Pembentangan pertama dimulai oleh Ust Rushdi-Ketua biro pembangunan sumber manusia ISMA,bertajuk ”Fikrah Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Aliran”
Pembentangan kertas kerja pertama ini membahaskan perkara asas yang dibawa oleh gerakan Islam,seluruh dunia yang kebanyakannya berpaksikan fikrah al-banna,dan bagaimana barat melihat gerakan ini membawa satu dimensi yang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan melalui ideologi mereka, yang rata-ratanya melemahkan Islam.
Pembentangan kertas kerja seterusnya selepas Zohor,disampaikan oleh Ust Mohd Hazizi,bertajuk "Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Perlaksanaannya di Malaysia”
Formula yang dilontarkan oleh al-banna dalam mendepani kemelut masyarakat,iaitu dengan membangunkan kekuatan bangsa yang dominan dalam mendukung Islam itu sendiri amat praktikal dan dibahaskan dengan jelas.Sesungguhnya,as-syahid tidak menolak semangat cintakan bangsa,dan berusaha mengukuhkan bangsa yang mendukung Islam menjadi satu tanggungjawab bangsa itu sendiri,dan secara langsung Islam akan kembali kukuh di tempat masing2.
Kertas kerja terakhir,dibentangkan oleh Ust Fauzi Asmuni-nama yang tidak asing lagi dalam isu-isu pembangunan agenda bangsa ini-tajuk yang dibawa : ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak”
Sekali lagi para hadirin dipandu untuk terus melihat dan menilai keadaan semasa,kemelut yang melanda,perubahan yang perlu ada,serta cabaran dalam membangunkan agenda bangsa.Perbahasan menyentuh secara terus isu semasa iaitu kemelut politik tempatan yang semakin parah hari ke hari,dari perspektif maqasid (objektif/matlamat) syarak secara keseluruhan.Apabila objektif gerakan Islam tidak lagi berpaksikan maqasid syarak,maka yang tergadai adalah Agama dan bangsa.Lebih parah lagi,perpecahan dalaman antara Muslim.
Antara quote yang menarik dari perbahasan Ust Fauzi yang saya kira membawa maksud yang mendalam :
- Majoriti tidak akan lemah dengan minoriti,tetapi minoriti akan jadi kuat dengan perpecahan dan kelemahan majoriti
- Bangsa Melayu Islam di Malaysia buat macam mana pun pasti akan jadi majoriti.Sebab?anak org melayu-Islam standard 5-8 orang,in average.Bole kawen 4.so,akan ada multiplier effect untuk pembangunan generasi bangsa.
- Syarat Adil dalam Islam adalah mesti MUSLIM.Menerima Islam,barulah adil itu terpakai.Kalau menolak Islam,macam mana adil sekalipun,tetap tidak adil.Sebab keadilan yang dibawa bukan keadilan Islam,tetapi keadilan berdasarkan prinsip "memenuhi kehendak semua orang".Maka jika prinsip ini digunapakai,maka jadilah seperti di USA.



















































