Monday

cakap atau 'amal?

salam sejahtera..

rakan2 yang dirahmati Allah..

Perkongsian ini sekadar peringatan buat diri sendiri dan sahabat-sahabat yang bergerak dijalan dakwah.

"Teringat kata-kata Asy Syahid Hassan Al Banna, medan cakap lebih luas daripada medan amal. Apakah maksudnya? Bercakap lebih mudah daripada beramal; ramai orang boleh bercakap itu dan ini, tetapi yang hanya sedikit sahaja yang membenarkan apa yang dicakapkan melalui perbuatan.

Sambung Asy Syahid Hassan Al Banna lagi, medan amal lebih luas daripada medan mujahadah.

Apakah maksudnya? Antara orang-orang yang beramal itu pula, tidak ramai pula yang mampu bermujahadah (beramal dengan sepenuh daya usaha sehingga tiada ruang upaya lagi).

Maka tidak hairanlah, ada orang yang mampu menjadi muhandis (engineer) yang hebat, seperti Asy Syahid Yahya Ayyash, yang mana dia mampu beramal dengan ilmu engineeringnya sehingga Yahudi Zionis menggelarnya ”The Fox” kerana kelicikannya dalam menyusun atur strategi untuk melawan tentera Israel. Beliau juga mempelopori penciptaan roket Al Qassam yang telah melalui evolusi sehingga kini mampu mencapai jarak 50 km. Di akhir hayatnya, dia menemui jalan kematian yang terbaik, iaitu mati syahid.

Maka tidak hairanlah juga, ada orang yang mampu menjadi doktor yang hebat, walau kelengkapan hospital telah lapuk menggunakan teknologi 10 tahun dahulu, dia masih mampu menjadi doktor yang hebat iaitu Asy Syahid Dr Abdul Aziz Rantissi. Mampu belajar medic yang selalu diwar-warkan sebagai ”toughest course at uni”, walau duduk di kem pelarian. Dia juga mengikut jejak langkah Asy Syahid Yahya Ayyash, untuk mati dalam keadaan terbaik.

Manalah agaknya tempat kita di sisi Allah jika dibandingkan mereka?

Mereka berdua ini adalah contoh orang yang telah berada dalam medan mujahadah. Berapa ramai belia di Malaysia yang mampu menolak dirinya hingga masuk ke medan mujahadah? Di sekitarnya, ada tilam empuk, rancangan TV menyeronokkan, makanan yang enak dan pelbagai nikmat.

Kasihan, kita terasa bahawa kita telah berada di syurga, tetapi sebenarnya kita terperangkap dengan dunia, yang nilainya apalah sangat di sisi Allah. Moga Allah ampunkan kita, dan beri kita taufiq dan hidayahNya."



Moga kita sama-sama dapat meningkatkan mutu amal kita agar kita mampu beristiqomah dengan mujahadah yang tinggi serta setiap amal kita diberkati Allah SWT dan mendapat redho dariNYA.

credit to asyhadu




Ayuh!! fastabiqul Khairat!



al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah
www.pembinamelaka.com
www.kbaz.net

5 comments:

Syazwann Al-Qwantani said...

ouch..pedih2..tp pringatan yg sangat baik!~time kasih

khaulah said...

salam..
syukran atas peringatan tersebut..
(=

khaulah said...

salam..
syukran atas peringatan tersebut..
(=

mohamad said...

salam..

moga b'mujahadah yer..

hehehe..

Anonymous said...

hamdan, kami kt sebelah palestin ni lagi la terasa...jihad! tapi kena jihad nafsu dulu. bila nk dtg mesir ni...bleh kita gi arish, rafah...huhu.
(ada x rakaman drama2 prog palestin tu...mcm best je prog tu. teringin nk tgk. kami kt sini kawan baik ngan muawwiz, adik bro muadz)
salam jihad, os cairo!