Thursday

mAlaM PeNgHayaTaN BuMi PalEsTin 2009 - IU

Salam sejahtera...

sedikit perkongsian mengenai Malam Penghayatan Bumi Palestin 2009 yang dianjurkan Usrah Institution,dengan kerjasama YTM,aman malaysia,dan NGO2 yang lain..

dah lama tulis ni sikit2 dlm draft & dh lama tertangguh....memula rasa cm tknk paparkan..tapi keinginan utk berkongsi ini sgt tinggi,dan demi menghargai usaha dari adik2 yang bersusah payah menganjurkan..ku gagahkan juga utk menghabiskan sedikit perkongsian ini..

atas objektif yang mapan,dengan tema "remove ur blindfold"-silence is not an option!!! & juga adakah kamu sedar dan merasai???

demi menyingkap kisah sebenar yang berlaku di gaza dan palestin,meningkatkan kesedaran tentang isu-isu yang berlaku di Palestin selama lebih 50 tahun dahulu,serta menanam semangat peduli Ummah di kalangan para ahli jawatankuasa,ahli IU,masyarakat dalam dan di luar MMU umumnya,Malam Kemuncak Minggu Penghayatan Palestin telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya..


Backdrop besar..

bermula dengan Pameran jejak Palestin-yang dijayakan lagi dengan penyertaan pameran serta jualan dari NGO2,antaranya, Ikatan Muslimin Malaysia(ISMA),Jemaah Islah Malaysia (JIM),Teras,Yayasan Salam,dan juga dari pihak penganjur,Institusi Usrah berlangsung selama 4 hari di CLC Concourse,MMU Melaka.disediakan booth2 yang menyediakan pamplet dan flyers utk meningktkan kefahaman pelajar2 MMU tentang isu sebenar di Palestin,berjaya menarik semua golongan,dan juga bangsa & agama,antaranya buddha,kristian,Hindu,untuk mengetahui lanjut,apakah the truth behind the scene in Palestin.

Selepas itu juga diadakan ceramah bertajuk : PALESTIN perebutan 3 Agama yang disampaikan oleh wakil dari Aman Palestin,Malaysia iaitu Dr.Zainurrashid..

seorg yg berpengalaman luas dan lama dlm memperjuangkan nasib bumi palestin,dan juga antara org yg pernah menjejakkan kaki ke palestin & juga yg menyampaikan bantuan ke kem2 pelarian,antaranya kem yg menjadi mangsa holocaust terbesar Zionis Israel di bwh pimpinan jahat Ariel Sharon,pada tahun 1982-pembunuhan beramai2 lebih 2000 orang..di Kem pelarian Shabra & Shatila.. dan juga bergiat aktif dalam misi kemanusiaan Aman Palestin.

seawal pukul 8 malam menyaksikan kehadiran para tetamu,dan juga hadirin hadirat yang ingin sama-sama menyaksikan persembahan serta menunjukkan sokongan yang tidak berbelah bahagi terhadap saudara seIslam di Palestin..antaranya..


anak2 yatim yg diraikan & hadirin muslimin berpusu-pusu..


hadirat muslimat dan juga t-shirt2 yg di jual sebelum event..

suasana di dalam dewan cukup meriah dan mengasyikkan dengan decoration yang agak menarik dan kreatif-



sekilas pandang dr dewan utama..



antara backdrop penambah seri-nampak macam ultraman taro lawan
dgn kete kebal doremon pun ada :p



bermula dengan kedatangan para VVIP antaranya wakil Dato' Mukhriz,dari Aman Malaysia,diiringi selawat Nabi,dan acara berlangsung dengan baik dimulai sedikit penerangan program keseluruhan Minggu Penghaytan oleh kedua2 Emcee,dan diteruskan dengan ucapan dari Pengarah Program,Saudara Rifa,diikuti ucapan perasmian penutup Program oleh wakil aman malaysia.


VIP yg hadir,dari kiri gmbr,wakil Aman Malaysia,Ketua Unit perubatan AM, & Ust Lutfi yg mewakili HEP MMU.


Sejurus selepas ucapan perasmian,dimulai gimmik yang amat mencemaskan,di mana tentera Yahudi Zionis menangkap rakyat palestin yang tak berdosa,sambil membuli,memukul,meluku dan menyekeh kepala mereka dengan penuh kekejaman sekali,dua kali dan tiga kali..


bendera palestin berkibar



rkyat palestin di "luku" kepala oleh tentera zionis dgn kejam

kemudian datanglah pembela keadilan~

dtglah sekumpulan kanak2 palestin membaling batu tak hingat punya,utk selamatkan saudara2 mereka..lihat aksi mereka itu dgn beraninya..tubuh kecil,bertenaga~


Kemudian,persembahan pertama dimulai dengan montaj mengisahkan sejarah dan the true fact about palestinian issue..kemudian diulaskan oleh kedua-dua Emcee.

master of ceremony,yang dipertanggungjwbkan pada malam tersebut untuk melaksanakan misi penghayatan..tugas yang amat berat utk dilaksanakan! Ini lah dua org makhluk yg dimaksudkan itu :p


Loqman dr sri lanka & Hamdan dr parit buntar perak~

sedikit perkongsian,pengalaman saya menjadi MC pd malam tersebut adalah yang paling unik berbanding mana2 program lain yang telah dijalankan sblm ni,iaitu partner saya tersebut,saudara Loqman.First time,dapat tau partner saya adalah Loqman dari international students,pulak tu..jumpak2 jek..ek..boleh ke nak kerjasama nih.iskisk..org Islam sri lanka..tapi tk faham sepatah pun bhsa Melayu.saya kamu dia paham la.

masa mula2 jumpak dia,lebeyh kurang seminggu sebelum event sebenar.kami try2 sikit buat rehearsal ringkas.Mak aih..poning kepalo den.cabaran yg menarik! saya ditugaskan MC utk berkomunikasi dalam bahasa melayu..loqman pulak dlm English.Masalahnya,cmne nak communicate,sbb dia langsung tak faham BM,dah tu bila cakap,cthnya : dialog utk menjemput abg muadz,saya cerita sikit background,then part dia adalah menjemput performer,tapi kekonfiusan berlaku,bila masa yang perlu dia jemput (sbb tk tau bila nk start part dia).perkara ni jadik banyak kali sepanjang tentatif program..huwa..memula mmg penat,kejap sye kne guna english sbb nk ckp ngn dia,pastu smbg BM pulak utk praktis,smpai beberapa word Bm pun dh tunggang terbalik :p bercmpur aduk cm rojak dah.tp tkpa..demi memastikan penyampaian yg berkesan,last2 guna isyarat jari ngn kenyit mata skit.haha :P

lepas perjumpaan pertama lebeyh kurg 2 jam-lepas tu tk jumpak dah.masing2 busy ngn assignment dan exam,dia pulak ada 3 exam minggu tu.mmg bertuah sungguh~praktis kali kedua,adalah pagi sebelum event.haha..kelakar sungguh,just adjust2 skit-microphone pun dpt set up agak lambat..sush skit nak adjust arah ruang utk berjln,utk memastikan tkdak gangguan bunyi nnti.

praktis skit2..ptg tu dlm pukul 3 lebeyh nak buat full rehearsal,waduh2..bnyk pulak problem lain dtg.last2 sekali..praktis part2 penting jek,jemputan vip dn skit2 utk penutup.ha..mula la satu episod gamble utk mengacarakan majlis.haha..alhamdulilah part awal berjalan lancar..dtg part tgh2 majlis..tu dia..masa nak interview abg muadz,headmic habis bateri.then sekali lg jd lepas performance seterusnya,saya duk sebelah kanan dewan,loqman duk sebelah kiri dewan,seberang satu lg.jenuh pakai isyarat dr jauh sapa nak keluar dlu sume.then apa lg,jd la aksi2 spontan yang tak terlintas di fikiran :p

ada satu masa,saya bg mic kt abg muadz,jd saya guna headmic,loqman guna cordless mic,then habis performance,saya ngn loqman keluar,then tiba2 dua2 mic tak function.kelakar sgguh!jenuh cover beb!seb baik bole kontrol2 lg..lepastu sekali lg kejadian sama,lepas tukar mic,adjustment setting line cordless mic yg ada pd loqman pulak problem,tk bunyi saya punya cordless pun sama,tertukar setting,habis.-dua2 mc tkley guna mic,apo lagi..stage dh kosong masa tu,terus nampak ada satu lagu headmic yg tk function td,tekan2 sume button yg ada kt situ,bila turn to off,tiba2 berbunyi pulak,trus capai,g keluar,then goreng -:P buat ulasan sendiri persembahan sebelum,pastu goreng2 skit ngn isu2 di palestin,buh sikit fakta2 yg mana sempat keluar dalam kepala.tp alhamdulillah...sumenye Allah mudahkan..tanpa bantuanNya,sudah pasti majlis tu jadik caca marba & haru biru :P juga saya ingin merekamkan jutaan terima kasih kepada amir ridhwan,yg susah payah tukar berkali2 MC text,last2 mereka cipta ayat sendiri.haha.dan juga azliana,stage manager yg sgt berdedikasi,walaupun bertubuh kecik,tp sanggup melayan kerenah sana sini.salute lah!

majlis diteruskan dengan beberapa persembahan lain,antaranya Nasyid Arab tntg kesah kanak-kanak di Palestin dari saudara Jamal,dan diiringi paluan muzik tradisional dari saudara Salah al-Habsyi dari Yaman,persembahan sajak berbahasa arab dr saudara AMmar,juga diiringi selingan perkongsian kehidupan dan kisah di palestin,oleh salah seorang rakyat Palestin yg didtgkn khas ke MMU.


Seterusnya,persembahan penuh semangat,mantap dan jitu dari tak lain tk bukan,fokus utama malam tersebut,Saudara Muadz,yang merupakan penasyid solo tanah air yang meningkat naik namanya baru2 ini dengan lagu-lagu semangat berteraskan Hadis-hadis Rasululullah..satu nafas baru yang menggempur arus nasyid tanah air-pasti memberikan satu impak positif-terbukti pada malam tersebut.Dimulai dengan lagu daripada hadis pertama matan arba'in,Innamal a'malu binniat,berjaya memukau para penonton diiringi paparan slide di kanan dan kiri dewan,memudahkan para pendengar bukan sahaj mendengar,tetapi melihat,justeru memahami apa yang disajikan kepada mereka-hadis berkenaan kepentingan Niat dalam setiap amalan.




gaya2 abg Muadz yg tersendiri & bersgguh2 memukau para penonton



MC meng interview abg muadz selepas persembhn pertama

keadaan yang semakin hangat itu ditambah marak lagi dengan tiupan api semangat daripada sketsa drama pendek dari para pelajar arab,wakil dari History Society-memaparkan kesah dalam sebuah rumah,ahli keluarga mereka yang terbunuh-kesah sedih yg menyayat hati.sgt pilu.

Kelihatan otai2 Zionis yang brutal,tambah lak pak arab berlakon,mmg kene betui watak dia :


tgk muka ketua dia,ganas btui~



mangsanya seperti biasa..rakya palestin..


dalam pada para hadirin dibawa menyelusuri kesah sedih itu.pencetus semangat baru diterbangkan khas,dari Taman Dahlia ke dewan utama MMU,Melaka-satu kumpulan yang tak asing lagi di MMU-ditubuhkan lebih 5 tahun lepas,dan diwujudkan semula dengan nafas baru,penasyid yg baru pada 2 tahun lepas,membawa lagu-lagu nasyid tanah air-tak lain tak bukan- AFWAN.dengan lagu pada malam itu.dipersembahkan "damai yang Hilang".




'Afwan (belah kiri sekali tu vokalis utama,hehe :P)



'afwan diinterview dgn soalan2 panas tntg gaza!

Sebelum kemunculan persembahan yang lebih dasyat dan menggegarkan,sementara menunggu persiapan stage deco,kedua2 MC telah melakonkan watak pelik,demi menghiburkan para hadirin.



tahu apa sebab 1 lg MC kene buli cmtu?tnya sapa yg gi mlm tu :P


Dalam pada hadirin semangatnya telah mencapai tahap membuak2 ala2 volcano-dh capai 70% kepanasan,diselingkan dengan fasa ke dua dan fasa ke tiga ulasan dari kedua-dua Emcee berkenaan Isu Jihad di Palestin,Jihad kita pula bagaimana,serta diterangkan juga sedikit sebanyak fakta-fakta perang terbaru di Gaza,bagaimana mereka dapat mempertahankan kedaulatan dengan baik,serta semangat mereka yang perlu diambil iktibar..moga-moga mampu memberi input yang bermakna serta bermanfaat untuk pada hadirin..

dan disambung lagi..dengan,

persembahan DRAMA seterusnya dibawakan khas juga dari UIA,kumpulan drama yang cukup terlatih dan mantap,persembahan yang berjaya membawa para penonton ke dimensi dan mood yang baru,menyelusuri dunia kezaliman di palestin,dunia penjajahan dan penuh penyeksaaan serta ujian di palestin..

mengisahkan rakyat palestin yang dizalimi seharian,bentuk2 penindasan yang berlaku di sana diterjemahkan secara "real" dan bulat-bulat,bunyi kena belasah bukan dibuat2,tapi memang betul2 buat sampai terkulat-kulat pelakon yg jadi mangsa tu.

PERHATIAN-GAMBAR SETERUSNYA MEMAPARKAN ADEGAN2 GANAS.TAK SESUAI UTK KANAK2 RIBENA.



awai2 dah kena terajang..jahat btui zionis.terajang betui2 lak tuh~iskisk



siap flying kick tu! ala2 stone cold pun ada

Maka apakah kita hanya mampu melihat?inilah realiti yg dihadapi mereka seharian..sepak terajang zionis adalah santapan fizikal mereka saban hari..


perempuan yg lemah dianiaya secukup rasa!



mereka tetap cekal melaksanakan perintah Allah-solat berjemaah!

tetapi Ujian tetap datang utk menguji siapakah antara mereka yang tetap teguh imannya..



dibelasah lg dgn alasan berkumpul utk pergerakan terrorist!

Ada yang tetap menentang dengan kudrat yang ada..sikit2 ilmu silat pulut digunakan..

tetapi zionis yg bengis & ganas itu sedikit pun tidak memberi belas kasihan..



dihentaknya rakyat palestin tu,dinafikan haknya sbg rakyat yang merdeka!

seorang demi seorang mujahidin gugur syahid..

meninggalkan isteri-isteri menjadi janda,meninggalkan anak-anak menjadi yatim,meninggalkan ibu-ibu kehilangan anak2nya..



para ummul mujahidun..bersedeyh dalam gembira..pasti anak mereka di syurga..
jauh di benak hati..bersyukur anaknya mati dlm mempertahankan Agama..tak mati katak mcm mat rempit kt malaysia..


tentera zionis meraikan kemenangan membelasah rakyat palestina.


KAMI LAH yg BERKUASA!kata mereka~..

persembahan drama ini diselingkan juga dengan sajak-sajak semangat,serta kata2 penuh bertenaga.Pelakon2 mereka cukup handal memainkan watak masing,kalo yg zionis tu mmg brutal habis,cakap tak payah guna head mic,boleh dengar satu dewan.kita tgk pun naik seram.para penonton apatah lagi,ada yang menitiskan air mata membayangkan kezaliman sebenar yang pasti berganda-ganda impaknya,dan ada juga menitiskan air liur,(yg tidur la) :p




Sementara menunggu persembahan terakhir,g lari keluar blkg dewan jap,p bergambo.angin pun kuat masa tu :D

seterusnya,persembahan terakhir,dan merupakan klimaks utk meletupkan semangat jihad adalah persembahan terakhir dari penasyid yang memukau penonton pada awalnya-MUADZ!- disajikan lagu nasyid berlandaskan 2 Hadis Rasulullah- bertajuk Amrullah dan Stand up!!

memang penonton pun ramai yg rasa cm nak stand up!! la.memang meremang bulu roma,berpeluh lg (sbb panas kt blkg tu :P)

dan diakhiri dengan bacaan doa beramai2-dan sedikit muhasabah pendek sebelum sama2 bersalam-salaman dan bersurai....dengan penuh semangat.

masa saya ckp,time kasih hadirin hadirat kerana hadir..selesai sudah program kita pada malam ini..expectation saya hadirin akan bangun la kan.sbb biasa program sblm ni,kalo saya jdik MC,ckp cmtu,penonton akan bangun.tapi ni tidak,suma senyap,duduk sopan santun,seolah-olah menantikan persembahan seterusnya.haha...:p nampaknya depa ni semangat baru naik,panas tu tk turun lg :p

alamak.jd terpksa pjg2kan skit lg penutupnya,trpksa ku ulang hampir 3 kali jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak2 yang terlibat.then baru la ada org mula gerak.haha..lepstu terus tutup majlis dengan salam penutup...

oleh kerana sebelum event,tak sempat bermesra-mesra dgn para pengunjung yg dtg..maka lepas event baru sempat bertemu ngn sahabat2 dr jauh,dr cyberjaya,dari KL,dari shah alam,dan dari kolej2 sekitar melaka..dn kesempatan tu saya gunakan utk merakamkan gambr2 kenangan :D

antaranya :




mc gile2 ngn akh Muadz



sbhgian jawatankuasa penganjur..



ada jugak satu family yg ada semangat jihad.bwk habis satu keturunan dtg bg sokongan..



dan juga sahabat2 usrah dari MMU cyberjaya campus..


jadi dengan INI,saya mengucapkan jutaan tahniah kepada jawatankuasa penganjur,Institusi usrah,dan juga perasmi,dari Aman Malaysia,jabatan kebudayaan & kesenian negeri melaka,sponsor dari Yayasan Telekom Malaysia dan juga NGO2 yang terlibat :

Aman Palestin
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Jemaah Islah Malaysia (JIM)
Teras Pengupayaan Melayu (TERAS)
Yayasan Salam Selangor

harapan saya..program ini bukan sahaja dapat memberi kesedaran dalam bentuk umumiyyah & istima'i kpd hadirin hadirat,tetapi juga memberi kesan mendalam dari segi pengamalan cara hidup Islam dari kalangan jawatankuasa sendiri,serta mereka2 yang terlibat..moga2,setiap titik peluh yang dicurahkan,kesungguhan yang disumbangkan,pengorbanan yang dilakukan oleh semua pihak bagi menjayakan program yang julung kalinya diadakan ini,akan dibalas Allah dengan sebaik-baik balasan..

PERSOALAN?apa yang patut kita lakukan selepas ni????

Lakukan sesuatu. Hulurkan sumbangan anda., boikot barangan Zionis, sedarkanlah masyarakat akan perjuangan ini dan berdoalah agar bumi palestin akan kita genggam kembali. Ingatlah kata-kata sultan Abdul Hamid 2 ketika menerima tawaran dari pihak yahudi.

Palestin bukan milikku. Bukan milik bangsa Turki tetapi milik bangsa Arab. Baitul Maqdis juga bukan milik bangsa Arab tetapi milik umat Islam keseluruhannya. Aku tidak akan sekali-kali menyerahkan bumi Palestin walaupun sejengkal setelah bangsaku berjihad bermati-matian untuk mempertahankan dan menyuburkan tanahnya dengan darah-darah mereka.

mari sama2 hayati Hadis Rasulullah berkenaan mereka2 yang berjuang di Palestin..

riwayat Imam Ahmad..

La tazalu thoifah min ummati, min ummati..

(there shall always be a group of people within my ummah)

A'lal haq zhohirin, lia'duwwihim qahirin..

(the truth they uphold, the enemies they resist)

La ya durruhum man khalafahum,

(those who wish to stop them can never do so)

Illa ma ashobahum min lakwak hatta yaktiyahum amrullah

(except for some ordeal tested by ALLAH until the final fate from Him)

wa hum kazalik, qalu ya Rasulallah..

(so they will persist in the struggle, then the Prophet's companion asked him)

wa aina hum?

(where are these people?)

Qala bi baitil maqdis, waakna fi baitil maqdis

(He said..they're in baitul maqdis and its surrounding)


Kekonfiusan berlaku...

MENGAPA UMMAT ISLAM LEMAH HARI INI?JWPNNYA DLM HADITH DI BWH :

Ertinya:

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’.

Seorang sahabat bertanya, “Apakah wahan itu hai Rasulullah?” Nabi kita menjawab, “Cinta pada dunia dan takut pada mati”.

H.R. Abu Daud


MARILAH SAMA2 KITA MENGAMBIL IKTIBAR...

FASTABIQUL KHAIRAT!!


Nukilan dari :

al-kandahlawi
Teratak An-Nushrah

www.pembinamelaka.com
www.iumelaka.com


7 comments:

~ZuLhAiRi~ said...

salam 'alayk...

hoho...baru update MPBP yek...takpa2...isu palestine x bermusim...soifi atau syita' sama saja...

ambui3...kanak2 palestine ye en. khallys...takpa2, badan kecik jiwa besar...haha

hisyam_mujahid said...

subhanallah, jadi MC nta yek. takdak rakaman video ke akhi, bleh kongsi. :)

khaulah said...

akhirnya~... keluar jugak entry ni.. huu~
tahniah! dgrnya mndpt komen yg +ve diberikan kpd mc2 yg hebat2 gila ni~..

Semoga semangat tidak terkubur begitu shj.Bangunlah Ummat Islam!

Takbir! ALLAHUKHBAR!! =)

hamdan al-kandahlawi said...

haza min fadhli rabbi..wa rabbuna

to : zulhairi

betui2..tubuh kecil,bertenaga..dalam dakapan..ibu bapa..lihatlah~[dipetik dr sebuah lagu :P]

to hisyam

video tk psti ada ke tk..:p nnti ana g carik

to khaulah

insayAllah.berusaha lagi

~mIsS_p00h~ said...

Salam Hamdan,

Honestly from audience view, akk x perasan pun mslh2 mic tu ade byk kali problemnye! rs2 mcm x byk sgt tp bc entry awk ni, byk la pulak! InsyaAllah Dia lebih mengetahui ape yg terzahir d mata penonton~ :)

Teringat saat pjumpaan d Sri Ruby~ akhirnya bjaya jg MPBP! Tahniah sme warga kerja~ Muga2 beroleh ganjaran yang setimpal dariNya!

As a result, smp hari ni masih dgr album Muadz without fail everyday! Slmt bjuang utk musim2 akhir stuD~ :)

hamdan al-kandahlawi said...

ye ke?tk perasan?baguih2..kira teknik cover up berjaya lar~:D padahal cuak habes dah.memula event mse 2,3 kali mic stuck,mood cm dh terganggu la..hoho..

bagus2...stand up!! :D

Anonymous said...

salam..

saja nak mencelah..
bertanya perihalnya video..
alhamdulillah, sepanjang program de komiti yang merakamkannya..

try tanya komiti MPBP..
insyaAllah de.