Showing posts with label MUAMALAT / PERNIAGAAN DALAM ISLAM. Show all posts
Showing posts with label MUAMALAT / PERNIAGAAN DALAM ISLAM. Show all posts

Tuesday

Mari Mentadabbur qur'an : Juzuk 3


Islam Penyelesai Masalah Ekonomi Dunia: Juzuk 3

Hari ini seluruh dunia menghadapi masalah ekonomi. Kemelesetan ekonomi yang berlaku pertengahan tahun 2008 bukan sahaja melanda ahli-ahli perniagaan tetapi seluruh umat manusia di dunia ini. Sememangnya inilah azab yang Allah swt timpakan untuk hamba-hambanya yang tidak mahu mengikut perintahNya dan tidak mahu meninggalkan laranganNya.

Sesungguhnya telah terang, jelas dan nyata di dalam Al-Quran, beberapa konsep ekonomi Islam yang mampu menyelesaikan masalah umat manusia hari ini. Cuma terpulang kepada kita sama ada ingin mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku ini dan bersama-sama mengaplikasikan konsep ekonomi Islam ini dalam kehidupan kita untuk maslahat umat manusia hari ini, ataupun memilih kehidupan yang hina kerana terjebak di dalam masalah ekonomi hasil ciptaan manusia.

Secara asasnya, Islam sangat-sangat menggalakkan infak dan sedekah. Infak yang bermaksud menyumbangkan harta yang termampu ke jalan Allah adalah unjuran Allah yang teragung buat umat ini. Ia kerana Allah mengaitkannya dengan keimanan di dalam hati manusia dan Allah memberi ganjaran kepada hamba-hambanya yang menginfakkan harta di jalan Allah.

"Perumpamaan orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, seperti sebutir biji benih yang menumbuhka tujuh tangkai, pada setiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan bagi siapa yang Dia kehendaki dan Allah Maha Luas, Maha Mengetahui' 2:261

"Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dengan menyebut-menyebutny a dan menyakiti (perasaan penerima), mereka memperoleh pahala disisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati' 2:262

Konsep infak dan sedekah dalam Islam sangat luas sehingga mampu dilakukan oleh sesiapa sahaja, samada muda atau tua, miskin atau kaya, bangsawan atau marhaen dan sebagainya. Ingatlah sabda Nabi saw senyuman itu adalah sedekah dan zikir-zikir juga adalah sedekah. Ini menggambarkan bagaimana Islam meraikan seluruh umatnya dalam memberi sumbangan infak dan sedekah.

Konsep ekonomi yang terbesar dalam Islam ialah mengHALALkan JUAL BELI dan mengHARAMkan RIBA (Interest, Faedah, Bunga). Firman Allah swt dalam surah Al-Baqarah, ayat 275;

"Orang-orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan kerana gila. Yang demikian itu kerana mereka berkata bahawa jual beli sama dengan riba. Padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...."

Disebabkan keengkaran manusia mematuhi arahan Allah ini maka kita dapat lihat betapa ramainya orang yang telah menjadi GILA. Kemusnahan demi kemusnahan berlaku dan hari ini kita lihat sendiri bagaimana Sistem Kapitalis yang dibangga-banggakan oleh Barat telah musnah hancur di tangan mereka sendiri. Meskipun Allah telah tunjukkan di hadapan mereka kesan akibat dari keengkaran mereka, namun mereka masih cuba menegakkan benang yang basah.

Perdana Menteri Australia Kevin Rudd sendiri mengakui kemelesetan ekonomi hari ini adalah disebabkan kapitalisme yang melampau (extreme capitalisme) . Jadi di manakah kita umat Islam di dalam isu ini? Mahukah kita ke hadapan membantu menyelesaikan masalah dunia dengan menganjurkan konsep ekonomi Islam yang diajar oleh Allah. Ya telah ada usaha ini di seluruh dunia dengan penubuhan bank-bank Islam namun sokongan dari umat Islam sendiri amat sedikit. Kita masih lagi menyimpan dan melabur di syarikat-syarikat dan bank-bank yang dikuasai kapitalis.

Seterusnya Islam menunjukkan keprihatinannya yang terbesar kepada isu Hutang di kalangan manusia. Islam memahami masalah kewangan pasti akan dihadapi oleh semua orang dan ada masanya manusia perlu berhutang. Lantas Allah swt mensyariatkan sistem hutang yang sempurna. Kesungguhan Allah dalam menyampaikan arahan ini telah diperincikan dalam sebuah ayat yang terpanjang di dalam Al-Quran, iaitu ayat 282 surah Al-Baqarah.

"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan hendaklah kamu menulisnya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar......"

Cuba kita soal diri kita sebagai seorang yang beriman sudahkah kita melaksanakan perintah-perintah Allah di atas. Sudahkah kita berusaha menginfakkan harta kita di jalan Allah. Banyak manakah sedekah yang telah kita berikan kepada yang memerlukan. Adakah kita teliti dalam berjual-beli dan adakah kita cuba mengelak riba semampu yang kita lakukan.

Soal juga diri kita sama ada kita sudah berusaha untuk berdikari agar tidak mengharapkan orang lain dan berhutang. Dan adakah kita teliti dan memeriksa diri sebanyak mana hutang kita kepada manusia lain dan sudahkah ia dilunasi dengan baik.

Kesemua ini meskipun adalah sebahagian daripada isu-isu muamalah manusia sesama manusia, namun ia terkait dengan iman lantaran ia adalah perintah Allah swt dan juga larangan Allah swt kepada manusia. Justeru, hanya yang benar-benar beriman mampu melakukannya. Melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh adalah mujahadah orang beriman dan ia dikira ibadah kepadaNya.

Wallahua'lam.

Nukilan :

Dr Mohd Ihsanuddin Abbas –ISMA Australia.




al-kandahlawi




Thursday

Perkongsian dr Forum Ekonomi Islam - IU

salam sejahtera

alhamdulillah,sedikit perkongsian tentang ilmu dan pengisian yang didapati dalam Forum Ekonomi Islam anjuran IU sebentar tadi.



Beberapa Point penting dan pengisian yang sempat masuk dalam kepala :


POINT 1 - Sistem Ekonomi yang ada sekarang adalah datangnya dari sistem yang dicipta Yahudi- iaitu satu sistem yang berlandaskan "fiat money" / wang kertas/wang cetak.Sistem ekonomi sekarang juga berlandaskan riba,tak kira lah samada di katakan sistem islam atau tidak,kerana asasnya berbalik kepada foundation yang telah salah sama sekali.

USA dan barat sentiasa menggmbar gemburkan,inflation...inflasi(bahasa melayu)...mencanag2kan...harga emas naik..harga ni naik..sebenarnya apa maksud semua ini?maksud sebenar...nilai matawang/wang kertas itu sendiri dah makin tak bernilai.nilainya semakin kurang hari demi hari.jadi utk dapatkan sesuatu barang,kita perlu mengeluarkan lebih banyak wang kertas berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Aku bagi contoh sendiri,berdsrkan pemahaman aku tntg inflation -

Inflation- sebenrnya adalah penyusutan nilai duit kita.Susut dari segi apa?susut dari segi kuasa beli! atau kalo belaja ikut silibus buku teks dipanggil " the purchasing power had been diminishing".(kuasa beli semakin terhapus).

CONTOH : bayangkan 30 tahun yang lalu,mak kita ada RM10 dan pi pasar,beli nasik lemak.agak2,,berapa nasik lemak yang bole mak kita beli?harga masa tu lebih kurang RM 0.10 sen..maka bole dapat 100 bungkus.

tapi selepas 30 tahun,bawak RM10.,gi kedai cakap nak beli nasik lemak seratus,dia bagi makan kasut la lepas tu.paling banyak dapat pun 10 bungkus,itupun kalo gi kat belah2 kampung ulu banat mcm kampung aizam di perak nun.

apa maksudnya?maksudnya...nilai RM dah jatuh!!!semakin tak bernilai dari hari ke hari..tetapi,puak2 yahudi yang memerintah USA ni mencanang2kan..harga naik...so kita pun terima la..oo..naik sbb inflation..inflation tu apa?taktau.

Sama kes la macam harga emas..kenapa dulu nak dapat emas hanya perlua keluarkan sedikit duit,tapi sekarang nak beli emas se gram pun mencecah lebih RM 300.??maknanya..kita perlukan lebih duit untuk mendapatkan sesuatu barang,sdgkan kuantiti dan jenis barang adalah sama.


Contoh ketara yang terkini - disebabkan Ke"bijaksanaan" pak lah badawi,dan para pengipas-pengipas dan pembodek2 di sekeliling beliau,telah menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 seliter pertengahan thn lepas.Maka apa kesannya?Inflation di malaysia yang asalnya 3% melonjak naik sehingga 8.8% pada bulan 7,2008.apa maksud inflation di situ?maksudnya..nilai duit kita susut sebanyak 8.8% setahun,berbanding penyusutan nilai sebanyak 3% setahun sebelumnya.Pendek kata,nilai duit pasti dan pasti akan susutu every year,samada susut tinggi atau rendah.Denagn kata lain,kuasa beli akan semakin menurun dan harga semakin naik.Itu yang terjadi.

ada juga Mr.Halim sebut tentang Hyperinflation,cthnya di Zimbabwe,nak beli sebuku roti berharga 50 million.nak beli sebiji gula-gula berharga lebih 20 juta.bunyi macam kelakar tak?tapi itu la hakikatnya.Ini yang pernah aku pelajari dalam International Accounting,tentang wujudnya kaedah "inflation accounting".Iaitu kaedah menyediakan akaun untuk negara2 yang mengalami hyperinflation ni.


fiat money~

POINT 2 - Fiat money - aku teringat masa belajar subjek makro ekons dgn Goh Pek CHen.ada dibahaskan fiat money ini.Kenapa dikatakan fiat money (duit kita skrg) adalah satu sistem yang menipu kita sama sekali?

alasan 1 - Fiat money adalah rekaan dan cetakan di atas satu kertas kosong yang tidak bernilai sama sekali."There is no real value on this money" kata Mr. Halim,salah seorang speaker sambil mencampakkan duit RM50 ke atas meja.apa buktinya? walaupun USA mengalami kehancuran sistem kewangan,mereka masih boleh produce duit berbillion2 untuk menyelamatkan company2 gergasi di sana.Persoalannya,dari mana datangnya duit ni?jwpnnya - cetak dengan lebih banyak.

alasan 2 - Fiat money tidak mempunyai value melainkan hanya "guarantee" dari kerajaan.Kerajaan declare,duit kertas bercetak RM50 dgn tndtgn sekian sekian bernilai sekian dan sekian.Maka bernilailah duit tu.Tapi asasnya bergantung kepada apa?"what is the real value behind this money?"The truth is,nothing."kata Mr. Halim lagi.

Mengapa dikatakan nothing? - Dulu,duit kita asasnya disandarkan kepada national reserve,iaitu sebanyak mana emas yang kita dapat simpan di world bank,maka banyak tu la kita bole produce duit.Meaning,di sebalik duit yang dikeluarkan,ada real value yang menentukan nilainya,iaitu EMAS.

Tapi,Pada tahun 1971, hal yang jauh lebih buruk terjadi. Sistem wang kertas x lg bergantung kepada emas sehingga menjadi benar2 "wang kertas". Kertas yang dianggap sebagai wang dan TIDAK DIBACKUP dengan APA-apa nilai PUN. Inilah yang disebut dengan wang fiat (fiat money).

sikit tambahan -

MENGAPA INI BERLAKU?

1 JWPN IAITU KRN PERJANJIAN BRETTON WOODS.


Semua ini bermula dari pembatalan perjanjian Bretton Wood oleh Amerika. Perjanjian Bretton Wood dimulai tahun 1945. Perjanjian ekonomi ini dilakukan setelah Perang Dunia ke-2. Pada masa itu, akibat perang, negara2 di Eropah mengalami kebankrapan/defisit kewangan akibat pembiayaan perang yang terlalu tinggi kosnya. Sebaliknya Amerika Serikat (AS) memiliki simpanan emas yang luar biasa melimpah -limpah bernilai $25 juta. Kerana kekayaan melimpah tersebut, AS dgn sesuka hati membuat perjanjian Bretton Wood yang pada asasnya adalah mengaitkan nilai dolar senilai $1=1/35 auns emas, serta menjadikan dollar sebagai mata wang tambatan di dunia sehingga semua negara wajib menggunakan dollar atau emas sebagai gantinya. Sebagai tambahan, dalam masa ini, rakyat AS DILARANG menukar dolar-nya dengan emas. Emas yang ditukar dari dollar hanya boleh beredar antara central bank dan pemerintah negara. Emas kini menjadi wang antara pemerintahan.

Selama beberapa zaman sistem ini bertahan dan berjalan lancar. Namun seperti biasa, KETAMAKAN dan KESERAKAHAN itu datang. AS yang kaya raya memiliki ruang untuk melakukan kebijakan yang disertai tamak haloba, mulai mencetak dollar melebihi jumlah simpanan emasnya. Selama beberapa lama hal ini terjadi, kesan inflasi yang dihasilkannya membuat beberapa negara Eropah risau apakah AS dapat membayar emas-nya. Dimulai oleh Perancis yang mulai menukar emas atas simpanan dollar yang dimilikinya, negara2 lain pun mulai ikut menukar emas mereka sehingga emas pun mengalir dari AS ke negara2 lain.

Selama beberapa tahun, kejadian ini membuat stok simpanan (reserve) emas AS menipis hingga baki tinggal sekitar $9 juta. Dengan simpanan yang berkurang , AS pun mula gelabah,kerana mereka tidak dapat lagi memenuhi janjinya untuk membayar 1 auns emas dengan harga $35, karena banyaknya jumlah dollar yang berada dalam pasaran. Apalagi negara2 lain terus ,menukar emas mereka.

Akhirnya, pada tahun 1971 AS secara sepakat membatalkan perjanjian Bretton Wood dan mula menetapkan NILAI fiat money. wang kertas ini, karena asasnya tidak bernilai dan tidak ada yang mahu menggunakannya, maka dicipta Undang2 yang disebut Legal Tender. Undang2 yg memaksa rakyat suatu negara untuk menerima penggunaan wang fiat. Sistem wang fiat tersebut akhirnya diikuti pula oleh seluruh negara di dunia. Seluruh mata wang rasmi negara di dunia sekarang ini adalah wang fiat yang sama sekali tidak dibackup berdasarkan apa pun, kecuali kekuatan politik dan ketenteraan negara-negara kuasa besar.

Alasan 3 - Contoh terbaik kita boleh ambil dari sejarah tanah melayu sendiri.Ketika British memerintah,mereka mula memperkenalkan sistem duit menggunakan mata wang,dollar.Ketika tanah melayu diserang oleh jepun dengan semangat kamikaze nya,british lari lintang pukang balik ke britain,dan tinggallah duit2 dollar bersisa di pasaran tanah melayu.Maka Jepun pun declare,duit dollar tu tak lagi mempunyai nilai,suma mesti guna duit ciptaan Jepun,atau kita kenali sbg duit pisang. (wang kertas ada gambar pisang,bukan guna pokok pisang ok :p) maka bermula la penggunaan duit pisang....tiba-tiba,hiroshima n nagasaki kena bom.maka..british kembali ke tanah melayu..dan declare duit pisang tk bernilai,guna dollar balik.maka masa tu..sapa yg simpan duit pisang..sume..menganga.nak ckp apa?mmg tkde nilai pun.buat tisu tandas maybe ada nilai la kut,tu pun sape yg nak>??

itulah yg akan terjadi kpd duit kertas kita,kalau lah tiba2 yahudi laknat yang mempunyai reserve emas terbesar di dunia skrg ni,declare sume wang fiat tak bernilai.hanya sapa2 yg ada sandaran EMAS.masa tu apa pak lah,najib,khairy,or sape sekalipun nak jawab???


POINT 3 - Sistem kewangan dunia di cipta oleh Yahudi berlandaskan protocol of zions- yang dipunyai oleh bank2 besar kepunyaan saudagar2 Yahudi,termasuklah George Soros.Seorang yahudi TOTOK.

Oleh itu,kata Mr.halim lg,even sistem perbankan islam kita hanyalah kulit.analogi yang diberi ialah,islamic banking seperti sebiji botol,luar ada label islamic banking,tapi dalamnya ada bir/arak.

apa alasannya? Islam tidak datangnya dari foundation yang rosak.sistem ekonomi Islam mesti datang dari asas yang kukuh,asas Islam yg sebenar.Sistem perbankan islam sekaranga dalah sistem tempelan,yang asasnya adalah dari sistem fiat money,yang jelas tak sah dari segi mu'amalat Islam.

POINT 4 - BOIKOT produk2 ISRAEL dan USA yang terang2 dan jelas,menyokong yahudi zionis.boikot sebenarnya memberi kesan yang sangat besar,kalo tak,kata mr. halim, masakan McD sanggup turunkan harga smpai sekitar RM5 - RM6 satu set?dan mcm2 diskaun "terpksa" ditawarkan?itu belum kira effect2 direct kpd syarikat2 di amerika.g cari fakta sendiri kalo tk percaya!

maka kata Mr.Halim," it is working!Do it!


boikottt!!

POINT 5 - Bagaimana mengatasi isu2 sistem fiat money yang semakin rosak,dan sekarang menunjukkan kesan yang dasyat?mula lah menyimpan emas sebagai GANTI WANG KERTAS ANDA YANG hakikatnya sama sekali tak BERNILAI.



dah panjang sgt ni...stop takat ni dlu la.nak tahu lanjut,leh mesej aku nnti.

sekian.


p/s : tahniah kepada IU,specially kpd director program,dik fakhrulrazi krn berjaya organize program berilmiah mcm td dlm bahasa english,lagi feel dgr dlm english-banyak term2 economic in english.akhirnya nak lihat event iu in english tercapai..:)

www.pembinamelaka.com

Monday

Pelaburan: apa yang anda perlu ketahui? [siri 2]



HASIL ASB HARAM VS HALAL??


Pelaburan & Muamalah Islam

Rakyat malaysia terutamanya org2 melayu,pasti kebanyakannya mengetahui skim pelaburan yang diperkenalkan lama dahulu,iaitu ASB.Tetapi malangnya,masih ramai yang belum benar2 celik,atau benar-benar ambik tahu,dalam menyertai apa2 pelaburan sekalipun,bukan sahaja sistem mudhrabah atau musharakah yang perlu dititikberatkan,tetapi yang paling penting di mana ia nya dilaburkan.


Mari kita lihat pandangan dan ulasan berkenaan pelaburan di dalam skim tersebut.


Beberapa ulasan berkenaan isu terbabit.


1. Fatwa Yang Mengharamkan

Antara fatwa yang mengharamkan adalah Majlis Fatwa Selangor. Teks mereka adalah seperti berikut :-

1. Ahli Jawatankuasa Perunding Hukum Syara' (Fatwa) telah membincangkan perkara di atas dengan penuh teliti dan panjang lebar dan mengambil keputusan seperti berikut :


1.1. Zakat Daripada Wang Bonus Dan Dividen ASB


Keputusannya:

2. " Wang bonus dan dividen yang diterima daripada hasil pelaburan ASB adalah tidak diwajibkan zakat kerana pelaburan bercanggah dengan hukum syara' "


1.2. Bolehkah wang digunakan pergi menunaikan Haji ke Tanah Suci Mekah

Keputusannya

" Ahli Jawatankuasa yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini, terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara', maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dan tempat-tempat tersebut.


Ahli Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara'(Fatwa) yang hadir bersetuju memberi pandangan bahawa. oleh kerana pelaburan ASB pada masa ini terdapat pelaburan di tempat-tempat yang bercanggah dengan hukum syara'. maka ia tidak diharuskan sehingga pihak ASB membersihkan dari tempat-tempat tersebut.



Komen Ust Zaharuddin di website beliau seperti berikut :

www.zaharuddin.net

Secara ringkasnya, saya menyokong pendapat yang mengharamkan di atas asas berikut :-

1) Aqad Pelaburannya Tidak Jelas

Aqad pelaburannya tidak jelas samda menuruti ‘Qirad' atau ‘Mudarabah' atau Musharakah. Jika ia menggunakan mudarabah sebagai yang didakwa oleh Majlis Fatwa Perak pelaburan ini disyaratkan menentukan kadar nisbah pembahagian keuntungan seperti 80 : 20 dan sebagainya di awal pelaburan. Namun hal ini tiada dinyatakan langsung di dalam pelaburan ASB.


Perlu disedari bahawa jika sesebuah aqad itu tidak sah dari sudut syara' maka seluruh pelaburan adalah batal tanpa mengira pelaburannya diletakkan di dalam industri halal atau haram.


2) Jaminan modal atau ‘capital' juga menyebabkan aqad pelaburannya bermasalah dari sudut Shariah.


Termaktub bahawa capital (modal) pelaburan ASB adalah di jamin oleh PNB. ini bermakna syarat dalam aqad pelaburan ini telah bercanggah dengan syarat pelaburan Mudarabah dalam Islam yang tidak membenarkan pengusaha ‘Mudarib" (dalam hal ini adalah PNB) menjamin selamatnya modal para pelabur.


Malah menurut mazhab As-Syafie, aqad pelaburan tadi dikira batal. Modal pelaburan sememangnya tidak boleh dijamin oleh pihak yang menguruskan pelaburan juga difatwa kan oleh Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma' Fiqh Islami) atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen mereka yang kesembilan dimana mereka telah memutuskan bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga (dalam hal ASB, yang menjamin bukan datang dari pihak ketiga) malah jika ia jaminan dari pihak ketiga sekalipun Majlis Fiqh Dunia bersepakat mensyaratkan ia tidak dimasukkan di dalam kontrak pelaburan. Malangnya, klausa ini dimasukkan di dalam aqad pelaburan ASB yang diwakili oleh borangnya.

Keistimewaan jaminan modal ini adalah tidak sah menurut SELURUH ULAMA EMPAT mazhab juga. Ini kerana dalam konsep Pelaburan Islam yang dikenali sebagai Mudarabah dan Musyarakah, tiada sebarang jaminan dari pengusaha bahawa modalnya terjamin.

Menurut Mazhab Maliki dan Syafie menganggap kiranya terdapat dalam kontrak mana-mana pelaburan mudarabah yang mana pihak pengurus menjamin bahawa modal tidak akan lupus walau apapun keadaan berlaku (samada akibat kelalaian atau tidak), maka aqad atau kontrak itu terBATAL. (Hashiyah Ad-Dusuqi, 5/284 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syarbini, 3/419 ).



Manakala menurut Mazhab Hanafi dan Hanbali, syarat seperti ini terbatal dan kontrak adalah sah (Bada' as-Sanai, al-Kasani, 5/115 ; Al-Insaf, Al-Mardawi, 5/313)


Menurut Shariah, hanya dua jenis jaminan modal di izinkan dalam aqad Mudarabah iaitu:-

a- Jaminan modal dikembalikan jika pihak ‘mudarib' ( pengurus pelaburan) mengkhinati mana-mana isi kontrak, kecuaian yang jelas dalam pengurusan dan yang sepertinya.


b- Jaminan dari pihak ketiga dan bukannya pihak pengurus pelaburan


Bersambung...

Thursday

Pelaburan: Apa yang anda perlu ketahui?

Pelaburan dan Muamalah dari perspektif ISLAM
dI adapt dr Tulisan Ustz Zaharuddin di :
& rujukan lanjut di :
www.zaharuddin.net

Di sini saya sertakan beberapa sentuhan berkenaan konsep pelaburan dan isu yang berkaitan dengannya yang perlu kita ketahui sebagai pelabur yang mematuhi perintah Allah.
Penyertaan Dalam Pembelian Saham

Hukum membeli saham pada asalnya adalah sama dengan hukum bersyarikat atau musharakah atau rakan kongsi. Ia adalah harus menurut Shariah dari al-Quran dan Hadith. ( Al-Mughni, Ibn Quddamah, 5/3 )

Dalil dari Al-Quran :
Mafhumnya : "dan mereka berkongsi dalam 1/3 " ( An-Nisa : 12 )

Antara hadith :
Mafhumnya : Nabi menyatakan :" Aku orang ketiga bersama dua orang yang bersyarikat selagi mana tiada salah seorang yang mengkhianati rakannya" ( Riwayat Abu Daud )

Syarat Umum

Antara syarat umum yang telah diletakkan dalam hal menyertai aktivti urusniaga saham ini adalah :-

a. Penubuhan dan penyertaan sebuah syarikat yang patuh Shariah di dalam bursa adalah harus.
b. Tiada sebarang perbezaan pandangan bahawa menyertai atau membeli saham syarikat yang asas utama perniagaannya adalah haram seperti memberi pinjaman Riba atau berniaga barangan yang diharamkan adalah tidak dibenarkan sama sekali.


Majoriti ulama dunia mengharuskan penjualan dan pembelian saham dan di bursa kerana :-

1- Syarat Ijab Qabul telah terlaksana dalam pembelian dan pemilikan saham.
2- Majlis Pengarah syarikat telah mewakili seluruh pemegang saham dalam pelaksanaan syarikat mereka.

Justeru, antara para ulama besar yang mengharuskannya adalah Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikh Ali Khafif, Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Dr Muhammad Yusof Musa dan ramai lagi. ( At-Takaful Al-Ijtima'ie, Abu Zahrah, 2/184 ; As-Syarikat : Ali Khafif, hlm 96 ; Al-Mualamat Al-Maliah, Uthman Syabir, hlm 206)

Nabi s.a.w bersabda :-

“ Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312) “

Kaedah Fiqh menyebut :-

"Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan" ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)

Islam tidak menerima konsep untung dengan jaminan, dan Islam juga hanya menerima konsep :
الغرم بالغنم
Ertinya : " Ganjaran keuntungan adalah dengan menghadapi risiko" [1]



Dan juga hadith :

أن الخراج بالضمان
Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (dan jaminan barang yang dijual adalah selamat - bermakna tiada untung tetap dijanjikan)" (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu Daud : no 3508 ; As-Suyuti & Albani : Hasan)

Menurut Dr Muhammad Az-Zuhayli menjelaskan lagi ertinya dengan katanya "sesungguhnya siapa yang yang menanggung kos dan risiko kerugian, maka merekalah yang layak mendapat manfaat atau keuntungan jika ada". [2]

Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah sebenarnya pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia adalah haram.


RIBA DALAM AKAUN SIMPANAN DAN PELABURAN.

Bagi menjelaskan bentuk kedua bagaimana riba berlaku, contohnya adalah seperti berikut :-

Ia berlaku apabila pelanggan meletakkan wangnya di dalam akaun :-

· Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).

· Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).

Penjelasannya adalah seperti berikut :-

· Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).

Dalam akaun jenis pertama ini, Individu A meletakkan wangnya di dalam "conventional fixed deposit account". Menurut kontrak dan perjanjian yang di tandatangani, pihak pengendali/Bank akan mengumpulkan wang individu A tadi bersama dengan wang depositor atau pelabur lain. Kemudian, kumpulan wang itu akan digunakan samada bagi pelaburan wang terus ke dalam mana-mana syarikat yang kukuh bagi mendapatkan pulangan yang baik ataupun digunakan untuk memberikan pinjaman secara riba kepada syarikat-syarikat yang datang kepada Bank untuk tujuan perniagaan mereka, samada perniagaan itu halal mahupun haram.

Sebagai imbalan kepada para pelabur atau penyimpan, pihak bank akan menetapkan kadar faedah tertentu (‘fixed interest' atau ‘fixed return') sebagai contoh 3 % untuk diberikan kepada penyimpan @ pelabur (tambahan ke atas wang modalnya) bagi suatu tempoh selama matang antara 1 - 11 bulan, kadar faedah adalah menurut budibicara pihak pengurusan bank. Pada kebiasaannya Bank telah pun membuat kira-kira bagi menentukan kadar interest yang ingin diberinya.

Ingin ditegaskan di sini bahawa, menurut Islam, kadar 3 % dari "fixed deposit account" tadi adalah Riba ‘Ad-Duyun' dari jenis ‘Al-Qard'. Ini adalah kerana, sebagaimana yang telah ditegaskan sebelum ini, disiplin pelaburan Islam (iaitu Mudarabah atau Musyarakah) tidak boleh menentukan pulangan keuntungan di awal kontrak sama sekali. Hanya nisbah pembahagian keuntungan yang dibenarkan. Seperti 70 : 30 ( Bank : pelanggan).

· Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).

Manakala dalam Akaun Simpanan Konvensional (Ordinary Savings Account) pula. Sekali lagi terdapat Riba secara pasti. Ini kerana bank akan memberikan kadar faedah tetap sekitar 0.1-0.2 %. Dalam keadaan ini, Bank pula dikira meminjam wang dari pelanggan untuk digunakan bagi tujuan pelaburan kecil-kecilan, dan si pelanggan di anggap seolah-olah telah menawarkan pulangan tetap atas pinjaman (simpanan) yang diberikan oleh pelanggan kepada Bank itu, hasilnya; Bank mesti membuat pembayaran tambahan (faedah) menurut kadar yang telah di tetapkan tadi walau dalam keadaan apa sekalipun.
Sekiranya Bank mendapat untung yang amat lumayan hasil penggunaan wang simpanan tadi, bank tetap hanya perlu membayar kadar kecil tadi, maka pelanggan pastinya dikira rugi. Sebaliknya, sekiranya bank menghadapi kerugian, Bank tetap perlu membayar kadar interest itu tanpa mengira sama ada ia akan menambah beban kerugiannya atau tidak. Maka, kerugian Bank pasti bertambah dan membebankan.

Justeru, penindasan berlaku dalam kedua-dua bentuk simpanan dan pelaburan konvensional di atas, sama ada kepada bank (apabila rugi tapi perlu membayar faedah Riba) atau pelanggan (apabila untung tapi hanya mendapat nisbah kecil).

[1]Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, An-Nadawi, Dar al-Qalam, hlm 343
[2] Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah, Az-Zuhayli, hlm 494
bersambung...