Tuesday

sTress tak duk Flat/apartment??

salam..

hoho..lama x sempat update blog..

tujuan aku tulis ni..just utk luahkan shj..tp still bersyukur..dikurniakan Allah tempat tinggal yang sempurna..alhamdulillah 'ala kulli hal..

rasa nak luahkan.benda2 yang menambahkan stress aku....apa yang aku lalui sepanjang hari,hampir setiap hari akn lalui benda yg sama bila duk kt flat/apartment ni.....nk tau tk?? :D

.inilah "jadual2" yg akn aku lalui sblm gi ofis,dan selepas balik :-

bangun pagi hari...pas solat..mula2 sekali..akn kedengaran suara bapak dan anak2 family (chinese family) bertutur dgn bhsa mandarin,tapi paham la..yang si bapak akan bising2 suwuh anak2 dia cepat2 siap g sekolah.pung pang pung pang..si anak2 dia plak tambah membingitkan suasana(yg ni tk phm apa mksud dia):P tp memang bising ah.

lepas "kemeriahan" dari family tu..akan kedengaran plak laungan2 dasyat+ ngeri dari tingkat bwh,suara seorang ibu bising2 menibai/merotan anak dia suwuh pi sekolah..mesti meraung2 d pagi hari...si anak lak degil nak mampus.pemalas g sekolah,menangis jerit2 plak dgr satu apartment tu,sakit telinga betui.yang si mak plak maki2 anak dia cm anak dia duk sebatu jauhnya.bengap jugak mak dia..mendidih jer aku.cis

tk habis setkt tu..tepat kul 8 pagi..kedengaran satu lg ujian "kebingitan",adala sorg minah ni,nak g keja,naik skuter..pastu kalo nak "panas enjin" skuter dia,press moto dia smpai cm nak meletup..preng!!..preng!!...skuter bunyik cm moto yamaha ekzos lapan.sorg lagi manusia yang tak reti bahasa..buat apartment tu cam workshop bapak dia...hiey...kena la sbr lg..

pastu biasanya aku dh gerak ke ofis..so..cabaran di ofis plak..[citer lain kali:D]..

masa balik plak..rutin harian..

smpai umah biasanya dh malam..so..lepas solat..akan kedengaran family tadi lg..gung gang gung gang lagi..anak2 dia buas sungguh.si bapak dia pun sama.duk dalam bilik air[pendpt aku shj,bukan skodeng,dgr bunyi air cm dia tgh mandi,dan suara dia bergema]..ckp ngn org2 rumah dia dgr satu apartment.bengap betui ar...tk ckup dgn tu..org atas umah plak..mula memasak..ha..start ar..bila diorg mula guna lesung batu[rasanya la,sbb bunyi cmtu] utk tumbuk cabai ke ape ke tktau la,tp yg pastinya,diorg ketuk2 tu betui2 atas rumah,tok,tok,tok..kdg2 ada tune lagi..toktok..toktoktok..toktok..toktok tok tok tok..nth apa jenis irama diorg ikut pun tktau la.tp yang pastinya..sangat menganggu org di bwh ni...dh ler leteyh2..haih..

satu lg cth manusia yg tk reti erti berjiran.rasanya diorg ketuk cabai tu atas lantai kut.tu yg bunyi cm nak runtuhkan siling jek.tambah lg dgn derapan kaki ahli2 rumah mereka yang berlari dan melompat2..[tum,tum tum,tum..dong,dong,toing,toing] lebeyh kurg la..

fenatnya...nak jer jerit kuat2..suwuh diam..tp apakan daya...inilah asam garam tinggal di apartment..

dan inilah rutin..everyday..akan lalui benda yg sama..waktu post ni dh malam..so..esok akan stat balik benda yg sama..

kadang2 mendidih gak la rasa.nak solat ke..bca quran ke..sgt2 terganggu..apatah lg masa kena bawak balik keja ofis ke umah..stress meningkat dan melambung2...

huhu...

nak p ckp kt depa,kita bukan tuan rumah..menumpang jek.iskisk..sbr je la..

tp bila pk2 kan balik...aku akn merindui suasana tu lak nnti..memandgkan tempoh aku berada di dunia serba stress[kl] ni..hanya berbaki dlm 2-3 minggu lg..hoho...just enjoy je la..@_@~~~

sekian~

Monday

PERINGATAN buat Sahabat


Hidayah Allah,di mana-mana.

Hidayah Allah wajib dicari, regardless wherever you are.

Only then Taufiq Allah akan membasahi hari-harimu..

Ingatlah wahai sahabat, hidayah Allah WAJIB dicari!!!




Friday

Prof Ghauth Story~ [TAHNIAH!]


Pagi ni smpai2 ofis..sblm stat kje bukak2 jap utusan online..tertarik kpd satu berita,Dr.Ghauth Naib Canselor UM baru.Eh..Dr Ghauth?setahu aku sorang je kut yang ada nama cmni kt Malaysia.Prof Dato' Dr.Ghauth Jasmon-nama yang sgt dikenali,especially warga Multimedia University.

TAHNIAH DATO' PROF! =D

Dato' Prof. Ghauth Jasmon


wah...dh dilantik jadik NC UM?apa yang saya boleh kata kan kepada UM,u all are the LUCKY one! Korang sgt bertuah kerana Seorg dato' dan juga prof yang low profile dn sgt friendly serta berwibawa ,akan berada dalam keluarga besar UM.rujuk berita di malaysiakini
di sini dan erita di utusan di sini

Dah lama x jumpak,last jumpa prof ghauth masa majlis perpisahan beliau yang dhadiri ribuan pelajar MMU,di Grand Hall,MMU cyberjaya.Masa tu beliau tgh borak-borak ngn ambassador negara arab(x ingt negara mana).Jumpak saja dia,terus dia hulurkan salam,dan peluk cm kwn2 lama.sgt frenly.

DI sini,ingin aku share sikit..berkenaan Prof Ghauth,setakat yang aku kenali selama lebih 3 tahun di MMU.. dn skit2 gmbr yg kebetulan ada kt aku nih:P

First time melihat empunya diri yg bernama Ghauth Jasmon,ketika majlis penutup perasmian Orientation 2004/2005,bulan April- jejak langkah yang pertamaku di bumi MMU dalam jurusan pengurusan.Melihatkan gaya beliau yang spontan,dan berperwatakan sederhana,agak kelakar dalam selitan ucapannya,benar2 ia seperti mana first impressionku.Baguih dia nih.kataku dlm hati.hehe..berbeza dgn KM Melaka ketika itu,yg dtg lambat 3 jam pada majlis penutup tersebut .[sekadar selitan] :P

Mengenali beliau dengan lebih lanjut apabila aku menjejakkan kaki dalam barisan pimpinan SRC/MPP 2004/2005 ,memberi peluang kepadaku untuk bersemuka ketika 1st meeting SRC with President(di MMU,watak NC,TNC,dll tkdak..ia dipanggil President,dan director2) bersama dengan MCM (higher management committee). Malah abang beliau,Mr. Abadan Jasmon,adalah lecturer subjek accounting aku yang pertama :) skrg mengajar di MMu cyberjaya.


SRC/MPP 05/06 bersama Prof. after 1 st intro. meeting

Benar,beliau seorang yang sangat caring,dan mengambil berat terhadap permasalahan pelajar2.Sikapnya yang terbuka dalam semua perkara,hatta jika berlaku sekecil2 masalah seperti tandas rosak pun,boleh di emailkan "direct" kepada beliau,dan percayalah-tindakan pantas akan diambil.

Masa dlm 1st meeting tersebut,dia bg jaminan,ada ja masalah,bleh bgtau dia trus,dia akan amik tindakan.Memula dgr tu..ala..ckp je la kut..ntah betui ke tk..tp...benar2 dibuktikan melalui tindakannya.

Tp ingat!- bukti mesti ada.Kalo tk,mmg kena balik ler~[sapa penah keje ngn dia tau la]

Pertemuan2ku dgnnya adalah pada meeting2 & function2 yang melibatkan Mpp,dan management committee,lebih menyerlahkan sikap serta ketegasan beliau dalam menguruskan sesuatu perkara.

Apabila beliau "deal" dgn isu2 berkaitan kualiti kerja staff,dan tenaga kerja MMU,beliau adalah seorang yang sgt tegas dan pantas dalam tindakannya.Tetapi,beliau bersikap terbuka dn berlembut terhadap para pelajar dan bersedia turun padang kalau ada komplen atau permintaan untuk bertemu dengannya.

Satu perkara yang takkan aku lupa tentang Prof Ghauth Jasmon,beliau seorg pencinta alam semulajadi,dan sangat2 menyayangi pokok2.Even sbnrnya di UM tu,masa beliau berkhidmat di UM beliaulah antara org yg push supaya di banyakkan tanam pokok.


antara pokok2 di depan CADP building-pokok kesygn beliau

Satu hari,SRC/MPP bagi sesi 2005/2006,pimpinan aizuddin ketika tu,mengadakan appointment ngn prof ghauth,utk membawa isu2 "facilities MMU",dan menunjukkan kepada beliau tempat2 yang perlu dibaiki dan di tambahbaik.jadi,satu petang ni,beliau datang dr MMU cj,aku dan din berjumpa dgn beliau atas maksud di atas.Jadi isu2 pun dibangkitkan..antaranya ialah,keperluan shaded path(koridor pejalan kaki) yang diperlukan antara CITS dan Hostel,antara bangunan CADP (dulu FOSEE) dan library,dan antara CLC dan hostel(dkt kedai bonda).aku ngn din pun bgtau la mcm2 reason supaya dibuatkn shaded path.Bincg punya bincang,prof still tak mau letak shaded path,antara isu utama adalah merosakkan pemandangan dan pokok2 terpaksa ditebang.Bincg lg punya bincang,last2 cdgn yg dikeluarkan oleh beliau,adalah tambah lagi pokok utk jadi "natural shaded path".Beliau pun bawak gi tengok pokok jenis "rain tree",yang rendang.So,keputusannya adalah tambah pokok banyak2.beliau jugak bgtau,kalo tanam pokok ni..cacing2..burung2..singgah tu..kita dapat pahala..sbb bawk kebaikan kt depa suma..haha..ada logik jugk prof ni.iskisk.suma tu ada rakaman..tktau dh ada kt mana :P

antara CITS dan hostel,beliau bersetuju buat shaded path,sbb tk boleh tanam pokok kat tengah2 jalan,cik zaki (asstnt dir. FMD) masa tu bgtau kata lebar jalan tu standard Bomba.So tkleh tanam pokok.Kalo tak,tgh2 jalan tu pun ada pokok.

So kalo perasan,[utk dak2 MMU melaka especially],depan library yg banyak pokok2 rendang skrg ni,adalah hasil masa tu ler..same gak ngn pokok antara CLC ngn kedai bonda tu,tapi once prof ghauth keluar,habis kena tebang.haha..sbb kacau paip bwh tanah.


pokok2 lain..

dan mesti korang heran[dituju utk dak mmu mlaka],sbb apa shaded path kt cits tu setengah jej,sampai kat pokok banyak2 tu,dh tkde.sbbnya,adalah story seperti di atas.


nilah pokok rain tree yg ditanam,menggntikan shaded path depan library

Even pokok sebatang yg kt tgh2 roundabout tu,ada story tersendiri.Jugak masa aku dalam SRC 2004/2005,pimpinan abg arif.masa tu kitorg mintak la prof buat la design cntik2 sikit..kolam ikan ke..air terjun ke...ape2 ke..kt roundabout tu..ni letak batu jek.Pastu beliau pun reply..eh..itu kesenian yang takdak kt tmpt lain.hahaha...apo lerr..last2..beliau setuju nak mengindahkn lg,dgn cra menanam pokok yang beliau inspired-Pokok Tulang Daeng- atau dlm bahsa inggerisnya,Daeng Bones Tree :P. Prof sangat teruja tengok pokok tulang daeng ni,yg dah berusia more than 100 years,di depan pintu masuk Universiti Tokyo.memang besar gile la.So,prof ckp impian dia pun nak camtu.hooo....so tkpelah prof..pokoknye pasal.. :p

Tapi yang bagusnya,kebersihan persekitaran MMU sgt beliau titikberatkan..penah sekali tu aku terserempak dgn beliau,petang2..berjalan2 tgh bua spot check kt tandas,pokok2 kesygn beliau,dn tmpt2 lain..hu..sure pasni UM bersih bersinar la..tp dia cek naik helikopter la kut :P

Beliau jugak seorang yang sangat "terer" bab nak konfiden kan org lain,malah network beliau sgtlah luas sehingga berjaya menarik beribu2 international students ke MMU.Malah mereka mendpt layanan first class dr beliau secara direct,menyebabkan dak2 foreigner kt MMU,especially dr middle east sgt sygkan beliau.macam ayah la kira...lihat link di sini,antara kelab yg dianggoti foreigner,sgt2 sygkn beliau.

Bukan sahaja very attractive dalam communication,beliau jugak seorang yang sgt2 supportive dalam membangunkan universiti yg dipertggjwbkan kpd beliau....lihatlah bagaimana populariti yang di bawa oleh beliau setelah mengambil alih kepimpinan Unity International College selepas resign dr MMU,dalam masa yang singkat,promosi college tersebut meletup2,dan kerjasama yang dijalinkan lebih 20 university oversea yang high class..bole tengok lanjut di
sini


SRC/MPP 05/06 bersama Dato.Prof & MMU Chancellor,Tun Siti Hasmah

gambar diambil selepas Lunch SRC MMU melaka& CJ wif Chancellor

Beliau jugak seorg yg mudah bertolak ansur dalam isu2 berkaitan pelajar..termasuk lah satu isu yang gempar sebelum ni,berkaitan penghinaan terhdp Nabi yang dilakukan oleh satu pihak yang bertggjwb,yang mengendalikan forum di MMU.Maka team2 yang bangun menentang itu dihadapkan untuk bertemu beliau,dan beliau berbincang dengan lapang dada,dan menyambut baik tindakan menentang tersebut melalui memorandum dan petisyen yang telah dijalankan.

Bukan itu sahaja,beliau juga memang dikenali dengan sifatnya yang "very2 HARDWORK",memang sangat rajin,org paling awal datng ofis dan paling lambat balik rumah".Ini diakui sendiri oleh isteri beliau,yang juga seorg yg sgt berwibawa[pernah menyertai program anjuran Institusi Usrah MMu].Malah untuk bertemu dgn MPP shj,beliau sanggup adakan waktu malam,krna nak dpt masa yang lebih utk mendgr mslh rakyatnya :D Beliau jugak berulang alik,dr Melaka-cyberjaya,dan begitulah rutin beliau everyday.Sgt susah melihat beliau duduk2 saja membuang masa,tak pernah nampak la lagi so far.Dan beliau seorang yang tidak menunjuk2 dan sombong dgn pencapaiannya.Beliau juga masih setia menggunakan keta perdana (old version).

Kepada bekas NC UM,Datuk Rafiah Salim,tahniah kerana berjaya menyumbang kepada UM selama ni,

Datuk Rafiah Salim


dan kepada Dato' Prof.,tahniah sekali lg kerana berjaya dilantik menerajui universiti yang berprestij itu,dan harapan kami semua warga MMU,dan juga ex-MMU,agar Prof. sentiasa cemerlang dalam kerjaya,sentiasa sehat sejahtera untuk menabur budi dan jasa kepada pihak2 yang memerlukannya..

kepada badan2/persatuan2 di UM,harapan kepada kamu semua,agar memberi sokongan kepada beliau,dan bersahabatlah dengan beliau,InsyaAllah kamu akan dapat manfaat dan someting new yang akan dipelajari.Trust me!

All the best!!!
ulasan lain di blog berikut
p/s : sapa2 nak ikut aku gi beraya umah prof minggu depan? :D



-al-kandahlawi-
KPMG
Damansara Utama
pj

Tuesday

Incik,anda berjaya memenangi RM9000.00!!!!

assalamualaikum semua..

just amik masa nak online jap,nak share one interesting story aku pada harini.amcam?inetersted tak sume tgk topik posting kalini?haha...musti mau kan?

Arakian pagi tadi..aku pun g la keje cm biasa..minggu ni kena stay di office client..[nama company dirahsiakan] :P biasala wat audit.confidential la sgt kan..haha..sebuah company MLM di bandar manjalara,s'gor.

smpai2 kt sana pg td...lebih kurg dalam kul 10 pg la....tiba2 dapat satu panggilan misteri,dari nombor "unknown".

dialognya lebih kurg cm berikut la :

Unknown : hallo,selamat pagi incik (loghat jawa/indon).Mintak maaf kerana menganggu waktu bekerja yincik (lenggok bahasa ala bangla pun ada skit2.)

Hamdan : ek..ye..selamat pagi,Tan Sri Hamdan bercakap.Siapa di sana?

Unknown : incik...tahniah yincik...saya wakil dari Celcom Malaysia..nak umum incik berjaya memenangi undian dari Celcom..yuntuk (loghat2 pelat skit) memenangi hadiah uwang berjumlah RM9000. tunai,dari kami.No. incik tersenarai pemenang yang ke-3.incik punya no. 013628699?

Hamdan : erk..ya..betul2..(terkejut sambil rasa gembira lak,pagi2 org nak bagi 9 ribu beb!) ek..dari celcom ke?cmna saya boleh terpilih?pertandingan apa ni?

Unknown :tada...(pelat2)..incik dipilih dengan undian..tada pertandingan..kami yang pilih...jadi incik suda menang RM9 ribu..lantas saya perlukan NO. akaun incik utk masukkan uwang tersebut.Jadi,boleh incik beri no. akaun bank incik sekarang?

dlm hati :eh,ape kes nak no, akaun ni,dh ler tgh serabut tengok nombor2 yg berselirat masa tu,tanya nombor2 lagi] teringat la plak aku masuk berita dulu,sorg ustaz di kedah kena tipu,modus operandi lebih kurg je cm aku hadapi ni

Hamdan : mcm ni la cik,saya ada keja sikit sekarang,dalam 10 minit call me back.okey

Unknown : okey incik..jawap nanti ya incik

TuuuT----

aku terus keluar ofis,rilek2 dulu...pikir2 secara rasional..apa disebalik semua ni.

pikir punya pikir..aku dapat kesan beberapa benda pelik.

Pertama : Jarang pertandingan/undian nk bg smpai 9 ribu dibuat secara senyap2.tambah2 celcom,macam la celcom ni jenis senang2 je bagi duit cmtu jek.[paham2 je la].kalo ada,musti nak publisiti gila2 kan??

Kedua : Kalo lah betul aku pemenang,atas dasar apa aku menang?takkan undian saja?even post paid aku yang kena kelentong ngn ejen celcom dulu pun tk byr lgik.tetiba aku dpt 9 ribu?ajaib!

Ketiga : ada ke mamat tu tepon ..bleh ckp lagi,minta maaf incik..ganggu masa kerja..[biasa kalo dah menang smpai 9 ribu,jarang le operator company yg nak bg smpai 9 ribu nak ckp cmtu,musti trus tahniah! anda memenangi blabla..and etc.ini cm org bersalah je mntak maap2 ni.iskisk..

keempat : takkan la celcom hired org yg cakap melayu pun pelat semacam jek..ada ala2 bangladon (bangla+indon)..musti cakap lancar..pastu ala2 korporat kan..ini yang paling aku ragu2..


Lepastu,aku amik keputusan untuk test balik si mamat tu.hehe..:D

bila dia call je balik...dialog seterusnya begini..

Unknown : Incik..suda ada no. akaun?saya perlukan cepat incik..

Hamdan : ada2...tengah tulis2 ni..kejap cik,cik ni dari celcom mana?

Unknown : saya dari celcom jln sultan ismail,

Hamdan : ooh..cik nama apa?ofis di situ jugak ke?

Unknown : iyya la![nada makin keras] saya abdul rahman,dari celcom itu la.

[masa ni aku rasa dia dah terjerat,mula la otak aku bg cdgn2 yang lebih jahat utk kenakan dia balik.hehe..]

Hamdan : Oh incik..saya berminat berkenalan dengan incik.,saya sekarang uruskan sapa2 yang berminat buat investment. :D bole saya jumpa cik untuk penerangan lanjut?

Unknown : saya tak berminat macam tu,saya hanya beritahu incik..incik sudah menang undian.

[eh,pehal lak tak berminat cmtu?]-masa ni aku dh gelak2..haha..

Hamdan : encik,encik suka minum apa?dah kawen belum encik?kalo ada kawan saya berminat ngn encik,encik nak kawen dengan dia tak?

[masa ni aku dah gelak2 dlm tepon.]

Unknown : incik,jangan permainkan saya.incik bagi cepat akaun no.,saya tak punyai banyak masa.

[amboih..suka hati pak ndak hang ar..aku lepuk kang,terabur gigi]

Hamdan : no.?no ekor saya ada la.encik mau ka?hahhaha[ketawa jahat masa tu.encik,berapa no telefon ofis encik?

-----------------TuuuuuT---------------[telefon dimatikan].

hahahaha..

:D kelakar sungguh....silap orang ler kalo nak kenakan pun..cm la org buduh sgt.ada la mamat2 dari negara jiran bunyi pelatnya,nak pedajal org tu..

lepas tu,terus aku pun nak call celcom centre.nak tanya betui ka ada undian.mana tau betui ka..hehe..

so aku pun cari2 la..nak call sapa tanya ni.sebab tktau apa no. utk pertanyaan or komplen2 ni.teringat si aizam yang tgh praktikal kat menara TM melaka..haha.:p

aku pun call la aizam...mntk dia msg no. lepas2 dia mesej..aku pun kol la...gaya ala2 org tengah tenat dan nak komplen cm dasyat la...

tuut..tutt..

telefon diangkat..dn kedengaran,Hello,siapa di talian?

Hamdan :Hello..saya Mohd hamdan...saya nak laporkan satu perkara..

kedengaran suara di talian menjawab :

Encik hamdan,pejabat CEO celcom di sini,ada apa2 mesej yang ingin di sampaikan?

erkkk!pala hooo...ada ka aizam bg ni, ceo celcom.wahahha...ingt aku nak mntak sponsor ke apa..

pastu call la plak no. customer service..013 tu....tktau nak tekan apa utk buat aduan.sbb yg ada,tekan 1..utk..blabla..tekan 2 utk blabla..tekan 3 utk blabla..tekan and etc.tkdak plak tekan utk nk komplen apa2 ka.so..maleh ar.aku pun brenti,dn smbung wat keje yg melambak2 tuh..huhu..


So,apa pengajarannya?

Kwn2 suma.kemungkinan korang sume akan melalui apa yg aku dh lalui pagi ni..jgn mudah terpedaya dengan wang,kerana peganglah pada prinsip,wang hanya di tangan,bukan di hati!

tapi mana tau kalo memang betui2 menang ka,aku mintak maaf la yincik..aku bagi suma nombor yg aku ada.hahaha..

p/s : tlg sebar2kan~

-al-kandahlawi-
KPMG
Damansara Utama
PJ.

Lelaki Acuan AL-Quran