sEbuAh KesAh MujaHidiN~
Ana renung hamparan lelangit malam dari birai jendela. Kosong. Gelap. Hitam pekat. Entah ke mana hilangnya sang bulan. Entah di mana sembunyinya bebintang yang saban malam bergentayangan di puncak sana. Malam ini sunyi sekali persis rumah ana yang sepi daripada gelak-tawa anak-anak. Sunyi daripada usik-mengusik Fathul Rahman, Khairul Bariyah, Zaid dan Fatma. Lebih sunyi tanpa walid mereka, tanpa suami ana yang dicintai, Fakhrul Razi.Kini di atas hamparan sejadah ana bermujahadah sendirian. Melawan kocakan kalbu yang kian parah.
Ana masih ingat dosa Sharon 20 tahun yang lampau apabila beliau terlibat secara langsung mengarahkan pembunuhan beramai-ramai pelarian di kem shabra dan shatila. Ketika itu ana masih anak kecil. Tidak tahu apa itu peperangan. Tidak kenal makna kebuluran. Ana tidak betah bertanya apa yang sedang dan bakal terjadi. Anak-anak kecil seperti ana hanya tahu bermain, makan dan tidur. Tidak mengerti apa-apa. Namun kala itu, ana masih punya mata untuk melihat apa yang terjadi. Punya telinga untuk mendengar.
Ummi dan walid pergi dalam keadaan yang menyiksakan dan menyayat hati. Walid ditembak dari depan, belakang, kanan dan kiri. Berhamburan percikan darah merah membasahi bumi Palestin. Ana masih ingat laungan takbir yang bergema di serata kem tatkala pembunuhan beramai-ramai di situ. Ummi yang bersembunyi meluru ke arah walid. Ummi tidak menghiraukan bahaya di depan.
Ketika itu juga, 3 orang askar Yahudi zionis meluru ke arah ummi. Pantas ummi menyuruh Ana bersembunyi. Erat tangan ummi terlerai dari cengkaman jemari kedil Ana. Ana lari tidak toleh belakang lagi. Ana berhenti dan ana lihat ummi ditendang di perut, ditampar-tampar di muka. Ummi menjerit dan kalimah takbir tidak putus-putus bertali dari bibir ummi yang dibasahi darah pekat. Akhirnya ummi rebah di sisi walid. Ana hanya mampu melihat jasad ummi dan walid dipijak-pijak oleh askar-askar Yahudi laknatullah itu. Ketika itu juga ramai lelaki Palestin yang masih hidup dibawa ke penjara. Dan sesungguhnya, Peristiwa hitam itu masih tersemat di kotak memori.
Setelah pemergian ummi dan walid, ana tinggal bersama keluarga pakcik Salam. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran atas segala jasa Pakcik Salam dan keluarga yang banyak menabur budi dan mencurah kasih sayang buat Ana.
Seawal usia 21 tahun ana berkahwin dengan Fakhrul Razi, anak sulung makcik Sumaiya. Dia seorang yang tebal roh jihadnya. Masih segar dalam ingatan bagaimana suaminya yang dikasihi diheret keluar dari rumah dengan kejamnya. Anak-anak menjerit ketakutan. Ana merayu minta fakhrul razi dilepaskan. Satu tamparan mengenai wajah. Darah merah membasahi bibir. Fathul rahman, anak sulung Ana cuba bertindak. Ana tidak menyangka dia seberani walidnya. Tapi setakat manalah kudrat lelaki yang baru meniti usia 18 tahun berbanding sang askar yang telah lengkap imu ketenteraan di dada.
Fajar mula menampakkan wajah dari sebalik bukit. Nun di kejauhan, kelihatan bebayang hitam menuju ke rumah Ana. Fathul Rahman bingkas bangun. Walidnya dibawa pulang jua oleh mereka. Namun begitu kuntuman harapan yang baru mula hendak berkembang di jambangan jiwa hancur luluh begitu sahaja apabila Walid mereka (Fakhrul Razi) ditembak bertubi-tubi di hadapan mata. Kejam sekali manusia-manusia itu. Mayat Fakhrul Razi dipijak-pijak sesuka hati. Mereka seperti meraikan sesuatu. Setelah nafsu zalim dipuaskan, mereka meninggalkan fakhrul razi yang tidak bernyawa di situ.
bayangkan,ayah,atau pakcik,atau abang atau adik kamu,salah seorang dlm gambar di atas.Apa yang anda akan lakukan??
Ana pasrah dan redha atas apa yang terjadi. Ana kini sebatang kara. Pengkhianat hak asasi kemanusiaan itu telah merampas segala-galanya. Rakus mereka membenamkan peluru-peluru tidak bermata itu ke dada suami dan anak-anak ana yang ana sayangi. Kini ana kehilangan mereka. Dan sungguh! Ana tidak akan memaafkan perbuatan durjana itu.
-----------------------------------------nav----------------------------------------------
YA AYYUHAL MUSLIMIN...!!!
Mafhum sbda Nabi : Barangsiapa tidak mengambil peduli urusan Umat Islam yang lain,maka dia bukanlah tergolong dari kalangannya...
Hampir setiap hari...berita demi berita..ulasan demi ulasan yang kita dengar berkenaan isu PALESTIN DAN MASJIDILAQSA..
Mafhum sabda Nabi yang lain : Tidaklah sempurna iman seseorang itu,sehinggalah dia mencintati saudaranya yang lain seperti mana dia menyintai dirinya sendiri...
tapi persoalannya : Apakah TINDAKAN kita?bagaimana kita nak menunjukkan kepedulian kita?biarpun usaha yang sedikit,inysaALlah,pasti ada ganjarannya dari ALLAH..
PELUANG UTK BERAMAL :
Satu mesej dari pimpinan kita
Menemui ikhwah yang dikasihi...
Tiada yang lebih kita kasihi melainkan kasih kita kita pada agama ini, Allah dan Rasulnya.
InsyaAllah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Aman Palestin akan mengadakan rapat umum untuk Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka seperti detail berikut...
Anjuran: Aman Palestin & ISMA
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam.
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.
Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.
9 pagi - berhimpun di Stadium Melawati ,Shah Alam
10 pagi- Ucapan wakil-wakil NGO
11 pagi- ucapan dari wakil Palestin
11.30 pagi - Laungan Semangat 12.30 tghari- Edaran stiker palestin kepada hadirin & bersurai
Marilah sama2 menunjukkan semangat serta sokongan terhadap saudara seIslam kita,melalui apa jua saluran yang kita mampu..insyaAllah..
"setiap kebaikan walau sebesar zarah,akan Allah balasi,setiap pengorbanan yang dicurahkan KERANA ALLAH semata2..pasti tidak akan sia-sia.."
p/s : kepada yang berada area2 KL/Damansara/Puchong,jika hendak menyertai boleh tumpang saya,insyaAllah.Tlg sebarkan..ameen..
-al-kandahlawi
cc
Kota Damansara
Seksyen 7
3 comments:
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu
di batang-batang leher musuh-musuh kami,
Dan kami berlindung dengan-Mu
daripada kejahatan-kejahatan mereka,
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,
pecah-belahkanlah dan kacau bilaukanlah persatuan mereka,
Goncangkan pendirian mereka,
Dan hantarkanlah anjing-anjing Kamu kepada mereka,
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa,
Wahai Tuhan Yang MAha Menghukum,
Wahai Tuhan Yang bersifat Murka.
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan,
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab,
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka!
Kalahkan mereka!
Dan menangkan kami ke atas mereka.
Amien.... amien ya Rabbal'alamin..
"hanya doa yg mampu kukirim sebagai senjata utama"
AllahuAkhbar!!
p/s: bestnye kalau ana dpt skali ikut Rapat Umum tersebut... :(
salam..mintak maaf, nak tnya, sy ni cetek pngetahuan.. kurg pemahaman..
ape tujuan dibuat rapat umum?
w'salam..
rapat umum adalah gathering atau perkumpulan beramai2 untuk menyatakan bantahan,terhdp yahudi laknatullah,serta menyatakan sokongan kepada para mujahidin di bumi palestin..
melalui rapat umum,sekurg2nya,kita dapat menunjukkan empati terhdp mereka di sana,serta boleh memberi kesedran keapda umat Islam sekarang yang masih alpa..
rapat umum juga digunakan untuk mengadakan collection/derma serta pelancaran tabung bantuan untuk rakyat palestin yang ditindas..
sekian
-al-kandahlawi-
Post a Comment