Monday

Demo & Rapat Umum Gaza d sana sini~






Entry kalini.. nak share dan bawakan kalian semua..ke beberapa tempat program2 serta demo membantah keganasan yahudi laknatullah yang sempat disertai....

sekurg2nya..ini yg mampu dilakukan..yang penting..adanya "kesedaran"!

Mafhum hadi : Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan saudaranya yg lain,maka dia bukanlah termasuk dari golongannnya

jadi tepuk dada tanya diri sendiri,apa yg aku buat utk AGama Allah..jgn sesekali memperlecehkan usaha boikot dsbagainya dgn pndgn2 negative..jgn buat perangai cm yahudi jugak..sama2 berusaha,setakat mana yang termampu..kerana Allah melihat kita dari usaha yg dilakukan..bukan dari result/hasil tersebut..

boikot memang mustahil dpt menjatuhkan israel,tp kalo niat benar..betul...apakah tiada ganjarannya?sedangkan Allah berjanji dlm surah alzalzalah-kebaikan sebesar zarrah pun akan diberi ganjarannya...yang penting-TAKE ACTION!

Pada 9/1/09 : diadakan ceramah Aman Palestin berkenaan isu2 terkini di program kesedaran berkenaan kezaliman Israel terhdp Umat Islam..bertempat di Masjid Kota Damansara (yg ada isu ngn khir toyo dulu tuh),masjid di sebelah apartment tempat aku menumpang..:P

hadirin sudah membanjiri sejak maghrib lg..



Pada malam tu,Dr hashimah,wakil dr amanpalestin,telah dtg dan memberi serta berkongsi pengalaman beliau yg melihat sendiri semua perkara2 zalim yg berlaku di palestin..ditunjukkan gambar2 serta video,dgn ceramah yang penuh bersemangat..sehinggakan org2 ramai yang hadir malam tu tak berganjak dari pukul 8 mlm,smpai hampir pukul 10.30..itu pun ramai hadirin di belakang,mintak dr hashimah menyambung ceramahnya..



pada malam itu diumumkan,dana terkumpul hasil sumbgn org ramai, total up dgn sumbgn sblmnya berjumlah lebih RM6 ribu..aku lihat dalam bekas2 donation,penuh dgn note RM50. dan RM100. Di akhir majlis,ditayangkan juga syair seorg kanak2 palestin berkenaan ayahnya dan pejuang2 palestin yg pergi tk kembali..kulihat pakcik2 yang hadir meneteskan air mata,yg kebanyakan org2 kaya (area2 hartawan kt damansara ni),dan ada jugak suara2 kecik di belakang ku terdengar..eh..betui ke smpai cmni? dan tk putus2 kalimah2 subhanallah..masyaALlah..Allahuakbar..




selepas program..diadakan juga exhibition berkenaan palestin,dan jugak booth2 dan kaunter utk register sbg penyumbang kpd keluarga2 angkt di palestin...alhamdulillah..kesedaran para hadirin ditunjukkan dgn semangat berlumba2 utk menyumbang,dan register dlm program anak angkt palestin...tk kurang juga bisness jual buku2 dan mafla palestin,laku cm goreng pisang..

SEKITAR PROGRAM RAPAT UMUM SELAMATKAN GAZA....

anjuran Aman palestin,ISMA,JIM,dan NGO2 lain,termasuk parti2 politik utama malaysia..

Tanggal 10/1/09...

beberapa persiapan dan tugasan diberi malam sebelum rapat umum di adakan..

bertempat di stadium melawati..



banner2 pun dilakarkan pd malam yg sama jugak..mencipta kreativiti,mencr ilham..duk terpk2 lagi masa buat banner utk election SRC-2 thn lepas..

dna ni hasilnya~



dan jugak tak kurang hebat banner2 dr team2 lain malam tu..antaranya..:




banner ni masuk muka depan sinar harian..


dan juga banner boycott2..





fight for al-quds!




dan ini adalah antara banner2 team alwi..memang buat sempoi2 ja..:P


dan juga diikuti persiapan2 di luar dewan yang bermula sejak lepas isyak..




Tangga Israel,menanti utk dipijak,kalau boleh,satu malaysia tangga dihiasi dgn lambang ni,kan cantik :D



banner2 siap utk dipsg...



Selepas selesai keja2 mlm tu,aku,azril blankurt,ibrahim dan adha(rkn2 seusrah),pi pekena tea tarik kedai mamak,pastu melilau cari..mana nak 'tikaf malam ni..iskisk..

kebanyakan masjid dh dikunci..sedeyh betui negara Islam yg buat masjid2 ni mcm pejbt2..suma nak kunci sehabis2nya..pusing punya pusing....last2,ha...gi 'itikaf kt pusat Islam..still kt ss 13...di sebelah pusat islam tu ada madrasah tahfiz..sbb badan pun dah leteyh sgt,tp pk pjg dah..bwk turun segala kelengkapan,dan mula mengembara ke alam mimpi di luar pusat islam tu dengan nyenyak dan kipas yg berputar laju memudhkan proses pengembaraan tersebut..:P

"hamdan,hamdan..bangun" suara ibrahim kedengaran,sambil menggoyang2 badan aku.

aku pun bangun skit..tgk jam,eh awl lg..dn lentok tido balik.

"hamdan,tengok belakang hang tu"ibrahim menambah bersgguh2.

aku pun bangun skit,paling kt belakang,tudia! mak aih! aku duk dlm alam mimpi ke ape nih..

kelihatan ramai budak2 berpakaian jubah serba putih,memegang qur'an dan khusyuk menghafal...di mana aku skrg..aaaa..

rupa2nya..tu budak2 madrasah sebelah pusat islam tu..haha..terus mata jdik segar,setan suma lari habih.bangun2,eh,awat blankurt ada kt ujung kaki nih..pelik.patutnya dia tido tmpt lain..tkpalah.abaikan..bangun cepat2,trus kemas2 barang2...tiba2 sume budak2 tahfiz tu pandang kitorg semacam jek...ek..terkedu sebentar.awat yg mcm tgk makhluk asing tu..kut2 depa dpt karamah bleh nampak setan ke ape ke..takut gak la..haha.

lepas solat subuh,baring jap,pastu trus siap gi rapat umum tu..sebelum gi,pekena nasik lemak dulu..tgk2 bibir blankurt dah bengkak sebelah.kelakar! rupa2nya..nyamuk2 gigit separuh badan..separuh lg nyamuk tk kacau,sebab kena angin..lepas kena sergn,baru le dia beralih tempat.haha..patut la duk kt kaki aku pg tu:P chikungunya betui la nyamuk2 tuh.ciss

9.30-Sampai saja di Stadium Melawati..org telah ramai berpusu2 menuju ke pintu masuk stadium..



masuk sambil memijak bendera israel sebagai alas kaki..bagus idea ni :D




kereta2 beratur panjang ke slh sebuah pintu masuk,Pintu C.

dan sempat jugak aku snap gambar menarik,antara para hadirin rapat umum..yg boleh membwa seribu satu makna...gambar di bawah ni :



keluarga bahagia,sama2 membantah zionis yahudi! :D cantik kan?


Di dalam stadium...ramai org mula membanjiri di awal2 lagi..head ban 10,000 telah habis dalam masa yang singkat..sehingga terdpt rombongan dr wakil negeri yang tak sempat dpt head ban tu..antaranya wakil melaka.sori melaka~ :P x sempat simpan..huhu



ni lah hasilnya...tangga alas bendera israel..bg menghina kekejaman zionis tuh!

Selain dari itu...hadirin yang datang bukanlah hanya dari satu golongan shaja..selain dr organizer,amanpalestin dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA),juga dari semua parti politik utama malaysia,dari kebnykn NGO2 islam..antaranya...



dr PAS,dan ucapan wakil PAS dberikan oleh Ust. Mujahid Rawa,ADUN PARLIMEN Parit Buntar (hometownku dn tmpt kelahiranku)sempat promote :P


dan berbagai2 ragam lain.....antaranya..




budak2 kecik yg menghayati kwn2 mereka di palestin yg terbunuh setiap hari..:P


dan ini...:


satu family datang membantah dan mendptkan semangat baru utk sama2 menentang tindakan zionis Yahudi!

dan ini antara yang menarik....



seorang warga emas,boleh kata datuk la..tp bukan datuk shah rukh khan okey :P ni datuk bersemangat jihad punya..dekat kotak tu,atas perkataan "GO" tu..ada terjojol skit adalah pemegang tongkat datuk nih.digunakan sebagai pemegang sepanduk.Semangat mcm datuk ni la yg kita mahukan!ayat2 dia pun power tu~~:D



ni antara pendemo yang bersemangat tinggi :P haha



budak ni memijak2 kepala ehud olmert-menunjukkan rasa memberontak sedari kecil lagi..:D

juga dr bangsa lain...



humanitarian Issue!


antara hadirin2 yang hadir....



kelihatan poster syeikh aziz ranteessi

dan antara banner2 serta sepanduk yang dibawa oleh hadirin...



dan..



juga...



walaupun tulisan tu pelik2..tp yg penting mereka sgt bersemangat..!



ni antara banner kreatif..agak menarik :)





juga antara VVIP dan speaker2..yang terdiri dari wakil Aman Palestin & ISMA,wakil PAS,UMNO dan PKR..

dan tengah jalan dlm stadium tu,tiba2...aku terserempak dgn superhero dari palestin,kemungkinan dia adalah wakil hamas yang datang utk mengambil laporan???



shuush...jgn bgtau org...

dan di luar stadium lain pula ceritanya...ada apa di luar???

ada disediakan tempat pengumpulan tandatangan membantah kekejaman Israel...antara yang turut menurunkan tndatgn...



dr kalangan budak2..



juga dr org2 dewasa..

sama2 membantah!dan tak kurang juga aktiviti memanaskan badan sambil menghina pemimpin2 us dan israel...




itu dia...best tak benda alah ni :P



cubaan dari kanak2...mesti emosi dak ni t'ganggu tgk budak2 palestin kena bom...

JUga disediakan utk org ramai melontar kasut,ala2 melontar jamrah kpd syaitan2 yang dilaknat...



3 pimpinan USA,israel,dan britian..kutu2 yg sekutu..



dan inilah hasil nya!

apa yang kita mampu lakukan selain melkepaskan geram seperti di atas td?Sumbangan!

Bagaimana anda mahu menyumbang?ada disediakan tabung2 yg mcm ni..sehari RM1...



beli dan buh setiap rumah...

selepas majlis...diadakan Konvoi beramai2...



antara peserta2 konvoi dgn stiker SAVE Gaza terpampang bersinar2,ha..belalang hijau tu watak utama..dan buraq putih kt belakang tu sibuk jek sbnrnya,haha. :P .boleh lihat dalam liputan yang dijalankan Al-Jazeera di bwh ni :



bole lihat pada minit 1.01 :P

dan juga liputan TV9 :






sebelum balik,kami sempat bergambar bersama2 ikhwah2 wakil dari ISMA Melaka..lebeyh kurang 30 buah kenderaan wakil dari sana.
dari kanan : Hafiz Maun,hamdan,akh khair,azril,yusuf & Amir

dalam program kalini,aku ditugaskan untuk mendapatkan liputan dari media cetak,antara yang hadir-Sinar Harian-sepeerti di bawah :D




mari sama2..maintainkan keimanan..ketakwaan..dan semangat Palestin,serta tentera Hammas mesti sentiasa subur di sanubari...jgn ambik sifat semulajadi org melayu kebanyakannya-cepat sejuk-.Istiqamah,lebih baik dari seribu karamah!

-al-kandahlawi-
CITS




Kesah Isteri2..:)

Sama-sama kita baca artikel dibawah dan kita ambil pengajaran dr apa yang terkandung didalamnya....dan sama-sama kita sampaikan pada org yang tak masuk dalam portal ini....semoga kita dapat manfaat bersama.wallahualam....

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya.

Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya.

Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."Jawapan itu seperti kilat yang menyambar.

Si pedagang kini berasa Putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

~_~

Thursday

Kita Takkan kalah!

ni adalah palestin song,bertajuk we will not go down...yang boleh kita hayati sama2 insyaALlah..

credit kepada abg khair di http://ibnukhair.wordpress.com kerana menyebarkan ia..

mari sama2 hayati dgn penuh kesabaran..

adakalanya..video/lagu/gambar lebih memberi seribu satu makna yang menyentuh hati...




Lirik seperti berikut :

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

Bleh ambik lagu tu di sini dgn mp3 format--> download

MANA KAMU SEMUA wahai MUSLIM!?-RAPAT UMUM!

sEbuAh KesAh MujaHidiN~






Ana renung hamparan lelangit malam dari birai jendela. Kosong. Gelap. Hitam pekat. Entah ke mana hilangnya sang bulan. Entah di mana sembunyinya bebintang yang saban malam bergentayangan di puncak sana. Malam ini sunyi sekali persis rumah ana yang sepi daripada gelak-tawa anak-anak. Sunyi daripada usik-mengusik Fathul Rahman, Khairul Bariyah, Zaid dan Fatma. Lebih sunyi tanpa walid mereka, tanpa suami ana yang dicintai, Fakhrul Razi.Kini di atas hamparan sejadah ana bermujahadah sendirian. Melawan kocakan kalbu yang kian parah.

Ana masih ingat dosa Sharon 20 tahun yang lampau apabila beliau terlibat secara langsung mengarahkan pembunuhan beramai-ramai pelarian di kem shabra dan shatila. Ketika itu ana masih anak kecil. Tidak tahu apa itu peperangan. Tidak kenal makna kebuluran. Ana tidak betah bertanya apa yang sedang dan bakal terjadi. Anak-anak kecil seperti ana hanya tahu bermain, makan dan tidur. Tidak mengerti apa-apa. Namun kala itu, ana masih punya mata untuk melihat apa yang terjadi. Punya telinga untuk mendengar.

Ummi dan walid pergi dalam keadaan yang menyiksakan dan menyayat hati. Walid ditembak dari depan, belakang, kanan dan kiri. Berhamburan percikan darah merah membasahi bumi Palestin. Ana masih ingat laungan takbir yang bergema di serata kem tatkala pembunuhan beramai-ramai di situ. Ummi yang bersembunyi meluru ke arah walid. Ummi tidak menghiraukan bahaya di depan.

Ketika itu juga, 3 orang askar Yahudi zionis meluru ke arah ummi. Pantas ummi menyuruh Ana bersembunyi. Erat tangan ummi terlerai dari cengkaman jemari kedil Ana. Ana lari tidak toleh belakang lagi. Ana berhenti dan ana lihat ummi ditendang di perut, ditampar-tampar di muka. Ummi menjerit dan kalimah takbir tidak putus-putus bertali dari bibir ummi yang dibasahi darah pekat. Akhirnya ummi rebah di sisi walid. Ana hanya mampu melihat jasad ummi dan walid dipijak-pijak oleh askar-askar Yahudi laknatullah itu. Ketika itu juga ramai lelaki Palestin yang masih hidup dibawa ke penjara. Dan sesungguhnya, Peristiwa hitam itu masih tersemat di kotak memori.

Setelah pemergian ummi dan walid, ana tinggal bersama keluarga pakcik Salam. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran atas segala jasa Pakcik Salam dan keluarga yang banyak menabur budi dan mencurah kasih sayang buat Ana.

Seawal usia 21 tahun ana berkahwin dengan Fakhrul Razi, anak sulung makcik Sumaiya. Dia seorang yang tebal roh jihadnya. Masih segar dalam ingatan bagaimana suaminya yang dikasihi diheret keluar dari rumah dengan kejamnya. Anak-anak menjerit ketakutan. Ana merayu minta fakhrul razi dilepaskan. Satu tamparan mengenai wajah. Darah merah membasahi bibir. Fathul rahman, anak sulung Ana cuba bertindak. Ana tidak menyangka dia seberani walidnya. Tapi setakat manalah kudrat lelaki yang baru meniti usia 18 tahun berbanding sang askar yang telah lengkap imu ketenteraan di dada.


Fajar mula menampakkan wajah dari sebalik bukit. Nun di kejauhan, kelihatan bebayang hitam menuju ke rumah Ana. Fathul Rahman bingkas bangun. Walidnya dibawa pulang jua oleh mereka. Namun begitu kuntuman harapan yang baru mula hendak berkembang di jambangan jiwa hancur luluh begitu sahaja apabila Walid mereka (Fakhrul Razi) ditembak bertubi-tubi di hadapan mata. Kejam sekali manusia-manusia itu. Mayat Fakhrul Razi dipijak-pijak sesuka hati. Mereka seperti meraikan sesuatu. Setelah nafsu zalim dipuaskan, mereka meninggalkan fakhrul razi yang tidak bernyawa di situ.



bayangkan,ayah,atau pakcik,atau abang atau adik kamu,salah seorang dlm gambar di atas.Apa yang anda akan lakukan??

Ana pasrah dan redha atas apa yang terjadi. Ana kini sebatang kara. Pengkhianat hak asasi kemanusiaan itu telah merampas segala-galanya. Rakus mereka membenamkan peluru-peluru tidak bermata itu ke dada suami dan anak-anak ana yang ana sayangi. Kini ana kehilangan mereka. Dan sungguh! Ana tidak akan memaafkan perbuatan durjana itu.

-----------------------------------------nav----------------------------------------------

YA AYYUHAL MUSLIMIN...!!!

Mafhum sbda Nabi : Barangsiapa tidak mengambil peduli urusan Umat Islam yang lain,maka dia bukanlah tergolong dari kalangannya...

Hampir setiap hari...berita demi berita..ulasan demi ulasan yang kita dengar berkenaan isu PALESTIN DAN MASJIDILAQSA..

Mafhum sabda Nabi yang lain : Tidaklah sempurna iman seseorang itu,sehinggalah dia mencintati saudaranya yang lain seperti mana dia menyintai dirinya sendiri...

tapi persoalannya : Apakah TINDAKAN kita?bagaimana kita nak menunjukkan kepedulian kita?biarpun usaha yang sedikit,inysaALlah,pasti ada ganjarannya dari ALLAH..

PELUANG UTK BERAMAL :

Satu mesej dari pimpinan kita

Menemui ikhwah yang dikasihi...

Tiada yang lebih kita kasihi melainkan kasih kita kita pada agama ini, Allah dan Rasulnya.
InsyaAllah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Aman Palestin akan mengadakan rapat umum untuk Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka seperti detail berikut...

Anjuran: Aman Palestin & ISMA
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam.
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.




Tentatif ringkas seperti berikut :

9 pagi - berhimpun di Stadium Melawati
,Shah Alam
10 pagi- Ucapan wakil-wakil NGO

11 pagi- ucapan dari wakil Palestin

11.30 pagi - Laungan Semangat
12.30 tghari- Edaran stiker palestin kepada hadirin & bersurai


Marilah sama2 menunjukkan semangat serta sokongan terhadap saudara seIslam kita,melalui apa jua saluran yang kita mampu..insyaAllah..

"setiap kebaikan walau sebesar zarah,akan Allah balasi,setiap pengorbanan yang dicurahkan KERANA ALLAH semata2..pasti tidak akan sia-sia.."



p/s : kepada yang berada area2 KL/Damansara/Puchong,jika hendak menyertai boleh tumpang saya,insyaAllah.Tlg sebarkan..ameen..

-al-kandahlawi
cc
Kota Damansara
Seksyen 7


Friday

Kesahku sebelum Final report Submission~

Ini adalah kesah benar,misteri belalang Hijau...


Jam menunjukkan pukul 10.30 malam,hari Khamis19/11/2008..

"alapak,dah lewat ni" desis hatiku

aku pun rushing2 ler..dr umah abg aku di kota damansara,nak menuju ke MMU Melaka.

1 reason-minggu depan,23/11/2008[Monday]-Due date final report for practical training aku.

'Ya Allah,selamatkanlah perjalananku harini' bismillah...

Dlm keadaan rushing,gear iswara hijau a.k.a belalang tarung hijauku ditukar dengan pantas dan "cermat"-sesekali gear 5,sesekali gear4 dn memintas sambil menyilok2 keta2 dan lori2 slow cm siput yang menyusuri LDP -lebuhraya damansara puchong- menambahkan lagi kelembapan aku utk tiba di melaka.

tika tiba di tol pertama LDP menghala ke puchong,ku dapati kenderaan bersesak2...himpit menghimpit dan menyelit2 di antara kenderaan.tak kurang jugak lori2 berat pun dgn x sedar dirinya,menyelit jugak ala2 kancil 660. tetiba rasa cm nak jadik polis,memang siap ler lori2 tersebut.ish..gusar hatiku."kalo cmni,kul brapa nak sampai nih.iskisk.."


aku pun terpksa menyelit2 sama since terpksa buat cmtu,kalo tak..kul1 pagi la smpai.selit punya selit,smpai kt lorong "tunai",baru ku sedar,rupa2nya dh jadik 2 lane menuju ke lorong yang satu.la..ish..terpksa mencilok utk masuk lane yang betul.aku pun..dengan berhati2nya..gear ditukar ke gear 1.signal ke kanan diberi,pedal minyak ditekan perlahan-lahan,menanti utk mencr kesempatan mengejut,cilok di antara ruang2 yang ada.saat2 itu akan menanti..

debaran menjelma,nadiku bergerak pantas, dan...itu dia.ruang!

aku menekan pedal minyak dgn pantas,mencilok,belalang tempur ijauku mendesup ke depan,meluru ke arah ruang yg ada,tetapi...

....zupp! satu keta lain memintas dr arah kiri.aku tergamam,secara spontan subconcious mind aku terus mengambil alih peranan concious mind,memberi reaksi,brek kecemasan ditekan sekuat hati,brek tangan pun aku tekan jugak[ala2 naik motor],tp tkdak la dah naik keta kan,genggam stereng je la.:p ,wiper dipasang,tali pinggang keledar belakang trus dipakai[just utk promote undang2 baru,bukan action sebenar :P] injap bikuspid, dan injup trikuspid ku mengembang kuncup,memberi laluan darahku yang memancut laju dr jantung,malah aorta dan vena kava ku turut memberi reaksi pantas,demi mengelakkan aku terkena sakit jantung mahupun kencing manis.

astaghfirullah..aku beristighfar berkali2.Mungkin syaitan sudah mengawal nafsu aku untuk mencilok,seb baik tk berlanggar.iskisk.."hamdan2...kamu tu tak kawen lagi,hati2,ingat org tersayang" .haha,aku ingatkan diriku. :P

baru lebih kurang 3 second aku mengomel sendirian,tiba2...

"bummm!" hentakan keras hinggap di kepalaku.kedengaran bunyi hentaman di belakangku,aku terhantuk di cermin keta[seb baik pakai seatbelt].kemudian disusuli bunyi seretan sesuatu dr belakang.sreeettttt!

"arfhhh,...tidakkk~~~~~@_@. aku dah disondol dr belakang!



befinilah keadaan belalang tempur hijau yang cacat :P


terus seribu satu kemungkinan menerjah di kepalaku.Terus mindaku berputar ligat,teringat kesah mak aku yang dilanggar oleh mat motor,di sg petani.mamat tu bagi kt mak aku IC dia,ckp kata tkde duit lagi,dan bleh pgg dlu ic,nnti dia pnjam duit kwn dia then dtg balik.mak aku pun pecaya la bulat2..dh sama melayu kan.Sekali...dia tk datang2 smpai sudah,pastu dia mesej bgtau ckp dia nak buat repot polis,kononnya mak aku curik IC dia plak.ish2...[story kesudahannya,kalo nk tau hubungi saya] :P bila teringat cmtu...

aku trus keluar dr kereta,kasik tutup pintu kuat2 sikit[bagi nampk ganas ler].trus meluru ke arah keta yg sondol belalang tempurku.kelihatan seorg budak muda,umordlm 20 an,memberi isyarat suwuh jalan dlu,setel lepas tol.ha..x bley jadik ni.dgn gaya seorg brutal jalanan,aku suwuh dia keluar dlu,"hang keluaq dulu!" mesti bersemuka dlu~mana bleyh setel cmtu jek.tibe2..budak tu pgg tgn aku,"ampun bang,sori bang,kita setel kt depan tu ya,sori sgt2" ishish...kesian la pulak dak nih.okeh."meh tlg angkat dlu bumper aku nih." kataku ringkas.

habih tercabut bumper belalang tempurku nih,ghebeh belakang,pemegang besinya patah,akibat hentaman mengejut tersebut.

aku pun angkat bumper tu,sumbat masuk kat bonet yang ternganga luas,dan menuju ke arah tol.Selesai bayar,trus gi tunggu kat sebelah carltex.dan alhamdulillah,budak tu x lari la,park kt belakang keta aku.trus meluru ke arah aku.aku bersalaman.

" hang nama apa"
"Latip,nama glamor leh panggil deris" [bukan nama sebenar,identiti dirahsia]
"belajar lg ke ape ni"
"beljr lg bang,kat food institue malaysia,pj."
"owh..hang dari mana ni?"
"g jumpak kwn kt kelanajaya tadi..ni nak balik dengkil"
"abg keja mana?nak pegi mana" tanya si latip.

isk..budak ni..buat cm sembang kedai kopi plak ye~tkpala..nk bg cool down darah mendidih nih.

"baru habis training..auditor kat one utama,sebelah TV3 tu.Aku nak g melaka sat,ada hal"balasku malas2.

"apa bang?editor?abg keje edit filem ke?"

aaaaarrr..alahai..ada gak manusia tktau apa dia auditor.

"eh..apelak filem ni.audit financial statement la..ala..akaun tu.."
"oh..buat akaun ke cmne?"
"dah2.setel bab ni plak"balasku memotong.kalo tak..jenuh layan dia sembang plak.iskisk..

"la ni kira cmna?hang nak bayar skrg ke..cmna"
"emm..kt saya skrg x smpai rm20..ngam2 nak balik ni..tp kalo abg nak pakai jugak duit..abg tunggu sat,saya p umah kwn saya,pnjam 3 ratus dulu".dlm stgh jam saya dtg balik."

otakku ligat.ish..kalo cmtu..kena tunggu lagik.spontan teringat kesah yg jd kt mak aku.kank dia ada niat jahat ke,bwk g jumpak "kwn" yg aku tktau cmna,kacau nih.

"cmnilah.em..hang berapa beradik?ayah mak keja apa?hang anak ke berapa?" aku start tanya soklan2utk menguji kejujuran budak nih,

dri pergerakan anak mata,body language,dan beberapa spot lain,aku perhatikan.nampaknya berguna jugak kursus NLP yg aku dh ikuti :D

" saya 6 beradik bang,ayah dah takdak,mak saja tinggal.abg2 suma dah kawen..saya yang bongsu"

" masa ayah hang meninggal,hang kat mana dan tgh buat apa masa tu?"-->soklan ni utk tengok dia ckp benar ke tak,boleh di ekspresi melalui anak mata.

dgn berpandukan samar2 cahaya dari keta dia,aku dpt kesan dia ni org baik2 la kut.tk tipu rsanya..insyaALlah..

berbekalkan kepercayaan aku kpd dia.aku tawakkalje la.

"cmnila..skrg aku mudahkan keja la..hang..g rehat2 dlu,aku smpai melaka nnti,lepas repair aku bgtau total cost.hang bank in kt aku.boleh?"

"ha boleyh2..bagi no akaun abg blablabnla"balasnya panjang lebar.nampak raut kelegaan di muka dia.

lepas aku ambik suma detail2 dia..akupun kasi sikit warning.Nih..latip,ni aku pecaya kt hang ni,sama2 Islam,sama2 melayu.jgn main2 ngn aku,kalo hang tipu aku,aku tkleh jamin apa jadik kt hang nanti." heh heh..saja bg warning skit..bunyik cm brutal la sgt kan.kena gertak..riso gak kalo apa yg jadik kt mak aku,jadik pulak kt aku.huhu..dlm masa yg sama,abg aku yg dpt tau incident tersebut,bengang pasai aku lepas cmtu je dak tuh.tp tkpola..tawakkal je la..

lantas aku memecut ke Melaka..tapi kali ni tkleh bwk laju sgt dah..rasanya tayar belakang effect kut..kalo meter mencecah 140km/j pun..rsa cm tayar belakang goyang ke kiri kanan..biasanya 150 bleh smpai dgn mudah.iskisk..bertemankan bumper di sebelahku..:P



teka teki:keta apa bumper kt dalam?atas nih ha..~




1.30 am.tiba di teratak an-nushrah dgn selamat..

alhamdulillah ala kulli hal..

keletihan..mataku terlelap dgn mudah atas katil hisyam.:p

so mungkin ceritaku di atas..serba sedikit dapat dijadikan pengajaran kepada kamu2 di luar sana..pandai2 la extract apa yg baik.:p

tapi ada hikmah rasanya...disebabkan incident tersebut,supervisor aku pun simpati,bg masa due date submit final report smpai pukul 9 malam..:P

alhamdulillah...ALlah mudahkan prosesku untuk menyiapkan final report tu...sumenye sempat berjalan lancar..



akhirnya siap jugak..fuhhh~


masa nak submit tu..kena g jumpak supervisor aku,Mr.Subra yang tgh jaga exam budak2 repeat..ingtkan leh submit balik cmtu jek lepastu,tapi mr subra panggil aku,dok sebelah dia,then..jeng jeng jeng...

Mr subra selak selai demi selai,then tanya every single things yg aku tlis dlm report tu..iskisk..ade ke die test plak double entry,effect write off,disposals kepada p & L,balance sheet,and treatment to inventory la..amende ntah lagik pasal FRS sume..huhuh...seb baik ler bleh jwb even tersgkut2 gak la..berpolluh-polluh dah..[berpeluh-peluh yang teramat]

so..pesanan penaja kepada bakal practical trainee acctg students,lengkapkan diri anda dgn kemahiran2 basic,double entry,p&l,blnce sheet dan yg seangkatan dgnnya.kalo tak,malu jek~iskisk

yg baik dr Allah..aku bersyukur ats segala kurniaannya..menyelamatkan aku dr bala bencana yg lebih dasyat,dan memudahkan urusan kehidupan duniaku...

selsai satu bebanan berat,submission report,keta aku pun kembali normal dari keadaan paranormal sebelum ni.workshop ah lek,malim,menjd pilihanku utk repair..total cost lebih kurg 3 ratus lebeyh...terpaksa tukar terus bumper since anchor dia dah patah..itupun yg tiruan..kalo original..mau 5 ratus lebeyh..tp kesian kt si latip tu..mesej dia..dia bgtau mntak kurgkn..dia student lg..dll..kesian la plak..tkpala..amik yg paling murah la..dn segalanya berjalan lancar,si latip tu pun dah bank in kan duit..sume setel dgn baik.

bumper baru..bau kedai lg tu :P



alhamdulillah!

Qadha' Qadar- 1 penyalahgunaan!

Qadha' & Qadar-

ia merupakan satu topik yang memerlukan rungkaian perbahasan yang mendalam,jika benar2 ingin menggunakannya sebagai alasan!

Aku rasa agak terkilan apabila membaca berita2...serta kata2 manusia yang sering menyalahkan takdir atas apa yang berlaku kepada mereka.

pagi ni terbaca petikan dari utusan,berita berkenaan perkahwinan antara pemain bola sepak negara dan pelakon wanita yg terkenal dgn adegan mami jarumnya,terdapat satu ayat yang menyebabkan aku rasa "panas" dengan sikap manusia2 yang senang-lenang salahkan takdir.Ini satu KEZALIMAN!

sila lihat petikan berita berikut :

Abdul Radzak mendakwa dia hanya mengetahui berita itu melalui anak sulungnya, Ruziehana, 37, pada 14 Disember lalu.

Menurut Aidil Zafuan, dia bahagia dengan perkahwinan tersebut dan berharap ibu bapanya tidak menyisihkan mereka.

Katanya, sebagai anak dia memahami perasaan keluarga tetapi apa yang berlaku itu adalah sesuatu yang sudah ditentukan Allah.

"Saya tidak mahu keadaan menjadi semakin keruh dan berharap masalah ini dapat diselesaikan dengan baik kerana saya masih sayangkan keluarga," katanya.

full version di sini
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1219&pub=
Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_15.htm





rita&aidil b'gmbr d genting~takdir?
amboyh2...

dengan mudahnya meletakkan kesalahannya yang membelakangkan keluarga adalah taqdir/ketentuan Allah.Masuk akai ka?nih nak tanya skit...tau tk benda tu bleh melukakan hati mak ayah?yang p siam nikah tu..sbb takdir la?oh..bab2 nak bg excuse...suma salah takdir.so nak ckp kata Tuhan salah la ni?haih...tu la..ada otak tkmau guna..jadik lagu tu la.

Ya benar! memang kita wajib beriman kpd qadha' dan qadar...tapi konsep qadha qadar tu mestilah kita fahami betul2..

qadha' Allah adalah ketentuan...apa akan jadik..rezekinya...hidupnya..matinya..jodohnya...qadar Allah..adalah pelaksanaan..sebelum pelaksanaan...ada satu RUANG yg Allah berikan kepada manusia yang dikurniakan aqal fikiran...utk berfikir,dan membuat pilihan..

qadha' yang ditentukan adalah sunnatullah(ketetapan Allah) untuk berlakunya sesuatu perkara..pasti ada step2nya...cthnya: soal jodoh,ramai org kita yang lebih salah tanggap,hanya bergantung kepada qadha' iaitu ayat yg biasa kita dengar " kalau ada jodoh,jodoh tkdak lagi,jodoh akn dtg dll..."

ini sbnrnya satu kesilapan dalam memahami konsep taqdir itu.mustahil duk saja goyang kaki,kalau nak jodoh tiba2 jodoh datang bergolek.Ianya mesti bermula mengikut qadha'(ketetapan) sunnatullah itu sendiri.Mesti bermula dengan keinginan seseorg utk berkahwin,utk mencr jodoh,kemudian akan terus kepada step seterusnya,parent carikan,atau melalui baitulmuslim dsbagainya..maka tercetusnya starting point utk jadiknya qadar jodoh tersebut.Sebelum terjadinya qadar itu,kita sebagai manusia,yg diiktiraf sebagai Khalifah di muka bumi ini,Allah memberi peluang untuk memilih.Jodoh bagaimana yang kita nak?maka Allah turunkan Qur'an,dan Rasul utk beri petunjuk.Sabda Nabi berkenaan jodoh,pilihlah yang berAgama,InsyaAllah akan dipelihara hubungan tersebut oleh Allah...nampak?itu konsep mudah.

qadha' yang ditetapkan Allah cthnya :

" perempuan-perempuan Yang jahat untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yangjahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik.."
(an-Nur:26)

kalo diri tu mmg dh jahat...kecenderungan utk memilih adalah org yg sama sifat dan perangainya..maka terjadi la qadar Allah...semua pelaksanaan sunnatullah ini bermula dr siapa?dr empunya diri...tentukanlah,dan KAMU yang menentukannya..

contoh lain adalah makan..ada tak org yg menyalahkan takdir tu,bila lapar,jgn buat apa2.Tunggu2...kalo org tanya kenapa tk makan,ckp je dah takdir..tk penah pulak jumpak org cmni kan.kalau rasa lapar,pandai pulak p cari makanan.sebab apa?sebab tau qadha'(ketetapan) utk hilangkn lapar dgn cara makan.maka qadar Allah pun berlaku.

Satu lagi konsep yang perlu diyakini dan difahami,mengapa qadha' itu berlaku?

Setiap sesuatu yang berlaku ke atas diri kita...itulah yang terbaik buat kita sebenar-benarnya..kerana Apa?kerana DIa Maha Mengetahui lagi Bijaksana..DIa tahu apakah ending yang terbaik buat kita..

Kalau kita hidup inginkan kebaikan..maka endingnya Allah akan buka jalan2 kebaikan..tetapi sebaliknya..jika pilihan hidup kita atas jalan kekufuran..maka jalan2 kejahatan akan terbuka seluas2nya..pada masa ia dicampakkan ke adalam api neraka yang menggelegak(rujuk surah al-Mulk ),maka menjerit-jeritlah mereka atas azab tersebut,tak perlu lagi menyalahkan takdir..kerana KAMU yang memilihnya..

sama2lah kita ambik iktibar..moga dpt manfaatnya..ameen..



al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
Tmn Bunga Raya
3.48am



Tuesday

sTress tak duk Flat/apartment??

salam..

hoho..lama x sempat update blog..

tujuan aku tulis ni..just utk luahkan shj..tp still bersyukur..dikurniakan Allah tempat tinggal yang sempurna..alhamdulillah 'ala kulli hal..

rasa nak luahkan.benda2 yang menambahkan stress aku....apa yang aku lalui sepanjang hari,hampir setiap hari akn lalui benda yg sama bila duk kt flat/apartment ni.....nk tau tk?? :D

.inilah "jadual2" yg akn aku lalui sblm gi ofis,dan selepas balik :-

bangun pagi hari...pas solat..mula2 sekali..akn kedengaran suara bapak dan anak2 family (chinese family) bertutur dgn bhsa mandarin,tapi paham la..yang si bapak akan bising2 suwuh anak2 dia cepat2 siap g sekolah.pung pang pung pang..si anak2 dia plak tambah membingitkan suasana(yg ni tk phm apa mksud dia):P tp memang bising ah.

lepas "kemeriahan" dari family tu..akan kedengaran plak laungan2 dasyat+ ngeri dari tingkat bwh,suara seorang ibu bising2 menibai/merotan anak dia suwuh pi sekolah..mesti meraung2 d pagi hari...si anak lak degil nak mampus.pemalas g sekolah,menangis jerit2 plak dgr satu apartment tu,sakit telinga betui.yang si mak plak maki2 anak dia cm anak dia duk sebatu jauhnya.bengap jugak mak dia..mendidih jer aku.cis

tk habis setkt tu..tepat kul 8 pagi..kedengaran satu lg ujian "kebingitan",adala sorg minah ni,nak g keja,naik skuter..pastu kalo nak "panas enjin" skuter dia,press moto dia smpai cm nak meletup..preng!!..preng!!...skuter bunyik cm moto yamaha ekzos lapan.sorg lagi manusia yang tak reti bahasa..buat apartment tu cam workshop bapak dia...hiey...kena la sbr lg..

pastu biasanya aku dh gerak ke ofis..so..cabaran di ofis plak..[citer lain kali:D]..

masa balik plak..rutin harian..

smpai umah biasanya dh malam..so..lepas solat..akan kedengaran family tadi lg..gung gang gung gang lagi..anak2 dia buas sungguh.si bapak dia pun sama.duk dalam bilik air[pendpt aku shj,bukan skodeng,dgr bunyi air cm dia tgh mandi,dan suara dia bergema]..ckp ngn org2 rumah dia dgr satu apartment.bengap betui ar...tk ckup dgn tu..org atas umah plak..mula memasak..ha..start ar..bila diorg mula guna lesung batu[rasanya la,sbb bunyi cmtu] utk tumbuk cabai ke ape ke tktau la,tp yg pastinya,diorg ketuk2 tu betui2 atas rumah,tok,tok,tok..kdg2 ada tune lagi..toktok..toktoktok..toktok..toktok tok tok tok..nth apa jenis irama diorg ikut pun tktau la.tp yang pastinya..sangat menganggu org di bwh ni...dh ler leteyh2..haih..

satu lg cth manusia yg tk reti erti berjiran.rasanya diorg ketuk cabai tu atas lantai kut.tu yg bunyi cm nak runtuhkan siling jek.tambah lg dgn derapan kaki ahli2 rumah mereka yang berlari dan melompat2..[tum,tum tum,tum..dong,dong,toing,toing] lebeyh kurg la..

fenatnya...nak jer jerit kuat2..suwuh diam..tp apakan daya...inilah asam garam tinggal di apartment..

dan inilah rutin..everyday..akan lalui benda yg sama..waktu post ni dh malam..so..esok akan stat balik benda yg sama..

kadang2 mendidih gak la rasa.nak solat ke..bca quran ke..sgt2 terganggu..apatah lg masa kena bawak balik keja ofis ke umah..stress meningkat dan melambung2...

huhu...

nak p ckp kt depa,kita bukan tuan rumah..menumpang jek.iskisk..sbr je la..

tp bila pk2 kan balik...aku akn merindui suasana tu lak nnti..memandgkan tempoh aku berada di dunia serba stress[kl] ni..hanya berbaki dlm 2-3 minggu lg..hoho...just enjoy je la..@_@~~~

sekian~

Monday

PERINGATAN buat Sahabat


Hidayah Allah,di mana-mana.

Hidayah Allah wajib dicari, regardless wherever you are.

Only then Taufiq Allah akan membasahi hari-harimu..

Ingatlah wahai sahabat, hidayah Allah WAJIB dicari!!!




Friday

Prof Ghauth Story~ [TAHNIAH!]


Pagi ni smpai2 ofis..sblm stat kje bukak2 jap utusan online..tertarik kpd satu berita,Dr.Ghauth Naib Canselor UM baru.Eh..Dr Ghauth?setahu aku sorang je kut yang ada nama cmni kt Malaysia.Prof Dato' Dr.Ghauth Jasmon-nama yang sgt dikenali,especially warga Multimedia University.

TAHNIAH DATO' PROF! =D

Dato' Prof. Ghauth Jasmon


wah...dh dilantik jadik NC UM?apa yang saya boleh kata kan kepada UM,u all are the LUCKY one! Korang sgt bertuah kerana Seorg dato' dan juga prof yang low profile dn sgt friendly serta berwibawa ,akan berada dalam keluarga besar UM.rujuk berita di malaysiakini
di sini dan erita di utusan di sini

Dah lama x jumpak,last jumpa prof ghauth masa majlis perpisahan beliau yang dhadiri ribuan pelajar MMU,di Grand Hall,MMU cyberjaya.Masa tu beliau tgh borak-borak ngn ambassador negara arab(x ingt negara mana).Jumpak saja dia,terus dia hulurkan salam,dan peluk cm kwn2 lama.sgt frenly.

DI sini,ingin aku share sikit..berkenaan Prof Ghauth,setakat yang aku kenali selama lebih 3 tahun di MMU.. dn skit2 gmbr yg kebetulan ada kt aku nih:P

First time melihat empunya diri yg bernama Ghauth Jasmon,ketika majlis penutup perasmian Orientation 2004/2005,bulan April- jejak langkah yang pertamaku di bumi MMU dalam jurusan pengurusan.Melihatkan gaya beliau yang spontan,dan berperwatakan sederhana,agak kelakar dalam selitan ucapannya,benar2 ia seperti mana first impressionku.Baguih dia nih.kataku dlm hati.hehe..berbeza dgn KM Melaka ketika itu,yg dtg lambat 3 jam pada majlis penutup tersebut .[sekadar selitan] :P

Mengenali beliau dengan lebih lanjut apabila aku menjejakkan kaki dalam barisan pimpinan SRC/MPP 2004/2005 ,memberi peluang kepadaku untuk bersemuka ketika 1st meeting SRC with President(di MMU,watak NC,TNC,dll tkdak..ia dipanggil President,dan director2) bersama dengan MCM (higher management committee). Malah abang beliau,Mr. Abadan Jasmon,adalah lecturer subjek accounting aku yang pertama :) skrg mengajar di MMu cyberjaya.


SRC/MPP 05/06 bersama Prof. after 1 st intro. meeting

Benar,beliau seorang yang sangat caring,dan mengambil berat terhadap permasalahan pelajar2.Sikapnya yang terbuka dalam semua perkara,hatta jika berlaku sekecil2 masalah seperti tandas rosak pun,boleh di emailkan "direct" kepada beliau,dan percayalah-tindakan pantas akan diambil.

Masa dlm 1st meeting tersebut,dia bg jaminan,ada ja masalah,bleh bgtau dia trus,dia akan amik tindakan.Memula dgr tu..ala..ckp je la kut..ntah betui ke tk..tp...benar2 dibuktikan melalui tindakannya.

Tp ingat!- bukti mesti ada.Kalo tk,mmg kena balik ler~[sapa penah keje ngn dia tau la]

Pertemuan2ku dgnnya adalah pada meeting2 & function2 yang melibatkan Mpp,dan management committee,lebih menyerlahkan sikap serta ketegasan beliau dalam menguruskan sesuatu perkara.

Apabila beliau "deal" dgn isu2 berkaitan kualiti kerja staff,dan tenaga kerja MMU,beliau adalah seorang yang sgt tegas dan pantas dalam tindakannya.Tetapi,beliau bersikap terbuka dn berlembut terhadap para pelajar dan bersedia turun padang kalau ada komplen atau permintaan untuk bertemu dengannya.

Satu perkara yang takkan aku lupa tentang Prof Ghauth Jasmon,beliau seorg pencinta alam semulajadi,dan sangat2 menyayangi pokok2.Even sbnrnya di UM tu,masa beliau berkhidmat di UM beliaulah antara org yg push supaya di banyakkan tanam pokok.


antara pokok2 di depan CADP building-pokok kesygn beliau

Satu hari,SRC/MPP bagi sesi 2005/2006,pimpinan aizuddin ketika tu,mengadakan appointment ngn prof ghauth,utk membawa isu2 "facilities MMU",dan menunjukkan kepada beliau tempat2 yang perlu dibaiki dan di tambahbaik.jadi,satu petang ni,beliau datang dr MMU cj,aku dan din berjumpa dgn beliau atas maksud di atas.Jadi isu2 pun dibangkitkan..antaranya ialah,keperluan shaded path(koridor pejalan kaki) yang diperlukan antara CITS dan Hostel,antara bangunan CADP (dulu FOSEE) dan library,dan antara CLC dan hostel(dkt kedai bonda).aku ngn din pun bgtau la mcm2 reason supaya dibuatkn shaded path.Bincg punya bincang,prof still tak mau letak shaded path,antara isu utama adalah merosakkan pemandangan dan pokok2 terpaksa ditebang.Bincg lg punya bincang,last2 cdgn yg dikeluarkan oleh beliau,adalah tambah lagi pokok utk jadi "natural shaded path".Beliau pun bawak gi tengok pokok jenis "rain tree",yang rendang.So,keputusannya adalah tambah pokok banyak2.beliau jugak bgtau,kalo tanam pokok ni..cacing2..burung2..singgah tu..kita dapat pahala..sbb bawk kebaikan kt depa suma..haha..ada logik jugk prof ni.iskisk.suma tu ada rakaman..tktau dh ada kt mana :P

antara CITS dan hostel,beliau bersetuju buat shaded path,sbb tk boleh tanam pokok kat tengah2 jalan,cik zaki (asstnt dir. FMD) masa tu bgtau kata lebar jalan tu standard Bomba.So tkleh tanam pokok.Kalo tak,tgh2 jalan tu pun ada pokok.

So kalo perasan,[utk dak2 MMU melaka especially],depan library yg banyak pokok2 rendang skrg ni,adalah hasil masa tu ler..same gak ngn pokok antara CLC ngn kedai bonda tu,tapi once prof ghauth keluar,habis kena tebang.haha..sbb kacau paip bwh tanah.


pokok2 lain..

dan mesti korang heran[dituju utk dak mmu mlaka],sbb apa shaded path kt cits tu setengah jej,sampai kat pokok banyak2 tu,dh tkde.sbbnya,adalah story seperti di atas.


nilah pokok rain tree yg ditanam,menggntikan shaded path depan library

Even pokok sebatang yg kt tgh2 roundabout tu,ada story tersendiri.Jugak masa aku dalam SRC 2004/2005,pimpinan abg arif.masa tu kitorg mintak la prof buat la design cntik2 sikit..kolam ikan ke..air terjun ke...ape2 ke..kt roundabout tu..ni letak batu jek.Pastu beliau pun reply..eh..itu kesenian yang takdak kt tmpt lain.hahaha...apo lerr..last2..beliau setuju nak mengindahkn lg,dgn cra menanam pokok yang beliau inspired-Pokok Tulang Daeng- atau dlm bahsa inggerisnya,Daeng Bones Tree :P. Prof sangat teruja tengok pokok tulang daeng ni,yg dah berusia more than 100 years,di depan pintu masuk Universiti Tokyo.memang besar gile la.So,prof ckp impian dia pun nak camtu.hooo....so tkpelah prof..pokoknye pasal.. :p

Tapi yang bagusnya,kebersihan persekitaran MMU sgt beliau titikberatkan..penah sekali tu aku terserempak dgn beliau,petang2..berjalan2 tgh bua spot check kt tandas,pokok2 kesygn beliau,dn tmpt2 lain..hu..sure pasni UM bersih bersinar la..tp dia cek naik helikopter la kut :P

Beliau jugak seorang yang sangat "terer" bab nak konfiden kan org lain,malah network beliau sgtlah luas sehingga berjaya menarik beribu2 international students ke MMU.Malah mereka mendpt layanan first class dr beliau secara direct,menyebabkan dak2 foreigner kt MMU,especially dr middle east sgt sygkan beliau.macam ayah la kira...lihat link di sini,antara kelab yg dianggoti foreigner,sgt2 sygkn beliau.

Bukan sahaja very attractive dalam communication,beliau jugak seorang yang sgt2 supportive dalam membangunkan universiti yg dipertggjwbkan kpd beliau....lihatlah bagaimana populariti yang di bawa oleh beliau setelah mengambil alih kepimpinan Unity International College selepas resign dr MMU,dalam masa yang singkat,promosi college tersebut meletup2,dan kerjasama yang dijalinkan lebih 20 university oversea yang high class..bole tengok lanjut di
sini


SRC/MPP 05/06 bersama Dato.Prof & MMU Chancellor,Tun Siti Hasmah

gambar diambil selepas Lunch SRC MMU melaka& CJ wif Chancellor

Beliau jugak seorg yg mudah bertolak ansur dalam isu2 berkaitan pelajar..termasuk lah satu isu yang gempar sebelum ni,berkaitan penghinaan terhdp Nabi yang dilakukan oleh satu pihak yang bertggjwb,yang mengendalikan forum di MMU.Maka team2 yang bangun menentang itu dihadapkan untuk bertemu beliau,dan beliau berbincang dengan lapang dada,dan menyambut baik tindakan menentang tersebut melalui memorandum dan petisyen yang telah dijalankan.

Bukan itu sahaja,beliau juga memang dikenali dengan sifatnya yang "very2 HARDWORK",memang sangat rajin,org paling awal datng ofis dan paling lambat balik rumah".Ini diakui sendiri oleh isteri beliau,yang juga seorg yg sgt berwibawa[pernah menyertai program anjuran Institusi Usrah MMu].Malah untuk bertemu dgn MPP shj,beliau sanggup adakan waktu malam,krna nak dpt masa yang lebih utk mendgr mslh rakyatnya :D Beliau jugak berulang alik,dr Melaka-cyberjaya,dan begitulah rutin beliau everyday.Sgt susah melihat beliau duduk2 saja membuang masa,tak pernah nampak la lagi so far.Dan beliau seorang yang tidak menunjuk2 dan sombong dgn pencapaiannya.Beliau juga masih setia menggunakan keta perdana (old version).

Kepada bekas NC UM,Datuk Rafiah Salim,tahniah kerana berjaya menyumbang kepada UM selama ni,

Datuk Rafiah Salim


dan kepada Dato' Prof.,tahniah sekali lg kerana berjaya dilantik menerajui universiti yang berprestij itu,dan harapan kami semua warga MMU,dan juga ex-MMU,agar Prof. sentiasa cemerlang dalam kerjaya,sentiasa sehat sejahtera untuk menabur budi dan jasa kepada pihak2 yang memerlukannya..

kepada badan2/persatuan2 di UM,harapan kepada kamu semua,agar memberi sokongan kepada beliau,dan bersahabatlah dengan beliau,InsyaAllah kamu akan dapat manfaat dan someting new yang akan dipelajari.Trust me!

All the best!!!
ulasan lain di blog berikut
p/s : sapa2 nak ikut aku gi beraya umah prof minggu depan? :D



-al-kandahlawi-
KPMG
Damansara Utama
pj