sila berikan nama dan maklumat diri kepada :
hazwan : 014-5296210
hamdan : 013-6286991
p/s : program ni khas untuk lelaki shj
semua perkongsian ini hanyalah setitis tinta dari sebuah lautan..
setelah sekian lama..
pantas jari jemari berasa ringan untuk menulis sesuatu..
melihat kerenah semasa yang tak berkesudahan..
rencam kehidupan yang mendesak
dihimpit dan menghimpit
arus kegelisahan
oh..
apakah ini
assalamualaikum salam sejahtera..
hebahan untuk semua..bantuan untuk saudara kita di Gaza telah tiba dengan selamatnya..InsyaAllah banyak lagi yang akan menyusul dari berbagai pihak..mari kita sama2 menyokong segala usaha untuk membantu mereka,sebenarnya membantu diri kita,dan membantu agama kita dalam memelihara kesucian dan maruah Ummah..
Malaysian aid convoy arrives in Gaza Strip
GAZA -- Relief aid and medicines from the Aman Palestine Institute in Malaysia with an estimated worth of $100,000US arrived in Gaza on Sunday morning via the Egyptian Rafah crossing.
Ahlul Bayt News Agency (ABNA.ir), GAZA -- Relief aid and medicines from the Aman Palestine Institute in Malaysia with an estimated worth of $100,000 USD arrived in Gaza on Sunday morning via the Egyptian Rafah crossing.
Klasifikasi | Bayaran | Sasaran (orang) |
Perseorangan | RM50 | 800 |
Wakil Organisasi | RM100 | 20 |
Suami dan Isteri | RM70 | 200 |
Pelajar | RM20 | 2000 |
8.00 am – 8.40 am | Kehadiran peserta dan pendaftaran |
8.40 am – 9.00 am | Pembukaan dan ucapan aluan pengerusi |
9:00am – 10:00am | Ucaptama Konvensyen oleh Ustaz Abdullah Zaik bin Abdul Rahman, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia |
10:00am -10:20am | Rehat |
10:20am -11:30am | Kertas Kerja I ”Fikrah Hasan al-Banna dan Ideologi Barat: Pertembungan Antara Dua Aliran” oleh Ustaz Hj. Mohd Rusdi bin Hj. Alias |
11:30am- 11:40am | Tayangan Multimedia |
11:40am -12:50pm | Kertas Kerja II”Pandangan Hasan al-Banna Terhadap Agenda Pembangunan Ummah dan Perlaksanaannya di Malaysia” oleh Ustaz Hj. Mohd Hazizi bin Hj. Ab. Rahman |
12:40pm – 2:00pm | Solat dan Makan Tengahari |
2:00pm – 3:10pm | Kertas Kerja III ”Menilai Kemelut Politik Tempatan Berdasarkan Maqasid Syarak” oleh Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni |
3:10pm – 4:00pm | Ucapan Penggulungan dan Resolusi |
4:00pm | Majlis bersurai |
Salam..
tahniah kpd media ISMA SAK atas penganjuran Dauroh Media : Blogging Asas..
diketuai Akh Azril yang tak asing lagi di shah alam ni.:P

Kontraksi statik otot di bahagian leher dan bahu yang lama akan menyebabkan kita berasa :
-Pening dan sakit kepala
-Ketegangan serta sakit leher serta bahu
-Ketegangan serta sakit otot di antara tulang belikat
-Kebas dari bahu hingga ke hujung jari
-Kelemahan otot bahagian leher, bahu serta tangan sehingga kita merasa tangan kita amat berat untuk menulis atau menaip
-Ini juga boleh dialami pada bahagian pinggang: Ketegangan dan sakit otot di bahagian sendi pinggul serta punggung
-Kebas dari punggung hingga ke hujung jari kaki
-Kelemahan otot sekitar sendi pinggul, punggung serta kaki sehingga kita merasa kaki kita amat berat untuk berdiri atau berjalan
-Kesukaran untuk menundukkan badan apabila hendak mengambil sesuatu yang terjatuh di atas lantai
Selain pengambilan ubat penahan sakit (analgesic) atau ubat bagi mengurangkan ketegangan otot (muscle relaxant) daripada pegawai perubatan, teknik senaman dari ahli fisioterapi juga boleh dilakukan bagi mengurang dan mengelakkan keadaan ini berlaku pada anda semasa bekerja di pejabat.
Senaman regangan ini selain membantu memperbaiki postur badan, penjagaan badan (body awareness), meningkatkan koordinasi badan. Ia juga dapat meningkatkan pengaliran darah, meningkatkan tenaga, menggalakkan relaksasi serta mengurangkan stres. Tip senaman berikut boleh diamalkan jika sekiranya anda terpaksa melakukan kerja pejabat dalam satu tempoh yang lama:
Sentiasa bergerak bebas selepas setiap jam bekerja dengan mengubah posisi duduk, berdiri atau berjalan selama 1 - 5 minit
Minum air suam atau air mineral yang secukupnya kerana ia membantu badan menyingkirkan toksin dan membantu mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan
Melakukan senaman pernafasan dengan menarik dan menghembus nafas secara perlahan
5 - 10 kali kerana ia membantu mengurangkan ketegangan otot dan meningkatkan pengaliran darah bernutrien dan beroksigen
Mari sama-sama mencuba!! :D
al-kandahlawi
Persatuan Belia Islam Nasional akan menganjurkan satu Karnival sukan yang diberi nama;
Karnival Sukan Belia Islam Malaysia 2009!
Bertempat di : Universiti kebangsaan Malaysia
pada : 19 Disember 2009
Sesuai dengan syariat Islam, tempat dan acara sukan bagi lelaki dan wanita akan diasingkan. Berikut adalah senarai pertandingan yang ditawarkan bagi Lelaki dan Wanita beserta yuran penertaan bagi setiap pasukan;
Pasukan Lelaki 1. Bola Sepak 6 sebelah - RM100/pasukan 2. Bola Tampar - RM120/ pasukan 3. Bola Keranjang - RM50/
Pasukan Wanita : 1. Bola Jaring - RM100/ pasukan 2. Bola Tampar - RM 100 / pasukan 3. Bola Keranjang – RM50/ pasukan
Al aqlu salim fi jismi salim… Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat. Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian agar beliau dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan .
al-kandahlawi
Teratak Baitulhikmah Wa zahrowat
Salam sejahtera semua..
satu hebahan penting kepada semua..
ANDA ada adik baru lepas ambik SPM thn ni?
ANDA ada junior2 di sekolah yang baru lepas SPM?
ANDA ada adik kepada kawan2 ANDA yang baru lepas SPM?
ANDA ada sahabat kepada adik kawan ANDA yang mempunyai kawan2nya di sekolah yang sudah melalui peperiksaan SPM ?
ANDA sendiri sedang menduduki SPM,dan masih terpinga-pinga,blur,kelabu pekat,silau tentang masa depan,ke mana hala tuju dan arah yang perlu diikuti?
Jika ANDA IALAH "ANDA' DI ATAS,ANDALAH YANG KAMI CARI!-
Teruskan Membaca hingga akhir entry,pasti ANDA tak rugi,dunia akhirat InsyaALlah!
Persoalan2 bagi para pelajar sejurus selepas SPM :
Course apakah yang terbaik beradasarkan sifat,karakter dan keupayaan diri ?
Di manakah tempat terbaik untuk menyambung pelajaran?
BAGAIMANA anda hendak mencari peluang2 untuk mendapat tempat di Uni2 terbaik di dalam atau di luar negara?
APAKAH prosedur2 untuk MEMOHON?apa tips2nya?
DARI MANAKAH tajaan2 serta biasiswa2 boleh dipohon?apa lubang2 yang ada?
Siapakah orang yang dapat dikongsi dan diminta pendapat berkenaan jurusan2 yang ditawarkan?
TEMUI KAMI SECARA LIVE....
MEREKA YANG TELAH BERJAYA MENEMPUH ALAM UNIVERSITI...
DARI DALAM NEGARA & LUAR NEGARA..
INILAH....
Program yang dinanti2kan para lepasan SPM...
didatangkan lagi pada tahun ini-siri ke 5
JAWAPAN kepada semua persoalan di atas,segalanya akan dikupas satu persatu...pasti ANDA AKAN MENEMUI JAWAPANNYA!
________________________________________________________________
"Kem Lepasan SPM 2009"
Dengan izinNya,satu-satunya Program yang pasti membawa anda ke satu dimensi baru,perspektif yang bakal mencorak masa depan anda yang lebih cemerlang dan terpandu,dengan satu matlamat yang jelas!
Ayuh!
klik gambar utk paparan jelas
Yuran penyertaan :
RM80. SHJ
(termasuk kos tempat tinggal,transport dr pick point,bahan2 kursus,makan minum,Sijil penyertaan)
Anjuran :
PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL(PEMBINA)
penyertaan terbuka kepada semua pelajar lepasan SPM,tetapi jumlah hanya terhad kepada 100 tempat sahaja.
**Pakej diskaun yang menarik akan diberikan kepada pendaftaran secara berkelompok
DAFTARLAH SEKARANG!!!
HUBUNGI wakil KAMI :
EN.FAIRUL : 013-6616676
PN.NORLI : 013-6618698
@tau tinggalkan pesanan anda (email anda) di ruangan komen/chat box,kami akan hubungi anda secepat mungkin.
Al-kandahlawi
BaitulHikmah Wa Zahrowat
saham akhirat ye~
Ibu tunggal saudara baru terlantar perlukan bantuan
ALOR SETAR, 13 Sept: Kunjungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat.
|
|
|
|
|
|
Ini memandangkan dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam kesusahan dan melarat.
Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru.
Menurut Basir Haji Ismail, setiausaha agung Pembela, mereka dimaklumkan oleh pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tentang nasib yang menimpa seorang saudara baru berstatus ibu tunggal yang hidup dalam keadaan yang amat daif.
Kata Basir, berdasarkan maklumat tersebut beberapa wakil Pembela dan aktivis PAS Kubang Pasu telah pergi menemui saudara baru berkenaan malam tadi. Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain kecuali setengah kampit beras.
?Kunjungan kami pada asalnya hanyalah untuk memberi sedikit sumbangan dari dana tabung kemanusiaan Pembela," katanya.
Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada Fatimah yang sedang dalam kesusahan.
Dari maklumat yang diterima dari Fatimah, kehidupannya amat susah sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara 2-8 tahun.
Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya sendiri.
(Gambar:Fatimah bersama dua anaknya, hanya nasi puteh tanpa lauk yang sedang di makan oleh anak kecil ini.)
Ketika berkunjung ke rumahnya kami mendapati anak sulung (lelaki) terlantar di katil kerana cedera di bahagian bawah mata akibat terjatuh ketika bermain di luar rumah pada siang hari.
Tidak ada ubat yang mampu diberikan, apa lagi untuk membawanya ke klinik berhampiran. Dua lagi anaknya sedang menjamah makanan iaitu nasi putih yang tidak berlauk, kata Basir.
Lebih malang lagi, anak sulungnya yang berumur lapan tahun tersebut tidak lagi dapat meneruskan pengajian kerana tidak mampu untuk menyara kos persekolahannnya setiap hari.
Fatimah, nama asalnya Lim Yen Thik berkata, "Saya tidak tahu nak buat apa-apa, kecuali menjaga anak-anak yang masih kecil. Nak kerja cari duit, susah, lebih-lebih lagi kalau jauh dari rumah."
"Kalau ada masalah, saya mengadu kepada Haji Ibrahim Lai kerana dia adalah pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis. Keluarga kandung langsung tak mau ambil peduli tentang saya lagi kecuali saya bersetuju balik semula kepada agama asal (Budha)," katanya.
"Rasa perit apabila memeluk agama Islam, keluarga kandung buang saya. Jiran tempat tinggal (Melayu) pun tak mahu berkawan kerana mereka anggap saya bukan orang Islam, tak tahulah apakah ini ujian dari Tuhan kepada saya," katanya.
Sehubungan itu, Basir bagi pihak Pembela ingin merayu kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang berkemampuan supaya dapat menghulurkan sumbangan kepada Fatimah dengan seberapa segera.
Sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadinya atas nama LIM YEAN THIK, nombor akaun Maybank 1521 7003 1022 ataupun menghubunginya di talian 019-514 7892. Keterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail). _
salam semua..
satu laporan berita dari utusan yang menyentuh hati sebagai seorang muslim..begitu banyak kes2 eksiden dalam bulan posa ni..
antara yang saya kira kes yg agak malang,bagi keluarga mangsa,seperti laporan berita di bwh.
www.utusan.com.my
KUALA LUMPUR 31 Ogos - "Amalan yang kita buat semasa di dunia dan doa anak yang soleh akan dapat meringankan beban ibu bapa semasa di kubur nanti."
Demikian pesanan terakhir Allahyarham Abdul Karim Abdul Aziz, 51, sebelum dia meninggal dunia setelah kereta Perodua Kancil yang dipandunya dirempuh sebuah treler di Lebuh Raya Persekutuan, pagi semalam.
Nasihat itu diberikan Allahyarham kepada anak keempatnya, Imanina Abdul Karim, 19, sewaktu di Hentian Bas Putra ketika ingin menghantarnya ke rumah nenek di Kampung Dua Badak, Lenggong, Perak pada Sabtu lalu.
"Pesanan ayah itu masih terngiang-ngiang di telinga saya sampai sekarang. Tidak sangka pesanan itu merupakan tanda yang ayah akan meninggalkan kami sekeluarga selama-lamanya," katanya dengan nada sedih ketika ditemui di rumahnya di Hulu Langat di sini hari ini.
Dalam kejadian semalam, sebuah treler yang dipandu laju dikatakan terbabas menyebabkan ia merempuh pembahagi lebuh raya sebelum kenderaan berat itu merempuh Kancil yang dinaiki tiga beranak tersebut.
Kemalangan yang berlaku pukul 10.30 pagi itu meragut nyawa Abdul Karim manakala isteri dan anaknya cedera parah.
Ketika kejadian, treler terbabit datang dari arah Klang manakala Kancil dinaiki tiga sekeluarga itu datang dari arah bertentangan untuk membeli keperluan Aidilfitri di Subang USJ.
Allahyarham meninggalkan 12 orang anak iaitu 10 perempuan dan dua lelaki berusia antara 9 hingga 24 tahun.
Menurut Imanina, bapanya itu merupakan seorang yang sangat tegas tetapi penyayang dengan anak-anak. Dia dan adik beradik selalu dinasihatkan oleh arwah supaya berjaya di dunia dan akhirat.
Tambahnya, Aidilfitri yang bakal menjelang dirasakan tidak bermakna bagi dia dan keluarga kerana ketiadaan bapa di sisi.
Sementara itu, anak ke-10 Allahyarham, Mohd. Ikram, 14, berkata, dia terkilan kerana tidak sempat berbuka puasa dengan bapanya pada bulan Ramadan kali ini.
Katanya, kali terakhir dia bertemu dengan arwah bapanya ialah pada malam Jumaat lalu.
"Dalam pertemuan itu, ayah berpesan kepada saya supaya belajar rajin-rajin dan jangan bergaduh semasa di sekolah," katanya yang tinggal di asrama Maahad Tahfiz Al-Munir di Hulu Langat.
Kata Ikram, sambutan Aidilfitri tahun ini amat sedih baginya, memandangkan bapanya sudah tiada manakala ibu mereka pula masih kritikal dan dirawat di hospital.
Lebih menyedihkan, berikutan kejadian yang menimpa Allahyarham itu, kehidupan 12 orang anaknya kini terumbang ambing.
Sehubungan itu, mereka yang ingin membantu meringankan beban 12 beradik yang kehilangan ayah dan ibu pula masih tidak sedarkan diri bolehlah memberi sumbangan dengan menghubungi anak kedua mangsa, Ibtihal di talian 017-6092590.
| | Nama | Institusi | Tajuk |
| 1 | | Fakulti Pengajian Islam, UKM | Penggunaan Mata Wang Islam: Satu Analisa Sejarah Zaman Uthmani (1281-1924M) |
| 2 | Prof Madya Dr. Sanep bin Ahmad | Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM | Dinar Emas: Pilihan Penuh Dilema |
| 3 | Dr. Ahmed Kameel Mydin Meera | Institute of Islamic Banking and | |
| 4 | Umar Ibrahim Vadillo | Kelantan golden trade (Permodalan Menteri Besar Kelantan) | |
| 5 | Prof Dr. Jamal Othman | Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, UKM | |
| 6 | Prof. Madya Datuk Dr Hailani Muji Tahir | Fakulti Pengajian Islam, UKM | Aplikasi Dinar Emas Dalam System Webdinar |
| 7 | Prof Madya Dr. Rohimi Bin Shapiee | Fakulti Undang-undang, UKM | |
| 8 | Prof. Madya Dr. Noor Inayah Binti Yaakub | Graduate Bussiness School, UKM | Dinar Emas Sebagai Matawang dari Perspektif Undang-undang Matawang |
| 9 | Puan Hajah Nik Mahani | Kelantan golden trade (Permodalan Menteri Besar Kelantan) | Dinar Emas Kelantan: Mekanisme Pelaksanaan dan Aplikasi Semasa Penggunaannya Masa Kini |
| 10 | Profesor Dr. Joni Tamkin | Akademi Pengajian Islam, UM | |
| 11 | Pn. Salmy Edawati Yaacob | Fakulti Pengajian Islam, UKM | Dinar Emas Dalam Realiti Semasa Penggunaannya Di Dunia |
| 12 | | | Kestabilan Matawang Dalam Menangani Krisis Ekonomi: Ke Arah Penggunaan Dinar Emas |
| 13 | En.Nuradli Ridzwan Shah bin Mohd Dali | Fakulti Ekonomi dan Muamalat, USIM | |
| 14 | Hj. Muhammad Nasri bin Hj. Md. Hussain | Kolej Perniagaan, UUM | Sistem Mata wang Dinar Emas: Analisa Dari Perspektif Ilmu Fiqh Muamalat |
| 15 | En. Dwi Condro Triono | Universiti Indonesia | Straregi Pelaksanaan Dinar Emas di Kalangan Negara Islam |
| 16 | En. Abdul Basit Samat@Darawi | UTM | |
| 17 | Prof Madya Dr Hakimi Ibrahim | USM (Dinar Research Group USM) | |
| 18 | Mohd Nazri Muhayyidin | Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan, UMK | |
| 19 | Prof Madya Dr Hassanudden Abd Aziz | Kulliyyah of Economics and Management Sciences, IIUM | Dinar Sebagai Matawang Mengatasi Krisis Ekonomi Global 2008 |
| 20 | Cik Norfarizan Jaafar | Bahagian Quran, ILIM | |
| 21 | En. Abdul Halim bin Abdul Hamid | Universiti Multimedia, Melaka | Islamic Banking With Dinar & Dirham – “Meeting The Challlenges To Uplift The Ummah Economy” |
| 22 | En. Syukor Hashim | Universiti Multimedia, Melaka | Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia. |
| 23 | En. Mohd Nizam Shaidon | Universiti Multimedia, Melaka | |
| 24 | Puan Siti Murniyati | Sekolah Tinggi Ekonomi Islam (STEI) Hamfara | Aplikasi Terkini dan Mekanisme Penggunaan Dinar Emas: Kajian di Sekolah Tinggi Ekonomi Islam (STEI) Hamfara, |
| 25 | En. Khalid Norshah | Gerakan Islam Sedunia Murabbitun | |
| 26 | Mr Louis | Public Fine Sdn Bhd | |
| 27 | Puan Wan Ainon Zarina Wan Radzi | NGO | |
| 28 | Saima Arai (Jepun) | Universiti Islam Antarabangsa | |
| 29 | Prof Madya Dr Zyhaimy Ismail | Fakulti Sains, UTM | |
| 30 | Profesor Ibrahim Abu Bakar | Fakulti Pengajian Islam | The Islamic Theological Symbols On The Gold Dinar And Silver Dirham Currencies : A Historical And Theological Perusal |