Wednesday

Pencerahan Isu Niqob/Purdah

salam semua..

mintak maaf kpd readers sekalian..

nampaknya dah sgt lama x berkesempatan utk update,memandangkan training utk HSBB Telekom yang berlangsung selama 3 minggu ini tidak mengizinkan utk mengupdate.di tambah pulak dengan internet connection yang agak bermasalah.

harini ada kesempatan skit utk update berkenaan isu purdah yang dh saya post kan dlm entry sebelum ni,nampaknya mendapat perhatian beberapa orang yang memberi pandangan berbeza,dan menyampaikan isu sebenar yang berlaku.Saya sangat berterima kasih kepada readers2 especially dari Mesir/Al-Azhar yang memberi pandangan dn penjelasan mengenai isu ini,moga Allah merahmati kamu smua..InsyaALlah..

Saya dengan rendah hati memohon ampun kepada Allah,dan memohon maaf kepada semua,jika entry sebelum ini tersalah faham,sebenarnya akibat dari maklumat kurang tepat dari media,dan sumber2 yang lain seperti : kosmo online, mediaumat.com, eramuslim.com.Ini semua akibat kelemahan diri ini jugak,moga dapat diperbaiki masa akan datang,InsyaALlah..

saya sertakan di sini pandangan salah seorang dari seorang readers dari Mesir :(copy paste sebijik2)

anonymous :

salam....ana merupakan sorang pelajar kat cni (i mean mesir). and ana juga merupakan seorang yang memakai niqab di sini. kat sini ana nak nyatakan bahawa tujuan syeikh tantawi mengeluarkan arahan untuk mengharamkan agar pelajar2 yang ingin memasuki kuliah supaya menanggalkan niqab adalah atas sebab2 keselamatan. Keselamatan macam mana ye?

uhmmm...actually, ada rancangan yang dijalankan oleh pihak tertentu untuk mencuri rahsia2 azhar. sbb tu la beliau mengharamkan pemakaian niqab ketika masuk ke kuliah. dalam azhar, bebas tuk keluar masuk pejabat2, and minoriti banat memakai niqab, cuba bayangkan kalau dalam bilangan minoriti tu ada musuh islam yang menyamar sebagai pelajar azhar banat dengan memakai niqab kemudian masuk ke pejabat2 dalam kuliah tu tuk curi maklumat azhar, bukan ke benda tu x elok? and at the same time we don't know her face for she wears niqob. Kalau kita tersilap tangkap orang, x ke naya orang tu? orang lain yang wat salah orang lain yang kena tangkap. macam musang berbulu ayam la contohnya.


And for your information, penguatkuasaan pengharaman niqob di kuliah ini berjalan selaras dengan arahan kepada kami budak2 azhar hanya dibolehkan untuk buat urusan dekat syubbak sahaja (before kami boleh masuk pejabat untuk buat urusan contoh nak dapatkan pengesahan kuliah, kasyfu darajat dan sebagainya.)


lagi satu... tidak ada dalil qat'i (dalil yang sabit) yang mengatakan niqab adalah wajib. yang ada hanyalah dalil2 zanni yang menjadi khilaf para ulamat. Maka, niqob bukanlah satu perkara yang wajib untuk kita pakai. Kalau kita gunakan fiq aulawiyat (fiq priority) kita akan nampak bahawa faktor keselamatan ummah adalah lebih penting untuk kita aulakan berbanding pemakaian niqab yang hukumnya bukanlah wajib tetapi hanyalah harus - kerana tidak ada dalil qat'i yang mengatakan bahawa ianya harus, hanya ada dalil zanni.


Untuk tambahan pulak, niqob hanyalah diharamkan apabila masuk ke universiti sahaja, bila dah langkah kaki keluar pagar nak balik tu, pakai balik lah, bukan susah pun.
kepada sahabat2 sekalian, saya berharap agar korang2 semua bersangka baik dengan ulama'. Mereka sebagai ulama'2 yang muktabar tidak akan mengeluarkan kenyataan untuk menghancurkan Islam. Jika hendak dibandingkan akan perhatian yang mereka berikan kepada islam berbanding dengan kita, mungkin bezanya ibarat langit dengan bumi. Kata-kata yang keluar daripada bibir2 mereka hanyalah untuk kemaslahatan ummah itu sendiri, bukanlah sedap2 mulut jer nak cakap. Lagipun, jika kita sebagai pendakwah, adalah lebih baik jika kita tidak berniqob daripada kita berniqob kerana golongan yang pakai kain x cukup kalau diorang tgk orang yang pakai niqob datang berdakwah, gerenti diorang lari terus, jadi, elok kita pakai jer pakaian yang boleh diterima ramai dan memenuhi syariat islam daripada kita memakai pakaian yang akan menyebabnya tertutup pintu dakwah kita kepada orang2 yang masih lagi

hanyut...that's all...pikir elok2 wahai sahabatku....and last but not the least, i'm wearing niqob for the sake of my health... sini habuk banyak dan bila masuk musim sejuk nnt, mcm2 masalah kesihatan yang akan timbul (pada saya lah)..orang lain saya tak tahu... but i rather encourage princess of islam out there, x payah pakai pun niqob takper, janji korang pakai tudung labuh litup dan jaga maruah korang elok2...ok?

October 28, 2009 11:02 PM


Saya ucapkan terima kasih kepada pembaca yang concern tentang isu ni,dan mungkin pihak lain di luar sana dan kita semua dapat penjelasan dan pencerahan mengenai isu ini :)

Jazakumullah Khairan Kathira




"Tuluslah dengan Tuhan,Teluslah dengan manusia"




al-kandahlawi
Telekom Training Centre (TMTC)
Taiping

http://www.pembinaselangor.com

Friday

Tantawi diGESA Letak Jawatan ! : AP Mesir

Salam sejahtera..

berita harini saya kira adalah impak susulan kepada tindakan Sayed Tantawi yang agak pelik dan janggal,apabila mahu mengharamkan purdah di Mesir.rujuk posting sebelum ni :

dan hari ini,salah seorang ahli parlimen dari Ikhwan Muslimin menempelak beliau,atas tindakannya yang tidak disenangi ramai pihak.Bukan pertama kali ini,banyak kali dah sebelum ni sebenarnya.

Berita seperti berikut :

KAHERAH 8 Okt. – Seorang anggota Parlimen pembangkang mendesak ketua sebuah institusi pengajian agama terkenal dalam dunia Islam, Syeikh Mohammed Sayyed Tantawi supaya meletak jawatan selepas beliau mengarahkan seorang pelajar membuka purdah yang dipakainya.

Desakan tersebut dibuat ketika puluhan pelajar yang memakai purdah atau niqab, mengadakan demonstrasi di hadapan Universiti Kaherah, yang mengharamkan purdah di kawasan kampusnya.

Syeikh Tantawi meminta seorang pelajar perempuan agar membuka niqab yang dipakainya apabila terlihat pelajar itu semasa melawat sebuah sekolah gabungan Universiti Al-Azhar kelmarin, lapor akhbar al-Masry al-Youm minggu ini.

Beliau turut menyatakan hasrat untuk mengharamkan niqab di Al-Azhar dan membuat kenyataan yang tidak sedap didengar mengenai penampilan pelajar perempuan itu apabila dia membuka niqab tersebut.

“Dan kamu kelihatan seperti ini; apa yang akan kamu buat sekiranya kamu kelihatan cantik sedikit,” tanya beliau kepada pelajar itu,

“Niqab tidak ada kaitan dengan Islam... saya lebih arif tentang agama daripada kamu dan ibu bapa kamu,” kata Tantawi kepada pelajar berkenaan.

Jurucakap Al-Azhar, Ahmed Tawfiq mengesahkan perkara tersebut, namun menegaskan bahawa Tantawi berbicara dengan baik kepada pelajar itu.

Hamdi Hassan, seorang anggota Parlimen daripada Ikhwanul Muslimin, pembangkang terbesar di Mesir, menegaskan bahawa Tantawi ‘tidak boleh memegang jawatan itu kerana beliau mencalarkan imej Al-Azhar setiap kali beliau bercakap’.<---(betui,betui betui.)

“Saya percaya niqab bukan satu kewajipan tetapi memberikan faedah. Kenapa mengharamkannya di Al-Azhar? Ia institusi agama, bukan akademi tarian gelek,” tambahnya.

Kebanyakan wanita beragama Islam di Mesir memakai tudung atau hijab yang melindungi rambut, tetapi niqab semakin popular di Kaherah kebelakangan ini sehingga menimbulkan kebimbangan kerajaan. – AFP

ambiklah iktibar~







al-kandahlawi
hari terakhir di :
TMpoint Taipan
Subang

Wednesday

Virus terbaru!!!! : SIS,JAG,WAO

Salam..

sedikit perkongsian,yang dipetik dari dewanulamakpasperak.blogspot.com

1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak .

2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undang syariah dalam negara ini .

3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .

4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]

5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu - satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara' dan maqasid syari'yyah .

6. Lebih menghairankan , mereka hanya peka terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah syariah , kononnya hukuman itu kejam dan menjatuhkan maruah serta bercanggah dengan hak asasi manusia , sedang mereka tidak bersuara apa lagi menentang hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah sivil ke atas pesalah dalam pelbagai kes jenayah dalam negara kita . Sedang sebatan dalam hukuman Islam tersangat jauh bezanya dengan sebatan dalam hukum sivil .

7. Sebatan mengikut cara Islam :

a] Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
b] Jika pesalah hamil, hukuman dilaksana selepas 2 bulan melahirk anak
c] Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
d] Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
e] Sebatan dengan kekuatan sederhana
f] Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala
g] Tidak melukakan kulit pesalah.
8. Adapun sebatan mengikut kaedah sivil pula :
a] Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
b] Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat
c] Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja
d] Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat
e] Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
f] Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
g] Sesetengah yang lain menyebat dengan cara sentap.
h] Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana dirasakan cebisan kulit tersentap keluar .

9. Jika SIS dan JAG terus menerus begini seperti mempunyai dendam terpendam terhadap Mahkamah Syariah dengan mengambil langkah menentang keputusannya malah mengheret persepsi mereka yang separuh masak terhadap Islam , suka saya tegaskan Dewan Pemuda PAS Pusat sedia berhadapan dengan SIS dan JAG demi memelihara kesucian Islam sekaligus membetulkan tanggapan salah mereka terhadap Islam .

10. Kami sedia turun dalam apa jua medan atau forum , wacana atau debat dan dialog atau bahas . Sila anjurkan dan kami akan hadhir . Tindakan SIS dan JAG sudah keterlaluan . Saya tidak faham , apa yang mereka mahu ? Nak jaga maruah ? maruah siapa ? maruah apa yang mereka nak jaga ?

11. Kalau dihukum itu menjatuhkan maruah , maknanya minum arak itu tidak menjatuhkan maruah . Jika sebat pesalah dengan 6 rotan menggunakan kaedah cara sebatan Islam [ biarpun jumlah sebatan itu tidak menepati hukuman Islam ] dianggap kejam , maknanya membiarkan orang mabuk lalu mengheret berlakunya pelbagai jenayah ekoran mabuk seperti berzina atau membunuh itu tidak kejam .

12. Persoalannya , kenapa hukuman sebat yang diputuskan oleh mahkamah syariah dianggap kejam sedang hukuman yang sama diputuskan oleh mahakamah sivil mereka sepi dan membungkam seribu bahasa . Saya nak tanya , apa sebenarnya yang mereka mahu ?

13. Sekali lagi saya cabar Dr. Hamidah Marican Pengarah Eksekutif Sistem In Islam membuka gelanggang debat ilmiyyah dan jemput kami Dewan pemuda PAS Pusat bagi kita membahaskan Benarkah Sebat Kartika satu Kekejaman yang Menjatuhkan Maruah ?

14. Apakah langkah yang diambil oleh SIS dan JAG sebagai tindakan sengaja mahu memberi tekanan ke atas Mahkamah Syariah dan pihak berkuasa agama dalam negara ini untuk tidak bertindak ke atas pesalah - pesalah agama ? atau mereka suka dan bangga melihat negara ini bebas tanpa batas atas nama hak asasi lalu semua boleh berbuat apa sahaja sekalipun suatu yang bertentangan dengan agama ?

15. Tindakan SIS dan JAG ini menimbulkan interpretasi yang bersimpang siur dan paling dekat , orang - orang yang beriman dan bertaqwa melihat mereka ini berniat jahat terhadap agama Islam dan tidak keterlaluan jika ramai yang menganggap SIS dan JAG berlaku biadab terhadap Islam amnya dan mahkamah Syariah khasnya .







al-kandahlawi
TMpoint
Taipan,Subang

www.pembinaselangor.com