UTK ANDA SEMUA!Marilah bersukan untuk ISLAM =)
Persatuan Belia Islam Nasional akan menganjurkan satu Karnival sukan yang diberi nama;
Karnival Sukan Belia Islam Malaysia 2009!
Bertempat di : Universiti kebangsaan Malaysia
pada : 19 Disember 2009
Sesuai dengan syariat Islam, tempat dan acara sukan bagi lelaki dan wanita akan diasingkan. Berikut adalah senarai pertandingan yang ditawarkan bagi Lelaki dan Wanita beserta yuran penertaan bagi setiap pasukan;
Pasukan Lelaki 1. Bola Sepak 6 sebelah - RM100/pasukan 2. Bola Tampar - RM120/ pasukan 3. Bola Keranjang - RM50/
Pasukan Wanita : 1. Bola Jaring - RM100/ pasukan 2. Bola Tampar - RM 100 / pasukan 3. Bola Keranjang – RM50/ pasukan
Al aqlu salim fi jismi salim… Akal yang sihat adalah dari badan yang sihat. Islam melihat proses pembinaan fizikal yang utuh seseorang Muslim itu sebagai satu kewajipan yang harus di berikan perhatian agar beliau dapat melakukan tugasnya sebagai khalifatullah fil ard di muka bumi, mentaati perintahNya dan menjauhi laranganNya secara berterusan .
Badan yang sihat akan melahirkan minda yang sentiasa aktif untuk membuat sesuatu kebaikan dan menghilangkan rasa malas, kurang motivasi, mengurangkan penyakit dalam badan dan membawa kepada kecemerlangan dalam kehidupan seseorang Muslim samada dia seorang pelajar atau apa sahaja profesyen yang dia ceburi. Malah kualiti dalam hasil kerjanya juga akan terserlah dan akan meningkat dari masa kesemasa di sebabkan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan mampu memberi penumpuan dan fokus kepada kerjanya.
Justeru, seseorang Muslim memerlukan kesihatan tubuh badan agar dia dapat melakukan amal soleh dan kerja-kerja kebajikan dan meningkatkan kualiti kerjanya agar akhirnya disayangi dan lebih disukai oleh Allah seperti dalam hadith yang mafhumya ‘Allah lebih menyayangi orang Mu’min yang kuat dari orang Mu’min yang lemah’ Menyedari kepentingan dan keperluan penjagaan jasmani dan tubuh badan yang sihat.
Oleh itulah marilah kita bersama-sama menyemarakkan dan memeriahkan karnival sukan yang dianjurkan oleh PEMBINA untuk kekuatan dan kesihatan badan agar dapat melahirkan minda yang sihat dan cergas untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat sebagaimana yang kehendaki oleh Pencipta yang Maha Berkuasa.
Jumpa di sana!
al-kandahlawi
Teratak Baitulhikmah Wa zahrowat
0 comments:
Post a Comment