Monday

sEmInaR jAtiDiri MusLim-ISK SIRI ke III*PERHATIAN!



perhatian*

update skit :

oleh kerana sambutan luar biasa,bilangan permintaan utk menghadiri dah lebih dari kapasiti venue sebelum ini.maka kita akan berpinda ke venue baru iaitu :

CLC R2001

harap sume dpt dtg pd 8.30pg,utk breakfast dan registration.Pukul 9 kita akan mulakan. :)

jumpa esok!

Satu hebahan aktiviti kepada semua..

terbuka kepada semua insan2 yang inginkan satu intipati seminar yg lain dr yg lain..

poster-seminar-jatidiri-muslim-v2



bukan retorik,tapi satu matlamat..bukan angan-angan,tapi satu tindakan,bukan cakap-cakap kosong,tapi persediaan menghadapi arus perubahan dalam dunia dakwah..

kefahaman tidak dibina dengan teori semata-mata..kefahaman tidak diwujudkan dengan menghafal silibus segala dalil dan bermacam manhaj,tetapi ianya bermula dengan satu matlamat besar yang telah dicapai sebelum ini..dan di susuli satu tindakan praktikal yang istiqamah,tetap pada jalannya,dan mengikut sistem yang tersusun.

seminar jati diri muslim "mesti pergi" akan membawa para peserta menyelusuri arus sejarah kita,di mana kita berpijak dibumi yang nyata,menghalau virus2 "puas hati" dengan kerja kita,memberi satu input bermakna yang pasti akan menggoncang kita untuk bangun melihat di mana kita sebenarnya,menghambat dan memusnahkan unsur2 yg merosakkan dalam dakwah,serta menyedarkan sejelas-jelasnya,APAKAH PERANAN KITA selepas ini.

apakah maksud hidup kita?utk bekerja?makan,tidur,bekerja makan tidur..

utk ini kah kita dilahirkan sebagai seorg Muslim?betapa malunya kita dengan bangsa palestina yang sedari kecil telah bercakap soal pembagunan ummah.Kita di sini,membicarakan soal2 remeh yang tak memberi input kepada penyusunan gerak kerja.

Jadi marilah sama-sama,menyertai program Seminar Ini,dgn keikhlasan ,dengan hati yang mengharapkan keredhaanNya..

Hadis Rasulullah berbunyi :

" man yuridillah bihi khairun,yufaqqihu fiddin"

sesiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya,akan diberi kefahaman agama

dan petikan yang boleh diambil iktibar..

"halaqatul ilmi,rhaudhatun min rhiyadhil jannah"

majlis ilmu merupakan satu taman dari taman-taman syurga

"man salaka thoriqun yaltamisu fihi 'ilman,sahhala Allahu lahu tariqun ila jannah"

"Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga."

Butiran Program seperti berikut :



~TERBUKA UNTUK SEMUA ~


Tarikh : 15 April 2009
Hari : Rabu
Masa : 8.30 pagi - 5.00 ptg
Pakaian : Menutup Aurat dan sopan
Tempat : CLCR2001

Makanan sarapan dan lunch disediakan
Untuk pelajar MMU,SAPS point disediakan.


berita BAIK! - PENYERTAAN PERCUMA!!!



berikut makluman yang diberi dari www.pembinamelaka.com

Multimedia University, Melaka
: Setelah dua kali menganjurkan siri Seminar Jatidiri Muslim, PEMBINAmelaka akan sekali lagi menganjurkan Seminar Jatidiri Muslim Siri-III. Kali ini, PEMBINA tidak keseorangan dan alhamdulillah mendapat sokongan padu dari Unit Agama, Multimedia University.

Seminar yang akan diadakan tanggal 15 April 2009 ini antara lainnya bertujuan mengajak para belia khususnya ke arah gaya hidup Muslim yang sebenar dan menyeluruh menyasarkan penyertaan dari kalangan belia IPT, mereka yang sudah bekerja dan juga belia di sekitar MMU amnya. Dengan adanya seminar seperti ini, PEMBINAmelaka menaruh harapan yang besar agar para belia di sekitar Melaka khususnya mendapat suntikan azam untuk terus cemerlang dalam penglibatan mereka pada mana-mana bidang sekalipun sekaligus menaikkan kembali kegemilangan tamadun Islam.


Seminar yang bertempat di Bilik Seminar, Bangunan Hal Ehwal Pelajar, Multimedia University ini akan dimulakan jam 8:30 pagi dengan pendaftaran peserta dan dijangka tamat sebelum Asar. Para belia yang berminat,

bolehlah menghubungi

Saudara Khairul Aswad di talian 017-6087903.

atau saya sendiri di talian : 013-6286991

boleh juga tinggalkan mesej di ruangan shoutbox.

atau boleh terus datang pada hari kejadian.

Fastabiqul Khairat,
PEMBINAmelaka.com



al-kandahlawi

Teratak An-Nushrah

6 comments:

Ladyship Atie said...

salam

if org melaka yg bukan student mmu nak datang boleh?.
uhu

hamdan al-kandahlawi said...

boleh2..dipersilakan dengan segala hormatnya..wa tafadhhal mamdhuhah

.: F@!n :. said...

abg ana tgk abg kalu nak cakap mest da ayat al quran n hadis bg mgukuhkan nyer...ana bermint nak mghafalkan nyer..tp teknik nyer tak kena cz hanya ingt makna dia jer anan ingt tp arabnyer ssh ckit...ada beberapa teknik tak ??? boleh share dgn ana?? :-)

hamdan al-kandahlawi said...

haza min fadhli Rabbi..wahual 'alimul hakim..

tahniah krn fain bersemangat utk nk tmbhkan ilmu dn pengetahuan dlm bidang tu..

memang benar,hujah perlu disertai dengan dalil 'aqli dan dalil naqli..iaitu dalil akal dan dalil wahyu.. baru ianya lebih bermakna.

kerana apa?krn kata2 manusia..kata2 kita penuh dngan zulumat/noda dosa..jd kita perlukan hujah dari kata2/ayat2 Allah dan hadis yang penuh dengan Nur dan suci..yg mampu memberi suntikan hidayah...

jd nk kongsi tips sikit.setiap kali kita mendptkan sesuatu maklumat,biasakn diri lihat dalilnya..dalil naqli,dan fahamkan dlu makna ayat2 tersebut.then,write down dlm small books for ur own reference.then,seterusnya,hendaklah biasakan diri menyampaikan kpd org lain..maka Allah akan beri lebih kefahaman kpd kita :)

cubalah,insyaAllah.ingin bantuan lanjut?bole refer lagi bila2.insyaAllah,sama2 kita bantu membantu utk keredhaanNYa..

fastabiqul khairat :)

Unknown said...

salam..kt blog tuan ada logo maktab mahmud,,org kedah ke...

hamdan al-kandahlawi said...

w'salam..

org kedah tu tk la..org perak sempadan penang..tp sekolah menengah di sana 5 thn..