Friday

GMI VS Pro-GMI : Zalim atau menzalimi?


assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

moga tulisan kali ini,sekadar perkongsian & luahan pandangan dari seorang hamba Allah yang lemah ini..sebarang kesilapan,harap diteguri..

setelah beberapa kali tangguh nak post tajuk ni,akhirnya laporan berita pagi ni benar2 bagai deruan ombak menghempas jiwa utk saya berikan pandangan berkenaan hal ini..

tentunya bukan berniat untuk menyentuh sensitiviti mana-mana pihak..tapi kebenaran perlu diterjemahkan dengan tindakan yang benar..itu yg pasti!

tentunya bila melihat tajuk di atas,akan ada 3 jawapan.

yang pertama :Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) la betul,sebab GMI menentang kezaliman,iaitu Internal Security Act (ISA).

Jwpn kedua : Pro-GMI la betul,sebab ISA diperlukan di negara kita yg demokrasi nih. (menurut sebahagian orang),utk cegah org2 zalim di luar sana melakukan ancaman kepada negara.

Jwpn Ketiga : Ntahla,Gmi ke..pro ke..pewaris ke..lantak la..hangpa nak gaduh2 pi la.janji aku enjoy!

dan berkemungkinan akan ada jwpn2 yang lain lagi..

Tetapi,paper baru2 ni melaporkan,jabatan mufti yang mengeluarkan hukum demonstrasi jalanan yang akan dilaksanakan kedua-dua bentuk gerakan tersebut adalah melanggari syariat Allah-justeru jatuhnya Haram.saya tak berminat untuk menyampaikan semula apa yang da disampaikan dari jabatan mufti dan juga menteri agama kerajaan,pimpinan BN.

Apa yang saya ingin perbahaskan di sini,merupakan cetusan minda sendiri yang tertahan sebelum2 ni lagi.Sejak dari perhimpunan BERSIH,PPSMI,HINDRAF,dan bermacam2 lagi..samada yang bersifat himpunan raksasa,atau himpunan kecil2..




apa yang saya mintak semua pihak renungkan,dengan jiwa yang tidak menyebelahi mana-mana "blok2" pemikiran atau pihak,letakkan Al-Quran & Sunnah di depan,tinggalkan apa saja selainnya di belakang-CUba sekali lagi..duduk sejenak dan berfikir - adakah wajar demontrasi jalanan ini dilakukan dan adakah ianya benar-benar..diulangi :: benar-benar mematuhi syariat Allah?

Ada perbezaan di sini,untuk point yang saya cuba ketengahkan selepas ni - antara demonstrasi & demonstrasi jalanan.Berbeza.Demo,salah satu cara utk menyampaikan rasa tidak puas hati dan penentangan & etc,tempatnya?boleh jadi di kwsn lapang,atau di tempat2 tertentu.Demo jalanan?buat demo ikut jalanraya la.

Demonstrasi hukumnya harus.Dari sudut usul Fiqh,semua perkara di dunia ni,bermulanya dengan mubah/harus,selagi mana tiada dalil yang mengharamkan,atau selagi mana tiada dalil & keadaan yang dibenarkan syarak untuk mewajibkannya.tak perlu saya ulas utk bagaimana teknik istinbath hukum untuk dapat keputusan hukum sprti di atas.

jadi,demo itu harus,,maka hukum demonstrasi jalanan juga harus.maka,hukum asal untuk aktiviti GMI & Pro GMI esok adalah HARUS!.

Baik,kita lihat lebih dalam lagi.Ada atau tidak,dalil-dalil yang mewajibkan diadakan demonstrasi tersebut?kalau ikut dari pandangan kebanyakan pihak dari blog2 yg saya ikuti,especially dari pihak pembangkang,katanya hukum menentang kezaliman wajib.maka ISA adalah satu kezaliman,jadi wajib menentangnya.ok fine.

kalau tanya org BN,depa cakap ISA tak zalim,ISA ada perbicaraan,rujuk akta keselamatan dalam negeri.:kata mereka..tapi apa yang dilaksanakan dalam ISA,pandangan peribadi saya..memang zalim.

Jadi,ISA menzalimi orang,perlu ditentang.Tapi adakah hanya dengan demonstrasi Jalanan?adalah wajib pula hukumnya demo jalanan ini? ::ni persoalan saya::

Bermaksud,Demo dengan melalui jalan2,atau yang sewaktu dengannya,yang mengakibatkan kekacauan pada traffic.Adakah ini satu2nya jalan yang ada untuk menunjukkan penentangan?

Ingin saya jelaskan kepada marahaen sekalian..pendirian saya sendiri,seimbas lalu tentang ISA,dan apa yang dah dilakukan oleh pihak yang mengawalnya sebelum ini sememangnya ada unsur kezaliman.Kalau go through blog2 yang menyokong demo ini,banyak mengungkapkan kisah-kisah sedih kepada ahli keluarga mangsa tahanan ISA.Memang menyedihkan! memang mereka dizalimi! Mereka perlu dibela.

Persoalan,apakah kerana ISA zalim,perlu ditentang..maka demonstrasi jalanan dihalalkan?Saya teringin nak lihat mana2 fakta,dalil dan apa sahaja yang boleh bagi keyakinan,demo jalanan ini dihalalkan dalam Islam-dan mengikut syariat.Mungkin boleh mencambahkan kefahaman saya berkenaan isu-isu ni.

Jangan Taqlid Buta

Pandangan peribadi saya,saya menyokong sepenuhnya penentangan terhadap ISA,tapi kepada pihak yang menentangnya,sila sediakan alternatif bagi menentang ISA,kerana tujuan ISA asalnya ada kebaikan.Jangan menentang kosong dan mengkhinzir buta.Seperti apa yangtelah dilaporkan,dari kajian terhadap 100 pelajar UKM yang menentang ISA,semuanya tak pernah memeganag atau membca apatah lagi mengkaji akta2 berkaitan ISA.Jadi,kenapa menentangnya?sebab aad orang teraniaya...mengikut cakap2 pihak2 tertentu,ISA ini zalim.Sebagai seorang Muslim,tindakan kita janganlah taqlid buta..orang menentang,kita menentang,orang menyokong,kita menyokong.Sebab kita berada dalam kepompong gaya pemikiran sahabat2 seperjuangan,jadi kita terus menyokong dan menentang tanpa benar-benar memikirkan keselarasan dengan AL-Quran dan SUnnah.

Kepada yang menentang kerana dia memang benar-benar yaqin,dan dalam kefahamannya,mempunyai fakta-fakta berkenaan ISA itu benar-benar zalim,maka tafaddhol.Silakan untuk menentang,dan perlu menyokongnya untuk menentang.Sampaikan fakta-fakta tersebut dari segi "ilmiah"-ulasan berkenaan akta-akta di dalamnya.Bukan sekadar memaparkan kisah-kisah serta tragedi2 semata-mata .Dalam Islam,itu saja masih belum cukup kuat.

Penentang Kezaliman yang zalim

Apabila perhimpunan 1 Ogos nanti dilaksanakan,maka berduyun2lah manusia akan membanjiri jalan-jalan di kota raya.Sekarang,mari kita bincang dari sudut realiti,dan ilmiah-jauhkan emosi kepartian atau bersifat memihak.

Apa antara kesan yang boleh berlaku,akibat dari perhimpunan kedua-dua pihak terbabit?Mari kita list kan.

- Of course,menyebabkan Traffic Jem yang teruk,sbb dh guna "JALANRAYA"

- Kesan kepada Ekonomi - ekonomi boleh terganggu,impact dari segi performance businessman,pekerja swasta atau penjawat awam.Juga menyebabkan berlakunya "lost of trust",dan kurang yakin para pelabur untuk melabur di Malaysia jika keadaan ini diteruskan,Umum dunia luar akan melihat Malaysia ini sebagai apa?adakah mereka akan mengatakan..wahh..Malaysia,demokratik sungguh la...ade?atau sebaliknya?Seminit pada seorang businessman adalah sangat bernilai.Terlambat seminit,boleh menyebabkan kelancaran business terganggu,hilang keyakinan dari client dan banyak perkara akan tertangguh.

- Kesan kepada "MASA".saya cukup tak puas hati tentang bab ni.Bila buat demo jalan...kelancaran traffic sprt list di atas pasti terganggu.ada beberapa orang di pihak tertentu,menyatakan,ini adalah himpunan aman.Polis yang menyebabkan kacau bilau.Polis yang sembur gas sana sini.

Sahabat2..jangan asyik nak menuding jari,dah terang-terang menggunakan jalanraya sebagai tempat berdemo,polis tk mai kacau pun memang menganggu traffic..pengalaman terperangkap dalam jem masa praktikal thn lepas di damansara,sebabnya ada sebijik bas buruk rosak atas jambatan .memang sangat mengazabkan.apatah lagi ketika itu tengah kejar masa,nak submit itu ini kpd client,client pulak kol2 marah2 kenapa lambat,dia ada meeting lain dan appointment seterusnya,masa dan schedule nya terganggu.lepastu senior pulak suwuh cepat dapatkan reply.Ni saya sendiri,bagaimana nasib orang di luar sana?tak kira minyak yang habis banyak atas jalan saja,membazir.

bukankah Allah telah bersumpah demi Masa?mengapa kita tidak menghormati masa?kalau kita banyak masa lapang..kenapa tidak cuba memahami dan menghormati masa orang lain?Cuba bayangkan..ada ambulan yang sedang membawa seorang lain yang tengah sakit,dan amat memerlukan rawatan segera,terlambat seminit boleh menyebabkan kehilangan nyawa.bayangkan orang itu adalah ahli keluarga kamu,ayah,atau mak,atau adik beradik kamu.Disebabkan demo jalanan,traffic jem luar biasa (masa biasa pun dah jem,apatah lg kalau demo2 cmtuh),ambulan tersangkut sama.akhirnya mati dalam perjalanan.apa perasaan anda?ya..dia syahid,sebab sangkut dalam jem yang dsebabkan oleh "menentang kezaliman(ISA)".Kamu akan berkata begitu?

bagaimana pulak bisness man,yang terpaksa menghadiri appointment yang melibatkan wakil dari luar negara,tersangkut sebab Jem?dan kebetulan tarikhnya 1 august?sedangkan schedule dah disusun,atau ada beberapa meeting sebelum itu menyebabkan tak dapat lari dari jem.bagaimana?cmne pulak dengan seorang penjawat swasta,terlambat sampai ke destinasi yang ia mesti pergi utk jumpa client dan sebagainya,tergangu,terlambat,menyebabkan lost client-boleh effect kpd performance kerjanya.bonusnya,duit untuk isi periuk nasik rumahnya.kesian tak? ( kalo swasta,sabtu pun ada kena keje-saya mengalaminya).


-kelancaran perjalanan bas & pengangkutan awam yang lain,akibat jem makin terganggu.Kesannya kepada oang awam.Orang awam lain menjadi mangsa,akibat tindakan sesetengah pihak kepada pihak yang lain.

dan berbagai2 lagi kesan buruk yang konfem akan berlaku apabila adanya demo jalanan ni.Bukan "mungkin2" lg.



Menyusahkan orang ramai!



Jadi mari kita bandingkan.

Apa kebaikan demo jalanan menentang ISA :

- menekan pihak kerajaan mansuhkan ISA.(k'jaan dlm proses mengkaji balik).
- membela keluarga2 mangsa yang masih di tahan,dan bebaskan mereka.: memberi tekanan kepada kerajaan
- Menunjukkan rasa tak puas hati rakyat
-Tutup kem tahanan kamunting.
-bagi orang sedar dan ambik perhatian tentang kezaliman ISA.

Ni point yang saya dapat la sikit sebanyak.Ada jugak satu blog pro gmi,yang mengklasifikasikan turunnya beramai2 rakyat sertai demo seolah2 "fatwa" dari rakyat tntg ISA.makin parah bila fatwa diberi oleh orang ramai..pelik.tkmo ulas bab ni.

Apabila kita mengatakan ISA zalim,jadi antara alasan2 yg diberi adalah kepada mangsa2 tahanan.Tetapi,tk semua tahanan yang ditahan itu baik2..ada jugak yang mmg betul2 perlu ditahan seperti puak al-maunah dlu tuh..jdi pokok pangkalnya,methodologinya.


jadi kita lihat di atas,penentang ISA kezaliman,iaitu GMI menganjurkan perhimpunan besar-besaran bagi membantah dan memansuhkannya.Reflect dari itu,ada pulak team lain,yang Pro-GMI,buat jugak perhimpunan untuk menyokong.saya tknak sentuh bab pro-GMI,saya nak ulas yang memulakan rncangan berdemo di jalan ini,iaitu GMI.

GMI yang didominasi oleh pihak2 tertentu,berusaha untuk menegakkan kebenaran,kata mereka lagi,kezaliman mesti ditegah dengan tangan.Ada juga dari kalangan mereka sendiri berfatwa,ini adalah salah satu jalan perjuangan,maka kalau sapa yang taknak ikut serta,tunggulah saat kemenangan mereka.

Senyum :)

bebicara isu ZALIM :zalim ni apa?itulah meletakkan sesuatu tak kena pada tempatnya.ini definisi mudah,atau,melakukan sesuatu menurut hawa' dan melanggari syariat serta batasan yang ditetapkan ALlah.


Persoalan yang ingin saya lontarkan :

Cuba lihat kesan dan akibat apabila para penentang ISA ini apabila menggunakan jalanraya sebagai kaedah untuk menegakkan kebenaran.

Mereka mahu menentang kezaliman (ISA),tetapi dalam masa yang sama menyalurkan kaedah penentangan kezaliman dengan menganggu hak pengguna jalanraya, juga dengan melakukan kezaliman.jadilah penentang kezaliman yang zalim.

jadi apa beza antara mereka? 2 X 5 saja.

Niat dan matlamat sama sekali tidak menghalalkan cara dalam Islam.

Pada zaman Saidina Umar sebagai khalifah Al-Rasyidin yang ke 2,berlaku kesah di satu kawasan jajahan Islam,wazir kwsn tersebut ingin mendirikan Masjid di atas tanah seorang yang bukan Islam.Wazir di kawasn tersebut menyediakan tanah lain sebagai ganti kepada tuan tanah,tetapi tuan tanah tersebut tidak mahu menerima tanah lain,dan tidak memberi keizinan.tetapi apabila pembinaan diteruskan,sampai lah kejadian ini kepada pengetahuan Saidina Umar.Apa tindakan S.Umar?serta merta surat dihantar kepada wazir tersebut,mengecam dikembalikan hak tanah kepada tuan tanah,walaupun tujuan wazir itu baik,tanah lain diberi ganti,dan even tuan tanah itu musyrik,hak tetap hak.Saidina Umar memberi amaran kepada wazir tersebut,dan terus masjid yang dalam pembinaan dirobohkan,dan tanah itu diberi balik kepada empunyanya.

kenapa zaman sekarang pejuang2 yang bertemakan islam dan kasih sayang ini,tidak mahu mencontohi sifat Saidina Umar al-faruq ini?

matlamat yang baik,jika melalui cara yang zalim,tak kira kepada siapa,tetap dikira zalim.

cuba bandingkan dengan perhimpunan GMI,matlamatnya baik,mahu pembelaan.Dalam masa yang sama,menzalimi hak pengguna jalan raya,menzalimi hak "masa" berharga yang dipunyai setiap pengguna jalan raya,dan jugak mudharat2 lain yang ditimbulkan akibat dari demo2 seperti itu.adilkah ini?bayangkan Saidina Umar hidup di zaman ini,berlaku demo,dan ada antara rakyat yang merasa terganggu dengan masalah yang timbul akibat dari demo2 seperti itu mengadu kepada Saidina Umar.Apa yang akan dilakukan Saidina Umar?Jawab sendiri dengan aqal fikiran yang waras.

Cuba lihat bagaimana Rasulullah sangat menjaga hak jalan?hak2 laluan orang ramai?Lupakah kita kepada hadis Rasulullah tentang menjaga hak jalan?hak org ramai?Rasulullah memberi peringatan kepada para sahabat supaya tidak menganggu para pengguna jalan.Even,selemah-lemah IMAN,dari cabang2 Iman..ialah membuang duri/halangan di jalanan.jadi kalau bukan setakat kita buang duri,malah menyusahkan pengguna jalanan,apa statusnya?Jangan sekali2 menghalalkan perbuatan zalim,kerana untuk menentang kezaliman.Dalam Islam tiada tempat untuk berlaku hal seperti itu,dan jangan sekali2 merosakkan nama baik Islam,agama yang penuh dengan kasih sayang ini dengan tindakan yang boleh mencemarkan Islam itu sendiri.

"Al Islam,ma'jubun bilmuslimin "

"Islam itu terhijab/terdinding dengan orang2 Islam sendiri"-->maka fikir2kan lah..

Bagi dalil2 aqli mahupun naqli,bahawa membuat zalim untuk menentang kezaliman adalah dibenarkan di sisi Islam.Silakan...saya teringin sangat kalau ada sapa2 tahu dengan fakta yang ilmiah,boleh tlg sampaikan kepada saya..saya juga insan lemah yang tak mampu untuk mencapai tahap master dalam syariah ataupun qawaidul fiqhiyyah ini.

Masih taknak percaya?apa yang saya karang ni sia-sia dan kurang menepati kehendak kamu?Mari lihat amaran Rasulullah,kata2 Rasul yang mulia dan mempunyai Nur,moga dapat membuka hati2 kamu..

Di dalam Bab 13,Kitabul Mazholim Shahih Bukhari

Hadis ke 1126 berbunyi :

Diriwayatkan dari Abu Sa'id Al-Khudri r.a : Nabi (SAW) pernah bersabda,"hati-hati! JANGAN duduk di jalanan" Orang-orang berkata " tidak ada jalan lain.Itulah tempat kami duduk dan berbincang-bincang" Nabi (SAW) bersabda " Jika kalian duduk di situ,berikanlah hak-hak jalan" Mereka bertanya "Apakah hak-hak jalan itu?" Nabi (SAW) bersabda : "Merendahkan pandanganmu,TIDAK menyerang orang lain,membalas salam,memerintahkan al-ma'aruf,dan melarang al-munkar"

Kenapa Rasulullah menegaskan tentang hak2 jalan?dan melarang duduk2 di jalanan?(atau realiti sekarang..kacau jalan )..dan kalau dah takdak tempat lain..diulangi : kalau dah takdak tempat lain nak demo..boleh jaga tak hak-hak jalan?wahai pimpinan2 di atas sana..kamu sanggup menjawab dan menanggung beban yang akan diberikan kepadamu,akibat dari orang2 yang tidak menjaga hak ni?zalim namanya kan?kalau tak..masakan ianya diletakkan di bawah kitabul mazholim?sapa2 bole tlg jwb tk?

Ada jugak alasan2 yang diberi oleh para pro demo gmi ni,untuk menghalalkannya :

alasan 1 : - kami menyediakan petugas2 untuk mengawal himpunan berlaku dengan aman

Berdasarkan pemerhatian saya,setiap kali himpunan mesti akan berlaku mudharat,samada kepada yang menyertai himpunan,atau orang awam yang takdak kena mengena,dan tidak bersalah.Bila dah ramai2..kononnya target akn dtg ni akan cecah 120 ribu orang..berapa ramai sangat petugas2 yang menganjurkan tu?boleh nak kontrol semua?memang mimpi la.Boleh nak kontrol supaya takdak sorang pun dizalimi?traffic semuanya dengan baik?(biasa alasan akan diberi,polis tk bg kerjasama).tapi memang tak sesuai di jalanan,bagi la kerjasama cmne pun.Dah nama jalan,di KL pulak tu.aiyaa...paham2 sendiri la.Kumpul la kat pahang ke..tanah luas,buat demo.ha..cari kwsn gunung ke..boleh exercise,yang tak kacau orang.buat demo kt padang golf mana2 ke.

alasan 2 : - Perhimpunan kami perhimpunan aman.Polis dan FRU yang menyusahkan,buat kacau bilau.

Boleh tak ambil iktibar,apa yang berlaku masa himpunan mansuhkan PPSMI.Polis bg kebenaran,kumpul hanya sampai di Masjid Negara,dan polis akan escort beberapa figura untuk menyampaikan memorandum tersebut.Tapi bila ramai2...out of control!suma bergerak nak ke Istana Negara.apa lagi..as expected,FRU pun tembak menembak la.Begitu jugak kes2 lain..dah tau memang sure kena sembur punya,nak buat jugak.Dah kena sembur,janganla tuding jari pulak.pastu pakat duk rasa,inilah perjuangan..jihad..

"maka apakah kamu tidak mencampakkan diri kamu dalam kezaliman?"

alasan 3 :- Ini lah perjuangan kami.Membela org yang dizalimi.Kamu tu buat apa?

ha..ni soalan femes.jgn ingat kalo orang lain tak pi buat demo sana sni,tak huru hara sana sni,orang lain tak buat apa.fahami benar2,perjuangan sebenar-bukan sekadar bersifat juz'iyyah.Ia lebih kepada penghasilan jangka masa panjang.Siapa kita untuk judge kita lebih hebat juangnya dari orang lain?mana tahu seorang businessman satu syarikat yang sibuk dengan business,mempunyai niat memperjuangkan Ekonomi islam,bagi membantu Islam kembali ke tempat asalnya- Al-Islamu ya'lu wala yu'la 'alaih. Mana tahu seorang pekerja bandaran biasa,nampak mcm tak buat apa2,tp siapa tahu? mungkin dia adalah bapak yang soleh,yang berusaha berjuang melalui cara mendidik anak2 dan keluarga untuk menjadi pemimpin yang benar2 faham perjuangan Rasulullah.Dia juga berjuang sekadar kemampuan.yang penting,mereka tidak menzalimi sesiapa dalam langkah2 meneruskan perjuangan Rasulullah.

alasan 4 :- Kita dah takdak cara lain dah,demo jek cara menekan pimpinan paling berkesan.

Siapa kata takdak cara lain?Pernah pikir cara lain tak?atau malas berpikir,nak cara mudah.ke rasa2 demo je paling mudah mendapat publisiti orang ramai dan masuk paper,ramai2 datang..maka sokongannya nampak hebat.gerun.kami boleh gather ramai orang.Himpun2...lepastu habis..himpun2..lepastu habis..tiada pengisian jiwa..tiada peningkatan amalan..

"Umat akhir zaman umpama buih2 di lautan"....ramai2.ramai2...sekali ombak..habis..


alasan2 itu bagi saya sendiri,memang tak bley pakai punya.Carilah cara lain kalo nak menentang ISA pun..tolongla pls.jangan bagi jem jalan,n susahkan org lain.

Bagilah seribu satu alasan,seribu satu kaedah yang kamu rasa boleh menghalalkannya,tapi jika ada mereka yang tertindas akibat perbuatan kamu,maka rasalah azabnya.

Cakap saja tarak guna kan?Meh kita tengok dalil2 dari Al-Quran dan hadis,serta amaran2 kepada para penzalim.Ini ditujukan kepada yang melaksanakan ISA dengan zalim,atau yang menentangnya dengan membawa kesusahan kpd org lain,jugak yang menyokong,tapi menzalimi orang lain,dan sesiapa saja yang menzalimi diri sendiri.

AMARAN 1

Firman Allah :

Ingatlah!,Laknat Allah menimpa orang-orang yang zalim (QS Hud[11] : 18)

AMARAN 2

Hadis Rasulullah berbunyi :

Diriwayatkan dari Abu said al-Khudri : Rasulullah (saw) pernah bersabda : Ketika orang-orang beriman menyeberangi neraka dengan selamat,mereka akan diberhentikan di bagian jambatan yang melengkung antara neraka dan syurga.lalu mereka akan saling melakukan pembalasan terhadap ketidakadilan yang mereka lakukan di dunia,sehingga setelah disucikan dari semua dosa mereka,barulah diperbolehkan masuk ke dalam Syurga.demi yang mengenggam jiwa Muhammad,para penghuni Syurga akan mengenal tempat tinggalnya di syurga lebih baik daripada tempat tinggalnya di dunia " [ 3:620-S.A)

Amaran 3 :

Diriwayatkan dari Ibn Umar r.a: Nabi (saw) pernah bersabda ,"Penindasan ( alzhulm) akan menjadi kegelapan (zhulumat) pada hari kiamat" [3:627-S.A]

Amaran 4 :

hadis 1115 : Diriwayatkan dari Abdullah bin 'Umar r.r : rasulullah (saw) pernah bersabda," Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim lainnya,tidak menindasnya,dan tidak menyerahkannya (ke tgn penindas).Siapa pun yang mencukup keperluan saudaranya (sesama Muslim),Allah akan mencukupkan keperluannya,siapa pun yang membantu kesulitan seorang Muslim,Allah akan membantu kesulitannya pada hari kiamat,dan siapa yang menutupi AIB seorang Muslim,Allah akan menutupi Aibnya pada hari kiamat" [3:622-S.A]



Niat & keIkhlasan

selain dari perkara2 di atas...saya sedikit sebanyak sangsi terhadap mereka2 yang suka menyertai demo2 ini...bukan su'uzzon,tapi apabila perilaku yang ditonjolkan,action yang ditunjukkan menggambarkan niat di dlm jiwa.

dari pemerhatian saya..ada beberapa perkara yang saya rasa tak kena dengan niat.Niat nak menegakkan kebenaran,dengan IKHLAS.

tapi..bila tengok blog2 dan respon2 orang yang rajin gi demo sana sni ni...tengok ckp2 org2 yang pro GMi..ada jugak sebahagian seolah2 mcm lari dari matlamat pulak.

Beberapa tindakan2 songsang yang bnyk dilakukan pendokong2 demo termasuk lah GMi yang akan dilaksanakan esok.ini semua adalah sumber yg benar:

1 - ada yang cabar mencabar,kalau berani joinla himpunan GMI.- kalau berani?join utk tunjuk berani ke?

2 - ada jugak yang siap mengatakan,wah,perhimpunan ni boleh masuk Malaysia book of records.Perhimpunan ramai. - publisiti utk ape nih?

3 - banyak juga mahasiswa..mahasiswi pun tak ketinggalan sama,yang nak join demo2,kononnya inilah contoh kebebasan mahasiswa dan suara2 mahasiswa sebagai anak muda pemangkin negara,yang dituntut.mahasiswa perlu terlibat dalam isu2 seperti ini.Bila mahasiswi ni kena sembur,kena tolak dengan FRU,mula lah ramai yang ckp.,komplen,ramai jugak yang terharu.ha...tgk..muslimah dizalimi...saya nak tanya la ni..jangan meletakkan diri kamu di tempat yang boleh membawa mudharat..[biasanya ada org akan reply,ha,abih tu tk tgk ke Muslimah zaman Rasulullah].

benar,muslimah ketika perang zmn rasulullah,apa role mereka?menjaga di bahagian belakang,ataupun tugas-tugas khas utk menjalankan misi dakwah Rasulullah.Membantu dan sebagai supporter utama,dan juga menjaga kota2 yang ditinggalkan prajurit Islam ketika mereka keluar berjihad.sof muslimah dalam solat berjemaah,afdholnya di mana?.jangan samakan 100% dengan isu "demo" & perang menentang musyrikin.sangatlah tak sesuai muslimah2 pun turut serta dan berlari2 bila kena sembur dek FRU.Peranan mereka perlu,tapi janganlah samakan peranan mereka dengan peranan kaum adam.fikir2kan dengan waras,sejauh mana keperluan kamu di demo yg diadakan d jalan2raya nih.

4 - tak kurang jugak,ini saya dgr dr mulut para peserta demo2..mereka ckp,seronok join demo2 ni..ha..bile cerita..fuh!aku dulu join demo..gini gini..gitu gitu woo..tgk kayu terbang..FRu gini gini..and etc.

kesah benar,baru sebentar tadi,ada org smpaikan,sekian2 nak join demo,tujuan?seronok2..tgk ramai2 orang..tapi inilah REALITI nya..boleh p buat survey tgk.

- takde pulak rasa keinsafan ke ape ke.hurm..ape niat sebenar nih..rosak2..


5- Akhlaq ketika berdemo.tak kurang juga yang berkata2 kesat...sebelum demo..semasa demo..serta selepas demo...

Ini bab paling serius..

Semasa demo tu jgn ckpla..sebahagian ada bertakbir..ada jugak yang maki hamun pihak2 yg lain..

tp sebelum demo pun banyak~~~

antara yang paling panas..adalah kenyataan mufti harussani,tentang hukum demo jalanan GMI ini..dan jugak kenyataan majlis mufti..

maka apabila ada saja pandangan dari Ulama' yang tidak memihak kepada pihak tertentu,maka ramailah penyokong2 pihak tertentu itu bangun,kononnya menegakkan keadilan.Dengan cara bagaimana?dengan cara yang paling dilarang Rasulullah..mengeji,memfitnah,dan mencaci maki..tapi dalam masa yang sama,bertakbir sana sini,berkata2 soal membawa imej Islam,perihal menentang kezaliman dan sebagainya..2 benda yang kontra,dilakukan dalam satu masa.

orang ckp,what the~ laarr..

Firman Allah :

wahai orang2 yang beriman,masuklah kamu ke dalam islam keseluruhannya,dan jangan kamu turuti langkah2 syaitan(Albaqarah2:208)

kenapa Islam dlm bab perjuangan,lain pulak dalam bab akhlaq?


saya paparkan d sni antara fitnah,makian yang dilemparkan oleh penyokong2 pihak terbabit kepada ulama'2 yang pandangan mereka tak menyebelahi pihak terbabit :

Cacian 1 - Dalam satu blog penyokong terbabit,tertulis kalimah ini(alamat dirahsiakan) :

"Kalau ada ulama yang boleh dikategorikan sebagai pelacur, namanya ialah Harussani Zakaria. Beliau adalah "pelacur" kelas atas untuk UMNO.
"

hairan..dalam masa yang sama,di blog yg sama ada tertera kata2 indah ala2 pejuang islam sejati:

YA ALLAH ENGKAU HANCURKANLAH MEREKA YANG MEMBUAT FITNAH KERANA PERBUATANNYA INI BOLEH MEMUDARATKAN UGAMA MU DAN NEGARA INI DAN ENGKAU SELAMATKANLAH HAMBAMU YANG BENAR DARI MENJADI MANGSA FITNAH" (copy paste sebijik2 nih)

makna kata..dia doa' utk dirinya sendiri dihancurkan..apa hukum mencaci ulama' sebegitu rupa?jwb sendiri.

Cacian 2 : "tok mufti dh jd alat umno..gaji besor..nek kete besor..tanah lagi..melancong lagi..dh terhutang budi..pastu tok mufti sebuk duk melayu melayu..lebih jd mufti melayu..bukan nk perjuang Islam pun..bior ler dia jwb di akhirat esok..bukan senang wooi..berapa juta rakyat perak..tanggung je ler nnt"

Cacian 3 : mufti taik kucing...kepala setan ada la

Cacian 4 : Harusani, Mufti Melayu.... Sepatutnya digelar PENDITA HARUSANI.
Dia tak percaya adanya akhiratpun. Dia jugak penyebar sms palsu, hebohkan Azhar Mansor kristiankan orang melayu di sebuah gereja di Ipoh. Bila polis isiasat sms berpunca dari dia. Itu sebab dia ikut cakap Umno, teloq dah kena pegang beb.

cacian 5 : mufti berjiwa amno..sudah selesa ada pencen..santai..tiap2 tahun p mekah..bagi free tiket ikut group umrah haji ni aku pun tak mau la..mufti jom heboh hiburan melampau jantan betina macam itik..corner sikit suairasa tv 9..gadis melayu..ewah ewah..tu la standard mufti malaysia banyak ketawa dari menanggis..


Ni baru sebahagian..banyaaak lagi...semua di atas di copy paste tanpa edit.

jadi inilah antara penyokong2 kebenaran,dan penentang "kezaliman"..fitnah2 sebegini..dicampur adukkan dengan semangat jihad..memang aneh.menunjukkan perkara basic,akhlaq banyak masih tak selesai.mahu menyelesaikan isu negara yang lebih besar?tepuk dada tanya iman..

maka antara bakal2 peserta himpunan juga, ramai juga sebegini,even ada juga yang benar2 bagus..

Dan sifat ini mendarah daging,menjadi habit bagi pihak2 tertentu,kadang2 agak aneh rasanya.ke mana perjuangan yang nak dibawa sebenarnya?

Amaran Rasulullah amat berat dalam hal ni,mari kita sama2 menyelusurinya...

RASULULLAH SAW bersabda : "Orang mukmin sejati itu bukan pencela, bukan pengutuk, bukan jahat dan bukan pula cabul (suka berkata yang tidak sopan) " (HR.Muslim)


Rasulullah SAW menegaskan : "Sesungguhnya aku tidak diutus untuk menjadi seorang pencela/pelaknat, tetapi sesungguhnya aku diutus sebagai rahmat" (Tafsir Ibnu Katsir).

Rasulullah SAW pernah bersabda : "La'ana mu'mina ka qat-lihi,
Mafhum : mengutuk orang mukmin sama dengan membunuhnya"

Ibnu Umar RA berkata : "Manusia yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah orang
yang suka memaki dan mengutuk". Sebagian ulama juga bertutur : "Mengutuk orang
mukmin sama dengan membunuhnya".

Abu Darda RA.meriwayatkan, bahwa Rasulullah SAW. bersabda : "Sesungguhnya orang
yang suka mengutuk itu tidak mempunyai penolong dan tidak dapat menjadi saksi
di hari kiamat nanti".

Abu Daud RA.meriwayatkan dari Abi Darda RA, bahwa Rasulullah SAW. bersabda :

"Bila seorang hamba mengutuk sesuatu, maka kutukan itu naik ke langit tapi pintu langit tertutup. Lalu ia turun ke bumi tapi pintu bumi pun tertutup. Kemudian kutukan itu pun bergerak ke kanan dan ke kiri. Saat ia tidak menemukan jalan keluar atau jalan masuk maka kutukan itu kembali kepada orang yang dikutuk jika memang ia pantas untuk dikutuk. Jika tidak maka kutukan itu kembali ketuannya (orang yang mengucapkannya)" ( HR.Bukhari dan Ibnu Hajar ).

Jadi kepada sahabat sahabiah di luar sana..

Saya yakin,tulisan kalini pasti akan "memanaskan" sesetengah pihak,tapi apa yang dicoret di sini adalah selepas pemerhatian beberapa lama,dan juga sbgai peringatan kpd diri saya sendiri..segalanya saya sertakan apa yang terkandung dalam al-quran dan sunnah..

sekali lagi ingin saya tegaskan di sini,isu yang saya sentuh ini bukan menyentuh isu ISA,serta mangsa2..keluarga2 yang menerima kesan dari tahanan dan sebagainya..memang amat menyentuh hati.tapi dalam kita melangkah,berjuang,menegakkan keadilan,bagaimanakah qaedah kita?bagaimana akhlaq kita?sepatutnya apa yang dilakukan dapat mendekatkan diri kepada Allah,menimbulkan keinsafan dan menyemarakkan semangat Jihad.tetapi,jika qaedah2 di atas tidak diperbaiki,diteruskan dan tidak diambil perhatian oleh pimpinan2 di atas sana,bukankah ianya menyebabkan lebih jauh dari pertolongan Allah..silap2 mendapat kemurkaan Allah.

Mungkin akn ada yang berkata : cmne pulak dgn org yg bersubahat dengan ISA?itu ulasan lain.fahami fokus saya untuk entry ini.

satu lagi perkara yang perlu difikirkan dengan kritis...TENTANG STATUS BER "DEMO" ITU SENDIRI..wahai orang2 yang berIman..

sentiasalah menjenguk arahan Allah:

Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu berhukum dalam kalangan manusia maka hendaklah kamu berhukum dengan adil. Sesungguhnya Allah memberikan pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha melihat. (Surah al-Nisa: 58)

Maka satu renungan kepada semua..

Ingatlah,apabila satu kaum itu mengingkari Allah,maka Allah akan bangunkan pemimpin2 yang zalim dari kalangan mereka..


PERHATIKAN BENAR2 HADIS INI..


HADITH yang di maksudkan ialah Nabi bersabda yang bermaksud :

Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda dunia hampir kiamat. 1) Tempat makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah makmur (di kunjungi ramai). 2) Orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan (demonstrasi). 3) Seorang menggesel amanah saperti unta menggesel badannya di pokok kayu. (Riwayat At Tabrani dalam Al Kabir).

aLLAAMAH MUFTI BRUNEI ada menyebut dalam himpunan fatwanya bilangan 30 halaman 164 berkata:

“Salah satu perkara yang timbul sekarang ini di kalangan orang Islam ialah mereka mengikut cara Eropah atau cara orang Barat ia itu mereka berarak di jalanan dengan meninggikan suara dan menjerit menzahirkan tuntutan mereka, dengan beriktiqad bahawa cara itu adalah jihad.Sedangkan Nabi S.A.W telah mengkhabarkan bahawa perbuatan berjuang cara berarak di jalanan dan memekik itu sebagai mengikut cara orang jahiliah yang bukan Islam.”


Sabda RasulullahSesungguh nya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara yang keji dan menjerit jerit di jalanan.” (Riwayat Ibnu Abi Dunya dari Jabir)


fikir2kanlah..teruskan berusaha untuk membaiki diri,dan mengajak mereka2 yang lain d luar sana..

Segala yang baik benar,dari Allah..dan kelemahan dari diri ini..moga mendapat manfaat InsyaAllah..

sebelum mengakhiri,saya memohon jutaan maaf jika ada mengguris mana2 pihak atau tak sengaja tersentuh mana2 individu..

pandangan di sini adalah pandangan peribadi saya sendiri,jika tidak setuju,kemukakanlah Hujjah yang berasas,maka kita sama2 mendapat manfaat dan berada dalam golongan yang diredhai Allah...

Marilah kita muhasabah kembali,banyakkan istighfar dan kembalilah kepada Allah dalam apa jua perkara yang hendak dilakukan..



p/s : Entry ini adalah yang terakhir di rumah teratak an-nushrah,dan selepas ini akan bermastautin di Shah Alam InsyaAllah..







"Fastabiqul Khairat"

"berlumba2lah kamu dalam membuat kebaikan!"




Coretan Hati..


al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com


Thursday

Tahu faham & amal?


salam semua..

perkongsian kalini adalah berkenaan,tahu faham dan amal..

sebutnya mudah..buatnya payah..

mari kita lihat..

Kes 1 :

Ada seorang pelajar baru memasuki kuliah ilmu, lalu belajarlah ia dua, tiga hadith dari gurunya. Kemudian dia sudah menghafaz sedikit sebanyak ayat al Quran. Gurunya itulah satu-satunya yang dijadikan sumber rujukan. Segala-galanya yang betul datangnya dari gurunya. Pasti tiada salah. Lalu ia mula bermain dengan persoalan hukum. Sebab dirasanya diri sudah cukup ilmu untuk berfatwa. Mana-mana yang tidak berkenan atau bercanggah dengan pendapatnya dia mengatakan itu adalah sesat barat.

Sehinggakan habis dihukum ulamak yang muktabar, mujtahid adalah tersilap pandangan mereka. Dengan memberi alasan yang dirasanya paling kukuh - ulamak tidak maksum, berhujjah mestilah mengikut dalil yang paling sahih dan terkuat.

Malangnya - yang betul baginya adalah ulamak yang ia ikut, tetapi ulamak yang lain pasti salah. Pasti salah hadithnya, dan berkemungkinan aqidah ulamak itu terkeluar dari ahlu sunnah wal jama'ah. Manakala dalil yang terkuat baginya - juga sebenarnya adalah dari apa yang ia dapat sendiri dari kitab yang ia baca. Tentunya dalil itu juga dari ulamak yang ia taksubkan.

Bermulalah era baru yang dizikirkan di bibirnya adalah - itu haram, ini bid'ah, engkau sesat!

Kes 2 :

Seorang murid, sudah diajar akhlaq oleh gurunya. Tentang adab percakapan, adab menuntut ilmu. Adab berhadapan dengan guru. Entah di mana silapnya, tetap sahaja murid itu lancang mulutnya bila berbual dengan gurunya. Tidak ada perasaan hormat. Bengkeng, bidas, dan sebagainya untuk menunjukkan dirinya yang jahil itu adalah benar.
...........................................................................................................................................................................

Tahu dan Faham

Zaman ini ada golongan pelajar yang bersemangat belajar ilmu hanya untuk tahu. Tetapi ia lupa - pengeTAHUan yang ia ada hanya sedikit. Akhirnya TAHUnya itu menjadikan ia merasa hebat. Menjadikan dirinya terasa betul. Ia tenggelam dalam TAHU tapi JAHIL akhlaq.

TAHU sahaja tidak cukup tanpa kefahaman. Orang yang hanya tahu gula itu manis, tidak sama dengan orang yang sudah merasai kemanisan gula apatah lagi dimana ia perlu digunakan kemanisan gula tersebut.

ALlah dan RasulNya mengajar kita agar mempunyai akhlak yang baik sesama manusia, samada dari segi pertuturan, perbuatan, bahkan dalam hati sendiri. Apatah lagi dengan sesama saudara Islam. Bukankah RasuluLLah diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq, bahkan akhlaq RasuluLLah itu sendiri adalah al Quran?

Kita diajar untuk beradab kepada guru-guru, ustaz-ustazah, alim ulama kerana keutamaan mereka.

قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ (٩)


Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Surah az Zumar : 9)

Bahkan di dalam urusan solat jemaah sekalipun, diutamakan adalah orang yang lebih yang mahir bacaannya di dalam al Quran.Telah dicontohkan oleh RasuluLLah di dalam peperangan Uhud, sahabat yang lebih banyak mengambil al Quran didahulukan untuk dimasukkan ke dalam liang kubur.

Dari Jabir r.a :
Sesungguhnya Nabi SallaLLahu 'alaihi wasallam telah menghimpunkan antara dua orang lelaki dari mereka-mereka yang terbunuh di dalam peperangan Uhud iaitu di kubur, kemudian baginda bersabda :"Yang manakah dari keduanya yang lebih banyak mengambil al Quran?". Apabila ditunjukkan kepada salah seorang dari keduanya, baginda mendahulukan (orang yang tersebut) ke dalam liang lahad.
(Riwayat Bukhari)

Hakikat Ilmu Yang Kita Ada

ALLahu..ALlah..

Adab sebagai pelajar, jika ilmu masih sedikit (hakikatnya ilmu manusia tiada yang banyak melainkan ALLah yang Empunya Ilmu), masih bertatih tahulah berakhlaq. Sedangkan para ulamak yang faqih, berkelana di bumi ALLah untuk mencari ribuan guru, bahkan menulis kitab-kitab yang menjadi rujukan hingga kini amat menjaga akhlaq sesama guru dan ulama yang lain. Sehinggakan sifat yang tercerna dari diri mereka menjadi ikutan bagi ulama yang takutkan ALLah.

إِنَّمَا يَخۡشَى ٱللَّهَ مِنۡ عِبَادِهِ ٱلۡعُلَمَـٰٓؤُاْۗ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ (٢٨)

Sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hambaNya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Pengampun.
(Surah al Fatir : 28)

Oleh itu wahai pelajar, jika para ulama yang hebat ilmunya itu sendiri amat menjaga tutur katanya, tidak bermudah-mudah berhukum dengan apa yang tidak mereka ketahui. Mengapa kita sendiri yang amat sedikit ilmu tidak belajar untuk merendahkan diri?. Adakah akhlaq itu tidak termasuk di dalam halal dan haram di dalam perhubungan sesama manusia? Sudah bolehkah kita berlaku sombong dengan ilmu yang sedikit sedangkan kita lupa ilmu yang kita ada juga boleh ditarik pada bila-bila masa?.

Ilmu tanpa akhlaq menunjukkan kita sendiri menghina ilmu yang diberi oleh ALlah.

perkongsian : ibnunafis




al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com

Monday

Beng Hock mati : apa nasib Ummat Islam?



Salam sejahtera..

hari ni..tertarik dengan ulasan serta pandangan Dr. Ridhuan Tee yg terpapar di dalam sebuah akhbar,berkenaan isu panas yang belum selesai kepanasannya itu,iaitu berkenaan kematian Beng Hock,seorang pegawai exco kerajaan Selangor.Berbagai2 pendapat dikemukakan,boleh dibaca di dada akhbar saban hari.Tetapi ingin saya kongsikan pandangan dari beliau,yang saya kira boleh diketengahkan supaya kita dapat memikirkannya dengan jiwa yang ikhlas.


******************


Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauh manakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Hantar komen anda mengenai artikel ini ke mingguan@utusan.com.my

Dr. Mohd Ridhuan Tee

Penulis ialah Pensyarah Kanan,

Universiti Pertahanan Nasional Malaysia.

Tuesday

4 Julai dan Isra' Mi'raj?



salam sejahtera..

soalan simple begini..seperti tajuk di atas bila diajukan kepada Muslim harini,pasti menjadi satu soalan yg lebih berat dari soalan final exam untuk dijawab... apa kena mengena 4julai dengan isra' mi;raj? jwpnnya...peristiwa pembukaan ke-dua baitulmaqdis,yg merupakan sebahagian dari peristiwa besar isra' mi'raj..

Ingin saya kongsi bersama..kesah ringkasan,pahlawan terbilang,yang sepatutnya menjadi contoh ikutan kita pada harini..nakkongsi jugak tentang isra' mi'raj,tp rasanya dah ramai dan menjadi rutin di Malaysia,peristiwa Isra' Mi'raj di highlight di mana2 masjid,serta berbagai2 majlis yang dianjurkan saban tahun..saya kira kita semua dah boleh mencerna point2 penting dari peristiwa isra' Mi;raj..

kebetulan harini saya sempat khatam buku tentang Umar Al-Khattab,sangat mengasyikkan! serta mengkagumkan...benar2 membakar darah yang mengalir di tubuh ini apabila sampai part Pembukaan Palestin di bawah kepimpinan panglima perang Amru Al-As & Abu Ubaidah Al-Jarrah,serta panglima2 yg lain..memang benar2 hebat.dan jika dikaji taktik,serta strategi yang digunakan Saidina Umar,kepatuhan panglima2 perang tenteranya membuahkan Natijah yng hebat,dan cara yang sama diikuti Salahuddin Al-Ayyubi sehingga pertemuan di medan Hittin..

memang saya cukup terkesan dengan kisah 2 orang tokoh hebat ini,saidina Umar,serta Salahuddin..dan tambahan sorang lagi pahlawan Islam iaitu..MUhammad Al-Fateh..


Berkata Salahuddin, “Barangsiapa yang menguasai Palestin, dia akan menguasai dunia”

*************


Salahudin Al-Ayubi atau nama sebenarnya Sholahuddin Yusuf bin Ayyub, Atau Saladin –menurut panggilan orang Barat– lahir pada tahun 1137M, di kota Tikrit, berhampiran dengan Sungai Tigris, kira-kira 140 km dari kota Baghdad.

Kalo ikut wikipedia berbunyi begini :

Salahuddin al-Ayyubi (bahasa Arab: صلاح الدين الأيوبي / Ṣalāḥ al-Dīn al-Ayyubīy‎, bahasa Kurd: سه‌لاحه ‌دينێ ئه ‌يووبى / Silhedînê Eyûbî, bahasa Parsi: صلاح الدین ایوبی, bahasa Turki: Selahaddin Eyyubi) atau nama sebenarnya Yusuf bin Ayyub (1137 -1193) mengasaskan dinasti Ayyubi bangsa Kurd di Mesir dan Syria. Di Barat beliau dikenali sebagai Saladin. Dia juga terkenal dalam kalangan Nasrani dan Muslim dengan kebolehannya sebagai ketua dan ketangkasannya dalam peperangan yang disertai juga dengan sifat kesateriaan dan belas kasihannya semasa Perang Salib.





Beliau dari suku bangsa Kurdish dan semasa dilahirkan keluarganya dihalau dari Tikrit oleh pemerintah Baghdad kerana dituduh penghianat. Dalam perjalanan ke Alleppo Salahudin dilahirkan sehingga ayahnya berkata Anakku ini dilahirkan ketika aku dalam kesusahan. Aku bimbang kelahirannya membawa sial. Tidak siapa menyangka bayi itu menjadi pahlawan terbilang.


Semasa kecilnya Salahuddin Al Ayubi mendapat pendidikan ilmu ketenteraan daripada bapa saudaranya Asaddin Shirkuh atau Assaddudin Shirkuwah seorang panglima perang.


Salahuddin dibesarkan sama seperti anak-anak Kurdish biasa. Pendidikannya juga seperti orang lain, belajar ilmu sains di samping seni peperangan dan mempertahankan diri.
Tiada seorangpun yang menyangka suatu hari nanti dia akan merampas kembali bumi Palestin dari tentera Salib. Walau bagaimanapun Allah telah mentakdirkannya untuk menjadi pemimpin besar pada zamannya dan Allah telah menyediakan dan memudahkan jalan-jalannya ke arah itu.






Syeikh Abdul Qadir Jailani...antara ulama' besar yang menyumbang kepada kewujudan syakhsiah tokoh besar,Sultan Salahuddin..





Imam Al-Ghazali juga salah seorang pengasas kepada gerakan mengembalikan kebebasan Al-Aqsa puluhan tahun sebelum al-aqsa dibebaskan buat kali ke-2..,sumbangan beliau dengan mendirikan madrasah mendidik masyarakat ketika al-aqsa jatuh kembali ke tgn tentera salib..

Kerjayanya bermula sebagai tentera berkuda Al-Malik Nuruddin, sultan Kota Aleppo, kemudian dia diperintahkan untuk pergi ke Mesir. Pada masa itu Mesir diperintah oleh kerajaan Fatimiyah yang berfahaman Syiah. Pada mulanya Salahudin berasa berat hati hendak berangkat ke Mesir kerana lebih sayangkan Aleppo. Sesungguhnya Allah perancang yang Maha Bijaksana seperti yang termaktub dalam Al Quran; Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu (Al-Baqarah:216).

Apabila Salahudin sampai di Mesir keadaan tiba-tiba berubah. Dia yakin Allah telah memberi tanggung jawab kepadanya untuk membebaskan Baitul Muqaddis dari penaklukan Kristian. Dia menjadi seorang yang zuhud dan tidak tergoda dengan kesenangan dunia.




salahuddin : Kingdom of Heaven


Stanley Lane Poole mencatatkan bahawa Salahuddin mengubah cara hidupnya kepada yang lebih keras. Dia bertambah warak dan menjalani hidup yang lebih berdisiplin dan sederhana. Dia mengenepikan corak hidup senang dan memilih corak hidup sederhana yang menjadi contoh kepada tenteranya. Dia menumpukan seluruh tenaganya untuk membina kekuatan Islam bagi menawan semula Jerusalem. Salahuddin pernah berkata, Ketika Allah menganugerahkan aku bumi Mesir, aku yakin DIA juga bermaksud Palestin untukku. Ini menyebabkan DIA memenangkan perjuangan Islam.


Sehubungan dengan itu Salahudin telah menyerahkan dirinya untuk jalan jihad. Fikiran Salahuddin sentiasa tertumpu kepada jihad di jalan Allah. Bahauddin, jurutulis Sultan Salahudin mencatatkan, semangat Salahuddin sentiasa berkobar-kobar untuk berjihad menentang tentera Salib telah menyebabkan jihad menjadi tajuk perbincangan yang paling digemarinya.Dia sentiasa meluangkan seluruh tenaganya untuk memperkuat pasukan tenteranya, mencari mujahid-mujahid dan senjata untuk tujuan berjihad. Jika ada sesiapa yang bercakap kepadanya berkenaan jihad dia akan memberikan sepenuh perhatian. Sehubungan dengan ini dia lebih banyak di dalam khemah perang daripada duduk di istana bersama sanak keluarga. Siapa sahaja yang menggalakkannya berjihad akan mendapat kepercayaannya. Apabila dia telah memulakan jihad melawan tentera salib dia akan menumpahkan seluruh perhatiannya kepada persiapan perang dan menaikkan semangat tenteranya.


Dalam medan peperangan dia bagaikan seorang ibu yang kehilangan anak. Dia akan bergerak dari satu penjuru ke penjuru yang lain dalam usaha menaikkan semangat tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah. Dia sanggup pergi ke pelosok tanah air dengan mata yang berlinang mengajak umat Islam supaya bangkit membela Islam. Ketika perang berlansung dia lebih suka berpuasa. Semasa mengepung Acre dia demam namun tetap berpuasa. Doktor peribadinya berkata bahawa Salahuddin hanya berbuka dengan beberapa suap makanan sahaja kerena tidak mahu perhatiannya kepada peperangan terganggu.


Kemenangan peperangan Hittin telah membuka jalan mudah kepada Salahuddin untuk menawan Baitul Muqaddis. Bahauddin telah mencatatkan bahawa Salahuddin sangat-sangat berhajat untuk menawan baitul Muqaddis Hajatnya tercapai pada hari jumaat, 27 Rajab, 583H, iaitu pada hari Israk Mikraj, Salahuddin telah memasuki Masjidil al Aqsa.


Dalam catatan Bahauddin menyatakan inilah hari kemenangan atas kemenangan. Ramai orang yang terdiri dari ulama, pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa datang merayakan kemenangan ini. Kemudiannya ramai lagi orang datang dari pantai dan hampir semua ulama-ulama dari Mesir dan Syria datang untuk mengucapkan tahniah kepada Salahuddin. Boleh dikatakan hampir semua pembesar-pembesar datang. Laungan Allahhu Akbar dan Tiada tuhan melainkan Allah telah bergema ke angkasa.



Timur Tengah, c. 1190. Empayar Salahuddin Al-Ayubbi dan wilayah kuasaannya ditunjukkan dalam waarna merah; wilayah yang berjaya ditawan daripada tentera Salib dalam warna merah jambu. Warna hijau muda menandakan wilayah yang masih dikuasai tentera Salib.

Sifat penyayang dan belas kasihan Salahuddin semasa peperangan ini sangat jauh berbeda daripada kekejaman tentera Salib. Ahli sejarah Kristian pun mengakui hal ini. Lane-Poole mengesahkan bahwa kebaikan hati Salahuddin telah mencegahnya daripada membalas dendam. Dia telah menuliskan yang Salahuddin telah menunjukkan ketinggian akhlaknya ketika orang-orang Kristian menyerah kalah.Tenteranya sangat bertanggung jawab, menjaga peraturan di setiap jalan, mencegah segala bentuk kekerasan hinggakan tiada kedengaran orang-orang Kristian diperlakukan tidak baik.


Selanjutnya Lane-Poole menuliskan bagaimana pula tindak-tanduk tentera Kristian ketika menawan Baitul Muqaddis kali pertama pada tahun 1099. Telah tercatat dalam sejarah bahawa ketika Godfrey dan Tancred menunggang kuda di jalan-jalan Jerusalem jalan-jalan itu 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah dari jarak dekat dari atas bumbung dan menara rumah-rumah ibadah. Darah yang membasahi bumi yang mengalir dari pembunuhan orang-orang Islam secara beramai-ramai telah mencemarkan kesucian gereja di mana sebelumnya kasih sayang sentiasa diajarkan.



Empayar Sultan Salahuddin..


Maka sangat bernasip baik orang-orang Kristian apabila mereka dilayan dengan baik oleh Salahuddin. Lane-Poole juga menuliskan, jika hanya penaklukan Jerusalem sahaja yang diketahui mengenai Salahuddin, maka ia sudah cukup membuktikan dialah seorang penakluk yang paling penyantun dan baik hati di zamannya bahkan mungkin di sepanjang zaman.


Lane-Poole juga menuliskan dalam setiap peperangan Salahuddin sentiasa berbincang dalam majlis yang membuat keputusan-keputusan ketenteraan. Kadang-kadang majlis ini membatalkan keputusan Salahuddin sendiri. Dalam majlis ini tiada siapa yang mempunyai suara lebih berat tiada siapa yang lebih mempengaruhi fikiran Salahuddin. Semuanya sama sahaja. Dalam majlis itu ada adiknya, anak-anaknya, anak saudaranya, sahabat-sahabat lamanya, pembesar-pembesar tentera, kadi, bendahari dan setiausaha. Semuanya mempunyai sumbangan yang sama banyak dalam membuat keputusan. Pendeknya semuanya menyumbang dalam kepakaran masing-masing. Walau apa pun perbincangan dan perdebatan dalam majlis itu, mereka memberikan ketaatan mereka kepada Salahuddin.


Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan kewarakan Salahuddin. Dia sentiasa melakukan sembahyang berjemaah. Bahkan ketika sakitnya pun dia memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Dia sentiasa mengerjakan sembahyang Tahajjud. Bahauddin melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga hari terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pingsan.


Dia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Tetapi dia tidak pernah membayar zakat harta kerana tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Dia sangat murah hati dan akan menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang memerlukan hinggakan ketika wafatnya dia tidak meninggalkan harta. Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku. Maka segera ia membayar fidyah.




Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi dia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kemangkatannya, keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan tidak kesampaian. Dia sangat gemar mendengar bacaan Quran. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk mendegar bacaan Quran para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzuk semalam. Dia mendengar dengan sepenuh hati sehingga air matanya membasahi dagunya.


Dia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw. Dia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan. Apabila ulama hadis datang ke bandar, dia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang kadang dia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang.





pewaris kepada generasi bagi membebaskan al-aqsa buat kali ketiga..insyaAllah-Logo Hamas







puteri2 Hamas dilatih dgn jiwa kental dari kecil..



pelancar roket Hammas buatan sendiri..


Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Dia biasa meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan. Pada satu ketika dia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak dapat bertahan lagi dari pada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun keadaan sangat terdesak dia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, Hanya aku dan Salahuddin sahaja pada masa itu. Dia menghabis kan masa malam itu dengan bersembahyang dan munajat.

Aku berada di sebelahnya ketika dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa hari kemudian. Akhirnya tentera salib membuka khemah-khemah mereka dan berangkat.



Salahuddin tidak pernah gentar dengan ramainya tentera Salib yang datang untuk menentangnya. Dalam satu peperangan tentera Salib berjumlah sehingga 600,000 orang, tetapi Salahuddin menghadapinya dengan tentera yang jauh lebih sedikit. Berkat pertolongan Allah mereka menang, membunuh ramai musuh dan membawa ramai tawanan. Ketika mengepung Acre, pada satu petang lebih dari 70 kapal tentera musuh beserta senjata berat mendarat. Boleh dikatakan semua orang merasa gentar kecuali Salahuddin. Dalam satu peperangan yang sengit semasa kepungan ini, serangan mendadak besar-besaran dari musuh telah menyebabkan tentera Islam kalang kabut. Tentera musuh telah merempuh khemah-khemat tentera Islam bahkan telah sampai ke khemah Salahuddin dan mencabut benderanya. Tetapi Salahuddin bertahan dengan teguhnya dan berjaya mengatur tenteranya kembali sehingga dia berjaya membalikkan kekalahan menjadi kemenangan.


Musuh telah kalah teruk dan berundur meninggalkan lebih kurang 7,000 mayat-mayat. Bahauddin ada mencatatkan betapa besarnya cita-cita Salahuddin. Suatu hari Salahuddin pernah berkata kepadanya, Aku hendak beri tahu padamu apa yang ada dalam hatiku. Apabila Allah mentakdirkan seluruh tanah suci ini di bawah kekuasaanku, aku akan serahkan tanah-tanah kekuasaanku ini kepada anak-anakku, kuberikan arahan-arahanku yang terakhir lalu ku ucapkan selamat tinggal. Aku akan belayar untuk menaklukkan pulau-pulau dan tanah-tanah yang lain. Aku tak akan meletakkan senjata ku selagi masih ada orang-orang kafir di atas muka bumi ini sehingga ajalku sampai.




Salahuddin Vs. Richard


Salahuddin memiliki asas pengetahuan agama yang kukuh. Dia juga mengetahui setiap suku-suku kaum Arab dan adat-adat resam mereka. Bahkan dia mengetahui sifat-sifat kuda Arab walaupun dia sebenarnya orang Kurdish. Dia sangat gemar mengumpulkan pengetahuan dan maklumat dari kawan-kawannya dan utusan-utusannya yang sentiasa berjalan dari satu penjuru ke satu penjuru negerinya. Di samping Quran dia juga banyak menghafal syair-syair Arab. Lane-Poole juga ada menuliskan bahawa Salahuddin berpengetahuan yang dalam dan gemar untuk mendalami lagi bidang-bidang akidah, ilmu hadis serta sanad-sanad dan perawi-perawinya, syariah dan usul figh dan juga tafsir Quran.



Kejayaan terbesar Sultan Salahudin Al Ayubi ialah mengalahkan tentera Salib pada tahun 1171. Baginda memerintah selama 22 tahun telah membina kubu pertahanan dikenali sebagai al-Qalaah (Citadel) yang mana melindungi kota Kaherah dan kota lama al-Fustat dari serangan musuh. Selepas beliau meninggal pada tahun 1193 di Damsyik, Syria, pewaris-pewarisnya telah memerintah Mesir sehingga tahun 1250.



antara kubu-kubu Salahuddin Al-Ayyubi..

semua kubu2 itu menghadap baitulmaqdis,begitulah kesungguhan yang dipamerkan Sultan yang hebat ni..

kubu2 Sultan salahuddin boleh didapati banyak di kwsn2 jajahan beliau..

antara terbanyak di mesir dan syria..

























gambaran dr atas kubu salahuddin...









antara kubu tentera salib tercantik dan hebat yang ditawan Salahuddin di bwh..





pandangan Qala'at al-Hosn dr jauh...subhanallah~

Qala'at al-Hosn ni merupakan citadel yang terbesar di Timut Tengah..kubu ni merupakan antara salah satu kubu kepunyaan tentera salib yang paling kukuh dan megah..tentera Islam di bawah pimpinan Salahuddin Al-Ayubi tak pernah dapt menembusi kubu ni..tp setelah kalahnye tentera Salib di Hittin dan Jerusalem, kota ini akhirnya diserahkan setelah ditinggalkan.



Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia. Menurutnya pada hari tentera salib menakluk Jerusalem pada tahun 1099, mereka telah menyembelih orang-orang Islam termasuk wanita dan kanak-kanak, bermula dari pagi hinggalah ke tengah malam. Pada keesokan harinya mayat-mayat orang Islam bertimbun setinggi paras lutut di sepanjang jalan di Jerusalem.


Tetapi apabila Sultan Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem , malah pada keesokan harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.



Satu lagi kebaikan yang ditunjukan oleh Sultan Salahudin ialah kepada musuhnya Raja Richard Berhati Singa yang datang dari England. Ketika peperangan sedang berlansung, Raja Richard jatuh sakit lalu Sultan Saladin mengirimnya buah-buahan segar, air sejuk dan seorang dokter. Kerana terharu dengan kebaikan Sultan Salahudin maka akhirnya ditandatangani perjanjian damai pada 1 September 1192 sehingga orang-orang Eropah berasa takjub bagaimana agama Islam boleh melahirkan seorang pahlawan yang baik seperti Salahudin Al Ayubi.


Sebelum meninggal dunia Sultan Salahudin Al Ayubi berpesan kepada anak-anaknya; "Jangan kamu menumpahkan darah, kerana apabila darah telah terpercik tidak ada yang tertidur."


Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah pada usia 57 tahun. Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir Salahuddin.


Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas jatuh sakit, dia telah menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Jaafar seorang yang warak telah diminta menemani Salahuddin di Istana supaya membaca al Quran. Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin. Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas membacakan Quran. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan.


Apabila Syeikh Abu Jaafar membacakan ayat, Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata (Al-Hasyr: 22), Salahuddin membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia berkata, Memang benar tidak ada Tuhan selain Allah. Selepas dia mengucapkan kata-kata itu dia menghembuskan nafasnya yang terakhir sebelum subuh, 27 Safar.



Makam Sultan Salahuddin Al-Ayyubi berdekatan Masjid Umayyah,Damsyik-Syria

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali 1 dinar 47 dirham. Harta yang ditinggalkannya tidak cukup untuk belanja pengkebumiannya. Bahkan kain kafan pun diberikan oleh seorang menterinya..

Marilah sama2 kita mencontohi keperibadian mulia Salahuddin Al-Ayyubi ini,dan jadikan sebagai sumber inspirasi dalam kehidupan..dan juga dalam perjuangan dakwah yang pasti tak kunjung malap selagi berdiri teguhnya Ummat Muhammad yang memahami erti mereka berada di dunia ini....

antara buku2 menarik yang boleh dibaca..untuk meningkatkan minat serta pengetahuan tentang peristiwa2 yang berlaku..bole la dptkan buku2 di bwh..
















Untuk lebih menghayati..mari sama2 hayati lagu Amrullah,dan sedutan vid. klip dari kingdom of heaven...sgt menarik!










al-kandahlawi
CC Bagan Serai
http://www.pembinamelaka.com/

http://www.iumelaka.com/