Friday

FaCeBoOk keGilAan rEmAJa-apa HakIkatnya?


Sumber: Email dari salah seorang sahabat di UK.

Ramai yang suka menggunakan laman web sosial seperti Myspace, Friendster, Tagged dan juga Facebook untuk mencari kawan terutamanya kawan lama di ruangan maya. Ada yang menjadikan laman web sosial sebegini sebagai satu tempat untuk mereka berkarya, tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai satu tempat dalam memperjuangkan wadah pemikiran masing-masing. Yang penting, ianya PERCUMA dan itulah yang ingin dikongsikan. Laman web sosial sekarang tak ubah seperti blog. Dengan menggunakan umpan yang paling senang iaitu PERCUMA, berduyun-duyun pengguna Internet akan berusaha untuk mendapatkan satu akaun bagi diri masing-masing. Apatah lagi kalau username mereka masih belum diguna pakai oleh orang lain. Jadi, sebagai pembuka kata, hari ini kita akan berkongsi sedikit info mengenai laman web sosial yang sedang meletup iaitu FACEBOOK.

Sebenarnya ada sebahagian DARK SIDE yang tidak diketahui oleh berjuta pengguna internet di dunia ini mengenai Facebook. Ini adalah satu konspirasi teori yang telahpun menjadi fakta benar dan apa yang boleh kita lakukan sekarang adalah lihat dan terus melihat. Juka ada di antara kita yang telah meletakkan butir-butir peribadi sebenar di dalam Facebook, maknanya tiada apa lagi yang kita boleh lakukan. Sedarkah kita siapa sebenarnya di belakang FACEBOOK? Sedarkah kita bahawa semua data-data yang kita berikan itu telahpun disimpan oleh pihak CIA? Mereka boleh mengakses semua mengenai kita dan dengan mudah mendapat semua butir-butir diri tanpa perlu bertanya kepada kita, bos kita, kawan-kawan kita, pihak universiti kita, keluarga kita dan banyak lagi sumber at anytime them want!

Dan yang lebih menyedihkan lagi, ramai dari kita terutamanya rakyat Malaysia sudahpun memberikan 100% info dan butir-butir diri mereka dengan TEPAT. Apabila ditanya, mereka dengan mudah menjawab "nanti kalau member lama atau member sekolah ingin mencari kita...senang dan mudah sikit!". Malang sekali, bukan itu yang berlaku. Dalam pada keghairahan yang kita sendiri wujudkan terhadap FACEBOOK, kita sedikitpun tidak membaca dasar ataupun polisi yang FACEBOOK letak dalam web mereka. Yang kita tahu hanyalah PERCUMA dan sikap ramah dan jujur kita itulah yang boleh memakan diri kita sendiri sebenarnya.



Sama-sama kita renungkan apakah yang diperkatan dalam FACEBOOK's terms of service: ULASAN:

1. Cuba bayangkan! - FACEBOOK yang telah menjadi kegilaan pengguna internet adalah tempat yang paling mudah untuk CIA mendapatkan data peribadi mereka dengan PERCUMA. Bagi pengguna kebanyakkan (mereka yang bukan extreme) mungkin ia tidak akan membawa keuntungan kepada pihak CIA tetapi bagi mereka yang mempunyai "title" sebagai "professional" seperti seorang doktor, peguam, Professor, scientist dan yang seumpamanya. Inilah mangsa CIA yang sebenar.

2. Mengapa? - Kerana sama ada kita percaya atay tidak, ramai golongan professional yang meletakkan segala butiran mengenai diri mereka dengan lengkap bagai nak rak dengan alasan mereka mempunyai kawan di seluruh dunia dan masing-masing tidak mahu kalah dalam menceritakan semua kejayaan dan kegiatan yang telah mereka kecapi.

3. Bukankah ianya privacy diri sendiri? - Pernahkah kita/mereka fikirkan mengenai RISIKO yang mereka letakkan ke atas diri mereka sendiri?. Semua data dimasukkan adalah data-data mengenai achievement diri dimasukkan. Alamat, no h/p, rumah, pejabat, kerja, pendidikan, daily schedule dan lain-lain dimasukkan. Bayangkan semua ini akan dijadikan sebagai data statistik untuk digunakan pada masa hadapan.

4. Marahkah kita? - Kita marah bila orang mengambil tahu pasal kita, kita marah bila orang mencungkil privacy kita, tapi kita tidak sedar yang kita telah berikan semuanya dalam facebook kita. Kalau nak ikut cakap kasar:

"Esok kalau katakan mereka hendak menyerang Malaysia, mereka sudahpun tahu dimana golongan bijak pandai di Malaysia ini tinggal. Sebelum dia serang, mereka akan bunuh dulu golongan bijak pandai ini, tiada apa yang tinggal. Bukankah semua info yang mereka perlukan sudahpun berada dalam tangan mereka"

5. Fakta - FACEBOOK telah ditampung sebanyak USD500,000 oleh bekas CEO Paypal, Peter Thiel. Jadi tiada masalah untuk mempromosikannya. Tidak cukup dengan itu, sebanyak USD 12.7 juta telah dilaburkan ke dalam FACEBOOK oleh James Breyer dari Accel Partners. Mereka semuanya ada agenda yang mereka sendiri faham. Juka kamu hendak tahu siapakah mereka semua ini dan siapakah DALANG disebalik laman web sosial ini, boleh lihat clip

THE AWFUL TRUTH OF FACEBOOK

http://www.youtube.com/watch?v=mCGSYWd1HOI&feature=related .

6. Peranan CIA - Selain daripada menjadikan FACEBOOK sebagai cara untuk mendapatkan data dan maklumat, pihak CIA juga merekrut staffnya bagi program kesayangan mereka iaitu National Clandestine Service. Malah, Dr. Anita Jones juga telah menjadi sebahagian dari DARK SIDE ini. Dr. Anita Jones adalah Defence Research and Engineering Director untuk US Department of Defence.



KESIMPULAN:

Bersosial di laman web seperti FACEBOOK ini tidak salah, malah bagus bahkan kita boleh buat duit lagi. Tapi berhati-hatilah dengan fakta-fakta yang menjadi privasi diri sendiri. Jangan mudah kita memberikan maklumat yang penting. Maklumlah, rakyat Malaysia cepat terpengaruh dengan benda yang PERCUMA sebegini. Bukan nak mengata diri sendiri, tetapi telahpun terbukti. Kalau tidak percaya, pergilah ke laman web Fotopages dan lihat siapakah pengguna terbesar Fotopages kelolaan Israel itu! Jawapannya mudah ialah Rakyat Malaysia, tidak syak lagi.

APA YANG PERLU KITA BUAT? - Bagi mereka yang sudah menjadi ahli FACEBOOK dan sudah memasukkan data peribadi. Senyum sajalah. Bagi mereka yang belum mendaftar, berhati-hatilah.

credit to :

khairunnisa
azlan zainal

sedikit tambahan,

nak berkongsi kpd semua,since dh ada satu kejahatan di sebalik ini,jom kita hack facebook. :D

bole belaja hacking d sini

How to Hack Facebook

yg baik kita sebar2kan..:D



-al-kandahlawi-
Teratak An-Nushrah

www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com

13 comments:

Ladyship said...

masya Allah, mcm tu ke?.
haih. ni yg nak deactivate fb ni.
thanx for d info

khaulah said...

thanx.. :)
rsnya ada yg dah tau tp~..
harap mereka yg dah tau tu pandai2lah buat apa yg patut. betul tu x salah.. cuma klu blh jgn memberitahu data peribada secara terperinci..
lg satu suka ana nak ingtkan tntang gmbr. sgt bahaya sekiranya gmbr2 peribadi kita di tayang kan pd umum.. x kesah la Fs ke FB ke.. photopages ke.dll..
rsnya mcm penh bc entry dlm blog ni psl topik gmbr tu.. minta tuan blog share balik ke.huhu..

wallahu'alam..

segelasair said...

sy xde account fb o frenter 0 ape2 laman sosial.. Alhamdulillah..trselamat=)

inas said...

scary ye.

lilhakym said...

thanks reveal info psl ni..dlu ade dgr psl fs adelah agenda yahudi,,tpi soalnya byk kwn2 lama yg lost contact dpt berhubung blik semula melalu social networks cemni..so ape2 pun kene ambik langkah berhati2 sebelum ape2 terjdi..,

hamdan al-kandahlawi said...

bole je nk hubung balik..tp berhati2 je la..itu je..

sbb benda2 cmni ada agenda2 yang tersendiri..tp kita gunakan utk agenda kita pulak la..rsenye bnyk lagi ruang network yg lain..bole cuba insyaALlah

Norshafa Wati Nordin said...

salam...

ehmm... sekadar pandangan ttg fakta ni.. saye pn tatau nak sahihkan same ade fakta ni betul atau fitnah, sbb saye sendiri x de sedare mare yg keje kat CIA.. so kalau betul, alhamdulillah, telah dikongsi.. tapi kalau ini adelah suatu fitnah, semoga penyebar2 berita ini diberi keinsafan utk tidak mengulang lagi.. sbb tu saye lebih suke kalau berita2 ini disebarkan, lebih bagus kalau kite tau siapakah sumber2 sebelum abang hamdan dapat tau pasal berita ni.. e.g. "maimun menyampaikan kepada ali menyampaikan kepada hamdan bahawa facebook..." baru la kite dapat tau ape kesahihan nye kan.. abg hamdan pun mesti penah blaja pasal hadith2 sebelum ni kan? adelah penting utk mengetahui sape perawi2 hadith.. begitu juga dgn berita2 sebegini.. langkah2 b'jage utk mengelakkan dari kite TERsebarkan fitnah. ;)

Merujuk kepada comment LILHAKYM pulak, pasal agenda yahudi tu.. saye pula ingin berkongsi tentang sejarah friendster yg penah saye bace di mane ntah satu ketika dulu.. maaf x dpt ingat.. founder de seorang engineer yg kesian kan kawan de single x kawin2.. da berumur da org tu.. so de pun nak introduce de ngan sorang lagi kawan de, tapi maybe dipisahkan jarak kot.. so de pun buat la satu network sendiri utk menghubungkan derang ni.. da lame2 kenal through internet ni, derang pun berkahwin.. maka si engineer ni tadi, oleh sbb de gembira dapat menyatukan kawan2 de, de pun terfikir lebih kurang ayat canih: "Hey, if I can do good things to my frenz, why can't i do it for everyone worldwide?" maka, dengan niat yg suci murni sebegitu, beliau pun mewujudkan satu rangkaian network yg bername frenster nih... =)

Jadi kat sini abang2, kakak2 dan adik2 seagama, saye cume nk ingatkan.. yg di kala kite sibuk berdakwah di kalangan muslim utk berbaik sangka antara satu same lain, kite lupe utk berbaik sangka kepada yg non-muslim.. tak sume non-muslim itu jahat.. dan tak sume aktivis non-muslim mahu menjatuhkan islam... kalau kite sentiase berfikiran camtu, bagaimana kite mahu menarik orang2 sebegini utk masuk Islam? something yg kite perlu same2 fikirkan.. =)

anyhows, trime kasih sharing about this.. kalau berita ini betul, bleh la buat sesuatu utk kite same2 berwaspada.. tapi jangan la sampai kite hack website tu plak.. "jangan memerangi manusia jika mereka tidak memerangi kamu".. even perang dalam islam pun kite tidak dibenarkan memulakan peperangan kan.. kite cume dibenarkan utk defend je.. camtu la jugak in virtual world.. so jangan la kite pandai2 attack derang dulu k? =)

Wallahu A'alam.

-kalau ade yg salah, minta betulkan. perjalanan hidup mmg sentiase perlu ditegur dan diajar- =)

hamdan al-kandahlawi said...

wah..

time kasih ats pndgn...tp berpndgnlah seperti org yg hidup di zaman teknologi ya.

bab mentashihkan maklumat.ada beberapa kaedah.kalo nak tashih kan hadi dan tarjihkan or tahqiq,sbbnya perjalanan maklumat itu sampai sgt lama,dan ia melibatkan kata2 Rasulullah.jd sgt penting utk lihat isnad,musnad,rawi dan sebagainya.

tp kalo maklumat sebegini,boleh kita dptkan maklumat sokongan dgn cr dr source2 yg lain.sgt bnyk.mustahil dgn mudah kita dpt cr dlm website US governmnt atau dlm website CIA.

jgn terlalu jumud membandingkan kaedah pentashihan hadis dgn maklumat2 yg didapati.mmg berita perlu disahihkan.tetapi soalannya-kaedah nak sahihkan adakah hanya satu cara?jgn terlalu jumud..

disebarkan ini lepas memerhatikan dan mendptkan maklumat dr source yg lain,menganalisa term and condition serta policy facebook sendiri,semua yg dismpaikan mempunyai weighted tersendiri.tanyakan sendiri dgn penyampai email,dr uk tuh.lihat forum2 perbincgn.dan fikirkan sendiri,kebenarannya tetap ada.nk g tnya sorg2 & kaji penyampai,tgk pulak yg menyampaikan tu ada syarat2 perawi tk..rasanya satu kerja buang masa,sdgkan bole tgk kebenarannya dr source2 yg lain.dan ambil lgkah berjaga2.

seorg ibu menasihati anaknya : Lan,jgn pnjat pokok tinggi2..bahaya..nanti jatuh.mak dgr anak mek jah tu dah jatuh kelmarin.

Lan menjwb : eh mak,mana mak dpt citer ni.betui ke,sape yang bgtau mak ni,cuba mak bgtau sapa yg sampaikan dkt mak ni.

Mak menjwb : betui..jiran sebelah rumah bgtau..

Lan menjwb : eh..ye ke..sapa bgtau kt jiran sebelah rumah tu? (lan memanjat lebih tinggi)

gedebuk,jatuh tetibe.eh..ha..tu la lan..mak dh ckp..

maklumat boleh di ambil iktibar jika ada kebenarannya..

hadis mmg perlu ditashihkan..sbb tu ada kaedah utk tashih..adanya mustalahul hadis..tp perbndingn hadis dn maklumat ini tak sama utk dibandingkan pemberatnya.

saya tahu apa hujah lain utk org yang suka bertanya sebegini :)

pasal hack facebook,just satu suke2..pun letak tanda--> :D...kalo tgk betul2 pun..sbnrnya sukar utk dilihat,kabur,dan sukar dibuat.tk sgka la pulak kan..tk terniat la pulak nak menganiaya kaum bukan Islam..tk terlintas la pulak nk buat sprt yg dituduh di atas..rsanya,bertanya sebelum komen pun lebih baik kan?tuduhan jugak tu..tk baik~..tkkan la ana sendiri nak mulakan perang..saya juga pernah mengaji hadis..tk penah pulak saya attack org ni.mana punya mazhab pulak ni..sapa kta dlm Islam hanya defence?rasanya cik shafa kena kaji sejarah la kut..

cuba tgk sejarah pembukaan kota contantinople,lihat sejarah pembukaan baitulmaqdis,lihat sejarah perang2 terdahulu.kalo islam hanya perlu defence,sila betulkan maklumat ye..tgk dlu sapa perawi..mana musnad dan matan yg ckp cmtu tau..bahaya..fitnah tu..

oh lupa..mungkin saya alpa..yela..manusia kan..

p/s :saya bukan ahli hadis~maaf ler~

Anonymous said...

lupe nak tanya cik shafa, :P

mana dapat sejarah friendster tu ek,yg kata kesian kt kwn die sume tu.maan perawinya,siapa smpaikan sejarah tu,ada tak susunan musnadnya,dan apa matannya.tkde sume tu , Islam tak terime tau..ingat tu shafa.shafa kan org iu di cj :)

mungkin satu teguran,

kita mampu bercakap soal dakwah,jgn ada sgka buruk terhdp non-muslim.ya,bagus,tp dalam msa yg sama,jgn la buruk sgka sesama muslim,hanya krn tulis sebaris ayat,sudah buruk sangka bahawa "ah,dia ni nak perang,dan benci serta buruk sangka terhdap facebook (non-muslim).bukankah itu buruk sangka?"

jgnla ada sikap cmni di klgn org yg mengaji hadis.plis la~

al-kandahlawi

khaulah said...

salam..
setuju dengan pandangan dan pendapat al-kandahlawi....


p/s: thanks =)

Norshafa Wati Nordin said...

Salam.

Wuu.. mungkin ayat2 saye kat atas telah disalah tafsir sebagai menuduh abg hamdan memerangi facebook.. saye tak berniat camtu pun.. cumenye mau org berfikir bukan saje dari satu sudut, tapi pelbagai sudut yg berbeza.. sbb there's always more than 1 reasons & solution to everything. =) so.. jika saye tersalah bg pandangan sume tu, mohon ampun.. ^_^

yg ke-2nye.. saye bukannye pengkaji hadith, apetah lagi berguru @ berusrah lua cam abg hamdan.. cume saye pernah terbace @ terdengar yg jika kite ingin menyampaikan sesuatu berita, especially berita yg menyebabkan seseorang @ sesuatu company tu bleh jatuh maruah @ reputasi, adelah lebih bagus jika kite dapat senaraikan sumber2 kite sebab kite pun tamau tersebarkan sesuatu berita yg memudaratkan sesuatu individu yg tidak pasti betul atau tidak kan.. saye bukan la seseorang yg terer2 agama seperti pembace2 blog abg hamdan kat sini, tapi anggap la pandangan saye ni dari pandangan seorang yg sangat3 jahil agama + blaja agama pun x tinggi, yg mungkin agak ramai di luar sane yg setaraf dgn saye. jadi kami2 yg jahil ini kadang2 mungkin banyak persepsi yg lain dari org2 yg terer2 agama.. so mintak tunjuk ajar + explanation2 yg bleh bg kami lebih berminat utk blaja pasal agama..

soklan2 & ayat2 provoke tu lak salah satu care saye blaja agama.. sbb saye ske blaja cane care seorang ustaz @ dai'e menjawab bile ditanye soklan2 @ diajukan ayat2 cani.. supaya nanti, bile ade org tanye soklan same kat saye, saye tau care2 nak menjawabnye.. so maaf jika method saye ni menimbulkan kemarahan mane2 pihak. ^_^

yg ke-3 nye, pasal sejarah facebook. heeeh~ cube bace balik kat atas, kan saye cakap saye lupe mane saye bace.. maaf la ye, saye bukan perawi yg thiqah, dan sekali lagi saye cakap, saye mane penah mengaji hadith.. takat dengar2 ceramah time skola penah la.. sbb tu saye tulis balik ape yg saye faham supaye ada org bleh tegor kefahaman saye kalau saye salah. =)

ape2pun macih atas teguran2. sumenye saye akan amik utk ubah diri dan care saye b'fikir. ^_^

p/s: jangan amik ati tau. mintak hampun.. raye jemput la dtg umah lagik. =p

hamdan al-kandahlawi said...

al-kandahlawi menulis :

wah..bagus,semakan panas :D cmni kita nak.yes~time kasih dik shafwati ats luahan pndgn dn rasa terhdp komen sblmnya.nmpknya ada rasa ingin tahu yg tinggi dlm diri.

jwpn peribadi saya,[tlg fhm,saya tk mewakili mana2 pihak atau individu]

utk point kamu yg pertama : mmg ada beribu2 cara berfikir.apa yg di ckp,kena buat la.jd begitu juga bagaimana kamu tafsir tulisan yg ditulis,jgnlah smpai berburuk sgka dgn menyatakan "si fulan berniat begini & begini".Kerana siapa kita utk meng'akses' niat org?

yg kedua : saya tau kamu bukan ahli hadis pun,saja nak tgk jwpn kamu,dai'e d cj la kan :D .tp nampaknya mcm dah low self esteem la pulak..tak perlu la nak bgtau jahil ke..tk terer ke ape ke..sbb sume org same cmtu,kefhmn bukan sehari dua boleh dpt.sume org masih belajar,even empunya blog ni pun apa kurgnya.satu lagi,rasanya tak perlu nak bandingkan org ni terer agama atau tidak,sbb sumenye sama,sume masih belajar,tkdak beza pun.

dan tk perlu nak bangkitkan samada usrah lua atau dalam,rasanya menyentuh point ni adlh sentuhan yg kurang matang & boleh timbulkn prejudis.

tentang apabila kita mendgr satu berita dn sebagainya & menjtuhkan company : mmg ada hadis mengenainya.tp kenapa tidak bertanya kpd saya dulu secara personal bagaimana saya mengakui tntg kebenarannya?perkara ini perlulah disampaikan supaya berhati2.takde pulak saya bgtau,hey,muslim,u all must stop using that.

saya dh bgtau dlm komen sblm ni-perkara di atas saya letak selepas diyakini,mmg ada kebenarannya-apabila merujuk kpd supporting materials yg lain-bole cr nnti.bnyk forum2,utube,dan juga website lain yg menyentuh isu ini,cuba lihat kembali policy2 yg dibentangkan dlm fcebook,dan ada satu lg kajian yg dibuat,saya dh tk ingt link nya,kalo dpt saya bg,mengkaji bagaimana dr facebook ini boleh ada kaitan dgn pihak2 tertentu,dan juga information flow yang berlaku di dalamnya-dan juga dibahaskan-mengapa dalam masa yg singkat,tk smpai setahun-facebook dh jd kegilaan ramai.bila dikaji,maka sudah tahulah,agenda siapakah di sebaliknya.sbb tu saya ckp td,artikel di atas di ambil dr email,tp apabila melihat kpd source2 yg lain,ada kebenarannya.hrp student MMU bole fhm la kut.

cara belajar agama : so far,saya mintak la dalil atau riwayat,atau apa saja teknik belajar agama mana yg kamu ikuti ini.kalo ada sumber shohih dari para sahabat,ulama' dan tabi'in,silakan bgtau saya,boleh berkongsi-mungkin saya pula perlu belajar cara provoke utk mendptkan ilmu agama.:D

pendpt peribadi saya,provokasi bukanlah satu cra belajar yg baik,melainkan kamu secara personal berbincg dgn saya,tk kira melalui virtual atau life-tntg isu ini.bukankah lebih baik dan mengelakkan salah sangka?lihatlah cth2 bagaimana imam syafe'i mempelajari sesuatu iLMU? berapa lama beliau habiskan utk memahami sesuatu ilmu sebelum memberikan fatwa mengenainya?mengapa tidak lihat bagaimana imam nawawi mempeljari ilmu.adakah dgn provokasi yg bnyk digunakan 'sesetgh' org di zaman sekrg?nah,kita terlalu suka mencipta cara2 baru-tp jgn lupa sejarah :D

harap diperbetulkan cara kamu mendpt ilmu,belajar secara talaqqi dan berguru,belajar juga cara menyampaikannya,supaya tk menyentuh sensitiviti mana2 pihak.moga sama2 belajar,dan baiki serta mendpt manfaat.

silakan,nyatakan pndgn kamu,tiada mslh.tp nak provoke pun biarlah jgn bersifat prejudis,atau bersifat menghukum.kita selalu melaung2 kan..we're here not to judge,but to share.now i;m sharing :D

ckuplah perbhsn hal ni.balik rumah,g improve diri sendiri.x yakin,jgn buat.yakin,sila buat.jgn menyusahkan benda yg x susah.lebih baik g fokus cmne nak tarbiyah mad'u2 kamu di cj tu.moga2 satu hari nnti Islam di MMU nanti bukan sekadar sebuah persatuan.

mohon maaf ats kelemahan diri,dan kalau tersinggung la kan.lontaran idea yg mesti ada pd seorg pemuda/pemudi.

jazakallah Khair

p/s : insyaALlah g beraya nnti.kalo berada di area KL la.jalan g umah dah tahu :D tp agak jauh nak pusing.bole tambah menu nnti :D

Norshafa Wati Nordin said...

baikkk~

macihh atas nasihat2. akan gunekan utk improve diri nanti. ^_^

ngaaa... mane buleh tambah menu. abg hamdan kene diet kot. orang2 yg da nak grad nih kene jage badan.. sbb pas grad da buleh kawin. heeeh~ =D