Monday

Kesah Isteri2..:)

Sama-sama kita baca artikel dibawah dan kita ambil pengajaran dr apa yang terkandung didalamnya....dan sama-sama kita sampaikan pada org yang tak masuk dalam portal ini....semoga kita dapat manfaat bersama.wallahualam....

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta dan kesenangan yang banyak. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isteri keempatnya itu.Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isteri ketiganya ini kepada semua temannya.

Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini akan lari dengan lelaki yang lain.Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Dia juga sangat menyukainya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang ini mendapat masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya melalui masa-masa yang sulit.Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga ini. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan dan usaha si suami. Akan tetapi si pedangang tidak begitu mencintainya.

Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya namun, pedagang ini tidak begitu memperdulikannya.Suatu ketika, si pedagang sakit. Kemudian dia menyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak lama lagi. Dia mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata dalam hati, "Saat ini. Aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal. Aku akan sendiri. Betapa menyedihkan jika aku harus hidup sendiri."

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, "Kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau gaun dan perhiasan yang indah. Nah sekarang. Aku akan mati, mahukah kau mendampingiku dan menemaniku?" Isteri keempatnya terdiam. "Tentu saja tidak!" jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati seakan-akan ada pisau yang terhunus dan menghiris-hiris hatinya.Pedagang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya, "Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan saat ini, hidupku akan berakhir. Mahukah kau ikut denganku, dan menemani akhir hayatku?". Isteri ketiganya menjawab, "Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati". Pedagang begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.Lalu, dia bertanya kepada isteri keduanya, "Aku selalu berpaling padamu setiap kali mendapat masalah. Dan kau selalu mahu membantuku. Kini. Aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?" Si isteri kedua menjawab perlahan, "Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu."Jawapan itu seperti kilat yang menyambar.

Si pedagang kini berasa Putus asa.

Tiba-tiba terdengar satu suara, "Aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke manapun kau pergi. Aku, tak akan meninggalkanmu. Aku akan setia bersamamu." Si pedagang lalu menoleh ke arah suara itu dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Berasa menyesal, si pedagang Lalu berguman, "Kalau saja aku mampu melayanmu lebih baik pada saat aku mampu, tak akan kubiarkan kau seperti ini isteriku."

Teman, sesungguhnya kita punya empat orang isteri dalam hidup ini;

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi segera apabila kita meninggal. Tak ada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadapNYA.ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan pergi kepada! yang lain. Mereka akan berpindah dan melupakan kita yang pernah memilikinya.ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka tak akan mampu bersama kita selamanya.Hanya sampai kuburla mereka akan menemani kita.DAN SESUNGGUHNYA ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amal kita. Mungkin kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi.Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk Terus setia dan mendampingi kemanapun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita diakhirat kelak.

~_~

Thursday

Kita Takkan kalah!

ni adalah palestin song,bertajuk we will not go down...yang boleh kita hayati sama2 insyaALlah..

credit kepada abg khair di http://ibnukhair.wordpress.com kerana menyebarkan ia..

mari sama2 hayati dgn penuh kesabaran..

adakalanya..video/lagu/gambar lebih memberi seribu satu makna yang menyentuh hati...




Lirik seperti berikut :

A blinding flash of white light
Lit up the sky over Gaza tonight
People running for cover
Not knowing whether they’re dead or alive

They came with their tanks and their planes
With ravaging fiery flames
And nothing remains
Just a voice rising up in the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight

Women and children alike
Murdered and massacred night after night
While the so-called leaders of countries afar
Debated on who’s wrong or right

But their powerless words were in vain
And the bombs fell down like acid rain
But through the tears and the blood and the pain
You can still hear that voice through the smoky haze

We will not go down
In the night, without a fight
You can burn up our mosques and our homes and our schools
But our spirit will never die
We will not go down
In Gaza tonight


(Composed by Michael Heart)
Copyright 2009

Bleh ambik lagu tu di sini dgn mp3 format--> download

MANA KAMU SEMUA wahai MUSLIM!?-RAPAT UMUM!

sEbuAh KesAh MujaHidiN~






Ana renung hamparan lelangit malam dari birai jendela. Kosong. Gelap. Hitam pekat. Entah ke mana hilangnya sang bulan. Entah di mana sembunyinya bebintang yang saban malam bergentayangan di puncak sana. Malam ini sunyi sekali persis rumah ana yang sepi daripada gelak-tawa anak-anak. Sunyi daripada usik-mengusik Fathul Rahman, Khairul Bariyah, Zaid dan Fatma. Lebih sunyi tanpa walid mereka, tanpa suami ana yang dicintai, Fakhrul Razi.Kini di atas hamparan sejadah ana bermujahadah sendirian. Melawan kocakan kalbu yang kian parah.

Ana masih ingat dosa Sharon 20 tahun yang lampau apabila beliau terlibat secara langsung mengarahkan pembunuhan beramai-ramai pelarian di kem shabra dan shatila. Ketika itu ana masih anak kecil. Tidak tahu apa itu peperangan. Tidak kenal makna kebuluran. Ana tidak betah bertanya apa yang sedang dan bakal terjadi. Anak-anak kecil seperti ana hanya tahu bermain, makan dan tidur. Tidak mengerti apa-apa. Namun kala itu, ana masih punya mata untuk melihat apa yang terjadi. Punya telinga untuk mendengar.

Ummi dan walid pergi dalam keadaan yang menyiksakan dan menyayat hati. Walid ditembak dari depan, belakang, kanan dan kiri. Berhamburan percikan darah merah membasahi bumi Palestin. Ana masih ingat laungan takbir yang bergema di serata kem tatkala pembunuhan beramai-ramai di situ. Ummi yang bersembunyi meluru ke arah walid. Ummi tidak menghiraukan bahaya di depan.

Ketika itu juga, 3 orang askar Yahudi zionis meluru ke arah ummi. Pantas ummi menyuruh Ana bersembunyi. Erat tangan ummi terlerai dari cengkaman jemari kedil Ana. Ana lari tidak toleh belakang lagi. Ana berhenti dan ana lihat ummi ditendang di perut, ditampar-tampar di muka. Ummi menjerit dan kalimah takbir tidak putus-putus bertali dari bibir ummi yang dibasahi darah pekat. Akhirnya ummi rebah di sisi walid. Ana hanya mampu melihat jasad ummi dan walid dipijak-pijak oleh askar-askar Yahudi laknatullah itu. Ketika itu juga ramai lelaki Palestin yang masih hidup dibawa ke penjara. Dan sesungguhnya, Peristiwa hitam itu masih tersemat di kotak memori.

Setelah pemergian ummi dan walid, ana tinggal bersama keluarga pakcik Salam. Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang dapat memberikan ganjaran atas segala jasa Pakcik Salam dan keluarga yang banyak menabur budi dan mencurah kasih sayang buat Ana.

Seawal usia 21 tahun ana berkahwin dengan Fakhrul Razi, anak sulung makcik Sumaiya. Dia seorang yang tebal roh jihadnya. Masih segar dalam ingatan bagaimana suaminya yang dikasihi diheret keluar dari rumah dengan kejamnya. Anak-anak menjerit ketakutan. Ana merayu minta fakhrul razi dilepaskan. Satu tamparan mengenai wajah. Darah merah membasahi bibir. Fathul rahman, anak sulung Ana cuba bertindak. Ana tidak menyangka dia seberani walidnya. Tapi setakat manalah kudrat lelaki yang baru meniti usia 18 tahun berbanding sang askar yang telah lengkap imu ketenteraan di dada.


Fajar mula menampakkan wajah dari sebalik bukit. Nun di kejauhan, kelihatan bebayang hitam menuju ke rumah Ana. Fathul Rahman bingkas bangun. Walidnya dibawa pulang jua oleh mereka. Namun begitu kuntuman harapan yang baru mula hendak berkembang di jambangan jiwa hancur luluh begitu sahaja apabila Walid mereka (Fakhrul Razi) ditembak bertubi-tubi di hadapan mata. Kejam sekali manusia-manusia itu. Mayat Fakhrul Razi dipijak-pijak sesuka hati. Mereka seperti meraikan sesuatu. Setelah nafsu zalim dipuaskan, mereka meninggalkan fakhrul razi yang tidak bernyawa di situ.



bayangkan,ayah,atau pakcik,atau abang atau adik kamu,salah seorang dlm gambar di atas.Apa yang anda akan lakukan??

Ana pasrah dan redha atas apa yang terjadi. Ana kini sebatang kara. Pengkhianat hak asasi kemanusiaan itu telah merampas segala-galanya. Rakus mereka membenamkan peluru-peluru tidak bermata itu ke dada suami dan anak-anak ana yang ana sayangi. Kini ana kehilangan mereka. Dan sungguh! Ana tidak akan memaafkan perbuatan durjana itu.

-----------------------------------------nav----------------------------------------------

YA AYYUHAL MUSLIMIN...!!!

Mafhum sbda Nabi : Barangsiapa tidak mengambil peduli urusan Umat Islam yang lain,maka dia bukanlah tergolong dari kalangannya...

Hampir setiap hari...berita demi berita..ulasan demi ulasan yang kita dengar berkenaan isu PALESTIN DAN MASJIDILAQSA..

Mafhum sabda Nabi yang lain : Tidaklah sempurna iman seseorang itu,sehinggalah dia mencintati saudaranya yang lain seperti mana dia menyintai dirinya sendiri...

tapi persoalannya : Apakah TINDAKAN kita?bagaimana kita nak menunjukkan kepedulian kita?biarpun usaha yang sedikit,inysaALlah,pasti ada ganjarannya dari ALLAH..

PELUANG UTK BERAMAL :

Satu mesej dari pimpinan kita

Menemui ikhwah yang dikasihi...

Tiada yang lebih kita kasihi melainkan kasih kita kita pada agama ini, Allah dan Rasulnya.
InsyaAllah, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Aman Palestin akan mengadakan rapat umum untuk Rapat Umum Selamatkan Gaza bagi menyatakan sokongan terhadap rakyat Palestin di Gaza dan mengutuk kezaliman yang dilakukan olah rejim Zionis ke atas mereka seperti detail berikut...

Anjuran: Aman Palestin & ISMA
Tarikh: 10 Januari 2009m/13 Muharram 1430h
Tempat: Stadium Melawati, Shah Alam.
Masa: 10 pagi hingga 12 tengahari.

Objektif:
1- Menyatakan kebersamaan rakyat Malaysia dalam menghadapi penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza.
2- Memberi sokongan dan kepedulian rakyat Malaysia terhadap saudara mereka di Gaza.
3- Megutuk kezaliman yang dilakukan oleh rejim Zionis Yahudi ke atas rakyat Palestin di Gaza.

Aktiviti: Tayangan multimedia, deklamasi sajak, perasmian kempen Selamatkan Gaza, ucapan khas isu Gaza, doa dan lain-lain.




Tentatif ringkas seperti berikut :

9 pagi - berhimpun di Stadium Melawati
,Shah Alam
10 pagi- Ucapan wakil-wakil NGO

11 pagi- ucapan dari wakil Palestin

11.30 pagi - Laungan Semangat
12.30 tghari- Edaran stiker palestin kepada hadirin & bersurai


Marilah sama2 menunjukkan semangat serta sokongan terhadap saudara seIslam kita,melalui apa jua saluran yang kita mampu..insyaAllah..

"setiap kebaikan walau sebesar zarah,akan Allah balasi,setiap pengorbanan yang dicurahkan KERANA ALLAH semata2..pasti tidak akan sia-sia.."



p/s : kepada yang berada area2 KL/Damansara/Puchong,jika hendak menyertai boleh tumpang saya,insyaAllah.Tlg sebarkan..ameen..

-al-kandahlawi
cc
Kota Damansara
Seksyen 7


Friday

Kesahku sebelum Final report Submission~

Ini adalah kesah benar,misteri belalang Hijau...


Jam menunjukkan pukul 10.30 malam,hari Khamis19/11/2008..

"alapak,dah lewat ni" desis hatiku

aku pun rushing2 ler..dr umah abg aku di kota damansara,nak menuju ke MMU Melaka.

1 reason-minggu depan,23/11/2008[Monday]-Due date final report for practical training aku.

'Ya Allah,selamatkanlah perjalananku harini' bismillah...

Dlm keadaan rushing,gear iswara hijau a.k.a belalang tarung hijauku ditukar dengan pantas dan "cermat"-sesekali gear 5,sesekali gear4 dn memintas sambil menyilok2 keta2 dan lori2 slow cm siput yang menyusuri LDP -lebuhraya damansara puchong- menambahkan lagi kelembapan aku utk tiba di melaka.

tika tiba di tol pertama LDP menghala ke puchong,ku dapati kenderaan bersesak2...himpit menghimpit dan menyelit2 di antara kenderaan.tak kurang jugak lori2 berat pun dgn x sedar dirinya,menyelit jugak ala2 kancil 660. tetiba rasa cm nak jadik polis,memang siap ler lori2 tersebut.ish..gusar hatiku."kalo cmni,kul brapa nak sampai nih.iskisk.."


aku pun terpksa menyelit2 sama since terpksa buat cmtu,kalo tak..kul1 pagi la smpai.selit punya selit,smpai kt lorong "tunai",baru ku sedar,rupa2nya dh jadik 2 lane menuju ke lorong yang satu.la..ish..terpksa mencilok utk masuk lane yang betul.aku pun..dengan berhati2nya..gear ditukar ke gear 1.signal ke kanan diberi,pedal minyak ditekan perlahan-lahan,menanti utk mencr kesempatan mengejut,cilok di antara ruang2 yang ada.saat2 itu akan menanti..

debaran menjelma,nadiku bergerak pantas, dan...itu dia.ruang!

aku menekan pedal minyak dgn pantas,mencilok,belalang tempur ijauku mendesup ke depan,meluru ke arah ruang yg ada,tetapi...

....zupp! satu keta lain memintas dr arah kiri.aku tergamam,secara spontan subconcious mind aku terus mengambil alih peranan concious mind,memberi reaksi,brek kecemasan ditekan sekuat hati,brek tangan pun aku tekan jugak[ala2 naik motor],tp tkdak la dah naik keta kan,genggam stereng je la.:p ,wiper dipasang,tali pinggang keledar belakang trus dipakai[just utk promote undang2 baru,bukan action sebenar :P] injap bikuspid, dan injup trikuspid ku mengembang kuncup,memberi laluan darahku yang memancut laju dr jantung,malah aorta dan vena kava ku turut memberi reaksi pantas,demi mengelakkan aku terkena sakit jantung mahupun kencing manis.

astaghfirullah..aku beristighfar berkali2.Mungkin syaitan sudah mengawal nafsu aku untuk mencilok,seb baik tk berlanggar.iskisk.."hamdan2...kamu tu tak kawen lagi,hati2,ingat org tersayang" .haha,aku ingatkan diriku. :P

baru lebih kurang 3 second aku mengomel sendirian,tiba2...

"bummm!" hentakan keras hinggap di kepalaku.kedengaran bunyi hentaman di belakangku,aku terhantuk di cermin keta[seb baik pakai seatbelt].kemudian disusuli bunyi seretan sesuatu dr belakang.sreeettttt!

"arfhhh,...tidakkk~~~~~@_@. aku dah disondol dr belakang!



befinilah keadaan belalang tempur hijau yang cacat :P


terus seribu satu kemungkinan menerjah di kepalaku.Terus mindaku berputar ligat,teringat kesah mak aku yang dilanggar oleh mat motor,di sg petani.mamat tu bagi kt mak aku IC dia,ckp kata tkde duit lagi,dan bleh pgg dlu ic,nnti dia pnjam duit kwn dia then dtg balik.mak aku pun pecaya la bulat2..dh sama melayu kan.Sekali...dia tk datang2 smpai sudah,pastu dia mesej bgtau ckp dia nak buat repot polis,kononnya mak aku curik IC dia plak.ish2...[story kesudahannya,kalo nk tau hubungi saya] :P bila teringat cmtu...

aku trus keluar dr kereta,kasik tutup pintu kuat2 sikit[bagi nampk ganas ler].trus meluru ke arah keta yg sondol belalang tempurku.kelihatan seorg budak muda,umordlm 20 an,memberi isyarat suwuh jalan dlu,setel lepas tol.ha..x bley jadik ni.dgn gaya seorg brutal jalanan,aku suwuh dia keluar dlu,"hang keluaq dulu!" mesti bersemuka dlu~mana bleyh setel cmtu jek.tibe2..budak tu pgg tgn aku,"ampun bang,sori bang,kita setel kt depan tu ya,sori sgt2" ishish...kesian la pulak dak nih.okeh."meh tlg angkat dlu bumper aku nih." kataku ringkas.

habih tercabut bumper belalang tempurku nih,ghebeh belakang,pemegang besinya patah,akibat hentaman mengejut tersebut.

aku pun angkat bumper tu,sumbat masuk kat bonet yang ternganga luas,dan menuju ke arah tol.Selesai bayar,trus gi tunggu kat sebelah carltex.dan alhamdulillah,budak tu x lari la,park kt belakang keta aku.trus meluru ke arah aku.aku bersalaman.

" hang nama apa"
"Latip,nama glamor leh panggil deris" [bukan nama sebenar,identiti dirahsia]
"belajar lg ke ape ni"
"beljr lg bang,kat food institue malaysia,pj."
"owh..hang dari mana ni?"
"g jumpak kwn kt kelanajaya tadi..ni nak balik dengkil"
"abg keja mana?nak pegi mana" tanya si latip.

isk..budak ni..buat cm sembang kedai kopi plak ye~tkpala..nk bg cool down darah mendidih nih.

"baru habis training..auditor kat one utama,sebelah TV3 tu.Aku nak g melaka sat,ada hal"balasku malas2.

"apa bang?editor?abg keje edit filem ke?"

aaaaarrr..alahai..ada gak manusia tktau apa dia auditor.

"eh..apelak filem ni.audit financial statement la..ala..akaun tu.."
"oh..buat akaun ke cmne?"
"dah2.setel bab ni plak"balasku memotong.kalo tak..jenuh layan dia sembang plak.iskisk..

"la ni kira cmna?hang nak bayar skrg ke..cmna"
"emm..kt saya skrg x smpai rm20..ngam2 nak balik ni..tp kalo abg nak pakai jugak duit..abg tunggu sat,saya p umah kwn saya,pnjam 3 ratus dulu".dlm stgh jam saya dtg balik."

otakku ligat.ish..kalo cmtu..kena tunggu lagik.spontan teringat kesah yg jd kt mak aku.kank dia ada niat jahat ke,bwk g jumpak "kwn" yg aku tktau cmna,kacau nih.

"cmnilah.em..hang berapa beradik?ayah mak keja apa?hang anak ke berapa?" aku start tanya soklan2utk menguji kejujuran budak nih,

dri pergerakan anak mata,body language,dan beberapa spot lain,aku perhatikan.nampaknya berguna jugak kursus NLP yg aku dh ikuti :D

" saya 6 beradik bang,ayah dah takdak,mak saja tinggal.abg2 suma dah kawen..saya yang bongsu"

" masa ayah hang meninggal,hang kat mana dan tgh buat apa masa tu?"-->soklan ni utk tengok dia ckp benar ke tak,boleh di ekspresi melalui anak mata.

dgn berpandukan samar2 cahaya dari keta dia,aku dpt kesan dia ni org baik2 la kut.tk tipu rsanya..insyaALlah..

berbekalkan kepercayaan aku kpd dia.aku tawakkalje la.

"cmnila..skrg aku mudahkan keja la..hang..g rehat2 dlu,aku smpai melaka nnti,lepas repair aku bgtau total cost.hang bank in kt aku.boleh?"

"ha boleyh2..bagi no akaun abg blablabnla"balasnya panjang lebar.nampak raut kelegaan di muka dia.

lepas aku ambik suma detail2 dia..akupun kasi sikit warning.Nih..latip,ni aku pecaya kt hang ni,sama2 Islam,sama2 melayu.jgn main2 ngn aku,kalo hang tipu aku,aku tkleh jamin apa jadik kt hang nanti." heh heh..saja bg warning skit..bunyik cm brutal la sgt kan.kena gertak..riso gak kalo apa yg jadik kt mak aku,jadik pulak kt aku.huhu..dlm masa yg sama,abg aku yg dpt tau incident tersebut,bengang pasai aku lepas cmtu je dak tuh.tp tkpola..tawakkal je la..

lantas aku memecut ke Melaka..tapi kali ni tkleh bwk laju sgt dah..rasanya tayar belakang effect kut..kalo meter mencecah 140km/j pun..rsa cm tayar belakang goyang ke kiri kanan..biasanya 150 bleh smpai dgn mudah.iskisk..bertemankan bumper di sebelahku..:P



teka teki:keta apa bumper kt dalam?atas nih ha..~




1.30 am.tiba di teratak an-nushrah dgn selamat..

alhamdulillah ala kulli hal..

keletihan..mataku terlelap dgn mudah atas katil hisyam.:p

so mungkin ceritaku di atas..serba sedikit dapat dijadikan pengajaran kepada kamu2 di luar sana..pandai2 la extract apa yg baik.:p

tapi ada hikmah rasanya...disebabkan incident tersebut,supervisor aku pun simpati,bg masa due date submit final report smpai pukul 9 malam..:P

alhamdulillah...ALlah mudahkan prosesku untuk menyiapkan final report tu...sumenye sempat berjalan lancar..



akhirnya siap jugak..fuhhh~


masa nak submit tu..kena g jumpak supervisor aku,Mr.Subra yang tgh jaga exam budak2 repeat..ingtkan leh submit balik cmtu jek lepastu,tapi mr subra panggil aku,dok sebelah dia,then..jeng jeng jeng...

Mr subra selak selai demi selai,then tanya every single things yg aku tlis dlm report tu..iskisk..ade ke die test plak double entry,effect write off,disposals kepada p & L,balance sheet,and treatment to inventory la..amende ntah lagik pasal FRS sume..huhuh...seb baik ler bleh jwb even tersgkut2 gak la..berpolluh-polluh dah..[berpeluh-peluh yang teramat]

so..pesanan penaja kepada bakal practical trainee acctg students,lengkapkan diri anda dgn kemahiran2 basic,double entry,p&l,blnce sheet dan yg seangkatan dgnnya.kalo tak,malu jek~iskisk

yg baik dr Allah..aku bersyukur ats segala kurniaannya..menyelamatkan aku dr bala bencana yg lebih dasyat,dan memudahkan urusan kehidupan duniaku...

selsai satu bebanan berat,submission report,keta aku pun kembali normal dari keadaan paranormal sebelum ni.workshop ah lek,malim,menjd pilihanku utk repair..total cost lebih kurg 3 ratus lebeyh...terpaksa tukar terus bumper since anchor dia dah patah..itupun yg tiruan..kalo original..mau 5 ratus lebeyh..tp kesian kt si latip tu..mesej dia..dia bgtau mntak kurgkn..dia student lg..dll..kesian la plak..tkpala..amik yg paling murah la..dn segalanya berjalan lancar,si latip tu pun dah bank in kan duit..sume setel dgn baik.

bumper baru..bau kedai lg tu :P



alhamdulillah!