assalamualaikum..
H1N1 !!!
satu igauan ngeri yang mula menerjah dan menggugat kehidupan manusia di kala ini.
masing2 takut,rasa tak selamat,dan ingin lari dari virus pembunuh ini.
kematian sesuatu yang memang tidak dapat dielakkan,apabila tiba masanya..
sikit rentetan dalam idupku,yang terkesan akibat demam yang disgkakan H1N1 ini..huhu.
sepatutnya,tarikh lapor diri dan start training dengan Telekom Malaysia adalah pada 3 august (isnin)..
jadi pada 1 august,saya pun dengan rasminya keluar dari negeri Melaka yang tercinta,dan memulakan kehidupan baru di shah alam,selangor..berpindah d rumah Baitul Hikmah wal Qudwah nadamah,seksyen 7. :D
Malam 1 august tu join konsert antara Dunia-anjuran GAMIS di stadium malawati seksyen 13..maka pegi la sama2 ngn azril(blankurt) din dan ikhwah dr shah alam..
alhamdulillah,persembahan sgt menarik,especially dr Shoutul Harakah..dan lagu yang didendangkan Ust asri Rabbani..lagu terakhir dr beliau malam tu,bertajuk selimut putih..masih terngiang2..apabila beliau benar2 berselimut putih kelmarin..tak sangka..kehilangannya sgt dirasai..
esok pagi pulak,lepas kemas2 barang..pegi la ke MMU cyberjaya..since ada program talk bertajuk Muslim & non-Muslim relation in Malaysia..speaker mantap2..di pendekkan cerita..masa balik malam tu ke shah alam,badan rasa tak sedap..kepala dah pening2..hingus mencurah2..petanda2 demam mula dirasai..since dah lama tak demam.
singgah p beli activefast sblm smpai rumah..makan 2 bijik..bangun esok pagi tu..still tkdak kesan.Tapi lepas mandi..solat sume..badan cm kuat skit,gagah jugak la pegi lapor diri ke Multimedia College(MMC) jalan semarak..terpaksa mengharungi kesesakan naik LRT d pagi hari,dengan beg besar..utk training 3 minggu..
sampai di sana..taklimat la..perasmian la..mcm2 tentatif yang tk diberitahu langsung sebelumnya dijalankan..smpai la dlm kul 12 lebeyh..baru start nak hantar borang sume..pada asalnya,dikhabarkan utk pelajar tajaan YTM (scholar) training akn dibuat di MMC jek..so rasa lega sikit.demam2 bleh la kut nak balik umah sat kalo tk larat sgt.
selepas sejam lebeyh cmtu....dapat announcement lagi..ada kes H1N1 di MMC..so nak lari punya pasal,budak scholar diwajibkan utk training di Terengganu..pulak dah...serabut btui!
pastu briefing berjalan lagi..tak lama lepas tu...satu lagi announcement,student scholar kena pindah training di Taiping pulak..aduyai~~...sbr jela..
takpa.selesai bab tu.oleh kerana lama sgt duk dlm aircond..suhu badan tetibe naik mencanak..badan mula rasa sakit2..sendi dr pinggang ke bawah habis rasa cm nak tercabut..tangan lenguh2..hingus jgn ckp la..
tak tahan punya pasai..tanya la kt pegawai TM tu..nk g klinik terdekat.dapat tau je demam..terus perbincgn hangat dilakukan antara pegwai TM,dan serta merta saya diminta tangguh dri sertai training utk elakkan dr sume pakat kena demam nnti.
ada sorg pegawai tu siap tanya : bila demam ni
saya jwb : semalam..tp pg td cm ok..ni makin panas lak.
jwb beliau : ha..tu kalo kejap ok kejap tk ok tu..lain mcm tu.kena cek balik tu.
bole pulak dia jwb gitu..hampeh tul.kasi la semangat ka..haha
tp mmg dh tk tahan masa tu...rasa nak baring jek.ngn sakit2 sume..pening kepala jgn ckp la..
maka trpaksa saya balik rumah berehat,dan kena masuk training 1 september..tangguh sebulan tu..org keje..tk sempat keje dah dpt cuti :P
oleh kerana mmg tak larat sgt dah,maka saya pun mesej la blankurt (azril) utk tlg ambik di MMC,bwk g spital..
naseb baik la beliau mengorbankan masa keje,ambik cuti separuh hari,dtg bwk g spital HKL..(time kasih banyak2..Allah jua yg membalas).
sampai2 di HKL..dengan jemm sume..ya Rabbi..dengan tak larat..sakit..leteyh..hingus..nak g cek..tgk org ramai beratur dari dalam kaunter pesakit luar smpai ke luar nak ke kaki lima spital..tnya kerani spital kt situ,kt mana nak g cek demam ni.Dia tunjuk je..ha adik beratur kt situ
dlm hati jgn ckp la..mmg sengaja nak bagi mati lagi cepat la kalo mcm ni.beratur punya panjang,bukak 1 kaunter jek utk g cek demam,bersesak2.just utk ambik nombor..bukan utk cek lagi.tgk No. tertera pada masa tu 1113...ada sorang makcik yg dh ambik no.,lalu sebelah..tgk2 no yang dia pegang tertera no. 3 ribu something!
masyaAllah..bila bole cek kalo cmni.ada 2 ribu lebeyh,tk campur yg tgh beratur panjang berjela ni.terus call azril..mmg tkdak harapan nak cek harini kt HKL.teruk betul!
nak keluar pulak,dengan jalan nak masuk pun sesak habes.terpaksa jalan kaki ke seberang HKL,tunggu azril di sebelah.pegi pulak hospital sungai Buloh..seb baik sampai sana tak jem suma...alhamdulillah.nampak cam lengang..tp smpai2..ambik no. kat kaunter..
tempat utk g cek demam ni adalah bangsal van ambulan.huhuhu..sadis..tgk kt situ dah ramai duduk menanti..aduyai...kena tunggu pulak la cmni..oleh kerana kerusi suma penuh..bukan penuh dengan pesakit,penuh dengan keluarga pesakit.apa raaa..patut bagi la priority kt yg sakit duk ats kerusi.ni yang sakit plak kena duk ats lantai..termasuk la saya sendiri.
tunggu berjam2 lamanya..tk tahan sgt..terus baring ats lantai..pastu dtg la nurse..cek suhu..angka menunjukkan 39.5 degree..
sorg lagi pesakit duk sebelah,suhu dia 40.2 degree..bengang plak rasa tgk pesakit suma kena duk kt lantai.huhuhu..ini la hospital kita~
sambil2 tggu tu,sempat lak jumpak kwn lama masa di MMU,skrg sambung di UniKl..borak2..dia pun bwk kwn dia sorang lagi,sakit demam sebijik cm simptom yg dialamiku.huhuhu..
sabar je la...sampai dlm 2 lebeyh..tggu dkt2 kul 5 baru la dipanggil nama utk cek..ada 2 kali cek..cek tekanan darah ngn menatang apa ntah letak kt jari telunjuk.lepastu kena tggu lagi..tggu punya tggu..lama betul!
last sekali nama dipanggil jugak.masuk2..doktor ke ntah la tak pasti.pakai baju t-shirt jek.dtg cek2..tanya2,ada cirit brit tak,ada loya2 tak,cmtu2 jek.pastu siap..aduyai,,,kalau tau cmni je treatment,memang tk gi dah hospital.,.tanya la dia,tk kena cek darah ke ape ke.jwbnya tkpa2..tkperlu cek lagi.nnti lepas 3 hari ke..adik g cek sendiri darah,tgk ada denggi ke tidak.
tetibe rse cm blur kejap.punya lama tggu..cmni je jwpn dia.
masa tgh tggu nk ambik ubat dr farmasi hospital,ada la sorang makcik g kt kaunter ambik no. td..tanya org yg jga kt situ : "saya ni dtg jauh2,nak buat screening utk anak saya dh 2 hari demam panas..takkan nak cek darah dia pun kena tunggu 3 hari lagi?" bengang jek makcik tu.saya pun turut bersetuju dgn makcik tu.huhuhu..tp apakan daya~
Malaysia negara ke 9 kematian tertinggi di dunia..sangat teruk!ahli politik suma sibuk dgn politik masing2.tk amik berat hal ni.sedangkan virus ni dh peringkt kritkal.di negara luar,suspected kes belasan ribu,tp mati sikit,kerana pengawalan dan langkah pantas yang di ambil.malaysia suspected kes dlm 2 ribu lebeyh 3 har lepas,mati dh lebih 50 orang.sgt teruk!
tgk la keadaan di hospital pun..ckup la.tu tk kira lagi doktor2 di klinik yg taknak terima pesakit yg demam.lagi kurang ajar,patut trus haramkan org tu dr duk malaysia,hantaq pi duk kat botswana sana tu.baru dia tau!
bukti teruknya pengawalan dan tindakan pihak berwajib di Malaysia ini diakui di
Sebanyak 40 peratus daripada 56 korban wabak selesema A (H1N1) meninggal dunia akibat "kelewatan mendapat rawatan awal" dan sebanyak 13 peratus pula angkara "kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan".
Statistik itu didedahkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hariannya berhubung wabak tersebut hari ini.
"Saya ingin memaklumkan bahawa majoriti kematian ini mempunyai faktor-faktor penyumbang kematian seperti faktor risiko kesihatan (70 peratus), di samping itu juga daripada jumlah kematian tersebut, sebanyak 40 peratus didapati mempunyai faktor kelewatan mendapat rawatan awal dan sebanyak 13 peratus kematian didapati ada unsur kelewatan pengesanan oleh pengamal perubatan," katanya.
alhamdulillah..hari ketiga ku demam dah sembuh...time kasih kepada sahabat2 yang mendoakan,sms bertalu2 masuk.sampai tk sempat nak reply..missed call pulak tk sempat nak call back..time kasih semua..harap kalian juga sehat sejahtera..
tak lupa kepada azril(blankurt) yang ylg bwk g spital,sahabat2 yang baru dikenali,di rumah baitul Hikmah,tapi sgt caring macam nurse.haha..time kasih banyak2~ yg tlg beli makanan sume2..special thanks to amal asrol(jejaka idaman malaya no.2) :D yg tlg hidang makanan,roti nan,tlg beli 100 plus..dan shbt2 serumah yg lain..
tapi harini batuk2 plak..rasa cm nak demam balik.iskisk..hope baek2 aja~~ameen..
al-kandahlawi
Baitul Hikmah
Isi Khutbah Eidul Fitri 1439H / 2018M
6 years ago
1 comments:
ubat kena makan imut waktu,
antibiotik perlu dihabiskan, ubat xboleh disimpan tmpat panas
=)
Post a Comment