Tuesday

Incik,anda berjaya memenangi RM9000.00!!!!

assalamualaikum semua..

just amik masa nak online jap,nak share one interesting story aku pada harini.amcam?inetersted tak sume tgk topik posting kalini?haha...musti mau kan?

Arakian pagi tadi..aku pun g la keje cm biasa..minggu ni kena stay di office client..[nama company dirahsiakan] :P biasala wat audit.confidential la sgt kan..haha..sebuah company MLM di bandar manjalara,s'gor.

smpai2 kt sana pg td...lebih kurg dalam kul 10 pg la....tiba2 dapat satu panggilan misteri,dari nombor "unknown".

dialognya lebih kurg cm berikut la :

Unknown : hallo,selamat pagi incik (loghat jawa/indon).Mintak maaf kerana menganggu waktu bekerja yincik (lenggok bahasa ala bangla pun ada skit2.)

Hamdan : ek..ye..selamat pagi,Tan Sri Hamdan bercakap.Siapa di sana?

Unknown : incik...tahniah yincik...saya wakil dari Celcom Malaysia..nak umum incik berjaya memenangi undian dari Celcom..yuntuk (loghat2 pelat skit) memenangi hadiah uwang berjumlah RM9000. tunai,dari kami.No. incik tersenarai pemenang yang ke-3.incik punya no. 013628699?

Hamdan : erk..ya..betul2..(terkejut sambil rasa gembira lak,pagi2 org nak bagi 9 ribu beb!) ek..dari celcom ke?cmna saya boleh terpilih?pertandingan apa ni?

Unknown :tada...(pelat2)..incik dipilih dengan undian..tada pertandingan..kami yang pilih...jadi incik suda menang RM9 ribu..lantas saya perlukan NO. akaun incik utk masukkan uwang tersebut.Jadi,boleh incik beri no. akaun bank incik sekarang?

dlm hati :eh,ape kes nak no, akaun ni,dh ler tgh serabut tengok nombor2 yg berselirat masa tu,tanya nombor2 lagi] teringat la plak aku masuk berita dulu,sorg ustaz di kedah kena tipu,modus operandi lebih kurg je cm aku hadapi ni

Hamdan : mcm ni la cik,saya ada keja sikit sekarang,dalam 10 minit call me back.okey

Unknown : okey incik..jawap nanti ya incik

TuuuT----

aku terus keluar ofis,rilek2 dulu...pikir2 secara rasional..apa disebalik semua ni.

pikir punya pikir..aku dapat kesan beberapa benda pelik.

Pertama : Jarang pertandingan/undian nk bg smpai 9 ribu dibuat secara senyap2.tambah2 celcom,macam la celcom ni jenis senang2 je bagi duit cmtu jek.[paham2 je la].kalo ada,musti nak publisiti gila2 kan??

Kedua : Kalo lah betul aku pemenang,atas dasar apa aku menang?takkan undian saja?even post paid aku yang kena kelentong ngn ejen celcom dulu pun tk byr lgik.tetiba aku dpt 9 ribu?ajaib!

Ketiga : ada ke mamat tu tepon ..bleh ckp lagi,minta maaf incik..ganggu masa kerja..[biasa kalo dah menang smpai 9 ribu,jarang le operator company yg nak bg smpai 9 ribu nak ckp cmtu,musti trus tahniah! anda memenangi blabla..and etc.ini cm org bersalah je mntak maap2 ni.iskisk..

keempat : takkan la celcom hired org yg cakap melayu pun pelat semacam jek..ada ala2 bangladon (bangla+indon)..musti cakap lancar..pastu ala2 korporat kan..ini yang paling aku ragu2..


Lepastu,aku amik keputusan untuk test balik si mamat tu.hehe..:D

bila dia call je balik...dialog seterusnya begini..

Unknown : Incik..suda ada no. akaun?saya perlukan cepat incik..

Hamdan : ada2...tengah tulis2 ni..kejap cik,cik ni dari celcom mana?

Unknown : saya dari celcom jln sultan ismail,

Hamdan : ooh..cik nama apa?ofis di situ jugak ke?

Unknown : iyya la![nada makin keras] saya abdul rahman,dari celcom itu la.

[masa ni aku rasa dia dah terjerat,mula la otak aku bg cdgn2 yang lebih jahat utk kenakan dia balik.hehe..]

Hamdan : Oh incik..saya berminat berkenalan dengan incik.,saya sekarang uruskan sapa2 yang berminat buat investment. :D bole saya jumpa cik untuk penerangan lanjut?

Unknown : saya tak berminat macam tu,saya hanya beritahu incik..incik sudah menang undian.

[eh,pehal lak tak berminat cmtu?]-masa ni aku dh gelak2..haha..

Hamdan : encik,encik suka minum apa?dah kawen belum encik?kalo ada kawan saya berminat ngn encik,encik nak kawen dengan dia tak?

[masa ni aku dah gelak2 dlm tepon.]

Unknown : incik,jangan permainkan saya.incik bagi cepat akaun no.,saya tak punyai banyak masa.

[amboih..suka hati pak ndak hang ar..aku lepuk kang,terabur gigi]

Hamdan : no.?no ekor saya ada la.encik mau ka?hahhaha[ketawa jahat masa tu.encik,berapa no telefon ofis encik?

-----------------TuuuuuT---------------[telefon dimatikan].

hahahaha..

:D kelakar sungguh....silap orang ler kalo nak kenakan pun..cm la org buduh sgt.ada la mamat2 dari negara jiran bunyi pelatnya,nak pedajal org tu..

lepas tu,terus aku pun nak call celcom centre.nak tanya betui ka ada undian.mana tau betui ka..hehe..

so aku pun cari2 la..nak call sapa tanya ni.sebab tktau apa no. utk pertanyaan or komplen2 ni.teringat si aizam yang tgh praktikal kat menara TM melaka..haha.:p

aku pun call la aizam...mntk dia msg no. lepas2 dia mesej..aku pun kol la...gaya ala2 org tengah tenat dan nak komplen cm dasyat la...

tuut..tutt..

telefon diangkat..dn kedengaran,Hello,siapa di talian?

Hamdan :Hello..saya Mohd hamdan...saya nak laporkan satu perkara..

kedengaran suara di talian menjawab :

Encik hamdan,pejabat CEO celcom di sini,ada apa2 mesej yang ingin di sampaikan?

erkkk!pala hooo...ada ka aizam bg ni, ceo celcom.wahahha...ingt aku nak mntak sponsor ke apa..

pastu call la plak no. customer service..013 tu....tktau nak tekan apa utk buat aduan.sbb yg ada,tekan 1..utk..blabla..tekan 2 utk blabla..tekan 3 utk blabla..tekan and etc.tkdak plak tekan utk nk komplen apa2 ka.so..maleh ar.aku pun brenti,dn smbung wat keje yg melambak2 tuh..huhu..


So,apa pengajarannya?

Kwn2 suma.kemungkinan korang sume akan melalui apa yg aku dh lalui pagi ni..jgn mudah terpedaya dengan wang,kerana peganglah pada prinsip,wang hanya di tangan,bukan di hati!

tapi mana tau kalo memang betui2 menang ka,aku mintak maaf la yincik..aku bagi suma nombor yg aku ada.hahaha..

p/s : tlg sebar2kan~

-al-kandahlawi-
KPMG
Damansara Utama
PJ.

5 comments:

Anonymous said...

emm.. mmng bnyk case mcm ni..yg gune no. start 006.... ni no. dr indonesia . diorg pun dah maklum psl ni sbb ana pun pnah call celcom center yg tekan 1 bla..tekan 2 bla.. tu.. (blh je ckp nak wat aduan..)...
so pengajrannya..
bila mana2 no. yg pelik2.. pjng2.. start dgn 006.... jgn percy sama skali..

wallahua'alam

Nurul Aizam Zaini said...
This comment has been removed by the author.
Nurul Aizam Zaini said...

wahahahahahahaa..
tu la, hang call sy masa boss ada, dgn kelam kabut sy msg no celcom dlm handphone sy.. lupa tu no ofis CEO celcom.. haha..

xpa2, lenkali bole kwn ngan Datuk Shazaly hahaha...

yincik.. saya minta mahap yincik.. suda silap kasi nombor ya yincik..

hehe.. :D

kamz_moon said...

hehehe..lawak la. aku pun pernah kena gak dulu.. yang peliknya bila aku tanya pemanggil tu tak dapat jawab dia pass kat kawan dia. indon ade, bangladesh ade.. dah rasa semacam. then, bila dia minta no akaun, dengan pantas aku tanya RHB bank boleh sbb tu je akaun yang sy ade??(padahal takde akaun kat RHB pun:p). Then dia tanya lagi dalam akaun tu ade berapa? bila jawab 10 ringgit terus talian terputus.. kurang asam kecut betul..

Enche' Eyezoodean said...

ni la masalahnya call centre. byk nombor nak tekan.hahaha...