salam sejahtera..
rasa nak mengulas kepada 3 benda ni..yang menghantui pemikiran..dan menyebabkan ramai orang tersalah tafsir..tak kurang juga dengan 3 perkara ni,ada juga yang menuding jari mengatakan org lain salah..kami shj yang betul..
ramai org mahu berdakwah..ramai orang terikat dengan "ideologi" mahasiswa..dan tak kurang ramai juga yang "terikat" dengan parti politik..
apa perbezaan antara ketiga2 itu?apa kaitan antara ketiga2 itu?dan apa yang perlu dilakukan untuk menyamaratakan serta saling melengkapi antara ketiga2 itu?
ada jawapan?
Saturday
Politik,ideologi mahasiswa,dan dakwah..
Thursday
Detik-detik yang tak dapat dilupakan...
Ya Nabi Allah..sesungguhnya tanpa lahirnya dirimu yang mulia di muka bumi ini,nescayalah sia-sialah seluruh kehidupan kami..jika tanpa dirimu di dunia ini,nescaya tidak bermanfaat lah dijadikan seluruh alam ini...tanpa kehadiran dirimu...nescaya tidak akan Allah ciptakan bumi dan seisinya..
Ujian yang dihadapinya..adalah ujian yang kita tidak mungkin sanggup melaluinya..apa sangat nak dibandingkan usaha dakwah yang kita sering rungutkan..susah..tk cukup masa dan sebagainya..jika dibandingkan ujian kesusahan Rasulullah yang tidak pernah benar-benar kenyang makan seumur hidupnya..juga bersenang lenang walaupun telah berjaya mewujudkan sebuah kerajaan terhebat di dunia ini..tidak pernah melupakan nasib ummat akhir zaman..nasib kita sekarang ini..
Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad S.A.W empat kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
· Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad S.A.W diterima di sebarang tempat oleh Allah S.W.T.
· Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad S.A.W membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah S.W.T memberi mereka pakaian.
· Ketika aku telah berderhaka kepada Allah S.W.T, maka Allah S.W.T telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad S.A.W berbuat derhaka, Allah S.W.T tidak memisahkan isteri mereka.
· Memang benar aku telah derhaka kepada Allah S.W.T dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad S.A.W durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah S.A.W.
manusia mulia bernama Muhammad Ibnu Abdullah ini..juga tidak pernah putus doanya kepada seluruh ummat..kepada kita semua..bahkan insan yang sama juga meminta supaya dipindahkan keseluruhan sakitnya sakaratul maut yang akan dihadapi ummatnya kelak kepada baginda seorang..betapa cintanya Rasululllah kepada kita.betapa risaunya Rasulullah terhadap ummatnya..dan setiap masa berfikir bagaimana menyelamatkan ummat dari balasan azab dan Neraka Allah..
Tapi lihatlah diri kita sekarang..adakah kita mengingati Rasulullah dalam setiap perbuatan kita?adakah kita mengingati Rasulullah sebenar-benarnya dan dizahirkan dengan amalan dan selawat?adakah kita ingat dan mengetahui..serta benar-benar kenal..siapa Rasulullah yang acapkali disebut-sebut ketika majlis sambutan maulidurrasul..atau ia hanyalah menjadi satu adat turun temurun yang tidak memberi kesan dan impak kepada diri yang termasuk dalam golongan UMMAT Akhir Zaman ini?
hadirkan jiwa kita bersama semangat Rasulullah..hadirkan jiwa kita bersama kekuatan azam dan dakwah yang ditanamkan oleh baginda ke dalam jiwa para sahabat..kembalilah kepadaNya..
mari sama-sama berselawat tanda cinta kita kepada Rasulullah..
Berkata Jibril A.S. : "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke atasmu tiap-tiap hari sebanyak sepuluh kali, maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."
Malaikat Izrail A.S pula berkata : "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut ruh para nabi-nabi."
Dalam hadis yang lain juga ada disebut kelebihan berselawat mafhumnya :
Sesiapa yang berselawat kepada Nabi,maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali..
yang bermaksud Rahmat Allah akan turun ke atasnya berganda-ganda..
Ya Rasulullah..
mari sama-sama hayati..detik pemergian Insan yang sangat dicintai Allah...dan juga seluruh makhluk..saksikan
dan satu gambar menarik untuk dikongsi bersama.
mari sama2 berdoa..:)
UmNo dalam GeRhaNa~
assalamualaikum..
beberapa update tentang isu terkini yang berlaku di Malaysia..
kepada semua pembaca boleh judge sendiri,dan fikirkan apa sebenarnya punca kepada semua ketidakstabilan ini
baru-baru ni,Lembaga Disiplin UMNO dengan sepenuh hati,di bawah pimpinan ketua lembaga tersebut,Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan hukuman serta tindakan tatatertib yang perlu dilaksanakan kepada calon-calon yang hendak bertanding pemilihan UMNO akhir bulan ini yang didapati bersalah mengamalkan politik wang(Islamic term : rasuah).
sangat mengejutkan,even saya sendiri apabila mendengar desas desus Ketua Menteri Melaka,negeri di tempat ku belajar sekarang akan disabitkan kesalahan tersebut.
Hakikatnya,benar sama sekali,bukan beliau sahaja,malah beberapa lagi "public figure yang turut dikaitkan kesalahan merasuah.
Boleh layari di utusan , The star , berita hairan
Antaranya :
Ali rustam -Hukuman tidak dibenarkan menyertai pertandingan merebut jwtn Timb.Pres.
Khairy Jamaluddin - DIDAPATI bersalah,tetapi hanya dikenakan amaran
Khir Toyo - bersalah tapi didapati tak bersalah.
termasuklah 14 lagi ahli Umno yang didapati bersalah di bawah Perlembagaan dan Tataetika Ahli Umno.
Tahniah! kepada jawatankuasa lembaga disiplin UMNO,atas saranan TPM,Najib razak jugak bersungguh-sungguh ingin UMNO dibersihkan dari para perasuah dan gejala politik wang yang diamalkan selama ini,yang sangat menjadi dendam kepada masyarakat.
Tetapi,sekali lagi UMNO melakukan sesuatu perkara yang membuktikan tiada keikhlasan dalam memerangi rasuah.
Sebelum saya mengulas lanjut,mari kita sama-sama singkap,apa itu rasuah,atau dalam bahasa UMNOnya,politik wang.sebenarnya benda yang sama.
Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab “al-risywah”. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut. Di negara ini, dari segi undang-undang semua perkataan “ memberi dan menerima suapan” adalah sebahagian daripada perbuatan dan kesalahan jenayah rasuah.
Apa firman Allah dan Rasul mengenai Rasuah?
Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud :
“ Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka”.
Allah telah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antaranya kamu dengan jalan yang batil (tiada hal) dan (jangan) kamu bawa kepada hakim, supaya dapat kamu memakan sebahagian harta orang yang berdosa sedang kamu mengetahuinya”. (al-Baqarah : 188)
Dalam hadis lain diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang bermaksud:
Sebagai seorang Islam..seorang Muslim..mari kita lihat..betapa kerasnya amaran Allah,dan ALlah memberikan dengan dalil yang qat'ie,nas yang jelas (sarih) dan jarih, menunjukkan amalan rasuah adalah amalan yang sangat keji,dan confirm tempat mereka yang melakukannya adalah di NERAKA Jahannam ( kalau tk bertaubat).Bukan sahaja mereka yang memberi dan menerima rasuah,orang yang MEMBERI jalan kepada kedua2 juga adalah bersabit kesalahan rasuah.Mengekalkan seseorang dalam jawatan yang mudah untuknya melakukan RASUAH JUGA ADALAH SATU KESALAHAN!
Dan rasuah ni,dah haram yang jelas,duit hasil rasuah..haram jugak.bagi makan anak bini..masyaAllah..
Firman Rasulullah :
"kullu lahmin nabata minal haram,fannar Awla bih"
Setiap Daging yang tumbuh dari hasil yang haram,maka Neraka lah yang lebih layak baginya"
Tuan-tuan..
Perkara ini sangat dasyat untuk diulaskan.
Tapi kita lihat sendiri..bagaimana manusia mengkotak katik kan amaran Allah dan Rasul..
1- Perasuah boleh meminta rayuan walaupun terang2 bersalah.Lihat di sini
2- TPM,Dato' Sri Najib sendiri dalam ulasannya mengenai isu ini,tidak bersungguh-sungguh menyatakan rasuah adalah sesuatu yang sangat keji.mari lihat apa kata beliau :
"Anda harus membuat keputusan, apakah anda mahu Umno dilihat sebagai sebuah parti yang bersih? "Kita sedar ada risiko datang bersamanya (keputusan tersebut), tetapi risiko terbesar adalah Umno ditolak oleh orang ramai," katanya. "Kita tidak boleh menanggung keadaan itu. Setiap orang harus berkorban demi (kebaikan) parti."
Bagaimanapun, kata Najib, Mohd Ali Rustam masih kekal sebagai Ketua Menteri Melaka.
kelakar tak?Dato' Sri memang dah tahu,ada risiko mengambil tindakan kpd org yang bersalah,tapi sebab ambil tindakan itu adalah kerana "takut UMNO ditolak oleh orang ramai".Bukan kerana Allah ke?Bukan ke jelas Allah dan Rasul melarang?oo..jadi kalau org ramai terima UMNO jadi halal la politik wang/ rasuah ni?MasyaAllah...dah lebih 50 tahun rupanya amalan ni..
dalam masa yang sama..boleh pegang jawatan KM Melaka lg?hebat sungguh mereka ni mengatasi Undang-undang ye..
kata beliau lagi :
Saya percaya Datuk Ali Rustam sebagai seorang ahli parti yang setia kepada UMNO akan terima (keputusan) dengan hati yang terbuka dan terus memberi sumbangan kepada pentadbiran serta perjuangan parti," katanya.
Saya percaya dia setia..patut la..
walaupun dah jelas bersalah dalam rasuah,Dato' najib still mengharapkan Dato' Ali untuk memberi sumbangan dan memegang jawatan KM Melaka..
apa maksudnya?Rasuah adalah Halal dalam Umno..inilah hakikatnya..
maka Dato' Ali pun dibenarkan merayu di mahkamah UMNO,yang lebih tinggi dari mahkamah Tinggi Malaysia mahupun mahkamah hukum Allah.lihat di sini
Mari kita lihat wawancara bersama Dato' ALi..disini, jelas kenyataannya yang memutarbelit menunjukkan beliau tidak rasa bersalah utk merasuah.Jadi,masih lagi ingin mengangkat pemimpin sebegini?
3 - Ahli2 UMNO apabila mendapat berita ini,.bertindak seolah2 mereka tidak mengiktiraf rasuah adalah haram di sisi Islam,dosa besar.Mari kita lihat apa reaksi ahli2 UMNO.
Amat menarik untuk diteliti telatah ungkapan daripada salah seorang penyokong kuat Ali Rustam, yang telah dinafikan oleh Lembaga Disiplin UMNO untuk bertanding atas jawatan Timbalan Presiden Parti bulan hadapan.
Ketua kumpulan tersebut yang dikenali sebagai Amran Ahmad, ketika bercakap kepada pihak media berkata “kalau nak bersih, bersihkan semua sekali”.
credit to : http://khairolkhalid.wordpress.com/
apa maksud kata2 beliau?Anda fahamilah dan fikir2kan.
Lihat apa reaksi Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein :
"Sejarah telah buktikan dalam kes sebegini akhirnya parti jadi keutamaan dan akhirnya bila rapatkan barisan pejuang parti yang tulen, ikhlas akan terus bersama parti," katanya.
memang lepas ni UMNo akan jadi bahan sejarah la..apabila kesalahan besar rasuah dipandang remeh,dgn alasan PARTI jadi keutamaan.Bukan Islam?cmni ke ikhlas dgn parti?
kata beliau lagi :
"Saya harap semua termasuk diri saya sendiri perlu disiasat. Dengan syarat bahawa siasatan itu adil dan tidak ada syak wasangka bahawa calon tertentu sahaja disiasat," katanya.
eh..ada yang belum disiasat ke?ooo..ramai lg rupanya...ha..kantoi..
Kita lihat...apa ulasan mantan PM kita,Tun Mahathir : di sini
Katanya, sebarang rayuan untuk membolehkan mereka yang dihukum bertanding semula tidak perlu dilayan.
''Memang orang bersalah ada hak untuk merayu tetapi semua pihak tahu yang dia ini bersalah. Sekiranya dengan tiba-tiba orang seperti ini diberi kelonggaran, ia akan menyebabkan kredibiliti UMNO dan jawatankuasa disiplin hancur sama sekali.
''Jangan ganggu keputusan ini. Jika Majlis Tertinggi (MT) kata lain, tidak ada gunanya wujud jawatankuasa disiplin,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Apa lagi?
apa lagi yang kita nak harapkan kepada pemimpin2 kerajaan sekarang?
apa kata Tengku Razaleigh Hamzah :di sini
Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, Lembaga Disiplin parti patut bertindak adil dan tidak membezakan hukuman ke atas para pengamal politik wang sekalipun mereka memegang jawatan berlainan dalam parti.
"Kalau benar bersalah patut dihukum, tidak boleh diberi amaran saja. Jangan pilih 'ikan bilis' saja, 'jerung' lepas," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Sama2 kita ambik iktibar..
alkandahlawi
Sigma Lab
Tuesday
KeReTA iDa telah HilaNg
salam sejahtera semua,
satu berita sedih di umumkan
kereta seorg rakan di MMU,Zahidatul Kamaliah Bt Saharun,telah dicuri penyangak!
kata2 beliau di blog beliau
"kereta VIVA PUTIH saya, no plat BJP 2319
HILANG malam tadi!!!"
menurut beliau lagi,ketanya di kebas di belakang rumahnya,iaitu sekitar belakang deretan kedai RSU,dan Irelax.
Mari sama2 kita doakan,kereta beliau dipulangkan kembali,atau pencuri tu tak dapat bawak lari jauh,maybe terkena sembelit atau kencing manis secara tiba2.
kepada ida,banyakkan bersabar,Ujian Allah hanya utk org2 yang mampu memikulnya sahaja seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Baqarah..
-al-kandahlawi-
teratak an-nushrah
Friday
YB Nizar - bela kaum tertentu sahaja?
salam sejahtera kpd semua..
harini terbaca tentang jasa bekas MB Perak,Hj Nizar untuk membela org2 melayu especially para pelajar madrasah dan pondok di sana..
DI sertakan di sini,bukti surat penghargaan dari Madrasah Addiniah Al-Latifiah di perak,yang sebelum dinafikan hak mereka,beratus2 sekolah agama rakyat dan pondok terpaksa ditutup selepas bantuan kewangan kepada mereka di tarik balik oleh kerajaan,atas alasan2 yang tak munasabah.Blog Madrasah tersebut di sini.

Boleh dapatkan maklumat lanjut di sini , sini , sini dan sini
Sejak balik dr perak haritu,aku lihat ramai sgt even ahli keluarga sendiri yang salah faham isu pemberian tanah kepada org cina di perak.
Fakta pertama,pemberian tanah itu juga melibatkan kebanyakannya org melayu,tapi yang di paparkan di suratkhabar," Kerajaan Perak bagi tanah kpd org cina".
Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli).
Fakta kedua,penipuan media yang mengatakan Hj Nizar dikawal dan dipaksa oleh DAP untuk bagi tanah tu.Sebenarnya salah sama sekali,manifesto pemberian hak tanah ini adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.
Persoalan lain : habis tu,tanah yang cina dapat tu,cmne melayu nak survive.
Jwpn : melayu takkan dapat survive smpai bila2 dengan sikap pemimpin yang masih ada masa sekarang.Tanah yuang di beri kepada kaum cina itu adalah kepada mereka yang memerlukan.Bukan cina yang sudah kaya raya,rumah banglo keta berderet-deret.Tetapi org cina yang dah tinggal berpuluh-puluh tahun,yang dah tua,yang sederhana dalam kehidupan mereka.Mereka pernah dijanjikan untuk diberi hakmilik tanah di bawah kerajaan perak pimpinan Bn sebelum ini.tetapi tak pernah ditunaikan.
Apakah mereka perlu dinafikan hak hanya semata-mata mereka "org cina"? Islam mengajar untuk kita bersama-sama hidup dalam dunia dengan muafakat.Ketika zaman Rasulullah juga,hak-hak orang2 yahudi juga dijaga dengan baik oleh Nabi,even merekalah penentang yang utama.Jadi apa hujah untuk menafikan orang cina untuk mendapat bantuan dari pemimpin kerajaan?adakah ini satu "kezaliman" seperti yang diwarwarkan media?fikirkan sendiri.
Mari kita lihat penjelasan isu tanah,undisclosed explanation yang pasti takkan masuk dalam utusan.Lihat disini.
Apa " keadilan" yang telah dilakukan kerajaan BN di perak sebelum ini?mari kita singkap semula
- 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
- 5,000 ekar di Bruas
- 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
- 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor
- Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
- 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tenah rizab melayq di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
apa fakta tentang tanah rizab melayu yang kononnya diperjuangkan selama ini?
Suatu ketika, keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negara ini mencapai 3 juta hektar. Kini tanah tersebut hanya tinggal 1.7 juta hektar. Dalam satu laporan pada Jun 1998, Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi memberitahu, di Selangor, sebanyak 8,299.9 hektar TRM hilang statusnya untuk memberi laluan kepada projek pembangunan. Dari jumlah tersebut, hanya 2,833.48 hektar atau 34 peratus diganti semula oleh kerajaan negeri. Bakinya tidak diganti, atau mungkin terus lesap.
Di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Ipoh, Melaka, Kuantan dan Johor Bahru, TRM sudah tidak sampai 10 peratus. Ini semua adalah ekoran kebebasan yang diperuntukkan dalam Akta Pengambilan Tanah 1960.
oleh itu..adakah ini yang dinamakan keadilan?
tepuk dada,tanya iman.
-alkandahlawi-
Teratak An-Nushrah
Monday
PeSta mIdTErM eXaM MMU !
Pesta Midterm exam MMU akan kembali lagi..
yey... :D
antara permainan yang akan ku sertai di pesta tersebut ialah :
1 - Management Decision Science @t 12 March 2009 - Contingency Lab 1- 4..
2- Forensic Accounting @t 16 March 2009 - Studio A
3- Advanced Malaysian Taxation @t 17 March 2009-Lecture class
wauu..
adv. tax saja dah ada lebih kurang 10 chapter..just untuk midterm..sgt2 mengerikan~@_@..
antara skil2 yang perlu mahir dalam permainan itu..utk managemenet decision,perlu mahir bagaimana melukis graf2,probabilities,linear programming dan lain2..bole pusing kepala 360 degree la jugak~ :P
utk forensic accounting..advise dari lecturer adalah pegi tengok filem C.S.I..tk kesah la Miami ke..New York ke..(true story)
utk taxation..mesti hadam page 67 (budak akaun mmu faham la apa mksud nih :p).
kesan2 pesta ini boleh di lihat dengan jelas di MMU..
antara sindrom2 pesta ini ialah :
- kedai2 potostat akan laku dan penuh almost setiap masa.. :D
- Library yang sebelum ni kosong cm rumah hantu tiba2 akan penuh dengan manusia2...yang berbagai ragam.
- PS,old food court akan dipenuhi jugak manusia2...
- kapel2 akan bertenggek di sana sini kononnya study..tktau la study betui ke tk tu~
- masjid akan dipenuhi dengan org2 berbaring d sana sini..
- bole melihat dak2 mmu dh jd cm rakyat jepun,kilit buku ke sana sini.:p
so..pasti dan pasti..
satu pesta yang menunggu kamu semua,yang kamu mesti sertainya...
yeah!
di ucapkan selamat berusaha dan maju jaya kpd semua rakyat MMU yang akan jd peserta nanti..
“Kita TIDAK GAGAL setelah kita jatuh, tetapi kita dikira GAGAL jika kita jatuh dan tidak bangun semula. BERAPA KALI kita jatuh tidak penting, yang pentingnya ialah BAGAIMANA KITA BANGUN SEMULA setelah kita jatuh…”.
p/s : blog ni akan bercuti beberapa hari lg smpai habis killer2 paper tuh~
-al-kandahlawi-
Teratak An-Nushrah
Friday
MENJADI NAQIB YANG TERBAIK ?
1 ) Berikan Kasih Sayang
Proses pentarbiyahan diibaratkan seperti proses keibuan yang boleh dilihat di mana-mana. Seorang ibu itu merangkul bayinya, menyusukannya, bersusah payah bersengkang mata kerananya, mengucupnya dengan penuh perasaan kasih sayang yang tidak dapat disifatkan, penuh keikhlasan dan tanpa syarat (unconditional love).
Si anak juga bagai sangat-sangat mengerti perasaan si ibu; jika ada yang cuba merampasnya dari ibunya ia pastikan merengek, dia faham akan memek muka ibunya dan kenal sangat akan bau harum ibunya. Itulah dia tarbiyah; kasih sayang.
Hampir keseluruhan inti karangan kitab Imam Al-Ghazali Al-Ihya’ merupakan inti pati tarbiyah. Tidak akan berjaya sesebuah usaha tarbiyah selagi tidak terbina jambatan kasih sayang antara murabbi dan murid. Seseorang murid tidak akan memahami pengajaran guru yang tidak disukainya, sekalipun gurunya sering berkata yang benar.
Rasulullah s.a.w telah mengajar satu wasilah di mana jika kita menjadikannya pengamalan di dalam masyarakat Islam kita, pasti akan berkembang bibit-bibit kasih sayang antara masyarakat Islam; iaitu sebarkan salam. Melalui ajaran Rasulullah ini, kami mendapati bahawa tarbiah tidak memerlukan kata - kata yang banyak; hanya dengan sekadar mengucapkan “Assalamu’alaikum!”.
Mudah kan? Bagaimana seseorang manusia boleh berkasih sayang dengan saudara insannya yang lain? Beberapa saranan telah ditunjukkan oleh Rasulullah. Antaranya ialah dengan bersenyum (Janganlah kamu memperkecilkan urusan sesebuah amal makruf itu, walau sekadar kamu bertemu saudara mu dengan wajah yang ceria) Allahu akbar!
Tanyakan hal ehwal saudara kamu, saling ber-tahaadii (memberi hadiah), mendoakan antara satu sama yang lain dan berkongsi sama perasaan suka dan dukanya. Semua ini adalah wasilah-wasilah yang mudah. Tidak perlukan banyak usaha dan kata-kata!
Setelah kaum muslimin menang dalam peperangan Badr Al-Kubra, orang-orang Quraisy telah berjaya menculik saiyidina Khabbab Bin Al-Arat dengan tujuan membunuhnya. Mereka mengikatnya dan ingin menyalibnya. Abu Sufyan yang pada ketika itu sebagai ketua kaum Quraisy telah bertanya kepadanya “Wahai Khabbab! Dalam keadaan mu sekarang ini, adakah kau redha kami gantikan kamu dengan Muhammad?” Menjawab Saiyidina Khabbab “Tidak! Aku tidak redha sama sekali Rasulullah disakiti walau dengan sekecil duri sekalipun!”
Itulah dia kasih sayang yang telah mengikat jiwa para sahabat r.a dengan Rasulullah s.a.w sehinggakan kaum Quraisy mengatakan “Kami tidak pernah melihat seseorang mengasihi saudaranya seperti mana para sahabat Muhammad mengasihi Muhammad!”
Rasulullah s.a.w dan saiyidina Abu Bakar r.a pernah sekali itu disakiti sewaktu mereka berada di Mekah. Mereka dipukul dan dihina sehinggakan saiyidina Abu Bakar pengsan kerana mempertahankan Rasulullah dari disakiti. Apabila beliau sedar dari pengsannya, ketika ibunya ingin memberinya sedikit minuman, beliau menolak dan berkata “Aku ingin mengetahui keadaan Rasulullah terlebih dahulu”. Ini lah dia contoh cinta sesosok peribadi yang telah ditarbiyah oleh baginda Rasulullah s.a.w.
Dalam Perang Uhud, setelah kaum muslimin membawa khabar kekalahan mereka di medan perang, seorang wanita bertanyakan “Apakah kesudahan peperangan?” Mereka pun menjawab “Telah terbunuh suami mu”. Si wanita berkata “Aku tidak bertanyakan itu”. “Telah terbunuh ayah mu”. “Bukan itu yang aku tanyakan”. “ Telah terbunuh saudara lelaki mu”. “Aku tidak bertanyakan dia”. “Telah terbunuh putera mu”. Si wanita menjawab “Aku tidak bertanyakan tentang mereka semua itu. Aku ingin bertanyakan, apa khabar Rasulullah s.a.w?” Mereka pun menjawab “Rasulullah berada di dalam keadaan baik-baik saja”. Si wanita pun berkata “Alhamdulillah, semua musibah setelah (mengetahui keadaan) mu, ya Rasulullah, adalah kecil!”
Seorang lelaki berjalan ke sebuah kampung. Lalu turunlah malaikat menanyakan “Kenapa kah kamu berjalan ke kampung itu?” Beliau menjawab “Aku ingin menziarahi si fulan”. Malaikat itu terus bertanya “Adakah kau mempunyai pertalian darah dengannya?” Beliau berkata “Tidak ada. Cuma aku mengasihinya kerana Allah”. Lalu malaikat itu pun mendoakannya “Moga Allah mengasihi mu atas sebab kasih mu terhadap saudara mu itu dan Allah telah menetapkan syurga sebagai ganjaran buat mu.”
Seorang lelaki mendatangi Baginda Rasulullah s.a.w dan berkata kepada Baginda: “Ya Rasulullah! Aku ingin bersama-sama mu di syurga nanti.” Tanya Rasulullah: “Apakah yang kau siapkan untuk itu?” Katanya: “Tiada lain kecuali cinta ku kepada Allah dan RasulNya.” Bersabda Baginda: “Seseorang itu akan dibangkitkan dengan orang yang dikasihinya”.
2 ) Tunjukkan Qudwah Hasanah
Jika seorang anak mendapati ibunya tidak bersikap jujur dengannya, dia tidak akan mendengar kata ibunya. Jika seorang guru menyuruh muridnya untuk membuat sesuatu sedangkan dia sendiri tidak membuatnya, muridnya tidak akan patuh suruhannya. Seorang murid perlu mendapatkan murabbinya sebagai qudwah hasanah baginya.
Umat Islam terdahulu mendapatkan Rasulullah sebagai qudwah mereka. Seperti yang diturunkan Allah ke atas kaum muslimin ayat: “Sesungguhnya bagi kamu sekalian dalam diri Rasulullah itu sebuah uswah hasanah (contoh yang baik).”
Semua orang bertanggungjawab dalam usaha tarbiyah perlu menjadi qudwah hasanah bagi orang-orang yang ditarbiyahnya. Suatu hari, ketika cuaca panas terik di kota Madinah, Rasulullah keluar dari rumahnya. Dalam perjalanan, Baginda bertemu dengan sahabatnya saiyidina Abu Bakar dan saiyidina Umar. Baginda pun bertanya: “Apakah yang membuatkan kamu keluar dari rumah mu?” Jawab mereka: “Kami tidak keluar dari rumah kami kecuali kerana sudah terlalu kelaparan, ya Rasulullah!” sambil menyelak baju mereka dan sebiji batu diikat di tengah-tengah perut masing-masing. Lalu Rasulullah menyelak jubahnya dan 2 biji batu diikat di perut Baginda yang sedang meronta kelaparan.
Para sahabat pernah meriwayatkan bahawa mereka selalu berlindung di belakang tubuh sasa Rasulullah ketika peperangan semakin sengit. Rasulullah ketika membahagi-bahagikan tugas kepada para sahabatnya sewaktu mengorek lubang parit, berkata “Dan aku pula akan mengumpulkan kayu-kayu arang.”, yang merupakan bahagian tugas yang paling susah ketika itu.
Kebiasaan saiyidina Umar Bin Khattab ketika menyandang jawatan sebagai Amirul Mukminin, setelah selesai memberi arahan di atas mimbar, beliau akan terus pulang ke rumah dan memberitahu ahli keluarganya: “Aku telah memberi arahan kepada kaum muslimin. Nah! Sekarang orang semua pasti akan melihat kepada kelakuan keluarga Umar.” Jadi, bagi sesiapa yang ingin mentarbiyah, perlu menunjukkan contoh yang baik. Jika tidak, dia akan menjadi bencana kepada dakwah yang dijalankannya.
3 ) Mengembangkan Potensi
Ketika Rasulullah bertemu dengan saiyidina Abdullah Bin Mas’ud (yang ketika itu sedang menggembala kambing) buat pertama kali dan setelah Baginda bertanyakan kepadanya beberapa soalan, beliau pun berkata “Sesungguhnya kau adalah pemuda yang sangat bijak.” Rasulullah telah membongkar potensi-potensi Abdullah Bin Mas’ud hanya dengan beberapa soalan yang diajukan. Abdullah Bin Mas’ud kemudian itu - dan dengan berkat doa Baginda Rasulullah - telah menjadi salah seorang Imam dan Ulama bagi kaum muslimin. Itulah dia tugas seorang naqib dan murabbi.
Rasulullah s.a.w telah mengenal pasti potensi para sahabatnya dan selalu menggalakkan mereka mengembangkan potensi masing-masing dengan memberi gelaran-gelaran kepada sahabatnya seperti Abu Bakar As-Siddig (yang selalu membenarkan), Umar Al-Faruq (yang membezakan antara yang hak dan yang batil), Abu ‘Ubaidah Amin Al-Ummah (pengamanah umat), Khalid Bin Walid Saifullah (Pedang Allah). Baginda mengenal potensi mereka.
Jika potensi-potensi tepat pada orang yang memilikinya dan dipelihara sungguh-sungguh, akan membuahkan hasil yang sangat baik. Tidak wajar bagi murabbi memberi gelaran yang tidak sesuai dengan keperibadian muridnya.
Pengenalan ini Rasulullah dapatkan kerana baginda sebagai seorang murabbi sering berkumpul dengan para sahabatnya, makan minum bersama mereka, berbual-bual dengan mereka, berlumba dengan mereka dan memahami perwatakan masing-masing keperibadian sahabat-sahabatnya. Ini adalah hasil at-ta’aamul (pergaulan).
Jika seorang ibu hanya sempat melihat anaknya 2 jam setiap hari (kerana kesibukan bekerja di luar rumah) dan si anak menghabiskan baki masa yang lain dengan si pembantu rumah, adakah si anak akan dapat mengembangkan rasa kasihnya pada ibunya, mengambil qudwah hasanah dari ibunya?
Jika seorang guru hanya bergaul dengan muridnya sewaktu berada di antara empat dinding bilik kuliah, bagaimana si murid boleh mengambil qudwah darinya? Perlu ditekankan di sini, jika perasaan kasih sayang itu ingin dibina, maka perlu menjalani proses at-ta’aamul itu.
4 ) Mengambil berat
Apabila seorang mendatangi saiyidina Abdullah bin Abbas di masjid pada ketika itu beliau sedang beriktikaf di Masjid Nabi, orang itu meminta beliau menunaikan sebahagian hajatnya, maka saiyidina Abdullah bin Abbas mencapai capalnya dan ingin keluar dari ibadah iktikafnya. Saat itu, beliau ditegur oleh beberapa orang yang mengatakan “Wahai Abdullah! Tidakkah kamu ingat bahawa kamu sedang beriktikaf di Masjid Nabi?” Beliau pun menjawab “Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah pernah bersabda: “Barang siapa yang berjalan untuk menunaikan hajat saudaranya, maka itu adalah terlebih baik dari beriktikaf di masjid ku selama sebulan.”
Imam Al-Ghazali menyatakan dalam kitab Al-Ihya’: “Adalah merupakan kewajipan seorang murabbi dan naqib untuk mengambil tahu hal ehwal murid-muridnya; rumahnya, rezekinya, tugasnya dan keperluan-keperluannya. Seorang murabbi perlu membantu muridnya dari sudut material hingga dia akan dapat memenangi hati muridnya dan terus membawanya berjalan ke jalan Allah.”
Imam Sa’id Bin Al-Musayyab bertanyakan berita muridnya yang telah tidak menghadiri kuliah ilmunya selama 2 hari. Apabila muridnya ditanya, dia menjawab ringkas “Isteri ku telah wafat”. Si imam pun berkata kepadanya dengan perasaan penuh tanggungjawab “Akan ku kahwinkan mu dengan puteri ku” yang pada ketika itu pernah dipinang oleh khalifah Abdul Malik bin Marwan.
Sesebuah proses tarbyiah perlu kepada 4 komponen asas ini, iaitu; Murabbi, Murid, Manhaj dan Bi’ah Solehah (suasana yang baik). Dalam konteks dakwah semasa, biasanya kita tidak menghadapi masalah di dalam mendapatkan 3 komponen yang terakhir, tetapi masalah selalu timbul apabila kita cuba mendapatkan sebuah sosok peribadi murabbi yang baik. Jika kita ingin berkhidmat kepada dakwah Islamiah dengan baik, kita perlu mewujudkan sosok-sosok peribadi murabbi yang baik. Bagaimana kita mewujudkan mereka ini?
Jika kita singkap kembali keadaan umat Islam pada zaman sekarang ini, sekali imbas kita akan mendapati bahawa umat Islam sedang dalam keadaan yang lemah, wilayah-wilayahnya ditawan, Al-Aqsa masih lagi di dalam genggaman musuh. Pernah satu ketika, dua orang tokoh Islam berjumpa, mereka ialah Imam Al-Ghazali dan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Mereka membincangkan bagaimana menyelamatkan keadaan ummah yang sedang tenat pada ketika itu.
Akhir sekali, mereka sama-sama bersetuju untuk mengasaskan Madrasah An-Nizamiah (pada ketika itu) dan menjalankan tarbiyah yang sangat berkesan sehingga dapat melahirkan tentera yang dianggotai oleh panglima-panglima Islam seperti ‘Imaduddin Zinkiy dan Salahuddin Al-Ayyubi. Apabila diperiksa aktiviti askar-askar tersebut di waktu malam, mereka didapati sedang bersolat malam, bertilawah Al-Quran atau bermunajat kepada Allah taala, lalu berkata lah panglima perang: “Sesungguhnya tentera seperti ini tidak akan kalah sama sekali.”
Maka jelaslah bagi para pembaca sekalian, bahawa isu kemenangan umat Islam bukanlah satu isu yang rumit tetapi, persoalan yang lebih penting dari itu bagaimana kita mewujudkan barisan murabbi dan individu-individu muslim yang bersedia untuk ditarbiyah atas petunjuk Allah taala.
Sesungguhnya tarbiyah memerlukan kepada roh. Jika roh tarbiyah hilang, maka semua usaha tarbiyah tidak akan memberi kesan dan tidak akan dapat membuahkan hasil yang baik. Saiyidina Ali k.w ketika sudah menyandang jawatan khalifah bertanya kepada para sahabat “Apakah angan-angan kamu semua?” Ada yang menjawab: “Aku berangan-angan jika aku bisa mempunyai harta yang banyak maka akan ku-infaq-kan di jalan Allah”.
Namun apabila beliau ditanya “Apakah yang kau cita-citakan, wahai Amirul Mukminin?” Beliau menjawab “Aku bercita-cita jika aku mempunyai orang-orang seperti Abu Bakar, Umar, Abu ‘Ubaidah, Khalid sehingga aku boleh membuka kota-kota dengan orang-orang seperti mereka ini”
sumber:- tarbiyah & kepimpinan
Thursday
Perkongsian dr Forum Ekonomi Islam - IU
salam sejahtera
alhamdulillah,sedikit perkongsian tentang ilmu dan pengisian yang didapati dalam Forum Ekonomi Islam anjuran IU sebentar tadi.
Beberapa Point penting dan pengisian yang sempat masuk dalam kepala :
POINT 1 - Sistem Ekonomi yang ada sekarang adalah datangnya dari sistem yang dicipta Yahudi- iaitu satu sistem yang berlandaskan "fiat money" / wang kertas/wang cetak.Sistem ekonomi sekarang juga berlandaskan riba,tak kira lah samada di katakan sistem islam atau tidak,kerana asasnya berbalik kepada foundation yang telah salah sama sekali.
USA dan barat sentiasa menggmbar gemburkan,inflation...inflasi(bahasa melayu)...mencanag2kan...harga emas naik..harga ni naik..sebenarnya apa maksud semua ini?maksud sebenar...nilai matawang/wang kertas itu sendiri dah makin tak bernilai.nilainya semakin kurang hari demi hari.jadi utk dapatkan sesuatu barang,kita perlu mengeluarkan lebih banyak wang kertas berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Aku bagi contoh sendiri,berdsrkan pemahaman aku tntg inflation -
Inflation- sebenrnya adalah penyusutan nilai duit kita.Susut dari segi apa?susut dari segi kuasa beli! atau kalo belaja ikut silibus buku teks dipanggil " the purchasing power had been diminishing".(kuasa beli semakin terhapus).
CONTOH : bayangkan 30 tahun yang lalu,mak kita ada RM10 dan pi pasar,beli nasik lemak.agak2,,berapa nasik lemak yang bole mak kita beli?harga masa tu lebih kurang RM 0.10 sen..maka bole dapat 100 bungkus.
tapi selepas 30 tahun,bawak RM10.,gi kedai cakap nak beli nasik lemak seratus,dia bagi makan kasut la lepas tu.paling banyak dapat pun 10 bungkus,itupun kalo gi kat belah2 kampung ulu banat mcm kampung aizam di perak nun.
apa maksudnya?maksudnya...nilai RM dah jatuh!!!semakin tak bernilai dari hari ke hari..tetapi,puak2 yahudi yang memerintah USA ni mencanang2kan..harga naik...so kita pun terima la..oo..naik sbb inflation..inflation tu apa?taktau.
Sama kes la macam harga emas..kenapa dulu nak dapat emas hanya perlua keluarkan sedikit duit,tapi sekarang nak beli emas se gram pun mencecah lebih RM 300.??maknanya..kita perlukan lebih duit untuk mendapatkan sesuatu barang,sdgkan kuantiti dan jenis barang adalah sama.
Contoh ketara yang terkini - disebabkan Ke"bijaksanaan" pak lah badawi,dan para pengipas-pengipas dan pembodek2 di sekeliling beliau,telah menaikkan harga minyak sehingga RM2.70 seliter pertengahan thn lepas.Maka apa kesannya?Inflation di malaysia yang asalnya 3% melonjak naik sehingga 8.8% pada bulan 7,2008.apa maksud inflation di situ?maksudnya..nilai duit kita susut sebanyak 8.8% setahun,berbanding penyusutan nilai sebanyak 3% setahun sebelumnya.Pendek kata,nilai duit pasti dan pasti akan susutu every year,samada susut tinggi atau rendah.Denagn kata lain,kuasa beli akan semakin menurun dan harga semakin naik.Itu yang terjadi.
ada juga Mr.Halim sebut tentang Hyperinflation,cthnya di Zimbabwe,nak beli sebuku roti berharga 50 million.nak beli sebiji gula-gula berharga lebih 20 juta.bunyi macam kelakar tak?tapi itu la hakikatnya.Ini yang pernah aku pelajari dalam International Accounting,tentang wujudnya kaedah "inflation accounting".Iaitu kaedah menyediakan akaun untuk negara2 yang mengalami hyperinflation ni.
POINT 2 - Fiat money - aku teringat masa belajar subjek makro ekons dgn Goh Pek CHen.ada dibahaskan fiat money ini.Kenapa dikatakan fiat money (duit kita skrg) adalah satu sistem yang menipu kita sama sekali?
alasan 1 - Fiat money adalah rekaan dan cetakan di atas satu kertas kosong yang tidak bernilai sama sekali."There is no real value on this money" kata Mr. Halim,salah seorang speaker sambil mencampakkan duit RM50 ke atas meja.apa buktinya? walaupun USA mengalami kehancuran sistem kewangan,mereka masih boleh produce duit berbillion2 untuk menyelamatkan company2 gergasi di sana.Persoalannya,dari mana datangnya duit ni?jwpnnya - cetak dengan lebih banyak.
alasan 2 - Fiat money tidak mempunyai value melainkan hanya "guarantee" dari kerajaan.Kerajaan declare,duit kertas bercetak RM50 dgn tndtgn sekian sekian bernilai sekian dan sekian.Maka bernilailah duit tu.Tapi asasnya bergantung kepada apa?"what is the real value behind this money?"The truth is,nothing."kata Mr. Halim lagi.
Mengapa dikatakan nothing? - Dulu,duit kita asasnya disandarkan kepada national reserve,iaitu sebanyak mana emas yang kita dapat simpan di world bank,maka banyak tu la kita bole produce duit.Meaning,di sebalik duit yang dikeluarkan,ada real value yang menentukan nilainya,iaitu EMAS.
Tapi,Pada tahun 1971, hal yang jauh lebih buruk terjadi. Sistem wang kertas x lg bergantung kepada emas sehingga menjadi benar2 "wang kertas". Kertas yang dianggap sebagai wang dan TIDAK DIBACKUP dengan APA-apa nilai PUN. Inilah yang disebut dengan wang fiat (fiat money).
sikit tambahan -
MENGAPA INI BERLAKU?
1 JWPN IAITU KRN PERJANJIAN BRETTON WOODS.
Semua ini bermula dari pembatalan perjanjian Bretton Wood oleh Amerika. Perjanjian Bretton Wood dimulai tahun 1945. Perjanjian ekonomi ini dilakukan setelah Perang Dunia ke-2. Pada masa itu, akibat perang, negara2 di Eropah mengalami kebankrapan/defisit kewangan akibat pembiayaan perang yang terlalu tinggi kosnya. Sebaliknya Amerika Serikat (AS) memiliki simpanan emas yang luar biasa melimpah -limpah bernilai $25 juta. Kerana kekayaan melimpah tersebut, AS dgn sesuka hati membuat perjanjian Bretton Wood yang pada asasnya adalah mengaitkan nilai dolar senilai $1=1/35 auns emas, serta menjadikan dollar sebagai mata wang tambatan di dunia sehingga semua negara wajib menggunakan dollar atau emas sebagai gantinya. Sebagai tambahan, dalam masa ini, rakyat AS DILARANG menukar dolar-nya dengan emas. Emas yang ditukar dari dollar hanya boleh beredar antara central bank dan pemerintah negara. Emas kini menjadi wang antara pemerintahan.
Selama beberapa zaman sistem ini bertahan dan berjalan lancar. Namun seperti biasa, KETAMAKAN dan KESERAKAHAN itu datang. AS yang kaya raya memiliki ruang untuk melakukan kebijakan yang disertai tamak haloba, mulai mencetak dollar melebihi jumlah simpanan emasnya. Selama beberapa lama hal ini terjadi, kesan inflasi yang dihasilkannya membuat beberapa negara Eropah risau apakah AS dapat membayar emas-nya. Dimulai oleh Perancis yang mulai menukar emas atas simpanan dollar yang dimilikinya, negara2 lain pun mulai ikut menukar emas mereka sehingga emas pun mengalir dari AS ke negara2 lain.
Selama beberapa tahun, kejadian ini membuat stok simpanan (reserve) emas AS menipis hingga baki tinggal sekitar $9 juta. Dengan simpanan yang berkurang , AS pun mula gelabah,kerana mereka tidak dapat lagi memenuhi janjinya untuk membayar 1 auns emas dengan harga $35, karena banyaknya jumlah dollar yang berada dalam pasaran. Apalagi negara2 lain terus ,menukar emas mereka.
Akhirnya, pada tahun 1971 AS secara sepakat membatalkan perjanjian Bretton Wood dan mula menetapkan NILAI fiat money. wang kertas ini, karena asasnya tidak bernilai dan tidak ada yang mahu menggunakannya, maka dicipta Undang2 yang disebut Legal Tender. Undang2 yg memaksa rakyat suatu negara untuk menerima penggunaan wang fiat. Sistem wang fiat tersebut akhirnya diikuti pula oleh seluruh negara di dunia. Seluruh mata wang rasmi negara di dunia sekarang ini adalah wang fiat yang sama sekali tidak dibackup berdasarkan apa pun, kecuali kekuatan politik dan ketenteraan negara-negara kuasa besar.
Alasan 3 - Contoh terbaik kita boleh ambil dari sejarah tanah melayu sendiri.Ketika British memerintah,mereka mula memperkenalkan sistem duit menggunakan mata wang,dollar.Ketika tanah melayu diserang oleh jepun dengan semangat kamikaze nya,british lari lintang pukang balik ke britain,dan tinggallah duit2 dollar bersisa di pasaran tanah melayu.Maka Jepun pun declare,duit dollar tu tak lagi mempunyai nilai,suma mesti guna duit ciptaan Jepun,atau kita kenali sbg duit pisang. (wang kertas ada gambar pisang,bukan guna pokok pisang ok :p) maka bermula la penggunaan duit pisang....tiba-tiba,hiroshima n nagasaki kena bom.maka..british kembali ke tanah melayu..dan declare duit pisang tk bernilai,guna dollar balik.maka masa tu..sapa yg simpan duit pisang..sume..menganga.nak ckp apa?mmg tkde nilai pun.buat tisu tandas maybe ada nilai la kut,tu pun sape yg nak>??
itulah yg akan terjadi kpd duit kertas kita,kalau lah tiba2 yahudi laknat yang mempunyai reserve emas terbesar di dunia skrg ni,declare sume wang fiat tak bernilai.hanya sapa2 yg ada sandaran EMAS.masa tu apa pak lah,najib,khairy,or sape sekalipun nak jawab???
POINT 3 - Sistem kewangan dunia di cipta oleh Yahudi berlandaskan protocol of zions- yang dipunyai oleh bank2 besar kepunyaan saudagar2 Yahudi,termasuklah George Soros.Seorang yahudi TOTOK.
Oleh itu,kata Mr.halim lg,even sistem perbankan islam kita hanyalah kulit.analogi yang diberi ialah,islamic banking seperti sebiji botol,luar ada label islamic banking,tapi dalamnya ada bir/arak.
apa alasannya? Islam tidak datangnya dari foundation yang rosak.sistem ekonomi Islam mesti datang dari asas yang kukuh,asas Islam yg sebenar.Sistem perbankan islam sekaranga dalah sistem tempelan,yang asasnya adalah dari sistem fiat money,yang jelas tak sah dari segi mu'amalat Islam.
POINT 4 - BOIKOT produk2 ISRAEL dan USA yang terang2 dan jelas,menyokong yahudi zionis.boikot sebenarnya memberi kesan yang sangat besar,kalo tak,kata mr. halim, masakan McD sanggup turunkan harga smpai sekitar RM5 - RM6 satu set?dan mcm2 diskaun "terpksa" ditawarkan?itu belum kira effect2 direct kpd syarikat2 di amerika.g cari fakta sendiri kalo tk percaya!
maka kata Mr.Halim," it is working!Do it!
POINT 5 - Bagaimana mengatasi isu2 sistem fiat money yang semakin rosak,dan sekarang menunjukkan kesan yang dasyat?mula lah menyimpan emas sebagai GANTI WANG KERTAS ANDA YANG hakikatnya sama sekali tak BERNILAI.
dah panjang sgt ni...stop takat ni dlu la.nak tahu lanjut,leh mesej aku nnti.
sekian.
p/s : tahniah kepada IU,specially kpd director program,dik fakhrulrazi krn berjaya organize program berilmiah mcm td dlm bahasa english,lagi feel dgr dlm english-banyak term2 economic in english.akhirnya nak lihat event iu in english tercapai..:)
www.pembinamelaka.com
Monday
Usrah is the Nucleus of Dakwah? (part 2)
jam menunjukkan 4.30 pagi
Rahmat terjaga tiba-tiba,lantas fikirannya bercelaru memikirkan masalah yang melanda dirinya.
"ah..tak usah difikirkan sangat! sekurang-kurangnya masih ada kumpulan yang mendukung Islam." desis hatinya berbelah bahagi.
Rahmat lantas bangun,menolak dirinya yang lesu dari beramal...mengambil wudhu'' dan terus menghamparkan sejadah berlatar kan masjidil aqsa.lantas jiwanya digamit rasa syahdu..
"apa terjadi kepada saudara-saudaraKu di Palestin sana,entah cukup makan ke tidak,entah cukup tidur ke tidak..." hatinya mula beromongan sendirian.
rahmat memaksa diri...mendirikan solat tahajjud 2 rakaat..sujud dan ruku' dengan penuh kegelisahan di dalam jiwa..
selepas salam terakhir lantas Rahmat beristighfar panjang..menghela nafas,dan menghembuskannya perlahan-lahan..seolah-olah melepaskan satu bebanan berat yang belum pernah dirasai sebelum ini..
rahmat mula bermonolog,menadah dua tangan ke langit sambil berdoa separa berbisik
" Ya Allah..yang Maha Besar,Maha Pengasih dan Penyayang,Yang Maha memberi rahmat,Maha Bijaksana,Maha Mengetahui lagi Perkasa..berikanlah aku kekuatan untuk memperbaiki Iman dan amal,berikanlah aku kekuatan untuk mengatakan kebenaran dan mencegah kejahilan,berikanlah kepadaku kefahaman dalam mentaatiMu ya Rabbi...Ya Rabbi..Kurniakanlah kepadaku kefahaman dalam Agama..jadikanlah aku dari golongan yang diredhaiMu.....bangunkanlah aku di hari yang tiada tempat pergantungan selainMU,dengan wajah yang berseri-seri bersama para syuhada'...ampunilah segala dosa-dosa ku samada yang sengaja atau pun tidak kusedari...ampunilah segala kelemahanku untuk meneruskan beban dakwah yang dipikul,ampunilah diriku yang kerdil ini andaikata aku tak mampu melaksanakan apa yang aku perkatakan..tiada kekuatan selain keizinan dariMu ya Allah....aku lemah...aku lemah Ya Allah...bantulah hambaMu yang hina ini..."
air mata rahmat mengalir deras..
bila mengingatkan pesanan demi pesanan yang diberi dan diucapkan..ketika memegang jawatan tinggi dalam pergerakan dakwah dahulu....bagaimana jika ahli-ahli usrahnya dahulu mendakwanya di akhirat kelak...satu persatu akan dipertontonkan...kesilapan..kesalahan..kejahilan..
"ya Allah.." perlahan rahmat ucapkan..menenangkan diri..duduk sejenak..merenung kembali..
" Mat,kertas kerja Minggu Kebudayaan islam tu dah siap ke?jangan lambat,nanti bising pulak tuan president kita tu" Sergah Hizam secara tiba-tiba.
"oit...bagi salam arr,hilang angan-angan aku tadi,potong line betui la" rahmat membalas sapaan sahabat karibnya itu dengan mesra,yang dikenalinya sejak minggu orientasi lagi,sehinggalah sama-sama menjadi pimpinan dalam Persatuan Study Muslim(PSM).
"Zam,aku ada masalah sikit la..pasal program tu,rasa cam tak larat nak buat" rahmat merengus.
" pulok doh..mu ni..dulu kato buleh,nak buakk pah xse plok..gapo aaa.."balas hizam kehairanan dengan sikap sahabatnya itu dengan loghat pantai timurnya.
" eh..eh..hang ni,aku lepuk kank cuma jek.cakap bahasa standard ok,tak paham haku.aku orang kedah sejati,akan ku kedahkan sume loghat-loghat di selatan ni.haha.."Rahmat membalas sambil ketawa perlahan.
"zam,sebenarnya macam ni..bukan aku tak nak teruskan program tu..tapi.." rahmat terhenti seketika.
bersambung pulok dah~~~:P
Sunday
Mari belajar Bahasa Jepun :D hait! wakarimashta!
AYAT BARU di JEPUN
Kalau yang sedang boring-boring tu tak tau nak buat apa, dalam kepala otak asyik fikir POLITIK, REFORMASI dan lapar dahaga sahaja, apa kata kita berhibur sikit dengan lawak nama jepun ni.
> 01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
>
> 02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
>
> 03. Yang bisu - KIETA TADASORA
>
> 04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
>
> 05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
>
> 06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
>
> 07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
>
> 08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
>
> 09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
>
> 10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
>
> 11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
>
> 12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
>
> 13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
>
> 14. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI
>
> 15. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI
sapa2 ada nak tambah,bleh btau ek :D sharing is caring org kata kan~:P







