Friday

BidAdArI sYurGa-BANGUN pArA MujAhidiN!

assalamualaikum..

di papar kan di sini..

kesah tentang bidadari syurga..

utk mereka yang menggadaikan diri..demi memartabatkan keagungan Allah..


sekadar gambar hiasan

Siapa Bidadari?

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

apa antara amalan utk kita memiliki mereka?

Berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt merupakan satu amalan yang akan menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat r.hum. Setiap manusia yang mati walaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.

apa dalilnya?

Rasulullah saw bersabda“Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat hingga disoal tentang empat perkara: tentang usianya pada apa dihabiskannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya dan tentang ilmunya apa yang telah dibuatnya.”(Hadith sahih riwayat Tirmizi)

Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah swt.)

Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan.
QS. ar-Rahman (55) : 58

Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.
QS. ar-Rahman (55) : 70

(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah.
QS. ar-Rahman (55) : 72

Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin.
QS. ar-Rahman (55) : 74
ada apa dengan Ainul Mardhiah?

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut,tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw,kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar(dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab,inilah syurga,tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini,lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah,wanita itu menjawab ehh tidakk(lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya,Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab;

eh tidak! saya hanya penjaganya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan,lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi,dan tidak pernah di lihat di dunia,lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.

Apabila lelaki itu mendekatinya, wanita itu menjawab,nanti ! kamu belum syahid lagi.Tersentak daripada itu, pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi,dalam menceritakan kepada nabi saw,Nabi saw menjawab benar,benar,benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..

mari sama-sama hayati lagu ini,mungkin sebelum ini kita belum kenal,siapakah ainul mardhiah..

Lirik by: UNIC (Ainul Mardhiah)
Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda

Yang bakal dinobat sebagai syuhada

Itulah janji pencipta Yang Esa


Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri


Menjadi cermin tamsilan kendiri

Untuk melakar satu wacana

Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah

Kau seharum kuntuman di Taman Syurga

Menanti hadirnya seorang lelaki

Untuk menjadi bukti cinta sejati

Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih

Dihati lelaki bernama kekasih

credit to:wira pendang





al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah

www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com

5 comments:

khaulah said...

salam..
subhanallah.. artikel yang bagus.. walaupun dah pernah baca.. :) syukran kerana kongsikan..
bagus sebagai peringatan buat kaum muslimah agar menjadikan bidadari2 syurga Allah ni sebagai panduan yang sebenarnye dlm melalui perjalanan tarbiyah sbg seorng Hamba Allah yang mengimpikan Syurga Allah..
"Dalam kelembutan hati, ada tegas yang tak bisa digugah"
"Dalam malu suara tegar mereka mampu menggegarkan dunia"
mmng bnyk lg bidadari syurga yang sometime kita lupa. ana pun mcm tu jugak x semua teringt..huhu
antaranya..:-
-Hindun yang bijaksana
-Nasibah dgn perjuangan yang begitu gentar.
-pejuang misteri Khaulah
-CInta Rabi'ah Al-adawiyah
dLl.. merekalah antara serikandi- serikandi islam yang membuatkan kita sbg Hamba Allah insaf dan kagum. para hamba Allah yang dapat menjadi Bidadari Syurga!

"mampukah mnjdi seperti mereka?.. berdiri di sisi mereka?? adakah pengorbanan kita dpt menandingi mereka..." renung2kan~
jadikan "kejealousan" terhadp mereka sbg motivasi utk membaiki diri mendekati dn menambat hati Yang Maha Esa .. :)

Buat para muslimin....
Jika kalian mengimpikan seorang Bidadari Syurga.. jgnlah kalian duduk berpeluk tubuh dn bergoyang kaki shj. Jadikan diri kalian agar dapat mnjadi terbaik disisi Allah semoga Bidadari2 Syurga turut menjadi milik kalian di syurga Allah kelak..

Ameen insyaALlah... sama2lah kita bermuhasabah :) peringatan utk diri ana dn pembaca lain..
p/s:- maaf tuan blog .. terpanjang :p

مرضيا تي محمد جا ميلي ~ said...

salam

sebak, dan meremang seluruh anggota tubuh bila baca kisah ni.
serious,im amazed.
before this selalunya taw kisah ni melalui tazkirah, ceramah.
xpernah baca.
so bila baca kesan dia besar sikit;)
thanx for the sharing

.: F@!n :. said...

allahuakhbar....besar sungguh nikmat tuhan kepada kita...

Anak Pendang Sekeluarga said...

salam,,beruntung kita di jadikan sebagai umat nabi saw...

hamdan al-kandahlawi said...

benar2...semua ini sudah ada dlm al-quran..cuma budaya mentadabbur dlm klgn masyrkt masih kurg..moga intipati ini menjd satu suntikan semangat..ameen..