduhan tersebut.

Tidak dinafikan persoalan sama ada Nabi Muhammad seorang yang buta huruf ataupun tidak, telah menjadi polemik dan perbincangan oleh pelbagai pihak malah sehingga kini pun ia masih dibicarakan.

Salah satu pendapat bagi menafikan baginda seorang yang ummi iaitu faktor budaya masyarakat Arab Jahiliah itu sendiri.

Orang Arab ketika itu dikatakan tidak mempunyai budaya membaca dan menulis yang kuat kerana mereka mempunyai kelebihan dalam mengingat kalimat-kalimat dengan begitu sempurna. Tanpa ada sebaris ayat atau perkataan yang tertinggal.

Bagi mereka, menghafal 100 bait-bait puisi dan syair gurindam sudah cukup dengan sekali mendengar! Kalau mereka mempunyai kebolehan yang sehebat itu maka tidak perlulah lagi mereka menulis.

Malah dikatakan jika semua apa yang mereka semat dan hafal dalam ingatan itu ditulis, maka akan terdapat beribu-ribu lembaran buku dihasilkan bagi menampung semua yang dihafal itu.

Begitupun faktor ini tidak mempunyai kekuatan malah yang sebenarnya masyarakat Arab walaupun jahil tetapi mereka terkehadapan dalam aspek membaca dan menulis itu sendiri.

Setiap tahun mereka akan menganjurkan sayembara atau festival pembacaan natsar (prosa) dan syair (puisi) di pasar raya Ukaz.

Lalu, karya-karya yang memang dan dianggap terbaik akan mendapat penghormatan lalu akan ditulis dan ditampal di dinding-dinding Kaabah.

Fakta ini membuktikan masyarakat Arab zaman itu termasuk suku Quraisy, iaitu keturunan baginda mahir membaca dan menulis.

Namun seperti yang dijelaskan oleh tokoh Islam terkenal, Sheikh Al Maqdisi bahawa individu yang menafsir sejarah dan al-Quran itu sendiri yang keliru terhadap keupayaan dan kapasiti Rasulullah khususnya dalam soal membaca dan menulis ini.

Menurutnya, walaupun benar ummi itu bermaksud sebagai buta huruf tetapi apabila dikaitkan dengan Rasulullah, ummi di sini bermaksud baginda bukan di kalangan golongan Yahudi dan Nasrani.

Ketika itu, kedua-dua kaum ini sering kali menggelarkan atau sebenarnya mengejek umat yang selain Yahudi dan Nasrani sebagai golongan ummi atau non-Yahudi dan non-Nasrani. Ini termasuklah Rasulullah dan orang Arab yang lainnya.

Malah dalam satu penjelasannya yang panjang, dapat kita ringkaskan apabila keturunan Arab melalui Nabi Ismail sebelum turunnya al-Quran kepada Nabi Muhammad, kaum ini tidak pernah diwahyukan dengan sebarang Kitab Allah.

Lantas kerana itu, kaum ini disebut sebagai kaum ummiyyuun atau ummiyyiin yang bererti "kaum yang belum pernah membaca atau menulis Kitab Allah".

Situasi ini yang menjadikan kaum Yahudi semasa zaman Jahiliah merendah-rendahkan kaum Arab sebagai kaum yang tidak mempunyai kitab.

Mereka begitu bermegah kerana dikurniakan kitab Taurat berbanding kalangan Arab yang tidak mempunyai apa-apa kitab itu.

Sindiran dan ejekan mereka itu mungkin dapat dilihat melalui surah ali-'Imran ayat 75: Tiada yang patut disalahkan bagi kami atas kaum ummiyyiin.


Rujukan : Sirah Nabawiyyah,YADIM



al-kandahlawi

Friday

SIAPA Ulama' (para 'alim) & Umara' (para pemerintah)??

Salam sejahtera...

seperti biasa,rutin ku di pagi hari,adalah bukak paper2 maya,antaranya utusan.com,harakahdaily.net,malaysiakini.com,klpos.com,dan bukak dashboard blog-tgk update2 dan reflect2 dari sahabat2 bloggers tntg isu-isu semasa.

berita hari ini adalah berkenaan tegurn seorang ulama',iaitu mufti besar Perak,Dato' Harussani - berkenaan perpaduan melayu & laporan polis terhadap tuan guru nik aziz.

Kes 1 -
Harussani dikutuk sakan.

saya kira,ini satu perkara yang pasti akan menimbulkan reaksi di pihak yang satu lagi,pihak PR.Seperti jangkaan,bloggers yang pro-PR memulakan komen masing2 dengan cercaan nista terhadap harussani,dan tuduhan2 yang mengaitkan tindakan teguran itu membuktikan dato' harussani bersekongkol dengan kerajaan,atau spesifiknya,Barisan atau UMNO.Kemudian,tak kurang juga yang mengungkit2 kisah teguran Dato' Harussani terhadap sure heboh dan lain2.

Berbagai2 point dikorek,kesalahan kesilapan di cari,utk menunjukkan Dato' Harussani seorang yang tak layak menegur pun.Secara tak langsung,tindakan ini dah menjatuhkan imej seorang Ulama'.Saya personally menghormati dan menyanjungi ulama2' di Malaysia,dan mengiktiraf hasil sumbangan mereka kepada dunia Islam.Jadi,memanglah kdg2 kata2 mereka tak berapa kena dengan pihak2 yang berkepentingan,atau tak bersetuju.tapi tak perlu lah sampai menuduh bukan2 kepada seorang yang mempunyai ketinggian dalam Ilmu Agama,dan pengalaman dalam berurusan dengan masyarakat sekian lama.

Kes 2 -
Pemuda UMNO buat laporan polis terhadap Nik Aziz.

Ini satu lagi tindakan yang tak menghormati ulama'.Memangla kadang2 kata2 tuk guru bunyiknya mcm kasar dan tak dpt diterima sesetengah pihak.tapi dari segi kebenarannya,tetap ada,sedangkan Allah pun mengecam sesetgh golongan ingkar ni dengan kecaman2 yang tajam,seperti binatang ternak dan lain2.Jadi di sini pentingnya IlMU! dalam hal ni,ilmu balaghah atau mantiq (cth : kitab tasawwurat atau tasdiqat),perlu difahami dari kata2 mereka,dan apa tujuannya.jadi jangan menonong samberono menuduh,ha..ulama' ni dah salah gitu gini.sedangkan yang menuduh tu tk betul2 memahami maksud sebenar.

Tuan Guru Nik Aziz

saya personally sngatlah respek,dan pernah berjumpa berdepan di kediaman beliau sendiri,di tangga rumahnya,walaupun sakit2 demam panas,beliau tetap nak keluar jumpak rombongan kami yang datang dari Kedah ketika itu,ingin berjumpa Menteri Besar,tanpa ada sebarang appointment. :) seorang ulama' yang disegani & hebat!

begitu jugak kalau ulama' tu buat something yang sometime kita tak pernah tahu,jangan dengan mudahnya menuduh,ulama' ni dah sesat dan sebagainya..kemungkinan ianya memang ada dalam agama,dalam hadis dan quran,mungkin kita yang cetek ilmu,dan tak memahami.

kalau suma pihak nak main belasah ulama',sapa lagi nak hormat mereka?ingat.terangkatnya ilmu-ilmu dan kesinambungan usaha kenabian adalah dengan matinya para ulama'.

APA SEBAB SEMUA NI??

"Yang menjadi masalah pada hari ini ialah rakyat dan masyarakat tidak faham siapa itu ulama.Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama sebenarnya.Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab boleh bercakap dan membaca ayat Al Quran"


Dalam masyarakat hari ini, realiti atau hakiki, peranan ulama tidak boleh diperkecilkan. Tanpa ulama yang mendidik (tarbiah) dan memberi ilmu (taalim), usaha ke arah membina Islam yang syumul sudah tentu akan gagal. Kerana tanpa didikan dan ilmu, kita tidak akan tahu bagaimana hendak berbuat dan ke arah mana usaha kita hendak dihalakan. Kita juga tidak akan ada kekuatan roh dan jiwa untuk melaksanakannya. Kerja membangunkan manusia bukan calang-calang kerja. la bukan perkara kecil atau mudah. la penuh dengan kepayahan, pengorbanan dan keperitan. Tanpa ilmu dan didikan, kita akan jadi kaku dan beku. Tanpa ilmu kita kaku untuk bergerak. Tidak tahu bagai-mana dan apa caranya. Tidak tahu arah tujuannya. Tanpa didikan pula kita akan beku. Walaupun ilmu ada, tetapi kita tidak ada kekuatan dalaman atau kekuatan jiwa untuk mengharungi ujian, kesusahan dan pancaroba yang pasti akan dihadapi.

Umat Islam perlu tahu dan kenal ulama supaya mereka mencintainya dan mendapat didikan serta pimpinan darinya yang wajib mereka perolehi dalam hidup di dunia ini. Umat yang tidak kenal dan tidak cintakan ulama pasti tidak akan bertemu iman dan Islam yang sebenarnya. Mereka tidak akan faham tentang agama anutan mereka. Bahkan mereka tidak akan faham tujuan dan arah hidup yang sedang mereka tempuh ini. Mereka akan hidup dalam kegelapan, tidak nampak apa yang baik dan apa yang buruk, apa yang benar dan apa yang salah.

Ulama seperti manakah yang boleh dan mampu mengajar dan mendidik kita ke arah terbangunnya pembinaan jatidiri muslim dan hidupnya jiwa-jiwa yang lesu? Ulama seperti manakah yang boleh menjadi sumber inspirasi dan sumber rujukan kepada para umara dan rakyat jelata yang terlibat dalam membangunkan masayarakat Islam? Siapakah yang dikatakan ulama itu? Adakah orang yang agak tinggi ilmu Islamnya itu ulama? Apakah pula peranannya?




PENGERTIAN ULAMA YANG SEBENAR


Hadis ada menyebut:

Maksudnya: "Bila ulama dan umara (pemimpin) baik, umat Islam pun akan baik."


Dalam hadis ini, ulama didahulukan kemudian barulah umara. Ulama memberi ilmu dan memberi contoh. Kalau hendak dilaksanakan secara global, ulama tidak mampu sebab dia tidak ada kuasa dan kekuatan. Umara ada kekuatan ekonomi, politik dan negara. Umara boleh menggerakkan rakyat. Oleh itu, umara mesti bergantung kepada ulama. Kemudian dia apply dan dipraktikkan nasihat dan ajaran ulama kepada masyarakat.

Yang menjadi masalah pada hari ini ialah rakyat dan masyarakat tidak faham siapa itu ulama. Mungkin juga umara tidak kenal siapa ulama yang sebenarnya. Kemudian ada pula orang yang merasakan dirinya ulama sebab dia boleh bercakap dan boleh membaca ayat Al Quran. Masyarakat pun mengangap dia ulama.

Sebenarnya ulama itu bukan dia yang melantik dirinya menjadi ulama hanya kerana dia mempunyai sedikit Kemudian buat pula persatuan ulama. Ini tidak pernah dalam sejarah Islam. Title ulama di sisi Tuhan bukan diukur pada degree atau ijazah, ilmu atau jawatan. diri pun tidak boleh mengaku yang dia itu ulama.

Hanya Allah yang tahu. Ini penting supaya umat tidak keliru siapa yang sepatutnya mereka ikut dan pimpinan siapa yang patut mereka terima. Imam Syafie contohnya, rakyat mengakui dia ulama tetapi dia sendiri tidak mengakui dirinya ulama Imam Ghazali pun dikata orang sebagai ulama tetapi dia sendiri tidak pernah mengaku begitu. Ulama atau tidak bukan berdasarkan penilaian orang ramai. Bukan juga pada penilaian kerajaan dan lebih-lebih lagi bukan atas dasar merasakan diri sendiri ulama. Kalau begitu, siapakah sebenarnya ulama?


antara ulama' di bidang masing2 yg dikecam hebat.seorang ulama' syariah,seorang ulama' hadis.apa salah mereka mengatakan kebenaran berdasarkan ilmu yang mereka ada?


Meh sama2 kita tgk,Istilah ulama adalah dari bahasa [lughah] Arab.

Maksudnya disegi bahasa ialah orang-orang alim atau orang-orang pandai. Boleh dikatakan juga para ilmuan dan para cerdik pandai. Pada segi bahasa, ulama itu adalah orang alim dalam apa sahaja bidang ilmu sama ada ilmu dunia mahupun ilmu akhirat, ilmu baik atau pun ilmu jahat, tidak kira ilmu itu diamalkan atau pun tidak
. Orang yang mempunyai ilmu di bidang ekonomi misalnya, digelar ulama. Begitu juga yang mengetahui ilmu usuluddin, dia juga digelar ulama.

Berdasarkan fahaman dan pengertian inilah kita sekarang memberi gelaran ulama kepada seseorang, iaitu sesiapa sahaja yang alim dalam bidang ilmu apa pun, kita panggil dia ulama.

Saya teringat kesah muda2 dlu, :D masa sebelum nak ambik PMR,sahabat2 di sekolah dlu panggil saya ulama' geografi.sebab mmg masa tu minat geografi habis la,hafal habis segala nama tempat,nama awan,jenis lapisan,kesan2 geology dan lain-lain.Mungkin juga terkesan dari ayah la-[ayah saya seorang geologist pada asalnya]


Tapi,pengertian ulama dalam Islam pulak berbeza.

Di samping ilmu, dia perlu ada syarat-syarat yang lain seperti di bawah:

1. Beriman

Ulama itu mestilah dari kalangan orang-orang yang beriman.
Firman Allah: Maksudnya: "Allah mengangkat mereka yang beriman di kalangan kamu dan mereka yang diberi ilmu itu beberapa darjat." (Al Mujadalah: 11)

2. Beramal

Mereka mestilah beramal dengan ilmu mereka.
Seperti kata Abu Darda`: Maksudnya: "Tidak dianggap seseorang itu alim sehinggalah dia beramal dengan ilmunya. "

3. Takutkan Tuhan

Mereka mestilah orang yang takut dengan Tuhan.
Firman Allah: Maksudnya: "Hanya sanya yang takut dengan Tuhan Itu ialah ULAMA. " (Al Fathir: 28)

Di sini ada dua perkara besar. Ada dua perkataan di dalam ayat ini yang menjadi kunci iaitu ulama dan takut. Oleh itu, ulama di sini ialah orang yang ada ilmu, Yakni ada ilmu dunia dan ilmu Akhirat, ada ilmu tentang Tuhan, tentang syariat dan tentang akhlak. Kemudian dia takut dengan Tuhan.

Setelah itu, Tuhan berfirman lagi, kalau ulama itu mem-punyai ilmu dunia dan ilmu Akhirat dan dia takut pula dengan Tuhan, maka Tuhan perintahkan melalui ayat-Nya: Maksudnya: "Hendaklah kamu bertanya (tentang Akhirat, tentang dunia iaitu hal-hal ekonomi, masya-rakat dan lain-lain) kepada ahii zikir jika kamu tidak mengetahui." (An Nahl: 43)

Rupanya, ulama itu ialah ahli zikir. Ahli itu orangnya. Zikir itu sifatnya. Ertinya ulama itu, hatinya terhubung dengan Tuhan dan sentiasa terisi dengan rasa cinta dan takutkan Tuhan. Hatinya sentiasa hampir (qarib) dengan Tuhan kerana itulah maksud zikir yang sebenarnya. Zikir bukan setakat memegang biji tasbih dan melafazkan istilah-istilah dan ayat ayat zikir. Itu belum boleh dikatakan zikir kerana hanya dibibfr sahaja. Belum terasa di hati. Zikir itu ialah apa yang dirasakan di hati. Dengan kata-katayang lain, ulama itu setidak-tidaknya bertaraf muqarabbin.

Ertinya lagi, ulama itu ilmunya mendarah daging. Maksudnya dia tidak payah buka kitab. Bila ditanya tentang ilmu Islam, dia boleh terus jawab. Bila dia ditanya tentang masyarakat Islam, pejam-pejam mata sahaja, dia boleh jawab. Kalau perlu buka kitab, itu guru hendak mengajar atau muallim, bukan ulama. Lagipun apa yang ada dalam kitab itu ilmu orang lain bukan ilmu dia. Kalau buka kitab Imam As Syafie, maka itu ilmu Imam As Syafie. Kalau buka kitab Imam Al Ghazali, maka itu ilmu imam Al Ghazali. Dia hanya menyampaikan ilmu orang. Kalau hanya setakat menyampaikan ilmu orang lain, tidak bolehlah dikatakan ulama.

Ulama atau ahli zikir ini, hatinya ibarat gudang. Segala jenis barang ada di dalamnya. Mintalah apa sahaja yang diperlukan, nescaya dia boleh bagi. Hendak minta apa pun, semua ada di dalam gudang itu. Dia tidak rujuk kepada orang. Malahan dia adalah tempat rujuk. Dia tidak merujuk kepada kitab yang ditulis oleh orang. Dia merujuk kepada hatinya yang penuh dengan ilmu. Sebab itulah, bila disuruh bertanya, Allah tidak sebut tanya guru. Tetapi tanyalah ahli zikir.

Oleh itu, kalau kerajaan atau umara, orang besar atau kecil atau rakyat hendak bertanya, tanyalah ulama atau ahli zikir seperti ini. Jangan tanya para ustaz atau muallim. Walau-pun mereka mempunyai ijazah, hakikatnya mereka faham hanya satu-satu bab sahaja dari ilmu Islam.

Pemimpin sebenar (umara) perlu bergantung kepada ulama atau ahli zikir seperti ini. Kemudian dia apply dan praktikkan ilmu dan nasihat ulama tersebut kepada masyarakat. Ulama seperti ini tidak perlu menonjolkan diri. Kalau dia perjuangkan ilmunya, dia akan tertonjol sendiri.


sekdr gmbr..:)


Ulama' & Umara' :: Dua2 tak maksum,dan mesti bole tolak ansur!

Ingin saya kongsikan di sini,kesah di zaman Sufian Al-Thauri

kisah teguran ulama' tafsir agung, Sufian al-Thawri terhadap seorang Khalifah dizamannya yang boros membelanjakan harta negara (saya tidak ingat nama khalifah tersebut: seingat saya, beliau ialah Malik bin Marwan, boleh rujuk kitab Akhlaquna al-ijtima'iyyah (akhlaq kita dari sudut sosiologi) oleh al-marhum Mustafa Siba'i.

Diriwayatkan bahawa Sufian al-Thawri dan khalifah ini adalah dua orang sahabat baik sebelum beliau menjadi khalifah. Setelah beliau menjadi khalifah, beliau menjemput Sufian tinggal berhampiran istananya supaya dapat memberikan khidmat kepada beliau selain dari meneruskan tugasnya sebagai seorang ulama' tafsir di kala itu. Sufian menolak tawaran ini dengan baik dan berkata: andainya aku mendekati engkau dan makan gaji dengan engkau, adalah sukar untuk aku menegur kamu sekiranya kamu melakukan kesilapan.

Beliau melakukan pendekatan yang diajarkan oleh Islam kepadanya iaitu apabila ulama mendampingi umara' (pemerintah-pemerintah) dan duduk di bawah ketiaknya, maka kebinasaan akan muncul kerana ulama' tidak dapat menegur umara' tadi (kerana terhutang budi, segan atau sebagainya) tapi apabila umara' mendampingi ulama' maka negara akan sejahtera kerana umara' tadi mentadbir negara dgn. nasihat dari ulama'.

Khalifah menerima penolakan tawaran Sufian ini dgn. baik. Lalu kedua-duanya meneruskan persahabatan, tapi berlainan tugas: seorang sebagai amir (pemerintah) dan seorang lagi sebagai allamah (ulama' agung).

Tiba pada suatu ketika, Sufian mendapati khalifah telah begitu boros dalam perbelanjaan mentadbir negara. Beliau membina bangunan yang tinggi-tinggi di lereng-lereng gunung dan di puncak bukit sebagai tanda kemakmuran negaranya. Melihat tindakan ini sebagai suatu tindakan yang boros, maka Sufian bertindak untuk menegur khalifah dalam satu khutbah Jumaat yang beliau sampaikan.


Beliau membacakan ayat dalam surah as-Syuara: 128-130 yang bermaksud:


Apakah kamu membina di tanah-tanah tinggi (gunung ataubukit) bangunan yang begitu besar supaya kamu dapat berbangga-bangga dengannya? Dan kamu memahat bukit-bukau untuk kamu bina istana dan kubu seolah-lah kamu akan kekal di dalamnya?Dan apabila kamu menyiksa, kamu menyiksa sebagai seorang yang amat bengis lagi kejam?

Kemudian Sufian menuding jarinya kepada khalifah yang juga berada di dalam masjid tersebut. Beliau berkata yang kurang lebih maksudnya:

Dan kamu wahai khalifah, kamu telah melakukan tindakan ini, kamu seperti kaum Ad yang Allah gambarkan dalam ayat di atas, kamu boros, kamu membelanjakan harta negara untuk bermegah-megah, kamu tidak melakukan ini untuk mendapat keredhaaan Allah. Aku menyelar tindakan kamu ini dan menganggap tindakan ini adalah tindakan yang salah dalam memerintah negara, sedangkan kamu telah diberikan amanah oleh Allah untuk membuat islah kepada rakyat di bawah pimpinan kamu.

Apa yang menarik untuk diulas di sini ialah khalifah yang menerima tempelakan dari ulama' ini menangis teresak-esak dan menginsafi kesilapan yang beliau lakukan dan di akhir solat Jumaat beliau tampil ke hadapan dan memohon maaf dari Sufian, berterima kasih kepadanya kerana memberikan teguran kepadanya, menyedarkan beliau akan keterlanjurannya dan berjanji akan membetulkan kesilapannya itu (sila rujuk kitab tersebut untuk verify maklumat ini).

Untuk makluman sume, ayat ini diturunkan kepada umat nabi Hud a.s. , yang memang terkenal dengan kehebatan seni bangunan yang indah-indah.

Namun, kisah al-Qur'an itu boleh manjadi teladan kepada umat hari ini seperti yang Allah sebut dalam al-Qur'an:

"sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu iktibar bagi mereka yang mahu befikir". Dan inilah yang cuba dilakukan oleh Sufian al-Thawri.

Rumusan yang kita boleh petik dari kisah ini dalam urusan pentadbiran negara kita ialah apabila pihak umara' bersedia untuk mendampingi dan mendengar nasihat dari para ulama', maka insya Allah satu pemerintahan yang amat sejahtera akan berlaku dan kemakmuran negara akan dapat dicapai, insya Allah kerana ia mendapat keredhaan Allah.

Begitu juga untuk menentukan kesetabilan pemerintahan sesebuah negara, ulama' haruslah berani menyatakan kebenaran kerana mereka adalah mutiara yang Allah taburkan di atas muka bumi ini untuk mengajak manusia, termasuk pemerintah sendiri, kepada kebenaran dan meninggalkan kemaksiatan. Ulama' harus ingat bahawa untuk menegakkan kebenaran itu, mereka harus menerima resiko.

Ibn Taimiyyah, umpamanya, yang diberi gelaran mujaddid dan sheikhul Islam kerana usaha beliau membawa semula umat kepada ajaran Islam dan meninggalkan khurafat yang telah berleluasa di zamannya, tidak melalui jalan mudah untuk dianugerahkan gelaran ini. Beliau dipenjara, dicerca dan dicemuh, dicampak ke dalam perigi buta, tidak kurang juga diumpan dengan wang dan harta, namun beliau tetap thabat (tetap pendirian) dalam usaha yang beliau lakukan. Walaupun beliau telah tiada hari ini, tapi pancaran mutiara kebenaran yang beliau bawa masih dimanfaatkan oleh umat Islam hingga ke hari ini dan akan datang,Insya Allah.

Sama2 lah kita mengambil iktibar,dan berusaha juga untuk dibangkitkan kelak bersama para ulama'...:)




al-kandahlawi

Teratak An-Nushrah


Thursday

aDa Apa dEngan hadaf & WasiLah?

salam sejahtera..

selamat berpagi-pagian :)


topik ni bg mereka yang tk pernah belaja bhsa arab akan rasa janggal.tapi kalau yg pernahbelajar,mungkin faham maksud,tp apa ertinya?mungkin kurang faham.tapi bg yg fhm bhsa arab dan berada dalam susunan & gerakan dakwah,akan merenung dan cuba mencari ada apa dgn hadaf & wasilah.



eh,apa tu hadaf?apa tu wasilah?mudah saja.perhatikan kata2 di atas,dan cuba kaitkan dengan intipati selepas ni.

sikit perkongsian dari shbt lama-os di bumi ardhul kinanah berkenaan kupasan ringkas hadaf dan wasilah.

Hadaf bermaksud matlamat. Tujuan. Jamaknya Ahdaf. Lebih kurang dengan Ghayah. (Gha+Alif+Ya+Ta Marbuthah) Ghayah pun matlamat dan tujuan. Tapi ada beza. Ghayah diibaratkan seperti stesen keretapi terakhir. Hadaf pula seperti stesen-stesen yang kita lalui sebelum sampai ke stesen terakhir.

Wasilah ialah cara untuk mencapai matlamat. Jamaknya Wasail. Banyak wasilah yang kita ada untuk mencapai matlamat.

Perbincangan tentang hadaf dan wasilah amat luas. Setiap perkara ada hadaf. Setiap hadaf perlukan wasilah terbaik. Kita kecilkan skop perbincangan. Selaku pelajar, saya ambil ‘isu belajar’ sebagai contoh.

Apakah status ‘belajar’? Hadaf atau wasilah? Kita pusing dulu ikut jalan jauh untuk mengupas persoalan ini.

Kita lahir ke dunia sebagai hamba Allah. (rujuk 51:56) Kemudian dilantik sebagai Khalifah Allah di muka bumi. Memastikan bumi ini diatur dan diurus dengan syariat Allah. (rujuk 2:30) Nak tak nak, agama Islam perlu ditegakkan. (rujuk 3:19) Untuk itu, tugas berdakwah menjadi kewajiban setiap Muslim. Berdakwah? Ya, dakwah perlukan ilmu. ‘Ala Basiirah. (rujuk 12:108) Nak dapat ilmu perlu belajar. Ringkasnya ialah ‘belajar merupakan wasilah mendapatkan ilmu’. Ilmu pula ialah hadaf di antara ahdaf untuk mencapai ghayah ‘mendapat redha Allah’.

Saya kongsikan beberapa poin yang perlu diberi perhatian:

1. “Belajar untuk mendapat kerja. Lagi tinggi belajar, lagi besar gaji.” Kenyataan ini betul, tapi jangan lupa hadaf kita hidup ini semata-mata untuk menyampaikan dakwah. Lebih-lebih lagi dakwah sekarang perlukan banyak modal. Duit banyak bukan ghayah, hanya wasilah.

2. “Kita fokus belajar. Cari ilmu banyak-banyak. Baru boleh berdakwah. Baru orang dengar dakwah kita.” Ini juga betul. Tapi untuk dapatkan ilmu, banyak lagi wasilah lain yang ada. Ilmu berbentuk teori, amali dan yang lebih berharga ialah pengalaman. Kita cuba pandang ilmu itu dalam sudut yang lebih luas.

3. “Ilmu ada 2 jenis: ilmu dunia, ilmu akhirat. Kami ni budak medik. Belajar ilmu dunia. Mereka budak syariah, usul. Belajar ilmu akhirat.” Ayat ini susah sikit. Sebenarnya setiap ilmu adalah ilmu Allah. Setiap ilmu yang menyampaikan kita kepada kenal Allah ialah ilmu yang bermanfaat. Penguasaan ilmu medik ialah satu hadaf untuk mencapai ghayah. Begitu juga ilmu-ilmu lain. (rujuk 35:27-28)

4. “Orang berilmu pun buat silap”. Dakwaan ini memang ada benarnya. Bila kita terlupa hadaf mengapa kita perlu ada ilmu, kita akan kalah kepada ujian. Ujian jawatan, harta benda. Sebenarnya harta dan jawatan yang kita ada hanyalah wasilah untuk sampai kepada ghayah. Bila kita jadikannya sebagai ghayah, maka kita sudah tersilap. Macam menang kerusi pilihanraya, ia hanyalah wasilah untuk sampai kepada ghayah. Bukan ghayah.

5. “Ramai yang tenggelam mencari wasilah, sehingga akhirnya melupakan hadaf dan ghayah”. Inilah kenyataan.

Para pembaca yang dikasihi,

Antara hadaf and wasilah. Kita kiaskan kepada perkara-perkara lain yang berlaku di dalam hidup kita. Isu perjuangan umat Islam di Palestin. Penangkapan pimpinan Ikhwan di Mesir. Penularan wabak H1N1 seluruh dunia. Kekalahan pasukan bola Mesir kepada pasukan Amerika. Isu negara perpaduan. Selesainya peperiksaan tahun 4. Cuti musim panas. Ziarah. Kelas tafaqquh. PMPI’09. Dan banyak lagi perkara yang berlegar di benak fikiran kita. Semuanya mengingatkan kita ‘apa hadaf hidup kita’, ‘apakah wasilah pilihan kita untuk mencapai hadaf hidup ini’ dan ‘sejauh mana kita berusaha mencapai hadaf tersebut’.

Akhir kalam, sama-sama kita ambil masa untuk mencari apa ghayah dan hadaf hidup kita. Ubah cara fikir. Agar tidak hanyut dengan suasana. Agar tidak menjadi pak turut. Muslim warisan nenek moyang. Tarbiyah ikut-ikut. Biar kita punya prinsip. Punya fikrah. Islamiyyah. Rabbaniyyah. Muhasabah setiap amalan yang kita lakukan. Adakah membawa kita kepada ghayah atau sebaliknya. Yang pasti, hidup perlu diteruskan. Setiap saat dinilai Allah.

jazakallah





"fastabiqul khairat,wa ibda',al'an!"


al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com


Wednesday

Purdah diharamkan?

salam..

antara berita utama pagi ni yang mengejutkan saya"Perancis Haramkan Purdah"



berikut antara laporannya dr utusan:

PARIS 23 Jun - Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy semalam mengisytiharkan purdah yang dipakai oleh wanita Islam sebagai pakaian yang tidak diingini di negara ini.

Beliau mengecap pakaian yang menyelubungi seluruh badan wanita Islam itu, sebagai simbol tunduk, yang menghalang identiti wanita serta menjadikan mereka sebagai 'tahanan di sebalik tabir'.

Namun, di sebalik kata-kata tegas itu semalam, terdapat juga pengakuan bahawa prinsip asimilasi etnik negara ini yang menuntut pendatang menyingkirkan tradisi mereka dan menyesuaikan diri dengan budaya Perancis - menemui kegagalan kerana tidak memberi peluang saksama kepada pendatang dan anak-anak mereka yang lahir di negara ini.

Dalam ucapan kepada ahli Parlimen di Versailles, Sarkozy menyifatkan pakaian purdah yang lebih dikenali sebagai burka di kalangan etnik Arab sebagai bercanggah dengan nilai-nilai hidup masyarakat Perancis.

Kenyataan Sarkozy menentang burka itu adalah yang paling keras pernah disuarakan oleh seorang pemimpin Eropah ketika beberapa pemimpin Barat sedang berusaha untuk meredakan ketegangan dengan dunia Islam.

Perancis mempunyai penduduk Islam paling ramai di Eropah dengan jumlah dianggarkan 5 juta orang.

Sebilangan kecil wanita Islam Perancis memakai burka seperti wanita Islam di Afghanistan dan niqab yang menyelubungi seluruh badan kecuali mata.

Pengkritik khuatir isu pakaian yang menutup seluruh tubuh itu yang setakat ini hanya membabitkan minoriti kecil penduduk Islam Perancis boleh meningkatkan diskriminasi terhadap seluruh umat Islam di negara ini.

Pengarah masjid terbesar di Paris, Dalil Boubakeur berkata, kenyataan Sarkozy yang menolak burka itu mencerminkan budaya Perancis tetapi beliau menghadapi risiko memarakkan ketegangan dengan penduduk Islam. - AFP

ulasan saya :

memang nicholas sarkozy ni tk sedar diri,kalau tk kerana Islam,smpai harini perancis akn jd negara mundur.akibat sebahagian dr perancis dah ditawan oleh kerajaan andalusia dan turki uthmaniyyah,berlakunya aliran teknologi dan ilmu pengetahuan ke sana.ketika itu siapa yang membawa itu semua?antaranya mereka2 yang memakai purdah ini juga.

rasa geram teramat! - tunggulah kamu dihancurkan,Islam pasti akan bangkit semula,dan Rom barat akan dibuka!


p/s : sedih dgn org yg suka bukak aurat,walaupun ada kebebasan pakaian d malaysia nih.



al-kandahlawi
Teratak An-Nushur
www.pembinamelaka.com

Tuesday

PeSta ClUB regIstraTiOn MMU kembali laGi!!

salam sejahtera semua..

bermula esok(selasa),rabu & khamis STAD & SRC MMU akan menganjurkan club registration week,atau bahasa kuno melayunya : Minggu Pendaftaran kelab-kelab di MMU :: di mana pesta mempromosi kelab-kelab di MMU bermula :: bertempat di CLC Concourse selama 3 hari.info yang saya dapat,ada lebih kurang 73 kelab yang berdaftar di MMU,dan kemungkinan lebih 70 kelab akan buka booth masing-masing untuk mendapatkan ahli-ahli baru.



suasana club registration,gmbr thn 2005/2006

sedari malam tadi,saya diajukan soalan demi soalan tentang kelab ni oleh adik2 junior,dan yang pasti,jawapan saya standard,sebab soalannya pun standard yg sama pattern jek.

Antara soalan2 standard,dan jawapan peribadi saya sendiri :

Soalan 1 : abg,saya ni jarang join club2 ni,di sekolah dulu pun kena paksa.mesti join kelab ke di MMU ni?
Jwpn SAYA : wajib tu tidaklah,tapi sebagai seorang pelajar MMU,kalo tak join kelab dan aktif di dalamnya,korang akan join benda2 mengarut di luar sana.contohnya : clubbing. :p satu ungkapan arab menyebut :

alwaqtu in lam ta'mal fi khairin,ta'mal fi sharrin

Masa itu jika tidak digunakan pada kebaikan,pasti akan digunakan kepada perkara keburukan (sia-sia)


Soalan 2: abg,banyak la saya tengok kelab-kelab ni,kakak oc artu bgtau banyak kelab.saya nak masuk yg mana ni?

Jwpn SAYA : memang banyak,dh ada 70 lebeyh,tapi pilih la berdasarkan minat,dan apa yang kamu rasa boleh bagi komitmen.apa minat kamu?

kalau minat boling,join la boling club,minat naik gunung,join la outrecs,srm dll yang ada program naik gunung.minat sukan?cr la sukan yang kamu reti main,atau kamu teringin nak belajar.contohnya,archery(memanah) club,vollyeyball dll.minat seni mempertahankan diri?cari la kelab silat (gayong dan cekak),taekwando,fencing,wushu,ninjutsu,capoeira dll.minat belaja bahasa?carila japanese language society,arabic language society.minat kepada aktiviti kemasyarakatan?join la institusi usrah,university peer group, club dll.


Soalan 3 : abg,kena bayar ke kalo nak join kelab2 ni?berapa?saya dah ler ytm pun tk masuk lg duit.

Jawapan SAYA : masuk tandas pun kena bayar la 30 kupang,takkan la masuk kelab tk kena bayar :D .musti kena,tapi tak banyak la smpai muflis.biasa dalam range RM5-Rm20..ada jugak kelab2 yang free..

kalo join IU,byr dlm RM5..UPG pun cmtu jugak..SRm tk pasti-kena usha2 la tengok.kalo silat gayong,RM10..tp biasa bole byr kemudian,kalo outrecs,mahal skit la.tp sesuai la dengan suasana outdoor yang memerlukan perbelanjaan tinggi..biasa Rm10-RM15..tengok dlu kelab tu punya fees berapa.kalo join ENGSOC,free jek.so join,tkde rugi apa2 pun.

gambar di sebelah adalah pelajar mmu bertopengkan fencing-bole teka siapa beliau? :D


Soalan 4 : abg,cuba suggest skit kt saya,kelab apa nak masuk ni?banyak betui tengok lepas kelas tadi.papan2 hitam tu suma kelab-kelab ke?

Jawapan SAYA : oit ,tu bukan papan hitam,tu namanya partition board.aduila~nk masuk?pilih yang berkenan.esok pi pusing 3,4 round,dan buat pilihan.kalo boleh,pi cari kelab bahasa satu,kelab sukan /martial art satu,kelab2 masyarakat/outdoor.more than enough.yang penting,kualiti bukan kuantiti.pilih,dan bagi komitmen.




Soalan 5
: abg dulu masuk kelab apa,bgtau sikit,boleh saya join sama.

Jawapan SAYA : iskisk,ni yang parah ni.kank bagitau,hang masuk tetiba rasa tak suka,aku jugak jadik mangsa. :P masuk je la apa2 kelab pun,jangan clubbing sudah.tapi kalo abang dulu aktif certain club ja,antaranya IU,upg,silat gayong,ada gak join bowling club,ICS,CLS,engsoc tp member je la.join program diorg sikit2.


Soalan 6 : abg,apa kelebihan kelab-kelab tu pulak?yang mana paling ok abg rasa utk saya?

Jawapan SAYA : aiya..parahnya nak jwb soalan hang ni.esok pi tawaf CLC ,hari khamis baru pi register.carila apa kelebihan,apa kekurangan.

Soalan 7 : kalo takdak duit nak register,tapi nak masuk cmne?

Jawapan SAYA : buat loan dari ah long :P pi la negotiate ngn orang yang jaga booth tu nanti.bole punya.cakapla saya datang dari keluarga susah,duit nak makan pun susah.bagila masuk kelab ni free :P lepastu kalau kena jadi tukang cuci pinggan ke ape ke,naseb la

dan mcm2 soalan yang kadang2 pelik2 & kelakar pun ada.


gmbar ni masa saya alpha,kelihatan senior2 :: poksu,aizam,q,kak am,tajul dpn booth iu.azarudin(sama batch) tgh register masa tu


abg ezran,otai volleyball ranger masa tu.


Di Sini saya nak kongsikan sikit tips untuk memilih kelab yang ingin disertai,berdasarkan pengalaman berada dlm kelab2 di MMU selama 5 tahun.
1 - Oleh kerana biasanya kelab-kelab akan mengenakan bayaran permulaan untuk 'registration',so sediakan bajet sekurang2 nya RM15,untuk sertai sekurg2nya 3 kelab.

2- jangan terus sertai kelab apabila di promosi oleh 'tukang promote',sebab biasanya tukang promote akan hold korang utk join.amalkan sikap bersabar,pusing dlu sekurg2nya 60% booth2 di clc tu,then dgn lafaz bismillah,buat pilihan mengikut kemampuan & kesesuaian diri.tk semestinya mesti terus daftar utk hari pertama.[pengalaman ex-tukang promote :P]

3- jangan mudah terpedaya dengan kepetahan promoter2 kelab,pergi tengok bahan2 yang disediakan untuk rujukan,pstikan gambar yang dipamerkan tu tahun bila punya.kadang2 gambar2 tu 3 tahun,4 tahun lepas punya aktiviti.tp 2 tahun kebelakangan ni tak aktif pun kelab tu,saja jek kasi gempak2 macam aktif sgt.jadi jangan tertipu.dapatkan maklumat tambahan dari senior2 kamu,jgn sesekali terpedaya dengan decoration sesuatu booth kelab tu.

4 - kalau kelab2 sukan/martial art,gi tengok pencapaian kelab2 tersebut dalam tournament2/pertandingan2,tengok aktiviti2 kelab tu pada tahun lepas atau 2 tahun lepas.apa penyertaan kelab tu dalam pertandingan terbuka di malaysia ni.bagaimana facilities sukan yang disediakan,dan tarikh2 latihan-adakah ada fixed date,atau ikut suka hati bila nak turun training.

5 - jangan sesekali masuk satu2 kelab sebab kawan2 pun masuk.tu satu cara yang salah sama sekali.masing2 ada kecenderungan tersendiri.

6- amalkan sikap suka BERTANYA.jangan segan.sebab kalau korang silap pilih,korang akan menyesal.nak kongsi sikit,setahun yang lalu,saya pun terpedaya menyertai satu kelab,nama dirahsiakan,tapi orang panggil sife club :p promosi punya la gempak.cakap event international la..apa bala la..sbb dia kelab baru ditubuhkan,saya pun yakin la,mungkin ni satu pembaharuan.bayar la RM5 utk join,pastu gi first gathering kelab tu.present cm bagus je.lepastu,event yang dibuat sekadar sama2 komiti,dan syok sendiri.ahli yang dah bayaran RM5. ni,tak pernah diberitahu apa2,terus blur2.memang tak puas hati sungguh!

jadi,jangan malu,tanya la seribu soalan,dan tengok kejujuran promoter club tersebut.sometime promoter ni kencing je lebeyh,event sekali dua,pastu sembang berapi.sbb nak promote punya pasal.kalo berapi benda betul takpa,ni kadang tak buat pun event tu.event org dulu2,tak perlu diulang.antara soalan yang korang boleh tanya :

a) - bila kelab ni ditubuhkan,dan apa objektif sebenar kelab ni? (cuba tnya promoter lain pulak dari kelab yang sama,kalau jwpn berbeza,sah korang kena kencing manis je lebeyh. :p

b) - apa aktiviti kelab ni tahun lepas,dan apa perancangan aktiviti untuk tahun ni?-kalau jawapan tak smooth tu,atau jwpn dia, sprt ::kami akan cuba,mungkin dan sebagainya,memang korang ada harapan utk kena kencing lg sekali.:D

c) - boleh jugak tanya,apa pencapaian kelab ni selama di MMU?berapa ahli berdaftar sebelum ni?dan ahli-ahli tu semua yang betul2 aktif tak?atau on paper saja?

d) - soalan killer : apa jaminan yang boleh diberi,kalau saya masuk kelab ni,saya akan dapat banyak faedah/manfaat?dan apa hak-hak saya dalam kelab ni?

jadi,ingatlah,kelab apa sekalipun yang disertai,pastikan kamu semua benar-benar jelas apa objektif kelab tersebut,apa perancangan yang dibuat untuk kamu sebagai ahli kelab,dan apa tanggungjawab serta hak2 kamu semua dalam kelab tersebut.seboleh2nya,kalo nampak kelab tu objektif kurang jelas,kadang ntah hapo2 jek,jauhilah.perabis beras jek kalo join pun.

Kelebihan join kelab2 di MMU :

Peningkatan kemahiran berkomunikasi+ramai kawan baru+minda terbuka+mudah nak idup di MMU,bole kenal2 tempat orang lain,belaja teknik2 pengurusan dan teknik berurusan dengan 'manusia',belajar handle a group of people,belajar human resource skill,training motivation skill dan banyaaakkk lagi.yang penting,sila pilih dengan bijaksana.

utk ahli kelab yang aktif menyertai program dan lain2,saps point akan diberikan(bergantung kpd kerajinan komiti kelab tersbeut).saps point ni akan dimasukkan merit dalam bentuk GPA dan CGPA,dan akan disertakan dalam transcript bila graduation nanti.

MMUawards.



Setiap tahun,STAD & SRC MMU akan menganjurkan program penganugerahan anugerah-anugerah kepada individu2 & kelab-kelab yang aktif di MMU dan berjaya mengharumkan nama MMU,atau yang banyak memberi sumbangan kepada MMU :: dikenali sebagai MMU AWARDS.

story tentang Sejarah MMuawards,rasanya ramai tktau ::

MMu awards,lahir pada tahun 2006,ketika aizuddin jayiddin,yang merupakan bosku ketika dalam SRC pd sesi 2005/2006.cadangan ini bermula dari meja makan,masa kitorg tengah minum2 supper :p, idea untuk mewujudkan anugerah kepada kelab-kelab serta individu tercetus selepas berborak berkenaan kewujudan "eclatant awards" yang mendapat pertikaian ramai pihak.Eclatant awards adalah malam anugerah untuk pihak2 tertentu dari kalangan mmu student yang cemerlang dalam akademik dan non-akademik.tapi ianya dijalankan dari pihak pelajar faculty,dan jawatankuasa yang ditubuhkan adalah ad-hoc.ramai yang blur2 dan tk berapa tahu,tiba2 je ada promosi & poster tentang eclatant awards,dan orang2 yang memenanginya juga diragui kewibawaaannya dan kelayakan.

jadi timbul idea dari exco SRC melaka 05/06 untuk mengetengahkan isu ini ke STAD (hal ehwal pelajar),dan selepas berbincang dengan Mr.Syukor (org kuat STAD),beliau bersetuju,dan lantas perkara ni diusulkan dari src melaka,kepada src cyberjaya dan pertemuan utk perbincangan dimulai,dan endingnya,kedua2 pihak bersetuju utk bergabung tenaga bagi menjayakan MMUAwards yang pertama,dan julung kali diadakan.


meeting penubuhan mmuawards kali pertama di ofis src cyberjaya,kelihatan dari kiri,hamdan(deputy),aizuddin(president),nizamsyamil(public relation),azurin(admin officer) : mewakili src melaka - tahun 2006



di pihak SRC cyberjaya,ashraf (vice-pres),ibrahim ( president) dan x ingat nama sorg lg tu :P


bergambar selepas beberapa jam miting & capai persetujuan


sudah pasti,penganjuran kali pertama memang sangat memeritkan-tempat penganjuran di ubah berkali2,tema pun trpksa diubah2, isu2 berkaitan transport,pembahagian tugas,bajet,method,performance,jemputan vvip dan hadirin,fees,sponsor,sangat rumit!

src melaka terpaksa turun naik cyberjaya,dan src cyberjaya pun turun naik ke melaka.duit habis banyak atas jalan jek.pusing punya pusing,akhirnya berjaya dianjurkan dengan jayanya di Puspanita Hall,Putrajaya,dengan bajet sumbangan dari kedua2 SRC,dan bantuan dari STAD.



wakil dr IU,di MMuaward pertama,puspanita hall :::sebahagian ahli tanzim ketika itu :)

dengan high committee ICS-indian cultural society


award dierima masa tu :) dengan blankurt & faruq

dan mmuawards yang diasaskan pada tahun itu,diteruskan kecemerlangannya pada tahun2 seterusnya,sehinggalah tahun ni.dan diharapkan,MMuawards pada masa akan datang akan dapat diperbaiki dengan lebih baik.:)


Di sini,saya sertakan antara kelab2 aktif yang boleh kamu sertai,berdsrkan pengamatan saya,dan insyaAllah akan dapat manfaatnya. :)

1- institusi usrah
2- university peer group
3- sekretariat rakan muda
4-persatuan bahasa melayu & kebudayaan melayu (PBMKM)
5- silat gayong malaysia
6- silat cekak hanafi
7-outrecs
8- pasukan RMC (wataniah)
9-SCC (ghaib sementara :P )
10- accounting club
11- engineering society
12-chinese language society
13-indian cultural society
14-malaysian red crescent society (MRCS)
15- badminton club
16-history society
17-arabic language society
& bnyk lg.

ingin saya ingtkan di sini,buat pilihan yg bijak dan tepat,jgn terburu2.jauhi kelab2 yang lebih kepada entertainment yang melampau2,dan biasanya kelab cmtu tkkan bg benefit sgt pun.mengabih duit lg ada la.


jadi,dengan ini saya sangat2 menyeru kepada semua adik2 baru,mahupun senior2 yang mungkin belum join mana2 persatuan/kelab lagi,untuk bergiat aktif dan balance utk mencapai kemajuan diri dan kemajuan dalam bidang akademik.sesungguhnya manfaatnya terlalu banyak.saya kongsikan bersama semua,ada beberapa gmbr kenangan beraktiviti dalam kelab di MMU,sejak alpha sampai epsilon,dan pelbagai program yang boleh disertai-yang pastinya,hidupmu di MMU akan diwarnai dengan semua ini.:)



desa tercinta batu pahat '04 (anjuran UPG)

PRM team,dt '04- dari kiri ::aizudin,hamdan,abg arif,blankurt,abg afwan,anas,& fahmi (tk boleh panjat naik atas :P)

muzakarah iu mlk-cj 2005-kelihatan blankurt (kiri) dan amir iu cj,kanan.lebeyh kurg cm adik beradik :P zulhelmi d belakang,dan edry samar2 duk berborak d blkg.

lepas tamrin 04/05:: dr kiri ::blankurt,syam,hamdan,rosham,zul,zack & zulhelmi.

camping iu~07/08

taman negara-naik gunung-iu 06/07
jamuan bdt 05/06

kuparoh gathering-cucuk langit teams 05/06

bekok x-challenge ::di hutan simpan bekok-johor

sports fiesta orgnized by src 04/05:: jd director utk event yang pertama di MMU

hari raya celebration by UPG ::cne leh ada gmbr ngn mujahid ni pun tktau la :p mujahid adlh ketua infantri bawah tanah yg bisa menggegarkan bumi MMU beberapa kali :D

delegasi MMU di ASPIRE ::asia-pacific student leadership workshop,di hdpn hotel (x ingt nama) masa mjlis persmian-kedtgn peserta dr jepun,china,hong kong, thailand, indonesia,philiphine ,bangladesh, singapore,mongolia,taiwan,dll ::delegasi MMU di tengah2

rakan muda wawasan desa (rmwd) organzied by SRM

src with prof ghauth jasmon yg disayangi ramai

karnival keluarga bahagia(kkb 07)

program of wishful educational revolution (power) 06


motivational talk-dr asmadi-'06

bukit beruang team :p

operasi khidmat siswa 04(opkis)-iu di ulu kinta
OPKIS (operasi khidmat siswa 04) ::komiti program ni hanyalah 3 orang :P,mujahid,saya & kak ain poad :D memang buat rekod program dgn komiti tersikit dalam sejarah d mmu,tapi very succesfull :)

tour d ipt-iu-06

lepas agm/mktmr..:)

perhimpunan anak2 gayong melaka

kontinjen negeri Melaka-tournament silat kebangsaan 07

menchapub di luar :D bersama pesilat dr UM

jurus wajib :: akhirnya berjaya merangkul naib Johan kbgsaan

bersama otai2 silat

program kebajikan di Aceh,Indonesia ::Peue Aceh 1

di depan kesan tinggalan tsunami :: aceh @ 2007

komiti Peuehaba Aceh 3 '09::depan masjid baiturrahman.pengarah HEP ,
Mr.zamzuri berada di tengah2
(tarikh dlm gmbr terslh setting)

bersama penjaga & penduduk pondok yatim aceh::peuehaba aceh 3 @ 2009

perkhemahan belia MMU@ '09 anjuran bersama PEMBINA Melaka

with Tun Dr Mahathir & MMU chancellor

ACCA Race-accounting club 09

video conferencing with US ambassador-discussing issue related to USA ::SRC '08
Delegation of international tour & research (ditar 08) @ Nanyang Technological Univ.& National Univ. Of Singapore

DiTAR 08 :: Rep. of Student Union Melbourne Univ.

family angkt di sana :: president of malaysian post-graduate student melbourne::Ustz Nushi

Malaysian Hall:: Melbourne,Australia



dah banyak yang dikongsi di sini,saya pasti,kalian di luar sana jugak mempunyai sejarah2 tersendiri di MMU :)

bergiat aktiflah,kamu pasti akan mendapat manfaat yang terbaek,dan masa kalian di MMU pasti dapat digunakan sebaik2nya.jangan biarkan diri kalian menjadi bahan sejarah,bergeraklah,dan ciptalah sejarah diri kalian sendiri!

Selamat mendaftar!





perkongsian santai dr,


al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com