Thursday

Cerita tentang :Kem Lepasan SPM 09


Laporan Ringkas Kem Lepasan SPM 09




KAJANG, 25 DIS 09 – Pada 25 hingga 27 Disember yang lepas, seramai 51 orang pelajar lepasan SPM telah mengambil bahagian dalam program tahunan anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) cawangan Shah Alam-Klang atau lebih di kenali dengan nama Kem Lepasan SPM (KLSPM) siri ke 5 di Kem Sungai Merab.





Program ini juga telah mendapat sambutan di kalangan para sukarelawan dan aktivis PEMBINA. Para sukarelawan yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar IPT dan pelajar luar negara telah memberikan sumbangan yang amat berharga dalam menjayakan program ini. Malah program tahun ini turut mendapat sumbangan dari Karangkraf Sdn Bhd, Pasaraya HERO, Dato’Muhammad Safaruddin Muhd Sidek dan Puan Norlaili Mohd Nor.





Program ini telah di rasmikan oleh Presiden PEMBINA, Dr Kamil Haji Tohiran, yang menyeru para peserta agar mengambil manfaat dari kem ini dalam merancang masa depan pasca SPM. Konsep program yang santai ini di harapkan juga dapat menghilangkan tekanan pelajar yang bertungkus lumus dalam SPM yang lepas.




semuanya ceria...

Kem yang diadakan selama 3 hari 2 malam ni memberi pendedahan, penerangan dan perkongsian berguna bagi pelajar lepasan SPM dalam merangka hala tuju untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat IPT. Antara slot-slot yang telah dibentangkan adalah Penerangan Kursus seperti Kejuruteraan, Perakuana dan Perubatan, Tips-Tips Temuduga, Peluang Pinjaman/Biasiswa, dan Perkongsian Pengalaman.



peserta tekun mendengar penerangan kursus

Kesungguhan peserta yang datang dari sekitar Selangor, Kelantan, Perak dan Johor terserlah sepanjang program berlangsung walaupun hujan lebat pada hari kedua. Walaupun semua peserta baru berkenalan, kerjasama yang di tunjukkan dalam Persembahan Kebudayaan dan Team Building menggambarkan satu ikatan ukhwah yang erat sesama mereka telah terbentuk dalam program sesingkat ini.




malam persembahan

Semoga KLS akan memberi manfaat yang terbaik kepada lepasan SPM 2009. Terima kasih dan penghargaan kepada sukarelawan, aktivis dan semua yang telah memastikan kem ini berlangsung dengan jayanya. Jumpa lagi di KLS 2010! Insya Allah




Jungle Trekking


***********

tambahan perkongsian...

Alhamdulillah..at the end of the day,berakhir sudah program KLSPM 09 ini..

Ini juga merupakan program pertama yang dipertanggungjwb kan kepadaku semenjak berhijrah ke PEMBINA Shah Alam Klang,dari PEMBINA Melaka..

Bila difikirkan balik,rugi sangat zamanku dulu tak terdapat program seumpama ini,untuk menunjukkan jalan dan bantuan selepas SPM..hanya mengikut arus,jika ke kanan,ke kananlah ia..jika ke kiri,ke kirilah ia..

memandangkan ini first program,dan dah tak buat program lebih dari 3 bulan sebelum tu,menyebabkan agak kekok untuk memanaskan semula enjin yang kesejukan itu..apatah lagi cabaran demi cabaran satu persatu mendatang,menyebabkan kadangkala jiwa ini merasai kesempitan..tetapi bila memikirkan semula,inilah NGO,semuanya sukarela..semuanya hanya menanti balasan akhirat,ku gagahkan jua..

walaupun cabaran dalam berprogram ni telah masak ku lalui selama lebih 4 tahun,tetapi kali ini lebih mencabar dengan atmosfera ku yang benar-benar berbeza..

terjahan kerja demi kerja di ofis,dan dugaan "urgent request" dari customer,dan pada masa yang sama 2,3 kes berturut2 menyebabkan kelelahan yang tak dapat digambarkan dengan kata-kata..bermalam di dalam kereta beberapa kali,telah ku lalui..dalam masa yang sama,KLSPM 09 sedang menghampiri,hari demi hari,detik demi detik..

cabaran untuk mendapatkan peserta dalam skop yang lebih luas dari di U dlu,cabaran untuk menguruskan kewangan yang sangat menghimpit,cabaran untuk mendapatkan tajaan,dan untuk menyediakan yang terbaik kepada para peserta ini bertali arus menghentam diri yang faqir ini...

masalah dalam mendapatkan tempat yang sesuai juga benar2 menguji seorang "org baru" di selangor ni,apatah lagi tempat yang dah diusahakan utk program ini berlangsung,iaitu di Kem Herba Sungai Congkak,tiba2 pada hari di mana meeting untuk finalise tempat & core aktiviti sedang berjalan, tokeynya memaklumkan tempat tu dah diberi kepada orang lain....fuhhh..hati membara sungguh..ada masa less than 3 weeks utk all out..Tapi,pasti perancangan Allah lebih hebat..

alhamdulillah..segala puji hanya utkNya..yang Maha Hebat dalam merancang..Maha Bijaksana..satu persatu isu2 yang timbul berjaya diselesaikan dengan baik..dari isu tempat hinggalah sekecil2 isu..dengan bantuan dan pengorbanan sahabat sahabiah,krew KLSPM 09,team STAM yang all out promosi,team tajaan yg diketuai akh fairol yang very multitasking,berjaya mendapat sokongan padu dari Karangkraf,saya kira satu anjakan baru yang perlu diperkemaskan lagi..juga dari para penyumbang individu yang tertera dalam entry di atas,saya ucapkan jutaan terima kasih..


Jumpa lg di KLSPM '10 :)

Gambar lanjut di : Flickr

Lagi cerita tntg KLSPM 09,bole rujuk :

- akh danial
- ukht syada
- ukht fatimah

atau rujuk laman sesawang rasmi..

Blog Kem Lepasan SPM






al-kandahlawi

Unit Sukarelawan
Pembina SAK.
http://www.pembinaselangor.com

7 comments:

zuwairiaiman said...

menarik cerita ni.. terima kasih berkongsi

khaulah said...

tahniah!

hamdan al-kandahlawi said...

time kasih sume

Ain Faisal said...

mabruk 'alaik!
p'juangan tu mmg pahit,
sbb syurga tu manis.
slm mujahadah!

حيفا نظيره said...

assalamualaikum..minta izin copy gambar untuk promo video KLS 11.jzk

حيفا نظيره said...

assalamualaikum..minta izin copy gambar untuk video promo KLS 11..jzk

hamdan al-kandahlawi said...

w'salam..

boleh..silakan ukht nazirah